Vous êtes sur la page 1sur 25

PK 07-01

SEKOLAH KEBANGSAAN ST. JOHN (1)

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA MAJALAH SEKOLAH BIL 1/2018

Tarikh : 26 Julai 2018 (Khamis)


Masa : 2.15 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat SK St. John (1)
Kehadiran (Bilangan) : 18/18

Nama Yang Hadir :


1. En. Muniandy a/l Suppiah (Penasihat/Guru Besar)
2. En. Mohd Amiruddin b Azizhan (GPK Tadbir & Kurikulum)
3. Pn. Khariah Affidah bt Ahmad Shaari (GPK HEM)
4. En. Hamdan b Shamsudin (GPK Kokurikkulum)
5. Cik Zawakhair bt Jasmi - Penyelaras Majalah Sekolah
6. Cik Lyana bt Ismail
7. Pn. Ida Azira bt Mohd Yusoff
8. Pn. Norasma Yasimin bt Suliman
9. Cik Nurul Hafiffah bt Abdul Razak
10. En. Mohd Khairuddin b Abdollah
11. Pn. Rosnita bt Md Rashid
12. Pn. Ki Hooi Sang
13. En. Mohd Syamim b Md. Mohsin
14. Pn. Norizmahani bt Ishak
15. En. Mohd Junaidi b Jindang
16. En. Mohd Fadzil Fikri b Mohd Salleh
17. En. Khiruddin b Che Isa
18. Pn. Syarizat Zaihani bt Jamaludin - Setiausaha

1
PK 07-01

1. PERUTUSAN PENGERUSI

1.1. En. Muniandy selaku Penasihat mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua ahli
jawatankuasa majalah bagi sesi 2018. Guru Besar berharap agar penambahbaikan untuk
majalah sekolah dapat dipertingkatkan.
1.2. Guru Besar berharap agar majalah pada tahun ini dapat diedarkan lebih awal pada tahun
hadapan iaitu pada awal bulan Januari 2019.
1.3. Guru Besar memaklumkan mengenai gambar yang dihantar terkena virus. Guru besar
berharap En. Hamdan dapat memantau penghantaran gambar dan laporan daripada setiap
unit agar tidak berlaku kelewatan dalam penghantaran kepada pihak penerbitan majalah.
1.4. Guru Besar menyatakan ramai murid yang berminat untuk membuat tempahan majalah
pada tahun 2018. Jumlah setakat ini adalah sebanyak 252 naskhah. Target untuk
penjualan majalah pada tahun 2019 sebanyak 400 naskhah. Guru Besar akan membawa
perkara ini dalam mesyuarat PIBG mengenai harga majalah.
1.5. Guru Besar berharap jawatankuasa majalah dapat berusaha untuk mencari pihak penaja
daripada pihak luar yang dapat dimuatkan ke dalam majalah sekolah.

MAKLUMAN
2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

2.1 Cik Zawakhair telah mencadangkan supaya minit mesyuarat yang lepas disahkan dan
disokong sebulat suara.

MAKLUMAN

3. PERKARA BERBANGKIT
3.1 Tiada perkara berbangkit dibincangkan.

2
PK 07-01

4. PEMBENTANGAN KERTAS KERJA/LAPORAN


4.1 Sesi bergambar
4.1.1 Cik Zawakhair mencadangkan agar sesi pengambaran kelas diadakan di kelas masing
-masing pada tahun ini manakala bagi unit beruniform/kelab/permainan akan
diambil di gelanggang sepaktakraw.
Tindakan : Cik Zawakhair

4.1.2 Guru Besar juga meminta agar Cik Zawakhair dapat mengambil gambar pihak
BOARD dan meminta sedikit sumbangan daripada ahli-ahli BOARD untuk majalah
sekolah.
Tindakan: Cik Zawakhair

4.1.3 Tarikh untuk sesi bergambar bagi AJK PIBG dan guru-guru akan dimaklumkan
kemudian.

4.1.4 Guru besar menyatakan agar latarbelakang gambar yang diambil hendaklah ditukar
pada setiap tahun agar terdapat kelainan pada majalah sekolah.
Makluman

4.1.5 En. Khiruddin mencadangkan gambar untuk unit-unit beruniform/kelab/permainan


boleh diambil di padang sekolah.
Tindakan : En. Khiruddin

4.1.6 En. Khiruddin juga menyatakan bahawa hasil karya murid boleh dimasukkan ke
dalam majalah sekolah pada tahun 2018.
Makluman

4.1.7 Guru Besar mencadangkan agar kejayaan yang telah diraih oleh pasukan sekolah di
peringkat negeri/kebangsaan boleh dimasukkan ke dalam majalah sekolah. Selain
itu, semua program sekolah yang dijalankan sepanjang tahun seperti hari persaraan
dan program sambutan hari jadi dapat dimuatkan juga ke dalam majalah.

