Vous êtes sur la page 1sur 16

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HDPS3203
LANGUAGE, LITERACY AND COMMUNICATION
SEPTEMBER 2018 SEMESTER

NAME :

MATRICULATION NO. :

IC NO. :

PHONE NO. :

E-MAIL :

PUSAT PEMBELAJARAN : OUM CAWANGAN TAWAU


ISI KANDUNGAN

BIL ISI KANDUNGAN MUKA


SURAT

01 BAHAGIAN 1 2

02 BAHAGIAN 2 9

1
BAHAGIAN 1

Rencana Ilmiah

Membaca merupakan aktiviti penting dalam kehidupan manusia. Maklumat yang diperolehi
melalui pembacaan dapat digunakan sebagai panduan dalam pelbagai aspek kehidupan mereka
(Tamam, Zamri, Nik Mohd Rahimi dan Jamaludin, 2010). Membaca adalah salah satu kemahiran
bahasa yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak supaya mereka dapat mencapai kemajuan dalam
pelajaran dan juga kehidupan mereka. Pelbagai kaedah diguna pakai oleh para pendidik dalam
mengajar kanakkanak menguasai kemahiran membaca. Naimah Yusoff (2005) menegaskan
kanakkanak pada peringkat asas belajar membaca, perlu diajar dengan kaedah yang
menyeronokkan, mengikut kesesuaian dan minat mereka bukannya secara paksaan.

Usia 4 hingga 6 tahun merupakan tahap perkembangan dan pertumbuhan yang amat baik dalam
diri kanak-kanak. Mereka pada usia ini amat berpotensi untuk menguasai banyak perkara baru
seperti kemahiran mendengar, bertutur, berimaginasi, berinteraksi serta membaca dan menulis.
Justeru itu, Akta Pendidikan 1996 telah memutuskan untuk memasukkan pendidikan prasekolah
dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan. Kurikulum Prasekolah Kebangsaan telah dilaksanakan
iaitu pada tahun 2003. Pendidikan prasekolah semakin mendapat perhatian apabila kurikulum ini
disemak semula untuk memastikan kurikulum pendidikan terhadap kanak-kanak lebih bersifat
holistic, tidak terlalu menekankan akademik dan tidak membebankan kanak-kanak yang masih
dalam proses pembesaran. Kurikulum Standard Prasekolah telah mengubah cara di mana kanak-
kanak tidak ditekankan tentang penilaian secara formal contohnya seperti penggredan.

Teori pembelajaran yang membincangkan tentang keupayaan bahasa kanak-kanak ialah Teori
Pembelajaran Kognitif oleh Jean Piaget. Beliau menyatakan bahawa kanak-kanak mempunyai
satu daya penguasaan bahasa yang bertindak melalui kaedah ujian. Piaget percaya bahasa
manusia mempunyai tahap perkembangan kognitif mengikut urutan dan beliau telah
membahagikan perkembangan kognitif ini kepada empat tahap. Ketika berusia 2 hingga 7 tahun
iaitu semasa kanak-kanak mula memasuki alam prapersekolahan, mereka berada pada tahap
praoperasi. Ketika ini komunikasi secara verbal mula dibina dalam minda kanak-kanak kerana
mereka semakin aktif dan mengalami pelbagai ujian, objek atau benda yang berada di sekitar
mereka.

2
Menurut teori kecerdasan pelbagai yang diperkenalkan oleh Howard Gardner, setiap individu
mempunyai kecerdasan yang berlainan. Menurut Howard Gardner (1983), kecerdasan adalah
kebolehan menyelesaikan masalah atau mencipta produk yang dihargai oleh sesuatu budaya.
Menurutnya setiap individu mempunyai sekurang-kurangnya tujuh kebolehan mental yang
berasingan atau bebas iaitu kecerdasan. Sehingga kini beliau mengenal pasti sembilan jenis
kecerdasan yang antaranya ialah, kecerdasan pertuturan atau linguistik, kecerdasan logikal atau
matematik, kecerdasan ‘visual’ atau ‘spatial’, kecerdasan muzikal atau irama, kecerdasan
‘bodily’ atau kinestetik, kecerdasan interpersonal, kecerdasan intrapersonal, kecerdasan
‘naturalist’ dan kecerdasan ‘existentialist’ (Zainiah Mohammed Isa 2004) dan (Johari Bin
Hassan dan Nur Aimi Binti Mohd 2008).

