Vous êtes sur la page 1sur 61

Abstrak

Kajian ini membentangkan berkenaan kecirian khusus dan pasang surut kerajaan Aceh dari
aspek penting seperti politik, ekonomi dan sosial. Kemasukkan kuasa asing dalam kerajaan
Aceh banyak membawa perubahan dan juga kemerosotan dari pelbagai aspek terutamanya
dalam pentadbiran dan ekonomi Aceh. Terdapat pelbagai aspek yang menjadi faktor kemajuan
ekonomi kerajaan Aceh iaitu, kedudukannya yang strategik, kepentingan pelabuhan,
perkembangan ekonomi daratan dan kejatuhan Melaka. Sungguhpun Aceh merupakan salah
satu daripada alam melayu namun terdapat beberapa perbezaan dari sudut susun lapis
masyarakat, corak ekonomi serta bentuk budaya dan sosialiti masyarakatnya. Perkara yang
jelas dilihat adalah melalui adat Meugang yang tidak terdapat di Malaysia contohnya tetapi
masih diamalkan sehingga kini di Aceh. Selain itu, Pengaruh dalam bidang keagamaan juga
turut meresap dalam kehidupan masyarakat Aceh terutamanya agama Islam. Malah, corak
kehidupan mereka dipengaruhi oleh unsur keagamaan seperti agama islam yang terlebih dahulu
mempengaruhi Aceh selepas diselimuti agama Hindu-Buddha.

Kata kunci: Aceh, Faktor perkembangan kerajaan Aceh dan Faktor kemerosotan Kerajaan
Aceh.

1
BAB 1: PENGENALAN

1.1 Kerajaan-kerajaan

A). Maritim

Kerajaan maritim merupakan kerajaan yang menjalankan aktiviti ekonomi yang berasaskan
kelautan dan perdagangan. Setiap kerajaan maritim mempunyai pelabuhan tersendiri untuk
menyimpan dan membekalkan barang dagangan mereka. Antara kerajaan maritim yang
terkenal adalah kerajaan Funan, Kedah Tua, Champa, Chih tu, Srivijaya dan Majapahit.
Kerajaan maritim mempunyai pusat pentadbiran yang tertumpu di kawasan muara sungai.
Kerajaan maritim berfungsi sebagai orang tengah iaitu tempat pengumpulan dan pengedaran
barangan mentah. Antara barang yang diperdagangkan adalah hasil hutan, rempah ratus,
gaharu, cendana, damar dan ubat-ubatan. Pelabuhan entrepot adalah pelabuhan utama yang
menjalankan kegiatan perdagangan yang menjual barang mentah ke India, China, Arab dan
Eropah.1 Selain itu, sesebuah kerajaan maritim juga merupakan sebuah kerajaan yang terletak
di kedudukan yang strategik iaitu terlindung daripada tiupan angin monsun. Kedudukan yang
strategik tersebut menjadikan pelabuhan maritim menjadi tempat persinggahan para pedagang
dari seluruh dunia. Ini kerana para pedagang perlu mendapatkan perlindungan sementara
untuk menunggu perubahan angin monsun selain mendapatkan dan menjual barang
dagangan yang dibawa oleh mereka dari negara masing-masing. Kesan daripada berlakunya
peralihan angin monsun ini, pedagang dari Barat dan Timur tidak pernah berjumpa. Barang-
barang yang dibawa ditinggalkan dan diniagakan di Melaka. Kemudahan yang terdapat di
pelabuhan juga menarik minat pedagang untuk singgah di pelabuhan yang terdekat. Perkara
ini dapat dilihat melalui penyediaan kemudahan yang lengkap di pelabuhan Melaka yang
mampu menarik dan menjadikan Melaka sebagai pelabuhan entrepot. Pelbagai kemudahan
disediakan oleh pemerintah di pelabuhan Melaka untuk menarik pedagang-pedagang asing ke
pelabuhan Melaka. Antara kemudahan- kemudahan tersebut ialah kemudahan membaiki kapal,
menyediakan rumah persinggahan dan gudang untuk menyimpan barang. Kemudahan
pengangkutan juga disediakan oleh Syahbandar seperti kapal, perahu, jong, lancara, gajah
dan pekerja untuk kemudahan para pedagang untuk membawa barangan ke gudang.2

1 D.G.E. Hall, A History Of South East Asia, London : MacMillan Press, 1955, Hlm 27.
2 Ibid,

2
Pedagang juga mudah mendapatkan bekalan makanan dan air sebelum memulakan pelayaran
dan semasa menunggu pertukaran angin Monsun. Angkatan laut yang terdiri daripada orang laut.
Orang Laut juga dibentuk untuk melindungi pedagang daripada serangan lanun. Peranan
Syahbandar turut melicinkan aktiviti perdagangan di setiap pelabuhan. Jentera pentadbiran yang
tersusun ini telah berjaya mengekalkan keselamatan, kemakmuran dan keamanan di setiap
pelabuhan maritim. 3
Syahbandar iaitu antara jawatan terpenting berjaya menguruskan
pentadbiran di pelabuhan dengan cekap dan bijak. Antara tugas-tugas Syahbandar ialah
menguruskan cukai, menguatkuasakan peraturan keluar masuk kapal, menguruskan gudang,
menguruskan pasar, menjaga kebajikan pedagang, menjaga keselamatan pedagang dan menjadi
hakim di pelabuhan. Tambahan pula, sikap keterbukaan kerajaan maritim telah menjadikan
kerajaan maritime mampu menarik ramai pedagang.4 Dalam masa yang sama, pendapatan yang
tinggi daripada hasil ekonomi maritim telah mempengaruhi para pemerintah setiap kerajaan
maritime berusaha untuk meningkatkan kemudahan yang ada di pelabuhan masing-masing untuk
menarik pedagang. Kerajaan-kerajaan maritim seperti kerajaan Funan, Kedah Tua, Champa, Chih
Tu, Srivijaya dan Majapahit terus berkembang dengan kedatangan pedagang yang tidak pernah
putus mengunjungi pelabuhan tersebut. Ini kerana, setiap pelabuhan mempunyai barang
dagangan yang dapat memenuhi kehendak para pedagang dan berperanan sebagai orang tengah
dalam urusan perdagangan. Setiap kerajaan maritim tersebut mengumpul barangan seperti hasil
hutan, rempah ratus, dan ubat-ubatan yang diusahakan oleh penduduk di kawasan pedalaman
dan juga pulau-pulau yang berhampiran. Setiap barangan tersebut mendapat permintaan yang
tinggi di pasaran antarabangsa. Barangan ini dijual kepada pedagang dari Eropah, China, Arab
dan India.5 Dengan itu, pelabuhan maritim mampu berkembang menjadi pelabuhan entrepot. Ini
kerana setiap pelabuhan entrepot mampu menyediakan bekalan barang dagangan yang
mencukupi di setiap pelabuhan masing-masing. Kejayaan kerajaan maritim tersebut mendorong
kepada kemajuan kerajaan Acheh yang turut menjalankan kegiatan ekonomi maritim.

3Zuliskandar Ramli, Empayar Melayu: Perkembangan Sejarah, Organisasi Sosial dan Pentadbiran, Kualau Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka, 2008, Hlm 11-14.
4 Ibid,
5 Ibid,
3
B). Kerajaan Funan

Funan merupakan sebuah Kerajaan Hindu purba pertama di Asia Tenggara yang muncul pada
abad pertama masihi. Kerajaan ini digabungkan dengan kerajaan Chenla. Pada abad ke-6,
kerajaan Funan telah menghantar ufti ke China. "Funan" dalam transkripsi Cina adalah perkataan
"pnom" yang bererti "gunung". Kerajaan Funan pada awalnya merupakan kerajaan yang
mengamalkan kegiatan ekonomi sara diri dan pertanian. 6
Namun, kerajaan Funan telah
berkembang menjadi kerajaan maritim. Perkembangan ini berlaku disebabkan oleh kedudukan
Oc-eo yang terletak di muara Sungai Mekong. Kedudukan tersebut terlindung daripada tiupan
angina dari Teluk Siam disamping mempunyai kemudahan pelabuhan serta kemudahan
mendapatkan bekalan makanan dan juga bekalan minuman. Kerajaan Funan menumpukan
perhatian terhadap perdagangan dengan Eropah, China dan India yang menjadi pedagang utama
yang berlabuh di pelabuhan kerajaan Funan. Kerajaan Funan juga mempunyai angkatan laut
yang sangat kuat, jadi dengan angkatan lautnya, kerajaan Funan merampas dan menguasai
kawasan perairan Asia Tenggara. Funan sebagai The First Arest Power menjadi sangat terkenal
kerana kekuatan dan pengaruhnya dalam bidang perdagangan. 7 Setiap orang yang ingin
menyelamatkan nyawa harus menyerah, mati atau menjadi hamba jika ingin melalui kawasan
yang dimiliki oleh kerajaan Funan. Oleh yang demikian, seseorang yang ingin memasuki dan
menjalin hubungan baik dengan kerajaan Funan pada masa tersebut, mereka harus memberi
pemberian kepada kerajaan Funan. Kekuatan angkatan laut kerajaan Funan menjadikan kerajaan
Funan sebagai kuasa maritime yang agung. Kerajaan Funan sebagai Kerajaan The Man Power di
wilayah Asia Tenggara pada zaman pemerintahan.8

6Michel Munoz, Kerajaan-Kerajaan Awal Kepulauan Indonesia dan Semenanung Malaysia, Yogyakarta Indonesia, 2009,
Hlm 23-27.
7 Ibid,
8 Ibid,
3
C). Kerajaan Kedah Tua

Kerajaan Kedah Tua merupakan salah satu kerajaan awal terkenal yang terletak di Semenanjung
Tanah Melayu. Kedah Tua juga dikenali sebagai Kataha, Kadaram, Sai, Kalah, Kalah Bar dan
Kalagram. Menurut catatan I-Tsing (Yijing, 635-715, Sami di Dinasti Tang) dari negara China,
Kedah Tua juga disebut sebagai Cheh-Cha / Chiecha dalam rekod Cina. Kerajaan Kedah Tua
diasaskan pada abad ke-2. Pada peringkat awal, Sungai Mas merupakan pelabuhan utama tetapi
kemudian dipindah ke Lembah Bujang. Kedah Tua dipengaruhi oleh agama Buddha dan
seterusnya diikuti oleh agama Hindu, pengaruh Hindu-Buddha ini boleh dibuktikan melalui
peninggalan candi yang terletak di Lembah Bujang.Gunung Jerai telah menjadi petunjuk atau
panduan kepada pedagang luar untuk singgah di pelabuhan Lembah Bujang ataupun di Sungai
Mas. Pelabuhan Kedah Tua telah menjadi tempat penukaran barang, tempat persinggahan dan
tempat membaiki kapal pelayar dan pedagang dari Arab, India, Sri Lanka, Parsi dan Eropah
sebelum mereka meneruskan perjalanan mereka ke Timur.9 Ia juga menjadi pusat perdagangan
pelbagai hasil tempatan yang dikumpul oleh penduduk tempatan seperti bijih timah, emas, beras,
lada hitam, gading, damar, rotan, tanduk dan sebagainya. Walaupun Kedah Tua adalah sebuah
kerajaan samudera tetapi juga menjadi pengeluar padi terkenal kerana dikurniakan tanah pamah
yang rata dan luas. Kerajaan Kedah Tua mencapai zaman kegemilangan semasa pemerintahan
Sultan al-Mutawakil (847-861). Ini dapat dibuktikan melalui penemuan wang perak pada zaman
Sultan al-Mutawakil, manik yang dibawa dari negara India dan barangan kaca dari Timur
Tengah.10

9Michel Munoz, Kerajaan-Kerajaan Awal Kepulauan Indonesia dan Semenanung Malaysia, Yogyakarta Indonesia, 2009, Hlm
23-27.
10 Ibid,
4
D). Kerajaan Champa

Kerajaan Champa merupakan kerajaan yang menjadi jalur penghubung penting dalam Jalur
Rempah-rempah (Spice Road) yang dimulai dari Teluk Persia sampai dengan selatan Tiongkok
dan kemudian ia juga termasuk dalam jalur perdagangan bangsa Arab ke Indochina.11 Kerajaan
Champa memiliki hubungan perdagangan dan budaya yang erat dengan kerajaan maritim
Srivijaya, serta kemudian dengan Majapahit di kepulauan Melayu. Di samping itu, terdapat
hubungan yang erat antara Kerajaan Champa dan Kerajaan Kamboja. Meskipun sering terjadi
peperangan, kedua kerajaan juga mengadakan pertukaran kebudayaan dan perdagangan.

E). Kerajaan Chih Tu

Kerajaan Chih Tu adalah sebahagian daripada Empayar Funan , Kerajaan Chih tu berada di laut
Selatan yang mengambil masa 100 hari untuk sampai jika melalui jalan laut. Mengikut catatan
daripada sumber China Tanah di sekitar kerajaan Chih Tu kebanyakkan merah atau bertanah liat.
Di sebelah timur kerajaan Chih tu adalah kerajaan Po-lo-la. Bahagian utara kerajaan Chih tu
adalah lautan. Kerajaan Chih Tu juga merupakan kerajaan yang dikenali sebagai kerajaan
maritime. Kerajaan Chih Tu merupakan sebuah negara yang kaya dan memiliki 30 buah kapal
besar yang membolehkan kerajaan Chih Tu mendapatkan keperluan bahan mentah dan
menjalinkan hubungan diplomatik dengan kerajaan lain terutamanya kerajaan China.12

11Maspero Georges, The Champa Kingdom. The History of an Extinct Vietnamese Culture, White Lotus Press, 2002 Hlm 18-
24.
12 Ibid,
5
F). Kerajaan Srivijaya

Kerajaan Srivijaya merupakan kerajaan maritim Melayu purba yang berpusat di Sumatera dan
Semenanjung Tanah Melayu yang banyak mempengaruhi Asia Tenggara. Dalam dunia
perdagangan, Srivijiya adalah empayar yang mengawal dua laluan utama antara India dan China,
iaitu Selat Sunda dari Palembang dan Selat Melaka dari Kedah. Catatan Arab menyatakan yang
empayar Maharaja Srivijaya adalah sangat luas sehinggakan kapal yang paling laju pada zaman
itu pun tidak mampu untuk belayar mengelilingi semua pulau-pulanya selama dua tahun. Menurut
keterangan I-Tsing, Raja Srivijaya memiliki kapal-kapal yang banyak untuk tujuan perdagangan.
Komoditi utama adalah rotan, gaharu, kino merah, kapur barus, jadam, cengkih, minyak cendana,
buah pala, buah pelaga, buah pinang, buah kelapa, kemukus, gading dan timah, menjadikan
kekayaan Maharajanya setanding dengan mana-mana raja di India.

Srivijaya juga adalah negara yang sangat kaya dengan emas, bahkan I-Tsing pernah
menggelarnya sebagai "Chin Chou" atau "Kepulauan Emas". 13
Rakyatnya menyediakan
persembahan kepada Buddha dalam bentuk bunga teratai emas, menggunakan bekas-bekas dari
emas, dan membina arca-arca dari emas. Berbeza dengan mata wang China pada zaman tersebut
yang biasanya diperbuat dari tembaga, loyang atau besi, orang Srivijaya hanya menggunakan
emas dan perak dalam perdagangan. Selain menjalin hubungan dagang yang menguntungkan
dengan India dan China, Srivijaya juga membentuk jaringan perdagangan dengan dunia Arab.14
Berkemungkinan besar, satu utusan yang dihantar Maharaja Sri Indravarman untuk
menyampaikan surat kepada Khalifah Umar bin Abdul Aziz dari Kerajaan Bani Umayyah pada
tahun 718 masihi, telah kembali dengan Zanji iaitu hamba wanita kulit hitam dari Zanj, hadiah
Khalifah kepada Maharaja. Kemudiannya, catatan China ada menyebut tentang Shih-li-t-'o-pa-mo
Sri Indravarman, Maharaja Shih-li-fo-shih yang menghantar kepada Maharaja China ts'engchi
sebutan China untuk perkataan Arab Zanji sebagai hadiah.15

13 Paul Michel Munoz, Kerajaan-Kerajaan Awal Kepulauan Indonesia dan Semenanjung Malaysia, Indonesia, 2009, hlm 18-
23.
14 Marwati, Sejarah Nasional Indonesia, Indonesia : Balai Pustaka, 1992, Hlm 27.
15 Ibid,
6
G). Kerajaan Majapahit

Kerajaan Majapahit merupakan kerajaan yang maju dari aspek perdagangannya. Perkara
ini demikian kerana kerajaan Majapahit menjadi tumpuan dan dan pusat pertemuan
pedagang yang kaya dari Eropah, India dan China. Tambahan pula, Majapahit mempunyai
hasil ekonomi yang tersendiri iaitu garam, lada, kain-kain dan juga rempah-ratus. 16
Kemajuan dalam bidang ekonomi dan maritim telah menyebabkan cetakan wang logam,
tembaga dan perak yang digunakan dalam perniagaan. Kerajaan Majapahit sangat gemilang
semasa pemerintahan Hayam Wuruk berkuasa. Acheh berjaya menakluki Borneo,
Sumatera, Bali, Semenanjung Malaysia hingga masuk ke kerajaan Filipina. 17 Keadaan ini
menjadikan ekonomi kerajaan Majapahit menjadi semakin kukuh kerana Kerajaan
Majapahit mampu menguasai ekonomi setiap negara yang ditakluk. Mata wang logam telah
dicetak sebagai tukaran untuk setiap pembelian barang dagangan. 18 Dengan demikian,
setiap aktiviti perdagangan di pelabuhan kerajaan Majapahit dapat dilakukan dengan lancar
dan berkesan.

Kerajaan-kerajaan maritim seperti kerajaan Funan, Kedah Tua, Champa, Chih Tu,
Srivijaya dan Majapahit telah menjadi sebuah kerajaan maritime yang agung. Keagungan
kerajaan maritim tersebut sama seperti kerajaan Acheh yang sangat mengutamakan
ekonomi maritim. Kedudukan kerajaan Acheh yang terletak di lalu lintas antara Selat Melaka
yang menjadi laluan pedagang dan pelayaran menjadikan Acheh mampu menarik pedagang
untuk singgah berdagang di Acheh. Semasa di bawah pemerintahan sultan Alaudin Riayat
Syah, Acheh berkembang menjadi Bandar utama di Asia bagi para pedagang daripada
pelbagai negara.19 Pedagang bukan sahaja terdiri daripada pedagang Inggeris dan Belanda
yang berdagang di pelabuhan Acheh, terdapat juga bangsa asing lain seperti Arab, Parsi,
Turki, India, Siam, Cina, dan Jepun. Antara barang yang diperdagangkan dari Acheh adalah
lada, beras, timah, emas, perak, dan rempah-rempah (dari Maluku). Orang yang berasal
dari luar negara antara lain dari Koromandel (India), porselin dan sutera (Jepun dan Cina),
dan minyak wangi dari (Eropah dan Timur Tengah). Selain itu, kapal pedagang Acheh aktif
dalam melakukan perdagangan sampai ke Laut Merah. Kekuasaan dalam ekonomi maritim
tersebut menjadikan Acheh sangat terkenal.20

16 Marwati, Sejarah Nasional Indonesia, Indonesia : Balai Pustaka, 1992, Hlm 27


17 Y. Achadiati, Sejarah Peradaban Manusia Zaman Majapahit, Jakarta : Gurta Karya,1998, Hlm 13.
18 Ibid,
19 Ibid,
20 Ibid,

7
BAB 2: KEMUNCULAN KERAJAAN ACEH

Kerajaan Aceh merupakan antara kerajaan Islam yang pernah wujud di Indonesia dan
mempunyai sejarah tersendiri. Kerajaan Aceh juga mengalami kemunculan, jatuh bangun
dan keunikan yang membolehkan kerajaan ini menjadi sebuah kerajaan yang boleh
dicontohi.

