Vous êtes sur la page 1sur 17

Perkara

Isi kandungan Muka Surat

01. Pengenalan 1
02. Sukatan Mata Pelajaran Bahasa
Melayu Tahun 6 3
03. Ujian Objektif Dan Subjektif 4
3.1 Langkah-Langkah Pembinaan 4
04. Jadual Penentu Ujian Bahasa Melayu Tahun 6 5
05. Perlaksanaan Kajian Rintis 6
06 Analisis Item Berdasarkan Perlaksanaan Ujian 7
6.1 Indeks Kesukaran 8
6.1.1 Jadual Indeks Kesukaran 10
6.2 Indeks Diskriminasi 11
6.1.2 Jadual Indeks Diskriminasi 12
07. Keberkesanan Item Berdasarkan Keupayaan
Pelajar 13

08. Kesimpulan Kajian 15

Bibliografi

1
01. PENDAHULUAN

Dalam proses pentadbiran ujian, keadaan yang kerap berlaku ialah peringkat
permakahan ujian dan pemberian gred diberi perhatian yang lebih berbanding dengan
peringkat penganalisisan soalan selepas memarkah. Memang tidak dapat dinafikan
bahawa biasanya penyedia-penyedia ujian dikehendaki oleh pihak atasannya untuk
mengimbas kembali atau mengkaji kembali kertas soalan yang disediakan selepas
peperiksaan tamat. Namun, proses penilaian ini biasanya dilakukan dengan cara
memberi pendapat terhadap soalan-soalan yang diuji tanpa menggunakan cara
perangkaan. Persoalan di sini ialah: Adakah kertas soalan yang disediakan dan yang
dihadapi oleh beribu-ribu orang pelajar itu sah dan boleh dipercayai? Faktor ini adalah
penting kerana jika pelajar menghadapi ujian yang sah dan boleh dipercayai, barulah
gambaran yang sebenar tentang pencapaian atau kemajuan pelajar boleh didapati.

1. 2. Penganalisisan dan pentafsiran soalan selepas pemarkahan

Penganalisisan soalan merupakan suatu kajian yang sistematik terhadap soalan yang
telah digunakan dalam sesuatu ujian. Dalam peringkat penganalisisan soalan,
keputusan yang didapati daripada ujian boleh diinterpretasikan dengan berbagai-bagai
cara. Interpretasi boleh dibuat dari sudut statistik ataupun dengan cara yang senang
seperti memberi skor kepada setiap pelajar (Abdul Fatah, 1985: 64).

Penganalisisan dan pentafsiran soalan untuk kertas kerja ini dibuat


berdasarkan keputusan-keputusan ujian adalah untuk menentukan indeks kesukaran
dan indeks diskriminasi setiap soalan yang telah dibina . Nilai indeks kesukaran (I.K.)
dan indeks diskriminasi (I.D.) yang diperolehi akan ditafsirkan untuk menentukan
sama ada soalan yang dibina berkualiti atau tidak (Mok, 1995: 129). Penganalisisan
soalan dan pentafsiran soalan amat penting kerana proses ini dapat membantu
mengenal pasti soalan mana berkualiti dan sebaliknya. Usaha ini sudah tentu dapat
memperbaik mutu sesuatu ujian pada masa akan datang.

2
2. SUKATAN MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU TAHUN 6

KEMAHIRAN MEMBACA

5.0 Membaca kuat dengan kelancaran sebutan, intonasi, dan gaya pembacaan yang
sesuai
5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan
memahami perkara yang dibaca.

5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan
lancar serta memahami perkara yang dibaca.

SISTEM BAHASA
Sistem Bahasa berfokus kepada pengajaran dan pembelajaran tatabahasa, ejaan,
sebutan dan intonasi, kosa kata, dan peribahasa. Penerangan ringkas bagi perkara
tersebut dinyatakan di bawah.

1.0 Tatabahasa
Tatabahasa hendaklah dijadikan dasar kecekapan berbahasa dan diajarkan secara
terancang dalam konteks untuk ketepatan berbahasa. Kandungan tatabahasa terdiri
daripada morfologi dan sintaksis.

