Vous êtes sur la page 1sur 12

PERKARA MUKA SURAT

PENGHARGAAN 2

PENGENALAN 3-4

KONSEP ASAS TEORI DIGUNAKAN DALAM KAJIAN 5-8

KESIMPULAN 8-9

RUJUKAN 10
PENGHARGAAN

Segala puji bagi Allah S.W.T Tuhan yang mencipta alam semesta. Selawat dan salam
ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, keluarga dan para sahabat baginda. Saya
amat bersyukur kepada Allah di atas hidayah dan pertolongan-Nya, tugasan bagi kursus ini
diharapkan dapat disempurnakan sepenuhnya dengan cemerlangnya. Dalam kesempatan ini,
kami ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat
sepanjang menjayakan tugasan ini. Sesungguhnya, tugasan ini banyak memberi manfaat
kepada diri saya dan berharap agar ia dijadikan salah satu sumber rujukan penuntut yang lain.
Sememangnya tugasan ini dapat menambah pengetahuan serta memperkukuhkan kemahiran
menghasilkan manfaat kepada semua pihak dalam menjaga keamanan di muka bumi ini.
Semoga Allah S.W.T memberkati usaha murni ini dalam meneroka dunia ilmu tanpa sempadan.
PINJAMAN WANG TIDAK BERLESEN DI KALANGAN MASYARAKAT MELAYU

Apakah dikatakan pinjaman wang tidak berlesen? Penulis menjelaskan ianya mudah
dikenali sebagai Along atau ‘Ah Long’ adalah terma yang merujuk kepada syarikat pinjaman
wang yang tidak berlesen. Kebiasaannya, mereka yang terikat dengan pinjaman Along adalah
daripada golongan yang berpendapatan rendah atau yang benar-benar terdesak dan
memerlukan wang tunai dengan segera. Situasi ini terjadi kerana pinjaman Along adalah lebih
mudah, ringkas dan kebiasaannya tidak memerlukan sebarang pemeriksaan kredit berbanding
dengan pinjaman bank atau syarikat pinjaman wang yang berlesen. Walaupun tidak berlesen,
iklan-iklan poster tentang pinjaman Along boleh dijumpai di mana-mana sahaja bagi menarik
perhatian orang ramai dalam membuat pinjaman terhadap mereka dengan mudah dan cepat
tanpa permasalahan terutama masyarakat pada masa kini yang amat membimbangkan semua
pihak. Pinjaman wang tanpa berlesen didatangkan dengan faedah yang menarik tetapi berisiko
yang tinggi. Ramai yang memandang rendah terhadap risiko meminjam wang daripada Along.
Mereka berpendapat bahawa selagi jumlah wang yang dipinjam adalah kecil dan dibayar dalam
tempoh sesingkat yang mungkin, urusan pinjaman wang daripada Along boleh berjalan dengan
lancar tanpa sebarang masalah.

Menurut Kamus Bahasa Melayu Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), ah long bermaksud
orang yang memberikan pinjaman wang secara haram dan mengenakan kadar faedah sangat
tinggi serta biasanya bertindak ganas sekiranya si peminjam gagal membayar pinjaman yang
telah dibuat. Berasal daripada perkataan bahasa Kantonis yang membawa maksud naga lalu
disinonimkan sebagai ceti haram di negara ini. Kegiatan ah long di negara ini bukan sahaja
memberi ancaman kepada peminjam tetapi turut terkena tempias bahananya ialah keselamatan
ahli keluarga mangsa, sekali gus mengugat keamanan negara. Hal demikian dibuktikan
menerusi liputan berita yang berkaitan isu ah long di mana terdapat peminjam dibunuh secara
kejam, didera, dimalukan dan sebagainya walaupun mangsa hampir berjaya melunaskan
hutang. Meskipun masyarakat telah acap kali dipasakkan dengan bahaya jebakan ah long ini,
sayangnya ia bagai tidak mampu menyedarkan masyarakat kita, terutamanya dalam kalangan
orang Melayu. Tambah menyedihkan apabila umat Islam negara ini nturut meminjam dengan
ah long. Sedangkan ceti haram itu menjalankan urus niaga bertentangan dengan syariat Islam
selain mempunyai unsur penindasan. Penulis telah merujuk kepada Statistik ini amat
membimbangkan pelbagai pihak termasuk Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) kerana
pihaknya menerima aduan di antara 70 hingga 80 kes pada setiap bulan.
Sehubungan itu, Mega Utusan Malaysia mendedahkan beberapa kisah peminjam ah long
dalam mengetahui apakah punca mereka berbuat demikian selain diajukan soalan kepada
pihak bertanggungjawab berkaitan permasalahan berkenaan. Golongan yang majaroti
meminjam dari ah long bukan sahaja terdiri daripada golongan kurang kemampuan, tetapi juga
melibatkan ahli perniagaan, profesional, para pelajar dan sebagainya yang akhirnya
meranapkan kehidupan mereka sendiri.

