Vous êtes sur la page 1sur 23

1.

0 Pengenalan

Pengenalan kepada masyarakat orang asli, indigenous dan masyarakat

pendalaman.

1.1 Orang Asli

Masyarakat orang asli ini merupakan masyarakat yang kebanyakannya

menetap di dalam atau pinggir hutan. Menurut Rusli Zaenal (2002), beliau

menakrifkan masyarakat orang asli ini sebagai sebuah masyarakat komuniti yang

kaya dengan ilmu pengetahuan berkenaan tentang pengurusan alam semula jadi. Ini

dapat dilihat melalui gaya hidup masyarakat ini sendiri yang harmoni dan serasi

dengan alam sekitar sehingga membolehkan mereka memanfaatkan dan

memelihara hasil hutan yang ada dalam kehidupan sehari-hari. Menurut statistik,

masyarakat orang asli ini boleh dibahagikan kepada tiga rumpun bangsa iaitu senoi,

negrito dan melayu asli. Pada tahun 2005, jumlah masyarakat ini adalah seramai

141 230 orang.

Melihat kepada aspek segi taraf pendidikan, pencapaian masyarakat orang

asli ini amatlah rendah dan jauh ketinggalan berbanding dengan kelompok

masyarakat etnik lain di Malaysia. Sebenarnya, majoriti daripada masyarakat orang

asli ini cuma hidup secara bertani untuk menyara diri. Dalam kes tertentu, terdapat

ramai daripada anak-anak orang asli ini yang tidak dapat ke sekolah. Ini adalah

disebabkan oleh taraf infrastruktur dan prasarana yang kurang lengkap dan masih

lagi terpinggir di kawasan tempat tinggal mereka. Selain daripada itu, kemudahan-

kemudahan lain seperti bekalan elektrik, air bersih, dan jalan darat yang tidak

mencukupi di sekolah juga telah turut menyumbang dalam kemerosotan arus

pendidikan terhadap masyarakat ini sendiri. Akhirnya, ramai daripada golongan-

1
golongan muda masyarakat ini yang terpaksa berhenti sekolah lebih awal untuk

mengikuti dan membantu ibu bapa mereka menyara hidup dengan ke hutan mencari

rotan dan mengusahakan ladang padi serta ubi kayu.

Justeru itu menurut Mustaffa Omar (2004), kemunduran masyarakat orang

asli ini boleh dikaitkan dengan latar belakang akademik mereka yang rendah.

Mungkin disebabkan oleh masalah ini juga, mereka secara tidak langsungnya turut

mempunyai rasa kurang kesedaran serta penyertaan terhadap aspek taraf

pendidikan masyarakat mereka sendiri seperti yang dinyatakan oleh JHEOA (1998)

dimana peratus minat belajar dalam kalangan mereka ini masih berada di tahap

yang rendah iaitu 45.8 peratus dengan kadar buta huruf iaitu sebanyak 49.2 peratus.

1.2 Indigenous.

Masyarakat indigenous merujuk kepada masyarakat pribumi yang mendiami

sesuatu kawasan sejak dari dahulu kala.

Menurut Oxford Advanced Learner’s Dictionary 7th Edition (2010), indigenous are

belonging to a particular place rather than coming to it from somewhere else. (

Pribumi adalah hakmilik kepada sesuatu tempat yang khas dan tidak datang

daripada mana-mana tempat lain.

Jose R. Martinez Cobo (1982), indigenous communities, peoples and nations are

those which, having a historical continuity with pre-invasion and pre-colonial

societies that developed on their territories, consider themselves distinct from other

sectors of the societies now prevailing on those territories, or parts of them. They

form at present non-dominant sectors of society and are determined to preserve,

develop and transmit to future generations their ancestral territories, and their ethnic

2
identity, as the basis of their continued existence as peoples, in accordance with

their own cultural patterns, social institutions and legal system.

Jose R. Martinez Cobo (1982), komuniti, orang dan bangsa indigenous

adalah mereka yang membunyai kesinambungan bersejarah dengan pencerobohan

dan pra-koloni (jangka masa sebelum terdapat sistem koloni dalam masyarakat)

yang berkembang dalam kawasan mereka, dan mengganggap diri mereka berbeza

dari sektor masyarakat yang lain dan masih menetap di kawasan tersebut atau

sebahagian dari kawasan tersebut. Kewujudan mereka pada masa kini merupakan

bersifat tidak dominan dalam masyarakat dan mereka mengambil keputusan untuk

menjaga dan mengekalkan serta memperkembangkan kawasan turun-temurun dan

identiti etnik mereka kepada generasi seterusnya sebagai asas kepada kewujudan

mereka dalam masyarakat dengan berpandukan kepada susunan kebudayaan,

insitusi sosial dan sistem perundangan mereka sendiri.

Ringkasnya, masyarakat indigenous boleh didefinisikan sebagai masyarakat

asal atau masyarakat peribumi yang mempunyai warisan sejarah turun-temurun dan

masih kuat dikekalkan sehingga masa kini tanpa menerima kesan yang banyak dari

pengaruh arus globalisasi. Mereka mempunyai kawasan petempatan mereka sendiri

dan menunjukkan ciri-ciri unik tertentu yang berbeza dengan masyarakat kebiasaan.

Mereka juga mempunyai sistem masyarakat yang agak ketinggalan serta fahaman

dan prinsip hidup yang teguh serta memiliki pelbagai kepercayaan-kepercayaan

lama yang masih diamalkan sehingga ke hari ini.

Terdapat beberapa amalan-amalan baru yang difikirkan dapat meningkatkan tahap

kesedaran dan penyertaan masyarakat orang asli, indigineous dan pedalaman

dalam bidang pendidikan.

