Vous êtes sur la page 1sur 14

ISI KANDUNGAN

1. HALAMAN PENGAKUAN.......................................................................................... i

2. BIODATA PELAJAR.................................................................................................. ii

3. PENGHARGAAN....................................................................................................... iii

4. TUGASAN 1: PENULISAN ILMIAH

1.0 PENGENALAN......................................................................................................1

1.1 KONSEP HUBUNGAN ETNIK DARI PERSPEKTIF KEPELBAGAIAN

AGAMA MENURUT ISLAM.......................................................................................2

1.2 PEMBENTUKAN MASYARAKAT PLURALISTIK DI ALAM

MELAYU DI ZAMAN PENJAJAHAN BRITISH..........................................................3

1.3 PENGGUNAAN BAHASA MELAYU SEPERTI MANA YANG

TERMAKTUB DALAM PERKARA 152 (1) PERLEMBAGAAN MALAYSIA,

MERUPAKAN ASAS KEPADA PEMBINAAN JATI DIRI,

NEGARA BANGSA..................................................................................................4

1.4 SEJAUHMANAKAH USAHA KERAJAAN, MASYARAKAT

DAN BADAN BUKAN KERAJAAN (NGO) KE ARAH MEWUJUDKAN

INTEGRASI NASIONAL DAN CABARAN YANG DIHADAPI

DALAM MEMUPUK SEMANGAT PATRIOTISME DIKALANGAN

WARGA HARI INI................................................................................................5-6

2.0 PENUTUP.........................................................................................................7

5. RUJUKAN..............................................................................................................8

6. LAMPIRAN..........................................................................................................9-10

1
HALAMAN PENGAKUAN

Saya akui bahawa penulisan ini adalah hasil kerja saya sendiri dengan memetik artikel dari
majalah dan buku-buku rujukan dan juga bahan yang diperoleh dari internet.

Tandatangan;………………………………………

(NUR AMALIN BINTI ABD RAHIM)

2
BIODATA PELAJAR

NAMA:NUR AMALIN BINTI ABD RAHIM

NO.KAD PENGENALAN:971227-03-5614

ALAMAT RUMAH:LOT 2319, KAMPUNG BELUKAR JALAN HOSPITAL, 15200 KOTA


BHARU, KELANTAN.

UMUR: 22 TAHUN

TARIKH LAHIR:27 DISEMBER 1997

STATUS:BUJANG

ASAL:KOTA BHARU, KELANTAN

NO.TELEFON:013-9039283

NAMA WARIS:ABD RAHIM BIN YUSOFF

EMAIL:amalinrahim97@gmail.com

ii

3
PENGHARGAAN

Syukur kepada Hadrat Illahi dengan limpah kurnia-Nya saya dapat menyiapkan
tugasan MPU3122 Hubungan Etnik ini sepenuhnya dengan lengkap dalam tempoh yang
ditetapkan. Kerja kursus ini dapat saya laksanakan dengan sempurna dan mendapat tunjuk
ajar daripada pelbgai pihak.

Pertama sekali saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada tenaga pengajar
selaku pensyarah pembimbing iaitu Encik Mahadi bin Hussin kerana telah memberi tunjuk
ajar dan penerangan yang jelas mengenai tugasan ini sepanjang berada dalam kelas
sehingga saya dapat menyelesaikan tugasan ini dengan jayanya. Sekalung penghargaan
dibuat untuk rakan-rakan sekelas saya yang banyak membantu dan mendorong saya..

Tidak lupa juga kepada ahli keluarga saya terutamanya ibu bapa saya yang
memahami saya sebagai seorang pelajar dan banyak memberi sumber kewangan kepada
saya untuk menyiapkan tugasan ini dan banyak memberi sokongan dan dorongan kepada
saya.

Akhir kata, sekali lagi saya ingin merakamkan jutaan terima kasih yang tidak
terhingga kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung sepanjang
saya melakukan tugasan ini sehingga siap dengan sepenuhnya.

SEKIAN,TERIMA KASIH

--------------------------------

(NUR AMALIN BINTI ABD RAHIM)

iii

4
TUGASAN 1: PENULISAN ILMIAH

1.0 PENGENALAN

Hubungan etnik adalah salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan manusia kerana
manusia itu dijadikan berbangsa-bangsa, berkaum-kaum dan berpuak-puak. Realitinya,
kehidupan manusia itu adalah dalam konteks kepelbagaian. Masyarakat pelbagai etnik,
budaya dan agama merupakan ciri utama negara-negara di dunia pada hari ni. Rakyat
Malaysia berhadapan dengan realiti hubungan etnik ini kerana di negara kita terdapat lebih
kurang 200 suku kaum. Walaupun yang kelihatan nyata adalah tiga komuniti etnik utama
iaitu Melayu, Cina dan India tetapi pada hakikatnya terdapat banyak lagi kaum minoriti lain
seperti Iban, Melanau dan Kadazan yang mendiami di Sabah dan Sarawak. Justeru itu, isu-
isu yang berkaitan hubungan etnik adalah penting untuk difahami demi membina
kesejahteraan hidup bagi setiap insan.

