Vous êtes sur la page 1sur 1

MUHAMMAD FARID AFIFI BIN ABDULLAH PDPP TAHFIZ 1.

04

1. Sifat isti’laa’ pada huruf ‫ ق‬pada kalimat ‫ الواقعة‬kurang mencukupi kerana kedengaran
hampir kepada huruf ‫ك‬.

2. Sifat hamas pada huruf ‫ ت‬kalimah ‫ الميمنة‬,‫ وكنتم‬dan ‫ المشئمة‬terlebih kerana sifat hamas
akan lebih jelas kedengaran bunyinya apabila salah satu huruf hamas bertanda
sukun. Adapun huruf hamas yg berbaris angin yg keluar daripada mulut adalah
minimum.

3. Sifat tafkhim pada huruf ‫ ر‬pada kalimah ‫ المقربون‬tidak mencukupi kerana yang
sepatutnya ialah apa huruf ‫ ر‬yang berbaris fathah hendaklah dibaca dengan tebal
dengan getaran lidah yang sangat minimum.

4. Pada kalimah ‫ متقابلين‬bunyi sifat huruf ‫ ت‬seperti hampir kepada huruf ‫ط‬.

5. Pada kalimah ‫ وأباريق‬huruf ‫ ق‬bunyinya seperti huruf ‫ك‬.

6. Pada kalimah ‫ اللؤلؤ‬ada kedengaran qalqalah pada huruf ‫ء‬, sepatutnya tiada qalqalah
dan ditaskinkan dengan jelas.

7. Pada kalimah ‫ لغوا‬huruf ‫ غ‬perlu ditebalkan lagi dan perlu lebih berhati-hati kerana
kedengaran hampir kepada huruf ‫خ‬.

8. Pada kalimah ‫ مرفوعة‬huruf ‫ ر‬telah dibaca dengan tarqiq. Sepatutnya apa bila ‫ر‬
bertanda sukun dan sebelumnya huruf yang berbaris atas ianya hendaklah dibaca
dengan tafkhim.

9. Saya beranggapan pembaca muncungkan bibir pada setiap kalimah yang ada huruf
‫ص‬. Cara sebenar menyebut huruf ‫ ص‬tidak perlu muncungkan bibir.

10. Ikhfa’ pada kalimah ‫ وطلح منضود‬jangan dihilangkan terus sifat huruf ‫ض‬.

11. Setakat pemerhatian saya pada bacaan ini hukum2 tajwidnya adalah baik cuma
makharijul dan sifat huruf perlu diberi penekanan yang lebih untuk mendapatkan
sebutan huruf yang baik dan kemas.

Vous aimerez peut-être aussi