Vous êtes sur la page 1sur 2

Masyarakat India

Masyarakat India merupakan etnik ketiga terbesar di Malaysia, dan juga salah satu kaum yang telah
menyumbang ke arah pembentukan sesebuah masyarakat majmuk di negara kita. Separti masyarakat
lain, masyarakat India juga kaya dengan ciri-ciri kebudayaan mereka dan masih mengekalkan
kebudayaan tersebut sehingga kini.Adat resam yang di amalkan oleh masyarakat India mempunyai
banyak persamaan dengan kebudayaan masyarakat melayu.

Perkahwinan

Seorang suami pula adalah “Tuhan bagi isterinya” dan mesti sentiasa dihormati. Oleh itu proses
perkahwinan ditentukan oleh seorang ketua agama yang membuat tilikan masa bertuah serta reaksi
pasangan berkahwin. Masa amatlah penting bagi segala acara dan upacara untuk mengelakkan
berlakunya mala petaka ataupun nasib buruk. Untuk mengelakkan dari keadaan buruk maka biasanya
perkahwinan dilakukan pada waktu tengah malam atau matahari akan naik. Upacara perkahwinan
dilakukan di rumah pengantin perempuan ataupun di kuil oleh seorang ketua agama. Pada satu
kawasan empat segi di kuil itu, sami akan menyalakan api dan menyembah Tuhan untuk menyaksikan
perkahwinan tersebut.

Perayaan bagi kaum india

Setiap bangsa dalam Negara Malaysia mempunyai perayaan yang tersendiri bagi kaum mereka
tersendiri. Bagi kaum India mereka merayakan perayaan mereka seperti deepavali, thaipusam, dan
ponggal bagi setiap tahun. Bagi perayaan Deepavali, penganut hindu akan menjalani mandi minyak
yang melambangkan penyucian badan dan semangat. Selepas upacara penyucian yang melambangkan
permulaan yang baru, penganut hindu akan mengunjungi kuil,dimana patung dewa hindu akan
dikalungkan dengan kalungan bunga. Bagi thaipusam pula, merupakan perayaan menghapuskan dosa-
dosa yang telah dilakukan di atas muka bumi. Tidak semua penganut hindu melakukan Nazar.

Nazar yang membawa maksud memohon sesuatu hajat kepada dewa Murugan dan jika permohonan
dikabulkan, maka satu acara tertentu diadakan sebagai tanda kesyukuran. Bagi ponggal pula,perayaan
ini diraikan secara beramai-ramai, iaitu dengan memasak menggunakan periuk yang kebanyakannya
diperbuat daripada tanah liat, bertujuan untuk menandakan masa mereka menuai hasil tanaman. Ia
membawa muhibbah dan persaudaraan kepada mereka yang lama terpisah. Perayaan ponggal ini
bolehlah dianggap sebagai hari masyarakat Hindu mengukuhkan ikatan sesama mereka.

Makanan Tradisional

-Muruku Vadai

-Idli
Rujukan

1. https://sivikrujukan.wordpress.com/koleksi-video-4/adat-resam/kaum-india/
2. https://totallydelicious.wordpress.com/2012/02/09/makanan-tradisi-kaum-india/
3.

Vous aimerez peut-être aussi