5
1.1 KONSEP HUBUNGAN ETNIK DARI PERSPEKTIF KEPELBAGAIAN AGAMA
MENURUT ISLAM

Islam adalah satu agama yang lengkap merangkumi segenap aktiviti kehidupan
manusia. Ajaran Islam bukan hanya menganjurkan umatnya berbuat baik sesama Islam
tetapi juga antara bukan Islam. Orang bukan Islam mempunyai hak yang tertentu dan
dilindungi selagi tidak memerangi Islam. Dalam hubungan antara orang Islam dan orang
bukan Islam, Islam telah menetapkan peraturan tertentu yang mesti dipatuhi. Hal ini jelas
sepertimana dalam Surah al-Hujurat ayat 13 yang mengiktiraf kepelbagaian etnik itu adalah
sesuatu yang lumrah dan kepelbagaian itu bukan untuk berkonflik tetapi saling mengenali
antara satu dengan lain.

Dalam surah al-Hujurat ayat 13, Allah berfirman yang bermaksud;

“Wahai manusia! Kami jadikan kamu dari lelaki dan wanita, dan Kami jadikan kamu
berpuak-puak supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya yang mulia dari kalangan
kamu di sisi Allah ialah mereka yang bertakwa”.

Ayat ini menjelaskan kebijaksanaan dan kebesaran Allah menjadikan manusia terdiri
dari pelbagai bangsa, suku, lelaki dan wanita supaya mereka saling kenal mengenali,
memahami dan mengetahui antara satu sama lain. Interaksi etnik dapat membantu
kesedaran, pemahaman dan pemindahan nilai-nilai murni serta ilmu pengetahuan berguna
yang dapat membantu kemajuan hidup manusia. Sukar untuk dibayangkan mengenai
tamadun manusia jika tidak berlaku pemindahan nilai-nilai murni dan ilmu pengetahuan
dalam kalangan pelbagai etnik. Tiada idea-idea baru dan sistem hidup manusia menjadi
statik serta mundur. Kegiatan yang membolehkan berinteraksi dengan etnik lain dengan
penuh penghargaan dan saling hormat menghormati menyebabkan pelbagai idea dan
pendekatan baru bakal muncul di bidang sains, teknologi, ekonomi, politik dan sosial dapat
diterokai sehingga menjadikan kehidupan manusia lebih sempurna. Malangnya, sekiranya
perbezaan etnik ini dibawa ke arah kebencian, ketamakan dan egoism ia akan
menjerumuskan kehidupan manusia kepada peperangan, sabotaj dan kekolotan yang
membinasakan.

Ringkasnya, penghayatan Islam yang sebenar bersumberkan al-Quran dan al-


Sunnah begitu penting bagi masyarakat majmuk di Malaysia dan pembangunan negara yang
mapan. Pengalaman sejarah Nabi Muhammad S.A.W. dalam pengurusan pelbagai etnik di
Madinah menjadi contoh sandaran kepada kerajaan Malaysia untuk membentuk negara
yang maju, bersatu padu dan makmur.

6
1.2 PEMBENTUKAN MASYARAKAT PLURALISTIK DI ALAM MELAYU DI ZAMAN
PENJAJAHAN BRITISH

Kewujudan pelbagai etnik di Alam Melayu telah memberi sumbangan terhadap


pembentukan masyarakat plural yang dapat hidup secara bersama dalam kepelbagaian.
Alam Melayu berfungsi sebagai tempat pertemuan pelbagai tamadun dan budaya. Interaksi
antara budaya-budaya menjadikan Alam Melayu mengalami kepluralitian budaya. Sebelum
kedatangan orang Eropah atau kuasa imperialisme, pola masyarakat pelbagai bangsa
terbentuk melalui proses semula jadi, tanpa sebarang rancangan dan pemaksaan di
sebaliknya. Hasilnya, mereka berjaya mewujudkan interaksi harmoni dengan penduduk
tempatan, sistem sosial, politik dan agama yang sedia ada.

