Vous êtes sur la page 1sur 11

1.

0 PENGENALAN
Zaman Pencerahan di Eropah dikatakan sebenarnya bermula dari rentetan kegemilangan
kerajaan Islam Islam terutama pada zaman Daulah Khalifah Umaiyah dan Abbasiyah.
Eropah mampu membangunkan kembali peradabannya yang tenggelam di Zaman
Kegelapan apabila munculnya Peradaban Islam di Timur yang bermula di Kota Madinah,
seterusnya Mekah kemudian berkembang pula di Damsyik seterusnya Baghdad dan
Cordova (Andalusia). Hubungan orang Kristian Eropah dengan Islam telah bermula
apabila kerajaan Islam menjelajah dan menduduki wilayah di Eropah. Penaklukan Khalifah
Muawiyah bin Abu Suffian ke atas wilayah Afrika Utara membawa kepada gerakan
perluasan kuasa di sekitar Laut Mediteranean. Pengaruh kebudayaan Islam ke atas
masyarakat Eropah bermula apabila terbentuknya kerajaan Islam Bani Umayyah di
Sepanyol dan Sicily. Perkembangannya semakin jelas apabila orang Eropah menaruh
minat mengkaji karya klasik Yunani dan Islam.

Kemunculan kerajaan Islam yang bermula dengan kerajaan Islam di Madinah telah
memberikan kesan yang amat mendalam kepada perkembangan ketamadunan dunia
secara keseluruhannya. Sumbangan kerajaan-kerajaan Islam seperti semasa zaman
Umaiyah dan Abbasiyah sangat besar bukan sahaja kepada orang Islam tetapi juga
kepada semua umat manusia tanpa mengira agama, warna kulit, dan kawasan geografi
tempat tinggal mereka.

1
2.0 KEGEMILANGAN KERAJAAN ISLAM TERUTAMA PADA ZAMAN DAULAH
KHALIFAH UMAIYAH DAN ABBASIYAH

2.1 PENCAPAIAN DAN PERKEMBANGAN PADA ZAMAN DAULAH KHALIFAH


UMAIYAH DAN ABBASIYAH DARI ASPEK EKONOMI
Dari aspek ekonomi pada zaman Daulah Khalifah Umaiyah, kerajaan tersebut
telah meletakkan asas iaitu harta milik Allah dan kegunaannya untuk memenuhi
keperluan. Hal ini menunjukkan bahawa setiap harta yang ada milik Allah dan tiada
sesiapapun yang mempunyai hak ke atas harta itu. Sebagai contoh, orang-orang
Arab ditegah untuk memiliki tanah di negara-negara yang dibuka. Selain itu juga,
golongan pembayar zakat meningkat dan kemiskinan berjaya dihapuskan.
Pelaksanaan zakat pada zaman Bani Umaiyah menonjol ketika era pemerintahan
khalifah Umar b. Abd. Aziz. Beliau telah memastikan institusi zakat ditadbir dengan
baik dan sistematik. Selain itu, beliau juga telah membentuk institusi zakat dan
melantik amil untuk memungut zakat dibahagian-bahagian yang berbeza mengikut
ukuran nisab tertentu. Perkara ini menunjukkan bahawa ekonomi Daulah Umaiyah
telah berjaya mengurangkan kemiskinan dengan meningkatnya pembayar zakat.
Malah, lebihan wang zakat diberikan sebagai subsidi sosial contohnya
pembiayaan perkahwinan bagi yang memerlukan. Jizyah dihapuskan kepada
bukan Arab setelah mereka memeluk Islam, diganti dengan khazraj. Di samping
itu, sebuah jabatan yang dinamakan Diwan al Kharaj ditubuhkan untuk melicinkan
tugas pungutan cukai dan mengeluarkan perbelanjaan negara.

