Vous êtes sur la page 1sur 1

Ayam goreng butter

Ok bahan-bahan dia adalah :

1. Bawang putih (dicincang halus)


2. Tepung Gandum
3. Susu Pekat (Susu cair pon boleh)
4. Daun Kari
5. Ayam (dipotong kecil-kecil)
6. Butter
7. Telur (lupa nak ambik gambar)

Ok first sekali celupkan ayam di potong kecil tu dalam telur..

Pastu gaulkan ayam ke dalam tepung gandum..

Kemudian goreng ayam hingga masak dan ketepikan..

Dah ketepikan ayam nak masak kuah pulak..Kuah chicken butter ni paling
senang nak buat..

Ok panaskan kuali dan cairkan butter sehingga cair..

Kemudian tumiskan bawang putih hingga naik bau..

Lepas tu masukkan satu sudu susu pekat.. jangan letak banyak2 nanti manis tapi
mana yang suka manis tu boleh jer nak letak 2 sudu..

Masukkan sedikit air dan gaul hingga kuah tu menjadi pekat dan letak sedikit
garam..

Dah mendidih masukkan ayam, masak sehingga memekat..

Last sekali daun kari..nak pedas boleh jer letak cili padi..aku tak letak cili padi
sebab Raiisah nak makan sekali kan so takde letak la..kalau letak mau menjerit
sebatu dia kat situ nanti..hehehe

Dah siap..senangkan..Affan sampai 4 kali makan nasi dengan butter


chicken..penangan air tangan isteri katanya..hakhakha.. Besok tu masak kari
pulak..demmm gemuk la laki bini..