Tindakan : Penyelaras setiap unit

3
PK 07-01

5. HAL-HAL LAIN

5.1.1 En. Khiruddin meminta agar setting dalam majalah dapat diperbaiki. “Setting wording”
dapat diperbesarkan supaya lebih jelas.

5.1.2 Guru Besar meminta agar En. Khiruddin juga dapat turut serta semasa perbincangan
dengan pihak penerbitan.

5.1.3 Guru Besar menyatakan bahawa jadual untuk sesi bergambar dapat ditampal di papan
kenyataan agar dapat dilihat oleh semua murid.
Makluman

6. PENANGGUHAN MESYUARAT
Mesyuarat telah ditangguhkan pada jam 3.15 petang

Disediakan oleh,

.............................................
(SYARIZAT ZAIHANI )
Setiausaha Majalah sekolah

4
PK 07-01

5
PK 07-01

6
PK 07-01

7
PK 07-01

8
PK 07-01

9
PK 07-01

10
PK 07-01

SEKOLAH KEBANGSAAN ST. JOHN (1)

MINIT MESYUARAT GURU BIL 1/2015

Tarikh : 29 Disember 2014


Masa : 8.30 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat SK St. John (1)
Pengerusi : En. Pooi Cheng Fatt
Kehadiran (Bilangan) : 35/40

Nama Yang Hadir :


1. En. Pooi Cheng Fatt (Pengerusi/Guru Besar)
2. Pn. Hafizah bt Saad (GPK Tadbir & Kurikulum)
3. En. Amiruddin b. Azizhan (GPK Hal Ehwal Murid)
4. En. Zaimunah bt. Muhamed (GPK Kokurikulum)
5. En. Asrab Khan b. Abdul Kasim
6. En. Fong Teng Cho
7. En. Azlan b Muhamad Ali
8. En. Muhd Khairuddin b. Abdollah
9. En. Rosli b. Hashim
10. En. Mohd Hasrul b
11. En. Suren Kumar a/l Suria Kumaran

11
PK 07-01

12. En. Kamarudin b. Jamak


13. En. Ahmad Afify b. Mansor
14. En. Abdul Halim b.Yusof
15. En. Khirrudin b Che Isa
16. Tn.Hj. Mohd Norul Hafizs b Nordin
17. En. Safwan Fikri b Buyamin
18. En. Muhd Syamim b Md. Mohsin
19. Pn. Nora’Aini bt Zainal Abidin
20. Pn. Ida Azira bt. Mohd Yusof
21. Pn. Ki Hooi Sang
22. Pn. Rosnita bt. Md Rashid
23. Pn. Norizmahani bt. Ishak
24. Pn. Roslina bt. Mohmed
25. Pn. Siti Nur Ayu Syuhada bt Ab. Latif
26. Pn. Norasma Yasimin bt Suliman
27. Pn. Fauziah bt Yaccob
28. Pn Asma bt Mohd Zain
29. Pn. Nik Rosmawati bt Yusoff
30. Pn. Noor Azah bt. Abdul Aziz
31. Cik Zakiah bt. Sailan
32. Cik Russaraliana bt Suli
33. Cik Zawakhir bt. Jasmi
34. Cik Nurul Hafiffah bt. Abdul Razak

TIDAK HADIR BERSEBAB:

1. Pn. Norzera bt Jusoh - Urusan Keluarga


2. Pn. Norliza bt. Yusof - Masalah Banjir
3. Pn. Shafahizan Fiza bt Jamil Layali - Urusan Keluarga
4. En. Junaidi b Jindang - Masalah Banjir
5. En. Hisham b Arifin -Masalah Banjir

