Vous êtes sur la page 1sur 2

Simpulan Bahasa Maksud

1. ada jalan ada cara; ikhtiar; usaha


2. air muka permukaan air
rupa muka
maruah; harga diri
3. ambil berat memberikan perhatian, minat, atau layanan yang istimewa kepada
seseorang atau terhadap sesuatu
4. anak angkat anak orang yang diambil dan dijadikan anak sendiri
5. anak didik murid
6. anak tunggal anak satu-satunya
7. anak watan anak negeri bukan orang asing
8. atas angin negeri yang dipandang sebagai asal angin seperti negara India,
Iran, Arab, dan juga Eropah
9. ayam tambatan orang harapan
10. bawah angin tempat angin datang (Kepulauan Melayu)
11. bendera putih bendera yang dinaikkan sebagai tanda menyerah
12. beralih angin berkunjung ke tempat lain untuk meluaskan pandangan atau
pengalaman
13. berat hati enggan; tidak sampai hati
14. berat mulut tidak suka berkata-kata; pendiam
15. berbuih mulut penat bercakap; menegur atau menasihati
16. bergadai nyawa mempertahankan nyawa, meletakkan diri dalam keadaan yang
dapat menyebabkan maut
17. beri jalan memberikan idea, cara, ikhtiar, dan sebagainya
18. berpeluk tubuh tidak berbuat apa-apa kerja
19. bintang timur bintang yang kelihatan terang pada waktu petang dan dinihari
20. buah hati orang yang dikasihi; jantung hati
21. buah tangan hasil pekerjaan
barang yang dibawa dari perjalanan; oleh-oleh
22. buta hati tidak pandai membaca dan menulis
23. celik huruf tahu membaca dan menulis
24. dalam tangan sudah tentu dapat atau akan diperoleh
25. darah daging anak kandung
kaum kerabat sendiri
26. darah seni bakat semula jadi yang diwarisi dalam bidang seni
27. hati kecil perasaan dalam batin
28. hilang akal tidak dapat berfikir lagi sehingga tidak tahu akan apa-apa yang
hendak dibuat
29. ikat pinggang mengurangkan makan kerana kemiskinan
30. jejak langkah perangai; perbuatan
31. kacang hantu orang jahat
32. kaki joli orang yang suka berfoya-foya
33. kaki judi orang yang suka berjudi
34. kaki minum orang yang suka minum minuman keras
35. kaki perempuan orang yang suka mempermain-mainkan perempuan
36. kecil hati mudah tersinggung
37. keras lidah tidak dapat menyebut sesuatu perkataan dengan betul
38. ke sungai sambil sekali melakukan pekerjaan, dua tiga maksud tercapai
mandi
39. kurang ajar tidak berbudi bahasa
40. langkah kanan bernasib baik
41. langkah kiri tidak bernasib baik
42. lembut hati baik hati
43. lupa daratan melupakan tujuan asal kerana tenggelam dalam arus kemewahan
serta kesenangan dunia
44. lupa diri tidak ingat akan asal usul, keturunan, dan Iain-lain
45. makan angin bersiar-siar dan berehat-rehat untuk melapangkan fikiran
46. makan tuan mengenai tuannya sendiri
47. masuk campur ikut serta; turut mengambil bahagian
48. memasang meneliti dan mendengarkan baik-baik percakapan atau bunyi
telinga

Vous aimerez peut-être aussi