1.2 Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan


keserupaan bentuk dan fungsi dengan anggota lain dalam golongan yang sama. Aspek
morfologi yang diberi tumpuan adalah seperti yang berikut:

a. Struktur kata merujuk kepada pola suku kata bagi


i. kata asli bahasa Melayu
ii. kata pinjaman bahasa Melayu
b. Bentuk kata
i. kata tunggal
ii. kata terbitan
iii. kata majmuk
iv. kata ganda
• Proses pembentukan kata bahasa Melayu ialah:
i. pengimbuhan

3
ii. penggandaan
iii. pemajmukan

c. Golongan kata
i. kata nama
ii. kata kerja
iii. kata adjektif
iv. kata tugas

2.0 Sistem Ejaan


Perkara yang diberi penekanan ialah:
i. pola keselarasan huruf vokal
ii. ejaan kata pinjaman
iii. ejaan kata dasar dan kata terbitan
4.0 Kosa kata
Kosa kata terdiri daripada kosa kata umum dan istilah. Penguasaan kosa kata perlu
dipertingkatkan dan diperkembang selaras dengan pertambahan ilmu dalam mata
pelajaran peringkat sekolah rendah

5.0 Peribahasa
Peribahasa yang merangkumi simpulan bahasa, perumpamaan, pepatah, bidalan,
perbilangan , kata-kata hikmat , dan bahasa kiasan perlu diajarkan dalam pendidikan
Bahasa Melayu. Pemilihan peribahasa, kata-kata hikmat, dan bahasa kiasan hendaklah
mengutamakan falsafah, keperibadian, dan nilai murni masyarakat Malaysia.

4
3. UJIAN OBJEKTIF DAN SUBJEKTIF

Ujian objektif bermaksud item / soalan yang mempunyai jawapan yang tepat / tertentu
/ spesifik. Ujian yang dijalankan adalah untuk menguji pengetahuan, kefahaman,
aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Soalan / item bagi ujian objektif boleh
dibahagikan kepada empat iaitu :

i. Soalan aneka pilihan


Jawapan secara tepat, soalan sukar dibina dan dijawab tetapi
mudah untuk diperiksa.

ii. Item Membina Ayat


Ssesuai digunakan untuk menguji fakta yang mengkehendaki
pelajar menentukan sama ada penyataan yang diberikan adalah betul atau
salah.

3.1 Langkah-langkah Pembinaan

Terdapat langkah-langkah yang telah disusun dengan teratur sebelum membina


ujian agar penggubal / guru boleh melaksanakan ujian dengan baik. Langkah-langkah
tersebut ialah :

1. Menyediakan Jadual Penentu Ujian / Jadual Spesifikasi Ujian

2. Menulis item / soalan ujian

3. Menyemak item / soalan ujian

4. Menilai item / soalan ujian

5
Aras Kemahiran
Jumlah
Kandungan Pengetahuan Kefahaman Aplikasi Analisis
M Sd S M Sd S M Sd S M Sd S

Pemahaman
i.Teks Puisi X
ii. Cerpen X X 8
X X X X
X
Tatabahasa

Golongan Kata
i. kata Keterangan X X
4
X
ii. Kata Adjektif
X

Pengandaan

i. Pengandaan 3
Tunggal & Jamak X X
X

Golongan Kata
i. Perkataan
Berlawanan. X X X
5
ii. Sinonim
X
X

2 4 1 5 2 1 2 2 2 3 20
04 JADUAL PENENTU UJIAN BAHASA MELAYU TAHUN 6

6
05. PERLAKSANAAN KAJIAN RINTIS

Untuk menjamin item yang digubal mempunyai cirri-ciri keesahan,


kebolehpercayaan, keobjektifan, kebolehtadbiran dan kemudahtafsiran, item yang
telah disemak eloklah ditujukan kepada sebahagian kecil pelajar untuk memastikan
keesahannya.

Soalan-soalan ini telah diberikan kepada 20 orang murid Tahun 6 dari Sekolah
Kebangsaan Kunak.

Kelemahan-kelemahan item ini boleh diperbaiki dengan maklumat yang


didapati dari kajian rintis tersebut. Set instrument yang baik dan yang telah dibaiki
boleh digunakan sebagai ujian yang sah, atau disimpan dalam bank item untuk
kegunaan pada masa hadapan.

Keputusan kajian rintis digunakan untuk menganalisa dan mentafsir item.


Dalam hal ini Indeks Kesukaran (p) dan Indeks Diskriminasi (d) dikira bagi setiap
item untuk menentukan kuantiti sesuatu item, sama ada item itu benar-benr sesuai
digunakan atau sebaliknya.