Perbandingan yang dapat dilihat dari aspek ekonomi pada Zaman Daulah
Khalifah Umaiyah berbanding Zaman Daulah Khalifah Abbasiyah adalah,
pelaksanaan sistem zakat pada zaman Daulah Khalifah Abbasiyah dilihat lebih
baik berbanding dari sistem pelaksanaan zakat pada Zaman Khalifah Umaiyah.
Hal ini kerana, Khalifah Abbasiyah telah mengukuhkan lagi dasar dan pelaksanaan
zakat. Pelaksanaan zakat pada zaman ini terbahagi kepada dua, iaitu zakat fitrah
dan zakat harta. Zakat fitrah wajib ditunaikan setelah selesai mengerjakan ibadah
puasa pada bulan ramadhan. Zakat harta ialah zakat harta benda seperti, binatang
ternakan, emas dan perak, barang perdagangan dan bijirin. Pada zaman
pemerintahan Bani Abbasiyah, harta benda yang wajib dikeluarkan zakat ialah,
ternakan, emas dan perak, barang perniagaan dan biji-bijian seperti beras,
gandum, barli dan lain-lain. Kejayaan Bani Abasiyyah dalam pelaksanaan zakat
dapat dilihat apabila ianya dapat mengeratkan hubungan atau tali persaudaraan
antara umat Islam khususnya antara golongan kaya dan miskin. Hal ini kerana,

2
mereka yang kurang bernasib baik akan dapat menjalani kehidupan lebih
sempurna dan menguatkan perpaduan ummah. Di samping itu, ia juga membawa
kepada perkembangan intelektual yang pesat pada zaman kerajaan Abassiyah.
(Azhar Hj. Mad Aros, 2002).

Selain itu, peranan sistem Baitulmal pada zaman Daulah Khalifah Umaiyah
juga dlihat lebih baik dan ketara berbanding peranan sistem Baitulmal pada zaman
Daulah Khalifah Abbasiyah. Hal ini kerana, sistem Baitulmal pada zaman Daulah
Khalifah Umaiyah telah membantu ekonomi umat Islam dan pemerintahnya dalam
membangunkan negara. Baitulmal telah dijadikan sebagai sebuah daripada
institusi penting bagi menyimpan hasil pendapatan negara. Seorang pegawai telah
dilantik sebagai wakil khalifah untuk mengurus dan mengendalikan institusi ini.
Baki perbelanjaan wilayah-wilayah jajahan takluk kerajaan Bani Umayyah
daripada cukai-cukai wilayah tersebut akan dihantar kepada kerajaan pusat untuk
disimpan di Baitulmal. Pada zaman pemerintahan Khalifah al-Walid, Baitulmal
amat penting dalam pembangunan dan perkembangan ekonomi. Beliau telah
menggalakkan pembangunan industri perusahaan dan pembuatan. Al-Walid juga
telah mendirikan beberapa pusat angkatan laut di Syria, Mesir, Afrika dan
sebagainya yang memerlukan pembiayaan yang besar yang sebahagian
perbelanjaannya diambil daripada Baitulmal. Pada zaman Khalifah Umar b. Abd.
Aziz, masalah kewangan yang dihadapi oleh Baitulmal telah diatasi dengan
langkah berjimat-cermat dan tidak melakukan pembaziran. Beliau telah
menyerahkan sebahagian besar kekayaan dan barang kemas isterinya dan
beberapa bidang tanahnya di Khaibar untuk dijadikan harta Baitulmal. Harta
Baitulmal ini telah berjaya mewujudkan beberapa projek besar ekonomi bagi
faedah rakyat seperti membuka ladang-ladang baru, membaiki dan membina
saluran air, membina jalan-jalan raya bagi memudahkan penganggkutan dan
aktiviti perdagangan. Pelaksanaan Baitulmal juga melibatkan bidang ketenteraan
juga. Kerajaan Bani Umayyah juga mempunyai pasukan tentera laut yang kuat.
Pada zaman al-Walid pasukan tentera laut Bani Umayyah amat kuat sehngga
dapat menguasai Laut Mediteranean. Dari segi penaklukan zaman al-Walid dan
Hisyam empayar Islam telah luas hingga ke Lautan Atlantik dan Banjaran Gunung
Pyreness di Eropah, sementara di sebelah Timur hampir ke sempadan China.
Perbelanjaan yang besar dan sumber kewangan persediaan ketenteraan dan
usaha penaklukan datangnya dari Baitulmal.