golongan masyarakat yang tidak dapat melunaskan pembayaran didapati akan mengalami
gangguan oleh pihak Along tersebut. Setiap hari sering didengari berita berkaitan permasalahan
tersebut yang menjadi jadi terutama masyarakat melayu pada masa kini.

Penulis menjelaskan bahawa kejadian ah long yang bertindak ganas dengan mengurung dan
merantai tiga peminjam seperti binatang di sebuah rumah kedai di Taman Perindustrian Bukit
Serdang pada Mei lalu sememangnya telah membuka mata banyak pihak tentang betapa
bahayanya kegiatan ah long. Tindakan di luar perikemanusiaan oleh ah long ini seharusnya
mampu menyedarkan masyarakat bahawa jika tidak di kawal, kegiatan mereka ini akan
menggugat keamanan serta memporak perandakan institusi masyarakat.

Dalam kejadian tersebut mangsa hanya dibekalkan dengan sebuku roti untuk setiap dua
minggu dan terpaksa minum air paip dalam bilik kecil yang dilengkapi tandas itu. Malah, mereka
turut dijadikan seperti hamba apabila dirotan jika cuba merayu, membuat bising atau
meninggikan suara. Wang yang dipinjam cuma di antara RM1,500 dan RM4,000 sahaja.
Walaupun jumlah hutang itu sedikit, mangsa akan diperlakukan dengan zalim di mana mereka
dikurung dan dirantai selain ditambah dengan pelbagai penyeksaan lain yang tidak pernah kita
dengar sebelum ini.

Ini menunjukkan golongan ah long kini semakin berani melaksanakan hukuman sendiri, walhal
hukuman itu sebenarnya tidak setimpal dengan kesalahan kegagalan membayar jumlah hutang
tersebut.

Perdana Menteri YAB Datuk Seri Najib Tun Razak yang terkejut dengan pendedahan
kekejaman ah long ke atas peminjam mereka, mengarahkan pihak berkuasa bertindak segera
ke atas kumpulan ceti haram tersebut.

Sehubungan itu Perdana Menteri mengingatkan orang ramai supaya menjadikan peristiwa ah
long merantai leher dan kaki tiga mangsa mereka yang dilaporkan meluas di akhbar-akhbar
tempatan hari ini sebagai satu iktibar.

Orang ramai juga telah sedia maklum bahawa kewujudan ah long ini bukanlah satu perkara
baru dan boleh mengakibatkan kezaliman. Di mana silapnya sehingga kekejaman ah long
seperti ini boleh terjadi? Mengapa masih ramai yang yakin dengan pinjaman dari ah long.?

Kenapa masih ada masyarakat yang sanggup berurusan dengan ah long, sedangkan mereka
tahu kesan dan risiko yang bakal dihadapi bukan sahaja diri sendiri, malah ahli keluarganya jika
gagal melunaskan hutang.

Pinjaman Wang Berlesen

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan mengeluarkan kenyataan bahawa pihaknya


tidak pernah mengiktiraf kewujudan ah long dengan mengeluarkan permit kebenaran memberi
pinjaman. Orang ramai perlu menggunakan medium yang dibenarkan seperti bank, koperasi
dan juga Pemberi Pinjaman Wang Berlesen (PPWB) yang berada di bawah kelolaan
Kementerian. Ini bagi mengelakkan sebarang musibah yang tidak diingini dari kegiatan ah long.
Sepatutnya, kita lebih percaya kepada institusi kewangan berlesen yang dibenarkan oleh
kerajaan untuk menyelesaikan beban hutang.