2.1 Pemerintahan sebelum terbinanya Kerajaan Aceh


Kesultanan Aceh Darussalam terbina selepas Keruntuhan kerajaan Samudera Pasai yang
muncul dan memerintah sebelum kerajaan Aceh. Kerajaan Islam samudera Pasai
merupakan kerajaan Islam kedua yang muncul di Aceh selepas Kerajaan Perlak. Kerajaan
Samudera Pasai terletak di Aceh dan terbina pada tahun 1267 M. Kerajaan ini merupakan
kerajaan Islam yang pertama di Indonesia dan dibina oleh Nazimudin Al Kamil. Beliau telah
mengangkat Merah Silu sebagai Raja pertama Kerajaan Samudera Pasai. Merah Silu
merupakan seorang yang beragama Hindu dan kemudian diislamkan oleh Syeikh Isma’il dari
Mekkah.21 Kerajaan ini mencipta kegemilangannya pada pemerintahan Sultan Zain Al-Abidin
Malik Az-Zahir. Antara kemajuan yang yang dibina oleh kerajaan Pasai ialah dari aspek
perdagangan, pelayaran, ekonomi dan Hubungan diplomatik. Namun, walaupun kerajaan
Samudera Pasai ini sebuah kerajaan Islam yang kuat, kerajaan ini juga mengalami
kemunduran dan bermula pada tahun 1360 M. Faktor dominan Kerajaan Samudera Pasai
mengalami kemunduran ialah disebabkan munculnya Kerajaan Melaka yang lebih Strategik
dan penaklukan yang dilakukan oleh kerajaan Majapahit terhadap Kerajaan Samudera Pasai.

Sepanjang akhir abad ke 14 M, Kerajaan Pasai terus mengalami kemunduran dan


berlaku beberapa pertikaian di Pasai yang mengakibatkan Perang Saudara. Samudera Pasai
telah meminta bantuan kepada kerajaan Melaka untuk mengatasi penaklukan yang berlaku.
Namun setelah kejatuhan Melaka ke tangan Portugis pada tahun 1511, Kerajaan Pasai
mengalami nasib yang sama dan jatuh sepuluh tahun selepas itu iaitu pada 1521 di tangan
Portugis. Pada abad ke 16, Proses Kitaran turut berlaku di Aceh dimana kerajaan Samudera
Pasai mengalami kejatuhan dan memberi peluang kepada sebuah kerajaan baharu untuk
berdiri dengan acuan pentadbirannya tersendiri iaitu Kerajaan Aceh Darussalam. Disini
bermulalah titik tolak kemunculan dan perkembangan Kerajaan Islam Indonesia yang
tercatat dalam Sejarah pemerintahan Islam. Kejatuhan kerajaan Pasai disebabkan faktor
dalaman dan luaran telah melahirkan cerminan kerajaan yang baharu dan mampu bertahan
lama berbanding kerajaan Samudera Pasai.

21 Rossell Jones, Hikayat Raja-Raja Pasai, Kuala Lumpur: Yayasan Karyawan Penerbit Bakti, 1992, Hlm 14.

8
2.2 Kerajaan-kerajaan Islam di Aceh
Kerajaan-kerajaan ini merupakan kerajaan yang pernah wujud di Aceh sebelum terbentuk
Kerajaan Aceh Darussalam. Kerajan-kerajaan ini juga merupakan kesinambungan daripada
pemerintahan terdahulu sebelum kerajaan Islam muncul.

A) Kerajaan Islam Taimiang di Aceh Timur


Kerajaan ini telah muncul pada 1184 Masihi dan merupakan kerajaan ketiga di wilayah Aceh.
Kerajaan ini diasaskan oleh pemerintah pertamanya iaitu Meurah Gajah, salah seorang dari
keturunan Meurah Perlak. 22 Seramai 12 pemerintah yang mentadbir kerajaan ini yang
tercatat dalam sejarah Raja-Raja Taimiang. Pengaruh Islam di Aceh Timur disebabkan
perkembangan Islam di Perlak disebabkan wilayah ini berdekatan. Oleh kerana itu, Islam
telah menjadi sebuah kuasa politik baru yang kuat di taimiang dan sekitarnya. Kerajaan ini
juga maju dengan cara pemerintahannya tersendiri. Kejayaan kerajaan Islam Taimiang
terbukti dengan memiliki sebuah masyarakat yang bertamadun dan mempunyai kebudayaan
sendiri yang baik. 23 Pada 1377 Masihi, kerajaan Taimiang mengalami masalah politik
disebabkan serangan oleh kerajaan Majapahit. Raja-raja yang memerintah pada waktu itu
tidak mampu mengatasi masalah ini dan berlanjutan sehingga akhir pemerintahan kerajaan
Taimiang. Di masa Raja Taimiang yang terakhir, kerajaan ini digabungkan menjadi federasi
di bawah Kerajaan Aceh Darussalam.24

B) Kerajaan Islam Pidie di Aceh Pidie


Kerajaan Islam ini berdiri pada pertengahan abad ke 8 H bersamaan abad ke 14 M. 25
Kerajaan ini telah lama terbentuk dan pada mulanya ia merupakan kerajaan Hindu Buddha.
Pengasas kerajaan ini ialah Maharaja Shahir Poli yang merupakan keturunan Mon Khamer
dari Indo China. Ia telah menamakan kerajaan tersebut dengan kerajaan Sama Indra. 26
Namun, kerajaan ini telah diserang oleh Aceh Darussalam dibawah pimpinan Sultan Mansur
Syah I. Hal ini telah menyebabkan kekalahan kerajaan ni pada era pemerintahan Maharaja
Shahir Poli. Oleh itu, kerajaan ini telah dipengaruh Kerajaan Aceh Darussalam namun
masyarakatnya masih terpengaruh dengan ajaran Hindu Buddha. Sehinggalah Sultan
Mahmud II Alauddin Johan Syah telah menerapkan kebudayaan Islam pada kerajaan ini.
Sultan Mahmud II telah melantik puteranya untuk mentadbir wilayah ini iaitu Putera Husen

22 M Yunus Djamil, Tarich Atjeh dan Nusantara, Medan: Pustaka Iskandar Muda, 1961 Hlm 18.
23 A. Hasyimi, Kebudayaan Aceh dalam Sejarah, Jakarta: Penerbit Beuna, 1983, Hlm 52.
24 A. Hasyimi, Sejarah Masuk Dan Berkembangnya Islam Di Indonesia, Bandung: P.T Al-Maari, 1993, Hlm 419-

420.
25 Ibid, Hlm 53.
26 M Yunus Djamil, Op.cit, Hlm 26.

9
Syah. Sepanjang pemerintahan Kerajaan ini, seramai 10 orang Maharaja yang tercatat
dalam sejarah mentadbir kerajaan ini. Kerajaan Pidie telah berakhir sekitar tahun 1521 M,
apabila ia dileburkan dibawah kerajaan Aceh Darussalam pada masa Sultan Ali Mughayat
Syah.27

C) Kerajaan Islam Lingga di Aceh Tengah


Persoalan tentang terbinanya kerajaan ini masih menjadi tanda tanya disebabkan
kekurangan sumber bukti untuk menyatakan fakta tersebut. Namun yang pastinya, kerajaan
ini dibina oleh kerabat di Raja Perlak yang telah berhijrah disebabkan berlaku serangan dari
Kerajaan Srivijaya pada tahun 986 Masihi. Pada waktu itu, Kerajaan Perlak berlaku huru
hara dan telah menyebabkan ramai rakyat dan pemerintah yang terdiri daripada Kerabat
diraja, ulama dan rakyatnya. Kerabat di Raja yang berhijrah ke Lingga ialah Meurah Lingga
dan telah mengasaskan kerajaan Islam di Lingga yang terletak di Aceh Tengah. Sistem
pemerintahan kerajaan ini tidak banyak diperoleh data yang lengkap, tapi yang jelas ia
masih dibawah pengaruh kerajaan Darussalam. 28 Kerajaan ini hanya diperintah oleh dua
orang raja sahaja iaitu Raja Meurah Lingga I dan Raja Meurah Lingga II semasa era
pemerintahan kerajaan ini sebelum masuk kepada kerajaan Kesultanan Aceh.

D) Kerajaan Islam Isak di Aceh Tengah


Kerajaan ini juga tertubuh disebabkan peristiwa serangan Srivijaya terhadap kerajaan
Perlak. Hal ini telh menyebabkan banyak kerabat diraja melarikan diri dan berhijrah ke
kawasan yang selamat dan membina penempatan baru. Selain melarikan diri, Meurah Perlak
juga ingin berdakwah dan menyebarkan agama Islam di Aceh Tengah. Meurah Ishak telah
melarikan diri ke Isak tengah dan membentuk sebuah masyakat yang bertamadun dan
beragama Islam. Pada tahun 987 Masihi, beliau telah berjaya mengasaskan sebuah kerajaan
yang dinamakan dengan kerajaan Islam Isak sempena kepada namanya sendiri.29 Oleh yang
demikian, di Aceh Tengah terdapat dua buah kerajaan sekaligus yang berdiri dalam waktu yang
hampur sama iaitu kerajaan Islam Lingga dan kerajaan Islam Isak yang ditadbir oleh kerabat diraja
Perlak.

27 Ajidar Matsyah, Sejarah Kerajaan Islam di Aceh : kajian faktor perkembangan dan merosot Kuala Lumpur :
Universiti Malaya, 2004 Hlm 62.
28 Ibid, Hlm 62-63.
29 M. Arifin Amin, Kertas Kerja Seminar Sejarah Masuk dan Berkembangnya Islam di Aceh, Indonesia, Hlm 12-13.

10
E) Kerajaan Islam Daya di Aceh Barat
Kerajaan ini merupakan salah satu kerajaan yang memiliki kuasa autonomi dari segi
pemerintahannya. Namun, kerajaan Islam Daya Aceh ini merupakan wilayah di bawah kekuasaan
kerajaan Aceh Darussalam dan terletak di Lamno Aceh Barat. Sebelum kerajaan ini terbentuk,
kawasan ini terbahagi kepada dua wilayah pemerintahan iaitu Kerajaan Hindu Keluang dan
Kerajaan Hindu Lamno. Kerajaan-kerajaan ini ditadbir oleh Pahlawan Syah di Keluang dan juga
Datuk Pagu di Lamno. 30 Kerajaan ini berjaya disatukan oleh Ali Mughayat Syah dengan
penaklukan terhadap kawasan ini dan membentuk Kerajaan Islam Daya di bawah pengaruh
Kerajaan Aceh. Oleh itu, kuasa autonomi telh diberikan kepada kerajaan ini dan membantu
menguatkan ketenteraan kerajaan Aceh. Bentuk pemerintahan kerajaan ini sama dengan kerajaan
Aceh disebabkan statusnya berada di bawah kesultanan Aceh. Sejarah kerajaan ini tidak banyak
diperkatakan namun kewujudannya di akui. Penemuan Makam dan tapak pemerintahannya telah
menjadi bukti bahawa Kerajaan ini pernah terbentuk satu ketika dahulu. Kerajaan ini berakhir
apabila disatukan di bawah Aceh Darussalam pada 1520 Masihi. 31

30 Muhammad Said, Atjeh Sepanjang Abad, Medan: Waspada, 1961, Hlm 86-87.
31
Zakaria Ahmad, Sekitar Kerajaan Atjeh Darussalam dalam tahun 1520-1675, Medan: Penerbit Monora, 1972, Hlm 37.
11
2.3 Latar Belakang Kawasan Aceh

Nama Aceh di Nusantara disebut dengan beberapa Istilah seperti Acheh dalam dalam ejaan
bahasa Melayu. Manakala dalam Bahasa Indonesia disebut sebagai Aceh. 32 Dan istilah lama
disebut sebagai Atjeh yang tercatat dalam pensejarahan lama Indonesia. Orang-orang eropah
telah menyebut Aceh dengan Istilah lain seperti Portugis menyebut Achen, Achem dan British pula
menyebutnya sebagai Atcheen, Achin. Belanda akhirnya menyatakan Achem, Achin, Atchim,
Atchien, Atjih, Atsjiem dan Atsjeh. 33 Seorang ahli sejarah yang bernama Gerini berpendapat
bahaswa yang dimaksudkan dengan Aceh adalah negeri Pasai. Menurutnya lagi, bahawa nama
Atjeh sudah dikenali sejak 300 tahun sebelum Masihi lagi. 34 Aceh merupakan sebuah kawasan
yang terletak di utara Pulau Sumatera, Indonesia dan sekarang merupakan wilayah Republik
Indonesia. Jumlah populasi Aceh berdasarkan kepada laporan hasil bancian iaitu hasil bancian
tahun 2000 berjumlah 4 juta orang.35

Secara geografi, wilayah Aceh terletak di kawasan yang strategik untuk laluan
perdagangan dan pelayaran. Ia terletak dibahagian utara dan timur berdekatan dengan Selat
Melaka dan di selatan bersempadan dengan Medan dan Sumatera Utara. Wilayah Aceh
merupakan antara wilyah yang terluas di Indonesia. Aceh juga mempunyai kawasan persisir yang
pantai yang sangat strategik. Oleh itu, kerajaan ini mempunyai banyak pelabuhan untuk kapal
dan menjadi penghubung jalan perdagangan nasional dan internasional. Wilayah Aceh secara
keseluruhan adalah beriklim tropika.36 Jumlah populasi masyarakat Aceh mengikut bancian pada
2010 dianggarkan seramai 4 juta orang. Masyarakat Aceh menggunakan bahasa ibunda mereka
untuk bertutur iaitu bahasa Aceh sendiri. Bahasa ini dipengaruhi oleh bahasa Mon dari kerajaan
Khmer di Campa, Indo China. Sebagaimana ia dipengaruhi oleh campuran bahasa Melayu Tua.37
Setelah Aceh merdeka di bawah Republik Indonesia, bahasa masyarakat Aceh bertukar menjadi
Bahasa Indonesia mengikut perlembagaan Indonesia.

Dari segi agama pula, majoriti masyarakat Aceh beragama Islam sehinggakan Aceh digelar
sebagai serambi Mekah. Pengislaman Aceh sudah bermula semenjak masa pemerintahan kerajaan
Perlak lagi. Salah satu jati diri orang Aceh adalah adat dan budayanya, kerana adat dan budaya

32 Ajidar Matsyah, Op.cit, Hlm 15.


33 M. H. Zainuddin, Tarich Atjeh dan Nusantara, Medan: Pustaka Iskandar Muda. 1961, Hlm 33.
34 Ibid,
35 Ajidar Matsyah, Op.cit, Hlm 21.
36 Ibid, Hlm 20.
37 Muhammad Said, Atjeh Sepanjang Abad, Medan: Terbitan Waspada, 1961, Hlm 12.
12
inilah yang menjadi ciri khas keacehan orang Aceh. 38 Secara amnya, Aceh mempunyai nilai
kebudayaan yang tersendiri dan unik. Hampir kesemua aspek kehidupan harian masyarakat
diwarnai dengan ajaran Islam. 39 Dari segi kehidupan sosial, masyarakat Aceh hidup dalam
harmoni dan tidak wujud semangat asabiah di kalangan mereka. Sikap melayan tetamu menjadi
tradisi mereka, sehinggakan pendatang yang datang ke Aceh disambut dan dihormati dengan
penuh rasa Ukhwah. Pemerintahan Aceh pada masa kini berbeza setelah kejatuhan Aceh zaman
pemerintahan Sultan Muhammad Daud Syah II di tangan penjajah Belanda. Pemerintahan
Kesultanan Aceh telah hilang stelah pemerintahan terakhir meninggal dunia dan enggan
menyerahkan kekuasaannya pada Belanda. Aceh penuh dengan sejarah pemerintahan kerajaan
Islam dan merupakan antara kerajaan Islam yang terkuat di Asia Tenggara.

38 Abdul Latif Abu Bakar, Adat Melayu Serumpun: Adat bersendi Syarak, Bersendi Kitabullah, Kuala Lumpur: Penerbit
Universiti Malaya, Hlm 340.
39 Ajidar Matsyah, Op.cit, Hlm 25.

13
2.4 Sejarah awal kerajaan Aceh

Kerajaan Aceh Darussalam merupakan sebuah kerajaan yang pernah berkuasa di Nusantara satu
ketika dahulu. Kerajaan ini juga muncul selepas kejatuhan sebuah empayar yang berkuasa di
Nusantara iaitu kesultanan melaka pada 1511 Masihi. Kerajaan ini merupakan satu evolusi dari
kerajaan-kerajaan Islam yang pernah muncul di Tanah Aceh sebelumnya. 40
Kerajaan ini
merupakan kerajaan Islam terakhir di Aceh dan juga tercatat banyak kegemilangan yang dicapai
oleh Kesultanan ini. Terdapat banyak sultan yang telah memerintah kerajaan ini dan juga
merupakan kerajaan yang paling lama memerintah setelah berakhir pada tahun 1939 di tangan
penjajah. Lahirnya kerajaan ini hasil pengabungan wilayah-wilyah kecil yang wujud di Aceh.
Kerajaan ini dahulunya dikenal sebagai kerajaan Aceh Besar kerana pengabungan wilayah-wilayah
kecil menjadi wilayah Aceh besar sebelum bertukar menjadi Aceh Darussalam.

Pada abad ke 15, bangsa eropah iaitu Portugis ingin menguasai Nusantara setelah berjaya
menakluki Goa di India. Setelah kemasukan Portugis ke dalam wilayah Aceh, Pemerintahan Aceh
berada di bawah pengaruh Kerajaan Pedir dan beberapa kerajaan kecil di sekitar kawasan Pedir.
Ali Mughayat Syah yang merupakan yang merupakan panglima perang pada ketika itu telah
dilantik menjadi Sultan. Sultan Ali telah menaiki takhta pada 1511 Masihi dan memerintah selama
19 Tahun dan berakhir pada 1530 Masihi. Tekad utama beliau ialah ingin mengusir Portugis.41
Usaha yang telah diambil oleh Mughayat Syah untuk mengelakkan kekuasaan Portugis di wilayah
Aceh dengan menaklukkan kerajaan kecil yang wujud di Aceh. Kerajaan-kerajaan ini telah berada
di bawah Portugis namun Kesultanan Aceh berjaya menguasainya semula dan membentuk
kerajaan Aceh besar.