4.1 Contoh Pentadbiran Item Soalan

( Sila Rujuk Lampiran )

7
ITEM
Bil NAMA CALON 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 Skor
1 Alhakma Alkhim                                         20
2 Ahmad Azli                                         20
3 Farra Dila Ako                                     x   19
4 Daud Aniz                           x             19
5 Adila Mahdir                               x         19
6 Kamal ingi       x                                 18
7 Mae Ismail                               x x       18
8 Khairil                               x     x x 17
9 Fredolin                     x     x           x 17
10 Atira Azaid                 x       x           x   17
11 Tuyarina Mikil     x                   x x             17
12 Zainul Isa                 x               x   x   17
13 Huzaimi Mahfuz       x         x     x         x       16
14 Nurul Idayu                   x     x   x   x       16
15 Debora Castro     x   x x     x   x x       x         13
16 Kassim Ahad         x   x     x x   x     x   x x x 11
17 Siti Amidi Azid     x x   x   x x x       x     x x   x 10
18 Akhim Chee     x       x x   x x   x x x   x   x x 9
19 Biana Dambui   x   x x     x x     x x   x x x     x 9
20 Zul Ifadilah Manan     x     x x x   x   x   x   x x   x x 9
Bil Jawapan Betul  20 19 15 16 17 17 17 16 14 15 16 16 14 14 17 13 12 18 13 13
Bil Jawapan Salah  - 1 5 4 3 3 3 4 6 5 4 4 6 6 3 7 8 2 7 7
Indeks Kesukaran  0 0,95 0,75 0,8 0,85 0,85 0,85 0,8 0,7 0,75 0,8 0,8 0,7 0,7 0,85 0,65 0,6 0,9 0,65 0,65
Indeks Diskriminasi  0 0,16 0,66 0,16 0,5 0,5 0,5 0,66 0,5 0,66 0,5 0,5 0,5 0,33 0,33 0,5 0,66 0,33 0,33 0,83  
0.6 ANALISIS ITEM BERDASARKAN PERLAKSANAAN UJIAN KEATAS PELAJAR TAHUN 6, SK.WAANG, RANAU SABAH.

8
6.1 Indeks Kesukaran

Indeks Kesukaran Item ( p )

Indeks Kesukaran Item adalah ciri utama yang dapat menunjukkan aras kesukaran sesuatu
item / soalan ; iaitu sama ada sesuatu itu mudah dijawab atau susah dijawab.

Indeks ini dikira dengan menggunakan nisbah bilangan calon yang memberi jawapan betul
dengan dibahagikan kepada jumlah calon yang menjawab. Pengiraannya adalah seperti di
bawah :-

Bilangan calon yang memberi jawapan betul


Nilai p = ---------------------------------------------------------
Jumlah calon yang menjawab

19 (Bilangan yang menjawab betul)


Contoh : p = -----------------------------------------------
20 (Jumlah calon yang menjawab)

= 0.95

0.00 0.50 1.00

Item Sukar Sederhana Mudah

Item yang sukar mempunyai nilai p yang rendah, sebaliknya item yang mudah mempunyai p
yang tinggi. Untuk lebih jelas lagi dalam menilai aras kesukaran item ini dapat dijelaskan
dalam jadual di bawah.
9
Aras Kesukaran dan Pengkelasan Item

Nilai p Pengkelasan Item Keputusan

0.00 - 0.25 Sukar Terima

0.26 - 0.50 Sederhana Sukar Terima

0.51 - 0.75 Mudah Terima

0.76 - 1.00 Amat Mudah Ubah Suai

Sesuatu item itu sukar sekiranya kebanyakan pelajar tidak dapat menjawab item itu dengan
betul. Sebaliknya item itu senang sekiranya kebanyakan pelajar dapat menjawabnya dengan
betul. Indeks kesukaran item dihitung dengan membahagikan bilangan pelajar yang menjawab
item itu dengan betul oleh jumlah pelajar yang mengambil ujian yang mengandungi item itu.

