Vous êtes sur la page 1sur 24

PENGAKAP KANAK-KANAK

KE-139 KINTA UTARA


SK SILIBIN, IPOH
PERAK DARUL RIDZUAN

BUKU LOG LENCANA KEAHLIAN


DAN LENCANA WAJIB
PENGAKAP KANAK-KANAK

NAMA :
SEKAWAN :
KELAS :
BIODATA DIRI
NAMA :

TARIKH LAHIR :

KUMPULAN : 139

DAERAH : Kinta Utara

SEKOLAH : SK SILIBIN

ALAMAT SEKOLAH : Persiaran Jelapang13,


Taman Silibin,
30100 Ipoh, Perak.
ALAMAT RUMAH :

TELEFON :

HOBI :

CITA-CITA :

NAMA GURU BESAR : En Badrul Hisam b Yusoff

TAHUN :

NAMA PEMIMPIN : En Hafiz b Shaik Hussin


KEPUTUSAN PEMERIKSAAN BUKU LOG

KEAHLIAN DAN WAJIB

LULUS KANDAS
LENCANA
KEAHLIAN
Lambang Pengakap Malaysia

1. 3 kelopak pada lambang yang membawa maksud 3 Persetiaan


Pengakap iaitu:
a. Taat kepada Tuhan,Raja dan Negara
b. Menolong orang setiap masa,
c. Menurut undang-undang Pengakap.
2. Bintang pecah lima (berwarna hijau) menandakan undang-undang
Pengakap yang sepuluh.
3. Ikatan hijau yang mengikat kelopak melambangkan “Persaudaraan
Pengakap”
4. Bintang pecah 14 melambangkan “Kesemua negeri-negeri dalam
Malaysia”
5. Bulan Sabit menandakan “Agama rasmi iaitu Agama Islam”.
6. Lingkaran Tali melambangkan “Perpaduan Rakyat Malaysia dan
Persaudaraan Pengakap Sedunia”.
7. Warna kuning,hijau,merah yang terdapat pada lambang
menandakan unit-unit Pengakap:
Kuning – “Pengakap Kanak-Kanak”,
Hijau – “Pengakap Muda”,
Merah – “Pengakap Remaja”
8. Warna kuning pada bulan sabit dan bintang juga melambangkan
warna diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.
Lambang Pengakap Dunia
Persetiaan Pengakap Malaysia
Undang-undang Pengakap
1. Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai
maruah dan kehormatan dirinya.
2. Pengakap adalah seorang yang taat kepada Yang
Dipertuan Agong, Raja-raja, pemimpin-pemimpin, ibu
bapanya, majikannya dan orang-orang dibawahnya.
3. Pengakap adalah wajib menjadikan dirinya berguna
dan menolong pada setiap masa.
4. Pengakap adalah sahabat kepada sekalian orang dan
saudara kepada lain-lain Pengakap walau apa negeri,
pangkat dan agamanya sekalipun.
5. Pengakap adalah seorang yang baik dan sempurna
budi pekertinya dan sentiasa berbudi.
6. Pengakap adalah baik dan kasih kepada segala
binatang.
7. Pengakap adalah seorang yang sentiasa menurut
perintah dan suruhan ibu bapanya, Ketua Patrolnya
atau Pemimpin-pemimpin Pengakapnya dengan tanpa
apa-apa soalan.
8. Pengakap adalah seorang yang sentiasa bersabar dan
manis mukanya dalam masa kesusahan.Tabah Hati
9. Pengakap adalah seorang yang jimat dan cermat.
10. Pengakap adalah bersih dan suci fikirannya,
perkataannya dan perbuatannya
Rukun Negara Malaysia

 Kepercayaan kepada Tuhan


 Kesetiaan kepada Raja dan Negara
 Keluhuran Perlembagaan
 Kedaulatan Undang-Undang
 Kesopanan dan kesusilaan
Hormat Pengakap

 Hormat Pengakap menggunakan tiga jari iaitu jari


hantu, jari telunjuk dan jari manis diluruskan
sementara ibu jari membengkokkan jari
kelingking
 Hormat Pengakap diberikan kepada Pemimpin
Pengakap.
 Pengakap Antarabangsa bersalam dengan
menggunakan tangan kiri.