3
Bagi peranan sistem Baitulmal pada zaman Daulah Khalifah Abbasiyah pula,
penubuhan baitulmal hanyalah berperanan untuk mewujudkan sistem kewangan
untuk mengimbangkan pendapatan dan perbelajaan negara. antara sumber
pendapatan kerajaan termasuklah kharja (cukai tanah), jizyah (cukai
perlindungan), zakat. Usyur (cukai sebanyak 1/10 daripada hasil pertanian yang
didapati oleh tuan tanah), dan ghanimah (harta yang dirampas oleh tentera melalui
peperangan).

Kerajaan Bani Umaiyyah merupakan kawasan yang paling maju dan


membangun dari sektor pertaniannya. Berbanding sektor ekonomi Daulah Khalifah
Abbasiyah yang lebih menekankan sektor perindustrian, kerajaan Khalifah
Umaiyah pula lebih mengutamakan sistem pertanian. Sebagai contoh, Khalifah
Umaiyah telah memperkenalkan sistem pengairan yang teratur dan sistematik.
Dengan kewujudan sistem ini maka, ia telah menyebabkan hasil tahunan pertanian
semakin bertambah dari setahun ke setahun. Pada masa itu, kualiti hasil yang
dikeluarkan amat bermutu tinggi dan turut menghasilkan sayur–sayuran yang
segar. Dengan ini secara tidak langsung hasil dalam negara akan lebih banyak
dan ianya dapatlah digunakan untuk tujuan yang sama iaitu mengemaskinikan
sistem ekonomi yang sedia ada. Antara jenis tanaman yang terkenal pada ketika
itu ialah limau, tebu, padi dan kapas. Lazimnya benih–benih tanaman ini dibawa
masuk dari negara–negara jiran. Selain itu, kerajaan ini juga turut kaya dengan
hasil logamnya. Apabila sektor ini dimajukan dengan jayanya maka ia juga turut
menyumbang kepada kemasukkan modal kepada negara itu sendiri. Dengan
sistem yang terkini dan maju maka kerajaan Bani Umaiyyah dapat bersaing
dengan negara lain dengan mudahnya. (Nik Hassan Nik Rahman, Yusof Ibrahim,
Bukhari Ahmad & Rosnananini Sulaiman, 2002)

Berbanding sektor ekonomi pada Zaman Daulah Khalifah Umaiyah, sektor


ekonomi kerajaan Abbasiyah lebih menekankan aktiviti perindustrian yang menjadi
nadi ekonomi kerajaan tersebut. Perkembangan pelbagai aktiviti perindustrian
dikatakan telah berkembang luas di seluruh pelosok negara. kegiatan
perindustrian pada zaman pemerintahan Bani Abbasiyah telah mendorong kepada
pencapaian ekonomi negara yang memberangsangkan, kemajuan ini telah
mendorong para pedagang Islam untuk menjalankan aktiviti perdagangan bukan
sahaja di dalam negara, bahkan turut membawa barang dagangan mereka ke luar
negara seperti yang dilakukan semasa pemerintahan Khalifah al-Mansyur. Sektor
yang seterusnya adalah sektor perdagangan yang telah mengalami perkembagan

4
pesat terutamanya semasa kerajaan Abbasiyah diperintah oleh Khalifah Harun ar-
Rasyid dan anaknya, al Ma’mum. Kepesatan dan kerancakan aktiviti perdagangan
dapat dilihat melalui aktibiyi perdagangan yang dijalankan oleh para pedagang
Islam ketika itu. Sebagai contoh, di sebelah timur, para pedagang Islam telah
menjalinkan hubungan dengan China.

Kesimpulan daripada perbandingan dari aspek ekonomi yang dibuat


berdasarkan kedua-kedua Daulah Khalifah Umaiyah dan Abbasiyah ini, dapatlah
dirumuskan bahawa dengan wujudnya sistem ekonomi yang teratur, maka
kerajaan-kerajaan Islam ini dapat menjadi pemangkin ke arah kemajuan berikutan
dengan beberapa penemuan dari segi ekonomi itu sendiri. Kemajuan ini
menandakan bahawa kerajaan Umaiyah dan Abbasiyah pada ketika itu sudah
mampu untuk membangun dan berjaya seperti negara–negara hebat lain yang
wujud ketika itu.