Setelah nilai indeks kesukaran untuk item/soalan tertentu diperolehi, pentafsiran item/soalan
itu dapat dibuat berdasarkan Jadual seperti di bawah
Indeks Kesukaran Pentafsiran item/soalan Keputusan
(I.K.)
I.K. < 0.3 Terlalu sukar Ubahsuai
0.3 < I.K. < 0.8 Sederhana Terima
I.K. ≥ 0.8 Terlalu mudah Ubahsuai

10
6.1.1 Jadual Analisa Indeks Kesukaran Ujian Bahasa Melayu Tahun 6:

Indeks
Item Bilangan Menjawab Kesukaran Item Pengkelasan Keputusan
Betul – ( n ) ( p) Item
1 20 0.00 Terlalu Mudah Buang
2 19 0.95 Terlalu Mudah Ubahsuai
3 15 0.75 Mudah Terima
4 16 0.80 Mudah Terima
5 17 0.85 Terlalu Mudah Ubahsuai
6 17 0.85 Terlalu Mudah Ubahsuai
7 17 0.80 Mudah Terima
8 16 0.70 Sederhana Terima
9 14 0.75 Mudah Terima
10 15 0.80 Mudah Terima
11 16 0.80 Mudah Terima
12 16 0.70 Sederhana Terima
13 14 0.70 Sederhana Terima
14 14 0.85 Terlalu Mudah Ubahsuai
15 17 0.70 Sederhana Terima
16 13 0.85 Terlalu Mudah Ubahsuai
17 12 0.65 Sederhana Terima
18 18 0.60 Sukar Terima
19 13 0.90 Terlalu Mudah Ubahsuia
20 13 0.65 Sederhana Terima

Jadual di atas adalah Analisa Indeks Kesukaran berdasarkan item yang telah diuji ke atas 20
orang murid-murid Tahun 6 , Sekolah Kebangsaan Pekan Ranau.

Penganalisaan Item Soalan

Nilai p Pengkelasan Item Keputusan


0.41- 0.60 Sukar Terima
0.61- 0.70 Sederhana Terima
0.71- 0.80 Mudah Terima
0.81- 1.00 Terlalu Mudah Ubah Suai/ Buang

11
6.2 Indeks Diskriminasi

Indeks diskriminasi mempunyai kuasa atau fungsi membezakan calon-calon daripada


kumpulan cerdas dengan kumpulan lambat (Mok 1995: 130). Dengan perkataan lain, Indeks
diskriminasi menunjukkan sama ada tiap-tiap satu soalan atau butiran itu membezakan
pencapaian di antara pelajar-pelajar yang baik dengan yang lemah dan seterusnya sama ada
tiap-tiap satu soalan atau butiran membezakan pelajar (Azman Wan Chik, 1982:137). Tujuan
mengadakan penganalisaan soalan untuk mendapatkan indeks diskriminasi ialah untuk
mengetahui sama ada soalan yang dibina itu terlampau susah sehingga pelajar yang baik juga
tidak dapat menjawabnya atau disebaliknya ia terlalu senang sehingga pelajar yang lemah juga
dapat memberi jawapan yang betul. Formula berikut digunakan untuk mengira nilai indeks
diskriminasi:

b) Mengira pelajar menjawab dengan betul di kalangan berpencapaian rendah (R u),


bilangan pelajar menjawab dengan betul di kalangan pelajar berpencapaian tinggi (R L)
dan jumlah pelajar berpencapaian tinggi ( T ( L– U ) )

c) Indeks diskriminasi boleh dikira dengan membahagikan perbezaan


( R U - R L ) dengan separuh T ( L - U ) seperti berikut:

(R U - RL)
d = ---------------------
(½T(L+ U))

Nilai indeks diskriminasi yang diperolehi daripada formula di atas dapat menolong kita
menentukan sama ada item/soalan yang dibina itu bermutu tinggi atau tidak.

12
6.2.1 Jadual Analisis Indeks Diskriminasi Ujian Bahasa Melayu Tahun 6

Item Jawapan Betul Jawapan Betul RU - R L


Right Upper Right Lower (d)= ----------- Pengkelasan Keputusan
½T Item
1 6 6 00 Tidak Baik Buang
2 6 5 0.16 Tidak Baik Buang
3 6 2 0.66 Sangat Baik Terima
4 6 4 0.33 Sederhana Baik Terima
5 6 3 0.5 Baik Terima
6 5 3 0.33 Sederhana Baik Terima
7 6 3 0.5 Baik Terima
8 6 2 0.66 Sangat Baik Ubahsuai
9 6 3 0.5 Baik Terima
10 6 2 0.66 Sangat Baik Ubahsuai
11 6 3 0.5 Baik Terima
12 6 3 0.5 Baik Terima
13 6 3 0.5 Baik Terima
14 5 3 0.33 Sederhana Baik Terima
15 6 4 0.33 Sederhana Baik Terima
16 5 2 0.5 Baik Terima
17 5 2 0.5 Baik Terima
18 6 4 0.33 Sederhana Baik Terima
19 5 3 0.33 Sederhana Baik Terima
20 6 1 0.83 Sangat Baik Ubahsuai

