Vous êtes sur la page 1sur 3

Amalan Gaya Hidup Sihat

Mutakhir ini, slogan `rakyat sihat ,negara maju’ sering diuar-uarkan oleh pihak kerajaan untuk
menggalakkan rakyat mengamalkan gaya hidup yang sihat. Sebagaimana yang dipertikaikan,
pengamalan gaya hidup bukan sahaja dapat memajukan negara kita,malah kita dapat melahirkan
generasi muda yang sihat ,kreatif dan inovatif. Gaya hidup sihat harus diamalkan oleh seseorang
melalui cara fizikal dan mental.

Jika kita ditinjau dari perspektif fizikal,seseorang dapat mengamalkan gaya hidup sihat dengan
melakukan senaman. Pada abad ke-21 ini,orang ramai sibuk mengejar kekayaan dan kebendaan.
Mereka sering beralasan supaya tidak perlu melakukan senaman.Kesannya,golongan tersebut mudah
dihidapi penyakit yang kronik seperti penyakit sakit jantung dan obesiti.Sebenarnya ,senaman banyak
membantu kita dalam mengamalkan kesihatan badan.Misalnya bahan toksik yang bahaya dapat
dikeluakan dari badan kita melalui keringat. Selain itu,lemak yang berlebihan juga dapat dihauskan
melalui senaman . Justeru, senaman harus dilakukan secara berterusan bagi mengamalkan gaya
hisup sihat.

Selanjutnya ,makanan yang bakal menjadi penjana tenaga badan kita juga harus dirancang rapi. Ada
pepatah yang mengatakan 'anda adalah apa-apa yang anda makan'.Hal ini benar jika ditelusi dari
sudut kesihatan kerana makanan yang tidak sihat akan memberikan kesan negatif kepada badan
kita.makanan yang disedialan haruslah mempunyai semua nutrien yang dihendaki badan. Garam
,minyak dan gula yang berlebihan dalam makan boleh mencetus penyakait kencing manis, tekanan
darah tinggi serta memnbawa maut. Oleh itu,adalah wajar bagi kita untuk merancang makanan kita.

Di samping itu,dari perspektid mental,seseorang harus menghindari gejala sosial yang akan
menjatuhkan maruah diri. Hal ini berlaku kerana gejala sosial seperti merokok,menagih dadah dan
melakukan vandalisme boleh meninggalkan imej yang buruk kepada orang lain selain membahayakan
diri sendiri. Seseorang terutamanya remaja yang berdarah setampuk pinang mudah terjerumus ke
kancah tesebut. Oleh sebab itu.pelbagai usaha harus dilakukan oleh ibu bapa dan pihak sekolah
untuk memastikan anaknya sentiasa berfikiran bersih.

Penerapan nilai-nilai murni di kalangan pelajaran juga merupakan satu cara untu mengamalkan gaya
hidup sihat. Hal ini disebabkan nilai-nilai murni tersebut dapat menjadi pedoman dalam kehidupan
dan membeikan arah yang tepat semasa mereka kehilangan arah.Ibu bapa harus memberikan
didikan moral dan agama kepada anak-anak mereka semasa mereka masih kecil bak kata pepatah
melentur buluh biarlah dari rebungnya. Generasi yang muda ini bakal menjadi tonggak negara dan
harus mengamalkan gaya hidup sihat.

Kesimpulannya, gaya hidup sihat bukanlah perkara yang susah untuk dilaksanakan.Peranan pelbagai
pihak pasti dapat membawa kepada kejayaan,asalkan mereka berusaha untuk mengamalkan amalan
tersebut.
Gaya hidup sihat bolehlah ditakrifkan sebagai satu amalan kehidupan yang membawa impak positif
kepada diri seseorang, keluarganya dan masyarakat. Antara contoh kehidupan yang sihat ialah
individu tersebut hidup dengan penuh ceria tanpa mengalami sebarang masalah yang boleh
menjejaskan kehidupannya untuk satu tempoh tertentu pula. Sudah pasti dalam kehidupan era
moden yang begitu banyak tekanan ini gaya hidup sihat menjadi satu matlamat yang perlu dicapai
segera. Oleh itu, terdapat pelbagai tindakan yang boleh dilakukan untuk mencapai matlamat ini.

..........Tindakan awal ialah seseorang itu perlu mengamalkan satu bentuk pemakanan yang seimbang
dalam kehidupannya. Dalam keadaan kehidupan sebenar, orang ramai lebih suka mengambil
makanan yang bersifat mudah seperti mengamalkan pengambilan makanan ringan ataupun makanan
segera. Tidak kurang juga masyarakan kita hari ini yang lupa kesan pengambilan makanan berlemak
ataupun makanan yang mempunyai kandungan garam, gula atau sodium glutamit yang tinggi. Hal ini
boleh mendatangkan pelbagai penyakit kronik seperti sakit jantung, darah tinggi ataupun kencing
manis yang juga menjadi punca kematian tertinggi di negara kita. Orang ramai juga mesti menjauhi
amalan buruk seperti merokok atau meminum arak kerana kesannya amat membahayakan. Jelaslah,
diet yang seimbangmembolehkan kita semua mencapai kehidupan yang ceria kerana semua nutrien
yang diperlukan oleh badan diperoleh menerusi pemakanan yang seimbang.