Rentetan peristiwa itu bermula setelah Aceh menyerang Portugis di daerah Daya Aceh dan
berjaya mengalahkan Portugis. Portugis telah berundur ke wilayah Pidie untuk mendapatkan
perlindungan di sana. Namun, dengan kekuatan ketenteraan aceh dan kebijaksanaan Ali
Mughayat Syah, mereka telah menyerang Pidie sehingga Portugis terpaksa mundur ke Pasai.
Serangan terakhir yang dibuat oleh pengasas Kerajaan Aceh Darussalam ialah menyerang Pasai
dan berjaya merebut benteng Portugis di Pasai yang merupakan pusat pemerintahan Portugis di
Aceh. Kekalahan Portugis di wilayah Pasai pada tahun 1524 Masihi, Kesultanan Aceh Darussalam

40Muhammad Said, Atjeh Sepanjang Abad, Medan: Terbitan Waspada, 1961, Hlm 66.
41A.K Jakobi, Aceh dalam perang Mempertahankan Proklamasi Kemerdekaan, Jakarta: P.T Gramedia Pustaka Utama,
Hlm 16.
14
menjadi satu-satunya kerajaan yang memiliki pengaruh besar di kawasan tersebut. Kejayaan yang
dicapai dalam pemerintahan Aceh dengan berjaya mengalahkan Portugis berturut-turut di
kawasan yang berbeza menunjukkan kehebatan kerajaan Islam itu sendiri.

Pemerintahan awal kesultanan Aceh hanya merangkumi wilayah Banda Aceh dan wilayah
Aceh Besar semasa era pemerintahan ayahanda Ali Mughayat Syah. Apabila Ali Mughayat Syah
menaiki takhta menggantikan ayahnya, baginda telah melakukan perubahan dengan
melaksanakan dasar perluasan kuasa semasa penaklukannya terhadap kerajaan Aceh. Ali
Mughayat Syah berjaya menyatukan wilayah Aceh di bawah pengaruhnya, termasuk menakluk
kerajaan Pasai. Pada tahun 1524 M, setelah berjaya menaklukkan Pasai, Kerajaan Aceh menjadi
satu-satunya kerajaan yang memiliki pengaruh besar di kawasan tersebut. Sultan Ali Mughayat
Syah pada tahun 1530 telah melepaskan diri dari kekuasaan Pedir. Ada pendapat lain juga
mengatakan, Sultan Ali telah berjaya menakluk Kerajaan Pasai, dan menjadi sebuah kerajaan
yang memiliki Satu entiti Kerajaan yang berpengaruh pada ketika itu. Kesultanan Aceh ini
merupakan rentetan pemerintahan Samudera Pasai untuk membangkitkan legasi kegemilangan
kebudayaan Aceh yang pernah dicapai semasa pemerintahan Pasai.

Kerajaan-kerajaan kecil yang wujud di sekitar Aceh telah bersatu di bawah Kerajaan Aceh
Darussalam disebabkan pemerintahan Kesultanan Aceh yang berjaya menyatukan wilayah-wilayah
kecil ini. Penyatuan ini disebabkan beberapa faktor penting sehingga politik Aceh pada ketika itu
menjadi sebuah kerajaan yang besar dan berjaya di Asia Tenggara. Faktor dominan penyatuan
kerajaan aceh ini adalah disebabkan kedatangan kuasa eropah dan meluaskan pengaruh di
Nusantara. Kuasa eropah yang datang ke Aceh pada ketika itu adalah Portugis dan penjajah ini
berjaya menguasai wilayah-wilyah kecil Aceh. Sultan Ali Mughayat Syah berpendapat untuk
mengusir penjajah portugis dari bumi Nusantara ini tidak mungkin dapat dilakukan bahkan
mustahil. 42 Oleh itu, beliau ingin menguasai wilayah-wilayah kecil ini untuk membentuk satu
kerajaan yang kuat. Langkah awal yang diambil ialah dengan menitahkan amaran kepada
kerajaan sekitarnya untuk mengusir Portugis dari wilayah mereka. Namun, sebahagian wilayah
telah menjalinkan hubungan dengan portugis dan menyebabkan Mughayat Syah mengambil
tindakan lain untuk menunaikan hasratnya. Beliau telah menawan wilayah ini dengan melakukan
serangan terhadap Pasai, Pidie, Daya dan lain-lain. Pada 1524 Masihi, semua kerajaan yang
bermula dari Perlak sehingga ke Daya telah berhasil disatukan dibawah Kerajaan Aceh

42 Ajidar Matsyah, Op.cit, Hlm 74.


15
Darussalam.43

Faktor kedua untuk menyatukan wilayah-wilayah aceh pula ialah fahaman agama itu
sendiri. Kerajaan Aceh dan sekitarnya merupakan kerajaan Islam dan menetapkan agama ini
sebagai panduan asas hidup mereka. Kehadiran barat dilihat sebagai satu ancaman buat mereka
kerana barat telah membawa agama Kristian ke Asia Tenggara. Oleh itu, Aceh berusaha
menghapuskan ajaran agama ini dari terus berkembang di wilayahnya bahkan wilayah Sumatera
dan Tanah Melayu. Seterusnya, Aceh juga ingin menyatukan wilayah ini disebabakan kepentingan
politik. Hal ini kerana wilayah-wilayah kecil ini terbatas dari sei=gi kuasa politik dan boleh
dimonopoli oleh kuasa barat. Oleh itu, dengan pengabungan wilayah ini, kuasa politik mereka
dapat disatukan dan tidak boleh dijajah oleh kuasa luar.

Selain itu, faktor lain yang menjadi dasar penyatuan wilayah ialah faktor ekonomi. Aceh
merupakan kerajaan Islam yang maju dari segi ekonomi setelah kejatuhan kerajaan Melaka.
Setelah kedatangan penjajah ke Aceh, tujuan utama mereka untuk menguasai ekonomi di
Nusantara namun berjaya dihalang oleh Sultan Ali Mughayat Syah. Beliau telah berjaya mengusir
portugis demi keamanan dan kesejahteraan wilayah Aceh. Setelah semua dapat disatukan dalam
sebuah negara yang besar dengan kekuatan yang kuat, semua rakyat tidak lagi merasakan lagi
diri mereka sebagai bangsa Perlak, Pidie, Pasai, Daya, Aru dan lain-lain, tetapi menjadi satu
bangsa yang besar, satu akidah, satu bahasa, hidup di bawah satu bendera Aceh Darussalam.44

43 Muhammad Said, Atjeh Sepanjang Abad, Medan: Terbitan Waspada, 1961, Hlm 75.
44 ibid, Hlm 76.
16
BAB 3 : PERKEMBANGAN KERAJAAN ACEH

3.1 Perkembangan Politik

Acheh merupakan daerah Kepulauan Nusantara yang pertama kali menerima ajaran Islam.
Berikut merupakan salasilah para Sultan yang pernah berkuasa di Kesultanan Acheh
Darussalam sebelum Sutanah Safiyyatuddin Shah. Antaranya:
1. Sultan Ali Mughayat Shah
2. Sultan Salah ad-Din
3. Sultan Alauddin Riayat Shah al-Qahhar
4. Sultan Ali Riayat Shah atau Sultan Husayn
5. Sultan Muda
6. Sultan Mughal Sri’ Alam
7. Sultan Zayn al- Abidin
8. Sultan Ala al-Din Mansyur Shah
9. Sultan Buyung
10. Sultan Al-Mukammil
11. Sultan Ali Ri’ayat Shah
12. Sultan Iskandar Muda
13. Sultan Iskandar Thani

Daripada 13 sultan tersebut, terdapat 3 Sultan yang paling banyak memberi sumbangan dalam
perkembangan politik Kesultanan Aceh Darussalam antaranya Sultan Ali Mughayat Shah, Sultan
Alauddin Riayat Shah dan Sultan Iskandar Shah. Sultan Ali Mughayat Shah adalah sultan yang ke 11
dalam kerajaan Islam Acheh pada tahun 1511-1530 M. Beliau adalah Sultan Kerajaan Islam Acheh
yang terakhir dan telah membangun Kerajaan Acheh Darussalam yang meliputi seluruh kerajaan-
kerajaan kecil dari Aru hingga ke Jaya. 45 Pemimpin pertama Kerajaan Acheh Darussalam
mempunyai tahapan kedua iaitu yang pertama ketika bernama kerajaan Darussalam dipimpin oleh
Sultan Johan Shah. Kemudian ketika telah menajdi Kerajaan Acheh Darussalam, sultan pertama
yang memimpin adalah Sultan Ali Mughayat Shah.46 Penguasa pertama dalam Kesultanan Acheh
Darussalam adalah Sultan Ali Mughayat Shah. Pada awalnya, wilayah kesultanan Acheh ini hanya
meliputi bandar Acheh dan Acheh Besar yang dipimpin oleh Syamsu Shah iaitu ayah kepada

45 Hajmy, Sejarah Kebudayan Islam di Indonesia, Jakarta: Bulan Bintang, 1990, Hlm 15-16.
46 Ibid,
17
Sultan Ali Mughayat Shah. Ketika orang-orang Portugis mulai datang ke Melaka, status politik
Acheh pada ketika itu masih merupakan suatu Kesultanan tertakluk dari Kesultanan yang di
Sumatera Utara iaitu Pedir. Namun Acheh kemudian melepaskan diri dari pengaruh kekuasaan
Pedir berkat daripada seorang tokoh yang kuat yang menjadi penguasa Acheh pada saat itu iaitu
Sultan Ali Mughayat Shah.47

Oleh itu, Sultan Ali Mughayat Shah telah mendirikan kerajaan Acheh yang merdeka iaitu
Kesultanan Acheh Darussalam pada tahun 1514 M. Di bawah pimpinan Sultan Ali Mughayat
Shah, Acheh mula melebarkan kekuasaannya ke daerah-daerah sekitarnya. Pada tahun 1520
Acheh berhasil merebut Daya yang terletak di pantai barat Sumatera Utara. Pada tahun 1521,
armada Portugis yang dipimpin oleh Jorge De Brito telag menyerang Acheh. Dalam
pertempuran tersebut Portugis mengalami kekalahan dan De Brito telah tewas. Sultan Ali
Mughayat Shah terus melakukan serangan terhadap Portugis sehingga ke Pedir dan pasukan
Sultan Ali telah menang dalam pertempuran tersebut sehingga Portugis dan Raja Pedir iaitu
Sultan Ahmad telah mundur ke Pasai. Maka Sultan Ali Mughayat Shah segera mengejarnya dan
berhasil merebut senjata mereka yang berupa sejumlah besar alat-alat perang Meriam. 48
Armada Acheh semasa pimpinan Sultan Ali Mughayat Shah ini merupakan saingan yang hebat
untuk Portugis. Kejayaan Mughayat Shah banyak di bantu oleh adiknya iaitu Raja Ibrahim.
Dalam hal ini, Ibrahim telah menggunakan senjata Portugis dari kemenangannya semasa di
Pedir untuk mengepung benteng yang ada di Pasai. Pengusiran Portugis yang juga disertai
dengan penaklukan Pasai semakin memperkuatkan lagi posisi atau kedudukan Acheh di dalam
jalur perdagangan Selat.49 Pada tahun 1527, Sultan Ali Mughayat Shah berhasil menghancurkan
armda Portugis di bawah pimpinan De Souza dan banyak tentera yang telah menjadi tawanan.
Justeru itu, potugis telah cuba untuk mengadakan hubungan dengan Acheh bagi membebaskan
orang-orangnya dengan mengirim utusan ke Acheh. Akan tetapi utusan Portugis itu telah
dibunuh pada tahun 1529. 50 Setelah mangkatnya Sultan Ali Mughayat Shah pada tahun 12
Dzulhijjah, Kerajaan Acheh Darussalam dipimpin oleh Sultan Salahuddin pada tahun 1530-1539
M. Sultan Ali Mughayat Shah mempunyai dua orang anak iaitu Sultan Salah ad-Din dan Sultan
Alauddin Riayat Shah. Dalam catatan sejarah, pemerintahan di bawah Sultan Ali Mughayat Shah
telah mengalami berbagai kemajuan. Salah satunya adalah melawan kebijakan yang dilakukan

47 Marwati Djoened Poesponegoro dan Nugroho Notosusanto, Sejarah Nasional Indonesia III, Jakarta: Balai Pustaka,
1984, Hlm 32-32.
48 Mohammad Said, Aceh Sepanjang Abad Jilid 1, Medan: Waspada, 1981, Hlm 146.
49 M. Lah Husny, Lintasan Sejarah Peradaban dan Budaya Penduduk Melayu-Pesisir Deli Sumatra Timur, Jakarta: Projek

Penerbitan Buku Bacaan dan Sastera Indonesia dan Daerah, 1978, Hlm 68.
50 Ibid,
18
oleh Portugis kerana beliau tidak ingin Portugis menguasai Kerajaan Acheh Darussalam. Semasa
pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Shah, beliau telah melakukan serangan untuk melawan
Melaka. Semasa pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Shah, Kesultanan Aceh telah berkembang
dengan pesat.

Beliau telah diberikan gelaran al-Qahhar (sang penakluk) kerana kemenangan-


kemenangan dalam perebutan pengaruh dengan Portugis di beberapa tempat.51 Hal ini kerana,
Portugis pada ketika itu tidak bosan-bosannya untuk meluaskan kekuasaanya. Bahkan sampai
berlaku persaingan keras dalam perebutan memonopoli perdagangan di pantai barat pulau
Sumatera. Sultan Alauddin Riayat Shah lah yang menyempurnakan kesatuan Kesultanan Aceh
dengan kerajaan Pedir, Pasai, Daya dan Aru. Kesultanan Aceh diperkuat dengan mengadakan
perhubungan agama Islam dan Politik dengan Sultan Turki iaitu Sultan Salim. Semasa
pemerintahan al-Qahhar, Kesultanan Aceh menyerang Melaka sebnayak dua kali iaitu pada tahun
1547 M dan 1568 M. Setelah mengalami kegagalan dalam serangan yang pertama, Aceh terus
memperkuat kedudukannya. Don Antonio de Noronda iaitu Gabenor Portugis di Goa telah
mendapat khabar bahawa Aceh telah membentuk suatu pertubuhan persatuan negara-negara
Islam untuk menyerang Portugis. Dengan membentuk liga negara-negara untuk melawan
Portugis, al-Qahhar berjaya mendapat penembak-penembak dan senjata dari Turki serta dapat
mengumpulkan pasukan yang lebih besar daripada sebelumnya.52 Aceh telah mengirim utusan ke
Turki untuk meminta Meriam bagi memerangi bangsa portugis. Pada tahun 1568, Aceh kembali
menyerang Portugis di Melaka. Dalam serangan ini Aceh telah mengarahkan satu armada yang
mengangkut 1500 tentera dan 400 orang Turki serta 200 meriam tembaga yang mana
peperangan tersebut dipimpin sendiri oleh al-Qahhar. Namun pihak Portugis di Melaka juga
sudah bersedia menghadapi serangan Aceh kerana telah mendapat bantuan dari Goa dan
Portugal yang sudah sampai terlebih dahulu. Selain itu, Portugis juga meminta bantuan dari
Johor dan Kedah. Dalam pertempuran besar-besaran tersebut, sultan telah kehilangan puteranya
yang tertua iaitu Sultan Abdullak yang menjadi Sultan Aru. Oleh kerana dalam serangan ini
Portugis dibantu oleh Johor maka Aceh telah menyerang kerajaan itu dan berjaya
mendudukinya. Sultan Alauddin telah wafat pada tahun 1571.

Seterusnya, setelah Sultan Alauddin Riayat Shah wafat, ia digantikan oleh anaknya yang

51 Taufiq Abdullah (ed.), Sejarah Sosial Umat Islam Indonesia, Jakarta: Majelis Ulama Indonesia, 1991, Hlm 58.
52 D.G.E. Hall, Sejarah Asia Tenggara, Surabaya: Usaha Nasional, 1993, Hlm 311.

19
bernama Sultan Ali Riayat Shah atau Husein pada tahun 1568-1575 M. Semasa pemerintahan
Sultan Husein, penyerangan terhadap Melaka terus berlanjut. Pada tahun 1573, dengan kekuatan
tentera sebanyak 7000 orang dan 90 kapal pasukan Acheh kembali menyerang Melaka dan
penyerangan tersebut adalah sia-sia. Kemudian sultan yang menggantikan Sultan Husein iaitu
Sultan Moeda atau Sultan Muda. Sultan Muda ini berumur 4 bulan dan 7 tahun kemudian ia telag
meninggal setelah memegang jawatan sebagai Sultan. Akan tetapi dalam buku Hasjmiy
menyebutkan bahawa sultan kelima dalam Kerajaan Acheh Darussalam berusia 7 bulan dan
hanya memegang jawatan selama 28 hari kemudian meninggal dunia. Namun dalam buku
Akhwan Mukkarom menyatakan bahawa sultan ini tidak dimasukkan dalam struktur sultan yang
ada di kerajaan Aceh Darussalam. 53 Dikatakan bahawa Sultan Ali Riayat Shah berada pada
kedudukan Sultan yang ke 10 kerana dikatakan Sultan Muda hanya menjadi sultan bayangan
disebabkan hanya memerintah selama beberapa bulan. Kesultanan selanjutnya digantikan oleh
Sultan Sri Alam iaitu anak dari Sultan Alauddin Riayat Shah al-Qahhar. Disebutkan bahawa sultan
ini merupakan sultan yang sangat kejam. Beliau telah dibunuh setelah dua bulan memerintah
dalam waktu yang singkat iaitu pada tahun 1576 Masihi.54 kerajaa Aceh Darussalam selanjutnya
dipimpin oleh Sultan Zein al-Abidin yang dikenali sangat kejam. Beliau juga disebut sebagai Sultan
Mansur Shah dan meninggal kerana dibunuh pada tahun 1577 M. ketika Aceh menyerang Johor
pada tahun 1582 M, kerajaan Aceh Darussalam sudah dipimpin oleh Sultan Alauddin dari Perak
atau disebut juga dengan Sultan Mansur Shah iaitu anak dari Sultan Ahmad. dalam buku Hasjmy
mengatakan bahawa Sultan Zein al-abidin memerintah pada tahun 1579-1580 M. sedangkan
pada waktu itu Aceh menyerang Johor pada tahun 1580 M. justeru itu, tidak memungkinkan jika
hanya beberapa bulan setelah turun takhta hingga digantikan oleh Sultan Alauddin kerajaan Aceh
Darussalam sudah mampu menyerang Johor. Hal ini kerana, sebelum tahun 1580 M Aceh
mengalami krisis Dinasti dan pada waktu itu juga bangsa Portugis menghancurkan armada Aceh
di hadapan Kedah.55

Tambahan pula, ketika Sultan Alauddin Mansur Shah meninggal kerana dibunuh oleh
hulubalangnya iaitu Sri Pada, Sultan Ali Riayat Shah telah menaiki takhta pada tahun 1586. Pada
tahun 1587 M, percubaan Johor dan Aceh untuk bersekutu dan pada tahun yang sama Armada
Dom Pailo de Lyma menangkap sebuah kapal Aceh dan membebaskan lintasan lewat selat-selat.
Pada tahun 1589, Sultan Buyung telah wafat dan pada tahun yang sama Sultan Ali Riayat Shah

