Vous êtes sur la page 1sur 12

KAEDAH-KAEDAH TERJEMAHAN

Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan dalam kerja-kerja terjemahan iaitu kaedah

formal, kaedah dinamik dan lain-lain kaedah seperti penerangan tambahan, penambahan dan

penguguran. Kaedah-kaedah ini digunakan supaya teks terjemahan menyerupai teks sumber

dan supaya reaksi pembaca teks terjemahan adalah sama seperti pembaca teks sumber.

2.3.1 Kaedah Formal

Kaedah terjemahan formal merupakan kaedah terjemahan lama. Ia juga dikenali

sebagai kaedah terjemahan harfiah atau literal. Kaedah ini menumpukan perhatian

terhadap bentuk teks yang diterjemahkan iaitu dengan mengekalkan persamaan format

dan unsur-unsur stalisitk seperti rima, rentak dan ciri-ciri khusus lain. Kaedah ini

dapat dibahagikan kepada tiga, iaitu pinjaman, peniruan dan penggantian.

2.3.1.1 Pinjaman

Kaedah pinjaman digunakan jika terdapat pertembungan atau kontra antara dua

bahasa yang berbeza. Ini terjadi apabila sesuatu unsur atau perkataan itu tidak wujud

di dalam bahasa sumber atau bahasa sasaran, dari segi istilah, konsep, teknik dan lain-

lain. Kaedah ini digunakan untuk mengisi kekosongan yang tiada di dalam kedua-dua

bahasa yang berbeza itu. Terdapat beberapa jenis kaedah pinjaman iaiu, pinjaman

langsung, pinjam dan ubah suai, pinjam terjemah dan pinjaman lama.
Pinjam Langsung

Pinjaman ini dilakukan secara keseluruhan tanpa mengubah ejaan, makna dan sebutan

Teks Inggeris Teks Melayu

Burger Burger

Diet Diet

Britain Britain

Pinjam dan Ubah suai

Pinjaman ini dilakukan dengan meminjam dan mengubah ejaan mengikut kesesuaian

bunyi dalam bahasa sasaran

Teks Inggeris Teks Melayu

Comments Komen

Size Saiz

Cake Kek

Chocolate Coklat

Snacks Snek

Huraian: Perkataan-perkataan di atas merupakan perkataan yang mengalami

perubahan dari segi ejaan ke bahasa sasaran tanpa menjejaskan maksud dan bunyi

yang sedia ada dalam bahasa sumber. Ini adalah kerana perkataan dari bahasa

sasaran tersebut merupakan pinjaman daripada bahasa sumber, iaitu bahasa Inggeris
dan tiada padanan yang sesuai ataupun perkataan tersebut tidak wujud dalam

perbendaharaan bahasa sasaran, iaitu bahasa Melayu.

Pinjam Terjemah

Pinjaman ini ialah pinjaman terjemah secara literal, dengan konsep atau maksud itu

dipindah masuk ke dalam bahasa sasaran. Contohnya,

Teks Inggeris Teks Melayu

Horselike teeth Bergigi seperti kuda kelihatan muncung

Big-boned Bertulang besar


Fingerprints Bekas jari

Huraian: Perkataan- perkataan di atas diterjemahkan secara literal dengan

membawa masuk istilah tersebut kedalam bahasa sasaran secara langsung.

2.3.1.2 Peniruan

Kaedah peniruan berlaku apabila istilah peminjaman ditiru dari segi penyampaian

atau dari segi struktur. Kaedah ini terbahagi kepada dua iaitu peniruan penyampaian

dan peniruan struktur.

Peniruan penyampaian

Peniruan penyampaian merupakan kaedah yang tidak mengubah struktur bahasa

sasaran. Ia dibuat dengan menyerupai bunyi, sebutan atau perkataan dari bahasa

sumber. Contohnya,
Teks Inggeris Teks Melayu

Prime tickets Tiket perdana

Huraian: Perkataan di atas menggunakan istilah pinjaman yang ditiru secara

langsung daripada bahasa sumber. Ia membawa makna yang sama dan merupakan

padanan yang sama dan dekat dengan bahasa sasaran.

