Vous êtes sur la page 1sur 10

NAMA: KELAS:

[KOMSAS Tingkatan 3]

Syair Burung Nuri

Maksud Setiap Rangkap

Rangkap 1
Penyair meluahkan hasrat untuk menyampaikan sesuatu idea melalui syair meskipun sedar
karyanya itu punya banyak kelemahan.

Rangkap 2
Penyair dengan rendah diri mengaku bahawa dia seorang yang serba kekurangan, tidak pandai
malah miskin dan tidak berharta.

Rangkap 3
Penyair memohon maaf atas kekurangan dan kelemahan yang terdapat dalam karyanya.

Rangkap 4
Penyair menyatakan yang dia menggunakan syair sebagai wadah/medium untuk menyuarakan
apa-apa yang tersirat di hati.

Rangkap 5
Penyair berkongsi dengan pembaca tentang nasibnya yang kerap dirundung malang,

Rangkap 6
Penyair menceritakan pengalamannya pergi merantau ke seluruh pelosok negeri dalam
keadaan lapar dan dahaga.

Rangkap 7
Penyair berasa sangat sedih mengenangkan keadaan hidupnya yang serba kekurangan.

Rangkap 8
Terbawa-bawa akan kesedihannya, penulis merasakan lebih baik dia mati daripada terus hidup.

1
Tema
Adab dalam kehidupan seseorang yang sering ditempuhi.
.
Persoalan
(a) Kepentingan memiliki ilmu pengetahuan dan berakhlak mulia.
(b) Kekecewaan yang boleh merosakkan kehidupan seseorang.
(c) Kebijaksanaan dalam mengawal diri ketika bercinta.
(d) Rasional dalam berfikir dan membuat tindakan.

Gaya Bahasa dan Keindahan Bunyi


(a) Inversi. Contohnya, Dituliskan sahifah supaya nyata.
(b) Simile. Contohnya, Laksana cermin jatuh ke batu.
(c) Sinkope. Contohnya, Sajak dan nazam banyak tak kena.
(d) Repetisi. Contohnya, Hanyutlah badan ke sana ke mari.
(e) Asonansi. Contohnya, Bermula warkah surat rencana. (perulangan vokal a).
(f) Aliterasi. Contohnya, Gundahlah fikir tiada tertentu. (perulangan konsonan t).

Nilai
(a) Kesedaran.
(b) Merendah diri.
(c) Rasional.
(d) Hemah tinggi.
.
Pengajaran
(a) Kita sepatutnya bersikap merendah diri .
(b) Kita haruslah insaf akan kesalahan yang telah dilakukan.
(c) Kita janganlah mementingkan percintaan dalam kehidupan.
(d) Kita tidak boleh berputus asa.
(e) Kita janganlah bertindak mengikut kata hati.

2
Santap Istiadat (Za'ba)
Maksud Setiap Rangkap

Rangkap 1
Terdapat bermacam-macam majlis makan atau jamuan dan setiap satu ada peraturan atau
tatatertib yang perlu dipatuhi.

Rangkap 2
Antara peraturan dan etika makan ialah makan dengan tangan kanan, mengambil lauk dengan
sopan dan mengunyah makanan perlahan-lahan sebelum ditelan.

Rangkap 3
Makanlah dengan tertib yang betul, secara bersederhana, dimulai dengan makan nasi, diikuti
dengan manisan dan buah-buahan.

Rangkap 4
Sesudah makan, berkumur-kumur dan kunyah sirih supaya seri naik ke muka.

Rangkap 5
Demikianlah cara dan adab makan dalam majlis jamuan kebesaran pada masa silam.

TEMA
Adab sopan, tatacara makan dan minum di dalam majlis perlu mengikut tertib berpandukan
didikan generasi terdahulu.

