Vous êtes sur la page 1sur 20

Tingkah Laku Guru di Sekolah Berkesan

admin, Sunday 28 January 2007 ­ 00:00:00
Banyak kajian tentang sekolah berkesan menunjukkan bahawa faktor tingkah 
laku guru merupakan salah satu faktor penentu
sekolah berkesan. Dalam tahun 1980an beberapa sintesis kajian yang 
berpengaruh telah dijalankan oleh Welberg (1984) dan Fraser
et. al., (1987). Hasil kajian tersebut mendapati situasi mengajar yang 
mempunyai kesan yang tinggi yang diperolehi oleh Welberg
(1984) dan Froser et. al., (1987) ialah
a)pengukuhan (pujian dan dendaan)
b)program khas kepada pelajar­pelajar tertentu
c)memberi maklum balas
d)pembelajaran mastery 
e)belajar bersama dalam kumpulan yang kecil
Manakala Fraser et al., (1987) pula memberikan sintesis daripada 134 meta 
analisis yang mengandungi 7827 kajian­kajian
perseorangan. Sebahagian daripada hasil kajian disimpulkan seperti di 
bawah:
a)pengajaran yang berkualiti
b)jumlah masa untuk pengajaran
c)ciri­ciri latar belakang kognitif
d)maklum balas. 
Satu kajian untuk mengkaji tingkah laku guru dalam pengajaran di antara 
tiga jenis sekolah iaitu sekolah yang tinggi, sederhana
dan rendah keberkesanannya telah dijalankan oleh van der Werf (1997) di 
Belanda. Analisis telah dijalankan berdasarkan
pencapaian dalam matematik di kalangan lima puluh ribu (50, 000) murid di 
560 sekolah rendah. Hasil kajian mendapati bahawa para
guru di sekolah yang tinggi keberkesanannya mempunyai ciri­ciri berikut:
i.Memberi pengajaran lebih kepada seluruh kelas
ii.Mempunyai matlamat yang manimum kepada semua murid iaitu semua 
murid boleh diajar dan akan berjaya dalam pelajaran.
iii.Memperuntukan masa yang lebih kepada aktiviti pembelajaran.
iv.Membuat penilaian terhadap kerja­kerja pembelajaran.
v.Para guru juga menawarkan lebih banyak isi pelajaran sepanjang tahun 
persekolahan.
Dalam Model Keberkesanan Sekolah Pelbagai Aras, Creemers (1991) 
menyatakan asas kepada model tersebut ialah proses
pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Sebab pertama kepada asas 
tersebut ialah pembolehubah­pembolehubah di bilik darjah
bertanggungjawab menjelaskan kepada semua perbezaan terhadap 
pencapaian murid berbanding dengan pembolehubah pada
peringkat sekolah. Sebab kedua ialah punca hubungan di antara 
pembolehubah­pembolehubah pada peringkat bilik darjah dan pada
peringkat murid boleh ditunjukkan secara khusus daripada teori 
pembelajaran Model Bloom (1979) dan Model Carroll (1963, 1989). 
Asas kepada model iaitu proses pengajaran dan dan pembelajaran adalah 
berkaitan dengan tingkah laku guru.
Mengikut van de Grift, Th. Hauntveen dan c. Vermeulan (1997) yang telah 
membuat kajian berkaitan Iklim Pengajaran Dalam
Pendidikan Menengah di Belanda mendapati bahawa pembolehubah­
pembolehubah guru yang signifikan yang berhubung kait
dengan pencapaian murid­murid dalam matematik ialah:
i.Kerap memantau keputusan murid
ii.Guru memberi penekanan kepada kejayaan
iii.Harapan atau jangkaan yang tinggi terhadap kejayaan murid.
iv. Iklim pengajaran yang teratur di bilik darjah
Page 2
http://www.ppdkmy.net/e107_plugins/content/content.php?content.8
Page 2/4
Mereka menyatakan lagi bahawa semakin tinggi keupayaan guru, semakin 
baik guru menyediakan pelajar mereka untuk ujian,
dan semakin tinggi guru menawarkan iklim pengajaran yang teratur semakin 
tinggi keputusan murid perolehi. 
Mengikut Scheerens dan Bosker (1997), para guru di sekolah yang berkesan 
mempunyai tingkah laku seperti di bawah:
i.Mempunyai jangkaan yang tinggi terhadap kejayaan murid dalam pelajaran. 
Juga mendidik murid­murid supaya mempunyai
jangkaan yang tinggi dalam kejayaan.
ii.Merangsang serta memberi penekanan kepada murid­murid supaya 
bekerja dengan kuat.
iii.Guru bergembira dengan hubungan dengan para pentadbir sekolah.
iv.Guru mencipta suatu persekitaran pembelajaran yang mana murid­murid 
boleh belajar dengan cara yang selesa.
v.Guru mempunyai iltizam yang tinggi serta mempunyai motivasi kerja yang 
tinggi.
vi.Hubungan sosial guru murid adalah baik.
vii.Guru menyukai para murid dan selalu memberi bantuan kepada mereka. 
Guru juga memperlakukan atau melayani mereka secara
adil.
viii.Para guru di sekolah merasakan mereka berada dalam satu kumpulan.
ix.Para guru menyimpan rekod­rekod perkembangan dan kemajuan murid. 
Manakala Lowych dalam (Scheerens ,1992) menyenaraikan lapan tingkah 
laku guru yang ada hubung kait dengan kejayaan
murid iaitu:
i.Kejelasan: pesembahan atau penerangan tentang pelajaran yang jelas 
bersesuaian dengan aras kognitif murid­murid.
ii.Mudah berubah: memperbagaikan tingkah laku pengajaran dan alatan 
bantuan mengajar, memperbagaikan aktiviti pembelajaran
dan lain­lain lagi.
iii.Bersemangat: digambarkan atau dijelmakan dalam bentuk pertuturan dan 
bukan bentuk pertuturan.
iv.Mengisahkan tugas (task­related): mengarahkan para murid untuk 
menyiapkan kerja, latihan dan tugasan lain secara hikmah (
bussnies manner)
v.Kritikan: Banyak kritikan negatif memberi kesan negatif kepada 
pencapaian murid
vi.Aktiviti tidak langsung: Menerima idea­idea, perasaan murid serta 