2.3.1.3 Penggantian

Kaedah ini dilakukan dengan mengekalkan perpindahan maklumat pada peringka

leksikal dan sintaksis. Ini bermaksud bahawa setiap perkataan dalam bahasa sumber

dapat digantikan dengan persamaannya dalam bahasa sasaran. Pada masa yang sama

juga, tiada perubahan besar akan berlaku jika struktur ayat bahasa sumber

dipindahkan ke dalam bahasa sasaran. Sebagai contoh,

Teks Inggeris Teks Melayu

The doorbell rang Loceng pintu berbunyi

Harry’s confusion increased Harry semakin bingung

After many tantrums Selepas beberapa kali mengamuk

Dudley had reached roughly the size Saiz dudley hampir memcecah saiz dan
and weight of a young killer whale bera seekor anak paus pembunuh
Huraian: Ayat di atas telah diterjemahkan secara penggantian istilah yang sama dari

bahasa sumber ke bahasa sasaran. Ia membawa maksud yang sama walaupun

mempunyai perbezaan antara kedua-dua bahasa.

2.3.2 Kaedah Dinamik

Kaedah dinamik merupakan kaedah terjemahan yang baru. Ia dapat memudahkan

kerja terjemahan kerana ia melibatkan banyak unsur. Kaedah ini mengutamakan

reaksi pembaca dan kesan emosi terhadap pembaca teks sasaran dapat dihasilkan

sebagaimana reaksi pembaca terhadap teks sumber. Dalam kaedah terjemahan

dinamik, terdapat empat kategori. Iaitu, transposisi, modulasi, persamaan dan

penyesuaian.

2.3.2.1 Transposisi

Penterjemahan menggunakan kaedah ini akan menyebabkan struktur ayat dalam teks

sasaran mengalami perubahan. Kaedah ini menggantikan perkataan atau kedudukan

frasa ayat dalam bahasa sasaran tanpa mengubah maksud atau maklumat. Kaedah

transposisi digunakan untuk menyampaikan warta secara bersahaja dalam bahasa

sasaran dan untuk menjelaskan kandungan warta yang boleh mengelirukan pembaca.

Contohnya,

Teks Inggeris Teks Melayu

Uncle Vernon and Aunt Petunia had Seperti biasa, Pak Cik Vernon dan Mak
managed to find excuses for his bad Cik Petunia dapat mencari alasan bagi
marks as usual keputusan Dudley yang teruk;
However, at the bottom of the report Namun, terdapat komen yang wajar
thre were a few well-chosen comments daripada pihak pengasuh sekolah di
from the school nurse that not even Uncle hujung laporan yang tiada alasan
Vernon and Aunt Petunia could explain langsung mereka sangkal.
away.

Who would be writing to Uncle Vernon Siapalah yang menulis surat tentang
about him dirinya kepada Pak Cik Vernon.

We have never been introduced, but i am Kita belum pernah berjumpa lagi tetapi
sure you have heard deal from Harry saya yakin telah banyak tuan dengar
about my son, Ron tentang anak saya, Ron daripada
Harry

...Britain hasn’t hosted the cup for thirty ...sudah tiga puluh tahun Britain tidak
years. menjadi tuan rumah.

Aunt Petunia always insisted that Dudley Mak Cik Petunia asyik berkeras yang
was a very gifted boy whose teachers guru-guru Dudley tidak faham bahawa
didn’t understand him anaknya itu seorang yang istimewa...

Huraian: Ayat-ayat di atas telah mengalami kaedah transposisi. Penggunaan kaedah

ini adalah perlu supaya struktur ayat dari bahasa sumber ke bahasa sasaran tidak

mengelirukan pembaca dan maklumatnya dapat disampaikan dengan tepat.