Aras Diskriminasi dan Pengkelasan Item

Nilai ( d ) Pentafsiran Item Keputusan


0.00 – 0.20 Tidak baik Buang
0.21 – 0.30 Kurang baik Terima
0.31 – 0.40 Sederhana baik Terima
0.41 – 0.50 Baik Terima
0.51 – 1.00 Sangat baik Ubahsuai

13
7. KEBERKESANAN ITEM BERDASARKAN KEUPAYAAN PELAJAR

Setiap item dianalisis untuk mendapatkan tahap kesukaran dan kuasa diskriminasi setiap
soalan. Ini boleh dijadikan asas untuk memastikan bank soalan mempunyai hanya soalan-
soalan yang berkualiti dan meningkatkan tahap kebolehpercayaan proses pengujian. Justeru itu,
berdasarkan analisis item soalan, berdasarkan indeks kesukaran, didapati beberapa
perbandingan yang boleh dibuat dengan indeks diskriminasi. Item 1 terlalu mudah, pelajar
dapat menjawab 100% dengan betul. Item ini perlu dibuang ataupun diubah suai. Tetapi dapat
juga ditafsrikan item 1 dianggap terlalu mudah tetapi amat sesuai digunakan oleh calon
daripada aras rendah untuk memperolehi markah mereka.

Item 2, 5, 6, 14, 16 dan 19 juga menunjukkan kaitan yang sama. Indeks Kesukaran
pada 0.81 hinggan 1.00. Soalan ini perlu diubahsuai bagi membolehkan wujud perbezaan
antara pelajar yang baik dengan pelajar yang lemah. Indeks diskriminasi bagi item 1, 2 antara
0.00-0.20 yang bererti soalan ini tidak baik dan perlu dibuang. Tidak wujud sebarang
perbezaan kecerdasan pelajar.

Indeks kesukaran bagi soalan 3,4,7 ,9, 10 dan 11 menunjukkan soalan ini sederhana
mudah. Sebanyak 30% pelajar dapat menjawab item pada bahagian ini. Berdasarkan tinjauan
indeks diskriminasi, item bagi aras ini menunjukkan indeks diskirminasi berada diantara 0.41-
0.50. Item ini dapat diklasifikikan sebagai soalan yang sangat baik. Amat sesuai disimpan
sebagai bank soalan kerana dapat membezakan antara pelajar cergas dengan lambat.

Soalan 12, 13, 15 17 diklasifiksikan sebagai soalan sederhana. 20% pelajar dapat
menjawab pada tahap item ini. Berdasarkan indeks diskriminasi, item ini diantara 0.41 hingga
0.50 iaitu ditafsirkan sebagai soalan yang baik dan berkualiti kerana ia mampu membezakan
tahap kecerdasan pelajar seperti yang diperlukan dalam penilaian norma. Soalan ini perlu
disimpan sebagai panduan kepada penilaian antara pelajar cerdas dengan pelajar lambat.

14
Bagi soalan 18, indeks kesukaran pada tahap 0.41 dan ke atas. Ini membawa penjelasan
tentang soalan yang perlu dipermudahkan lagi. Kebanyakan pelajar cerdas dapat menjawab
soalan dengan tepat. Indeks diskriminasi berada pada tahap 0.31- 0.40 yang mengelaskan
soalan ini adalah sederhana baik. Ia masih sesuai di gunakan untuk membezakan tahap
kebolehan pelajar antara pelajar cerdas dengan pelajar lambat dan soalan ini boleh dijadikan
sebagai bank soalan.

Apabila dibuat perbandingan antara indeks kesukaran dengan indeks diskriminasi,


beberapa item soalan perlu digugurkan kerana tidak dapat memenuhi spesifikasi soalan yang
berkualiti. Indeks diskriminasi untuk soalan 1 perlu dibuang kerana langsung tidak
menjelaskan perbezaan tahap kognitif antara cerdas dengan lambat. Bagi soalan yang berada
pada indeks 051- 1.00 iaitu soalan 8, 10 dan 20, didapati soalan ini perlu diubah suai kerana
kurang memberikan cabaran kepada pelajar pintar cerdas untuk menjawab soalan tersebut.
Kerana aras kebolehan yang boleh disamakan dengan pelajar yang lambat. Item soalan yang
sangat sukar seperti soalan yang telah diperbincangan dalam huraian sebelumnya perlu perlu
dipermudahkan untuk mengekalkan soalan yang berkualit dan pelajar cergas dapat uji dengan
soalan-soalan yang mencabar. Manakala bagi pelajar yang lambat pula soalan ini
membolehkan mereka meperolehi markah yang lebih mudah. Dan bagi soalan yang mudah
pula perlu dipersukarkan.