53Akhwan Mukarrom, Sejarah Islam Indonesia I Dari Awal Islamisasi Sampai Periode Kerajaankerajaan Islam Nusantara,
Surabaya: UIN Sunan Ampel Surabaya, 2016, Hlm 130.
54 Ibid,
55 Denys Lombard., Kerajaan Aceh Jaman Iskandar Muda (1607-1636), Jakarta: Balai Pustaka, 1991, Hlm 260.
20
iaitu datuk kepada Iskandar Muda menaiki takhta untuk menggantikan Sultan Buyung. Sultan Ali
Riayat Shah kemudian menggantikan ayahnya iaitu Sultan Alauddin Riayat Shah. Semasa
pemerintahan Sultan Ali, telah berlaku banyak kejadian yang buruk di mana sebelum dua tahun
genap memegang jawatan sebagai penguasa di Aceh, rakyatnya telah mengalami kelaparan.
Ketika Johor dengan bangsa Belanda melakukan perjanjian persekutuan melawan Melaka,
Portugis telah menyerang Acheh iaitu dengan armada Martin Affonse. Setelah wafatnya sultan Ali
Riayat Shah langsung digantikan dengan Iskandar Muda iaitu sepupu beliau. Di samping itu,
setelah kekacauan yang mendahului dan mengiringi kenaikannya menjadi Sultan, Sultam
Iskandar Muda harus memulihkan ketertiban dalam negerinya dan hal pertama yang harus
dilakukan adalah menghapuskan perlawanan orang kaya yang dikenal suka bersekongkol dan
memberontak terhadap Sultan. Dengan mengamankan golongan yang selalu bergolak itu
bermaksud membebaskan diri dari keadaan yang membahayakan. Kegiatan politiknya dimula
pada tahun 1612 dengan penyerbuan kota- kota di pantai Timur Sumatera. Deli telah jatuh
setelah pengepungan selama enam minggu dan kemudian Aceh berhasil menyerang Aru dari laut
pada awal tahun 1613. Pada tahun yang sama Sultan Iskandar Muda juga berhasil mengalahkan
Johor dan membawa Sultan Johor bersama anggota keluarga kerajaan yang lain serta
sekelompok pedagang VOC ke Aceh. Akan tetapi, pihak Johor berusaha keras menuntut
kemerdekaannya dan berhasil menyerang Aceh. Dalam usahnya melawan Aceh, Johor
membentuk persekutuan dengan Pahang, Palembang, Jambi, Indragiri, Kampar dan Siak. Namun
serangan-serangan agresif dari Iskandar Muda masih berlanjut. Sehingga pada tahun 1614,
beliau berhasil merebut Pahang, pada tahun 1620 pula, beliau berjaya menakluki kedah.
Manakala pada tahun 1623, beliau berhasil menyerang Johor dan pada tahun 1624 berhasil
merebut Nias. 56
Pahang yang telah berjaya ditaklukan masih berkali-kali melakukan
pemberontakan terhadap Aceh. Bagi Sultan Iskandar Muda Pahang dan Johor perlu dikuasai
kerana kedudukannya yang startegik dalam perdagangan.

Dalam waktu yang singkat, Sultan Iskandar Muda telah membentuk Aceh menjadi negara
paling kuat di Nusantara bahagian barat. Keberhasilan-keberhasilannya adalah disebabkan oleh
kekuatan tentera.57 Akan tetapi pada tahun-tahun selanjutnya gerakan serangan Iskandar Muda
berhasil dihentikan oleh Potugis. Iskandar Muda mengirim ekspedisi untuk menggempur Melaka
tetapi armadanya dihancurkan semua oleh Portugis. Setelah itu, Iskandar Muda hanya

56
Denys Lombard., Kerajaan Aceh Jaman Iskandar Muda (1607-1636), Jakarta: Balai Pustaka, 1991, Hlm 275.
57
Sartono Kartodirjo, Pengantar Sejarah Indonesia Baru: 1500-1900 Dari Emperium Sampai Imperium, Jakarta: PT
Gramedika Pustaka Utama, 1993, Hlm 82.
21
menghantar dua ekspedisi laut lagi iaitu pada yahun 1630 dan 1635 yang keduanya bertujuan
untuk menumpaskan pemberontakan di Pahang. Pada tahun 1629, Johor yang telah bebas dari
Aceh mula berusaha menegakkan kembali pengaruhmya di semenanjung Malaya dan Kawasan
selat bahagian selatan. Sultan Iskandar Muda dari awal pemerintahannya menempuh konfrontasi
politiknya dengan satu tujuan iaitu menaklukkan Melaka. Namun serangan yang dilancarkan oleh
Sultan Iskandar Muda pada tahun 1615 dan 1629 mengalami kegagalan.58 Sejak serangannya ke
Melaka mengalami kegagalan, Aceh tidak lagi mengalami kemajuan dalam hubungan luar negeri.
Dengan beransur-ansur kegiatan Aceh di laut semakkin berkurang. Belanda sendiri melihat
kegagalan itu sebagai suatu kemunduran Aceh yang mendorongnya untuk secara aktif membuka
hubungan dengan negeri-negeri yang jauh dari pengawasan Aceh terutama Jambi dengan Johor.
Hingga akhirnya Sultan Iskandar Muda yang telah membawa kejayaan Aceh mangkat pada
tahun 1636 M. 59 Sultan Isknadar Muda memerintah sekitar 29 tahun dan dijuluki dengan
Marhorm Mahkota Alam. Selanjutnya digantikan dengan Sultan Iskandar Thani Alaad-din
Moeghayar Shah pada tahun 1636.

58
Denys Lombard., Kerajaan Aceh Jaman Iskandar Muda (1607-1636), Jakarta: Balai Pustaka, 1991, Hlm 280
59 Ibid,
22
3.2 Perkembangan Ekonomi Kerajaan Acheh

Perkembangan kerajaan Acheh dapat dilihat bermula apabila pada pemerintahan Sultan
Iskandar Muda. Perkembangan Acheh tidak lepas daripada kerajaannya yang strategik iaitu
dipulau sumatera bahagian utara dan laluan pelayaran perdagangan antarabangsa pada ketika
itu 60 . Aktiviti pelayaran pada ketika itu hendak melalui bandar perdagangan Acheh dan hal ini
merupakan salah satu faktor yang mendorong perkembangan Ekonomi kerajaan Acheh. Kerajaan
Acheh pada dahulunya jika dilihat dari sejarahnya meliputi keranjaan Perlak, Pasai, Pedir, daya,
Lingga dan Lamuri. 61 Kerajaan-kerajaan inilah yang telah berjaya mengembangkan ekonomi
kerajaan Acheh. Setiap pemerintah yang telah mentadbir Kerajaan Acheh mempunyai
perkembangan dan sumbangannya yang tersendiri dalam kemajuan ekonomi Acheh yang bermula
dari pemerintahan Sultan Ali Mughayat Syah pada tahun 1530 Sehinggalah pemerintahan Sultan
Muhammad Daud Syah (1874-1903).

Salah satu Contoh pemerintah yang telah mengangkat ekonomi kerajaan Acheh ialah Sultan
Iskandar Muda. Sultan Iskandar Muda merupakan seorang pemerintah yang telah
mengembangkan ekonomi Acheh pada bad ke-17 dimana ianya merupakan zaman keemasan bagi
kerajaan Acheh. Sultan inilah yang dianggap berjasa membawa kerajaan kepuncak kejayaan
dalam segala bidang. Pemerintahan Iskandar Muda merupakan sebuah kemuncak dari proses
sejarah Kerajaan Islam Aceh dari awal berdirinya Kerajaan ini Sehingga kini. Merupakan sebuah
fakta sejarah bahwa Sultan Iskandar Muda adalah penguasa besar pada masa Kerajaan Aceh.
Sektor ekonomi dalam sesebuah kerajaan lazimnya begitu penting untuk kemajuan kerajaan
tersebut. Hal ini dikatakan demikian kerana, tanpa ekonomi sesebuah kerajaan akan dipandang
mundur. Oleh itu, ekonomi merupakan satu elemen asas yang menjadi pendorong kepada
perkembangan kerajaan Acheh.

60Drs. Sardiman A.M, M.pd, Sejarah 2: Program Ilmu Sosial, Yudhistira Quadra, 2008, Hlm 92.
61Elika Nila Anggraini, Kerajaan Aceh: Politik Perdagangan Pada Masa Sultan Iskandar Muda (1607-1636), Sejarah
Fakultas Ilmu Sosial Universitas Negeri Malang, Hlm 1.
23
3.2.1 Faktor Perkembangan Kerajaan Acheh

A. Kedudukan yang strategik

Kedudukan kerajaan acheh jika dilihat dari sudut geografinya, Kerajaan Acheh pada masa itu
adalah merupakan laluan perdagangan dari Cina dan India untuk ke Melaka dan kepulauan
Sumatera. Secara keseluruhan geografinya kerajaan Acheh pada ketika adalah seperti berikut:
1. Sebelah utara dan timur bersempadan dengan selat Melaka

2. Sebelah selatan bersempadan dengan Sumatera Utara

3. Sebelah barat bersempadan dengan Semudera Indonesia.62

Oleh hal yang demikian, jelaslah menunjukkan bahawa, para pelayar-pelayar yang berdagang
pada ketika itu akan singgah untuk berdagang dan mendapatkan perlindungan daripada kerajaan
Acheh. Kelebihan kedudukan strategik inilah telah mengangkat aktiviti perdagangan di pelabuhan
Acheh dimana pedagang-pedagang dari luar singgah untuk berdagang di Acheh.

B. Pelabuhan Acheh.

Kerajaan Acheh mempunyai banyak pelabuhan yang telah membantu mengembangkan ekonomi
kerajaan tersebut. Pelabuhan Acheh memiliki pensyaratan yang baik sebagai pelabuhan
dagangan. Antara pelabuhan yang terdapat di Acheh adalah Pelabuhan olele yang
mempunyKerajaan Acheh mempunyai banyak pelabuhan yang telah membantu mengembangkan
ekonomi kerajaan tersebut. ai kedudukan baik dimana ianya terlindung oleh pulau We, Pulau Nasi
dan pulau Breun dari ombak besar. Selain itu, Pelabuhan Kuala Bate dan Kuala Ulim juga
merupakan salah satu pelabuhan yang pesat di Acheh dan merupakan pelabuhan utama yang
strategik. 63 Pelabuhan ini merupakan sebuah pelabuhan yang terletak di kawasan Pedier yang
kaya dengan aktiviti perdagangan komersial yang mempunyai hubungan ekonomi dengan
kerajaan China dan India. Kerajaan Acheh juga memiliki pelabuhan Pasai dimana menjadi sumber
utama kepada kerajaan Acheh pada masa itu. Dengan kedudukaanya yang strategik mampu
menarik pelbagai pedagang-pedagang islam yang datang dari pelusuk dunia untuk singgah

62 Muhammad Umar (2002), Darah dan Jiwa Acheh “Mengungkap Falsafah Hidup Masyarakat Acheh”, Banda Acheh:
Yayasan Busafat Hlm 1.
63 Ajidar Matsyah, Sejarah Kerajaan Islam di Acheh: Kajian Faktor Perkembangan dan Kemerosotan, jabatan Sejarah

dan Tamadun Islam Bahagian Pengajian Usuluddin Akademia Pengajian Islam Universiti Malaysia Kuala Lumpur, 2004,
Hlm 137.
24
berdagang dan mendapatkan perlindungan. Pada ketika itu, Pasai tidak memiliki hasil bumi yang
banyak. Namun demikian, Pasai menjadikan sektor pertanian sebagai sumber kedua ekonomi
kerajaan Acheh dan diantaranya adalah lada yang dieksport ke Turki, Arab, Persia, Melaya, Jawa
dan Siam.64
C. Kekayaan Acheh dengan ekonomi daratan

Kejayaan Acheh dalam ekonomi darat dapat dilihat dalam bidang pertaniannya. Hal ini dapat
dibuktikan dengan kemajuaan Perlak di Acheh yang telah dapat megahasilkan seperti lada, rotan,
kapor barus, kemenyan , gading dan sutera untuk dikomersialkan. 65 Aktiviti komersial ini jelas
menunjukkan bahawa, aktiviti Eksport dan Import telah dijalankan pada zaman kegemilangan
ekonomi Acheh. Kerajaan Acheh sememangnya terkenal dengan pusat pengahasilan lada yang
terbesar di Asia tenggara.66 Aktiviti perusahan lada ini telah mengangkat kerajaan Acheh sehingga
digelar sebagai The Paper Coast dibahagian utara dan sebgai penghasil pinang yang disebut The
Betel Nut Coast dibahagian Timur.

Dalam bidang industri pula, telah memperlihatkan dengan pengeluaran emas yang
dihasilkan di sebuah daerah iaitu Alue Meuh dan lebih dikenali sebagai sungai emas dan bijih
timah dimana hasil-hasil tersebut dieksport ke luar negeri antaranya ke China, Asia Barat dan
Eropah. 67 Selain itu, kekayaan Aheh juga dapat dilihat dengan pendapatan tanah, beras, ikan,
unggas dan pinang adalah merupakan komiditi yang wajib disediakan oleh hamba setiap hari
untuk dikirim ke Ibu Kota Acheh. Setiap tahun, Sultan akan mengumpulkan Beras dari tanah-
tanah yang disewakannya kepada hamba dan kemudiannya dijualkan dengan harga yang tinggi.
Aktiviti pengekportan beras juga berlaku dimana jika terdapat lenihan hasil daripada pertanian.
Melalui ekonomi pertanian ini, Sultan mampu mendapatkan sumber kerajaan untuk mengurus
pentadbirannya di Acheh. Oleh itu, jelaslah menunjukkan bahawa, Kemajuan ekonomi Acheh juga
hasil daripada ekonomi daratan yang berkembang pesat.

D. Kejatuhan Melaka

Kedatangan Portugis ke Melaka didorong oleh slogan Gospel, Gold dan Glory. Portugis merupakan
bangsa Eropah yang terawal menemui jalan laut ke timur dan terawal berlayar pada abad ke-15.

64 Uka Tjandra Sasmitro, Proses Kedatangan Islam dan Munculnya Kerajaan-Kerajaan Islam di Acheh, (Kertas Kerja
Seminar Sejarah Masuk dan Berkembanganya Islam di Aceh Nusantara, di Aceh Timur), 1980, Hlm 8
65 Ibid, Hlm 46.
66 Aboe Bakar, Kekayaan Atjeh (Terjemah), Amsterdam,1987, Hlm 2.
67 A.Hasyimi Et al, (1980), Sejarah Kerajaan islam Perlak, (Kertas Kerja Seminar Sejarah Masuk dan Berkembanganya Di

Aceh Timur,) 1980, Hlm 137.


25
Kepentingan rempah ratus yang terdapat di Melaka menjadikan raja Portugis betul-betul berminat
dengan Melaka. 68 Kejatuhan Melaka ke tangan Portugis pada tahun 1511 telah menyebabkan
perubahan sistem pentadbiran dan ekonomi. Masalah dalaman yang berlaku di Melaka juga
merupkan punca kejatuhannya dan pendorong kepada peralihan para pedagang ke Acheh. Hal ini
telah mendorong para pedagang terutamanya pedagang Islam untuk tidak lagi berdagang secara
bebas, hal ini menyebabkan ramai pedagang memutuskan untuk tidak lagi berdagang di Melaka.
Sifat Portugis yang ingin menghapuskan Agama Islam di Melaka telah menyebabkan pedagang
Islam berpindah arah ke Aceh kerana Aceh Darussalam merupakan kerajaan yang berpaksikan
pada konsep islam. Bukan setakat pedagang islam malahan pedagang dari eropah dan nusantara
turut beralih ke Acheh dan mengadakan hubungan perdagangan. Oleh hal yang demikian, para
pedagang islam banyak singgah di Aceh untuk berdagang ditambah pula dengan laluan
perlayaran yang telah berubah melalui sepanjang pantai barat Sumatera.

E. Kepimpinan Sultan Iskandar Muda

Kemajuan ekonomi di Acheh juga dibantu oleh kebijaksanaan Sultan Iskandar Muda dalam
mengendalikan dan memajukan ekonomi kerajaan Acheh. Dari catatan yang ditulis oleh Aguste de
Bealieu dan Denys Lombard dapat disimpulkan bahawa politik perdagangan ekonomi yang
dilakukan oleh Sultan Iskandar Muda adalah cerdas, dimana perusahaan lada di Acheh yang
sedikit, Sultan mampu memainkan kebijakan perdagangan dengan mengambil komoditi lada dari
daerah pedalaman. 69 Selain itu, Sultan Iskandar Muda juga merupakan seorang sultan yang
sangat mengenali wilayah kekuasaannya dan kepentingan ekonominya. Beliau begitu tahu
tentang wilayahnya yang boleh membawa potensi besar untuk menghasilkan keuntungan
perdagangan sektor ekonomi dari permintaan barangan dan rempah ratus seperti lada dan
permintaan emas dunia. Sultan Iskandar Muda telah mengirim panglima untuk melindungi
perjalanan Eksport lada dan emas agar selamat sampai ke tempat yang diingini oleh Sultan. 70
Sultan Iskandar Muda juga meminta agar 15% hasil Jualan lada dan emas dikirim ke Acheh dan
selebihnya dijual dengan harga yang ditetapkan oleh beliau sendiri.

Selain daripada itu, Sultan Iskandar Muda juga telah memperolehi keuntungan dalam bidang
kelautan. Hal ini juga dikatakan bahawa, keuntungan ekonomi laut lebih tinggi berbanding dengan

68 Leonard Y.Andaya, Kerajaan Johor 1641-1728, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1987, Hlm 27.
69 Elika Nila Anggraini, Kerajaan Aceh: Politik Perdagangan pada Masa Sultan Iskandar Muda (1607-1636), Sejarah
Fakultas Ilmu Sosial Universitas Negeri Malang, Hlm 2.
70 Ibid, Hlm 3.

26
di darat. Kedudukan Acheh yang strategik ini menjadikan Sultan Iskandar Muda cuba
mendapatkan keuntungan yang lebih. Beliau telah mengenakan bayaran atau sewa kepada
pedagangan yang singgah di pelabuhan dengan kadar yang rendah dan berpatutan. Selain
daripada Sewa, Sultan Iskandar Muda juga mendapatkan hadiah daripada setiap pedagang yang
datang berdagang di Acheh.71 Oleh hal yang demikian, jelas kita lihat bahawa, kebijakan Sultan
Iskandar Muda dalam mengurus pentadbiran ekonominya ini telah membawa kepada
perkembangan ekonomi Acheh.