12
PK 07-01

PENCATAT MINIT
1. Pn. Syarizat Zaihani bt Jamaludin

AGENDA MESYUARAT:

7. KATA ALU-ALUAN PENGERUSI


1.1 Pengerusi mengalu-alukan dan mengucapkan ribuan terima kasih di atas kehadiran
guru guru pada mesyuarat guru kali yang pertama bagi sesi 2015.
1.2 En. Pooi Cheng Fatt selaku pengerusi meminta agar Pn. Hafizah dapat membuat
bancian bilangan guru-guru yang terlibat dengan banjir.
1.3 Pengerusi memaklumkan mengenai bilangan murid yang telah mendapat keputusan
yang baik di dalam peperiksaan UPSR yang lalu dan telah menerima tawaran ke
beberapa sekolah kawalan, sekolah berasrama penuh dan sekolah agama.
1.4 Pengerusi juga berharap pada tahun 2015, guru-guru dapat membuat penambahbaikan
dari segi tugasan yang telah diamanahkan.
1.5 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada En. Suhaimi kerana telah menaiktaraf
sistem siaraya sekolah. Beliau juga memaklumkan bahawa pihak sekolah telah
membeli roastrum mudah alih untuk digunakan semasa perhimpunan rasmi dan guru
boleh mengambilnya di bilik En.Amir.
Makluman

2 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LEPAS


2.1 Terdapat pembetulan iaitu tiada senarai nama bagi guru yang tidak hadir semasa
mesyuarat guru kali yang ke-5 2014.

13
PK 07-01

Pencadang : En. Rosli b. Hashim


Penyokong : Tn. Hj. Mohd Norul Hafizs b. Nordin

3 PERKARA BERBANGKIT
3.1 DSKP KSSR Tahun 5
3.1.1 Pn. Hafizah bertanyakan kepada En. Hasrul samaada beliau telah
menghadiri kursus DSKP Tahun 5 untuk mata pelajaran muzik di sekolah
lama beliau. Jika ada, Pn. Hafizah meminta agar En. Hasrul dapat
menyerahkan bahan kursus untuk simpanan pihak sekolah.
3.2 Minit 4.7.3, Guru Besar mengingatkan semua guru kelas hendaklah menyerahkan buku
resit PIBG kepada Ustaz Fadzil.
3.3 Minit 7.1 Cadangan untuk menubuhkan kelab Pusat Sumber sekolah

4 UCAPAN DAN TAKLIMAT GURU BESAR (EN. POOI CHENG FATT)


4.1 Keputusan UPSR 2014
4.1.1 Guru besar memaklumkan mengenai kedudukan sekolah di peringkat zon
keramat berada di nombor 14 daripada 39 buah sekolah di zon keramat
berdasarkan keputusan UPSR.
4.1.2 Guru besar memberitahu bahawa gred purata sekolah semakin menurun dan
bilangan murid yang mendapat keputusan 5A turun naik. Beliau berharap
agar keputusan UPSR bagi tahun 2015 akan lebih baik.
4.1.3 Guru besar menyatakan semua guru haruslah bertanggungjawab bagi
meningkatkan keputusan UPSR. Perbanyakkan latihan bermula dari
peringkat Tahap 1 lagi. Selain itu, banyakkan latihan yang berunsurkan
KBAT.
Tindakan : Makluman
4.2 Perhimpunan sekolah
4.2.1 Perhimpunan sekolah akan diadakan di Tarmec. Guru kelas hendaklah
mencatat kehadiran murid setiap hari di Tarmec.
Tindakan : Makluman

14
PK 07-01

4.3 Hari Pertama persekolahan


4.3.1 En. Pooi Cheng Fatt memaklumkan bahawa tarikh persekolahan telah
ditunda pada 12 Januari 2015 kerana masalah banjir.
4.3.2 Guru besar mengingatkan guru-guru tiada kutipan yuran yang akan
dijalankan pada hari pertama persekolahan.
4.3.3 Waktu pertama hingga keempat akan dikendalikan oleh guru kelas. Proses
pengajaran dan pembelajaran hendaklah dijalankan seperti biasa selepas
waktu rehat Tahap 1.
4.3.4 Beliau berharap semua guru kelas dapat memastikan bilangan kerusi dan
meja di kelas masing-masing mencukupi mengikut enrolmen pelajar.
Tindakan : Makluman