PERSOALAN
 Adap sopan dan etika ketika menjamu selera dalam sesuatu majlis atau keraian.
 Cara-cara menjamu selera dengan betul.
 Kepatuhan terhadap sesuatu peraturan.
 Masyarakat Melayu yang mengutamakan tatasusila dan nilai kesopanan ketika makan dan
minum.
 Khazanah masyarakat kita yang kaya dengan peraturan berharga.
 Kepentingan beradab sopan ketika menjamu selera dan rahsia yang tersembunyi di sebalik
sesuatu peraturan.
 Kehebatan masyarakat zaman dahulu yang sangat menjaga adab ketika makan.

GAYA BAHASA
 Asonansi - Ketujuh berkumur-kumur (Vokal u)
Di dalam riwayat zaman yang silam (Vokal a)
 Aliterasi - Santap santun dengan aturan (Konsonan n)
Sampai ke mulut mamah perlahan (Konsonan m)
 Anafora - Santap beradat, santap istiadat,
Santap raja di majlis kebesaran,
Santap merai, hormat-menghormati
 Repetisi - Santap beradat, santap istiadat
 Personifikasi - i. kelat jatuh ke rengkungan
ii.seri naik ke peroman
 Kata ganda - hormat-menghormati, mulia-memuliakan, berkumur-kumur, buah-buahan
 Penggunaan kata arkaik – peroman

3
NILAI
1. Kepatuhan
2. Kesopanan
3. Kesabaran
4. Kesederhanaan
5. Hormat-menghormati

PENGAJARAN
1. Kita hendaklah mengikut peraturan ketika makan, mendahului perkara yang utama, diikuti
dengan perkara-perkara selanjutnya.
2. Kita hendaklah beradap sopan sewaktu menjamu selera.
3. Kita perlulah makan dengan sabar dan tenang (tidak gelojoh) serta mengikut etika makan.
4. Kita mestilah bersederhana semasa makan dengan tidak mengambil makanan secara
berlebihan.
5. Kita hendaklah saling menghormati antara satu sama lain ketika sedang menjamu selera
dalam sesuatu majlis.

Latihan 1

1. Berdasarkan rangkap kedua seloka "Santap Istiadat", apakah adab yang harus diikuti
oleh seseorang ketika makan? [3 markah]

2. Nyatakan dua unsur bunyi yang terdapat dalam seloka "Santap Istiadat". [3 markah]

3. Apakah cara-cara yang boleh dilakukan oleh ibu bapa dalam memastikan anak-anak
menjaga tatatertib sewaktu makan? [4 markah]

Latihan 2

1. Berdasarkan rangkap ketiga seloka "Santap Istiadat", nyatakan adab menjamu selera
yang harus diikuti oleh seseorang ketika makan? [3 markah]

2. Nyatakan dua pengajaran yang terdapat dalam seloka "Santap Istiadat". [3 markah]

3. Sekiranya anda ialah pengusaha kantin sekolah, apakah cara-cara yang boleh anda
lakukan untuk memastikan murid-murid mematuhi peraturan ketika membeli dan makan
di kantin? [3 markah]

4
Kijang yang Lelah - Wan Marzuki Wan Ramli
Maksud Setiap Rangkap

Rangkap 1
Keadaan kijang menjadi bertambah lemah. Suaranya tidak lagi kuat, tidak berdaya dan
pergerakan menjadi semakin terbatas.

Rangkap 2
Kijang berasa sedih melihatkan keadaan hutan yang semakin teruk dan diancam kemusnahan.

Rangkap 3
Kijang sedaya upaya cuba bangkit dengan baki kekuatan yang ada untuk menghabiskan sisa
umurnya.

Rangkap 4
Kijang melangkah dengan berhati-hati, mengelak perangkap yang dipasang di hutang yang
boleh menjeratnya. Kijang memasang tekad untuk tabah menjalani dan menempuh kehidupan.

TEMA
Keperitan hidup seekor kijang tua dalam mengharungi kehidupan setelah habitatnya hampir
musnah disebabkan penebangan pokok-pokok di hutan demi pembangunan.

