Vous êtes sur la page 1sur 11

LEMBAGA PERINDUSTRIAN NANAS MALAYSIA

NEGERI PAHANG

LAPORAN KEMAJUAN PROJEK


LADANG BERSEPADU NANAS ROMPIN
(ROMPIN INTEGRATED PINEAPPLE PLANTATION – RIPP)

LATAR BELAKANG
Sektor Nanas telah dikenalpasti dan terpilih sebagai salah satu produk yang
bakal memacu pertumbuhan ekonomi di Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER).
Projek RIPP ini dilaksanakan secara kolaborasi antara Kerajaan Negeri Pahang,
LPNM dan Majlis Pembangunan Ekonomi Wilayah Paintai Timur (ECERDC) dengan
melantik Syarikat Induk dan menggunakan pendekatan pembangunan bersepadu
perladangan nanas komersial berskala besar, penggunaan teknologi moden,
penglibatan sektor swasta dan pendekatan secara menyeluruh dalam memanfaatkan
seluruh rantaian nilai di dalam industri nanas.

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Pahang telah meluluskan tanah


seluas 5,000 ekar (2,023.47 hektar) pada 7 September 2009 untuk projek RIPP ini
dengan pembahagian 1,500 ekar (607.04 hektar) kepada LPNM dan 3,500 ekar
(1,416.43 hektar) kepada Perbadanan Setiausaha Kerajaan Pahang (PSK). Namun
berikutan dengan kekangan isu orang asli, projek RIPP hanya dibangunkan di atas
tanah LPNM sebagai fasa pertama dan keluasan sebenar tanah yang telah diberi
hakmilik sementara kepada LPNM adalah 1,421.45 ekar (575.24 hektar) pada 18
September 2013.

Pada 2 Jun, 2011 LPNM telah menandatangani dokumen perjanjian


“Implementation and Development of the Rompin Intergrated Pineapple Project in
Pahang Darul Makmur” antara LPNM, ECERDC dan PSK. Pelaksanaan projek ini
akan sentiasa dipantau di bawah Rompin Pineapple Plantation Implementation
Committee (RIPPIC) yang keanggotaannya utama adalah terdiri daripada ECERDC,
LPNM dan Kerajaan Negeri Pahang. Selain itu, RIPPIC berfungsi juga sebagai
penasihat dalam pelaksanan, pembangunan dan operasi projek RIPP. Rajah 1 di
bawah adalah carta alir model perniagaan bagi projek RIPP ini.
1 / 11
Rajah 1. Model Perniagaan Projek RIPP

MAKLUMAT LOKASI
Lokasi projek yang telah dipilih adalah berdekatan perkampungan masyarakat
asli di Kampung Tanam, Rompin, Pahang (HSD 4801, No. PT 6957) dengan koordinat
lokasi ialah Latitude 2.886425 dan Longitude 103.269409. Kedudukan lokasi projek
ini juga adalah diantara dua (2) pusat bandar utama di Daerah Rompin iaitu 41 km
daripada Kuala Rompin dan 34 km daripada Muadzam Shah.

Gambar 1. Jarak Lokasi Projek RIPP dengan dua (2) Pusat Bandar di daerah
Rompin

2 / 11
PEMBANGUNAN DI ATAS TANAH LPNM
Pembangunan infrastruktur dan penyediaan kawasan penanaman telah
dibangunkan oleh pihak ECERDC seperti bangunan pusat operasi, pusat komuniti dan
jalan utama ladang. Projek ini dibangunkan bermula pada 11 Oktober 2010 dan telah
diserah milik kepada LPNM pada 26 Ogos 2015.