3
1.3 Masyarakat Pendalaman.

Secara umumnya, masyarakat pendalaman adalah masyarakat yang tinggal

di kawasan luar bandar. Sebagai contoh, di kawasan kampung yang mana lebih

mundur dari segi aspek kemudahan teknologi ICT, infrastruktur dan taraf kehidupan

jika dibandingkan dengan masyarakat yang tinggal di kawasan bandar. Ini

bermaksud perkembangan taraf pendidikan di kawasan luar bandar juga kurang

sempurna berbanding dengan kawasan di bandar. Walau bagaimanapun, ini tidak

bermakna masyarakat di kawasan luar bandar turut lemah dari segi akademik.

Sebagai tambahan, masyarakat pendalaman ini juga mempunyai taraf sosioekonomi

yang rendah sehingga menyebabkan mereka terpaksa hidup kemiskinan.

Sememangnya masalah-masalah kemudahan yang telah dimaksudkan ini

menjadi suatu halangan khususnya kepada golongan-golongan muda masyarakat

pendalaman dalam menuntut ilmu pendidikan. Bagi masyarakat pendalaman, hal ini

juga turut mengakibatkan mereka tidak berminat dan tidak tertarik terhadap taraf

pendidikan mereka masing-masing. Lebih menyedihkan lagi, ibu bapa di kawasan

pendalaman tidak mementingkan pelajaran anak-anak disebabkan ibu bapa itu

sendiri yang turut tidak mempunyai taraf pendidikan yang baik. Oleh sebab itu,

masyarakat pendalaman ini dilihat kurang mempunyai kesedaran serta penglibatan

diri terhadap bidang pendidikan pada masa kini. Sehubungan dengan itu, mereka

telah lebih suka untuk mengambil berat tentang hal-hal lain seperti menjalankan

aktiviti rutin harian seperti bercucuk tanam, menangkap ikan, serta memungut dan

mencari hasil hutan untuk menyara hidup.

4
1.4 Pendahuluan

Pihak kerajaan pada masa kini sangat mengambil berat terhadap

perkembangan bidang pendidikan di dalam Negara Malaysia kita. Hal ini adalah

kerana taraf pendidikan ini dilihat dapat mencerminkan kemajuan tamadun sesuatu

masyarakat. Lebih-lebih lagi bagi negara kita sendiri yang kini sedang giat

membangun dalam menjadi seperti negara-negara maju yang lain seperti negara

Amerika, China, Jepun, Rusia dan banyak lagi. Menyedari akan hal ini, pihak

kerajaan negara kita sehubungan dengan itu telah menjalankan pelbagai usaha

dalam meningkatkan taraf pendidikan masyarakat penduduknya sendiri. Pelbagai

bentuk pendidikan yang kita lihat sehingga ke hari ini diwujudkan oleh kerajaan

dengan harapan untuk meningkatkan kualiti taraf pendidikan negara kita yang telah

sedia ada di samping memberikan peluang pendidikan kepada setiap orang

penduduk tanpa mengira umur, bangsa dan agama. Di sini terdapat beberapa

langkah usaha pihak kerajaan yang telah dijalankan. Namun, langkah-langkah

usaha yang dinyatakan ini kelihatannya kurang menjadi berkesan terhadap

masyarakat orang asli, indigenous dan pendalaman yang ada di dalam negara kita.

Menyentuh mengenai usaha-usaha kerajaan, kini kempen semakin kerap

sekali kita dengar dijalankan di merata-rata tempat seluruh Negara. Pelbagai bentuk

pendekatan juga digunakan seperti dorongan dan motivasi sepanjang dalam setiap

kempen berkenaan untuk memberikan rasa kesedaran kepada penduduk terhadap

betapa pentingnya bidang pendidikan ini kepada diri, masyarakat dan Negara pada

zaman modenisasi ini. Sehubungan dengan itu, pihak kerajaan sentiasa

mengingatkan dan menyedarkan masyarakat negara bahawa peluang pendidikan

sentiasa disediakan khusus untuk mereka. Sebagai contoh, pihak kerajaan

menyediakan Sekolah Rendah, Sekolah Menengah, Pusat Matrikulasi dan Institut

5
Pengajian Tinggi khusus bagi semua golongan masyarakat muda dan tua

memperolehi pendidikan. Bagi menjayakan harapan transformasi bidang pendidikan

di dalam Negara, setiap penduduk digesa agar berganding bahu mengembleng

tenaga untuk bersama-sama dengan pihak kerajaan memajukan lagi bidang

pendidikan Negara yang telah sedia ada. Sebenarnya, program seperti kempen

mahupun aktiviti ceramah yang dilaksanakan oleh kerajaan ini adalah sesuai dan

baik kerana secara rasionalnya ianya juga dapat menjadi saluran dalam memberikan

bantuan panduan yang lebih mudah kepada setiap penduduk memilih landasan

bidang pendidikan yang diinginkan masing-masing sehingga ke masa hadapan.

Seperti yang kita semua telah sedia maklum, kerajaan juga telah membentuk

program pendidikan seperti “Program Lonjakan Perdana Pendidikan Luar Bandar”

untuk merapatkan jurang perbezaan pendidikan di antara penduduk kawasan luar

bandar dengan penduduk kawasan bandar. Terbaru, pihak Kemeterian Pelajaran

Malaysia (KPM) telah mengumumkan perlaksanaan Pelan Pembangunan

Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 bagi mencapai beberapa matlamat bidang

pendidikan negara yang telah digariskan. Antaranya adalah seperti merapatkan

jurang pencapaian antara murid bandar dengan luar bandar dan menjana suatu

sistem pendidikan yang memberi peluang kepada murid berkongsi pengalaman dan

aspirasi demi membentuk dan memperkukuh lagi asas perpaduan rakyat. Kesemua

program pendidikan yang telah dibina ini adalah semata-mata demi untuk

menaikkan lagi taraf mutu pendidikan penduduk yang ada di dalam Negara kita ini.