Kedudukan frasa dalam bahasa sumber telah diubah kedudukan mengikut kesesuaian

frasa bahasa sasaran.


2.3.2.2 Modulasi

Kaedah ini digunakan untuk tujuan yang sama seperti transposisi, iaitu untuk

menyampaikan warta dengan gaya bahasa yang paling bersahaja dan mudah difahami.

Kaedah ini diaplikasi melalui penterjemahan dengan mengubah padanan satu lawan

satu perkataan di dalam frasa atau ayat tetapi mengekalkan maksud atau konsep asal.

Contohnya, seperti menterjemah peribahasa, ujaran lisan, simpulan bahasa, bentuk –

bentuk idiomatik dan sebagainya.

Teks Inggeris Teks Melayu

Got wind Desas desus

Huraian: kaedah modulasi digunakan untuk menterjemah frasa got wind kerana jika

diterjemah secara literal menjadi mendapat angin, hal ini akan menyebabkan maksud

yang ingin disampaikan oleh penulis asal tidak dapat diterima oleh pembaca.

2.3.2.3 Persamaan

Menurut Nida, dalam karyanya, The Theory and Practice of Translation, persamaan

yang dimaksudkan ialah persamaan yang terdekat dan paling bersahaja. Kaedah ini

menterjemah perkataan dengan menggunakan persamaan yang paling dekat maknanya.

Penterjemah tidak menterjemah dengan menggunakan persamaan yang tepat, kerana

ia akan menyebabkan maklumat teks sasaran lari daripada maksud asalnya dalam teks

sumber. Contohnya,
Persamaan Terdekat

Teks Inggeris Teks Melayu

Morale Semangat

Gamekeeper Mergestua

Marching Berjalan

Through his connections Melalui kenalannya

Tremulous Bersuara lunak

The school nurse Pengasuh sekolah

Persamaan Bersahaja

Teks Inggeris Teks Melayu

Put his bank into his breast pocket Menyeluk saku atas bajunya

Not even Uncle Vernon and Aunt Tidak ada alasan untuk mereka
Petunia could explain away menyangkal

Harry would have dearly love to have Harry mahu saja hendak menjawab
said...

Huraian: Perkataan dan frasa di dalam contoh yang diberikan, diterjemah mengikut

persamaan perkataan tersebut dalam bahasa sasaran dan ianya mestilah sesuai dan

tidah mengubah maksud ayat. Sebagai contoh, perkataan marching secara tepat dan

literal membawa maksud berkawad dalam bahasa sasaran. Perkataan ini tidak sesuai

untuk diletakkan ke dalam ayat kerana ia akan mengubah maksud isi ayat. Maka

perkataan berjalan adalah perkataan yang paling hampir yang sesuai digunakan dalam

ayat.
2.3.2.4 Kaedah Penyesuaian

Kaedah ini merupakan gabungan beberapa kaedah seperti modulasi, transposisi dan

persamaan yang disesuaikan mengikut maksud atua konsep yang diterjemahkan.

Umpamanya, apabila menterjemahkan satu ayat yang panjang, atau perenggan mesti

menggunaan beberapa kaedah yang bersesuaian, bukan sekadar satu kaedah tertentu

sahaja. Keadah ini digunakan mengikut kesesuaian budaya bahasa sasaran, melibatkan

kesantunan yang wujud dalam masyarakat dengan tujuan untuk menghormati budaya

sasaran.

Teks Inggeris Teks Melayu

“he didn’t want some swotty little nancy “dia lagipun, memang tidak mahu
boy for a son anyway.” anaknya menjadi ulat buku

“He’s a Boisterious little boy, but he “Dia memang anak kecil yang kasar, tapi
wouldn’ hurt a fly!” pukul nyamuk pun dia tak sampai hati”

There you are, Diddy darling “Limau kamu, sayang”

Huraian: Kaedah terjemahan ini dilakukan sesuai dengan budaya bahasa sasaran iaitu

bahasa Melayu. Sebagi contoh frasa swotty little nancy boy adalah frasa yang

digunakan dalam bahasa Inggeris bagi menunjukkan seorang budak yang rajin dan

penterjemahan yang dilakukan sesuai dengan konteks kebudayaan bahasa Melayu.