2.2 PENCAPAIAN DAN PERKEMBANGAN PADA ZAMAN DAULAH KHALIFAH


UMAIYAH DAN ABBASIYAH DARI ASPEK SOSIAL
2.2.1 PENDIDIKAN
Pendidikan dalam Islam menekankan pertumbuhan manusia yang
seimbang dalam melaksana tugas sebagai seorang khalifah di muka
bumi. Imam al Ghazali menjadikan ilmu pengetahuan sebagai antara
syarat yang perlu dipatuhi seseorang calon khalifah.

Perbandingan yang dapat dilihat dalam sistem pendidikan pada


Zaman Daulah Khalifah Abbasiyah berbanding Zaman Daulah Khalifah
Umaiyah ialah, perkembangan pendidikan sewaktu Zaman Daulah
Khalifah Abbasiyah adalah sangat menyeluruh. Hal ini kerana,
perkembangan pendidikan pada zaman ini bukan sahaja melibatkan
penyebaran secara meluas tentang ilmu-ilmu berkaitan laduni
(secular), tetapi juga melibatkan ilmu-ilmu ukhrawi (bidang agama).
Pada masa tersebut, terdapat golongan ulama yang menyusun ilmu
hadis dan menghasilkan tulisan-tulisan dalam bidang fikah, tafsir, ilmu
kalam, ilmu hadis, ilmu tasawuf, sejarah dan sebagainya. Selain itu,
kemuncak kegemilangan bidang pendidikan berlaku selepas
terbinanya Baitul Hikmah, iaitu sebuah perpustakaan dan pusat
penterjemahan karya-karya asing seperti Yunani, Parsi, dan Rom

5
kepada Bahasa Arab. Institusi ini telah ditubuhkan semasa
pemerintahan Harun ar-Rasyid dan diperkukuh semasa pemerintahan
Khalifah al-Ma’mun. (Nik Hassan Nik Rahman, Yusof Ibrahim, Bukhari
Ahmad & Rosnananini Sulaiman, 2002)

Bagi sistem pendidikan pada Zaman Daulah Khalifah Umaiyah


pula, terdapat pelbagai pencapaian dan perkembangan yang telah
dicapai. Pelbagai institusi pendidikan dibina pada zaman pemerintahan
kerajaan ini. Institusi pendidikan yang ditubuhkan pada awalnya ialah
masjid. Banyak masjid dibina dan dijadikan pusat pendidikan seperti
Masjid Amawiyin/Umawi di Damsyik, masjid di Kufah, Basrah dan
Fustat. Khalifah Walid al Walid contohnya berusaha mengembangkan
ilmu pengetahuan dengan menghapuskan buta huruf dalam kalangan
umat Islam melalui pembinaan masjid dan kuttab. Masjid Amawiyin
dibina selama lapan tahun dan dijadikan tempat beribadat serta tempat
belajar kaum muslimin. Bilik-bilik disediakan sebagai tempat menyalin
dan perbincangan pelajar. Guru-guru berkhidmat secara sukarela dan
ada juga yang dibayar gaji. Kurikulum yang dipelajari ialah fardhu ain
dan fardhu kifayah (bahasa, kesusasteraan, ilmu hisab).

Istana khalifah juga dijaduikan pusat pendidikan ketika ini


khasnya istana di Damsyik, Syria. Bahan-bahan bacaan dalam bahasa
Yunani diterjemah ke bahasa Arab. Khalifah Muawiyah bin Abu Sufyan
contohnya sering mengundang para ulama dan cendekiawan ke
istananya bagi membicarakan ilmu sejarah Arab, sejarah peperangan
serta hal pentadbiran. Tumpuan diberi kepada pendidikan putera-
putera khalifah dan anak-anak pembesar. Guru berpengalaman
dijemput untuk mengajar di istana berkaitan sejarah, kesusasteraan,
tatasusila, pidato serta moral. Institusi pendidikan yang dibina pada
zaman Daulah Khalifah Umaiyah seterusnya ialah institusi kuttab yang
terbahagi kepada dua iaitu kuttab untuk orang awam yang dikenakan
yuran pengajian dan Kuttab al Sabil khas untuk kanak-kanak miskin
yang tidak dikenakan yuran pengajian. Fokus utama pembelajaran
ialah pengajian al Quran serta asas-asas ilmu agama sebagai
persediaan memasuki peringkat pendidikan lebih tinggi iaitu halaqah.