merangsang aktiviti persendirian murid.
vii.Melengkapi murid­murid dengan peluang untuk belajar, iaitu persamaan 
yang jelas apa yang diajar dengan apa yang diuji dalam
peperiksaan dan penilaian.
viii.Memperbagaikan aras kedua­dua soalan kognitif dan interaksi kognitif.
Teddlie, Kirby dan Stringfield (1989) telah membuat penyelididkan melalui 
kaedah pemerhatian di bilik darjah. Kajian mereka
ialah untuk melihat perbezaan pengajaran guru di sekolah berkesan dan di 
sekolah tidak berkesan. Kajian ini dijalankan terhadap tiga
pasang sekolah bandar, tiga pasang sekolah luar bandar dan tiga pasang 
sekolah pinggir bandar. Kajian ini secara khusus untuk
mengenalpasti sama ada guru­guru di sekolah berkesan bertingkah laku 
secara konsisten berbeza dengan guru­guru di sekolah tidak
berkesan berdasarkan petunjuk­petunjuk yang dikenalpasti sebagai 
pengajaran berkesan.
Borang pemerhatian yang digunakan dalam kajian tersebut dibina 
berdasarkan 6 fungsi­fungsi mengajar yang dikenalpasti oleh
Roshenshine (1983) sebagai sintesis kajian keberkesanan guru. Topik­topik 
umum yang terdapat di dalam borang pemerhatian
tersebut ialah:
a)masa untuk tugasan
b)ulangkaji harian
c)menyampaikan pelajaran baru 
d)masa murid­murid memulakan pembelajaran
e)kebebasan amalan
f)ulangkaji mingguan dan bulanan
g)jangkaan guru
h)pengukuhan positif
Page 3
http://www.ppdkmy.net/e107_plugins/content/content.php?content.8
Page 3/4
i)rancangan mengajar
j)menilai kemajuan murid
k)bilangan ganguan semasa belajar
l)disiplin
m)persekitaran
n)ciri­ciri fizikal bilik darjah
Hasil kajian yang diperolehi adalah pertamanya ialah guru­guru di sekolah 
berkesan secara tekal memainkan peranan lebih
berdasarkan pengajaran berkesan yang dikenalpasti oleh Roshenshine (1983). 
Kedua, ialah pembelajaran di sekolah berkesan
bermula tepat pada masanya, bercirikan teknik pengajaran yang betul, sesuai 
dan mempunyai ganguan yang sedikit. Manakala
pengajaran dan pembelajaran di sekolah tidak berkesan bermula tidak tepat 
pada waktu (lambat), tidak tekal berdasarkan pengajaran
berkesan yang dikenalpasti oleh Roshenshine (1983) dan mempunyai 
ganguan secara konstant.
Kajian­kajian tentang hasilan pelajar iaitu dari segi akademik, tingkah laku 
dan sikap menunjukkan kepemimpinan guru
mempunyai kesan positif ke atas perkara­perkara tersebut. Mengikut Hussain 
(1993), kajian­kajian berkaitan mendedahkan tujuh
faktor utama dalam keberkesanan pengajaran iaitu: 
a)guru yang berketerampilan
b)masa yang cukup untuk pengajaran
c)suasana pembelajaran yang tenteram
d)pengharapan yang tinggi terhadap pencapaian pelajar
e)pengesanan kemajuan pelajar
f)peralatan pengajaran yang mencukupi
g)penyeliaan pengajaran yang berkesan
Ketua Pengarah Kementerian Pendidikan Malaysia Dato Dr Abdul Shukur 
Abdullah (1998) menyenaraikan ciri­ciri guru
berkesan iaitu:
i.Bersikap profesional.
ii.Mempamerkan ciri­ciri kekuatan teori.
iii.Kaya ilmu.
iv.Bertindak di atas landasan etika dan tatasula kerja.
v.Bermoral teguh.
vi.Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran.
vii.Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa.
viii.Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan murid.
ix.Melengkapkan diri dengan kemahiran yang sejajar dengan tuntutan 
semasa.
x.Menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia, berwawasan 
sebagai pendidik unggul pada setiap masa.
xi.Memastikan situasi guru mengajar dan murid belajar wujud dalam kelas.
xii.Berkeupayaan melahirkan sekolah berwatak, supaya pelajar mempunyai 
kekuatan ilmu, berpersonaliti baik dan serba boleh
xiii.Berupaya membina minda pelajar yang cemerlang akademik.
xiv.Berupaya membentuk perwatakan murid dengan pelbagai keteguhan nilai 
diri
xv.Taat setia terhadap perkhidmatannya mempertahankan maruah 
profesionnya
xvi.Profesional dan menumpukan perhatian kepada pengajaran dan 
pembelajaran di sekolah.
xvii.Menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan semasa, bebas pendirian, tidak 
berbelah bahagi.
Mengikut kajian yang dibuat oleh Rahimah Hj Ahmad, Zulkifli Abd Manaf 
dan Shahril Marzuki (1999), tingkah laku guru­guru di
sekolah berkesan ialah:
Page 4
http://www.ppdkmy.net/e107_plugins/content/content.php?content.8
Page 4/4
i) Guru melaksanakan kurikulum dengan sempurna ii) guru mengambil 
tanggungjawab mengajar secara serious iii) guru
mengambil inisiatif lebih meyediakan murid untuk menghadapi peperiksaan 
dengan mengadakan kelas tambahan, ceramah­ceramah
motivasi dan seminar menjawab peperiksaan. 
Dalam menjelaskan masa yang digunakan oleh guru berkesan di sekolah, 
Stallings dan Mohlan (1981) mendapati mereka
menggunakan lima belas peratus daripada masa persekolahan untuk 
organisasi dan pengurusan, lima puluh peratus untuk
pengajaran interaksi dan tiga puluh lima peratus untuk memantau kerja 
murid. 
Kesimpulan daripada tinjauan literatur mengenai tingkah laku guru di 
sekolah berkesan ialah para guru:
i.Mengamalkan pengajaran yang berkesan.
ii.Harapan yang tinggi terhadap pencapaian akademik pelajar
iii.Kekerapan dalam penilaian kemajuan akademik pelajar.