Banyak skim pinjaman yang diwujudkan oleh bank-bank tempatan. Namun, semakin banyak
skim yang ada, semakin banyak juga rakyat kita yang lebih tertarik kepada ah long.

Hal ini juga perlu diberi perhatian. Kenapa orang lebih suka meminjam dengan ah long dan
tidak dengan bank. Adakah begitu banyak prosedur yang perlu dipenuhi jika ingin meminjam
daripada bank.
Kemerosotan Ekonomi
Ah long mengambil kesempatan dari kemerosotan ekonomi yang melanda negara dan seluruh
dunia untuk menarik lebih ramai mangsa untuk berhutang dengan mereka. Kegiatan ah long di
Malaysia sudah wujud sejak sekian lama tetapi mereka kini semakin berani bertindak di luar
batasan,

Sikap masyarakat sendiri yang masih percaya dan sanggup meminjam wang dengan ah long
menyebabkan gejala ini tidak dapat diatasi sepenuhnya.

Adalah tidak dinafikan mereka yang terdesak dan mengalami masalah kewangan sering hilang
pertimbangan untuk berfikir, sehingga ada yang sanggup mempertaruhkan nyawa dan
keselamatan mereka.

Jalan paling mudah dan cepat bagi mereka yang bermasalah ialah menghubungi mana-mana
nombor syarikat pinjaman ini (yang kononnya berlesen) untuk menyelesaikan masalah
kewangan yang dihadapi.

Untuk mencari ah long ini pula bukannya susah, malah mereka kini semakin senang
dihubungi apabila nombor-nombor ah long begitu mudah diperolehi menerusi poster, kain
rentang dan kad edaran di mana-mana jua ketika ini.

Kekejaman ah long

Bukannya masyarakat kita tidak tahu kekejaman yang dilakukan oleh ah long selama ini,
sekiranya hutang gagal dilunaskan dalam tempoh yang ditetapkan. Masyarakat sebenarnya
tahu tetapi mereka mengambil sikap seolah-olah tidak tahu kesannya dan terus meminjam
daripada ah long.

Sering kali berita-berita mengenai kesengsaraan yang dihadapi mangsa ah long dipaparkan
oleh media massa, namun budaya meminta tolong daripada ah long ini masih berlaku. Masalah
ini bukan melibatkan satu kaum tertentu sahaja tetapi semua kaum yang mempunyai masalah
kesempitan kewangan. Ah long juga bertindak di luar batas kemanusiaan dengan melakukan
jenayah kekerasan terhadap mangsa.

Mereka mewujudkan lokap tahanan sendiri, menghukum mangsa-mangsa itu sesuka hati
dengan hukuman tidak sepatutnya dilakukan kepada manusia bertamadun pada zaman ini.

Tanggapan /Kemudahan pinjaman ah long

• Ah long tidak meminta banyak dokumen ketika permohonan untuk membuat pinjaman.
Pinjaman melaluinya hanya memerlukan kad pengenalan dan buku bank. Ini sudah
memadai dan mencukupi syarat pinjaman dan dalam masa yang singkat wang berpindah
tangan kepada peminjam.

• Oleh kerana keperluan mendapatkan wang lebih mendesak, maka si peminjam tidak
menghiraukan syarat-syarat lain termasuk yang boleh mengancam nyawa mereka.

• Perniagaan yang ingin diceburi itu diyakini mempunyai prospek yang cerah. Sudah tentu tiada
kebimbangan tentang keupayaan membayar balik pinjaman.

• Kajian pihak polis menunjukkan bahawa kebanyakan mereka yang terlibat dengan pinjaman
ini menjalankan kegiatan jenayah termasuk pengedaran dadah, pelacuran dan perjudian.

• Terdapat beberapa syarikat peminjam wang berlesen kini terlibat dalam kegiatan ah long.

• Peminjam-peminjam yang mempunyai rekod bayaran balik yang baik, akan ditatang macam
minyak yang penuh kerana ah long akan mendapat keuntungan daripada peminjam jenis ini.
Biasanya terdiri daripada kalangan peniaga termasuk kontraktor.

