Vous êtes sur la page 1sur 5

ISI KANDUNGAN

1.0 Pengenalan ................................................................................................................ 2

2.0 Faktor Kritikan Pelaksanaan Pendidikan Inklusif ........................................................ 2

3.0 Kolaboratif Khimat Sokongan ..................................................................................... 3

4.0 Kesimpulan ................................................................................................................ 3

Rujukan................................................................................................................................. 5

1
1.0 Pengenalan
Menurut Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) (2019), konsep
Program Pendidikan Inklusif (PPI) merupakan “suatu program pendidikan bagi murid
berkeperluan pendidikan khas yang dihadiri oleh murid berkeperluan khas bersama-sama
dengan murid lain dalam kelas yang sama di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan”.
Matlamatnya adalah untuk meningkatkan penglibatan dan memberi peluang kepada Murid
Berkeperluan Khas (MBK) mengikuti program akademik dan bukan akademik bersama-sama
murid di arus perdana serta memberikan kesedaran kepada masyarakat supaya
mempercayai bahawa ketidakupayaan MBK boleh diminimakan jika diberikan peluang yang
sama dan tidak menafikan potensi mereka.

Pelaksanaan PPI merujukkan dasar dalam dan luar negara, contohnya salah satu
rujukan dasar luar negara, UNESCO yang mendukung prinsip Pendidikan Untuk Semua
(EFA). Di Malaysia, dasar yang menyokong pelaksanaan PPI ialah Akta Orang Kurang Upaya
2008, Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013 serta Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013-2025 (Bahagian Pendidikan Khas [BPK], 2013). Secara ringkasnya,
kerja kursus ini akan memperincikan faktor kritikan pelaksanan pendidikan inklusif; kolaboratif
khimat sokongan bagi pelaksanaan pendidikan inklusif di sekolah.

2.0 Faktor Kritikan Pelaksanaan Pendidikan Inklusif


Faktor kritikan ialah faktor yang akan menentukan kejayaan suatu pelaksanaan.
Menurut BPK (2013), faktor kritikan pertama pelaksanaan pendidikan inklusif ialah
Jawatankuasa Program Pendidikan Khas Sekolah (JPPKS) bagi semua sekolah yang
melaksanakan Pendidikan Khas. Fungsinya adalah untuk merancang dan menyelaras
pelaksanaan PPI; memperakui dan meluluskan kemasukan murid PPI; mencadangkan kelas
yang sesuai mengikut tahap pencapaian murid; melaksanakan sesi taklimat kepada ibu bapa
dan guru yang terlibat serta bertindak sebagai panel rayuan.

Faktor seterusnya ialah prasarana dan peralatan, misalnya aspek fizikal kelas, aspek
fizikal sekolah dan peralatan khusus. Dari aspek fizikal kelas, penyediaan meja atau kerusi
perlu yang sesuai dan kedudukan kelas di aras bawah bagi kemudahan MBK yang berkerusi
roda. Dari aspek fizikal sekolah, susur lantai (ramp), susur tangan (railing), tandas OKU dan
sebagainya perlu disediakan. Peralatan khusus seperti Braille, Duxbury dan Doctor Speech
juga diperlukan untuk MBK.

Faktor kritikan terakhir ialah kerjasama pintar. Contohnya, kerjasama antara


Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi pelaksanaan kerja-kerja saringan dan
pengesanan MBK; Institut Pengajian Tinggi (IPT) berfungsi untuk memperkasa

2
profesionalisme perguruan dalam PPI; badan bukan kerajaan yang memberikan khimat
nasihat kepada ibu bapa atau penjaga MBK.

3.0 Kolaboratif Khimat Sokongan


Dua kolaboratif khimat sokongan bagi PPI ialah khimat sokongan badan kerajaan dan
badan bukan kerajaan. Secara umumnya, bentuk sokongan yang diberikan ialah peralatan,
infrastruktur, masyarakat dan personal. Peralatan ialah alat yang membantu pembelajaran
MBK, seperti Braille; infrastruktur ialah fasiliti di sekolah, misalnya tandas OKU; masyarakat
merujuk kepada hubungan ibu bapa MBK, MBK dan pihak sekolah serta personal merujuk
kepada individu MBK.

