Vous êtes sur la page 1sur 4

SOALAN TINGKATAN 5 : BAB 1

EKSPERIMEN 1.2 : KESAN KEPEKATAN KE ATAS KADAR TINDAK BALAS

Didapati pagar besi rumah berhampiran kawasan perindustrian lebih cepat berkarat berbanding
pagar besi di kawasan pedalaman. Aktiviti perindustrian menyebabkan kepekatan gas berasid
yang larut dalam air hujan lebih tinggi dan menyebabkan hujan asid.

Dengan menggunakan tiga larutan natrium tiosulfat yang berlainan kepekatan dan asid sulfurik,
jalankan satu eksperimen untuk mengkaji kesan kepekatan ke atas kadar tindak balas.

Laporan anda haruslah mengandungi perkara-perkara berikut :

 Tajuk
 Tujuan eksperimen
 Pernyataan masalah
 Pemboleh ubah :
i. Pemboleh ubah dimanipulasi
ii. Pemboleh ubah bergerak balas
iii. Pemboleh ubah dimalarkan
 Hipotesis
 Radas dan bahan
 Rajah
 Prosedur
 Keputusan eksperimen
 Analisis dan mentafsir data
 Kesimpulan

Dalam laporan anda, soalan berikut boleh dijadikan panduan perbincangan.

1. Plotkan graf kepekatan larutan natrium tiosulfat melawan 1/masa, pada kertas graf yang
disediakan.

2. Nyatakan hubungan antara nilai 1/masa dengan kadar tindak balas.

3. Tulis persamaan kimia bagi tindak balas antara larutan natriun tiosulfat dan asid sulfurik.

4. Ramalkan kepekatan larutan natrium tiosulfat bagi masa 20 saat.

Semasa menjalankan eksperimen, anda juga akan dinilai


1. Kemahiran manipulatif (contoh cara pengendalian alatan radas semasa eksperimen)
2. Sikap saintifik ( contoh membersih, menyimpan alat radas dan lain-lain) dan nilai murni
( contoh bekerjasama, jujur dan lain )
Panduan penskoran

Tujuan ____/1 Hipotesis ____/1 Pemboleh ____/3 Radas dan ____/1


ubah bahan
Rajah ____/1 Prosedur ____/3 Keputusan ____/2 Analisis dan ____/3
mentafsir
data
Langkah ____/1 Kesimpulan ____/1 Kemahiran ____/2 Nilai murni ____/1
berjaga-jaga manipulatif

Jumlah markah ____/20

Laporan eksperimen perlu dihantar pada ______________


JAWAPAN:
ARAHAN EKSPERIMEN:

Dalam eksperimen ini, anda dikehendaki menentukan kepekatan kadar tindak balas.
Anda dibekalkan dengan:
 Larutan Sodium thiosulphate, Na2S2O3 0.18 moldm-3 , R1
 Larutan Sodium thiosulphate, Na2S2O3 0.14 moldm-3 , R2
 Larutan Sodium thiosulphate, Na2S2O3 0.12 moldm-3 , R3
 Asid Sulphuric 1.0 moldm-3 , H2SO4
 Air suling
 Kertas putih dengan tanda ‘X’ditengah

Dengan menggunakan silinder penyukat, sukat 45.0cm 3 sodium thiosulphate 0.18 moldm-3 dan
tuang kedalam kelalang kon. Letakkan kelalang kon di atas kertas putih dengan tanda ‘X’.
Sukat 5.0 cm3 Asid Sulphuric 1.0 moldm-3 , H2SO4 menggunaknan silinder penyukat.Tuangkan
Asid sulfurik dengan cepat dan berhati-hati. Mulakan jam randik. Kacau larutan dalam di
dalam kelalang kon. Jam randik diberhentikan sebaik sahaja tanda ‘X’hidang dari penglihatan.
Masa yang diambil direkodkan.

Eksperimen diulang dua kali menggunakan R2 dan R3.

Bina sebuah jadual untuk merekodkan mada dan kadar tindak balas (1/masa) untuk
kepekatan larutan sodium thiosulphate yang berlainan.

Berdasarkan eksperimen itu:

a) Plotkan graf kepekatan larutan natrium tiosulfat, Na 2S2O3 yang digunakan melawan 1/masa,
1/t pada kertas graf yang disediakan.

b) Nyatakan hubungan antara nilai 1/masa dengan kadar tindak balas.

c) Tulis persamaan kimia bagi tindak balas antara latutan natriun tiosulphate, Na 2S2O3
dan sulfurik asid.

d) Ramalkan kepekatan larutan natrium tiosulfat untuk masa 20s.


Berdasarkan eksperimen itu:

a) Plotkan graf kepekatan larutan natrium tiosulfat, Na2S2O3 yang digunakan melawan
1/masa, 1/t pada kertas graf yang disediakan.

EKSPERIMEN 1 2 3
Kepekatan larutan R1 R2 R3
Natrium thiosulfat
Masa yang di ambil(s) 16 27 41
1/masa (s-1) 0.063 0.037 0.024

b) Nyatakan hubungan antara nilai 1/masa dengan kadar tindak balas.


1/masa berkadar terus dengan kadar tindak balas

c) Tulis persamaan kimia bagi tindak balas antara latutan natriun tiosulphate, Na2S2O3
dan sulfurik asid.
Na2S2O3 + H2SO4 Na2SO4 + S + SO2 + H2O

e) Ramalkan kepekatan larutan natrium tiosulfat untuk masa 20s.

0.16moldm-3

Vous aimerez peut-être aussi