• Banyak projek pembangunan berjalan rancak kerana pemajunya membuat pinjaman dengan
ah long. Malah kebanyakan projek kecil yang berjaya disiapkan dengan cepat disebabkan
pemajunya mendapat pinjaman daripada "ceti haram" tersebut.

Modus Operandi ah long

• Modus operandi sindiket itu ialah dengan mengurung mangsa sekiranya gagal membayar
hutang sehinggalah ahli keluarga mereka melunaskannya.

• Kebanyakan peminjam terdiri daripada peniaga kecil dan juga kaki judi . Setiap pinjaman
dikenakan bunga yang tinggi dan peminjam pula dikehendaki membayar semula secara harian
ataupun dalam tempoh tertentu. Kalau tersangkut, maka semakin tinggi bunga pinjaman itu.

• Keuntungan perniagaan pinjaman wang akan mempelbagaikan rangkaian kegiatan haram


mereka termasuk perjudian, pelacuran, vcd cetak rompak, nombor ekor dan banyak lagi.

• Cara mereka berkembang bermula dari kecil-kecilan akhirnya mereka mampu menjadi
organisasi yang besar. Peminjam wang bukan sahaja terdiri daripada peniaga kecil atau kaki
judi tetapi juga di kalangan profesional dan syarikat besar.

• Pinjaman haram yang dikendalikan golongan ah long kini dikatakan semakin berani apabila
mereka menggunakan beberapa laman web yang diwujudkan khas untuk mencari mangsa.
Kumpulan ah long kini turut mengiklankan laman web mereka itu dalam akhbar berbahasa Cina
di negara ini. Penggunaan laman web ini merupakan taktik terbaru digunakan oleh ah long
untuk mengumpan mangsa.

Cadangan dan Tindakan Kerajaan

• Kementerian Dalam Negeri akan berterusan membanteras kegiatan Ah Long dan


melancarkan tindakan bersepadu yang melibatkan aktiviti kempen dan publisiti serta
penguatkuasaan undang-undang. Tindakan bersepadu itu melibatkan KDN, Kementerian
Kewangan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kementerian Penerangan,
Komunikasi, dan Kebudayaan, Polis Diraja Malaysia, Majlis Keselamatan Negara serta
Suruhanjaya Multimedia.
• Mesyuarat Pasukan Khas Mencegah Ceti Haram yang diadakan pada 28 Disember 2006 telah
mewujudkan persefahaman di antara pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian
Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Kedua pihak telah bersetuju supaya KPKT
memberi tumpuan ke atas Penguatkuasa Pemberi Pinjam Wang Berlesen sahaja manakala
pihak PDRM menjalankan penguatkuasaan ke atas ah long yang kegiatannya lebih berbentuk
jenayah.

• Penyebaran maklumat mengenai keganasan ah long akan diperluaskan melalui media massa
supaya orang awam mengetahui kesan buruk meminjam daripada ah long.

• Kerajaan melalui agensi-agensi seperti Mara, Tekun dan banyak agensi lain sememangnya
sentiasa membuka peluang kepada usahawan kecil Bumiputera bagi mendapatkan pembiayaan
modal tambahan bagi meningkatkan perniagaan yang dijalankan bagi mengelakkan usahawan
kecil membuat pinjaman dari ah long.

• Kerajaan akan menarik balik lesen syarikat pinjaman kredit berdaftar yang didapati terbabit
dalam kegiatan ah long atau ceti haram.

• Operasi pembersihan iklan pinjaman ah long yang turut dilakukan serentak di seluruh Ibu
Pejabat Polis Daerah memberi isyarat kepada kumpulan ah long supaya menghentikan
kegiatan mereka. Ini juga bertujuan mendidik masyarakat supaya tidak membuat pinjaman
dengan pihak terbabit.

CADANGAN
• Kerajaan juga akan meminta pihak-pihak terbabit meneruskan usaha memberi motivasi dan
kesedaran khususnya kepada usahawan dan bakal usahawan Bumiputera agar tidak mudah
terpengaruh dengan pinjaman ah long untuk membuka premis dan meluaskan perniagaan
mereka.