Bagi menerapkan kecerdasan pelbagai ini dalam kaedah mengajar membaca, guru perlu
mengetahui jenis kecerdasan yang cenderung dikuasai oleh kanak-kanak dan menyediakan
kaedah pengajaran yang berasaskan kecenderungan kanak-kanak tersebut. Perkara ini disokong
oleh kajian Spiegal (1998) dan Zainiah Mohammed Isa (2004) bahawa program literasi yang
seimbang ialah guru memilih cara dan tugasan yang sesuai untuk setiap kanak-kanak serta
fleksibel terhadap keperluan kanak-kanak.

Selain itu, kaedah membaca yang lain ialah melalui kecerdasan linguistik. Menurut Gardner
(1980) dan Zainiah Mohamamed Isa (2004), kanak-kanak yang kekuatannya terletak kepada
linguistik, kebolehan mereka adalah menggunakan bahasa untuk melahirkan idea atau pendapat
dan menghargai serta memahami bahasa yang indah. Guru boleh menggalakkan kanak-kanak
menulis buku ceritanya atau jurnalnya sendiri. kanak-kanak boleh membawa gambar atau
melukis gambar pada sehelai kertas bagi tujuan penceritaan. Guru akan menuliskan apa yang
diperkatakan oleh kanak-kanak mengenai gambar tersebut jika kanak-kanak belum boleh
menulis. Sudah tentu bahan yang dihasilkan sendiri seperti ini akan merangsang kanak-kanak
untuk belajar membaca hasil karyanya dan jika bahan tersebut dipamerkan di bilik darjah akan
menggalakkan kanak-kanak lain untuk turut membaca.

Pencapaian murid dalam penulisan dapat ditingkatkan sekiranya kemahiran pengajaran guru
adalah pelbagai. Ini kerana tahap pengajaran guru yang berkualiti dapat melahirkan hasil
pembelajaran yang berkesan. Abdul Rasid (2011) memberi pendapat yang sama bahawa
pembelajaran penulisan memerlukan guru yang berpengetahuan dalam pengajaran penulisan

3
kerana proses penulisan memerlukan murid-murid berfikir secara mendalam. Berdasarkan Pelan
Strategik Interim Kementerian Pelajaran Malaysia 2011- 2020 (2012b), kualiti guru merupakan
salah satu faktor yang diberi tumpuan bagi memastikan keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran.

Merujuk kepada penyelidikan yang terdahulu, didapati masalah kegagalan murid menguasai
kemahiran membaca juga terjadi di luar negara. Menurut Bolling (2008), masalah kegagalan
membaca menjadi semakin serius jika tiada langkah sistematik dilakukan. Elemen muzik yang
diterapkan dalam nyanyian akan menjadikan mereka aktif dan memberikan penglibatan yang
sepenuhnya. Murid-murid dapat menyebut dan mengingati perkataan melalui aktiviti nyanyian.
Murid yang lambat atau lemah dalam pelajaran berubah menjadi aktif melalui kerjasama dalam
aktiviti nyanyian.

Kajian Mielonen dan Paterson (2009) mendapati bahawa terdapat beberapa kaedah yang
digunakan dalam didik hibur dapat meningkatkan kemahiran membaca, menulis dan juga
membentuk kemahiran sosial kanak- kanak. Pengkaji menjalankan kajian ke atas dua orang
kanak-kanak yang berusia 5 tahun. Pengumpulan data bagi kajian ini adalah melalui
pemerhatian, rakaman video, temu bual, nota lapangan dan lukisan kanak-kanak. Berdasarkan
dapatan kajian, kanakkanak dapat bekomunikasi antara satu sama lain sambil menjalankan
aktiviti. Pengkaji berpendapat bahawa sekiranya guru mengimplementasikan konsep didik hibur
dalam pengajaran dan pembelajaran, kanak- kanak akan dapat membina kemahiran interaksi
sosial mereka dalam bentuk didik hibur seterusnya memberi peluang kepada mereka untuk
berkomunikasi dengan rakan sebaya secara semulajadi.