71Elika Nila Anggraini, Kerajaan Aceh: Politik Perdagangan pada Masa Sultan Iskandar Muda (1607-1636), Sejarah
Fakultas Ilmu Sosial Universitas Negeri Malang, Hlm 4.
27
3.3 Perkembangan Sosial Kerajaan Acheh 1205-1903

Pada zaman Sultan Alaiddin Firman Syah (1309-1354), ilmu keagamaan telah berkembang
dengan pesatnya apabila kedatangan rombongan dakwah yang diketuai oleh Syaikh Abdullah al-
Malik al-Mubin ke Acheh. Dengan berpusat di Aceh, beliau telah membahagikan tugas berdakwah
seperti Sayyid Syaikh Ahmad al-Tawawi ke Samudera-Pasai, Sayyid Syaikh Muhammad Said
Tattahiri ke Campa, Sayyid Syaikh Muhammad ke Minangkabau, Sayyid Muhammad Daud ke
Patani dan Sayyid Syaikh Abdul Wahid ke Kedah.72 Dalam sejarah nasional Indonesia, Aceh sering
disebut sebagai Negeri Serambi Mekah, kerana Islam masuk pertama kali ke Indonesia melalui
kawasan paling Barat pulau Sumatera ini. Sesuai dengan namanya, Serambi Mekah, orang Acheh
majoriti beragama Islam dan kehidupan mereka sehari-hari sangat dipengaruhi oleh ajaran Islam
ini. Oleh sebab itu, para ulama merupakan salah satu sendi kehidupan masyarakat Aceh. Selain
dalam keluarga, pusat penyebaran dan pendidikan agama Islam berlangsung di dayah dan
rangkang (sekolah agama). Guru yang memimpin pendidikan dan pengajaran di dayah disebut
dengan teungku. Jika ilmunya sudah cukup dalam, maka para teungku tersebut mendapat gelar
baru sebagai Teungku Chiek.

Di kampung-kampung, urusan keagamaan masyarakat dipimpin oleh seseorang yang


disebut dengan Tengku Meunasah. Pengaruh Islam yang sangat kuat juga tampak dalam aspek
bahasa dan sastera Aceh. Manuskrip-manuskrip terkenal peninggalan Islam di Nusantara banyak
di antaranya yang berasal dari Aceh, seperti Bustanussalatin dan Tibyan fi Ma‘rifatil Adyan
karangan Nuruddin ar-Raniri pada awal abad ke-17, kitab Tarjuman al-Mustafid yang merupakan
tafsir Al Quran Melayu pertama karya Shaikh Abdurrauf Singkel tahun 1670-an, dan Tajussalatin
karya Hamzah Fansuri. Peninggalan manuskrip tersebut merupakan bukti bahawa, Aceh sangat
berperanan dalam pembentukan tradisi intelektual Islam di Nusantara. Karya sastra lainnya,
seperti Hikayat Prang Sabi, Hikayat Malem Diwa, Syair Hamzah Fansuri, Hikayat Raja-Raja Pasai,
Sejarah Melayu, merupakan bukti lain kuatnya pengaruh Islam dalam kehidupan masyarakat
Aceh. Tentang urusan agama, Kanun al-Asyi jelas menetapkan bahawa sumber hukum bagi
kerajaan Aceh Darussalam ialah al- Quran, al-Hadith, Ijma ulama dan Qias.73 Namun pada zaman
Iskandar Muda juga muncul sebuah "Hadith Maja" yang merupakan falsafah hidup atau falsafah

72 Wan Hussein Azmi, Islam Di Acheh, Hlm 212-213.


73 A. Hasjmy, Ikandar Muda Meukuta Alam, Hlm 70-76.

28
politik di Aceh, di mana ditegaskan bahawa 'Hukoom ngon adat Lagee ngon sifeut' (Hukum
Agama dengan Hukum Adat, seperti zat dengan sifat). Maksudnya, hukum Islam yang
berdasarkan empat sumber itu haruslah bekerjasama atau tidak terpisah dengan adat atau politik.
Pada zaman ini terdapat dua orang tokoh tasawuf Wujudiyyah iaitu Shamsuddin al-Sumatrani
yang memegang jawatan Qadi Malik al-Adil dan juga Hamzah Fansuri, di samping seorang ulama
dari India, Nuruddin al-Raniri. Antara murid tokoh-tokoh Wujudiyyah yang terkemuka ini ialah
puteri Iskandar Muda, Safiatuddin, dan menantunya, Raja Bongsu.74

Dalam bidang pendidikan, zaman ini juga merupakan zaman pendidikan beteraskan ilmu
pengetahuan agama, dengan terdirinya pusat- pusat pendidikan Islam (dayah), di seluruh Aceh,
serta ramainya para ulama serta kitab-kitab karangan mereka. Memang sejarah mencatatkan
betapa terdapat kira-kira 300 orang ulama yang menentang pemerintahan Ratu Safiatuddin dan
dasar-dasar politiknya. Namun kerana beliau dikatakan berfahaman demokrasi serta mencintai
ilmu pengetahuan mereka tidaklah dikenakan tindakan, selagi mereka tidak bersikap kasar atau
agresif.75 Di Asia Tenggara, kerajaan Aceh menjadi satu contoh serta world view dalam bidang
Pendidikan Islam, dimana dengan kewujudan tiga buah masjid iaitu Masjid Baitul Rahman, Masjid
Baitul Rahim dan Masjid Baitul Musyahadah. Sebagai sebuah masjid dan sekali gus pusat
pengajian tinggi atau universiti, Jamiah Baitul Rahman mempunyai pelbagai fakulti yang disebut
sebagai "Darul" seperti Darul Tafsir wal-Hadith (Fakulti IImu Tafsir dan Hadith), Darul Kalam
(Fakulti Ilmu Kalam/Tauhid), Darul Mazahib (Fakulti Ilmu Perbandingan Mazhab/Agama), Darul
Khazanah Baitul Mal (Fakulti Khazanah Perbendaharaan Negara), Darul Ahkam (Fakulti Hukum),
Darul Falsafah (Fakulti Falsafah), Darul Aqli (Fakulti IImu Akal), Darul Tib (Fakulti Perubatan),
Darul Kimia (Fakulti Kimia), Darul Hisab (Fakulti Matematik), Darul Siyasah (Fakulti Politik), Darul
Wizarah (FakultiPentadbiran), Daruz Ziraah (Fakulti Pertanian), Darul Aradh (Fakulti
Perlombongan), Darul Tarikh (Fakulti Sejarah), Darul Nahu (Fakulti Tatabahasa), Darul Harb
(Fakulti Ilmu Peperangan).76

Manakala dari segi hierarki dan lapisan sosialnya, kerajaan Acheh pada puncak jenjang
sosialnya terdapat segolongan orang yang mempunyai hak-hak istimewa iaitu orang kaya. Orang
kaya nampak menempati kedudukan sosial yang khas. Di dalam kota mereka mempunyai
kediaman besar yang ramai dengan orang setia dan hamba. Dalam lumbung-lumbungnya ada

74 Abdul Rahman Abdullah, Sejarah Dn Tamadun Asia Tenggara: Sebelum Dan Sesudah Pengaruh Islam, Hlm 252-253.
75 Ibid, Hlm 95-99.
76 Ibid, Hlm 253.
29
cadangan beras yang dipakainya untuk berspekulasi, atau cadangan lada yang penjualannya
diusahakannya dengan harga setinggi tingginya. Mereka juga mempunyai hubungan usaha
dengan pedagang India dan Cina. Kekuasaan mereka terasa di luar daerah pemukiman yang
sebenarnya. Orang kaya tersebut masing-masing bertanggungjawab atas suatu keluasan tanah
yang penduduknya tunduk kepada mereka dan kepada peradilan mereka, kalau ada
persengketaan atau kesalahan mengenai apa pun juga, orang yang bersangkutan dipanggil ke
ambang pintu rumah mereka maka di situlah mereka bersidang. Akan tetapi perlu ditegaskan
bahawa kekuasaan ekonomi dan materil itu dirangkap dengan "wibawa" yang tidak boleh
diremehkan maksudnya. Pada wibawa yang dipunyainya dalam mata penduduk itulah sama
seperti pada kekayaannya bahkan barangkali lebih bertumpu kekuatan orang kaya itu. Mereka
suka membezakan diri dalam pakaian maupun dalam makanan mereka. Menurut Fr. Martin orang
kaya itu bisa dibedakan dari rakyat biasa kerana mereka membiarkan kuku ibu jari dan kuku
kelingking tumbuh panjang sebagai tanda mereka tidak bekeria dengan tangan. Pada awal abad
ke-17, orang kaya merupakan suatu kelompok yang homogen dan kompak. Wibawa mereka
adalah keunggulan mereka yang diakui tanpa kata dan tidak bisa diabaikan oleh sultan. Ini adalah
sbagai tanda menghargai jasa mereka dan melantik mereka dalam pelbagai jabatan, baik sivil
maupun militer. Golongan mereka sama sekali tidak boleh disamakan dengan kasta yang
keuntungan-keuntungannya hanya dapat diturunkan dari ayah ke anak.

Mengenai kedudukan sosial penduduk lainnya, sumber-sumber Melayu membungkam


seribu bahasa dan sumber-sumber Eropah tidak jelas. Menurut kata Dampier yang menyatakan
beliau mendengar bahawa raja memiliki tidak kurang dari 1.000 hamba diantaranya ada beberapa
yang menjadi pedagang terkemuka. Sebahagian besar rakyat tidak mengikut sewenang-
wenangnya dan tidak ikut langsung mengecapi keuntungan perniagaan besar, tetapi mereka
mencari nafkah dengan bebas dan tinggal di rumah sendiri. Kebanyakan dalam kelompok ini
termasuk nelayan, pengrajin, pemilik toko, dan penukar wang. Salah seorang kaya iaitu Beaulieu
telah menjadikan beberapa orang Portugis yang menjadi tahanan untuk melengkapi anak
kapalnya. Salah seorang di antara mereka yang ada pengetahuan sedikit tentang ilmu bedah,
dapat menjadi salah seorang dokter Iskandar Muda raja. Oleh karena nasib hamba itu lumayan
kerana mereka punya harapan untuk dapat menebus kebebasan mereka maka dapat difahamkan
mengapa tak pernah ada berita mengenai pemberontakan hamba dalam kurun waktu itu. Kota-
kota besar yang lainnya ada yang tidak dapat menghindari pemberontakan tersebut, seperti kota
Patani yang hancur akibat pemberontakan besar hamba Jawa. pada tanggal 4 Oktober 1613
masyarakat Aceh terbahagi kepada jabatan struktur, kualiti keagamaan dan kepemilikan harta
30
benda. Mereka yang menduduki jabatan struktur di kerajaan menduduki lapisan sosial tersendiri.

Lapisan teratasnya adalah sultan, dibawahnya ada para penguasa daerah. Sedangkan
lapisan kauliti keagamaan merupakan lapisan yang merujuk pada status dan peranan yang
dimainkan oleh seseorang dalam kehidupan keagamaan. Dalam lapisan ini, juga terdapat
kelompok yang mengaku sebagai keturunan Nabi Muhammad. Lapisan ini menempati posisi
istimewa dalam kehidupan sehari-hari, yang laki-laki bergelar Sayyed, dan yang perempuan
bergelar Syarifah. Lapisan sosial lainnya memegang peranan sangat penting adalah para orang
kaya yang menguasai perdagangan, saat itu komoditasnya adalah rempah-rempah, dan yang
terpenting adalah lada.77 Seterusnya perkembangan sosial dari gaya hidup dan adat kebiasaan
orang Aceh yang boleh dinilai dari pelbagai aspek. Antaranya ialah mengenai pakaian mereka,
"Pakaian mereka biasanya dari belacu biru jenis yang paling bagus, warnanya merah lembayung.
Mereka mempunyai kebiasaan pelik, iaitu di atas kepala mereka memakai serban yang diikat
seperti gulungan. Mereka memakai baju atau rompi dengan lengan yang lebarnya bukan alang
kepalang "with monstruous wide sleeves" dan ketat dipergelangan manakala sebuah "lunghee"
yang melilit pinggang, pedang panjang di sisi, kurang lebih seperti caranya di Deccan yang
bergantung pada sabuk yang diselempangkan, mereka juga memakai keris seperti pisau belati.
Semua laki-laki mencukur misai atas dan dagunya dan semuanya jalan tanpa alas kaki perkara
ini bermula dari raja sampailah kepada pengemis. Pada tahun 1688, Dampier memberi lukisan
yang agak berbeza dimana yang paling terkemuka dari mereka memakai kopiah di kepala yang
diperbuat daripada kain wol yang diwarnai merah atau warna lain dan yang bentuknya seperti
topi dan orang bangsawan memakai sepotong kain sutera yang longgar di atas bahu. Apabila
orang Eropah membicarakan soal makanan, mereka heran karena sifatnya yang sangat
sederhana kerana mereka cukup makan sedikit sahaja dan makannya hampir selalu nasi sahaja.
Mereka yang kaya makan dengan sedikit ikan, sedikit sayuran dan makan ayam yang dibakar di
atas arang atau yang direbus untuk satu hari penuh. Dampier juga menyatakan bahawa di pasar
ada unggas, ikan dan daging kerbau bagi orang bangsawan, semuanya itu dimasak dan
disedapkan dengan lada dan bawang putih.78

Mengenai sistem perkawinan yang akan diperhatikan Snouck Hurgronje secara khusus

77A. Hasjmy, 59 Tahun Acheh Merdeka Di Bawah Pemerintahan Ratu. Jakarta: Bulan Bintang, 1978, Hlm 121-128.
78Denys Lombard, Kerajaan Acheh Zaman Sultan Iskandar Muda (1607-1636), KPG (Kepustakaan Populer Gramedia)
Forum Jakarta-Paris, Jakarta, 2006. Hlm 83.
31
dimana penelitiannya mengenai talak Beaulieu pada abad ke-17 yang sesuai dengan hukum
Muhammad, mereka memperisteri perempuan sebanyak yang mereka inginkan atau dapat
mereka hidup, tetapi salah satu di antara perempuan itu adalah isteri utama dan anak-
anaknyalah yang menjadi pewaris yang sah, mereka tidak memperlihatkan isteri mereka atau
mengizinkannya ke luar rumah, tetapi yang boleh ke luar ialah budak dan beberapa selir mereka.
Si suami biasanya memperisteri dara muda dan ia harus membayar untuk memperolehnya dari
orang tuanya, dan harus memberinya sebahagian dari harta bendanya sebagai warisan. Inilah
yang digambarkan oleh Snouck Hurgronje dengan nama Jinamec. Seterusnya mengenai harta
pribadi si perempuan dimana seorang perempuan mempunyai harta kepunyaan sendiri hendaklah
menyerahkannya kepada suaminya, tetapi menerima surat pengakuan melalui pengadilan supaya
dapat dimintanya kembali apabila perkawinan mereka tidak serasi dan mereka bercerai. Jika si
suami meninggal terlebih dulu maka yang paling dahulu akan diambil dari milik suami yang sudah
meninggal itu ialah wang bawaan, mas kahwinnya yang diberikan oleh suami dan wang itu tidak
dapat ditagih oleh penagih hutang, manakala yang meninggal dulu adalah isteri, maka si suami
mewarisi harta bawaan si isteri.79

Mengenai hal perceraian, kita akan melihat bahawa perempuan mendapat beberapa
keuntungan yang tak dikenal di daerah-daerah dunia Islam yang lebih ke Barat. Si suami tidak
boleh membuang isterinya begitu saja dimana mereka boleh bercerai apabila mereka mau, tetapi
harus dengan persetujuan kedua belah pihak atas sebab jika si suami mempunyai keinginan
sedemikian dan si isteri tidak. Mengenai pendidikan anak, dapat kita ketahui dari Bab XIV dalam
Mahkota Raja-Raja dimana kewajiban orang tua dapat diringkaskan menjadi enam yang paling
penting antaranya ialah memandikan anak waktu lahir dan membisikkan mantera mantera yang
sesuai di telinganya yang kanan lalu di telinganya yang kiri. Sesudah tujuh hari berlalu mencukur
kepala anak dan mengadakan kenduri, manakala umur enam tahun anak juga harus disunat dan
diberi nama dan umurnya tujuh tahun harus pindah kamar dan diajarkan cara-cara
bersembahyang. Apabila umurnya tigabelas tahun, dia harus dibiasakan beribadah dan apabila
umurnya enam belas atau tujuh belas tahun, dia harus diberi isteri. Sementara itu, anak tersebut
harus dicarikan guru yang pandai mengajarkan tata krama dan melakukan perang. Mengenai
organisasi dan program sekolah yang hampir pasti diajarkan ialah bahasa Arab dan ilmu mengira.80
Manakala perkembangan bahasa pula tidak ada satu teks Eropah pun yang menyebut adanya

79 Denys Lombard, Kerajaan Acheh Zaman Sultan Iskandar Muda (1607-1636), KPG (Kepustakaan Populer Gramedia)
Forum Jakarta-Paris, Jakarta, 2006. Hlm 84.
80 Ibid, Hlm 86.