PERSOALAN
 Ketabahan menghadapi ujian dalam hidup.
 Kecekalan dalam menghadapi hari-hari tua.
 Sikap berhati-hati/berjaga-jaga dalam menjalani kehidupan seharian.
 Hak setiap makhluk dan ciptaan Tuhan untuk hidup selesa di muka bumi.
 Kerakusan manusia demi pembangunan sehingga sanggup memusnahkan hutan.
 Kekuatan fizikal dan mental amat penting untuk meneruskan hidup yang penuh cabaran.
 Kewarasan akal dan kekuatan hati akan membantu seseorang menghadapi kehidupan yang
penuh mencabar.

GAYA BAHASA
 Aliterasi - Dia cuba bangkit dengan kekuatan kaki. (konsonan k)
 Asonansi - Seakan dibelenggu setiap inci jiwa. (vokal i)
Ketika temulang kudratnya bergetar di tengah rimba. (vokal a)
 Personifikasi - i. Sebak menyentap dahan kalbu
ii. Menghambat waktu yang bersisa
 Metafora - dahan kalbu, dedaun resah, pepohon batin, perdu harap, temulang kudrat
 Inversi - Diredah belantara yang mula teduh
 Hiperbola - Suara nyaringnya tidak lagi gah bergema.
 Kata ganda - berhati-hati

NILAI
 Ketabahan
 Kecekalan
 Waspada
 Dedikasi
 Rasional
 Kesederhanaan
 Keikhlasan

5
PENGAJARAN
1. Kita mestilah tabah menghadapi cabaran dan dugaan dalam kehidupan sehari-hari.
2. Kita perlulah cekal menghadapi hari tua dan menghabiskan sisa usia.
3. Kita sewajarnya mengamalkan sikap berhati-hati dalam melakukan sesuatu perkara.
4. Kita mestilah bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu perkara demi manfaat
bersama tanpa menindas mana-mana pihak.
5. Kita seharusnya menggunakan kewarasan akal fikiran dalam melaksanakan sebarang
tindakan.
6. Kita perlulah menyeimbangkan pembangunan dan penjagaan alam sekitar agar tidak
memusnahkan habitat haiwan liar.
7. Kita mestilah reda menerima ketentuan takdir dengan hati yang ikhlas dan terbuka.
8. Kita seharusnya bijak menangani masalah yang menimpa kita dalam kehidupan sehari-hari

Latihan 1

1. Berdasarkan rangkap keempat, apakah yang dilakukan oleh kijang? [3 markah]

2. Nyatakan dua persoalan yang terdapat dalam sajak "Kijang yang Lelah". [3 markah]

3. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasi
sikap mudah berputus asa dalam diri? [4 markah]

6
Pesan Ibu Beribu-ribu (Rahman Shaari)

Maksud Setiap Rangkap

Rangkap 1
Penyajak memaklumkan pembaca bahawa setiap kita memiliki seorang insan bergelar ibu yang
banyak berpesan kepada kita.

Rangkap 2
Antara pesan ibu - menyuruh kita membaca buku, melakukan sesuatu dengan betul, memilih
kawan yang betul, mengawal pergerakan dan tingkah laku serta sentiasa menjaga kesihatan.

Rangkap 3
Penyajak menyatakan bahawa temannya telah kehilangan kekasih dan telah melakukan
kesilapan dalam hidup.

Rangkap 4
Temannya itu menyatakan kekesalan kerana tidak mendengar oesanan-pesanan ibunya
sebelum ini.

Rangkap 5
Penyajak berasa yakin yang setiap satu nasihat dan pesanan ibunya adalah betul dan berguna.
Oleh itu, dia tidak akan jemu mendengar kata-kata ibunya.

TEMA
Mengenai seorang ibu yang tidak jemu berpesan dan menasihati anak kesayangannya agar
tidak tersalah memilih haluan hidup.