Manakala kajian dalam negara seperti yang dibuat oleh Fauziah Md. Jaafar (2011) tentang
kekerapan aktiviti didik hibur dalam kalangan kanak- kanak prasekolah dan perbezaan antara
pelaksanaan aktiviti main antara prasekolah dan KEMAS bagi daerah Kubang Pasu, Kedah.
Kajian ini melibatkan 80 orang sampel yang terdiri daripada 33 orang guru prasekolah
Kementerian Pelajaran Malaysia dan 47 orang dari guru tabika KEMAS. Beliau mendapati
bahawa guru prasekolah ada menjalankan aktiviti berbentuk didik hibur di prasekolah
berbanding guru dari tabika KEMAS. Pengkaji menggunakan soal selidik bagi mendapatkan
maklumat dan mengumpul data. Antara aktiviti didik hibur yang paling popular dijalankan oleh

4
guru ialah aktiviti main peranan. Aktiviti ini didapati mudah dilaksanakan oleh guru di dalam
kelas dan kanak- kanak akan berasakan seolah-olah mereka berada di rumah sendiri.

Aktiviti didik hibur juga membenarkan kanak-kanak memenuhi keperluan ingin tahu,
meningkatkan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran mereka. Menurut Piaget (1973) dalam
Ramlah (2013), aktiviti bermain dalam pengajaran dan pembelajaran memberi kesan ke atas
perkembangan kognitif kanak-kanak. Ia terbukti mempunyai perkaitan dengan proses pembinaan
pengetahuan melalui interaksi dan persekitarannya. Kesan didik hibur terhadap perkembangan
kognitif ini turut disokong oleh kajian Christie dan Rosko (2009) iaitu didik hibur dapat menarik
minat kanak- kanak untuk terus belajar kaedah literasi awal. Kesan terhadap perkembangan
kognitif ini turut disokong oleh kajian Fauziah (2004) dan Linah (2009), guru perlu bijak dalam
merancang rancangan pengajarannya agar dapat diterima oleh murid. Bagaimanapun, aktiviti
didik hibur yang dijalankan perlulah terancang, berstruktur, fleksibel dan memenuhi keperluaan
kognitif, psikomotor dan afektif murid.

Selain itu, kaedah pengajaran dan pembelajaran membaca kanak-kanak kini perlu berubah pada
sistem ejaan suku kata kepada sistem bacaan secara fonetik. Kaedah ini digunakan kerana
strategi pengajarannya yang lebih dinamik berbanding sistem kaedah membaca secara
tradisional.

Seterusnya, peranan persekitaran dalam membina kemahiran membaca dan menulis kanak –
kanak merupakan faktor yang penting. Kajian oleh Sharifah Nor dan Aliza (2011) mendapati,
guru perlu mempunyai pengetahuan terhadap strategi atau pendekatan berdasarkan fitrah murid-
murid. Fitrah murid-murid perlu diketahui oleh guru supaya segala hasil pembelajaran dapat
dicapai dengan cemerlang. Menurut Rohaty (2000), guru-guru prasekolah tidak boleh
menggunakan kaedah pengajaran yang sama bagi setiap murid-murid. Ini kerana setiap daripada
murid-murid prasekolah mempunyai pelbagai kebolehan dan tahap pembelajaran serta perbezaan
latar belakang sosioekonomi. Zamri (2012) berpendapat, guru perlu menggabungkan beberapa
kaedah pengajaran sebagai strategi pengajaran untuk mencapai objektif pengajaran yang
memenuhi keperluan dan kepelbagaian kebolehan murid-murid. Zamri, Nik Mohd Rahimi &
Juliawati (2009) menegaskan bahawa keberkesanan sesuatu sesi pengajaran adalah bergantung
pada sejauh mana guru-guru berjaya mencapai objektif pengajaran dalam membantu murid-
murid belajar apa yang telah diajar.