..........Selain itu, aktiviti senaman yang berkala mampu menjadikan kehidupan yang dijalani oleh
seseorang itu lebih sihat dan menceriakan. Kita boleh menjalankan aktiviti seperti bersukan,
berekreasi, berjalan atau berlari bersendirian atau bersama-sama keluarga ketika hujung minggu.
Aktiviti senaman seperti ini diakui oleh pakar perubatan mampu menjadikan sistem peredaran darah
manusia lebih baik serta menjadikan sistem imunisasi mereka tinggi. Mereka yang gemar bersukan
biasanya memiliki badan yang sihat dan minda yang cerdas berbanding dengan orang yang jarang
bersukan. Jelasnya, semakin kerap senaman dilakukan maka semakin tinggilah tahap kesihatan
seseorang itu kerana minda yang cerdas datangnya daripada badan yang cergas.

..........Orang ramai juga perlu mengutamakan kebersihan diri pada setiap masa bagi memastikan
mereka terhindar daripada sebarang penyakit. Keperluan asas seperti menggosok gigi, mandi,
berpakaian bersih, waktu tidur dan rehat yang cukup juga perlu dijadikan amalan hidup seharian.
Bagi mengelakkan jangkitan kuman atau penyakit, mereka juga perlulah mengamalkan budaya
mendisiplinkan diri dengan asas-asas kebersihan seperti mencuci tangan dengan bersih sebelum
makan, menutup makanan dengan baik agar tidak diharung lalat mahupun memilih gerai atau
tempat makan yang bersih semasa menjamu selera. Sikap sambil lewa masyarakat dalam aspek
berkenaan mungkin boleh membawa padah. Justeru, amalan sebegini harus diutamakan agar dapat
membentuk gaya hidup yang sihat dalam kalangan masyarakat.

..........Pada masa yang sama selain mengutamakan kesihatan diri dan makanan, masyarakat juga
perlu menjaga kebersihan persekitaran mereka. Persekitaran yang bersih perlu dijadikan amalan dan
gaya hidup agar kita terhindar daripada sebarang penyakit. Umpamanya, orang ramai digalakkan
mengadakan gotong-royong untuk membersihkan kawasan taman perumahan dengan
membersihkan sampah-sarap atau memastikan kawasan persekitaran mereka sentiasa bersih.
Amalan seperti ini dapat mengelakkan pembiakan agen-agen pembawa penyakit seperti nyamuk,
lipas, lalat dan sebagainya. Tempat-tempat pembiakan nyamuk di dalam atau di luar rumah seperti
pelapik pasu bunga ataupun tempat takungan air mestilah kerap dibersihkan ataupun ditukar.
Dengan cara demikian, orang ramai akan dapat menjauhkan diri mereka daripada pelbagai penyakit
serta membentuk kehidupan yang sihat.

..........Gaya hidup yang sihat juga melibatkan aspek psikologi dan sosial seseorang itu. Mereka yang
lebih terbuka dan bersedia untuk berkongsi masalah dengan orang lain didapati lebih bermakna
kehidupannya berbanding dengan individu yang suka bersendirian atau menyimpan masalah mereka.
Sikap berkawan dan menghabiskan masa bersama-sama mereka menjadikan keperluan psikologi
manusia dipenuhi dengan efektif. Masyarakat digalakkan menjalin hubungan komunikasi yang mesra
bersama-sama rakan atau jiran tetangga. Hubungan baik yang berkekalan biasanya dapat melahirkan
satu bentuk kehidupan yang ceria dan menggembirakan. Sesungguhnya, aspek psikologi dan sosial
manusia perlu dipenuhi bagi memperoleh gaya hidup yang sihat ini.

..........Pada masa yang sama sikap atau mentaliti positif penting untuk dimiliki oleh seseorang itu bagi
menangani tekanan kehidupan dalam era moden ini. Pemikiran yang positif menjadikan seseorang
itu mampu menyelesaikan pelbagai kemelut yang melanda kehidupannya dengan baik tanpa
tertekan. Kehidupan zaman moden yang penuh cabaran terutama tekanan di pejabat memerlukan
satu persepsi positif daripada ahli masyarakat kita. Kepada mereka yang menghadapi tekanan hidup,
mereka mungkin boleh mendapatkan bantuan daripada pakar motivasi ataupun rakan-taulan di
sekeliling mereka. Hal ini perlu kerana tekanan yang dialami boleh menjuruskan seseorang pada
perlakuan negatif seperti mendera, menagih dadah atau melakukan sesuatu perkara di luar jangkaan.
Jadi, semakin positif minda seseorang itu maka semakin tinggilah gaya hidup sihat yang mampu
dicapainya kelak.

..........Kesimpulannya, gaya hidup yang sihat ini boleh diperoleh menerusi semua amalan yang
dipaparkan tadi. Gaya hidup sihat hanya boleh dicapai sekiranya masyarakat mengamalkan semua
aspek kehidupan berlandaskan ciri-ciri manusia sihat. Cuma sikap masyarakat yang masih
memandang rendah kepentingan gaya hidup sebeginilah yang menyebabkan pelbagai masalah
kesihatan timbul kelak. Kita semua perlulah memahami bahawa mencegah lebih baik daripada
mengubatinya.

Vous aimerez peut-être aussi