Badan Kerajaan seperti KPM merupakan pusat utama yang berkemampuan


memberikan keempat-empat sokongan tersebut kepada MBK. Di bawah KPM mempunyai
Bahagian Pendidikan Khas yang merancang dan menilai pelaksanaan PPI; Lembaga
Peperiksaan yang mengurus pentaksiran MBK di PPI; Institut Pendidikan Guru Malaysia yang
menguruskan latihan praperkhimatan guru. Seterusnya, KKM memberikan sokongan dalam
bentuk masyarakat dan personal, iaitu menyaring dan mengesan MBK dan memberi
maklumat tepat kepada ibu bapa MBK (BPK, 2013). Pihak sekolah boleh menyediakan
peralatan dan infrastruktur; memberi khimat nasihat kepada ibu bapa MBK serta melatihkan
MBK secara personal. Contohnya, Sekolah Menengah Pendidikan Khas (SMPK)
menyediakan peralatan seperti bahan cetak yang dibesarkan dan Braille kepada murid
bermasalah penglihatan (Utusan Online, 2017).

Badan bukan kerajaan, contohnya NASOM membekalkan sokongan masyarakat dan


personal kepada golongan Autisme seperti program pendidikan di rumah, program vokasional
dan sebagainya (NASOM, n.d.). KIWANIS di Malaysia membekalkan pendidikan kepada
kanak-kanak yang berkeperluan khas dan membantu mereka dalam perkembangan personal
(KIWANIS, n.d.). MAB membekalkan latihan kepada golongan yang bermasalah penglihatan;
membekalkan kauseling dan membantu ibu bapa mendaftar anak mereka yang bermasalah
penglihatan; menyediakan peralatan dan infrastruktur seperti pusat sumber Braille, pusat
sumber buku “bercakap” dan sebagainya (HATI, n.d.). Seterusnya, MFD membantu golangan
bermasalah pendengaran dengan membekalkan pendidikan bahasa isyarat dan
mempertahankan kebajikan mereka.

4.0 Kesimpulan
Secara kesimpulannya, pendidikan inklusif merupakan suatu program pendidikan
yang disediakan untuk MBK belajar bersama-sama dengan murid lain dalam kelas yang sama
di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan. Badan kerajaan dan badan bukan
kerajaan telah memberikan prihatin terhadap golongan MBK dan memberikan khimat

3
sokongan dalam bentuk peralatan, infrastruktur, masyarakat dan personal bagi pelaksanaan
pendidikan inklusif. Pendek kata, pendidikan inklusif perlu dititikberatkan supaya matlamat
KPM tercapai, iaitu meminimakan ketidakupayaan MBK dan memperkembangkan potensi
mereka.

(676 patah)

4
Rujukan
Bahagian Pendidikan Khas. (2013). Garis panduan program pendidikan inklusif murid
berkeperluan khas. Putrajaya: Bahagian Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan
Malaysia. Diakses daripada https://www.moe.gov.my/images/Bahagian-pendidikan-
khas/Program-Pendidikan-Inklusif/circularfile_file_001162.pdf

HATI. (n.d.). Malaysian association for blind (MAB). Diakses daripada


http://www.hati.my/social-enterprise/mab-malaysian-association-for-the-blind/

KIWANIS. (n.d.) About KIWANIS Malaysia. Diakses daripada https://www.kiwanis.org.my/

NASOM. (n.d.). Our Service. Diakses daripada https://www.nasom.org.my/

Nor Shafawati Yup. (28 Oktober, 2017). Program inklusif serlah bakat MBK. Diakses daripada
http://www.kosmo.com.my/special/moe/program-inklusif-serlah-bakat-mbk-1.557754

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia. (2019). Program pendidikan inklusif. Diakses
daripada https://www.moe.gov.my/index.php/my/pendidikan-khas/program-pendidikan-
inklusif

Sofian Baharom. (29 Mei, 2016). Pendidikan inklusif terus jadi agenda utama. Diakses
daripada http://www.utusan.com.my/berita/nasional/pendidikan-inklusif-terus-jadi-
agenda-utama-1.335834

Utusan Online. (7 November, 2017). SMPK Setapak buktikan masalah penglihatan bukan
penghalang [video]. Diakses daripada https://www.youtube.com/watch?v=h02TsR-
w51k&t=41s

World Federation of Deaf. (n.d.). Our work. Diakses daripada https://wfdeaf.org/who-we-


are/members/wfd-members/name/malaysia-federation-of-the-deaf-mfd/

Vous aimerez peut-être aussi