6
2.2.2 PERHUBUNGAN ANTARA BANGSA DAN AGAMA
Dari aspek ini, sewaktu zaman Daulah Khalifah Umaiyah, pemerintah
kerajaan Bani Umaiyah di Andalusia mengamalkan konsep toleransi
terhadap agama yang dianuti oleh penganut Kristian dan Yahudi
sehingga dikatakan mereka turut mengamalkan kebudayaan Arab
Islam di Andalusia. Pihak pemerintah juga telah menyediakan hakim
yang khusus bagi menangani masalah yang dihadapi oleh penganut
agama Kristian dan Yahudi sesuai dengan ajaran masing-masing.
Walaupun terdiri daripada masyarakat yang berbilang komuniti, bangsa
dan agama, amalan toleransi yang diamalkan antara penganut agama
yang berbeza telah mendorong mereka untuk saling bekerjasama dan
memainkan peranan dalam menyumbangkan kelebihan masing-
masing untuk pembangunan negara.

Manakala, pada Zaman Daulah Khalifah Abbasiyah


perhubungan antara bangsa dan agama juga adalah baik kerana sikap
keterbukaan pemimpin-pemimpin kerajaan Abbasiyah terutamanya
dalam perkara yang berkaitan dengan orang-orang bukan Islam. Sikap
keterbukaan ini secara tidak langsung telah memberikan implikasi yang
sangat baik terhadap pihak pemerintah. Keterbukaan tersebut
menyebabkan orang-orang bukan Islam sedia memberikan taat setia
kepada pihak pemerintah dan mereka turut memikul tanggungjawab
dalam segala urusan berkaitan kenegaraan.

2.2.3 KEBAJIKAN RAKYAT


Banyak kemajuan telah diwujudkan dari aspek sosial pada zaman
Daulah Khalifah Abbasiyyah berbanding pada zaman Daulah Khalifah
Umaiyah. Hal ini kerana, pada zaman Daulah Khalifah Abbasiyah,
khalifah Abbasiyah lebih menekankan kepada kebajikan rakyatnya.
Sebagai contoh, rakyat pada zaman Daulah Khalifah Abbasiyah
mendapat peluang untuk menyertai urusan pentadbiran berdasarkan
kebebasan menyuarakan pendapat, kemampuan untuk
menyumbangkan tenaga dan mempunyai hak dalam membuat
keputusan tanpa mengira jantina atau bangsa. Hasilnya, Siti Zubaydah

7
yang merupakan isteri kepada Khalifah Harun dapat menghadiahkan
tali air besar kepada jemaah haji di Mekah.

Selain itu, prasarana seperti rumah sakit dan farmasi telah


dibina untuk memudahkan dan menjaga kesihatan rakyat. Terdapat
sekurang-kurangnya 34 hospital di bandar utama Farsi, Syiria dan
Mesir. Setiap hospital mempunyai wad (mengikut jenis penyakit),
dispensari dan perpustakaan. Ketua pakar perubatan dan pembedahan
memberi syarahan, menguji serta memberi lessen (kelulusan) untuk
berkhidmat kepada pelajar dan pelatih. Terdapat sekitar 800 orang
doctor yang berkhidmat di hospital-hospital seluruh negara. Pusat
pemandian-pemandian umum diwujudkan.

Bagi zaman Daulah Khalifah Umaiyah pula, Khalifah Umaiyah


juga turut melakukan pelbagai usaha untuk menjaga kebajikan
rakyatnya. Taraf kesihatan telah diberi perhatian dengan pembinaan
hospital pertama di Damsyik oleh Khalifah al-Walid bin Abdul Malik.
Hospital penyakit kusta juga telah dibina oleh Khalifah Umar ibn Abdul
Aziz. Sehubungan dengan itu, wujud pakar bedah yang termasyur dan
hebat pada zaman itu iaitu Ibn al-Nafis yang telah menghaslkan buku
al-Shamil fis Sina’ah al-Tababiyah yang membicarakan Teknik
pembedahan dan rawatan selepas pembedahan. (Nik Hassan Nik
Rahman, Yusof Ibrahim, Bukhari Ahmad & Rosnananini Sulaiman,
2002)