4.4 Headcount
4.4.1 Guru besar berharap semua guru dapat menyiapkan headcount untuk mata
pelajaran masing-masing pada minggu pertama dan dicatat di dalam buku
rekod.
Tindakan : Makluman

4.5 Pdp di bilik darjah/bilik khas


4.5.1 Proses pengajaran dan pembelajaran hendaklah dilakukan di bilik darjah
dan bilik-bilik khas sahaja. Penggunaan bilik APD haruslah mendapat
kebenaran daripada pihak pentadbir.
Tindakan : Makluman

4.6 Kutipan
4.6.1 Guru besar memaklumkan bahawa semua kutipan yang dibuat dari murid-
murid kecuali yuran PIBG haruslah mendapat kebenaran daripada pihak
pentadbir.
Tindakan : Makluman

15
PK 07-01

4.7 Jualan barang


4.7.1 Guru besar mengingatkan kepada guru-guru aktiviti jualan barang yang
dilakukan di dalam sekolah hendaklah mendapat kebenaran daripada
pentadbir. Aktiviti tersebut dibuat diluar waktu pengajaran dan
pembelajaran.
Tindakan : Makluman

4.8 Peraturan Guru dan Pengajaran dan Pembelajaran


4.8.1 Guru besar mengingatkan agar guru-guru agar tidak membaca suratkhabar
dan menggunakan atau mengeluarkan telefon bimbit semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung.
4.8.2 Penggunaan laptop hanya boleh digunakan untuk sesi pengajaran dan
pembelajaran sahaja.
4.8.3 Guru besar mengingatkan agar guru-guru tidak meninggalkan kelas lebih
awal kecuali dengan sebab-sebab tertentu dan hendaklah mendapat
kebenaran daripada beliau. Ini kerana jika berlaku kecederaan di dalam
kelas, guru pada waktu tersebut akan dipertanggungjawabkan.
4.8.4 Beliau juga menyatakan jika guru terpaksa masuk lewat, sila maklumkan
kepada beliau atau Pn. Hafizah (GPK Tadbir & Kurikulum) agar dapat
menyediakan relief bagi menggantikan guru yang ada kes kecemasan.
4.8.5 Guru-guru yang membawa anak ke hospital atau klinik haruslah
mendapatkan “time slip”.
4.8.6 Guru besar memaklumkan agar guru-guru dapat mengikut etika berpakaian
yang telah ditetapkan. Guru tidak boleh memakai jeans dan selipar semasa
proses pdp dan memakai baju batik setiap hari Khamis.
Tindakan: Makluman

4.9 Pemantauan Jemaah Nazir/PPWKL/JPWP

16
PK 07-01

4.9.1 Guru besar menyatakan agar semua guru dapat membuat persediaan awal
pada hari pertama persekolahan dengan menyiapkan rancangan pengajaran
harian dan proses pengajaran dan pembelajaran hendaklah dijalankan
seperti biasa.
4.9.2 Guru besar mengingatkan semua guru yang mengajar Tahun 5 bersedia
kerana berlaku pemantauan KSSR Tahun 5.

Tindakan : Makluman

4.10 Buku Rekod mengajar


4.10.1 Guru besar mengingatkan agar semua guru dapat melengkapkan buku rekod
mengajar terutamanya jadual waktu dan mengisi borang akujanji yang
terdapat di dalam buku tersebut dan menghantar pada setiap hari jumaat.
Tarikh akhir untuk melengkapkan buku rekod adalah pada 23 Januari 2015.
4.10.2 Buku Rekod mengajar hendaklah dibawa semasa masuk ke dalam kelas.
Tindakan : Makluman

4.11 Cuti Sakit/Cuti Rehat Khas


4.11.1 Guru besar mengingatkan guru yang mengambil cuti sakit memaklumkan
kepada beliau dan Pn. Hafizah.
4.11.2 Guru yang ingin memohon CRK hendaklah menghantar borang
permohonan 3 hari sebelum bercuti.
Tindakan: Makluman
4.12 Disiplin Pelajar
4.12.1 Guru besar memaklumkan bahawa kuasa merotan murid hanya terletak
pada Guru Besar, Guru Penolong Kanan dan Guru Disiplin sahaja.
4.12.2 Guru besar mengingatkan jika terdapat kes rotan hendaklah direkodkan dan
tidak boleh merotan di khalayak ramai. Ia dijalankan di dalam bilik Guru
besar atau Guru penolong kanan.
Tindakan : Makluman
4.13 Ketidakhadiran pelajar