2.3.3 Kaedah Penambahan

Kaedah ini membenarkan perkataan ditambah ke dalam struktur ayat supaya ayat

tersebut menjadi betul dari segi tatabahasa bahasa sasaran. Selain itu, ia juga

dibenarkan jika terjemahan yang sedang dilakukan tidak mampu menyampaikan

maklumat ke teks sasaran dengan tepat. Maklumat tambahan, frasa atau perkataan

akan dimasukkan terus bersama-sama ayat yang diterjemah. Contohnya,

Teks Inggeris Teks Melayu

So Begitu ya

The diet sheet Kertas yang menyenaraikan diet

Huraian: Penggunaan kaedah ini adalah perlu supaya ayat-ayat di atas betul dan tepat

dari segi tatabahasa dan struktur ayat. Ia juga merupakan satu keperluan untuk

menepati kesesuaian gaya bahasa dalam bahasa sasaran agar struktur ayat yang

diterjemahkan tidak menjadi pelik dan kurang dari segi penghuraian isi teks.

2.3.4 Kaedah Penerangan Tambahan

Kaedah ini menghuraikan dan menjelaskan warta secara panjang lebar bagi

pemahaman dengan memasukkan maklumat baru atau maklumat tambahan sekiranya

perlu. Terdapat dua jenis penerangan tambahaan, iaitu melalui sisipan dan nota kaki.

Dalam tugasan ini, sisipan telah digunakan dalam kedua-dua teks.


Teks Inggeris Teks Melayu

(Hermoine’s parents’ are dentist) (ibu bapa Hermoine merupakan doktor


gigi)
(Harry hasn’t touch these; he had too
much experience of Hagrid’s cooking) (Harry masih belum menyentuh kek itu;
dia arif benar dengan masakan Hagrid)
(which the Dursleys had completely
ignored) (yang langsung tidak dipedulikan oleh
keluarga Dursley)

Huraian: Kaedah ini digunakan bagi menerangkan kepada pembaca secara jelas

dengan memasukkan maklumat tambahan yang tidak diketahui pembaca mengenai

watak yang wujud di dalam kisah ini.

2.3.3 Kaedah Penguguran

Kaedah ini bertujuan untuk mengelakkan teks terjemahan terikat dengan struktur ST.

Pengguguran perkataan dalam teks dilakukan tanpa menjejaskan makna asal teks.

Penggunaan keadah ini juga boleh menggugurkan maklumat yang melibat isu

keagamaan atau kebudayaan sesebuah masyarakat.

Teks Inggeris Teks Melayu

Uncle Vernon large red face was Muka besar Pak Cik Vernon terlindung
hidden behind the morning’s Daily Mail di balik akhbar Daily Mail

...and way eyeing Harry’s with a very Dan sekarang memandang masam ke
sour look in his piggy eyes arah Harry

Uncle Vernon close the door sharply Pak Cik Vernon kemudian menutup
behind both of them pintu dengan kuat

Hoping to see Harry soon Kami sangat berharap untuk menemui


Harry secepat mungkin
Tetapi Mak Cik Petunia tidak tahu apa
But Aunt Petunia didn’t know what was yang tersorok di bawah papan lantai di
hidden under the loose floorboard tingkat atas.
upstairs

Huraian: Terdapat beberapa frasa yang digunakan oleh penulis asal tetapi tidak

diterjemah oleh penterjemah kerana mengikut keseuaian ayat di dalam bahasa Melayu.

Namun kaedah penterjemahan yang dilakukan ini tidak mengubah maksud asal

penulis.

Vous aimerez peut-être aussi