5
Dari segi kemahiran menulis pula ia adalah satu proses yang kompleks kepada kanak-kanak dan
mereka memerlukan bimbingan orang dewasa untuk menyokong pemerolehan penulisan
(Vygotsky, 1978; Mccarrier, Pinnell, & Fountas, 2000). Selain daripada membantu pengajaran
membaca, penulisan juga berperanan membantu membina kesedaran literasi murid-murid (Clay,
1991; Mahzan, 2012). Penulisan juga memerlukan pelbagai jenis kemahiran dan penyelarasan
yang sama seperti yang diperlukan oleh kemahiran membaca (Ferreiro & Teberosky, 1982;
Dyson & Freedman, 1991). Abdul Rasid (2011) berpendapat, pencapaian dan kebolehan yang
tinggi dalam kemahiran menulis dan membaca dapat meningkatkan penguasaan pembelajaran
murid dalam Bahasa Melayu dan mata pelajaran yang lain.

Oleh sebab penulisan melibatkan interaksi antara guru dan murid-murid, guru perlu memahami
aspek perkembangan mereka dengan lebih mendalam. Strategi atau amalan pengajaran perlu
sesuai dengan tahap dan keperluan perkembangan murid-murid. Guru perlu mewujudkan
pengalaman yang menyeronokkan kepada murid-murid seperti yang terkandung dalam
kurikulum standard prasekolah kebangsaan (2010). Ini kerana, tahap kesediaan murid-murid
sebelum memasuki alam persekolahan formal banyak bergantung pada pengalaman semasa di
prasekolah. Pengalaman ini adalah hasil daripada guru yang melaksanakan kurikulum dan
kurikulum berkenaan (Awang Salleh & Zamri, 2006).

Selain itu, peranan ibu bapa juga sangat penting dalam menjadikan kanak – kanak boleh
menguasai kemahiran menulis dan membaca. Ibu bapa dan ahli keluarga ialah orang yang paling
penting dalam mempengaruhi kehidupan anak-anak. Pengaruh mereka terserlah melalui
pembentukan pemikiran anak-anak tentang pendidikan, masa hadapan dan kelompok sosial.
Pengamalan literasi di awal pendidikan adalah melalui komunikasi yang melibatkan bahan
bacaan antara ibu bapa dengan anak-anak mereka. Antara kaedah terbaik dalam literasi adalah
dengan membaca sedikit demi sedikit namun dilakukan dengan lebih kerap dan perlu dilakukan
secara berterusan.

Penglibatan ibu bapa merupakan aspek penting dalam pendidikan prasekolah. Ibu bapa adalah
orang yang pertama mendidik anak-anak sebelum masuk ke prasekolah. Oleh itu adalah wajar
jika ibu bapa meneruskan penglibatan mereka untuk sama-sama mendidik anak-anak di
prasekolah. Penglibatan ibubapa dalam pendidikan mempunyai kesan yang positif kepada anak-

6
anak. Anak-anak akan merasakan pembelajaran bukan sahaja diperolehi daripada guru di sekolah
tetapi juga akan berterusan sehingga di rumah.

Kebanyakan kanak-kanak yang dibacakan buku oleh ibu bapa atau ahli keluarga sebelum mereka
memulakan alam persekolahan ternyata lebih berkembang dari segi kemahiran belajar seperti
kemahiran mendengar, memahami apa yang didengar, memiliki perbendaharaan kata yang lebih
luas, mempunyai daya imaginasi yang tinggi dan lebih memahami konsep dan apa saja yang
diajar dengan lebih mudah. Mengikut mazhab behavioris, peneguhan penting dalam
perkembangan bahasa. Menurut Skinner (1957), ibu bapa memainkan peranan yang penting
dalam menyediakan perbendaharaan kata yang betul kepada anak-anak. Ibu bapa atau penjaga
boleh membantu perkembangan bahasa kanak-kanak dengan memberi peneguhan yang sesuai
setiap kali kanak-kanak menyebut perkataan atau ayat dengan betul dan mudah difahami.

Pihak sekolah JUGA harus mempertingkatkan kualiti bahan, sumber manusia dan pedagogi bagi
membantu kanak-kanak mempertingkatkan perkembangan literasi mereka semasa berada di
sekolah. Ibu bapa juga perlu dibimbing bagi mendidik anak-anak mereka ketika berada di rumah.
Penggunaan modul literasi yang telah ditambah nilai perlu diteruskan sebagai usaha
menggalakkan penglibatan ibu bapa di rumah.

