Vous êtes sur la page 1sur 2

Analisis SWOT

1.0 Pendahuluan

Dalam menyiapkan tugasan kedua iaitu Laporan Kajian Kes Persatuan Seni Silat Gayong
Ma’arifat Malaysia (PSSGMM), pemahaman serta pengalaman yang diperolehi dapat
diringkaskan dalam analisis SWOT.

2.0 Kekuatan (Strength)

a) Rujukan
- Rujukan bagi sesetengah aspek yang dicari berkaitan PSSGMM mudah diakses
serta difahami kerana bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, bukannya bahasa
Indonesia.
- Ia membolehkan saya meringkaskan info-info yang diperolehi dengan cepat tanpa
perlu mentafsir sesuatu makna perkataan yang kurang difahami.

b) Kemahiran digital
-Info-info berkaitan persatuan ini juga boleh diakses melalui media sosial seperti
blospot dan akaun ‘facebook’ kerana PSSGMM masih kekal aktif dari dulu hingga kini.
-Hal ini menyebabkan saya dapat melihat aktiviti persatuan yang belum atau telah
dilaksanakan melalui status yang dimuat naik di akaun ’facebook’ milik PSSGMM itu
sendiri.

3.0 Kelemahan (Weakness)

a) Kekeliruan

-Pada mulanya, saya agak keliru dengan persatuan-persatuan di Malaysia dari segi
pengiktirafan yang sah. Saya berfikiran bahawa persatuan yang ada di sekolah-sekolah
merupakan persatuan yang sah.

-Namun, setelah En Yunus memperkenalkan laman sesawang ‘Jabatan Pendaftaran


Pertubuhan Malaysia’, pililhan saya yang pertama iaitu Pertubuhan Pandu Puteri
Malaysia merupakan satu persatuan yang tidak berdaftar di bawah JPPM.

b) Pengisian
-Walaupun rujukan berkaitan PSSGMM banyak terdapat di laman sesawang, ia agak
terhad dalam memenuhi kehendak tugasa dalam mengkaji tentang aspek-aspek
tertentu berkaitan PSSGMM seperti cara persatuan menjana pendapatan dan isu-isu
yang dihadapi oleh persatuan.
- Info-info berkait dengannya wujud, namun perlu dikaji dengan lebih teliti bagi
memenuhi kehendak tugasan.

4.0 Threat (Ancaman)


a) Persatuan lain
-Agak sama tetapi ada perbezaannya. Dalam mengumpul maklumat-maklumat
berkaitan PSSGMM, saya hampir tersilap mengambil maklumat berkaitan Persatuan
Seni Silat Gayong Malaysia (PSSGM). Walaupun nama persatuan hampir sama, nama
ia merupakan dua buah persatuan seni silat yang berbeza.
b) Cawangan persatuan
-Berdasarkan pemahaman saya berkaitan tugasan ini, En Yunus mahu kami mengkaji
berkaitan sesebuah persatuan kebangsaan yang diiktiraf sama ada di Malaysia atau di
luar negara.
-Memandangkan PSSGMM berkembang maju bukan sahaja di Pahang, namun di
Kelantan, Selangor dan lain-lain cawangan, maklumat berkaitan aktiviti PSSGMM
cawangan lain menjadi satu ancaman kepada saya dalam mengkaji aktiviti-aktiviti
PSSGMM peringkat kebangsaan.

5.0 Opportunity (Peluang)


-Melalui tugasan ini, saya dapat mengkaji tentang PSSGMM serta mengetahui serba
sedikit mengenai persatuan seni silat yang lain di Malaysia.
-Sejujurnya, sebelum ini saya hanya mengetahui tentang kewujudan PSSGMM, namun
tidak mengambil berat tentang sejarah mahupun aktiviti-aktiviti yang ditawarkan.
-Saya juga dapat mengetahui tentang akaun media sosial PSSGMM yang menunjukkan
persatuan ini masih lagi bergiat aktif dan mempunyai ramai ahli PSSGMM sampai ke
angka ribu.

6.0 Kesimpulan

Seyogianya, tugasan sebegini dapat memupuk semangat ingin tahu dalam jiwa seseorang
tentang persatuan-persatuan yang ada di Malaysia mahupun di luar negara. Ia juga dapat
membuka minda seseorang tentang proses yang perlu dilalui oleh sesuatu persatuan sebelum
tertubuhnya persatuan itu sendiri.

Vous aimerez peut-être aussi