Vous êtes sur la page 1sur 2

Lantik Pegawai Perhubungan Sekolah

hantar laporan berkala

ACRYL Sani Abdullah Sani (tiga dari kanan) bersama Lee Lam Thye (empat
dari kanan) menyampaikan sijil penghargaan kepada seorang peserta
program Ke Arah Komuniti Selamat di Dewan Kolej Vokasional Tengku
Ampuan Afzan, Bentong, Pahang, semalam.

24 Mei 2015 1:02 AM


BENTONG 23 Mei – Bagi mencegah penglibatan generasi muda dalam
aktiviti jenayah, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil langkah proaktif
memastikan kesemua 10,136 buah sekolah di negara ini mempunyai seorang
Pegawai Perhubungan Sekolah yang terdiri daripada pegawai polis.

Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK)


Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pegawai polis yang
dipertanggungjawabkan akan melibatkan diri secara langsung dengan
sekolah berkenaan dan menghantar laporan secara berkala.

Beliau berkata, pendekatan itu sudah dilaksanakan tetapi akan diperkasakan


dengan setiap ibu pejabat polis daerah menempatkan kakitangan sekurang-
kurangnya berpangkat sarjan di sekolah.
''Kita ingin mewujudkan sebuah masyarakat dekat dengan polis yang mana
akhirnya mereka melihat polis ini bukan sebagai musuh atau perlu ditakuti
tetapi dijadikan sebagai kawan,” katanya dalam sidang akhbar selepas majlis
perasmian penutupan Program Ke Arah Komuniti Selamat di Dewan Kolej
Vokasional Tengku Ampuan Afzan di sini hari ini.

Yang turut hadir, Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia


(MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye; Pengerusi Jawatan Kuasa Capaian Kejiranan
MCPF, Datuk Wong Pui Lam; Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk
Ahmad Tajudin Jab; Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Fatimah Ab. Ghani
dan Pengerusi MCA negeri, Datuk Hoh Khai Mun.

Menurut Acryl Sani, menerusi pelaksanaan program itu, setiap pegawai


terlibat perlu membuat lawatan dan menjalinkan kerjasama dengan
pengurusan sekolah bagi mencegah aktiviti jenayah.

Dalam memastikan keberkesanan program tersebut juga, katanya, tumpuan


diberikan kepada pelajar dikenal pasti bermasalah dan tidak dapat
menyesuaikan diri dengan masyarakat serta ketinggalan dalam akademik.

Tambah beliau, pelaksanaan program itu dilihat amat signifikan dan tepat
ketika berhadapan dengan pelbagai cabaran semasa yang boleh
mempengaruhi golongan muda terlibat dalam aktiviti jenayah.

“Respon diterima setakat ini amat positif apabila mendapat sambutan baik
daripada setiap sekolah dan pelajar dilihat lebih responsif dan mengetahui
apa yang patut mereka hindarkan,” katanya.

Sementara itu, Acryl Sani memberitahu, statistik semasa jumlah pelajar yang
terlibat dalam jenayah di negara ini menunjukkan penurunan daripada 2,483
orang pada 2013 kepada 2,073 orang tahun lalu.

Ujarnya, meskipun jumlah berkenaan menunjukkan trend penurunan dan kecil


berbanding kira-kira lima juta pelajar, perkara tersebut perlu terus diberi
perhatian dalam usaha mencegah aktiviti jenayah di negara ini.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/lantik-pegawai-


perhubungan-sekolah-hantar-laporan-berkala-1.95029#ixzz5fNaKRTFr
© Utusan Melayu (M) Bhd

Vous aimerez peut-être aussi