PERSOALAN
 Harapan seorang ibu terhadap anaknya.
 Ketaatan dan kepatuhan seorang anak kepada ibu bapa.
 Pentingnya peranan seorang ibu dalam membimbing kehidupan seorang anak.
 Kegigihan seorang ibu dalam mengasuh anak-anak dengan baik.
 Pentingnya mendengar dan mematuhi kata-kata ibu yang lebih dahulu makan garam.

GAYA BAHASA

 Asonansi - Yang mana permata, yang mana kaca (pengulangan 'a')


kerana kehilangan kekasih (pengulangan 'e')
 Aliterasi - Mengenangkan nasib temanku ini (pengulangan 'n')
Buat begini jangan begitu (pengulangan 'b')
 Anafora - Si Bedul sudah ditangkap
Si Bedul di dalam lokap.
 Inversi - sempurna seorang ibu
 Repetisi - tapi ibu tetap ibu
 Sinkope - kuyakini , janjiku
 Perlambangan - musang berbulu arnab
 Hiperbola - kawan berhantu

7
NILAI
1. Kasih sayang
2. Kesungguhan
3. Kebijaksanaan
4. Keinsafan
5. Tanggungjawab
6. Ketaatan
7. Kesyukuran

PENGAJARAN
1. Kita mestilah menunjukkan rasa kasih terhadap anak-anak dengan mengambil berat tentang
mereka.
2. Kita hendaklah rajin dan bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu.
3. Kita perlu bijak memilih sahabat yang boleh memberikan tunjuk ajar bukannya yang
mempengaruhi kita melakukan perkara buruk.
4. Kita sewajarnya sedar akan kesalahan diri dan berasa insaf, tidak akan mengulanginya pada
masa akan datang.
5. Kita mestilah menunaikan tanggungjawab yang telah diamanahkan dengan baik.
6. Kita wajarlah sentiasa taat dan patuh mendengar nasihat ibu bapa.
7. Kita hendaklah bersyukur kerana dikurniakan ibu yang penyayang.

Latihan 1

1. Berdasarkan rangkap kedua sajak, nyatakan dua pesanan ibu kepada anaknya semasa
memilih kawan? [3 markah]

2. Berikan dua persoalan yang terdapat dalam sajak tersebut. [3 markah]

3. Sahsiah diri cerminan keperibadian seseorang remaja.


Pada pendapat anda, apakah usaha yang boleh anda lakukan untuk membentuk sahsiah
diri yang mulia? [4 markah]

8
JAWAPAN
Latihan 1

1. Berdasarkan rangkap kedua seloka "Santap Istiadat", apakah adab yang harus diikuti
oleh seseorang ketika makan? [3 markah]
Bimbingan jawapan:
Berdasarkan rangkap kedua, adab yang harus diikuti ketika makan ialah:
 menyuap makanan ke mulut menggunakan tangan kanan
 mengambil lauk dengan sopan
 mengunyah makanan perlahan-lahan.

2. Nyatakan dua unsur bunyi yang terdapat dalam seloka "Santap Istiadat". [3 markah]
Bimbingan jawapan:
Rujuk kupasan seloka di sini.
Bahagian gaya bahasa - Asonansi dan Aliterasi

3. Apakah cara-cara yang boleh dilakukan oleh ibu bapa dalam memastikan anak-anak
menjaga tatatertib sewaktu makan? [4 markah]
Bimbingan jawapan:
Cara ibu bapa memastikan anak-anak menjaga tatatertib sewaktu makan ialah:
 mengajar anak-anak sejak kecil lagi tentang adab dan etika makan - tanamkan dalam diri
mereka betapa pentingnya beradab ketika makan
 memastikan anak-anak sentiasa mengamalkan tatatertib makan ketika menikmati hidangan
bersama keluarga
 ibu bapa harus menjadi suri teladan yang baik dengan menunjukkan adab-adab makan yang
betul di hadapan anak-anak.