2.3 PENCAPAIAN DAN PERKEMBANGAN PADA ZAMAN DAULAH KHALIFAH


UMAIYAH DAN ABBASIYAH DARI ASPEK POLITIK
Perbandingan dapat dilihat dari aspek politik pada zaman Daulah Khalifah
Umaiyah berbanding pada zaman Daulah Khalifah Abbasiyah. Hal ini kerana, pada
zaman Daulah Khalifah Abbasiyah ini, Khalifah Harun ar-Rasyid tidak terlalu
mengutamakan perluasan kuasa seperti yang ditekankan oleh Khalifah al-Walid
bin Abdul Malik sewaktu pemerintahan beliau. Sehubungan dengan itu, sewaktu
Zaman Daulah Khalifah Abbasiyah, Khalifah Harun ar-Rasyid lebih mementingkan
kemajuan negara dari aspek perkembangan intelektual. Selain itu, beliau juga lebih
menekankan kekuatan pemerintahan dan pentadbiran kerajaan Abbasiyah itu
sendiri. Sewaktu melaksanakan pemerintahan dan pentadbiran, beliau telah

8
dibantu oleh seorang wazir yang cekap dan berwibawa daripada keluarga
Barmaki. Beliau juga dikatakan bijak dalam menangani serta membanteras segala
kekacauan dan pemberontakan yang berlaku dalam negar. Antaranya ialah
pemberontakan yang dicetuskan oleh puak Khawarij pimpinan Walid bin Tharif,
pemberontakan Musa al-Kazim dan pemberontakan Yahya bin Khalid. Beliau telah
bertindak secara berhikmah iaitu tanpa melibatkan pertumpahan darah.

Di samping itu, dalam usaha mengekalkan kestabilan negara, beliau juga telah
menyusun semula pasukan tenteranya menjadi sebuah pasukan tentera yang
teratur, berdisiplin dan bermaruah. Khalifah Harun ar-Rasyid sangat mengambil
berat terhadap kebajikan, kredibiliti, dan keselamatan tentera-tenteranya di
samping memberikan perlindungan dan keselamatan terhadap rakyatnya. Dari
perspektif hubungan diplomatic pula, beliau telah mengambil pendekatan terbuka
iaitu menjalinkan hubungan yang baik dengan kuasa-kuasa asing. Dari aspek
politik pada zaman Daulah Khalifah Umaiyah pula, sistem pemerintahan yang
dilakukan oleh Daulah Umaiyah menunjukkan sistem yang sistematik dan teratur.
Buktinya terdapat empat sistem yang digunakan semasa pemerintahan Daulah
Umaiyah di Damsyik antaranya ialah perlantikan khalifah sebagai ketua
pemerintah negara bagi menggantikan Nabi Muhammad S.A.W. Selain itu, untuk
memilih ketua bagi mengetuai pentadbiran negara pula menggunakan Sistem
Wazarah iaitu perlantikan wazir (menteri) manakala gabenor pula ditugaskan untuk
mengetuai pentadbiran wilayah. Seterusnya, sistem urus setia yang melantik
pegawai bagi mengumpul rekod, mengurus urusan surat-menyurat dan sistem
hijabah yang menjaga keselamatan khalifah.

Bagi aspek politik pada zaman Daulah Khalifah Umaiyah pula, sewaktu zaman
pemerintahan Khalifah al-Walid bin Abdul Malik, peluasan wilayah politik Islam
sangat ditekankan iaitu di luar semenanjung arab yang terhenti ketika
pemerintahan Khalifah Ali dan diteruskan pula oleh kerajaan Bani Umaiyah.
Semasa pemerintahan Khalifah al-Walid, berlaku beberapa siri penakhlukan oleh
tentera Islam dalam usaha untuk menyebarkan agama Islam. Peluasan wilayah
juga dilakukan sewaktu zaman pemerintahan Khalifah al-Walid. Sepanjang
pemerintahannya, beliau telah melaksanakan peluasan kuasa terhadap banyak
wilayah antaranya wilayah barat dan berjaya menakhluk wilayah tersebut dan
membolehkan kaum Muslimin mara ke kota Constantinople. Selain itu, Khalifah al-
Walid juga menakhluk Andalusia untuk menyebarkan agama Islam di Eropah dan
menjadikan negara yang berjaya ditakhluk sebagai sebahagian daripada

9
pemerintahan Islam. Seterusnya, penakhlukan Islam pada zaman pemerintahan
Khalifah al-Walid diteruskan di sebelah timur dan Asia tengah.

