Vous êtes sur la page 1sur 1

SEKOLAH KEBANGSAAN NGAH IBRAHIM

JALAN MATANG
34750 MATANG
PERAK DARUL RIDZUAN
No.Tel / Faks : 05-8581162, Email Sek : ABA6005@moe.edu.my

Ruj.Tuan :
Ruj. Kami : SKNI.MTG.THN6
Kepada : Tarikh : 18 JANUARI 2019
Ibu bapa / Penjaga

Murid - murid Tahun 6 Maju

Tuan/ Puan,

KUTIPAN BAYARAN PROGRAM KECEMERLANGAN UPSR 2019

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan, kutipan bayaran untuk Program Kecemerlangan UPSR sebanyak RM 150.00
tunai boleh dibuat kepada Cik Nurliyana binti Rahmat mulai 22 Januari 2019. Resit pembayaran akan diberikan
setelah pembayaran dibuat.

3. Sebagai makluman, kutipan ini telah mendapat persetujuan ibu bapa dan waris murid semasa Perjumpaan
Waris dan Akur Janji Murid Tahun 6 pada 12 Januari 2019.

4. Seterusnya, pihak sekolah memohon jasa baik tuan/puan agar dapat membuat bayaran secepatnya bagi
membolehkan program-program yang dirancang dapat dilaksanakan.

5. Oleh itu, kerjasama tuan/puan amatlah dialu-alukan dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

….………………………………………….
(AHMAD ZAMRI BIN ABDUL RAHIM)
Guru Besar
SK Ngah Ibrahim.

Vous aimerez peut-être aussi