Cogan Kata
Pengakap Kanak-Kanak

“Buat Sehabis Baik”


Permulaan Pergerakan Pengakap
 Di asaskan Robert Stephenson Smyth Baden-Powell(BP).
 Dilahirkan di London, England pada 22 Februari 1857.
 BP ditauliahkan sebagai Leftenan Muda dalam Pasukan Askar
Hussar ke-13 dan ditempatkan di India pada tahun 1876
 kemudian mendapat pangkat Ketua Inspektor pada tahun
1903. Dalam satu serangan terhadap Mafeking pada tahun
1899, BP merancang membawa pesanan-pesanan dan
menggantikan askar-askar di medan perang dengan kanak-
kanak yang tinggal di bandar yang diserang itu.
 Kepantasan dan kecekapan kanak-kanak ini meninggalkan
kesan yang amat dalam pada hati BP dan pada tahun 1907,
Beliau telah mengarang sebuah buku bertajuk "Aid To
Scouting". Ketika pulang ke England, beliau telah
menganjurkan suatu perkhemahan di Pulau Brownsea. Seramai
21 orang kanak-kanak telah mengikuti perkhemahan tersebut.
Sepanjang perkhemahan tersebut, sistem Patrol mula
diperkenalkan.Selain itu, kanak-kanak tersebut dilatih cara
berkhemah, memasak, memerhati, mengembara , berperahu,
menyelamat nyawa dan mengesan jejak. Melalui kejayaan
perkhemahan di Pulau Brownsea itu, pada tahun 1908, BP
telah mengarang sebuah buku bernama Scouting For Boys.
Jambori Pengakap Sedunia Pertama di Olympia, BP telah
dilantik menjadi Pengakap Agung bagi seluruh dunia. Beliau
telah meneruskan usaha dalam lapangan ini sehingga berumur
80 tahun. Beliau kemudiannya melancong ke serata pelosok
dunia untuk menyaksikan sendiri kegiatan pengakap.
 Pada 8 Januari 1941 BP meninggal dunia.
Cerita Hutan

Di pedalaman India pada zaman dahulu


ada seekor harimau tua bernama Shere
Khan yang tempang kakinya dan paling
dibenci oleh binatang-binatang di sebuah
hutan. Pada suatu malam ketika dia
menghendap-hendap mencari makanan Shere
Khan ternampak sebuah khemah. Di dalam
khemah itu, pemotong kayu suami isteri dan
seorang anak mereka yang masih kecil
sedang tidur.
Shere Khan terus menerkam, malangnya
Shere Khan terpijak bara unggun api yang
ada di sisi khemah itu.
Dia pun melolong kesakitan sehingga
menggemparkan keluarga serigala yang
tinggal dalam sebuah gua batu tidak jauh
dari situ. Bapa Serigala berlari keluar dari
guanya untuk menyiasat kejadian itu, tiba-
tiba dia terdengar sesuatu di dalam semak.
Dia ternampak seorang anak manusia
sedang merangkak ke arahnya dengan
berani.

Budak itu adalah anak pemotong kayu


yang tertinggal di dalam khemah ketika ibu
bapanya melarikan diri apabila terdengar
lolongan Shere Khan tadi.
Bapa serigala menggonggong budak itu ke
dalam gua.
Ibu serigala kasihan dan tertarik hati
kepadanya kerana budak itu sedikit pun
tidak takut kepada mereka malah berebut-
rebut dengan anak serigala yang lain
menghisap susu Ibu Serigala. Bapa dan Ibu
serigala bersetuju untuk menjadikan budak
itu sebagai anak mereka dan menamakannya
sebagai Mowgli. Anak-anak serigala yang
lain juga sayang kepadanya dan
menganggap Mowgli sebagai saudara mereka
sendiri.
Tidak lama kemudian Shere Khan
datang ke mulut gua itu dengan dipandu
Tabaqui.
Kedatangan Shere Khan adalah untuk
menuntut supaya Bapa Serigala menyerahkan
budak itu, yang didakwanya sebagai haknya
tetapi Bapa dan Ibu Serigala menentang.
Shere Khan cuba hendak mengambil budak
itu dari dalam gua, tetapi badannya tidak
muat melalui pintu gua. Dengan marah dia
akhirnyameninggalkan gua itu tetapi
bersumpah yang suatu hari nanti budak itu
akan tetap menjadi mangsanya.
LAUNG AGUNG

1. Akela berteriak PEK ! ( bermaksud PKK


berhenti, diam dan dengar arahan
seterusnya dalam keadaan sedia).