17
PK 07-01

4.13.1 Guru besar menyatakan bahawa guru kelas hendaklah memastikan semua
ketidakhadiran murid mesti diambil tindakan mengikut SOP.
4.13.2 Bagi murid yang lama tidak hadir ke sekolah, guru kelas haruslah
memaklumkan kepada Guru Penolong Kanan HEM. Masalah ini akan
difailkan bagi tujuan LINUS jika berlaku pemantauan.
Tindakan : Makluman

4.14 Menggunakan premis sekolah untuk mengajar tuisyen


4.14.1 Guru besar mengingatkan guru-guru agar tidak menggunakan premis
sekolah untuk mengajar tuisyen pada hari persekolahan atau cuti hujung
minggu.
Tindakan : Makluman

5 TAKLIMAT GURU PENOLONG KANAN DAN TADBIR (PN. HAFIZAH BT SAAD)


5.1 Ucapan Alu-aluan
5.1.1 Pn. Hafizah mengucapkan terima kasih di atas kehadiran guru-guru dan
selamat datang kepada En. Hasrul. Beliau menyampaikan maklumat yang
telah diterima daripada mesyuarat kurikulum oleh pihak PPK.

5.2 Maklumat dari PPK


5.2.1 Pn. Hafizah mengucapkan terima kasih di atas kehadiran guru-guru dan
selamat datang kepada En. Hasrul. Beliau menyampaikan maklumat yang
telah diterima daripada mesyuarat kurikulum oleh pihak PPK.
5.2.2 Bagi tahun 2015, semua aktiviti dasar-dasar kerajaan hendaklah diteruskan.
5.2.3 Pn. Hafizah mengingatkan guru-guru hendaklah memasukkan unsur-unsur
soalan KBAT di dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
5.2.4 Program FROG VLE perlu aktif kerana terdapat pemantauan daripada
pihak kementerian pendidikan.
5.2.5 Program i-THINK juga haruslah diserap dan digunakan di dalam Pdp guru.

18
PK 07-01

5.2.6 Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) telah sampai ke tahun 5. Oleh itu,
Pn. Hafizah berharap pentaksiran yang dilakukan dapat dijalankan seperti
biasa dan perlu dimantapkan lagi.
5.2.7 Pn. Hafizah memaklumkan bahawa bagi program LINUS utnuk saringan
yang kedua hendaklah mencapai KPI yang telah ditetapkan.
Tindakan : Makluman
5.3 E-pelaporan J-QAF
5.3.1 Pn. Hafizah meminta agar guru-guru J-QAF dapat menyemak data J-QAF
sebelum dihantar bagi mengelakkan berlakunya ralat. Adakan post-mortem
data.
5.3.2 Pn. Hafizah berharap kem literasi Al-quran dapat diadakan di peringkat
sekolah. Beliau memaklumkan mengenai Majlis Tadarus Al-quran yang
akan berlangsung pada 4 April 2015 di SK. Padang Tembak dan Festival
Nasyid pada 25 Julai 2015 bertempat di SK. Jalan Gurney (1).
Tindakan: Makluman
5.4 SPSK
5.4.1 Pn. Hafizah mengingatkan bahawa SPSK perlu bergerak lebih aktif bagi
tahun 2015.
Tindakan : Makluman
5.5 Program PROTIM
5.5.1 Pn. Hafizah menyatakan bahawa program PROTIM bagi mata pelajaran
B.Melayu dan Matematik yang dijalankan untuk murid Tahun 4,5 dan 6
masih lagi diteruskan seperti biasa.
Tindakan : Makluman
5.6 Dialog Prestasi
5.6.1 Pn. Hafizah memaklumkan bahawa semua sekolah perlu menjalankan
dialog prestasi setiap bulan.
Tindakan : Makluman

5.7 UPSR

19
PK 07-01

5.7.1 Pn. Hafizah memaklumkan mengenai pencapaian keputusan peperiksaan


UPSR bagi tahun 2014 menurun dengan GPS sebanyak 2.03. Oleh yang
demikian, beliau berharap semua guru dapat membantu guru-guru tahun 6
agar pencapaian UPSR tahun 2015 dapat ditingkatkan.
Tindakan : Makluman