Dengan adanya perlaksaan program pendidikan seperti ini, penduduk negara

seharusnya sedar bahawa pihak kerajaan negara sentiasa bersifat prihatin terhadap

kualiti bentuk sistem pendidikan yang ingin diberikan.

6
Bagi murid-murid yang berkeperluan khas pula, pihak kerajaan juga telah

menjalankan pelbagai usaha-usaha yang lain dalam meningkatkan taraf pendidikan

murid-murid khas selain memberikan peluang pendidikan kepada murid-murid

berkeperluan khas ini. Sebagai contoh, sebanyak 32 Program Pendidikan Khas

Integrasi telah diwujudkan di sekolah harian biasa pada tahun 2005 untuk murid

bermasalah pembelajaran. Akta Pendidikan Khas 1966 telah memberi kuasa kepada

Kementerian Pendidikan untuk menggubal kurikulum serta pendidikan yang sesuai

dengan jenis murid selain lain-lain tindakan bagi mengembangkan Program

Pendidikan Khas. Sehubungan dengan hal ini, pihak kerajaan juga telah berusaha

menyediakan kemudahan pendidikan yang lebih baik agar lebih ramai lagi murid

kurang upaya yang mendapat pendidikan formal seperti murid-murid normal di

sekolah-sekolah anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) di negara kita.

Melalui usaha seperti ini, kita dapat melihat bahawa pihak kerajaan secara tidak

langsungnya telah turut berupaya untuk mengelakkan daripada berlakunya isu

ketaksamaan peluang pendidikan terhadap murid-murid berkeperluan khas ini.

Selain daripada menyediakan program pendidikan, pihak kerajaan juga telah

berusaha dalam menyediakan sokongan dan bantuan dari segi aspek kemudahan,

kewangan, dan kesihatan kepada golongan penduduk yang memerlukan khususnya

masyarakat penduduk pendalaman, orang asli, dan indigenous. Ini adalah kerana

penduduk masyarakat ini mengalami masalah taraf kemudahan prasarana yang

rendah seperti kekurangan bekalan elektrik, masalah jalan raya, ketiadaan

kemudahan telefon dan jaringan komunikasi iaitu internet. Di sekolah pula, terdapat

sebanyak 2,300 buah sekolah kebangsaan di kawasan pedalaman seluruh negara

masih lagi tidak mempunyai bekalan air dan elektrik. (Utusan Malaysia, 2005)

Memandangkan golongan masyarakat ini sentiasa mengalami masalah-masalah

7
kekurangan ini, namun pihak kerajaan tidak pernah berputus sebaliknya

menberikan sepenuhnya perhatiaan dalam menyediakan bantuan yang sesuai untuk

memastikan daripada masalah ini tidak berlaku menjadi halangan dan

membimbangkan.

Kesimpulannya, pihak kerajaan pada waktu ketika ini sedang berusaha

dengan gigih untuk mengembangkan bidang pendidikan di dalam Negara kita ini.

Sebagai tambahan, mereka juga sangat mengharapkan maklum balas dan

hubungan yang positif daripada setiap penduduk negara kita ini. Ini kerana dengan

adanya hubungan yang baik dan mesra ini, masyarakat akan menjadi lebih selesa,

senang atau mudah untuk merapatkan diri dan seterusnya melibatkan diri bersama

dengan pihak kerjaan dalam memajukan bidang pendidikan negara. Bsgi memupuk

dan mencapai hubungan positif yang dimaksudkan ini, kerajaan biasanya

mengalakkan setiap penduduk melibatkan diri ke dalam sebarang program

pendidikan yang dianjurkan oleh kerajaan sendiri. Sebagai contoh, perayaan

sambutan sukan tahunan sekolah dan lain-lain. Dengan adanya hubungan sesama

yang baik dan mesra ini, masyarakat akan menjadi lebih selesa, senang dan mudah

untuk merapatkan diri bersama dengan pihak kerjaan dalam mengembangkan

bidang pendidikan negara.

8
2.0 Amalan-amalan baru yang difikirkan dapat meningkatkan tahap kesedaran

dan penyertaan masyarakat orang asli, indigineous dan pedalaman dalam

bidang pendidikan.

2.1 Program Pendidikan Pendekatan Baru Dengan Kerjasama Negara Luar

Masyarakat indigenous, pedalaman dan orang asli merupakan sebahagian

besar penduduk di Malaysia yang masih agak ketinggalan daripada segi bidang

pendididkan. Masyarakat golongan ini mempunyai tanggapan yang agak berbeza

terhadap pendidikan berbanding dengan golongan masyarakat lain, yang mana

kebanyakan mereka menganggap pendidikan ini sesuatu yang tidak penting dan

banyak bertentangan dengan adat resam masyarakat mereka. Hal yang demikian,

amalan-amalan baru perlulah difikirkan agar dapat meningkatkan lagi tahap

kesedaran dan penyertaan masyarakat asli, indigenous dan pedalaman dalam

bidang pendidikan.