Khalifah al-Walid terbukti telah banyak membawa sumbangan kepada rakyat


dan negara. ketika zaman pemerintahannya, beliau banyak membangunkan
bidang sosial untuk rakyat. Antaranya ialah pembinaan rumah sakit bagi orang
kurang upaya, sekolah bagi anak-anak yatim dan fakir miskin, pembinaan jalan
dan tali air di sepanjang jalan serta penakhlukan dan peluasan wilayah di kawasan
barat dan timur. (Azhar Hj. Mad Aros, 2002).

3.0 KESIMPULAN
Perkembangan sejarah Islam pada zaman Daulah Abbasiyah dan zaman Daulah Umaiyah
telah menunjukkan kehebatan Islam dari pelbagai segi antaranya ialah pentadbiran,
perkembangan ekonomi dan pelbagai lagi. Islam telah berkembang luas keseluruh
negara, pelbagai ilmu pembelajaran yang telah diperuntukan. Pengalaman yang lepas
mengajar erti kesabaran dan ketabahan bagi menaik semula semangat yang telah pudar
sebagai mana yang telah berlaku di alam kerajaan Khulafa al Rashidin. Bagamanapun
semangat juang khalifah- khalifah tidak pernah luntur demi agamanya.

Perkembangan kerajaan Islam juga bukanlah bergantung sepenuhnya pada


perkembangan dan penguasaan dalam hal-hal keagamaan sahaja. bermula dari zaman
Khulafa al-Rasyidin hinggalah ke Zaman Umaiyah dan Abbasiyah, kerajaan Islam ini telah
mampu menguasai segala bidang kehidupan seperti ekonomi, politik dan sosial. Inilah
yang menyebabkan mereka mampu mencapai kegemilangan dalam sejarah
ketamadunan manusia. Kegemilangan setiap kerajaan islam ini juga bermakna
keupayaan mereka menguasai ekonomi dan politik dunia pada ketika itu, juga pada tahap
yang paling tinggi. Walaubagaimanapun, penguasaan ekonomi tidak bermakna kerjaan
Islam pada masa itu melupakan perkembangan keilmuan agama. Ketinggian pencapaian
intelektual Islam semasa zaman Umaiyah dan Abbasiyah sememangnya tidak dapat
ditandingi oleh mana-mana kerajaan di dunia pada ketika itu. ini juga menunjukkan
bahawa pencapaian politik, ekonomi dan sosial boleh dilakukan sekali gus dengan
pencapaian keilmuan agama. Pemerintahan kerajan Islam telah membuktikan perkara ini.

10
4.0 RUJUKAN

Ali Muhammad Ash Shallabi. (2015). Sirah Nabawiyah. Lebanon: Beirut Publishing

Azhar Hj. Mad Aros (2002). Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Kuala Lumpur: Fajar Bakti

Sdn Bhd

Mahayuddin Hj. Yahaya (1990). Islam di Sepanyol dan Sicily. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Meor Aris Meor Hamzah, Rosly Mohd Sani & Nihd Aminuddin Ab. Rahaman. (2017) sejarah

Islam sehingga Daulah Abbasiyah. Kuala Lumpur: Sasbadi Sdn Bhd.

Mohd Jamil Mukmin. (1992). sejarah perkembangan Islam. Kuala Lumpur: Nurin

Enterprises

Nurazmallail Marnin, (2010). Pendidikan Saintis Muslim Era Kegemilangan Tamadun

Islam. Johor: Universiti Teknologi Malaysia

Nik Hassan Nik Rahman, Yusof Ibrahim, Bukhari Ahmad & Rosnananini Sulaiman (2002)

Sejarah Tingkatan 4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Yoosoef Sou’yb. (1977). Sejarah Daulat Umaiyah di Cordova. Jakarta: bulan Bintang.

11

Vous aimerez peut-être aussi