5.8 E-prestasi guru


5.8.1 Pada tahun 2015 e-prestasi guru akan diisi secara on-line. Penilaian dibuat
berdasarkan maklumat di dalam buku rekod.
5.8.2 E-prestasi akan diisi 2 kali setahun.
Tindakan : Makluman
5.9 Takwim sekolah
5.9.1 Pn. Hafizah merujuk kepada edaran mengenai aktiviti-aktiviti yang telah
ditetapkan dan cuti umum mengikut takwim sekolah.
5.9.2 Beliau memaklumkan bahawa kumpulan guru bertugas tersebut adalah
tetap sehingga tamat persekolahan.

5.10 Fail guru


5.10.1 Bagi tahun 2015 fail guru tidak disediakan seperti tahun-tahun yang lepas.
5.10.2 Ketua Panitia akan mengumpul semua maklumat guru melalui borang yang
telah disediakan di dalam mesyuarat panitia masing-masing.
Tindakan : Makluman
5.11 Fail Panitia
5.11.1 Pn. Hafizah berharap agar semua semua ketua panitia dapat mengemaskini
isi kandungan fail panitia masing-masing.
5.11.2 Ketua Panitia boleh menyambung sahaja fail panitia daripada tahun yang
lepas. Buatkan pembahagi bagi tahun 2015.

6 TAKLIMAT GURU PENOLONG KANAN HEM (EN. AMIRUDDIN B. AZIZHAN)


6.1 Kehadiran murid

20
PK 07-01

6.1.1 En. Amir menyatakan jika ada murid yang sudah lama tidak hadir ke
sekolah, guru kelas perlu mendapatkan pengesahan daripada pihak
pentadbir bagi memastikan sama ada murid tersebut telah berpindah atau
tidak. Ini kerana terdapat kes di mana murid tidak berpindah tetapi guru
kelas telah memotong nama murid tersebut dalam buku kedatangan.
Tindakan : En. Amir/ guru kelas

6.2 Taklimat Hari Orientasi & Pendaftaran Tahun 1


6.2.1 En. Amir merujuk kepada edaran Hari Orientasi Tahun satu 2015 yang akan
diadakan pada 31 Disember 2014. Beliau menyatakan terdapat guru-guru
yang mempunyai dua tugasan pada hari tersebut.
6.2.2 En. Amir meminta guru-guru yang terlibat dengan edaran t-shirt sukan
membantu untuk menjalankan ujian penentu aras kerana t-shirt sukan telah
diedarkan kepada ibubapa sebelum ini.
6.2.3 Pn. Nora’Aini menerangkan tentang program orientasi tahun 1. Murid-
murid akan berada di dewan sementara ibubapa akan berada di kelas untuk
menguruskan borang maklumat yang perlu diisi.
6.2.4 Pn. Nora mengingatkan bahawa guru-guru yang bersama murid di dewan
agar dapat mengambil ukuran berat dan tinggi murid-murid.
6.2.5 Semasa hari orientasi, ibubapa yang telah melengkapkan semua maklumat
boleh membawa anak mereka pulang lebih awal.
6.2.6 Guru besar menyatakan bahawa ibubapa tahun 1 dibenarkan berada di
kawasan sekolah sehingga hari yang ketiga sahaja dan perlu menunggu di
kantin.
6.2.7 Guru besar mengingatkan guru-guru perlu berpakaian formal dan tag nama
semasa hari orientasi.
6.2.8 Pn. Ida memaklumkan mengenai terdapat guru kelas tahun 1 yang perlu
berada di dewan kerana memberikan taklimat. Pn. Nora’Aini menyatakan
bahawa guru kelas yang terlibat boleh menyerahkan meminta bantuan guru
yang membantu di dalam kelas bagi menyusun fail peribadi murid dan
keperluan yang lain.