Past Issues of Educators Digest : Jilid 1, Bil. 2/2001, ISSN: 1511-8959


Penulis Jemputan
Sekolah Berkesan dan Program Pembaikan Sekolah di Malaysia
Ghazali Othman

Dato' Profesor Ghazali Othman dilahirkan di Baling, Kedah Darul Aman. Beliau memulakan
kerjaya keguruan di Sekolah Kebangsaan Kuala Pegang, Baling, dan kemudian di Sekolah
Menengah Kebangsaan Baling, setelah mendapat ijazah B.A. (Hons.) dan Diploma
Pendidikan dari Universiti Malaya pada tahun 1969. Pada tahun 1971, beliau menjadi tutor di
Universiti Malaya dan berjaya memperoleh ijazah M.A. Mulai tahun tersebut beliau mula
berkhidmat sebagai pensyarah di Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia
dan kemudian melanjutkan pelajaran dengan Biasiswa Fullbright Hays di University
California Los Angeles (UCLA) sehingga berjaya memperoleh ijazah M.A. Education (1977)
dan Ph.D. (1979). Pada tahun 1979, beliau menjadi Pengarah Projek InSPIRE; 1982, dilantik
sebagai Timbalan Dekan (Akademik); dan pada 1994, menjadi Dekan, Pusat Pengajian Ilmu
Pendidikan. Pada tahun 1995, beliau menjawat jawatan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal
Pelajar), dan selepas bersara mulai tahun 1998, beliau dilantik sebagai Pengarah Institut
Penyelidikan Pendidikan Tinggi Negara hingga Oktober 2001. Sekarang beliau berkhidmat
sebagai Profesor Pendidikan di Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia.
Pada 2 September 2001, dalam sebuah laporan di bawah tajuk utama "FACE THE FACTS,
PM: Find out why standard of national schools has dropped", akhbar The Star telah memetik
ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad
ketika beliau merasmikan Kongres Pendidikan Melayu 2001:

"Educationists have to identify the reasons for the decline in the standard of
national schools and act to overcome the shortcomings … They, should be
willing to accept the real reasons even if the truth exposed past mistakes." Menurut
Perdana Menteri, trend kemasukan murid ke sekolah rendah menunjukkan ibu bapa murid
Melayu dan bukan Melayu mula memilih Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJK (C))
dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina (SMJK (C) bagi anak-anak mereka. Perkara
ini berlaku dipercayai berpunca daripada keyakinan ibu bapa terhadap keberkesanan SRJK
(C) dan SMJK (C).

Sebagai penyelidik kita tertanya-tanya apakah ciri-ciri serta proses dalaman sesebuah sekolah
yang dianggap berkesan oleh ibu bapa dan masyarakat. Artikel ini cuba menghurai usaha
penyelidik seperti Edmonds yang akhir-akhir ini tidak lagi berminat membuat huraian tentang
ciri-ciri sekolah berkesan dan sekolah tidak berkesan tetapi ingin "mencipta" sekolah
berkesan, terutamanya di kawasan penduduk miskin. Hasil penyelidikan tentang ciri-ciri
sekolah berkesan akan dihurai dan langkah-langkah dalam program pembaikan sekolah
(school improvement) diperincikan untuk manfaat pengamal pendidikan di institusi-institusi
pendidikan di Malaysia.

Soalan penyelidikan yang kerap dikemukakan ialah adakah terdapat perbezaan ketara pada
ciri-ciri tertentu bagi kedua-dua jenis sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah
Menengah Kebangsaan (SMK) dengan SRJK (Cina) dan SMJK (Cina)? Pada tahun 1980-an
khususnya, ramai penyelidik-penyelidik sekolah berkesan telah menjalankan penyelidikan di
| Home | About SES | Faculty and Staff | Academic Programs | Research | Publication | Faculty News | USM Main Page |

Guru ceria murid gembira

Asal
Hak Cipta © Muhamad Khairi. 2008
SMK Bukit Jana, 34600 Kamunting

Selamat Datang Ke Laman

Dalam pencarian "Guru Sebenar Guru"...antara ilmu,


amal dan bual; manakah satu yang sebenarnya bekal?
Ramai mengaku 'berilmu' tapi kurang berakal apatah lagi yang
sedikit ilmunya tapi langsung tidak berakal;

itulah punca amal dan bual tidak


menjadi bekal.

Keranamu
Malaysia
Hamzah Mohamed

Mengenai Saya
Sila ke Laman
Latar Belakang
Saya

Klik Di Sini

Tidak akan

kamu berperasaan gundah walau sekali, jika


kau tahu apa
yang dicari."

~ Umar
al-Khattab
Objektif Sesi Hari Ini

• Mengenal dan menilai diri dari aspek profesionalisme dan


profesionaliti
• Antara keunggulan dan realiti wujud ruang (jihad)
membangunkan potensi diri
• Antara iman, amal dan bual, mana satu menjadi bekal?
• Jadilah Guru Sebenar Guru: Ke Sekolah Tidak Jemu Mengajar
Tidak Lesu
• Memenuhi tuntutan Guru Mengajar Murid belajar

"Profesionalisme" (bagi Eric Hoyle,1980) adalah sikap dan tindakan


yang menyentuh
aspek-aspek yang berkaitan dengan pekerjaan seperti hal-hal
tentang syarat-syarat
kerja, soal gaji dan upah, jadual tugas dan hal-hal lain yang
berkaitan dengannya.
Semuanya adalah hal-hal yang selalu dihubungkaitkan dengan
perjuangan kesatuan
sekerja.

"Profesionaliti" pula ialah sikap dan tingkah-laku yang ditunjukkan


oleh seseorang
terhadap "profesionnya" serta taraf pengetahuan dan
ketrampilan dalam bidang
pekerjaan itu.