Berdasarkan tafsiran dalam jadual analisis Item tersbut, taburan aras kesukaran soalan
dapat membezakan antara pelajar pintar dengan pelajar lambat. Indeks diskriminasi
mentafsirkan beberapa soalan kurang sesuai dimasukan dalam bank soalan. Semakin tinggi
nilai indeks tersebut semakin baik ujian atau item tersebut dapat mendiskriminasikan calon.
Indeks diskriminasi ujian diberi oleh nilai min r-point biserial iaitu koeffisen korelasi di antara
skor item dengan jumlah skor. Ukuran ini dapat memberi maklumat tentang kepelbagaian skor
yang diterima oleh pelbagai jenis dan kebolehan calon.

15
08. KESIMPULAN KAJIAN

Penilaian / pengujian memerlukan beberapa proses sistematik dari awal hingga akhir. Dengan
adanya langkah-langkah yang sistematik akan terbentuknya satu set ujian yang berkualiti. Ini
adalah kerana memberi ujian adalah sebahagian dari proses pengajaran dan pembelajaran.
Dalam menjalankan ujian, guru mestilah mengenal pasti soalan-soalan yang dibina menepati
semua objektif pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanakan.

Jika dilihat keputusan Indeks Kesukaran dan Indeks Diskriminasi dari kertas kerja kursus
yang kami sediakan ini, item / soalan yang dibina adalah baik dan sesuai untuk digunakan oleh
pelajar bagi tujuan pengujian. Ini adalah kerana kedua-dua indeks tersebut tidak menunjukkan
sebarang kesukaran / perbezaan yang melampau.

Oleh itu setiap guru mestilah mempunyai pengetahuan yang secukupnya dalam bidang
pembinaan ujian agar murid / pelajar dapat menguasai kemahiran yang dipelajari dengan lebih
berkesan, dan item yang dibina bersesuaian dan mencabar kebolehan murid agar dapat
mencambahkan daya pemikiran mereka.

16
Bibliografi

Abdul Fatah Abdul Malek. (1985). Pengukuran Pendidikan – Satu Pengenalan. Kuala
Lumpur: Nurin Enterprise.

Azman Wan Chik (1982). Ujian Bahasa Malaysia: Panduan dan Teknk. Kuala Lumpur:
Utusan Publications & Distibutor Sdn Bhd.

Azman Wan Chik. (1987). Isu-isu Dalam Pengukuran dan Penilaian Bahasa Malaysia. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Perpustaka.

Ishak Haron. (1987). “Kesahan Dan Kebolehpercayaan Dalam Penilaian”. Dalam Azman Wan
Chik. (Editor). Isu-isu Dalam Pengukuran dan Penilaian Bahasa Malaysia. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Perpustaka.

Khathijah Abdul Hamid. (1987). “Menilai Penulisan Bahasa Malaysia”. Dalam Azman Wan
Chik. (Editor). Isu-isu Dalam Pengukuran dan Penilaian Bahasa Malaysia. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Perpustaka.

Lembaga Peperiksaan Malaysia. (2004). Pembinaan Skema. Kuala Lumpur:


Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Mok Soon Sang. (1995). Asas Pendidikan 3 – Penilaian Dalam Proses Pendidikan. Kuala
Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd. McNamara, T.F.

Mohamad Sahari Nordin. (2002). Pengujian dan Penaksiran di Bilik kuliah dan
makmal. Gombak: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Mohd. Najib Abdul Ghafar. (1997). Pembinaan dan Analisis Ujian Bilik kuliah dan
makmal. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.

Mokhtar Ismail. (1995). Penilaian di Bilik kuliah dan makmal. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Siti Rahayah Ariffin. (2003). Teori, Konsep dan Amalan Dalam Pengukuran dan
Penilaian. Pusat Pembangunan Akademik Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan
Malaysia.

17

Vous aimerez peut-être aussi