2. Akela berteriak PEK ! PEK ! PEK ! lalu


melebarkan kedua tangan separas bahu yang
menunjukkan isyarat untuk membentuk
bulatan kecil.

3. Sambil berteriak PEEEEK, pengakap


kanak-kanak berlari menghampiri Akela lalu
membentuk bulatan mengelilingi Akela
mengikut sekawan. Akela mendepa tangan
dan PKK pula berpegangan tangan.

4. Akela angkat tangan tinggi sedikit. PKK


mengangkat tumit. Akela menurunkan tangan
rapat ke peha, PKK segera melepaskan
pegangan sesama mereka lalu duduk
mencangkung rapat manakala tangan berada
di sisi luar kedua belah peha lalu berteriak '
AKELA, KITA BUAT HABIS BAIK ". Sebaik
sahaja menyebut BAIK, pkk terus berdiri
dlm keadaan sedia mengadap Akela.

5. Petugas dari sekawan bertugas memberi


hormat kepada Akela dan mencabar sambil
berteriak " KAMU BUAT HABIS BAIK " (
intonasi menyoal ). PKK yang membalas
hormat sambil menjawab " KAMI BUAT
HABIS BAIK ".

6. Akela membalas hormat dalam keadaan


sedia. ( PKK tidak turunkan tangan mereka
sehingga Akela turunkan tangannya dari
posisi tabik hormat ).
Istiadat Laung Agung hanya bermula
daripada Perkara 1 - 6 seperti di atas.
Selepas selesai perkara no. 6, Istiadat
Mengibar Bendera dilakukan bagi PKK.
LENCANA
WAJIB
Undang-undang Jalan Raya dan
Peraturan Berbasikal

1. Pastikan basikal berada dalam keadaan


yang baik dan sempurna.
2. Beri isyarat yang jelas semasa
menunggang basikal.
3. Tunggang dalam satu baris sekiranya
menunggang secara berkumpulan.
4. Guna lorong basikal yang telah disediakan.
5. Pastikan tangan sentiasa berada pada
pemegang dan kaki berada pada pedal
sepanjang masa.
6. Memahami dan tahu isyarat-isyarat jalan
raya.
7. Gunakan kedua-dua brek hadapan dan
belakang.
8. Sentiasa memberi jalan kepada kenderaan
di sebelah kanan.
9. Sentiasa menunggang di sebelah kiri jalan.
Peraturan Berbasikal

1. Pastikan basikal dalam keadaan yang baik


dan selamat.
2. Pakai topi keselamatan dengan cara yang
betul dan bersesuaian dengan saiz kepala.
3. Pakai kasut yang sesuai.
4. Elakkan daripada memakai seluar yang besar
dan labuh di bahagian bawah.
5. Guna isyarat tangan yang betul.
6. Pastikan tiada kenderaan di kiri dan kanan
sebelum menukar haluan.
7. Elakkan daripada menunggang basikal
semasa hujan.
8. Gunakan jaket pantul cahaya pada waktu
malam.
9. Patuhi peraturan dan papan tanda isyarat
jalan raya.
10. Jangan bersaing atau berlumba semasa
menunggang basikal.
Isyarat Menunggang Basikal

Belok Kanan

Belok kiri

Perlahan
Perkara Yang Menyebabkan Kemalangan
1. Menggunakan basikal yang tidak sempurna.
2. Tidak memberi isyarat dengan jelas.
3. Membawa penumpang atau barang yang
berat.
4. Mengikuti kenderaan lain pada jarak yang
dekat.
5. Menunggang secara beriringan.
6. Membawa haiwan semasa menunggang.
7. Bergurau atau bercakap
8. Memotong dan melintasi kenderaan lain.
9. Menunggang basikal yang tidak sesuai.
10. Pemegang dan tempat duduk yang tidak
selaras dengan penunggang.

Kesalahan berbasikal yang boleh


menyebabkan kemalangan
Bahagian Basikal

Menjaga basikal supaya berada dalam keadaan


baik
Papan Tanda Isyarat Jalan Raya

Dilarang masuk Ikut arah


Berhenti
anak panah

Bahaya Hospital Hon dilarang

Laluan
Lampu isyarat Persimpangan
motosikal
di hadapan

Vous aimerez peut-être aussi