Seseorang guru yang sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan


kualiti pengajarannya
dan sentiasa mementingkan kejayaan dan kebajikan murid-muridnya
dikatakan
mempunyai "profesionaliti" yang tinggi. Dengan kata lain, guru itu
melihat perguruan
dan tugasnya bukan semata-mata sebagai satu "pekerjaaan" tetapi
sebagai satu "profesion"
(Omar Hashim,1993).

Sifat dan Ciri-Ciri Seorang Guru Yang Perkasa

Terhadap Murid:

1. punyai empati dan komitmen dalam menghargai maruah orang


lain (iaitu anak didik, ibu bapa dan rakan sejawat) dalam
mengejar hasil dari segi afektif dan juga kognitif
2. hubungkan 'mata plajaran' dengan kehidupan murid-murid
3. kenal, hormati dan percayai murid-murid
4. mengajar murid-murid bagaimana hendak belajar, menganalisa
dan berfikir secara kritis
5. menjana idea-idea baru dan menarik bagi murid-murid berfikir
mengenainya
6. menggalakkan murid-muird bertanyakan soalan mengenai
pelajaran
7. hadir dalam lain-lain aktiviti di mana murid-murid terlibat seperti
sukan, persembahan musikal dn kebudayaan.

Terhadap Mengajar:

1. melakukan refleksi dan kritik-kendiri, mercu tanda


profesionalisme seorang guru
2. berfikir secara sistematik mengenai amalannya dan belajar
daripada pengalaman
3. adil dalam menilai dan menggred
4. fleksibel dalam pendekatan-pendekatan pengajaran dan
pembelajaran
5. bersemangat dalam mengajar , murid-murid dalam sesuatu mata
pelajaran
6. seorang komunikator yang cemerlang; mampu menjadikan idea-
idea yang kompleks mudah difahami dengan itu murid-murid
dapat memahami dan menghargainya
7. sering mengukur kemajuan dan memberikan maklumbalas
kepada murid-murid
8. merancang pengajaran terlebih dahulu, beri masa yang cukup
bagi setiap tajuk, dan menyepadukan mata pelajaran
9. secara berterusan mengukur pendekatan, syarahan dan ujian-
ujian bagi memastikan kurikulum yang sentiasa 'baru dan segar'
serta relevan
10. menyertai jawatankuasa-jawatankuasa bagi menambahbaik
sekolah, jabatan atau dirinya sendiri.

Terhadap Disiplin:

1. seorang yang pakar dalam bidang yang dia ajar


2. seorang yang 'laparkan' ilmu; sentiasa up to date dalam
bidangnya dengan membaca; menghadiri konferens,
konvensyen, bengkel dan seminar; dan mengikuti kursus-kursus
dalam perkhidmatan
3. juga seorang yang suka 'belajar' perkara-perkara di luar
bidangnya
4. aktif dalam penubuhan profesional dan menggalakkan rakan
sejawat menyertainya
5. menjadi ahli kepada komuniti yang belajar
6. bina dan mengekalkan perhubungan profesional
7. bekerja dalam organisasi sekolah yang luas

Secara Peribadinya:

1. tunjukkan contoh dan teladan yang utuh di dalam atau di luar


bilik darjah dan mengajar kebertanggungjawaban murid-murid
serta standard yang tinggi
2. berfikiran terbuka, rendah diri, dan bersikap optimistik.

Antara "Keunggulan" dengan "Realiti" wujud ruang lakukan


"Perjuangan"

Apa yang "unggul" itu?


Boleh diukur dan dinilai menerusi aspek i) Diri Peribadi 2) Organisasi
3) Iklim dan
Budaya Kerja.
1. Diri peribadi: bersikap positif dan memiliki ketrampilan
pengetahuan dan kemahiran yang tidak dipertikai; berfikiran
terbuka (tidak sempit, jumud dan beku); pengurusan masa dan
diri yang tinggi (selalu on time, datang awal, masuk kelas cepat,
mengajar dengan penuh dedikasi dan penuh sifat dan ciri-ciri
profesionalisme dan profesionaliti yang tinggi); suka
bekerjasama dengan rakan sejawat (tidak lokek ilmu); hasil kerja
yang berkualiti (dari segi isi kandungan, format, gaya dan
persembahan) memenuhi sifat-sifat seorang yang inovatif,
kreatif dan produktif; sabar dalam melayani karenah anak didik
dan juga rakan sejawatan; berpegang kepada prinsip yang jelas,
betul, benar, dan utuh di dalam semua keadaan dan situasi.
2. Organisasi: dapat dilihat sebagai sebuah organisasi yang
sistematik, teratur dan tertib; jelas susun atur heirarki tugas dan
kuasa; wujud kolaborasi, kolegialiti dan partisipasi; masing-
massing individu faham dan menyumbang kepada kegemilangan
organisasi.
3. Iklim dan Budaya Kerja: diri peribadi yang jadi ahli organisasi
akan tentukan senario, suasana atau pun iklim seluruh premis
yang akhirnya wujud sebagai satu budaya kerja berkualiti dan
cemerlang; persekitaran yang bersih, ceria dan selamat; suasana
yang kondusif kepada pembelajaran bermakna; anak didik yang
aktif dan responsif tetapi bukan bising tak tentu hala.