32
dua bahasa ataupun bahasa yang bukan Melayu. Memang banyak penjelajah hanyalah
melewati dan singgahnya terlalu sekejap sehingga tidak sempat melihat gejala seperti itu, akan
tetapi ada beberapa orang yang cukup lama tinggal ditempat itu sehingga memperoleh
pengetahuan mengenai bahasa lisannya, satu hal yang mengherankan ialah bahawa Beaulieu
yang tinggal lebih dari setahun dan pada akhirnya dapat bicara dengan baik sehingga dia faham
tanpa mengalih bahasa dan Houtman yang sesudah dua tahun dalam tahanan mampu
membicarakan soal-soal agama dalam Bahasa Melayu dengan ahli-ahli teologi Aceh yang lain,
terdapat berbagai istilah setempat yang semuanya dapat diterangkan dari Bahasa Melayu tak
sedikit pun menyebut adanya bahasa kedua atau bahasa lain yang dipakai disamping Bahasa
Melayu itu. Jadi kesimpulannya bahawa Bahasa Melayu pada waktu itu hanya menduduki tempat
yang besar, dimana pentuturan di pelabuhan yang yang bertaraf internasional dan gayanya
kosmopolitan itu telah menggunakan Bahasa Melayu. Terdapat beberapa kosa kata yang
dikumpulkan oleh Fr. Martin, Lancaster dan Best, belum lagi kata-kata terpencil yang kebetulan
muncul dalam semua kisah yang ditulis pada zaman tersebut. Untuk mencari sifat dasar suatu
bahasa beserta sintaksis dan ucapannya dari cara para pengarang menulis kata-katanya tidaklah
begitu sukar walaupun kadang-kadang penulisan mereka tak menentu tetapi kebanyakan jelas
kelihatan kata asalnya dan paling mengukuhkan lagi Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
apabila Bahasa Melayu dijadikan sebagai lingua franca pada abad ke-17 dalam kerajaan Acheh.
Ini bermakna pada ketika itu Bahasa Melayu memainkan peranan yang amat penting dalam
semua bdang tidak kira perdagangan atau sosial.81

81Denys Lombard, Kerajaan Acheh Zaman Sultan Iskandar Muda (1607-1636), KPG (Kepustakaan Populer Gramedia)
Forum Jakarta-Paris, Jakarta, Hlm 88.
33
BAB 4 : FAKTOR KEMEROSOTAN KERAJAAN ACEH

4.1 Faktor Politik

Kejatuhan Kerajaan Acheh bermula selepas kemangkatan Sultan Iskandar Thani pada tahun
1641. Pengganti beliau selepas itu adalah beberapa raja permaisuri yang lemah. Malahan, negeri-
negeri naungan Acheh mula menetang Acheh dan membebaskan diri mereka. Belanda mula mara
di Sumatera, menguasai satu demi satu negeri-negeri di Sumatera. Pada 1873, tercetuslah Perang
Acheh, sebuah peperangan antara Kesultanan Acheh dengan Belanda. Pada tahun 1874, Sultan
Acheh terakhir, Sultan Mahmud Syah, melarikan diri ke pergunungan sekaligus mengakhiri
kesultanan Acheh. 82 Ketiadaan sultan yang berwibawa tersebut menjadikan kerajaan Acheh
semakin merosot dan mudah ditawan oleh para penjajah seperti Portugal, Inggeris, Sepanyol dan
kerajaan yang paling menonjol inginkan Kerajaan Acheh terutamanya adalah kerajaan Belanda.
Kerajaan Belanda berhasrat untuk menawan Acheh kerana Acheh merupakan suatu kerajaan
yang sangat kaya raya.83

4.1.1 Strategi Penyusupan Christian Snouck Hurgronje

Keruntuhan kesultanan Acheh bermula dengan strategi penyusupan yang dilakukan oleh
Dr. Christian Snouck Hurgronje. Christian Snouck Hurgronje berpura-pura masuk Islam dan
diterima dengan baik oleh masyarakat di Acheh. Beliau mendapat kepercayaan dari para
pemimpin Acheh. Disitulah Snouck Hurgronje mengetahui kelemahan masyarakat Acheh. Snouck
Hurgronje menyarankan kepada Belanda untuk mengarahkan serangan kepada para ulama karena
kekuatan Acheh terletak pada ulamanya.84 Ketika dilaksanakan, saranan ini berhasil dan Belanda
kemudian menguasai Acheh dengan mengangkat Johannes Benedictus Yab Heutsz sebagai
Gabenor Acheh pada tahun 1898 yang merebut sebahagian besar wilayah Acheh. Pada tahun
1903, Sultan Muhammad Dawud menyerahkan diri kepada Belanda setelah anak dan ibunya
ditangkap oleh Belanda. Pada tahun 1904, seluruh wilayah Acheh jatuh ke tangan Belanda dan
Kesultanan Acheh pun telah berakhir. Sebagai penasihat J.B. van Heutsz, Christian Snouck
Hurgronje mengambil peranan aktif dalam bahagian akhir (1898-1905) Perang Acheh (1873-
1913). 85 Christian menggunakan pengetahuannya tentang budaya Islam untuk merancang

82 Arnot, Acheh: History, Politics, and Culture, Malaysia : Pelanduk Publications Sdn Bhd, 1995, Hlm 15-19.
83 Ibid,
84 Ibid,
85 Ibid,

34
strategi yang secara signifikan dan membantu menghancurkan perlawanan dari penduduk Acheh
dan menguasai kekuasaan kolonial Belanda pada mereka, mengakhiri perang 40 tahun dengan
jumlah korban sekitar 50000 orang dan 100000 orang penduduk tewas dan seramai 1 juta orang
penduduk tercedera. Kejayaan dalam Perang Acheh memberikan beliau kuasa dalam membentuk
kekuasaan dalam pemerintahan kolonial sepanjang tempoh beliau berada di Hindia Belanda,
namun seiring dengan sarannya yang kurang diimplementasikan, beliau memutuskan untuk
kembali ke Belanda pada 1906. Setelah kembali ke Belanda Snouck meneruskan kariernya
sebagai ahli akademik yang berjaya.86

4.1.2 Perang Saudara

Perang saudara dalam hal perebutan kekuasaan turut menjadi peranan besar dalam melemahkan
Kesultanan Acheh. Pada masa Sultan Alauddin Jauhar Alamsyah (1795-1824), seorang keturunan
Sultan yang terbuang Sayyid Hussain mengaku bahawa beliau merupakan pewaris mahkota
kesultanan dengan mengangkat anaknya menjadi Sultan Saif Al-Alam.87 Perang saudara berlaku
kembali namun berkat bantuan Raffles dan Koh Lay Huan, seorang pedagang dari Penang
kedudukan Jauhar yang mahir berbahasa Perancis, Inggeris dan Sepanyol dikembalikan. Namun
begitu, perang saudara kembali terjadi dalam perebutan kekuasaan antara Tuanku Sulaiman
dengan Tuanku Ibrahim yang kelak bergelar Sultan Mansur Syah (1857-1870). Sultan Mansur
Syah berusaha semampunya untuk menguatkan kembali kesultanan yang sudah tidak stabil.
Beliau, berhasil menundukkan para raja untuk menghantar ufti kepada para sultan, perkara
tersebut merupakan tindakan yang sebelumnya tidak mampu dilakukan sultan terdahulu. Bagi
menguatkan pertahanan wilayah timur, sultan mengirimkan tentera pada tahun 1854 dipimpin
oleh Laksamana Tuanku Hussein dengan kekuatan 200 perahu.88

Ekspedisi ini bertujuan untuk meyakinkan kekuasaan Acheh terhadap Deli, Langkat dan
Serdang. Namun, pada tahun 1865 Acheh mula angkat kaki dari daerah tersebut dengan
menakluk benteng Pulau Kampai. Sultan juga berusaha membentuk persekutuan dengan pihak
luar sebagai usaha untuk membendung tindakan agresif Belanda. Utusan juga telah dikirim
kembali ke Istanbul sebagai pengesahan terhadap status Acheh sebagai vassal Turki Utsmaniyah
serta mengirimkan sejumlah dana bantuan untuk Perang Krimea.89 Sebagai balasan, Sultan Abdul

86 Ibid,
87 Edward Aspinall, Islam and Nation, Singapore : Nus Press, 2009, Hlm 32.
88 Ibid,
89 Syarifudin Tippe, El Hurr: Nurani untuk Acheh, Yogjakarta : Pustaka Pelajar Offset, 2001, Hlm 37-39.
35
Majid I mengirimkan beberapa alat pertempuran untuk Acheh. Tidak hanya dengan Turki, Sultan
juga berusaha untuk bekerjasama dengan Perancis dengan mengirim surat kepada Raja Perancis
Louis Philip I dan Presiden Republik Perancis ke II (1849). Namun permohonan ini tidak dianggap
serius. Kemunduran terus berlangsung sehingga naiknya Sultan Mahmud Syah yang muda dan
lemah ke kekuasaan Sultan. Beberapa orang ahli politik telah diarah untuk ke Istanbul. Mereka
dipimpin oleh Teuku Paya Bakong dan Habib Abdul Rahman Az-zahier untuk melawan kemaraan
Belanda namun usaha tersebut gagal. Setelah kembali ke ibu kota, Habib bersaing dengan
seorang India Teuku Panglima Maharaja Tibang Muhammad untuk mengekalkan pengaruh dalam
pemerintahan Acheh.90 Kaum yang cenderung menyokong Habib telah diragui oleh Sultan kerana
mereka dipercayai melindungi Panglima Tibang yang akan berbaik dengan Belanda semasa
perbincangan dengan Riau.

4.1.3 Kemangkatan Sultan Iskandar Thani


Kejatuhan bermula selepas kemangkatan Sultan Iskandar Thani pada tahun 1641. Pengganti
beliau selepas itu adalah beberapa raja permaisuri yang lemah. Malahan, negeri-negeri naungan
Aceh mula menetang Aceh dan membebaskan diri mereka. Belanda mula mara di Sumatera,
menguasai satu demi satu negeri-negeri di Sumatera. Pada 1873, tercetuslah Perang Aceh,
sebuah peperangan antara Kesultanan Aceh dengan Belanda. 91 Pada tahun 1874, Sultan Aceh
terakhir, Sultan Mahmud Syah, melarikan diri ke pergunungan sekaligus mengakhiri kesultanan
Aceh. Pada masa itu, aktiviti meluaskan empayar oleh Inggeris dan Belanda menjadi penyebab
utama kepada kejatuhan kerajaan Acheh. Inggeris dan Belanda adalah dua kuasa dunia pada
masa itu yang berusaha untuk menguasai dan mendominasi perdagangan di Acheh. Hal ini adalah
kerana Acheh adalah sebuah kawasan yang mempunyai kepentingan di Sumatera. Sumatera
adalah sebuah kawasan perdagangan yang sibuk yang akan memberikan keuntungan kepada
kerajaan yang memerintahnya. Kejayaan dan kegemilangan yang dikecapi oleh Acheh pada akhir
abad ke-16 adalah disebabkan oleh penguasaan mereka ke atas kepulauan Sumatera yang
menjadi salah satu pelabuhan penting pada masa itu. Ekoran daripada kepentingan Acheh dan
Sumatera ini telah mendorong Inggeris dan Belanda malah Portugis untuk menguasai kedua-dua
pelabuhan ini. Keinginkan kuasa-kuasa Barat ini untuk menguasai Acheh telah menyebabkan
berlaku beberapa peperangan kecil yang lebih memihak kepada kuasa Barat. Kejayaan Acheh
menguasai beberapa negeri di Tanah Melayu telah mendorong Portugis di Melaka, Johor dan
Patani untuk bergabung menentang Acheh.

90 Arnot, Acheh: History, Politics, and Culture, Malaysia : Pelanduk Publications Sdn Bhd, 1995, Hlm 15-19.
91 Kumala Syah, Peperangan Kerajaan di Nusantara: Sejarah Indonesia, Jakarta, 2012, Hlm 35.
36
Pada tahun 1629, ketiga-tiga kerajaan ini telah menyerang Acheh melalui laut
berhampiran dengan wilayah Maluku.92 Serangan ini telah menghancurkan kuasa Acheh secara
keseluruhannya. Kejayaan Portugis mengalahkan Acheh dalam peperangan ini menyebabkan
kuasa Barat ini mula meluaskan pengaruhnya di Acheh dengan menakluki beberapa pelabuhan
penting seperti pelabuhan Sumatera. Dalam pada itu, pedagang-pedagang Eropah juga turut
mengehadkan aktiviti perdagangan mereka di beberapa pelabuhan utama Acheh. Pedagang
Belanda misalnya mengehadkan perniagaan mereka di Jambi dan Palembang. Kedua-dua
pelabuhan ini adalah antara pelabuhan yang dimiliki oleh Acheh. Walau bagaimanapun, ekoran
daripada tindakan pedagang Portugis mengehadkan perdagangan mereka di kedua-dua
pelabuhan ini telah menyebabkan peranan pelabuhan ini sebagai salah satu pelabuhan penting
bagi kerajaa Acheh telah merosot. Pulangan yang diperolehi oleh kerajaan Acheh daripada
kedua-dua pelabuhan ini turut berkurangan. Keadaan ini menyebabkan kegemilangan kerajaan
Acheh dalam memonopoli beberapa pelabuhan penting dunia telah merosot. Dalam pada itu,
perlantikan raja-raja wanita juga adalah faktor yang boleh dikaitkan dengan kejatuhan empayar
Acheh.93 Selepas pemerintahan Sultan Iskandar Thani, tampuk pemerintahan Acheh diserahkan
kepada kaum wanita selama hampir 60 tahun yang bermula pada 1641 – 1699. Selama tempoh
ini, seramai empat orang raja wanita telah memerintah Acheh. Mereka ialah Sri Ratu Tajul Alam
Safiatuddin Syah, Sri Ratu Nur Alam Nakiatuddi Syah, Sri Ratu Inayat Syah Zakiatuddin Syah dan
Sri Ratu. Pemerintahan yang dikuasai oleh kaum wanita ini memudahkan kuasa- kuasa Barat
terutamanya Portugis, Belanda dan Inggeris untuk menguasai Acheh.94

92 M.C.Ricklefs, A History of Modern Indonesia Since: 100, 2nd ed. Stanford: Stanford University Press, 1994, Hlm 7.
93 M. Barwise and N.J. White, A Traveller’s History of Southeast Asia. New York : Interlink Books, 2002, Hlm 117.
94 Ibid,
37
4.2 Faktor Ekonomi

Menurut Lombard dalam bukunya bahawa, Aceh dilihat sebagai kerajaan yang sifat kekuasaannya
rapuh kesan daripada dampak negatif politik perdagangan yang dilakukan sultan Iskandar muda
Shah dimana seluruh kegiatan perniagaannya dan perdagangan semuanya bergantung kepada
faktor-faktor luar, iaitu perdagangan lada dan beras yang harus ditarik ke pelabuhannya
manakala hamba yang harus dikawal sampai ke pedalaman dan pesaingannya yang harus
dikalahkan untuk mengekalkan dominasi dan memonopoli perdagagnan. Sekiranya tidak
melalukan perkara sedemikian maka kapal asing akan mencari muatan di pelabuhan lain. Kesan
ketiadaan kapal dagangan di pelabuhan akan menyebabkan kerajaan Acheh kehilangan sumber
ekonomi. Pada kepemimpin Iskandar Muda dikatakan dalam buku ini bahawa musuh kerajaan
bermacam-macam termasuk penjajah-penjajah Eropah. Di Sumatra sendiri pengawasan harus
diadakan atau dipertahankan atas sebab pelabuhan-pelabuhan jajahannya yang siap
memberontak seperti Pasai, Pidir, Tiku, Pasaman, Deli, Aru. Pemberontakan yang dilakukan atas
sebab keinginan untuk bebas dan mereka tidak sabar lagi menyahkan beban dan tidak suka
mengangkut lada yang mereka hasilkan ke Aceh kerana sebenarnya mereka dapat menjual lada
tersebut dengan harga yang lebih tinggi.

Berdasarkan data sejarah diatas bahawa sebenarnya masa Iskandar Muda ini juga rapuh
kerana wujud daerah-daerah penghasil lada yang memberontak dan tentu saja membuat
kerugian bagi Kerajaan Aceh sendiri. Dari sinilah dapat dilihat bahawa Sultan Iskandar Muda
melakukan sebuah kecenderungan dalam orientasi pemerintahan kepada politik kekuasaan
dengan penaklukkan yang mana dengan usahanya menjalin komunikasi dengan Bangsa Turki
ketika itu dalam pemerintahan Turki Utsmani yang terkenal dengan bidang militer dan sesama
Aceh dalam bidang keislamannya. Selama pemerintahan ini juga tak lepas dari peperangan
diantara daerah-daerah Melayu sendiri yang sedikit banyak merugikan Kerajaan Aceh sendiri.
Dikatakan dalam buku lain bahawa pada tahun 1511 dapat difahamkan Bentan sebagai suatu
kerajaan yang dapat maju dengan pesat. Kejadian peperangan di sekitar Selat Malaka merupakan
berkat bagi perkembangan Bentan. Sejak Melaka jatuh pada 1511 ke Portugis, pedagang dari
Persia, India, Cina dan daerah lain mulai menghindari daerah tersebut. Pedagang-pedagang yang
datang ke Melaka harus mendapatkan izin dari Portugis dahulu maka untuk menghindari diri dari
keadaan yang tidak menyenangkan tersebut, maka para pedagang ini mencari jalan tanpa izin,
iaitu melalui Selat Sunda. Dengan demikian ditemukan suatu jalan untuk dapat melaksanakan

38
perdagangan rempah-rempah iaitu di Bentan. Dengan itu Banten mulai berkembang kerana
terletak ditengah jalan perdagangan rempah dari Maluku. Bentan menjadi tempat untuk
membeli bekal perjalanan tempat perdagangan rempah-rempah dan barang dagangan lain
dari luar negeri. Tetapi peristiwa peperangan segi tiga telah menghancue dan memunahkan
perdagangan kerajaan Acheh dengan kepualan-kepulauan melayu yang lain dan secara
lazimnya kesan dari perang ini juga telah membawa kerajaan Acheh kepada era
kemunduran perdagangan di selat Sunda.95

Setelah meninggalnya Sultan Iskandar Muda dan digantikan oleh Sultan Iskandar
Tsani (1636-1641 M) pengangtian sultan tersebut adalah titik yang menandai kemunduran
yang ketara dlam sejarah kesultanan Acheh akibat kurang mampunya melawan kolonialis.
Kemunduran semakin terasa sepeninggalnya Sultan Iskandar Tsani yang digantikan isterinya,
Sultanah Tajul Alam Syafiatuddin Syah (1641-1675 M). Kesultanan Aceh menjadi tidak kukuh
dengan banyaknya daerah yang melepaskan diri dan ketidakstabilan perdagangan. Demi
mempertahankan kerajaan, beliau menjalin kerjasama dengan Belanda, akan tetapi Belanda
yang memonopoli perdagangan dan mereka yang berkesempatan menikmati fasiliti yang
diberikan Sultanah. Mereka juga mendirikan pusat Dagang yang berada di Pahang dan Silida.
Sultanah pun sudah memberikan peringatan kepada mereka malah tidak dihiraukan. Sultanah
Tajul Alam Syafituddin Syah wafat dan digantikan oleh Sultanah Nurul Alam Nakiatuddin (tidak
jelas asal-usulnya) yang memerintah mulai tahun 1675-1678. Kehadirannya sama sekali tidak
menyelesaikan masalah yang telah membelenggu kerajaan Acheh. Begitu pula saat
digantikan dengan putrinya Raja Sertia, Kepemimpinan wanita tidak dilanjutkan lagi kerana
menyusulnya fatwa dari Mekkah bahawa syariat melarang seorang wanita menjadi pemimpin
suatu negara (1699 M).96

Tambahan pula terjadinya perebutan kekuasaan oleh beberapa sultan yang saling
bersaing iaitu dari golongan sayid keturunan Fatimah binti Muhammad Saw yang secara tak
langsungnya menyumbang kepad kemunduran ekonomi di Acheh adalah. Manakala Jamalul
Alam Badrul Munir (1703-1726) yang lahir di kerajaan Acheh bangkit melawan sultan-sultan
penggantinya. Setelah itu, Jawharul Alam (1818-1824 M) berhasil menjadi sultan dengan
bantuan orang Inggeris. Aceh mengadakan perjanjian dengan Inggeris (12 April 1818 M)
yang diwakili Thomas Stamford Raffles untuk memberi kesempatan berdagang di Kesultanan
Aceh dan Inggeris memberikan jaminan keamanan dan perlindungan bagi Aceh. Pada 17
March 1824 Inggeris dan Belanda mengadakan perjanjian London yang berisi tentang

95 Denys Lombard, Kerajaan Acheh Zaman Sultan Iskandar Muda (1607-1636), Jakarta: KPG (Kepustakaan Populer
Gramedia) Forum Jakarta-Paris, 2006, Hlm 37.
96 Yusuf dan Mundzifin. Sejarah Peradaban Islam di Indonesia. Yogyakarta: Pustaka, 2006. Hlm 69.

39
penghormatan kedaulatan Aceh oleh pihak Belanda. Tanggal 2 November 1871 dibuat Traktat
Sumatera antara Belanda dan Inggris dengan menghapus traktat London. Perjanjian yang
baru memberikan kesempatan bagi Inggeris mengembangkan kekuasaan di Malaya dan
Belanda di Sumatera melalui perdagangan.97

Tetapi malangnya kerajaan Aceh tetap berkemelut bahkan semakin berpanjangan.