Kemudian, ketika kedatangan penjajah British mereka menjajah Tanah Melayu


berteraskan tiga matlamat utama iaitu Gospel (Pengembangan agama), Gold (Kekayaan)
and Glory (Kemegahan). Fenomena ini telah memberi kesan dalam sistem kehidupan
masyarakat di Alam Melayu. Kedatangan British mewujudkan kedatangan orang Cina dan
India ke Tanah Melayu bagi memenuhi peluang-peluang pekerjaan seperti perlombongan,
perladangan dan perniagaan. Kewujudan peluang-peluang pekerjaan yang banyak,
kekalutan ekonomi dunia serta galakan daripada British menjadi faktor penggerak
kedatangan orang-orang Cina dan India ke Tanah Melayu. Maka, kewujudan pelbagai kaum
mengekalkan kebudayaan masing-masing telah mengakibatkan satu masyarakat majmuk di
Tanah Melayu. Melalui kedatangan buruh dari Cina dan India maka berlakunya interaksi
yang baik di antara orang-orang Cina dan India yang datang dengan orang-orang Melayu.
Melalui hubungan baik ini telah berlakunya akomodasi cara hidup yang harmoni.

Selain itu, koloniasme British memberi impak sangat besar terhadap masyarakat di
Alam Melayu sama ada dalam bentuk material mahupun non-material. Menurut Al-Attas,
kehadiran koliniasme British membawa dasar memisahkan orang Islam dari agama mereka.
British mula bertapak kukuh menerusi satu campur tangan secara tidak langsung pada 1786
apabila Pulau Pinang diperolehi dari Kedah. Bagi memastikan penaklukan mereka berjalan
secara lebih tersusun dan sistematik, penasihat British kemudiannya ditempatkan di Negeri
Melayu Tidak Bersekutu (NMTB). Perjanjian Pangkor 1874 merupakan titik permulaan
penguasaan British di Tanah Melayu. Perkembangan ini jelas menunjukkan agama
dipisahkan daripada urusan politik, pentadbiran, undang-undang, ekonomi, pendidikan dan
sebagainya. Oleh itu, agama Islam dan adat istiadat Melayu terletak di bawah pentadbiran
British. British juga mengamalkan pengagihan kuasa yang terbahagi kepada tiga sistem
utama iaitu sistem kehakiman, eksekutif dan perundangan di bawah penguasaan British.

7
1.3 PENGGUNAAN BAHASA MELAYU SEPERTI MANA YANG TERMAKTUB DALAM
PERKARA 152 (1) PERLEMBAGAAN MALAYSIA, MERUPAKAN ASAS KEPADA
PEMBINAAN JATI DIRI, NEGARA BANGSA

Bahasa Melayu sebagai lambang jati diri yang dikongsi masyarakat berbilang kaum.
Bahasa bukan sahaja sebagai medium dalam menyampaikan maklumat akan tetapi
merupakan lambang kepada wujudnya sesebuah negara. Ia berperanan luas sebagai
bahasa pemersatu. Hasrat ini terungkap dalam dasar bahasa dengan merujuk pada
Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Melalui perkara ini, Bahasa
Melayu telah dipilih sebagai lambang jati diri warganegara Malaysia.

Jati diri merupakan satu sifat yang perlu ada dalam warganegara tidak kira dari
ras dan etnik yang berbeza. Jati diri yang sama perlu di kongsi bersama bagi memupuk
semangat cinta akan negara serta sanggup berkorban untuk kepentingan negara dan
agama. Memupuk semangat jati diri yang dikongsi bersama dalam kalangan masyarakat
majmuk yang berlainan agama, anutan, kepercayaan dan cara hidup adalah perkara yang
sangat rumit. Namun, konsep jati diri yang utuh dijelaskan dengan memupuk semangat cinta
akan bahasa kebangsaan di mana hanya satu bahasa diangkat sebagai bahasa
kebangsaan. Bukan ertinya bahasa lain tidak dapat memupuk semangat jati diri dalam
masyarakat Malaysia tetapi kesamaan penggunaan satu bahasa dan bahasa Melayu
sebagai lambang bahasa rasmi negara memantapkan lagi semangat jati diri dalam
masyarakat berbilang kaum.