Tetapi "realitinya" bagaimana?

1. Aspek peribadi: bersikap yang tidak sesuai dan tidak cerminkan


seorang (atau guru-
guru) yang sejati dengan tingkah-laku dan gelagat yang
merendahkan martabat diri dan
organisasi; datang lewat, lambat masuk kelas mengajar, atau kalau
masuk tidak
mengajar, atau masuk sekejap kemudian tinggalkan murid buat
kerja sendiri, suka
buang masa (berborak dan bersembang semasa bertugas), buat
sibuk pada masa dia
tidak sibuk; semuanya ini jadi amalan dan tak rasa malu apatah lagi
rasa berdosa.
Pengetahuan dan kemahiran yang tidak berkembang; walau dah
lama menjadi guru
tetapi kerja masih comot, kabur, salah sana salah sini, tak faham
format dan
kandungan, sangat lewat siapkan laporan data dan maklumat
(termasuk analisis dan
diagnosis) dan masih tak pandai buat minit mesyuarat atau belum
faham-faham bezakan
antara laporan dan minit; dokumen murid sering tidak kemaskini;
buku-buku latihan
murid sangat lama tidak diperiksa; dan paling buruk sikap bodoh
sombong, besar diri
dan sangka diri paling betul hingga kerja wajib sebagai seorang guru
ditinggalkan dan
melebihkan kerja-kerja lain yang bukan wajib (direct selling dan
seumpamanya);
bagaimana kita hendak jadi Guru Sebenar Guru?

2. Aspek Organisasi pula kenyataannya datangnya daripada sikap dan


perlakuan para
ahlinya; sering wujud senario nafsu-nafsi (tidak landaskan prinsip
dan peraturan)
akhirnya terbentuk organisasi yang kalut, caca-marba, ikut suka;
hingga berlarutan
bertahun-tahun maka wujudlah beberapa status organisasi seperti: i)
Organisasi
Bermasalah, ii) Organisasi Terbiar, iii) Organisasi Berpenyakit,
iv) Organisasi
Bebas-Cukai dan v) Organisasi Mentaliti "Mengajar sebagai
Kerja Bodoh."

3. Aspek Iklim dan Budaya Kerja: Relitinya iklim yang gambarkan


"budaya organisasi" yang
sentiasa di bawah standard dan jangkaan semua pelanggan dalaman
dan luaran atau
tidak memenuhi aspirasi masyarakat dan negara. Maka terdengarlah
segala macam
rungutan, komen dan kritikan daripada rakyat jelata di desa
sampailah kepada Perdana
Menteri yang memerintah negara; antarnya seperti "Kita tidak serius
sebagai Guru Besar...";
"..sekolah kebangsaan tidak menarik dan kurang berdisiplin.'; "3M
tidak berkesan di sekolah
kebangsaan berbanding SJK Cina."; "Sebanyak 1,919 buah sekolah
dikenalpasti sebagai sekolah
prestasi rendah (SPR) kerana pencapaian bawah 30% kelulusan
UPSR (1999)"; " Pelajar-
pelajar Melayu tertinggal dalam pelajaran seawal di bangku sekolah
rendah lagi...."; adalah fakta
dan faktor yang mesti kita terima dan akui bagi membanteras dan
memperbaikinya
melalui ruang yang luas di mana kita bebas membuat pilihan...yakni
pilihan perjuangan
menghapuskan kealpaan, kelederan, kelewatan, ketidakakuran,
kelemahan dan
kehinaan akibat dari kebejatan profesioanlisme.