21
PK 07-01

6.2.9 En. Amir akan memberikan taklimat mengenai pemilihan mata pelajaran B.
Arab dan B. Cina.
Tindakan : Makluman

7 TAKLIMAT GURU PENOLONG KANAN KO-KURIKULUM (PN. ZAIMUNAH BT MUHAMED)


7.1 Aktiviti Ko-kurikulum
7.1.1 Pn. Zaimunah menyatakan bahawa aktiviti ko-kurikulum pada setiap hari
Rabu bermula pada pukul 9.30 pagi hingga 12.30 tengahari. Aktiviti
dimulakan lebih awal pada tahun ini kerana semua unit akan diadakan pada
hari yang sama secara bergilir-gilir. Pn. Zaimunah memberitahu bagi
murid Tahun 3, mereka boleh mengikuti aktiviti ko-kurikulum selama 45
minit sahaja (peruntukan masa yang telah ditetapkan). Guru penasihat
boleh membenarkan mereka berehat selepas waktu tersebut.
7.1.2 Pn. Zaimunah memaklumkan terdapat beberapa kelab telah dimansuhkan
pada tahun ini iaitu kelab kriket kerana telah pasukan kriket sekolah akan
dilatih di luar waktu ko-kurikulum. Kelab kebudayaan juga telah
dimansuhkan.
7.1.3 Kelab pencegahan jenayah akan diadakan pada waktu aktiviti ko-kurikulum
seperti kelab/persatuan yang lain.
Tindakan : Makluman

7.2 Tarikh sukan sekolah


7.2.1 Pn. Zaimunah memaklumkan bahawa tarikh sukan sekolah boleh dibuat
pada bila-bila masa sahaja.
Tindakan : Makluman
8 HAL-HAL LAIN

22
PK 07-01

8.1 En. Hasrul menyatakan bahawa beliau ingin menyertai unit beruniform pengakap
kerana di sekolah lama, telah menyertai unit tersebut dan mempunyai uniform yang
lengkap.
8.2

9 PENANGGUHAN MESYUARAT
9.1.1 Mesyuarat telah ditangguhkan pada jam 12.30 tenghari.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

............................................. .........................................
(SYARIZAT ZAIHANI BT JAMALUDIN) (PN. HAFIZAH BT SAAD)
Pencatat GPK Tadbir & Kurikulum
Minit Mesyuarat Kali Pertama SK. St. John 1
SK. St. John 1

23
PK 07-01

SEKOLAH KEBANGSAAN ST. JOHN (1)

DIALOG PRESTASI SEKOLAH BIL 1/2015

Tarikh : 29 Januari 2015


Masa : 11.00 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat SK St. John (1)

Nama Yang Hadir :


1. En. Pooi Cheng Fatt (Pengerusi/Guru Besar)
2. Pn. Hafizah bt Saad (GPK Tadbir & Kurikulum)
3. Pn. Halijah bt. Nik Coob (GPK Hal Ehwal Murid)
4. En. Zaimunah bt. Muhamed (GPK Kokurikulum)
5. En. Asrab Khan b. Abdul Kasim
6. En. Fong Teng Cho
7. En. Azlan b Muhamad Ali
8. En. Muhd Khairuddin b. Abdollah
9. En. Rosli b. Hashim
10. En. Hisham b. Arifin
11. En. Mohd. Junaidi b Jindang
12. En. Suren Kumar a/l Suria Kumaran
13. En. Kamarudin b. Jamak
14. En. Ahmad Afify b. Mansor
15. En. Abdul Halim b.Yusof

24
PK 07-01

16. Pn. Nora’Aini bt Zainal Abidin


17. Pn. Ida Azira bt. Mohd Yusof
18. Pn. Ki Hooi Sang
19. Pn. Rosnita bt. Md Rashid
20. Pn. Norizmahani bt. Ishak
21. Pn. Roslina bt. Mohmed
22. Pn. Shafahizan Fiza bt. Jamil Layali
23. Pn. Norzera bt. Jusoh
24. Cik Zakiah bt. Sailan
25. Cik Russaraliana bt Suli
26. Cik Zawakhir bt. Jasmi

TIDAK HADIR BERSEBAB:

1. Tn. Hj. Mohd Norul Haffisz b. Nordin - Urusan Keluarga


2. Pn. Norliza bt. Yusof - Urusan Keluarga
3. Cik Nurul Hafifah bt. Abdul Razak - Menunaikan Umrah
4. En. Khirruddin b Che Isa - Urusan Keluarga

25

Vous aimerez peut-être aussi