Selain itu, bahasa Melayu memainkan peranan penting bukan sahaja dalam
memenuhi keperluan manusia tetapi juga untuk meningkatkan perpaduan antara kaum.
Aspek penting untuk menyatupadukan rakyat mengikut fungsi bahasa Melayu sebagai
bahasa perpaduan adalah melalui pendidikan. Sesungguhnya, pendidikan hari ini telah
memainkan peranan penting dalam merealisasikan aspirasi negara dalam mewujudkan
perpaduan kaum. Pendidikan hari ini telah membuktikan bahawa negara berjaya
mengimbangkan kewujudan integrasi nasional yang menjamin keamanan dan kesejahteraan
negara. Perpaduan rakyat atau pembentukan satu negara bangsa dapat dicapai melalui
sistem pendidikan. Oleh itu, perpaduan rakyat dapat dicapai sekiranya guru menerapkan
nilai-nilai murni seperti saling menghormati antara satu sama lain tidak mengira bangsa dan
agama.

Kesimpulannya, bahasa Melayu memainkan peranan yang sangat penting dalam


menyatupadukan rakyat di Malaysia yang berbilang kaum. Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia
haruslah bersama memartabatkan bahasa Melayu agar ia terus menjadi wahana penyatuan
seluruh kaum di Malaysia.

8
1.4 SEJAUHMANAKAH USAHA KERAJAAN, MASYARAKAT DAN BADAN BUKAN
KERAJAAN (NGO) KE ARAH MEWUJUDKAN INTEGRASI NASIONAL DAN CABARAN
YANG DIHADAPI DALAM MEMUPUK SEMANGAT PATRIOTISME DIKALANGAN WARGA
HARI INI

Malaysia mengutamakan integrasi dalam usaha memupuk perpaduan. Perpaduan


yang terjalin menjadikan negara ini unik kerana mampu hidup aman dan damai.
Keharmonian serta pembentukan masyarakat yang sejahtera, bersatu dan berwawasan
akan membawa kepada masyarakat yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Dalam
konteks Malaysia, integrasi ialah proses mewujudkan identiti nasional dalam kalangan etnik
yang terpisah dari segi budaya, agama dan sosial.

Oleh itu, pihak kerajaan, masyarakat dan badan bukan kerjaan (NGO) memainkan
peranan penting dalam usaha mewujudkan integrasi nasional dalam kalangan warga di
Malaysia. Pertama sekali, pihak kerajaan telah merangka Dasar Kebudayaan
Kebangsaan. Bagi sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum seperti di
Malaysia, proses pembentukan kebudayaan nasional memerlukan perancangan yang teliti
dan rapi supaya dapat melahirkan cara hidup yang bersifat keMalaysiaan. Perancangan
kebudayaan ini harus menentukan sifat-sifat yang baik, mulia dan utama bagi pembinaan
bangsa dan ketahanan negara. Selain itu, pihak kerajaan di bawah Kementerian Belia dan
Sukan juga perlu mewujudkan acara-acara sukan yang boleh menyatupadukan rakyat
seperti perlawanan bola sepak. Sebagai contoh, pihak Football Association of Malaysia
(FAM) mengadakan kejuaraan Piala Malaysia pada setiap tahun. Melalui kejuaraan tersebut
secara tidak langsung akan mewujudkan peluang dan persekitaran bagi pergaulan serta
interaksi sosial selain dapat melahirkan semangat kesukanan dalam kalangan pemain
mahupun rakyat yang menyokong pasukan kegemaran masing-maisng.

Seterusnya, masyarakat merupakan agen terpenting dalam membentuk integrasi


nasional. Antara salah satu amalan kemasyarakatan yang dapat diamal adalah mengadakan
rumah terbuka. Rumah terbuka merupakan amalan yang disambut hampir semua lapisan
masyarakat. Melalui amalan ini dapat memupuk semangat kejiranan, perpaduan,
persefahaman dan mengeratkan hubungan tanpa mengira bangsa dan agama. Amalan ini
juga memberi satu peluang kepada ahli masyarakat untuk berkumpul terutamanya ketika
menyambut perayaan masing-masing.

Di samping itu, peranan badan bukan kerajaan (NGO) perlu diambil peduli bagi
memastikan integrasi nasional terus diwujudkan. Terdapat banyak pertubuhan sah yang
berdaftar di negara ini seperti Aliran Kesedaran Negara (ALIRAN), Gerakan Belia 4B dan
Multi Nasional Corporation (MNC). Contohya, ALIRAN adalah gerakan pembaharuan multi-

9
etnik yang pertama di Malaysia yang memperjuangkan keadilan, kebebasan dan perpaduan.
Maka, dengan wujudnya pertubuhan sebegini akan mempercepatkan lagi proses integrasi
nasional di Malaysia.