Gambar 2. Infrastruktur yang telah disedaikan oleh ECERDC

Pecahan pembahagian pembangunan di atas tanah LPNM adalah seperti berikut:

Bil. Bahagian Keluasan (hektar)


1. Kawasan penanaman Syarikat Induk 300
2. Kawasan penanaman Koperasi Orang Asli 100
Kampung Tanam Berhad
3. Kawasan penanaman Peladang Kontrak 80
4. Pembangunan infrastruktur 20
5. Tidak dibangunkan 174.24
JUMLAH 575.24
Jadual 1. Pembahagian Pembanguan Kawasan Atas Tanah LPNM

3 / 11
Gambar 3. Gambaran Pembahagian Kawasan Atas Tanah LPNM

PERANAN DAN TANGGUNJAWAB LPNM


Berikut adalah peranan dan tanggungjawab LPNM di dalam pelaksanaan projek ini:
1. Bertindak sebagai Agensi Pelaksana (Implementing Agency);
2. Menyediakan dan menempatkan kakitangan yang mencukupi untuk menjadi
sebagai pemudahcara projek dan membantu para peserta untuk menguruskan
projek;
3. Memajak dan membenarkan Syarikat Induk membangunkan tanaman nanas di
tanah LPNM;
4. Menyalurkan bantuan input pertanian melalui “Skim Bantuan Kewangan Untuk
Pekebun Kecil” Kepada Peladang Kontrak / Koperasi Orang Asli;
5. Bertanggungjawab dalam penyelenggaraan bangunan-bangunan utama,
infrastruktur dan utiliti yang dibina oleh ECERDC di dalam kawasan projek;
6. Menyediakan perkhidmatan sokongan teknikal termasuk menyediakan khidmat
kepakaran, khidmat teknikal dan khidmat teknologi kepada Syarikat Induk,
Perladangan Kontrak dan peserta bagi tujuan memudahkan perlaksanaan
operasi dan pengurusan projek;
7. Membantu Syarikat Induk dalam pengkomersialan produk termasuk
memudahkan permohonan import dan eksport, permit bagi penjualan dan
pembelian produk;
8. Menangani dan menyelesaikan semua isu-isu pembangunan operasi;

4 / 11
9. Sebagai wakil bagi pihak ECERDC untuk mengurus, memantau dan
memastikan bahawa prestasi Syarikat Induk dan Peladang Kontrak pada setiap
masa hendaklah mengikut SOP sepertimana yang dibangunkan oleh Syarikat
Induk dan diluluskan oleh ECERDC untuk melaksanakan operasi projek dan
mematuhi undang-undang, peraturan dan garis panduan yang mungkin relevan
dan terpakai kepada projek dari masa ke semasa;
10. Membuat pelaporan secara berkala kepada RIPPIC berkaitan kemajuan
pelaksanaan dan prestasi kemajuan Syarikat Induk dan Peladang Kontrak
terhadap projek yang dijalankan dan memberi apa-apa maklumat atau
dokumen yang diperlukan oleh RIPPIC; dan
11. Mengurus dan mengendalikan program bimbingan dan latihan kepada
Peladang Kontrak dan peserta serta mana-mana pihak yang terlibat dalam
projek.

PELANTIKAN SYARIKAT INDUK, KOPERASI DAN PESERTA PELADANG


KONTRAK
ECERDC telah memilih dan melantik Rompin Integrated Pineapple Industries
Sdn. Bhd. (RIPI) pada 6 Mac 2013 melalui proses tender terbuka. Agrovery Sdn.
Bhd., pemegang saham utama RIPI adalah juga syarikat berstatus Bionexus.
Jenama “Rompine” ketika ini telahpun menembusi pasaran Jepun apabila ekspot
pertama ke Kobe telah dibuat pada awal Mac 2016.

Pelantikan Koperasi Orang Asli Kampung Tanam Berhad adalah untuk


perkongsian limpahan hasil daripada pelaksanaan projek ini kepada masyarakat
orang asli Kampung Tanam dengan pemberian dividen kepada setiap ahli. Jumlah
keahlian koperasi adalah seramai 88 orang yang mewakili ahli keluarga mereka serta
projek dapat memberi peluang pekerjaan kepada mereka.