Terdapat banyak amalan baharu yang boleh kita fikirkan dalam mengubah

situasi ini. Amalan ini haruslah boleh dipraktikan dan sesuai dengan kehidupan

masyarakat golongan ini. Seperti yang kita sedia maklum, sebelum ini kementerian

pelajaran telah mewajibkan semua ibubapa menghantar anak-anak mereka ke

sekolah dan mereka yang gagal berbuat demikian akan didenda. Namun

pendekatan ini tidak sesuai digunakan pada masyarakat indigenous, pedalaman dan

orang asli kerana pendekatan ini akan membuatkan mereka berasa tertindas kerana

tidak mengetahui terlebih dahulu mesej yang ingin disampaikan. Hal yang demikian,

9
amalan baru perlulah difikirkan dan ia boleh dilakukan melalui program

pendidikan dengan pendekatan baru dan nafas baharu, pendekatan yang

dimaksudkan disini ialah melalui program pendidikan dengan kerjasama Negara kita

dengan pendidik dari luar Negara yang mempunyai system taraf pendidikan kelas

pertama dan mempunyai golongan tepelajar yang tinggi seperti, Shanghai-China,

Singapore dan sebagainya.

Mengikut laporan Programme for International Assessment (PISA) 2012 yang

dikeluarkan oleh Organisation for Economic Co-operation and Development (OECD)

dirujuk dalam laman sesawang utama The Guardian, negara yang mempunyai

rakyat celik terhadap tiga kemahiran utama iaitu matematik, membaca dan sains

tertinggi didahului oleh Shanghai-China, diikuti oleh Singapore dan Hong Kong,

Negara-negara ini wajar dijadikan contoh oleh Negara kita.

Program pendekatan baharu yang dimaksudkan di sini ialah, kita

menjalankan satu kerjasama erat dalam mengadakan program pendidikan

khas untuk masyarakat indigenous, pedalaman dan orang asli di Malaysia

dengan Negara luar, yang mana satu program ini dirangka khas untuk membawa

beberapa wakil masyarakat indigenous, pedalaman dan orang asli yang terpilih

untuk melawat ke Negara luar dan melihat pembangunan pendidikan Negara

tersebut dan sebagainya. Program berkisarkan bidang pendidikan dengan

pendekatan baru ini boleh mendatangkan banyak faedah dan kebaikan untuk semua

ini kerana program ini akan memberi peluang untuk masyarakat mereka belajar dan

membina pengetahuan baru sendiri mengenai pendidikan, sama seperti yang

dinyatakan dalam teori pembelajaran secara Konstruktivisme. Mengikut

Konstruktivisme, pengetahuan dibina secara aktif oleh individu yang berfikir.

Individu ini tidak menyerap secara pasif sebarang pengetahuan yang disampaikan

10
oleh gurunya. Murid akan menyesuaikan sebarang maklumat baru dengan

pengetahuan sedia ada mereka untuk membentuk pengetahuan baru dalam

mindanya dengan bantuan interaksi sosial bersama rakan dan gurunya. Dalam hal

ini, masyarakat bertindak sebagai murid dan Negara luar sebagai guru mereka,

masyarakat akan menyesuaikan pengetahuan atau maklumat baru terhadap bidang

pendidikan dengan sedia ada, perlakuan ini akan menambahkan lagi kefahaman

golongan ini terhadap pentingnya pendidikan.

Seperti yang dinyatakan oleh (Brooks & Brooks, 1993)

“Constructivist theory posits that students make sense of the world by synthesizing

new experiences into what they have previously understood. They form rules

through reflection on their interaction with objects and ideas. When they encounter

an object, idea or relationship that does not make sense to them, they either interpret

what they see to conform to their rules or they adjust their rules to better account for

the new information.”

(Teori konstruktivisme menyatakan bahawa murid membina makna tentang dunia

dengan mensintesis pengalaman baru kepada apa yang mereka telah fahami

sebelum ini. Mereka membentuk peraturan melalui refleksi tentang interaksi mereka

dengan objek dan idea. Apabila mereka bertemu dengan objek, idea atau

perkaitan yang tidak bermakna kepada mereka, maka mereka akan sama ada

menginterpretasi apa yang mereka lihat supaya secocok dengan peraturan yang

mereka telah bentuk atau mereka akan menyesuaikan peraturan mereka agar dapat

menerangkan maklumat baru ini dengan lebih baik)

Melalui semua usaha ini kita akan dapat melihat, program seperti ini

sememangnya satu pendekatan baru yang sesuai untuk dilaksanakan, kerana ia

11
dapat menyediakan pengalaman belajar yang banyak terhadap masyarakat ini

terutamanya mengenai maklumat dan isu-isu semasa bidang pendidikan dunia.

Maklumat seperti isu semasa yang berkaitan dengan pendidikan perlulah diberikan

dengan lebih jelas dan banyak agar ia dapat memberikan gambaran jelas terhadap

mereka agar memudahkan mereka untuk menyebarkan maklumat ini kepada ahli

masyarakat mereka masing-masing.

Dalam program ini juga, segala perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan dalam

membawa mereka melawat ke Negara luar, mengenali budaya luar dan pendidikan

semasa di sana. Lawatan ini boleh dibuat di tempat-tempat yang menarik seperti

perpustakaan Negara, makmal perubatan dan sebagainya. Selain itu, mereka juga

akan diberi peluang untuk mengikuti pelbagai kursus seperti pendidikan jasmani dan

kesihatan, sains dan sebagainya dalam Negara yang mempunyai sistem pendidikan

tinggi ini. Dengan semua pendedahan ini, nescaya masyarakat indigenous,

pedalaman dan orang asli lebih sedar akan kepentingan sebenar pendidikan kepada

mereka dan mereka juga sedar akan bagaimana dengan pendidikan mereka boleh

berjaya seterusnya wakil golongan masyarakat dalam program ini akan

mengkonsikan pengalaman mereka terhadap masyarakat mereka yang lain.