Kita sebagai Apa yang Kita Fikirkan

Apa yang kita percayai dan yakini itulah yang kita buat dan lakukan
(amalan hidup); dan
apa yang kita buat dan apa yang kita tidak buat akan jadi "warisan"
(legacy) setelah kita
berpindah sekolah. Apabila kita secara tekal berfikir, bertindak
(beramal) dan
mengutamakan motif diri kita inilah kemudiannya yang digelar
sebagai sikap. Oleh itu
kaitan antara pemikiran, perbuatan atau tingkah-laku dan
kepercayaan (beliefs) amatlah
saling berkait rapat dalam membezakan seseorang personaliti
dengan personaliti yang
lain.

Jika kita fikirkan mengajar bersungguh-sungguh tidak penting (asal


ajar sudah) maka
kerja mengajar kita jadilah sebagaimana seadanya sahaja, dan di
mata anak didik kita
dilabel sebagai "guru malas". Begitu juga jika kita fikir datang awal
atau masuk kelas
segera sebagai tidak penting maka jadilah kita orang yang sentiasa
'lengahkan waktu' dan
seolah-olah tidak berminat dalam pekerjaan kita sendiri.

Atau apa yang kita asyik lebihkan masa berborak dan bersembang
(termasuk adu domba,
fitnah, hasut-menghasut, apatah lagi berpolitik) daripada mengajar
anak didik sebaik-
baiknya, maka jadilah kita orang-orang yang utamakan kerja yang
tidak berkenaan dan
mengabaikan kerja utama dan kerja yang wajib ke atas kita.
Pendeknya inilah yang
dikatakan segala yang kita fikir, yakni menjadi 'kepercayaan kita'
maka kita pasti
melakukan segala 'kebejatan' ini yakni apa yang kita amalkan setiap
hari sehingga
menepati Hukum Ganjaran yakni "Apa Yang Disemai Itulah Yang
Dituai"; dan inilah
menjadi "warisaan" kita yang kita tinggalkan nanti.

Jadilah Guru Sebenar Guru: Ke Sekolah Tidak Jemu Mengajar


Tidak Lesu

Setiap sesuatu di dunia ini mempunyai dua wajah; positif atau


negatif; hitam atau putih;
buruk atau baik; cemerlang atau kecundang; begitu juga sikap dan
perlakuan kita
sebagai guru-guru yang bukan sahaja profesional sifatnya malah
menunjukkan ciri-ciri
profesionaliti yang tinggi sepanjang masa. Antara ciri-ciri
membezakan antara guru yang
profesional dengan guru yang tidak; rujuk senarai semak berikut, dan
marilah kita
menukar sikap, persepsi dan posisi kita agar menjadi lebih perkasa
dan berwibawa
dalam melaksanakan tugas mulia sebagai seorang guru.

Guru yang Profesional Guru yang tidak


Profesional

Mula kerja awal pagi Mula kerja setelah


loceng berbunyi

Sedia bergerak awal hari Sudah pun letih di awal


pagi

Mengurus dengan merancang Mengurus dengan


krisis
Ada perancangan & matlamat Ada berbagai alasan

Berpakaian secara 'profesional' Berpakaian selekeh

Guna waktu luang sebagai waktu Guna waktu luang


mengumpat dan mengeji
'kerja'

Suka ikuti latihan kerana berikan perkem- Komplen tentang latihan


dan pelik menga-
bangan profesional pa ianya perlu

Dalam mesyuarat mereka duduk di mana Dalam mesyuarat


mereka duduk di tepi
mereka boleh belajar pintu

Cari perkara-perkara untuk dipuji Cari perkara-perkara


untuk dikomplen

Berusaha cari punca sesuatu tidak berjalan Salahkan orang lain


bila sesuatu tidak ber-
jalan

Sedia buat keputusan dan selesai masalah Bertanya "Apa patut


saya buat?"

Lihat pentadbir sebagai rakan kongsi Lihat pentadbir


sebagai tempat
dalam pendidikan melepaskan geram

Melanggan dan membaca jurnal profesional Fikir jurnal profesional


sebagai membazir-
kan wang sahaja

Mendapat penghormatan setiap hari Merungut kerana tidak


dapat penghor-
matan

Buat yang terbaik Buat apa orang lain


buat

Kembangsuburkan kerjaya mereka Bimbang tentang kerja


mereka
Rasa dan bertindak 'empowered' Rasa dan bertindak
seperti mangsa

Sedia untuk belajar dan dapatkan bantuan Tidak sedia belajar


atau terima bantuan

Belanja wang untuk perkembangan profesio- Enggan belanja untuk


perkembangan
nal atau untuk bilik darjah profesional atau untuk
bilik darjah

Percaya anak didik boleh belajar, dan lihat Percaya anak didik
degil, tidak
tugas mereka membantu proses ini bertanggungjawab,
dan malas

Melihat pekerjaan 'mengajar' sebagai satu Melihat kerja


mengajar sebagai satu kerja
profesion paling mulia. dengan gaji lumayan
sahaja.