Manakala pelantikan Peladang kontrak adalah melalui tawaran terbuka kepada


pengusaha pertanian dan syarikat tempatan untuk turut sama terlibat dalam
pelaksanaan projek ini. Kaedah pemilihan peserta dibuat adalah secara temuduga
dengan jawatankuasa temuduga terdiri daripada ECERDC, LPNM, Kerajaan Negeri
dan Syarikat Induk. Antara syarat-syarat pemilihan tersebut adalah memiliki
pengalaman dalam bidang pertanian dan mempunyai modal yang kukuh melalui
5 / 11
penyata akaun bank syarikat atau individu yang perlu disertakan dalam kertas kerja
permohonan projek ini. Setiap peserta Peladang Kontrak akan diperuntukan kawasan
penanaman seluas 10 ekar (4 hektar) dan bilangan sasaran Peladang Kontrak adalah
20 peserta. Peladang Kontrak telah dilantik serta diserah kawasan pada 27 Ogos 2014
bagi fasa pertama berjumlah 5 peserta dan pada 5 Ogos 2015 bagi pemilihan fasa
kedua berjumlah 15 peserta. Jadual 2 dan Jadual 3 di bawah adalah senarai peserta
Peladang Kontrak yang telah dipilih.

Bil. Peserta Peladang Kontrak No. Plot


(Nama Pengurus)
1. Pertubuhan Peladang Kawasan Pekan 02
2. Pertubuhan Peladang Kawasan Rompin 03
WKN Construction Sdn. Bhd.
3. 17
(YB. Dato' Wan Kadri Bin Wan Mahusain)
Golden Glory Farm Sdn. Bhd.
4. 18
(En. Samim Bin Salimullah)
Sumber Anak Bumi Sdn. Bhd.
5. 19
(En. Othman Bin Gudeh)

Jadual 2. Senarai Peladang Kontrak Fasa Pertama pada 27 Ogos 2014

Bil. Peserta Peladang Kontrak No. Plot


1. Jalur Cahaya 01
(En.Johar A/L Jainal)
2. Gagasan Management Sdn Bhd 04
(En. Zailan Bin Sudin)
3. Mutiara Bebar Enterprise 05
(En.Hanafia Bin Sidek)
4. Skh Bina Ent Sdn Bhd 06
(Cik Nur Aina Mardhiah Binti Abdul
Hamid)
5. Ceria Tulen Sdn Bhd 07
(Pn.Normaziah Binti Ab.Wahab)
6. MJM Pioneer Enterprise 08
(Mohd Johari Bin Mashruddin)

6 / 11
7. Wawa Global Trade Sdn. Bhd. 09
(Ybhg. Dato' Jalaluddin Bin Deli)
8. Kejuruteraan Irsah 10
(En.Ismail Bin Taib)
9. Selasih Padu Enterprise 11
(En. Mahizan Bin Mat Isa)
10. Peneraju Bersatu Trading 12
(Pn. Marini Binti Muda)
11. Mat & Kok Kin Trading 13
(En.Mat Zami A/L Ni)
12. BSSD Management Sdn Bhd 14
En. Abu Bakar Bin Mohd Sidek
13. Koperasi Alumni Rancangan Khas 15
Sekolah Menengah Air Putih Kuantan
(Koarksmap Ktn) Bhd.
14. Agricultural Foundary 16
(Cik Shartolaella Binti Soffian)
15. Fresh Fruit Variety 20
Pn. Rohana A/P Jainal

Jadual 3. Senarai Peladang Kontrak Fasa Kedua pada 5 Ogos 2015

KEMAJUAN PELAKSANAAN PENANAMAN NANAS


Varieti nanas yang telah dipersetujui bersama di peringkat RIPPIC untuk
dimajukan adalah nanas MD2. Pemilihan nanas MD2 ini adalah antara buah-buahan
yang disenaraikan sebagai pasaran premium dan merupakan permintaan utama bagi
pasaran eksport. Projek ini telah dimulakan pada Mac 2013 oleh Syarikat Induk.
Kemajuan penanaman keseluruhan semasa sehingga 8 Februari 2018 ialah seluas
1,029.22 ekar (416.52 hektar). Gambar 4 di bawah menunjukkan gambaran pelan
penanaman.