2.2 Sekolah Mengadakan Aktiviti Khas Pelajar Bersama Ibubapa

Amalan seterusnya yang boleh dilaksanakan ialah sekolah mengadakan

aktiviti khas pelajar bersama ibubapa. Dalam amalan ini ibubapa dilibatkan bersama-

sama murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran oleh guru. Amalan ini

menitikberatkan pengelibatan secara aktif ibubapa dalam pembelajaran anak

mereka. Seperti yang kita ketahui, ibubapa merupakan pihak yang mempunyai

tanggungjawab besar di dalam memastikan pendidikan anak-anak mereka terus

12
bergerak ke satu tahap yang diingini, begitu juga dalam hal ini. Bagi memastikan

masyarakat indigenous, pedalaman dan orang asli sedar dan melibatkan diri dalam

bidang pendidikan langkah ini perlulah diambil oleh kementerian pelajaran agar

ianya dilaksanakan ke semua sekolah yang melibatkan masyarakat ini.

Aktiviti ini juga akan memberi banyak faedah kepada semua pihak dan kerana

ia dapat mewujudnya penglibatan secara langsung dikalangan keluarga pelajar

untuk mengalami secara sendiri pembelajaran yang dilakukan oleh guru terhadap

anak mereka, dan ini akan memberi ibubapa pelajar tersebut maklumat dan

pengalaman sebenar terhadap pendidikan anak-anak mereka. Seterusnya ini,

menimbulkan kesedaran akan suasana sebenar dunia pendidikan terhadap ibubapa

pelajar.

Merujuk di dalam buku Makna Baharu Perubahan Pendidikan Epestin(1986)

menyatakan,

“Para ibu bapa yang mempunyai anak yang duduk di dalam bilik darjah yang

mempunyai guru yang memasukkan penglibatan ibu bapa sebagai sebahagian

daripada amalan pengajaran biasa mereka lebih menyedari tentang usaha guru,

menerima lebih banyak fikiran daripada guru, tahu lebih banyak program pengajaran

anak mereka…”

Dalam buku ini juga, kajian Epstien (1986) juga melaporkan bahawa

pengelibatan ibubapa kritikal dalam memastikan kejayaan pendidikan murid. Hal

yang demikian, pihak sekolah perlulah memperbanyakkan lagi sesi melibatkan

ibubapa pelajar dengan pembelajaran anak-anak mereka agar peratus kejayaan

objektif pembelajaran dapat dicapai dengan lebih baik menjadi lebih tinggi lagi

13
kerana ibubapa boleh meneruskan pembelajaran di rumah kelak bersama anak-

anak mereka.

2.3 Memberikan Ganjaran

Selain itu, bagi menarik minat masyarakat ini untuk mendekati dan mengenali

dunia pendidikan, amalan sistem ganjaran juga boleh dilakukan. Sistem ganjaran

merupakan satu pendekatan yang biasa digunakan dalam bilik darjah oleh guru-

guru, yang mana kita boleh melihat pelajar yang cemerlang dalam sesuatu mata

pelajaran biasanya akan diberikan hadiah atau sijil penghargaan. Sistem ini juga

boleh digunapakai semasa hendak menyedarkan kepentingan pendidikan kepada

masyarakat indigenous, pedalaman dan orang asli. Amalan memberikan ganjaran ini

dibuat berdasarkan kehadiran mereka ke sekolah, berbeza dengan bantuan

kerajaan amalan memberi ganjaran ini diberi apabila mereka ke sekolah dan

melakukan perkara yang diingini oleh kementerian pendidikan.

Seperti yang terdapat dalam teori behavoris yang dipelopri oleh B.F Skinner

yang mana ganjaran penting untuk mengekalkan perlakuan yang diingini, dalam

konteks ini ganjaran diberikan kepada mereka agar terus ke sekolah dan menimba

ilmu.

Murid yang ke sekolah akan diberi ganjaran yang setimpal begitu juga dengan

ibubapa mereka yang turut serta mendapat ganjaran yang sama. Ganjaran ini boleh

berbentuk elaun, makanan dan keperluan asas masyarakat orang asli. Kita juga

boleh menetapkan peraturan, sekirannya mereka gagal ke sekolah ganjaran tidak

diberi dan boleh ditarik balik. Walaupun kedengaran agak kejam namun dengan

wujudnya sistem ini, masyarakat orang asli akan lebih bersemangat untuk datang ke

sekolah dan belajar.

14
2.4 Guru Mengajar Dengan Menggunakan Pendekatan Menarik yang Baru

Antara amalan lain yang boleh difikirkan ialah guru mengajar dengan

menggunakan pendekatan menarik. Seperti yang kita ketahui pendekatan yang betul

akan mampu menarik perhatian murid terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran.

Murid memerlukan ruang yang selesa dan tumpuan yang tidak terganggu semasa

sesi pembelajaran begitu juga dengan minat murid. Sesuatu pembelajaran itu akan

lebih menarik apabila ianya berkaitan dengan minat pelajar dan ini memudahkan lagi

pembelajaran itu berlaku. Oleh yang demikian, dalam hal ini guru boleh merancang

aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan lebih teliti dan teratur.