• Salah satu kaedah lain yang perlu disegerakan adalah dengan memudahkan skim pinjaman
dengan sistem bayaran balik yang tidak membebankan para peminjam.
• CUEPACS hari ini menggesa institusi kewangan menyediakan peruntukan khas bagi memberi
pinjaman peribadi kepada petugas awam yang terperangkap dengan pinjaman wang ah long.

• Selain mewujudkan skim pinjaman khas kepada golongan yang tidak memiliki pekerjaan tetap,
kerajaan juga patut mewujudkan skim pinjaman khas untuk para usahawan yang muflis bagi
menebus kegagalan mereka.

• Para usahawan yang muflis mampu bangkit dari kegagalan jika diberi dana pemulihan yang
mencukupi kerana pengalaman gagal boleh dijadikan panduan dan teladan untuk membina
kejayaan baru.

• Dalam pada kita terus bertegas bagi memerangi habis-habisan kegiatan ah long ini, langkah
drastik lain juga perlu diberi perhatian wajar seperti mengambil tindakan undang-undang
kepada peminjam wang ah long dalam usaha membasmi kegiatan ceti haram itu.

Orang ramai boleh membuat aduan rasmi terus kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan
Tempatan mengenai perkara itu di talian 03-20992390 atau e-mel
kepada bpwg@kpkt.gov.my dan identiti pengadu akan dirahsiakan.

Skim Pinjaman Bank

• Pihak institusi kewangan dan kerajaan akan melihat semula kaedah pemberian pinjaman ini
agar ia tidak terlalu ketat dan menyukarkan golongan peminjam untuk berbuat demikian.

AKTA
• Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan
2001 yang mengenakan hukuman lebih berat akan digunakan untuk mendakwa ceti haram atau
ah long.

• Akta ini telah dipinda pada Januari 2008 supaya kesalahan melibatkan ah long juga boleh
disiasat di bawah akta ini jika aktiviti mereka berkaitan dengan penggubahan wang haram.
• Akta tersebut mengenakan denda maksimum sehingga RM5 juta atau penjara lima tahun atau
kedua-duanya sekali ke atas ah long yang didapati bersalah.

• Dua lagi akta yang digunakan ke atas ah long ialah Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951 dan
Akta Pencegahan Jenayah 1959. Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951 mengenakan denda
antara RM20,000 hingga RM100,000 atau penjara

• Kerajaan juga mengalu-alukan bekas mangsa ah long membantu kita menyedarkan orang
ramai mengenai akibat buruk meminjam daripada ceti haram ini.

• Ah long juga boleh dihukum buang daerah atau dikenakan perintah di bawah Akta Kediaman
Terhad 1959 jika kesalahan mereka dikatakan tidak melibatkan kekerasan jenayah atau tiada
bukti kukuh tentang penglibatan mereka.

• Sekiranya membabitkan kekerasan, mereka juga boleh ditangkap di bawah Ordinan Darurat
dan boleh ditahan di penjara selama dua tahun.

Kesimpulan
• Meminjam dengan cara wang cepat ini bukanlah jalan terbaik untuk indivisu, peniaga dan
usahawan kerana banyak risiko yang bakal mereka hadapi dengan golongan pemberi pinjaman
yang mencekik darah ini.

• Rakyat perlu dididik dengan diberi penerangan dan pemahaman yang mendalam terhadap
risiko pinjaman ah long ini agar mereka tidak terpedaya.

• Kemudahan pinjaman dengan mudah perlu diberikan kepada orang ramai orang ramai supaya
mereka tidak beralih kepada ah long.

• Pinjaman ah long yang memberi kesan risiko yang berganda kepada peminjam tersebut perlu
diperjelaskan kepada orang ramai supaya tidak mengikut jalan yang mudah namaun
mempunyai rosiko yang besar.

• Kegagalan melunaskan hutang ah long juga turut menyumbang kepada banyak kes jenayah
yang lain. Selama ini tumpuan dan tindakan hanya ditujukan pada golongan ah long semata-
mata. Namun, kini pihak berkuasa perlu juga mengambil kira faktor penggalak kepada kegiatan
tersebut iaitu peminjam itu sendiri.

Vous aimerez peut-être aussi