7 / 11
Gambar 4. Gambaran Pelan Penanaman Semasa

Jadual 4. Kemajuan Pelaksanaan Penanaman Nanas MD2

Merujuk kepada Jadual 4 di atas, LPNM telah menerima peruntukan daripada


NKEA di bawah program EPP#7 berjumlah RM 15 juta untuk membantu peserta di
dalam projek ini dengan memberi insentif bekalan benih nanas MD2 hanya kepada 20
Peladang Kontrak yang telah dipilih dan kepada Koperasi Orang Asli Kampung Tanam
Berhad di mana setiap ekar diperuntukan 20,000 sulur nanas MD2.

8 / 11
Manakala bagi sumber bahan tanaman Syarikat Induk (syarikat RIPI) adalah
menjadi tanggungjawab syarikat sendiri untuk mendapatkan sumber tersebut. Sumber
benih yang telah diperolehi dan bertanam oleh syarikat RIPI adalah daripada Agrovery
Sdn. Bhd. yang dibangunakan secara tisu didik (tissue culture).

Jumlah keseluruhan benih yang bertanam di RIPP adalah sebanyak


24,991,992 benih nanas MD2 dan daripada jumlah keseluruhan tersebut LPNM telah
membekalkan benih nanas MD2 berjumlah 5,786,137 benih.

Pembelanjaan bagi bekalan benih nanas MD2 berakhir pada 30 Ogos 2017
adalah seperti pada Jadual 5 di bawah.

PERUNTUKAN PEMBELANJAAN BAKI MASIH ADA


(RM) BERSIH (RM)
(RM)
15,000,000.00 12,032,389.16 2,967,610.84

Jadual 5. Pembelanjaan Peruntukan #EPP7 Membekalkan Benih Nanas MD2


Sehingga 30 Ogos 2017

Gambar 5. Penanaman di Kawasan Syarikat Induk (RIPI)

9 / 11
Gambar 6. Kawasan Penanaman Koperasi Orang Asli Kg. Tanam Bhd.

Gambar . Antara Kawasan Penanaman Peserta Peladang Kontrak

PENGELUARA HASIL DAN EKSPORT


Pengeluaran hasil pertama buah nanas MD2 bagi projek RIPP adalah pada
Januari 2015 oleh syarikat RIPI. Jadual 6 berikut adalah jumlah pengeluaran hasil
dan jualan secara kumulatif yang telah diselenggarakan oleh syarikat RIPI di pusat
pengumpulan sehingga Oktober 2017. Jadual 7 pula menunjukkan jumlah berat yang
telah dikeluarkan untuk eksport oleh syarikat RIPI bermula daru Mac 2016 sehingga
Oktober 2017.
Bil. Tahun Berat (mt) Bil. Buah Nilai (RM)
1 Januari hingga Ogos 2015 255.80 230,527 291,037.54
2 Mac hingga Disember 2016 1,133.13 1,032,071 672,998.37
3 Januari hingga Oktober 2017 1,919.25 1,953,949 978,235.64
JUMLAH 3,308.18 3,216,547 1,942,271.55

Jadual 6. Pengeluaran Hasil Kumulatif Sehingga Oktober 2017

10 / 11
Negara Berat (mt)

Jepun 1,188.74
Korea Selatan 26.16
Timur Tengah 36.14
China 35.25
JUMLAH 1,286.29

Jadual 7. Jumlah Berat Pengeluaran Untuk Pasaran Eksport Dari Mac 2016
Sehingga Oktober 2017 Oleh Syarikat RIPI

Disediakan Oleh:

Helmi Bin Mohd Salleh


Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi
Update: 8 Februari 2018

11 / 11

Vous aimerez peut-être aussi