Vous êtes sur la page 1sur 3

AKU JANJI UPSR 2016

Saya: …………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

No. K/P @ S/ Beranak : ………………………………………………………. Kelas : ………………………………………………………..

Saya dengan ini berikrar dan berjanji akan belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai sasaran
matapelajaran di bawah:

SUBJEK GRED
Bahasa Melayu (Permahaman)
Bahasa Melayu (Penulisan)
Bahasa Inggeris 1
Bahasa Inggeris 2
Matematik
Sains

Bagi mencapai sasaran ini, saya akan:

1. Belajar dengan bersungguh-sungguh


2. Menuruti nasihat dan ajaran guru serta ibu bapa
3. Mematuhi peraturan sekolah
4. Tidak mengulangi kesalahan lalu

Tandatangan Murid, Tandatangan Ibu Bapa/Waris

……………………………….. ………………………………….

( ) ( )

Tarikh: ………………………. Tarikh: ……………………….


AKTIVITI 10

Tajuk: Pujian

Masa: 30 Jam

Alat: Kertas Nota dan pen bagi setiap ahli

Bilangan Ahli : Tiada Had

Objektif:

1. Mengakhiri sesi dalam suasana menyenangkan dan gembira.


2. Menggalakkan ahli belajar memberi dan menerima pujian dengan selesa.

Langkah:

1. Terangkan kepada ahli bahawa memberi dan menerima pujian atau penghargaan
adalah penting untuk memupuk harga diri. Memberi dan menerima pujian merupakan
satu seni yang boleh membantu pertumbuhan diri seseorang.
2. Terdapat tiga syarat dalam memberi pujian iaitu ikhlas,memandang satu aspek tingkah
laku atau sifat yang positif, serta kesan tingkah laku positif itu kepada pemberi dan
orang lain.
3. Dalam komunikasi antara individu, memberi dan menerima pujian mempunyai risiko
sperti pujian tidak dipercayai, dipermain-mainkan, dinggap ada udang di sebalik batu
atau orang berkenaan akan menolak terus pujian tersebut. Jika ini berlaku, si pemberi
pujian akan berasa hina dan berkecil hati. Perhubungan juga akan turut terjejas.
4. Sebagai mengakhiri sesi keseluruhannya, ahli digalakkan memberi penghargaan dan
pujian ikhlas yang tidak dapat disuarakan secara terus.
5. Fasilitator memberikan setiap ahli sekeping kertas dan meminta mereka menulis nama
sendiri bahagian kanan atas kertas tersebut dengan huruf yang besar.
6. Semua kertas tersebut dihimpunka ditengah-tengah atau dimasukkan dalam
kotak.gaulkan kertas tersebut. Minta ahli ambil satu kertas kecuali nama sendiri dan
menulis satu ayat pujian kepada nama yang tertera.
7. Kertas tersebut dimasukkan kembali kedalam kotak dan mengambil kertas yang lain
pula tanpa ulang kertas yang sama. Ulang sehingga semua ahli telah memberikan
pujian terhadap semua ahli.
8. Pujian yang diberikan boleh dalam bentuk personality, pakaian , pembawaan, budi
Bahasa atau paras rupa. Contoh. “awak sangat cantik balqis”, “saya kagum dengan
awak”.
9. Ahli diminta memberikan pujian yang berbeza kepada ahli yang berbeza. Lakukan
aktiviti ini sehingga semua ahli selesai.
10. Berikan masa kepada ahli untuk mengambil dan membaca pujian yang diterima.
11. Fasilitator membuat rumusan kepada ahli dengan menanyakan soalan:

 Bagaimana perasaan mereka apabila memberi pujian kepada rakan-rakan?


 Yang mana lebih mudah memberi atau menerima pujian?
 Mengapakah agaknya terdapat orang yang berasa tidak selesa menerima
pujian?
 Adakan pujian diterima tidak disangka-sangka.?
 Adakan anda menyukai dan berasa bangga dengan pujian itu?
12. Beritahu ahli bahawa mereka boleh menyimpan kertas pujian yang diterima sebagai
ingatan dan pendorong.

Vous aimerez peut-être aussi