Namun, terdapat beberapa cabaran yang perlu dihadapi dalam mengekalkan


integrasi nasional dalam kalangan rakyat Malaysia. Antara cabarannya adalah pemisahan
fizikal. Pemisahan fizikal merupakan kesan daripada dasar pecah dan perintah British. Ianya
menyebabkan sesuatu golongan etnik tidak kenal antara satu sama lain kerana tidak
berpeluang untuk berinteraksi dengan kerap. Pemisahan penempatan atau fizikal ini
merenggangkan perhubungan dan interaksi antara etnik dan menghasilkan etnosentrimse.
Akhirnya, wujudnya prasangka dan prejudis terhadap etnik (Abd Rahim Abd Rashid, 2004).

Selain itu, sistem pendidikan yang berasingan. Setiap etnik menggunakan bahasa
sendiri dalam sistem pendidikan. Ini adalah sistem vernakular. Contohnya, orang Melayu
belajar di sekolah Melayu dan menggunakan Bahasa Melayu, orang Cina belajar di sekolah
Cina dan menggunakan bahasa Cina. Begitu juga dengan etnik India. Sistem persekolahan
yang terpisah menyebabkan integrasi dan persefahaman sukar untuk dipupuk dalam
kalangan murid.

Akhir sekali, dari aspek ekonomi di mana wujudnya dominasi kaum dalam satu-satu
bidang tertentu yang menyebabkan kaum lain tidak dapat menyelit masuk ke dalam bidang
tersebut kerana kaum yang mendominasi itu mahu terus mengekalkan hak dan kuasa
dominasi mereka. Contohnya, seperti yang kita tahu, bidang perniagaan telah didominasi
oleh kaum Cina sejak dahulu lagi. Sehingga kini, masyarakat Cina masih lagi mendominasi
sektor tersebut.

(1506 patah perkataan)

10
2.0 PENUTUP

Secara keseluruhannya, dapatlah dinyatakan bahawa kepelbagaian etnik di negara


kita pada hakikatnya terbentuk sejak sekian lama. Dalam konteks negara kita yang terdiri
daripada masyarakat majmuk ini adalah bukan mudah untuk memupuk perpaduan dan
integrasi nasional ditambah lagi selain etnik yang pelbagai, pegangan agama, budaya dan
sentiviti setiap susun lapis masyarakat juga adalah berbeza-beza mengikut etnik. Justeru itu,
dalam memastikan kestabilan dan keharmonian negara masyarakat majmuk ini terjaga,
peranan setiap etnik dalam masyarakatlah yang memainkan peranan penting melalui adanya
penerimaan, sifat menghormati dan tidak memperlekehkan amalan etnik lain.

11
RUJUKAN

Abdul Aziz Bari. (2008). Perlembagaan Malaysia : Teori dan Praktis. Selangor Darul Ehsan :
ARAH PENDIDIKAN SDN. BHD.

Ahmad Fazullah Md. Zainal Abidin. (2007). Masyarakat Pluralistik Dalam Pembangunan
Hubungan etnik. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Ahmad Ali Bin Seman & Warti Bt Kimi. (2013). Hubungan Etnik Di Malaysia. Kuala Lumpur :
Freemind Horizons Sdn. Bhd.

Abd Rahim Abd Rashid. (2004). Patriotisme : Agenda Pembinaan Bangsa. Kuala Lumpur :
Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Ahmad Zaid. (2013). Kepelbagaian Etnik Di Malaysia. Dimuat turun pada 2 Mac 2018,
daripada https://www.slideshare.net/kepelbagaian-etnik-di-malaysia.

Fatimi Hanafi. (2007). Perpaduan Politik Asas Integrasi Nasional Di Malaysia. Kuala
Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Ismail Baharom. (2000). Masyarakat Malaysia Ke Arah integrasi nasional : Satu Kajian Kes
Di Universiti Malaya. Kuala lumpur : Jabatan Antropologi dan Sosiologi, Fakulti
Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya.

Mohd Rizal Yaakop. (2014). Malaysia Kesepaduan Dalam Kepelbagaian. Dimuat turun pada
2 Mac 2018, daripada https://www.slideshare.net/bab-1-malaysia-kesepaduan-dalam
Kepelbagaian.

Wan Hashim. (2011). Hubungan etnik : Konsep Asas. Dimuat turun pada 2 Mac 2018,
daripada https://www.slideshare.net/hubungan-etnik-konsep-asas.

Zakimi. (2013). Hubungan Etnik. Dimuat turun pada 2 Mac 2018, daripada
https://www.slideshare.net/hubungan-etnik-13-mei.

LAMPIRAN

12
13
14

Vous aimerez peut-être aussi