Maka dalam erti kata lain perjanjian diantara orang eropah menandakan kegagalan dalam
menyelesaikan kemelut yang melanda Acheh ketika itu. Setelah datangnya para ulama-ulama
dan tokoh masyarakat Aceh melancarkan perlawanan terhadap para kompeni pada tahun
1873- 1904, dan Aceh kembali naik lagi. Perlawanan Aceh kepada Belanda terkenal dengan
sebutan Perang Aceh. Perang itu bermula dari tiada kata sepakat dalam proses perdamaian
antara keduanya, sehingga pada tahun 1873 pecahlah perang. Tahun 1874 Sultan
Muhammad Daud Syah diangkat sebagai Sultan. Sekalipun Kesultanan Aceh sudah dihapus
oleh Belanda namun rakyat Aceh masih memiliki seorang sultan, Muhammad Daud Syah yang
dinobatkan di masjid Indrapuri. Pada masanya telah diusahakan perdamaian antara Aceh dan
Belanda namun gagal kembali karena tidak adanya kesepakatan antara kedua belah pihak
sehingga perang kembali pecah dan barulah pada tahun 1903 Sultan mengakui kekuasaan
Belanda maka berakhirlah kedaulatan Aceh pada awal abad ke XX. Adapun faktor yang
memengaruhi kemunduran kerajaan dapat dilihat dari internal maupun eksternal. Faktor
internal yang memicu kemunduran iaitu melemahnya sultan-sultan yang berkuasa setelah
meninggalnya Sultan Iskandar Muda, banyak pula kaum kapitalis dalam negeri yang tidak
memedulikan kesulitan-kesulitan kerajaan. Faktor ekternalnya iaitu adanya campur tangan
dari pihak luar, baik langsung maupun tidak langsung dan kesan dari campur tangan kuasa
luar ini telah menjejaskan ekonomi perdagangan Acheh kerana kuasa memonopoli
berdagangan diambil alih oleh kuasa luar.98

Meski Iskandar Muda mampu memperluas teritori kerajaan, namun beliau tidak
sanggup mengendalikan pertanian dan orang-orang kaya di sekitar ibu kota. Kengganan
beliau dalam memajukan ekonomi pertanian telah mendorong kepada kebekurangan sumber
makanan kerajaan Acheh. Hl ini kerana, semakin padatnya penduduk Aceh, maka
diperlukanlah sektor pertanian yang lebih serta hasilnya berkuantiti tinggi untuk mencukupi
sumber mkanan mereka. Invasi Iskandar Muda ke tanah Batak yang subur, tak cukup untuk
memenuhi kebutuhan rakyat Aceh yang terus meningkat. Dennys Lombard menyatakan

97Yusuf dan Mundzifin. Sejarah Peradaban Islam di Indonesia. Yogyakarta: Pustaka. 2006, Hlm 70.
98M. Yahya Harun, Kerajaan Islam Nusantara Abad XVI dan XVII , Yogyakarta: Kurnia Kalam Sejahtera, 1995,
Hlm 15-17.
40
bahawa kemunduran Aceh pada abad ke-17 disebabkan oleh keberhasilannya yang terdahulu.
Dimana daerah perkotaan dan pelabuhan telah berkembang sedemikian rupa melampaui
kemampuannya untuk menghidupi masyarakatnya. Dorongan dari raja Pagaruyung atas
penubuhan kota-pelabuhan di pesisir barat, juga menjadi pemicu kejatuhan pamor
Kesultanan Aceh. Tiku, Pariaman, dan Padang yang selama ini menjadi asas perdagangan
lada yang cukup menguntungkan, satu persatu mulai melepaskan diri. Kehadiran Belanda dan
kemudian Inggeris di Selat Malaka turut mengganggu kedudukan Aceh di perairan tersebut.
Dua kekuatan baru Eropah ini, bahkan memiliki jaringan dagang dan militer yang lebih kuat
jika dibandingkan dengan Portugis yang menjadi pesaing mereka terdahulu.

Kemelut demi kemelut sehinggalah abad ke-18 yang merupakan awalnya dimulai
dengan ekonomi paham kapitalisme, yang berasal dari Inggeris dan selanjutnya menyebar ke
wilayah Eropah Barat dan Amerika Utara. Dasar filosofis yang digunakan dalam sistem
ekonomi kapitalis bersumber dari tulisan Adam Smith pada tahun 1776 di dalam bukunya yang
berjudul An Inquiry in to The Nature and Causes of The Wealth of Nations. Buku tersebut
berisi tentang pemikiran- pemikiran tingkah laku hukum ekonomi masyarakat (Robert L.
Heilbroner, 1986:85). Sistem ekonomi kapitalis yang murni merupakan buah pemikiran Adam
Smith dipengaruhi oleh semangat mendapatkan keuntungan semaksimal mungkin dengan
sumber daya yang terbatas. Kapitalis mengakui kebebasan manusia tidak bisa bebas lepas
tetapi kebebasan manusia dibatasi oleh kebebasan orang lain. Akibatnya, masing-masing
pihak meningkatkan persaingan agar tidak tersingkir dari pasar. Namun demikian, kondisi ini
menyebabkan pula orang bertindak tidak benar atau tak bermoral dalam memperoleh
keuntungan yang maksimal sehingga manusia cenderung bersifat opportunis dalam
memenuhi kebutuhan ekonominya. Dampak lain dari kebebasan dalam kapitalisme adalah
menyebabkan sumber produksi dikuasai oleh pengusaha yang memiliki modal besar. Setiap
keuntungan mereka digunakan untuk peningkatan produksi.99

Sementara itu pihak pekerja atau buruh kurang mendapat perhatian. Kitara ini
mengakibatkan seorang pengusaha penghasilannya semakin meningkat sedangkan pekerja
dari waktu ke waktu tidak mengalami peningkatan. Perkara ini berlarutan dalam kerajaan
Acheh merasai kelahiran aliran sosialisme di akhir abad ke-18 dan awal abad ke-19 sebagai
reaksi dari perubahan ekonomi dan sosial yang diakibatkan oleh revolusi industri. Revolusi
industri ini memang memberikan keberkatan buat para pemilik fabrik pada saat itu, tetapi di
lain pihak para pekerja menjadi semakin miskin. Semakin menyebar idea sistem industri
kapitalis ini, maka reaksi dalam bentuk pemikiran-pemikiran sosialis pun semakin meningkat.

99Fahriansah. Transaksi Ekonomi Klasik Masyarakat Aceh Vol. 1. : Analisis Kelayakan Taqnin Hukum Ekonomi Syariah,
2017. Hlm 6-9.
41
Pada tahun 1840-an, istilah komunisme mulai muncul untuk menyebut sayap kiri yang militan
dari Paham sosialisme. Istilah ini biasanya dirujukkan kepada tulisan Etiene Cabet dengan
teori-teorinya tentang kepemilikan umum. Istilah ini kemudian digunakan oleh Karl Marx dan
Friedrich Engels untuk menggambarkan pergerakan yang membela perjuangan kelas dan
mengaruskan revolusi untuk menciptakan sebuah masyarakat kerjasama (society of
cooperation). John Stuart Mill (1806-1873) mengatakan bahwa sosialisme dapat diartikan
sebagai bentuk perekonomian, dimana pemerintah bertindak sebagai pihak yang dapat
dipercaya oleh masyarakat, dan menasionalisasikan industri besar dan strategis seperti
pertambangan, jalan, dan jembatan, kereta api serta perusahaan lain yang menyangkut hajat
hidup orang banyak. Sosialisme dalam arti yang sesungguhnya, menghapuskan adanya
kepemilikan swasta dan menjadikan alat-alat produksi maupun tanah pertanian sebagai milik
negara. Kelahiran aliran ekonomi ini telah mengakibatkan keseimbngan ekonomi dalam
kerajaan Acheh tidak selari dengan kerajaan lain.100

100Fahriansah. Transaksi Ekonomi Klasik Masyarakat Aceh Vol. 1. : Analisis Kelayakan Taqnin Hukum Ekonomi Syariah,
2017, Hlm 10.
42
4.3 Faktor sosial

Setelah kemangkatan Sultan Iskandar Muda, tiada yang dapat menggantikan pemerintahan
kesultanan Aceh hingga akhirnya diangkatlah Ratu menjadi pemerintah Aceh yang seterusnya
menjadi kesinambungan kepada pemerintahan yang sebelumnya. Pemerintah yang diangkat
menjadi Sultanah selama hampir enam puluh tahun ini adalah puteri Iskandar Muda Puteri Sri
Alam Permaisuri dengan gelaran Taj al-Alam Safiyya al-Din (1641 - 1675 M) 101 . Ketika era
pemerintahan Ratu. Aceh sudah mula memperlihatkan kemerosotannya sehinggga peluang
besar ini dapat dihidu oleh Belanda, dalam kesempatan yang dilihat terbuka luas ini Belanda
cuba memanfaatkan kesempatan tersebut dengan menganggu kerajaan Aceh melalui
perdagangannya (VOC). Penumpuan terhadap eksploitasi dagangan ini tertumpu di wilayah
Timur. Gangguan yang dibuat untuk mematahkan kepemimpinan di Aceh adalah berebntuk
serangan kepada Aceh. Pada pemrintahan yang sebelumnya ketika Sultanah belum menaiki
takhta pemerintahan. Sultan juga turut berfungsi sebagai pemerintah yang terlibat dalam
mengangkat ekspidisi perang bagi mematahkan serangan dari luar untuk mempertahankan
kerjaana Aceh. Seperti kekuatan ketenteraan yang diperkasakan oleh Sultan Ali Mughayat
Syah yang menentang kedatangan Belanda dengan menyediakan armada kapal yang
dilengkapi khas dengan 500 meriam dari Turki Uthmaniah serta kenderaan daratan seperti
Gajah dan Kuda yang dikhaskan dalam pertempuran, adalah menjadi lambang kepada
hebatnya pemerintahan kesultanan Aceh pada ketika itu Namun apabila berlaku peralihan
kuasa, Sultanah hanyalah berfungsi sebagai simbol terhadap pemerintahan beraja sahaja,
malah pelantikan pemerintah baru ini juga bertujuan bagi mengangkat martabat kaum wanita
dan kemampuannya dalam islam.

Sehingga wujud kemunculan penulisan Taj-Us Salatin yang merupakan sumbangan


penulisan seorang ulama kepada Sultannya yang berlandaskan konsep Al-Quran dan As-
Sunnah. Syeikh Hamzah Fansuri yang merupakan ulama di Aceh ketika itu menuliskan sifat
tamak dalam perebutan kuasa dalam kalangan bangsawan di Aceh. Sifa tamak yang ditujukan
kepada beberapa bangsawan tersebut menyebabkan kejatuhan Aceh kepada yang lebih
mendalam. Dapat dilihat kekejaman dalam perebutan kuasa ketika abad ke -16 dan 17 - M ini
mencetuskan kepada kejatuhan Aceh melalui petikan.

“Krisis yang berpanjangan ini timbul pada akhir masa pemerintahan Sultan ‘Ala
al-Din Ri’ayat Syah al-Qahhar (1568-1571) yang dipicu oleh konflik di

101
Ita Syamsitah Ahyat, Wanita Muslimah Dalam Kepemimpinan Pemerintah Dulu Dan Sekarang: Kasus
Penguasa Kesultanan Aceh dan Penguasa Republik Indonesia (R.I) Ke-V, diakses daripada
https://multikulturalui.files.wordpress.com/2013/05/prosiding-simg-ui-2012-jilid-1-22.pdf.
43
lingkungan keluarga sultan sendiri. Perang terbuka antara keluarga Sultan
berkobar dengan cepat. Selama beberapa bulan sesudah Sultan al-Qahhar
wafat kekacauan tidak terkendali lagi dan selama beberapa bulan itu pula Aceh
diperintah oleh tiga orang sultan secara berturut-turut”

Kekejaman juga terus menerus dilihat apabila pembunuhan dilakukan oleh bangsawan -
bangsawan yang ingin merampas takhta pemerintahan. Menurut Raden Hoesein Djajadiningrat
(1982/1983:81) lagi, Sultan Muda yang beru berusia 4 tahun telah mati dibunuh malah
pembunuhan terhadap golongan - golongan pemerintah berterusan. Sultan Sri Alam yang
pernah memerintah pada 1576, Sultan Zainal ‘Abidin yang memerintah pada 1577 dan Sultan
‘Alauddin dari Perak atau Mansur Shah (1577-1586)) telah dibunuholeh hulubalangnya,
manakala Sultan Ali Ri’ayat Shah atau Raja Bujang Mangkat dibunuh (1586-1588) dan berlaku
perebtuan kuasa di tempoh akhir pemerintahan Sultan ‘Alauddin Ri’ayat Shah Sayyid al-
Mukammil (1588-1604).102

Perebutan kuasa terus menerus berlaku sehingga terdapat Sultan yang diarahkan
menuruni takhta oleh rakyatnya seperti Sultan Badrul Alam Syarif Hasyim Jamaluddin (1699-
1702) yang hanya sempat memerintah selama tiga tahun. Sehinggalah pada tahun 1726
empat sultan yang berasal daripada keturunan Arab diangkat sebagai sultan untuk menaiki
takhta di Aceh iaitu Sultan Perkasa Alam Syarif Lamtui Ibnu Syarif Ibrahim (1702 0 1703) yang
merupakan anak saudara kepada Sultanah Kamalat Syah. Sehinggalah pada bulan Jun,
kekuasaan pemerintahan beralih pula pada Sultan Jamalul Alam Badrul Munir. Sehingga pada
tahun 1727,keputusan telah dibuat oleh ketiga - tiga Panglima Sagi untuk memilih
Maharajalela Melayu untuk diangka sebagai Sultan dengan gelaran Sultn Alaiddin Ahmad Syah
91727 - 1735) yang merupakan anak kepada Abdurrahim Maharajalela Bin Zainal Abidin
(Teungku di Lhong) bin Daeng Mansur yang juga mendapat gelaran sebagai Chik Di Reubee,
yang merupakan mertua kepada Sultan Iskandar Muda. Dengan itu kembalilah takluk
kepemimpinan di Aceh kepada Sultan yang berdarah Aceh - Bugis. Sepeninggalnya, Aceh
dipimpin oleh Sultan Alaiddin Johan Syah (1735-1760) selalu dihadapkan pada pertentangan
yang dilancarkan oleh Sultan Jamalul Alam Badrul Munir yang ingin berkuasa kembali. Namun,
kedua Sultan yang hidup pada masa yang berbeda memiliki visi yang sama dalam
menjalankan roda pemerintahan diantaranya mereka dapat membuka hubungan perdagangan
dengan Inggris dan Perancis tanpa memberi izin kepada mereka membuka benteng.

102
Shah Rul Anuar Nordin, Impak Dakwah Kitab aj Al - Salatin Kepada Masyarakat Melayu Di Aceh,
diakses daripada Aceh, http://www.ukm.my/rsde/wp-content/uploads/2014/11/11-perkim-warga-
asing.pdf.
44
Kemunduran besar yang ketara berlaku pada tentera Aceh apabila mereka kehilangan
sokongan kuat daripada Turki di Lautan Tengah. Jika dahulu kemenangan Aceh pernah
diangkat oleh kekuatan dan sokongan daripada kerajaan Turki Uthmani, namun setelah
kehilangan sokongan kuasa barat seperti Belanda sudah tidak lagi gentar akan kekuatan
angkatan perang Aceh yang suatu ketika dahulu pernah dikatakan sebagai angkatan tentera
yang terkuat di nusantara. Setelah tamatnya kepemimpinan Aceh di bawah Sultan Alaiddin
Johan Syah (1735-1760). Pemerintahan diteruskan oleh Sultan Alaiddin Mahmud Syah (1760 -
1781), kejayaan yang pernah dicapai dalam pemerintahan baginda adalah apabila berjaya
mendapakan semula kenegerian Barus. Namun setelah digantikan dengan Sultan Alaiddin
Ibrahim Mansyur Syah (1836 - 1870) banyak daerah kekuasaan Aceh di bahagian kepulauan
Sumatra jatuh ke tangan Belanda diantaranya Barus dan Nias. Sultan Ibrahim Mansyur Syah
digantikan oleh Sultan Alaiddina Mahmud Syah (1870 - 1874). Namun pada tahun 1873 sudah
mula tercetus bibit - bibit kemusnahan yang dibuat oleh Belanda terhadap kerajaan Aceh.
Kemusnahan yang belangsung selama 40 tahun ini bukan sahaja memusnahkan kedaulatan
kesultanan dan istana, masjid raya tetapi turut mebcipta pengasingan kepada Sultan Alauddin
Mahmud Daud Syah yang pada masa itu merupakan pemerintah di Aceh.

Ketika Aceh di bawah pemerintahan Sultan Ali Mughayat Syah yang berlangsung selama
sekitar 10 tahun iaitu (1511-1530). Portugis telah menduduki beberapa wilayah di Aceh,
termasuk daerah Pidier yang pada saat itu Raja Pidier memberikan izin agar Portugis berada di
bawah wilayahnya. Kejayaan besar kerajaan Aceh Darussalam dalam pelbagai ekspidisi
ketenteraan adalah disokong penuh dengan adanya senjata yang baik. Kewujudan senjata
tradisonal dan antileri ini yang menyebabkan Sultan Mughayat Syah dan tenteranya berjaya
mengusir Portugis dari tanah pidier.103 Kedatangan awal Portugis ke Aceh sudah menimbulkan
keadaan tidak stabil dalam bidang politik. Perkara ini menuntut rasa tidak puas hati Sultan Ali
Mughayat Syah terhadap Portugis, ketika itu Sultan Ali Mughayat Syah masih memegang
jawatan sebagai panglima perang di Aceh. Beliau beriktikad bahawa apabila menaiki takhta
sebagai Sultan di Aceh, Portugis akan cuba diusir dan ditentang sepenuhnya. Sebaik sahaja
Melaka jatuh ke tangan Portugis pada 1511, peperangan mulai tercetus ekoran daripada
mengejar kepentingan yang sama ke atas sebuah kerajaan iaitu Melaka.104

Kedatangan Belanda menyerang Aceh sangat tragis hingga menganggu-gugat sistem


politik dan struktur sosial masyarakat di Aceh. Penjajah Belanda yang tiba ke Aceh sekitar

103
Samuar S, Ekspansi Kerajaan Darussalam Terhadap Kerajaan Pidier , diakses daripada
https://repository.ar-raniry.ac.id/3941/1/Samsuar%20S.pdf.
104
Johari Talib et.al, Tun Sri Lanang : Dari Istana Batu Sawar Ke Naggaroe Acheh Darussalam, diakses
daripada http://journalarticle.ukm.my/10402/1/18103-51378-1-SM.pdf
45
tahun 1874 menyebabkan berlakunya kejatuhan istana kerajaan Aceh yang terletaknya di
Banda Aceh. Namun, bagi meneruskan pemerintahan dalam kerajaan Aceh yang sudah dilihat
semakin tenat pada ketika itu diteruskan oleh golongan ulama. Mereka bukan sahaja
memainkann peranan dalam institusi intelektual dan pendidikan tetapi dapat dilihat di sini
golongan ulama juga memperjuangkan negerinya daripada cengkaman barat terhadap
kerajaan Islam di Aceh.