Sebagai guru prasekolah yang kreatif, guru seharusnya mampu berinovasi dengan menerima dan
mengamalkan kepelbagaian kaedah, teknik dan aktiviti dalam amalan pengajaran dan
pembelajaran penulisan. Kegagalan guru menerima dan adaptasi perubahan pendidikan
dikhuatiri akan menjarakkan lagi jurang dalam pendidikan negara. Bagi mencapai matlamat
membina pendidikan yang berkualiti, guru perlu menggunakan pendekatan yang bersesuaian
dengan perkembangan dan aras kebolehan murid-murid. Guru perlu memastikan murid-murid
prasekolah menulis setiap hari kerana peluang menulis akan mewujudkan pengalaman dalam
penulisan. Ini kerana, aktiviti menulis membentuk kemahiran dan pengalaman berbahasa kepada
murid-murid prasekolah. keluarga dan persekitaran mempunyai pengaruh yang kuat ke atas
kemahiran berbahasa, malah sokongan padu daripada ibu bapa dan guru adalah penting dalam
perkembangan bahasa kanak-kanak. Misalnya, di rumah aspek perkembangan bahasa berlaku
secara tidak langsung melalui perbualan harian antara keluarga dan rakan sebaya menerusi
ajukan percakapan serta peniruan bahasa. Di sekolah, pemerolehan bahasa diperolehi melalui

7
komunikasi antara guru dan rakan-rakan sekolah serta pembelajaran bahasa dalam mata
pelajaran contohnya Bahasa Melayu.

(1598 Patah Perkataan)

Rujukan

Awang Salleh, A.W, & Zamri, M. (2006). Tahap pengetahuan guru prasekolah tentang Teori
Vygotsky dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa kanak- kanak prasekolah. Jurnal
Akademik 2006 IPTAR 74-80.

Konsep asas penglibatan ibu bapa http://paikankb.blogspot.com/2009/05/konsep-asas-


penglibatan-ibu-bapa-dalam.html diakses pada 11 November 2018

Aktiviti membaca lantang http://cikguhijau.blogspot.com/2013/08/aktiviti-membaca-lantang-


dapat.html diakses pada 11 November 2018

Kaedah Membaca http://cikguani.blogspot.com/2013/06/ diakses pada 15 November 2018

Kementerian Pelajaran Malaysia. 2010. Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan.

8
BAHAGIAN 2

Aktiviti Membaca

Pelbagai jenis aktiviti membaca boleh dilakukan oleh guru prasekolah. Saya telah memilih
kaedah pendekatan bertema dalam merancang aktiviti membaca. Pendekatan bertema sering
digunapakai untuk memenuhi keperluan pendidikan asas dalam perkembangan kanak-kanak.
Program ini mantap dan efektif kerana menggabungjalinkan pelbagai perspektif budaya,
pengalaman dan kepakaran artistic. Pendekatan ini sesuai dengan gaya pembelajaran,
mencerminkan budaya dan minat murid serta guru. Tema bukan sahaja sebagai tajuk tetapi tema
meneroka pengalaman manusia dari segi perspektif dan seringkali boleh menimbulkan isu. Ia
merupakan kandungan maklumat dan memberi peluang kepada pelajar untuk memindahkan
maklumat kepada ilmu melalui proses individu. Terdapat tiga jenis tema dalam pendekatan itu
iaitu tema persekitaran , tema masyarakat dan tema komunikasi.

Pengajaran kemahiran yang disampaikan adalah secara berperingkat-peringkat mengikut tahap


umur kanak-kanak. Selain itu, peluang lebih terbuka untuk kanak-kanak menerokai pelbagai
bidang pengalaman melalui penglibatan yang aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Pengalaman guru dan juga pengalaman kanak-kanak perlu dititikberatkan sebelum memulakan
pengajaran bertema. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran bertema dapat membawa faedah
kepada kedua-duanya; iaitu guru dan kanak-kanak: Kanak-kanak dapat mendalami topik yang
disenaraikan. Di samping itu, kanak-kanak dapat belajar melalui pengalaman yang dilalui
sendiri.Kurikulum berdasarkan pengajaran bertema menarik dan pelbagai.