Bagi memastikan para pelajar masyarakat indigenous, pedalaman dan orang

asli melibatkan diri dalam pendidikan di sekolah guru seharusnya menggunakan

pendekatan yang menarik kerana ia dapat menimbulkan perasaan yang seronok

untuk belajar di kalangan muridnya. Pendekatan yang dibuat hendaklah bersesuaian

dengan penerimaan murid yang mana mereka menyukai dan biasa melakukannya,

dengan kata lain sesuai dengan norma masyarakat mereka. Jika pengajaran tidak

mengikut norma mereka, kecendrungan untuk pelajar kurang berminat dan tidak

memberi tumpuan terhadap pembelajaran dan pengajaran guru adalah tinggi.

Hal yang demikian, pendekatan terbaik haruslah dibuat oleh guru sesuai

dengan norma masyarat ini dan antara pendekatan yang boleh dibuat ialah

berkisarkan aktiviti perlakuan seharian mereka. Aktiviti ini boleh dilihat seperti

menyanyi, bermain alat muzik, menari dan melibatkan kehidupan seharian seperti

memburu dan memungut hasil hutan dan sebagainya. Sebagai contohnya murid

lebih gemar melakukan permainan yang melibatkan melontar, guru boleh membina

aktiviti daripada minat pelajar. Seterusnya, guru boleh mengajar murid dalam mata

15
pelajaran sains misalnya dengan mengaitkan kehidupan seharian seperti memburu,

bercucuk tanam dan sebagainya.

Pendekatan pembelajaran seperti ini sesuai dilaksanakan di kalangan murid

yang mempunyai pegangan atau kepercayaan yang kuat terhadap masyarakat

mereka. Sebagai seorang guru kita hendaklah peka terhadap kehidupan serta latar

belakang pelajar kita agar semua aktiviti pengajaran dan pembelajaran ini dapat kita

laksanakan dengan jayanya.

2.5 Konsep Sekolah Rimba Malaysia (Forest School)

Salah satu daripadanya ialah dengan menerapkan elemen Sekolah Rimba

Malaysia (forest school) dalam kalangan murid orang asli, indigenous dan

pedalaman.

Dalam kajian yang dilakukan oleh Liz O’brien & Richard Murray (2006),

perkembangan tentang konsep Sekolah Rimba ini telah bermula di Britain pada

pertengahan tahun 1990 berdasarkan idea Scandinavian yang menitikberatkan

hubungan antara kanak-kanak dan alam persekitaran semula jadi amat penting.

Sekolah Rimba ialah proses inspirasi yang memberi peluang kepada kanak-kanak,

remaja dan dewasa peluang untuk mencapai dan memperkembangkan keyakinan

melalui pengaplikasian aktiviti dalam persekitaran rimba, Liz O’brien & Richard

Murray (2006).

Keunikan konsep Sekolah Rimba adalah apabila lokasi luar bilik darjah dipilih

sebagai tapak pembelajaran. Smith dan Sobel (2010) dalam Nur Bahiyah Binti Abdul

Wahab et. Al (2013) menyatakan pendekatan pembelajaran dan pengalaman yang

lebih konstruktif dan berkesan seperti pembelajaran di luar bilik darjah akan dapat

16
membina pengalaman pembelajaran yang dinamik dan meneroka kemampuan dan

kemahiran murid. Halizah Hamzah & Joy Nesamalar Samuel (2009) turut

menyatakan, pembelajaran menjadi bermakna jika berkaitan dengan pengalaman

murid kerana murid boleh menggambarkan dan memahaminya dengan lebih jelas.

Selain itu, murid dapat melihat bagaimana perkara yang baharu dipelajari dapat

diaplikasikan dalam kehidupan harian mereka. Hal ini turut membantu mereka

mengingati perkara yang dipelajari.

Lamb (2011) dalam Nur Bahiyah Binti Abdul Wahab et. Al (2013)

berpendapat, kanak-kanak akan mendapat pengalaman bermakna apabila

melibatkan diri dengan aktiviti Sekolah Rimba khasnya dalam empat aspek iaitu

psikomotor, afektif, kognitif dan kepekaan terhadap alam sekitar. Bagi aspek

psikomotor, aktiviti di rimba yang dipengaruhi oleh keadaan bentuk muka bumi yang

pelbagai dapat melatih dan mengembangkan kekuatan fizikal murid melalui aktiviti-

aktiviti yang pelbagai. Sementara dalam aspek afektif pula, Sekolah Rimba dapat

meningkatkan kemahiran sosial murid melalui aktiviti secara individu, berpasangan

ataupun secara berkumpulan. Manakala, bagi aspek kognitif pula, aktiviti

pembelajaran yang berasaskan masalah dapat diadakan untuk merangsang dan

melatih kemahiran berfikir murid secara kritis dan kreatif. Seterusnya, dengan aktiviti

yang diadakan di persekitaran semula jadi mereka, pastinya akan dapat memupuk

perasaan cinta dan sayang kepada alam sekitar dengan lebih mendalam.

2.6 Pendidikan Dari Rumah Ke Rumah

Jika sebelum ini, murid yang diminta menghadiri sekolah, bagaimana jika

guru pula yang datang ke rumah murid untuk melaksanakan pengajaran dan

pembelajaran. Akta Pendidikan 1996 telah mengemukakan satu undang-undang

17
baharu tentang pendidikan bagi maksud melaksanakan dasar pendidikan negara

yang berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Akta ini bukan sahaja

dapat memantapkan sistem pendidikan kebangsaan tetapi memperluas skop

pendidikan di negara kita. Noriati A. Rashid et. Al (2012) berpendapat bahawa

perancangan pendidikan abad ke-21, mestilah bersifat futuristik, fleksibel dan

dinamik supaya dapat menentukan corak masyarakat dan profil bangsa dan

warganegara Malaysia. Sehubungan dengan itu, cadangan pendidikan dari rumah

ke rumah wajar diadakan di atas beberapa faktor yang difikirkan elok

dipertimbangkan.