Walaupun Belanda telah berjaya menduduki wilayah - wilayah di Pulau Jawa selama
300 tahun dan beberapa wilayah lain di Nusantara, tetapi Aceh masih tetap sebagai sebuah
kerajaan yang berdaulat dan merdeka. Keadaan Belanda yang masih berasa tidak cukup
dengan pemilikan hampir keseluruhan negeri - negeri Nusantara cuba mahu merampas Aceh
Darussalam. Antaranya usaha berunding dengan Sultan Aceh untuk memujuk rayu tetapi
usaha tersebut gagal sehinggalah Belanda mengisytiharkan perang terhadap Aceh pada 26
Mac 1873. tidak terhenti hanya di situ sahaja, pada 1 April 1873 wakil presiden Dewan Hindia
Belanda yang berpusat di Batavia (sekarang Jakarta) dari sebuah kapal Cidatel Wan
Anrwerpen mengumumkan bahawa kerajaan Aceh Darussalam akan diserang. Sungguhpun
dengan pengisytiharan tersebut, ia sama sekali tidak melemahkan semangat para ulama yang
berusaha keras untuk melawan dan menentang kemaraan Belanda di Aceh. Peperangan di
antara Belanda-Aceh ini mengorbankan sebanyak 70,000 orang penduduk Aceh dan 500,000
orang yang tercedera akibat mempertahankan negara Islam Aceh.105

Masa kolonial Belanda banyak memainkan peranan dalam setiap kejatuhan yang terjadi
dalam kerajaan Aceh. Setelah Sultan Muhammad Daud Syah menaiki takhta, beliau telah
menandatangani perjanjian London pada 17 Mac 1824. Dalam perjanjian tersebut menyentuh
berkenaan dengan pembahagian wilayah jajahan Inggeris dan Belanda di Indonesia dan
Semenanjung Malaya. Namun, bagi meneluskan lagi corak pemerintahan di Aceh, Belanda
sekali lagi membuat perjanjian bersama dengan Inggeris yang dikenali sebagai Perjanjian
Sumatera isi daripada perjanjian ini banyak menyentuh mengenai kebebasa untuk bergerak
dan mengadakan peluasa kuasa di Aceh. Apabila persiapan yang telah dirapikan terasa
sempurna, Belanda yang berdiri dengan kekuatan 3,000 tentera yang diarahkan untuk
menyerang Aceh. Sehinggalah pada bulan November 1873 penghantaran ekspidisi kedua yang
dikirimkan ole Van Swieten berbekalkan seramai 13,000 orang. Oleh kerana percubaan
pertama gagal kemudian wujudlah percubaan kali kedua. Kali ini serbuan telah berjaya dibuat
di kawasan Masjid Raya Baiturrahman sehingga Aceh berjaya ditakluki oleh Belanda. Perang

105
A Matsyah, Kerajaan Islam Yang Pernah Muncul Di Aceh, diakses daripada
http://studentsrepo.um.edu.my/1213/6/BAB_3.pdf.
46
yang meletus antara Aceh dan Belanda ini dinamakan sebagai “Perang Aceh”. Walaupun
begitu rakyat lebih mengenali perang tersebut sebagai Perang Belanda ataupun dengan istilah
Perang Kaphee Ulanda. Dalam perang kolonial Aceh rakyat adalah yang paling banyak
berusaha dengan gigih. Kebanyakan pemimpin Aceh tidak mengenal erti berputus asa dan
mengalah kerana bagi mereka yang patah tumbuh, dan yang hilang berganti peperangan
antara Aceh dan Belanda ini berlarutan sehingga 40 tahun namun dikatakan berlaku
pengakhiran kegemilangan pemerintahan di Aceh adalah setelah Sultan Aceh yang terakhir
yang bernama Sultan Muhammad Daudsyah serta Panglima Polem diikuti dengan Panglima
Polem berserta pengikutnya yang menyerah pada Belanda pada 1903.

47
5.0 Kesimpulan

Natijahnya kita tidak dapat menafikan bahawa Kesultanan Aceh juga mengalami keadaan
pasang surut dalam pemerintahannya sama seperti kesultanan yang lain. Sejarah kerajaan
Aceh merupakan salah satu bahagian yang penting dalam perjuangan sejarah Indonesia.
Kerajaan Aceh merupakan salah satu kerajaan yang pernah berdiri di Indonesia yang mana
terletak di hujung utara Pulau Sumatera. Kedudukan Aceh yang strategik telah menjadikan
Aceh muncul sebagai tumpuan Kawasan perdagangan oleh negara luar. Keadaan pelabuhan
Melaka pada ketika itu yang berperanan sebagai pusat perdagangan telah dikuasai oleh
Portugis mengakibatkan banyak pedagang memilih meninggalkan Melaka dan mencari
pelabuhan-pelabuhan dagang lainnya seperti pelabuhan Aceh kerana kedudukannya yang
berada di sekitar Selat Melaka. Keadaan ini telah memberi keuntungan kepada kerajaan Aceh
pada ketika itu sedang mengembangkan pelabuhannya untuk menjadi pusat perdagangan
rempah ratus. Jika kita telusuri dengan lebih teliti lagi, Aceh juga mengalami masa-masa yang
kritikal dalam politiknya. Hal ini merupakan perkara biasa dalam sesebuah perjuangan dalam
pemerintahan di mana akan mengalami proses naik dan turun. Semasa kesultanan Aceh orang
Portugis terlebih dahulu telah berdagang dengan Aceh dan menganggap kehadiran Belanda,
Inggeris dan Perancis sebagai saingannya dalam mendapatkan rempah-rempah dan
menguasai kerajaan Aceh. Hal ini terjadi semasa kerajaan Aceh dipimpin oleh Sultan Ali Riayat
Syah yang dianggap sebagai pemimpin yang kurang cekap sehingga terjadi kekacauan di
Aceh. Raja yang baru bergelar Sultan Ali Riayat Syah di bawah pemerintahannya di Aceh telah
terjadi suatu musim kemarau yang sangat Panjang dan banyak manusia meninggal dunia.
Kerajaannya juga pada waktu itu merupakan kancah perompak dan ketidakaturan.

Justeru itu, keadaan Aceh yang lemah pada ketika itu telah membuka ruang kepada
bangsa asing iaitu Portugis untuk menguasai Aceh dengan melakukan serangan ke atas Aceh.
Semasa peperangan ini, pasukan Aceh dipimpin oleh Iskandar Muda dan telah berhasil meraih
kemenangan. Keadaan ini membuktikan bahawa Kesultanan Aceh juga mampu bangkit dalam
meraih kemenangan setelah mengalami keadaan yang buruk dalam pemerintahan sultan
sebelumnya. Tidak lama setelah peristiwa itu Sultan Iskandar Muda diangkat menjadi raja
menggantikan Sultan Ali Riayat Syah. Sultan Aceh dibawah kepimpinan Sultan Iskandar
dikatakan berada pada masa kejayaan bagi Kesultanan Aceh. Puncak kejayaan perkembangan
kerajaan Aceh terjadi pada masa Sultan Iskandar Muda. Semasa pemerintahan Sultan
Iskandar Muda, ianya merupakan masa kejayaan bagi Aceh baik dari segi politik mahupun
dari segi Ekonominya. Misalnya dalam pertumbuhan ekonomi kita dapat lihat beliau telah
menerapkan sistem devaluasi iaitu penggantian mata wang. Sistem ini pada awalnya telah
48
menurunkan mata wang Aceh. Maka Sultan menerapkan devaluasi mata wang kerana ingin

menggantikan mata wang asing yang menjadi mata wang Aceh. Selain itu, kebijakan Fiskal
juga dikenakan untuk memenuhi keperluan asas golongan masyarakat yang disesuaikan
dengan kemampuan setiap golongan seperti gadaian asing dan tempatan, gadaian muslim
dan non-muslim. Ufti-ufti yang diterima oleh kerajaan pun masih dalam bentuk barang
dagangan.

Perjuangan yang telah dilakukan oleh Sultan-sultan Aceh sebelumnya cukup besar
manfaatnya bagi perkembangan Kerajaan Aceh namun mencapai puncak kejayaan pada masa
pemerintahan Sultan Iskandar Muda. Semasa pemerintahan Sultan Aceh yang pertama iaitu
Sultan Ali Mughayat Syah beliau berjuang memerdekakan Aceh atas Kerajaan Pidie,
melakukan penyerangan terhadap Portugis dan melakukan perluasan wilayah dengan
menaklukkan kerajaan Pidie, Pasai dan Daya. Kemudian ketiga kerajaan tersebut dan Wilayah
Aceh dipersatukan menjadi wilayah inti Kerajaan Aceh. Sultan berikutnya yang turut besar
perjuangannya bagi Kerajaan Aceh adalah Sultan Alauddin Riayat Syah. Semasa
kepimpinannya Kerajaan Aceh mulai menjalin hubungan kerjasama dengan kerajaan
tempatan di Nusantara mahupun kerajaan di luar kepulauan Nusantara. Bahkan kerajaan Aceh
turut menjalin hubungan kerjasama dengan Kerajaan Turki dan terus berlanjut pada
kepimpinan sultan-sultan Aceh yang berikutnya termasuk Sultan Iskandar Muda. Disamping
menjalin hubungan kerjasama beliau tidak lupa berjuang melawan bangsa Portugis yang
sudah menguasai Melaka dan melakukan banyak penaklukan untuk memperluas Wilayah
Kerajaan Aceh. Tambahan pula, pada masa kepimpinan Sultan Iskandar Muda, Kerajaan Aceh
telah mencapai kejayaannya. Hal ini kerana pada masa kepimpinannya Sultan Iskandar Muda
melanjutkan perjuangan Sultan-Sultan Aceh sebelumnya. Perjuangan yang dilakukan adalah
memperkuat armada dan angkatan perang, melakukan penaklukan wilayah, penyerangan
terhadap Portugis dan menjalin kerjasama perdagangan.

Oleh itu, melihat kembali masa kejayaan kerajaan-kerajaan besar yang ada di
Nusantara serta semangat perjuangan yang dilakukan para pemimpinnya dalam usaha
menjaga reputasinya sebagai kerajaan besar di Kepulauan Nusantara bukanlah suatu
perjuanagn yang mudah dan memerlukan proses yang Panjang. Maka dengan itu, kita tidak
dapat menafikan bahawa sebelum Kesultanan Aceh mencapai keunggulannya, pastinya
pernah melewati kegagalan sebelum menemui kejayaan. Kita tidak dapat nafikan bahawa
corak pemerintahan dan kecekapan pentadbiran yang dilakukan oleh Sultan yang memerintah
sangat menyumbang kepada kejayaan Aceh. Kesultanan Aceh mengalami keadaan pasang
surut dalam pemerintahannya dari awal lagi dan mengalami konflik semasa pertengahan
49
pemerintahan dan akhirnya mencapai puncak kejayaan semasa berada di bawah
pemerintahan Sultan Iskandar Muda sehinggakan Sultan ini merupakan Sultan yang paling
lama memerintah Kesultanan Aceh.

50
6.0 Bibliografi

Abdul Rahman Abdullah. Sejarah Dan Tamadun Asia Tenggara: Sebelum Dan Sesudah Pengaruh
Islam.

Abdul Latif Abu Bakar. Adat Melayu Serumpun: Adat bersendi Syarak. Bersendi Kitabullah. Kuala
Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Aboe Bakar. (1987). Kekayaan Atjeh (Terjemah). Amsterdam.

Achadiati. (1988). Sejarah Peradaban Manusia Zaman Majapahit. Gurta Karya. Jakarta.

Ajidar Matsyah. (2004). Sejarah Kerajaan Islam di Acheh: Kajian Faktor Perkembangan dan
Kemerosotan. jabatan Sejarah dan Tamadun Islam Bahagian Pengajian Usuluddin Akademia
Pengajian Islam Universiti Malaysia Kuala Lumpur.

A. Hasyimi Et al. (1980). Sejarah Kerajaan islam Perlak. (Kertas Kerja Seminar Sejarah Masuk dan
Berkembanganya Di Aceh Timur).

A. Hasyimi. (1983). Kebudayaan Aceh dalam Sejarah, Jakarta: Penerbit Beuna.

A. Hasyimi. (1993). Sejarah Masuk Dan Berkembangnya Islam Di Indonesia. Bandung: P.T Al-
Maari.

Akhwan Mukarrom. (2016). Sejarah Islam Indonesia I Dari Awal Islamisasi Sampai Periode
Kerajaankerajaan Islam Nusantara. Surabaya: UIN Sunan Ampel Surabaya.

A.K Jakobi. Aceh dalam perang Mempertahankan Proklamasi Kemerdekaan. Jakarta: P.T Gramedia
Pustaka Utama.

Barwise and N.J. White. (2002). A Traveller’s History of Southeast Asia. New York: Interlink
Books.

Denys Lombard. (1991). Kerajaan Aceh Jaman Iskandar Muda (1607-1636). Jakarta: Balai
Pustaka.

Denys Lombard. (2006). Kerajaan Acheh Zaman Sultan Iskandar Muda (1607-1636). KPG
(Kepustakaan Populer Gramedia) Forum Jakarta-Paris. Jakarta.
51
D. G.E. Hall. (1993). Sejarah Asia Tenggara, Surabaya: Usaha Nasional.

D. G. E. Hall. (1955). A History Of South East Asia. MacMillan Press. London.

ElikDrs. Sardiman A.M, M.pd. (2008). Sejarah 2: Program Ilmu Sosial. Yudhistira Quadra.

Fahriansah. (2017) Transaksi Ekonomi Klasik Masyarakat Aceh Vol. 1. : Analisis Kelayakan Taqnin
Hukum Ekonomi Syariah.

Hajmy. (1990). Sejarah Kebudayan Islam di Indonesia. Jakarta: Bulan Bintang.

Hajmy. (1978). 59 Tahun Acheh Merdeka Di Bawah Pemerintahan Ratu. Jakrta: Bulan Bintang.

Kumala Syah. (2012). Peperangan Kerajaan di Nusantara: Sejarah Indonesia. Jakarta.

Leonard Y.Andaya. (1987). Kerajaan Johor 1641-1728, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nila Anggraini. Kerajaan Aceh: Politik Perdagangan Pada Masa Sultan Iskandar Muda (1607-
1636). Sejarah Fakultas Ilmu Sosial Universitas Negeri Malang.

Marwati Djoened Poesponegoro dan Nugroho Notosusanto. (1984). Sejarah Nasional Indonesia
III, Jakarta: Balai Pustaka.

Maspero Georges. (2002). The Champa Kingdom. The History of an Extinct Vietnamese Culture.
White Lotus Press.

M. C.Ricklefs. (1994). A History of Modern Indonesia Since: 100, 2nd ed. Stanford: Stanford
University Press.

M. H. Zainuddin. (1961). Tarich Atjeh dan Nusantara. Medan: Pustaka Iskandar Muda.

M. Lah Husny. (1978). Lintasan Sejarah Peradaban dan Budaya Penduduk Melayu-Pesisir Deli
Sumatra Timur. Jakarta: Projek Penerbitan Buku Bacaan dan Sastera Indonesia dan Daerah.

52
Mohammad Said. (1981). Aceh Sepanjang Abad Jilid 1. Medan: Waspada.

Muhammad Umar. (2002). Darah dan Jiwa Acheh “Mengungkap Falsafah Hidup Masyarakat
Acheh”, Banda Acheh: Yayasan Busafat.

M Yunus Djamil. 1961. Tarich Atjeh dan Nusantara. Medan: Pustaka Iskandar Muda.

M .Arifin Amin. Kertas Kerja Seminar Sejarah Masuk dan Berkembangnya Islam di Aceh.
Indonesia.

Paul Michel Munoz. (2009). Kerajaan-Kerajaan Awal Kepulauan Indonesia dan Semenanung
Malaysia. Yogyakarta Indonesia.

Sartono Kartodirjo. (1993). Pengantar Sejarah Indonesia Baru: 1500-1900 Dari Emperium Sampai
Imperium. Jakarta: PT Gramedika Pustaka Utama.

Syarifudin Tippe. (2001). El Hurr: Nurani untuk Acheh. Pustaka Pelajar Offset. Yogyakarta.

Taufiq Abdullah (ed.). (1991). Sejarah Sosial Umat Islam Indonesia. Jakarta: Majelis Ulama
Indonesia.

Uka Tjandra Sasmitro. (1980). Proses Kedatangan Islam dan Munculnya Kerajaan-Kerajaan Islam
di Acheh, (Kertas Kerja Seminar Sejarah Masuk dan Berkembanganya Islam di Aceh
Nusantara, di Aceh Timur).

Yahya Harun. (1995). Kerajaan Islam Nusantara Abad XVI dan XVII .(Yogyakarta: Kurnia Kalam
Sejahtera).

Yusuf dan Mundzifin. (2006). Sejarah Peradaban Islam di Indonesia. Yogyakarta: Pustaka.

Zakaria Ahmad. (1972). Sekitar Kerajaan Atjeh Darussalam dalam tahun 1520-1675. Medan:
Penerbit Monora.

Zuliskandar Ramli. (2008). Empayar Melayu: Perkembangan Sejarah. Organisasi Sosial dan
Pentadbiran. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.

53
Jurnal dan Artikel
A Matsyah, Kerajaan Islam Yang Pernah Muncul Di Aceh, diakses daripada
http://studentsrepo.um.edu.my/1213/6/BAB_3.pdf.

Ibrahim Chalid. Sejarah Aceh. Antara Damai Dan Perang Memaknai Indonesia*. diakses daripada
http://repository.unimal.ac.id/1475/1/Sejarah%20Aceh%2C%20Antara%20damai%20dan%
20Perang%20memaknai%20%20Indonesia%20pdf.pdf.

Ita Syamsitah Ahyat. Wanita Muslimah Dalam Kepemimpinan Pemerintah Dulu Dan Sekarang:
Kasus Penguasa Kesultanan Aceh dan Penguasa Republik Indonesia (R.I)Ke-V. Diakses
daripada https://multikulturalui.files.wordpress.com/2013/05/prosiding-simg-ui-2012-jilid-1-
22.pdf.

Johari Talib et.al, Tun Sri Lanang : Dari Istana Batu Sawar Ke Naggaroe Acheh Darussalam,
diakses daripada http://journalarticle.ukm.my/10402/1/18103-51378-1-SM.pdf.

Samuar S, Ekspansi Kerajaan Darussalam Terhadap Kerajaan Pidier, diakses daripada


https://repository.ar-raniry.ac.id/3941/1/Samsuar%20S.pdf.

Shah Rul Anuar Nordin. Impak Dakwah Kitab aj Al - Salatin Kepada Masyarakat Melayu Di Aceh.
Diakses daripada Aceh, http://www.ukm.my/rsde/wp-content/uploads/2014/11/11-perkim-
warga-asing.pdf.

54
7.0 LAMPIRAN

Lampiran 1: Peta Kerajaan Aceh

Lampiran2: Kerajaan Aceh lama

55
Lampiran 3: Gambaran Istana Kerajaan Aceh

Lampiran 4: Islam Ke Asia Tenggara

56
Lampiran 5: Kehidupan Budaya Masyarakat Aceh

57
Lampiran 6: Mata Wang Kerajaan Aceh

Mata Wang Abad Ke-15

58
Lampiran 7: Kolonisasi di Aceh

Voc

59
60

Vous aimerez peut-être aussi