Vous êtes sur la page 1sur 2

ASAL USUL BATIK DI MALAYSIA

Batik berasal daripada perkataan jawa "amba" yang bermaksud tulis dan "nitik" yang
membuat titik. Batik merujuk kepada kain yang mempunyai corak yang terang dan menarik.
Batik terdapat dalam pelbagai bentuk , antaranya adalah batik tulis , batik skrin , dan batik terap .
Teknik batik telah diketahui lebih seribu tahun , kemungkinannya berasal dari Mesir kuno atau
Sumeria . Ia terdapat di beberapa negara di Afrika Barat seperti Cameroon , Mali dan Nigeria
atau di Asia seperti Bangladesh , India , Indonesia , Iran , Malaysia , Sri Langka dan Thailand .
Batik telah menjadi sebahagian daripada budaya dunia terutama di alam Melayu dan sejak lama
yang merangkumi negara-negara Asia Tenggara . Pada masa kini terdapat corak-corak baru yang
dikenali sebagai batik moden bagi memenuhi citarasa pengguna yang sentiasa berubah-ubah .

Batik adalah merupakan salah satu bidang kraftangan tradisional yang unik dan terkenal
di Malaysia. Ia dihasilkan melalui proses penerapan lilin dan pencelupan warna. Sejarah
perkembangan batik di Malaysia dipercayai bermula pada abad ke 15 Masehi. Perkembangan
awal memperlihatkan kesan dan pengaruh batik daripada jawa. Mulai tahun 1930-an hingga
selepas Perang Dunia Kedua, perusahaan batik di Malaysia telah berkembang dengan pesat. Para
pengusaha batik di negeri-negeri Kelantan dan Terengganu merupakan perintis kepada
perkembangan batik di negara ini. Hasil-hasil batik tempatan tinggi mutu ciptaan dan
rekacoraknya. Ini melambangkan satu kemahiran kerjatangan yang kreatif di kalangan pembuat-
pembuat batik tanah air. Daya tarikan batik bukan sahaja terkenal di kalangan penduduk
tempatan malah ia turut mendapat sambutan dari pelancong-pelancong asing yang datang dari
luar negeri.

Di Malaysia, batik dihasilkan melalui beberapa teknik, proses dan gaya tertentu, salah
satu teknik ialah Batik Blok. Di Pantai Timur ia lebih dikenali sebagai Batik Cap atau Batik
terap. Proses awal dalam perkembangan membuat Batik Blok adalah menggunakan ukiran
sarang blok kayu untuk mengecap sejenis bahan pewama hitam semulajadi. Teknik awal ini
dipanggil ‘Terap Hitam’. Pada tahun 1920-an, penggunaan lilin di dalam proses penerapan mula
diperkenalkan oleh pembuat batik di Pantai Timur. Sejajar dengan itu, blok-blok yang diperbuat
daripada kepingan keluli juda turut diperkenalkan. Corak-corak blok keluli ini lebih kemas dan
halus buatannya. Blok-blok khas disediakan untuk menerap lilin pada bahagian Kepala Kain,
Kapit Kain dan Badan Kain
Kain Batik Blok merupakan kegemaran penduduk tempatan. Ianya dijadikan sebagai kain
batik sarung dan batik ela. Selain dijadikan pakaian, kain batik ela boleh diubahsuai untuk
menghasilkan kain cadar, langsir, alas tilam, sarung kusyen, sarung bantal, beg tangan dan
berbagai-bagai jenis barang kegunaan seharian yang indah dan cantik.

Akhir sekali, motif-motif yang sering digunakan pada kain batik blok adalah beberapa
corak tumbuh-tumbuhan dan bunga-bunga tempatan seperti Bunga Mawar, Bunga Orkid, Bunga
Cengkih, Bunga Cina, akar-akar menjalar, paku-pakis dan corak-corak geometrik terutamanya
motif Pucuk Rebung. Motif-motif ini pula diterapkan dalam berbagai susunan dan tataletak,
seperti melintang, tegak, serong, tompok-tompok dan susunan batu-bata.

Vous aimerez peut-être aussi