Memenuhi Tuntutan "Guru Mengajar Murid Belajar"

Objektif kita akhirnya ialah memenuhi tuntutan konsep "guru


mengajar murid belajar"
dapat direalisasikan pada tahap paling optimum dan dapat pula kita
buktikan menerusi
kerja-buat kita setiap hari dan waktu. Bagi mencapai tahap ini semua
kita mestilah
membetulkan iman (kepercayaan), bual (percakapan), dan amal
(segala perlakuan) kita
sentiasa selaras antara ketiga-tiga aspek tersebut.

Memenuhi tuntutan "Guru Mengajar Murid Belajar" pula perlukan


semua kita menjadi
guru-guru yang sebenar guru "Ke Sekolah Tidak Jemu Mengajar
Tidak Lesu"; yang
membawa erti seseorang guru itu penuh iltizam, dedikasi, komited
dan
bertanggungjawab tidak akan mengkhianati tugasnya dan murid-
muirdnya. Prinsipnya
ialah guru-guru mesti faham bahawa tugas 'mengajar dan mendidik'
pekerjaan yang sangat
mulia. Janganlah rosakkan 'kemuliaan tugas' ini dengan perangai dan
gelagat yang tersasar
jauh daripada etika dan adab seorang guru yang mursyid. Guru-guru
mestilah
menganggap pergi ke sekolah sebagai pergi ke medan jihad dan kerja
mengajar (tanpa
muslihat dan tipu helah) sebagai suatu ibadah. Guru-guru begini tidak
akan cepat
menyalahkan keadaan dan tempat sebelum menyalahkan diri terlebih
dahulu di samping
berusaha meningkatkan ketrampilan dan kewibawaan diri.

Guru Sebenar Guru tidak akan melakukan sesuatu yang akan


merosakkan organisasi
seperti: selalu ponteng; banyak beri alasan dan helah; sering
mengelakkan diri daripada
menerima tugas dan tanggungjawab; menganggap sekolah hanya
tempat kerja 'sementara'
atau selalu beri alasan 'tidak cukup masa'. Guru sebenar guru tidak
menunjukkan ciri-ciri
'orang malas' ketika di dalam kelas tetapi sebaliknya mengajar
dengan penuh ceria dan
dengan penuh semangat serta bersungguh-sungguh, memeriksa
buku-buku tanpa
bertangguh.

Penutup

Fahamlah kita bahawa kecemerlangan organisasi dan institusi amat


bergantung kepada
mutu jatidiri individu yang berada di dalamnya sama ada ia seorang
guru, pembantu
tadbir, pembantu am rendah atau pun pekerja rendah awam; yang
semuanya mempunyai
'amanah tugas' dan tanggungjawab yang sudah jelas dan terperinci
yang tidak boleh kita
dakwa bahawa kita tidak tahu mengenainya.

Marilah kita menginsafinya dengan setulus ikhlas bahawa sebarang


'defisit
pembelajaran' misalnya adalah kerana kita selaku guru-guru yang
tidak mengutamakan
masa sebaik mungkin semasa mengajar selama ini. Bagaimana pula
kita akan dapat
memenuhi tuntutan bekerja 8 jam sehari seperti yang sedang diura-
urakan oleh pihak
Kementerian Pendidikan jika waktu bekerjas 5½ jam sekarang ini pun kita
sudah "lesu
dan layu?"

Rujukan

Omar Mohd Hashim (1993). Pendidikan: Persoalan, Penyelesaian dan Harapan.


Dewan
Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

William E. Schneider, Ph.D., (1998). Why Good Managements Ideas Fail


- Understanding Your Corporate Culture. Paradigm Shift International USA.

___________________(2001); Penyataan Dasar Standard Tinggi Kualiti Pendidikan.


Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur.

_______________________________________________________________________
Ceramah yang disampaikan di dalam Program Perkembangan Staf Sekolah
Kebangsaan
Telok Sentang, Temerloh pada 23 Mac 2002

Ceramah yang sama disampaikan pula di dalam Program Perkembangan Staf Sekolah
Kebangsaan Kampong Tengah, Temerloh pada 20 September 2002

Ceramah yang sama (dengan beberapa tambahan kandungan) disampaikan di dalam


Program Perkembangan Staf Sekolah Kebangsaan (LKTP) Jenderak Selatan, Kuala
Krau
pada 25 Januari 2003.

Vous aimerez peut-être aussi