Dalam Laporan Status Hak Pendidikan Kanak-Kanak Orang Asli (2010),

antara masalah yang dihadapi oleh murid sekolah kanak-kanak orang asli di

kawasan pedalaman ialah, masalah pengangkutan dan ketiadaan jalan penghubung

ke kampung mereka. Selain itu, kenderaan yang disediakan juga usang dan kerap

rosak. Ini menyebabkan murid-murid tidak dapat pergi ke sekolah untuk mengikuti

pengajaran dan pembelajaran. Kesannya, terdapat jurang pencapaian yang besar

antara kanak-kanak arus perdana dengan kanak-kanak Orang Asli dalam

penguasaan kemahiran membaca, menulis dan mengira.

Oleh yang demikian, cadangan untuk menghantar guru ke petempatan dan

kawasan tempat tinggal masyarakat ini mungkin boleh dilaksanakan secara

berperingkat. Tujuan utamanya ialah supaya kanak-kanak Orang Asli lebih berminat

untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran dan memperkembangkan kemahiran

asas pendidikan terutamana membaca, mengira dan menulis (3M). Dalam

melaksanakan langkah ini, apa yang perlu dititikberatkan ialah sifat, peribadi dan

kualiti guru itu sendiri disertai dengan pemilihan strategi, kaedah dan teknik

18
pengajaran serta penggunaan bahan-bahan yang bersesuaian untuk aktiviti

pengajaran dan pembelajaran.

Antara pengajaran yang terbaik, adalah apabila ia keluar secara spontan

daripada intuisi yang paling dalam. Pada asasnya, mengajar merupakan seni

mencipta pengalaman yang membawa manusia kepada tahap kesedaran yang lebih

tinggi. Ia adalah seni menyelami perasaan hati, keperluan dan jangkaan para pelajar

dan pada masa yang sama, turut peka kepada perasaan hati, keperluan dan

jangkaan kita sendiri, Jane Dalton & Lyn Fairchild (2008). Haliza Hamzah & Joy

Nesamalar Samuel (2009), menyatakan, semua orang boleh menjadi guru, tetapi

tidak semua orang boleh menjadi guru yang efektif. Guru yang efektif, haruslah

bersemangat dan proaktif untuk memotivasikan muridnya kerana keinginan beliau

untuk mengajar dapat dirasakan oleh murid-muridnya. Selain itu, guru efektif juga

sensitif dan peka terhadap perbezaan cara belajar dan keperluan muridnya.

Seterusnya, guru yang efektif berkemahiran memilih strategi dan kaedah untuk

mempelbagaikan penyampaian bersesuaian dengan keperluan, tahap pencapaian di

samping mengambil kira perbezaan dalam kalangan murid.

Pengajaran yang berkesan tidak hanya memerlukan strategi, kaedah dan

teknik tertentu tetapi juga sebaiknya menggunakan bahan bantu pengajaran dan

pembelajaran yang sesuai. Oleh itu, guru digalakkan membawa bahan-bahan yang

bersesuaian untuk digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran bersama

dengan murid-murid Orang Asli, indigenous dan pedalaman. Bryan Coombs (2010)

menyatakan bahan pengajaran digunakan supaya dapat merangsang pembelajaran,

mengekalkan minat, menambah kepelbagaian dalam pelajaran dan menggambarkan

hubungkait antara subjek.

19
Setelah beberapa ketika mengikut kadar yang bersesuaian, pengajaran dari

rumah ke rumah ini boleh diperkembangkan kepada kumpulan yang lebih besar.

Sebagai contoh, jika pada permulaannya pengajaran berlaku di sesebuah rumah

sahaja, pada masa atau sesi seterusnya, murid-murid dari dua atau tiga buah rumah

boleh dikumpulkan dan digabungkan dalam satu aktiviti pengajaran dan

pembelajaran yang sama. Dari sini, pelbagai strategi, kaedah dan teknik boleh

diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan lagi minat dan

keinginan murid-murid orang asli, indigenous dan pedalaman untuk belajar

seterusnya meningkatkan kualiti kehidupan mereka.

2.7 Jemput artis atau tokoh terkenal untuk memberi motivasi.

Manusia sepanjang hidupnya berusaha untuk mencari pengalaman-

pengalaman baru, dan untuk itu ia mencuba segala macam pengembaraan sama

ada fizikal, mental atau sosial. Kita tidak akan dapat menguasai sesuatu kemahiran

atau memperolehi pengalaman baru tanpa mencuba segala macam kembara atau

cuba jaya, Hassan Langgulung (1983).

Albert Bandura (1963) menekankan kanak-kanak belajar melalui pemerhatian

dan peniruan. Peniruan ini berlaku disebabkan oleh beberapa faktor dalaman dan

faktor luaran. Dalam satu eksprerimen yang dilakukan oleh beliau bersama dengan

Richard Wales, peniruan boleh berlaku hanya melalui pengamatan terhadap

perilaku model (orang yang ditiru) meskipun tanpa sebarang peneguhan. Proses

pembelajaran seperti ini disebut ‘observational learning’ atau pembelajaran melalui

pengamatan. Albert Bandura dalam Ramlah Jantan & Mahani Razal (2004)

menyatakan terdapat beberapa cara peniruan iaitu meniru secara langsung.