Dengan adanya tema yang menyatukan sesuatu kurikulum, program atau aktiviti, bahan
pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak dapat dipelbagaikan. Oleh itu, pendekatan bertema
membolehkan kanak-kanak melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti pengukuhan dan pengayaan,
di samping mendapat pengetahuan yang menyeluruh dan mendalam berkenaan subjek ataupun
idea utama. Guru juga tidak akan kekeringan idea bagi mencari aktiviti yang berkaitan setiap kali
merancang jadual aktiviti.

9
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Tarikh 29 Oktober 2018

Hari Isnin

Masa 30 Minit

Kelas Whale Class

Umur Kanak – Kanak 5 Tahun

Tema Rumah Saya

Bidang Pembelajaran Bentuk Rumah

Objektif Mengenali nama buah – buahan

Komponen Kemahiran Membaca

3.1 Mengenal Bentuk Huruf

Hasil Pembelajaran 3.1.1 Mengaitkan huruf dengan bentuk objek


di persekitaran.

10
Pengetahuan Sedia Ada Kanak – kanak sudah boleh mengenal bentuk
rumah

Bahan Bantu Mengajar (BBM) Kad Bergambar

Langkah / Aktiviti Pengajaran & Pembelajaran Catatan


Masa

Langkah 1 1. Guru bermesra dengan kanak – kanak dan


bertanyakan khabar.

2. Guru dan kanak – kanak menyanyikan


lagu ABC

Langkah 2 1. Guru menunjukkan kad gambar ABC dan


gambar rumah

2. Guru bertanyakan kesediaan murid untuk


melakukan aktiviti seterusnya.

Langkah 3 Aktiviti BBM : Kad bergambar

1. Guru mengajak murid berkumpul untuk


melihat aktiviti yang hendak dilakukan.

2. Guru memberi contoh terdapat bentuk


huruf yang mempunyai bentuk yang sama
dengan rumah

11
3. Guru memberi contoh huruf A = Bumbung
Rumah

4. Guru meminta murid memadankan bentuk


huruf yang terdapat pada gambar sebuah
rumah

H – Tangga

I – Tiang Rumah

Penutup 1. Beri pujian kepada kanak – kanak kerana


berjaya melakukan aktiviti.

2. Ucapkan terima kasih kepada semua


kanak-kanak dan serahkan kembali kanak-

12
kanak kepada pengasuhnya.

Aktiviti Menulis

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Tarikh 29 Oktober 2018

Hari Isnin

Masa 30 Minit

Kelas Whale Class

Umur Kanak – Kanak 5 Tahun

Tema Diri Saya

Bidang Pembelajaran Anggota Badan

Objektif Mengenali nama anggota badan

Standard Pembelajaran 1. (BM 2.17) menamakan objek di


persekitaran

13
2. ( BM 4.2.6) menyalin perkataan dengan
cara yang betul

Pengetahuan Sedia Ada Kanak – kanak sudah boleh mengenal nama


anggota badan

Bahan Bantu Mengajar (BBM) kad huruf, bahan maujud anggota badan,
Lembaran kerja

Langkah / Aktiviti Pengajaran & Pembelajaran Catatan


Masa

Langkah 1 1. Guru bermesra dengan kanak – kanak dan bertanyakan benda maujud
khabar.
- anggota
2. Guru dan kanak – kanak menyanyikan lagu ‘kepala, bahu badan
,lutut dan kaki’

Langkah 2 1. Guru menunjukkan kad gambar Anggota badan. Guru


menerangkan fungsi anggota badan.

2. Murid menyebut anggota badan dan fungsinya


contoh mata untuk melihat.

3. Guru member lembaran kerja iaitu nama anggota badan dan


murid dikehendaki mengikuti garisan putus – putus yang
terdaoat di atas lembaran kerja.

14
Penutup 1. Beri pujian kepada kanak – kanak kerana berjaya
melakukan aktiviti.

2. Ucapkan terima kasih kepada semua kanak-kanak dan


serahkan kembali kanak-kanak kepada pengasuhnya.

15

Vous aimerez peut-être aussi