Vous êtes sur la page 1sur 2

BERITA

Asingkan gelas murid Islam, bukan


Islam diselar
Diterbitkan 11 Ogs 2017, 5:59 petang  |  Dikemaskini 11 Ogs 2017, 6:01 petang

Pemuda MIC menyelar tindakan sebuah sekolah rendah di Hulu


Langat, Selangor, kerana mengasingkan gelas murid Islam dan
bukan Islam, yang menjadi tular di media sosial.

“Kita tidak pernah berdepan dengan isu begini.

"Tetapi akhir-akhir ini, sekolah-sekolah telah menggubal dasar


yang akan merenggangkan pelajar-pelajar,” kata ketuanya C
Sivarraajh.
“Keadaan ini hanya mewujudkan pembahagian di kalangan
rakyat Malaysia atas nama amalan agama.

“Menyedihkan apabila melihat nilai keharmonian dan


perpaduan kita makin luntur.”

Dalam kenyataan hari ini, Sivarraajh berkata terdapat beberapa


batasan dalam melaksanakan keperluan halal, tetapi
mengasingkan gelas pelajar tidak patut dilakukan.

Beberapa media melaporkan aduan ibu bapa dan pengguna


maya yang tidak setuju dengan langkah mengasingkan bekas
minuman itu dengan label “murid Islam” dan “murid bukan
Islam”.

[Baca berita asal]

Vous aimerez peut-être aussi