Contohnya guru membuat demostrasi cara membuat kapal terbang kertas dan

20
pelajar meniru secara langsung. Seterusnya proses peniruan melalui sekatlakuan

dan taksekatlaku. Contohnya kanak-kanak meniru perlakuan bersorak di padang,

jadi perlakuan bersorak merupakan tak sekat lakuan di padang. Keadaan sebaliknya

jika kanak-kanak bersorak di dalam kelas semasa guru mengajar, semestinya guru

akan memarahi dan memberi tahu perlakuan yang dilakukan tidak dibenarkan dalam

keadaan tersebut, jadi perlakuan tersebut menjadi sekatlakuan dalam situasi

tersebut. Proses peniruan yang seterusnya ialah elisitasi. Proses ini timbul apabila

seseorang melihat perubahan pada orang lain. Contohnya seorang kanak-kanak

melihat rakannya melukis bunga dan timbul keinginan dalam diri kanak-kanak

tersebut untuk melukis bunga.

Berdasarkan teori ini, satu perkara yang perlu ialah model (orang yang ditiru).

Justeru itu, jika diaplikasikan dalam amalan-amalan baru yang difikirkan dapat

meningkatkan tahap kesedaran dan penyertaan masyarakat orang asli, indigineous

dan pedalaman dalam bidang pendidikan, maka model yang dipilih haruslah mampu

memberikan atau menunjukkan sesuatu pengetahuan dan pengalaman yang baru

kepada murid-murid ini. Justeru, langkah menjemput tokoh-tokoh atau artis-artis

terkenal mungkin boleh dipertimbangkan untuk diadakan. Antara tokoh yang boleh

dijemput ialah, Perdana Menteri Dato' Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak ataupun

Menteri Pendidikan Y.A.B. Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd. Yassin.

Tokoh ini boleh memberi ceramah-ceramah motivasi bagi menarik perhatian

masyarakat-masyakat orang asli, indigenous dan pedalaman bagi menaikkan

semangat mereka untuk berubah dan maju ke arah kejayaan masyarakat mereka

sendiri.

Selain itu, artis-artis antarabangsa mahupun artis-artis tempatan boleh

mengadakan program yang berteraskan pendidikan bersama dengan golongan

21
masyarakat ini bagi menarik minat mereka untuk pergi ke sekolah atau institusi

pendidikan dan menimba ilmu. Sebagai contohnya, Siti Nurhaliza boleh dijemput

untuk memberi ceramah tentang bidang nyanyian, Safee Sali dalam bidang sukan

bola sepak, Chef Wan dalam bidang masakan, Man Kidal dalam bidang muzik dan

artis-artis lain dengan bidang mereka masing-masing. Affizal Ahmad (2008)

menyatakan pendidikan berkualiti sangat efektif bagi menentang kemiskinan,

membina demokrasi, dan membentuk masyarakat yang sejahtera. Ia juga memberi

kuasa kepada individu, memberi mereka suara, mendedahkan potensi mereka,

menunjukkan jalan ke arah penyempurnaan diri, serta meluaskan pandangan dan

pemikiran individu kepada dunia tanpa sempadan. Melalui pendidikan, individu

berupaya membina keyakinan diri untuk berhadapan dengan dunianya, menikmati

kemudahan yang ada dipersekitarannya, serta memahami diri sendiri. Pendidikan

bertindak sebagai pemangkin kesejahteraan hidup dengan cara memimpin individu

ke arah sumber-sumber ekonomi yang mantap, keupayaan kawalan diri, dan

kestabilan hubungan sosial.

Dengan adanya sesi ceramah berserta dengan beberapa pengisian aktiviti

lain yang bersesuaian, pastinya program-program seperti ini dapat memberi satu

pengalaman yang baru kepada golongan masyarakat ini dan diharapkan dapat

memotivasikan mereka untuk meneroka pelbagai bidang lain untuk

memperkembangkan tahap dan status sosioekonomi mereka. Seterusnya,

mengingatkan lagi prestasi pendidikan mereka terutamanya dalam menguasai

kemahiran asas 3M iaitu, membaca, menulis dan mengira. Kesannya, mereka akan

lebih berpeluang untuk berbakti kepada negara mereka sendiri di samping dapat

memberbaiki taraf kehidupan keluarga dan masyarakat mereka.

22
3.0 Rumusan

Sesungguhnya segala hasrat kerajaan dalam meningkatkan kemajuan

taraf bidang pendidikan Negara adalah bergantung kepada bentuk usaha dan

strategi perlaksanaan yang inigin digunakan. Cabaran utama yang dihadapi oleh

kerajaan pada hari ini bukanlah terhadap masyarakat yang tinggal di kawasan

bandar semata-mata. Sebaliknya, kerajaan juga seharusnya mengambil lebih fokus

juga kepada masyarakat orang asli, indigenous dan pendalaman. Memandangkan

masyarakat jenis ini mempunyai pelbagai masalah dalam taraf bidang pendidikan

masing-masing, namun perkara seperti sebenarnya tidak mustahil untuk diatasi.

Dengan memwujudkan langkah usaha yang bersesuaian, sudah tentulah masalah-

masalah yang tidak diingini dapat diatasi. Walau bagaimanapun, bagi mencapai

hasrat bentuk bidang pendidikan yang diinginkan, masyarakat perlulah mempunyai

tahap kesedaran dan penyertaan dalam bidang pendidikan yang baik terlebih

dahulu. Tuntasnya, segala usaha yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan Negara

adalah sebenarnya masih belum mencukupi. Akan tetapi, dengan berasaskan

kepada cadangan-cadangan amalan baru yang telah dijelaskan pada sebelum ini,

sudah tentulah diharapkan agar segala masalah tahap kesedaran mahupun

penyertaan yang berlaku di kalangan masyarakat orang asli, indigenous dan

pendalaman ini dapat diatasi.

23

Vous aimerez peut-être aussi