Latihan 2

1. Berdasarkan rangkap ketiga seloka "Santap Istiadat", nyatakan adab menjamu selera
yang harus diikuti oleh seseorang ketika makan? [3 markah]
Bimbingan jawapan:
Adab menjamu selera berdasarkan rangkap ketiga:
 basuh tangan sesudah makan
 ambi juadah halwa
 diikuti dengan buah-buahan sebagai pencuci mulut

2. Nyatakan dua pengajaran yang terdapat dalam seloka "Santap Istiadat". [3 markah]
Bimbingan jawapan:
Rujuk bahagian Pengajaran. Pilih mana-mana dua pengajaran dan karang jawapan
menggunakan perkataan kamu sendiri.

3. Sekiranya anda ialah pengusaha kantin sekolah, apakah cara-cara yang boleh anda
lakukan untuk memastikan murid-murid mematuhi peraturan ketika membeli dan makan
di kantin? [3 markah]
Bimbingan jawapan:
Cara-cara yang boleh anda lakukan:
 mewujudkan satu sistem supaya murid-murid beratur dengan tertib untuk membeli makanan
di kaunter
 memastikan mereka makan dan minum dengan sopan di bangku dan meja yang disediakan

9
 menampal carta dan poster yang menggalakkan murid-murid beradab dan menjaga etika
semasa makan

Latihan 1

1. Berdasarkan rangkap keempat, apakah yang dilakukan oleh kijang? [3 markah]


Bimbingan jawapan:
 Kijang berhati-hati ketika melangkah dan meredah hutan, cuba untuk menghindar sebarang
bahaya
 Kijang juga memasang tekad untuk terus tabah meneruskan hidup di belantara.

2. Nyatakan dua persoalan yang terdapat dalam sajak "Kijang yang Lelah". [3 markah]
Bimbingan jawapan:
Rujuk bahagian Persoalan. Pilih mana-mana dua persoalan dan karang jawapan menggunakan
perkataan kamu sendiri.

3. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasi
sikap mudah berputus asa dalam diri? [4 markah]
Bimbingan jawapan:
Cara mengatasi sikap mudah berputus asa:
 Sentiasa berfikiran terbuka dan menerima sesuatu perkara dengan positif
 Tingkatkan keyakinan diri dan sentiasa percaya pada kebolehan/kemampuan diri
 Memilih suri teladan yang baik yang dapat dijadikan sebagai inspirasi dan motivasi diri

Latihan 1

1. Berdasarkan rangkap kedua sajak, nyatakan dua pesanan ibu kepada anaknya semasa
memilih kawan? [3 markah]
Bimbingan jawapan:
 memilih kawan yang berhati mulia
 menjauhi/menolak kawan yang mementingkan diri
 memilih kawan yang memberi petunjuk/kebaikan
 menjauhi/menolak kawan yang mempunyai tabiat buruk

2. Berikan dua persoalan yang terdapat dalam sajak tersebut. [3 markah]


Bimbingan jawapan:
Rujuk bahagian Persoalan. Pilih mana-mana dua persoalan dan karang jawapan menggunakan
perkataan kamu sendiri.

3. Sahsiah diri cerminan keperibadian seseorang remaja.


Pada pendapat anda, apakah usaha yang boleh anda lakukan untuk membentuk sahsiah
diri yang mulia? [4 markah]
Bimbingan jawapan:
 saya haruslah mengamalkan tuntutan agama yang secukupnya.
 saya haruslah menerapkan nilai-nilai murni dalam diri.
 saya harus menjadi suri teladan kepada rakan-rakan
 saya harus menyertai program yang berkaitan budi bahasa/membentuk sahsiah
diri/keagamaan
 saya haruslah mendengar nasihat ibu bapa
 saya haruslah bijak memilih rakan sebaya yang membawa kebaikan.

10

Vous aimerez peut-être aussi