Vous êtes sur la page 1sur 9

Soalan

TOPIK 2: Adakah faktor geografi dan bukan tindak tanduk manusia yang menjejaskan
perkembangan infrastruktur di Sarawak dan Borneo Utara British.

Nama Penulis Laporan.


1. Suardy Bin M. Natsir
2. Mohamad Suhaimi Bin Ismail
3. Muhammad Hafiz Bin Jamil
4. Muhammad Syazwan Bin Mohammad Sabri
5. Mohd Zaini Bin Mohd Yusof
6.Muhammad Zulnahar Bin Abd Hamid
7.Muhammad Firdaus Azali Bin Nordin
8. Muhammad Amar Bin Ahmad
Penyataan Tesis:
Pembentang: Kami berpendapat bahawa kombinasi modal eropah buruh china telah
membangunkan ekonomi tanah melayu tetapi terdapat juga motif dan juga punca lain.
Pengkritik: Kami tidak bersetuju bahawa kombinasi modal eropah-buruh china sahaja berlaku
, malah turut berlaku kombinasi modal eropah-buruh india di tanah Melayu tetapi kami juga
tidak menafikan terdapat motif dan punca lain di sebalik usaha mereka itu.

Pengenalan
-umum mengetahui ekonomi TM sebelum kedatangan british berskala kecil-untuk sara diri-
aktiviti bercucuk tanam, menangkap ikan
-Sebelum kedatangan cina, orang melayu telah bergiat dalam aktiviti perlombongan berskala
kecil dan secara sara diri seperti di melaka,pahang,johor,perak,sungai ujong.
-penemuan bijih timah oleh long jaafar di larut perak )1848) berlaku kemasukan besar
besaran org cina ke TM oleh jemputan pembesar melayu sendiri
-abad ke 19- kemajuan ekonomi tanah melayu meningkat secara mendadak- hasil kedatangan
british
-pemodal dr eropah byk dtg ke TM selepas kedatangan british dan mewujudkan banyak
pelaburan
-faktor yg menggiatkan ekonomi tanah melayu antaranya- revolusi perindustrian-kemasukan
buruh cina dan modal dr eropah
-kemasukan buruh cina –perlombongan/perniagaan- orang cina kerja kuat, berdaya usaha,
bersifat keusahawanan, berkemahiran
-kemasukan buruh cina melalui beberapa cara antaranya- sistem kangchu- sistem tiket
kredit/kemasukan khas
-faktor penolak- bencana alam-ekonomi-konflik politik
MODAL EROPAH BURUH CINA TELAH MEMBANGUNKAN EKONOMI TANAH
MELAYU.

DARI ASPEK:
ASPEK TEKNOLOGI
ASPEK MODAL DARI PELABUR
ASPEK PENGANGKUTAN/PERHUBUNGAN
ASPEK KOMERSIAL/PERDANGANGAN

Aspek teknologi
 Dalam aktiviti perlombongan ,Kaum Cina telah memperkenalkan beberapa kaedah
baru seperti pam kelikir dan lombong pam.
 Selain itu, mereka juga telah menambah baik kaedah lombong dedah yang dahulunya
diperkenalkan oleh orang Melayu.
 Selain itu, buruh Cina juga telah memperkenalkan alatan khas untuk melombong
antaranya Changkol, pam atau Chin-Chia dan Lanchut serta membawa kaedah-kaedah
pelombongan yang lebih baik, iaitu secara lombong dedah dan pam kelikir.
 Kaedah roda air bagi mengatasi masalah banjir dan penggunaan pam wap merupakan
teknologi baru yang diaplikasi oleh orang Cina untuk meningkatkan produktiviti
perlombongan bijih timah.
 Menurut Rupert Emerson, dalam bukunya Malaysia: Satu Pengkajian Pemerintahan
Secara Langsung dan Tidak Langsung dalam halaman 42 menyatakan bahawa zaman
penjajahan British, pengeluaran bijih timah semakin bertambah ekoran penggunaan
kapal korek yang dibawa oleh mereka.
ASPEK MODAL DARI PELABUR
 modal merupakan salah satu asas yang paling penting dalam ekonomi.

 Ekonomi bergantung kepada peningkatan kemasukan pelabur terutama saudagar-


saudagar Cina kemudiannya barulah modal daripada saudagar Barat.
 Kemudahan memperolehi modal daripada orang Cina dilihat sangat menyumbang
kepada pembangunan secara leluasan di Tanah Melayu, Borneo Utara dan Sarawak.
 Pembesar Melayu yang tidak mempunyai modal untuk membuka lombong akan
meminjam modal dan mendapatkan tenaga buruh serta pengurusan daripada saudagar
Cina di Selat.
 Saudagar Cina mudah mendapat kredit sama ada daripada sumber sendiri ataupun
daripada firma Eropah dan ini akan meningkatkan ekonomi penduduk Tanah Melayu.

ASPEK PERHUBUNGAN
 Berlaku perkembangan infrastruktur dalam sistem perhubungan dan pengangkutan
serta perkembangan bandar dan luar bandar yang yang saling mempunyai perkaitan
rapat dengan sosioekonomi penduduk
 Pada 1990, rangkaian jalan kereta api yang menghubungkan bandar-Bandar di
lombong bijih timah di Perak dan Selangor dengan pelabuhan-pelabuhan yang
berdekatan sudah dibina bagi memudahkan dan mempercepatkan darjah kesampaian
sumber galian dibawa ke tempat sepatutnya.
 Pembinaan jalan raya telah dimulakan sejak tahun 1874 di Negeri-negeri Melayu
bersekutu. Pada 1906, “metalled cart-roads” sepanjang 1600 batu dan unmetalled cart-
roads sepanjang 270 batu. Dan jalan-jalan tersebut telah menghubungkan Bandar-
Bandar di pantai barat dari Johor hingga ke Perlis dan di pantai Timur hingga ke
tumpat Kelantan.
ASPEK KOMERSIAL/PERDAGANGAN
 Kemajuan ekonomi dari aspek komersial/perdagangan di Tanah Melayu dapat dilihat
ketika kemasukan British.
 Francis Light telah menghidupkan kembali zaman kegemilangan budaya perdagangan
bebas di kepulauan Melayu dengan mengisytiharkan Pulau Pinang sebagai pelabuhan
bebas.
 Dasar yang dibuat oleh Francis Light telah menggalakkan orang melayu membuat
pelayaran yang lebih menguntungkan tanpa halangan.
 Pembukaan kawasan bagi pertanian gambir dan lada hitam di Johor adalah dibawah
Sistem Kangcu
 Selain tanaman tradisional,peladang Eropah telah mencuba mengusahakan jenis
tanaman eksport baru seperti kopi di Perak,Selangor,Negeri Sembilan dan Johor serta
kelapa sawit di Selangor,Johor dan Perak awal abad ke-20
 Awal abad ke-20,penanaman getah secara besar-besaran diusahakan berikutan
kejatuhan harga tanaman dagangan,terutamanya kopi.
 Import bahan luar juga dapat dikurangkan hasil daripada pengenalan tanaman baharu
dan pengeluaran yang lebih tinggi.
 Kerajaan British juga telah mencadangkan satu skim untuk mengawal harga dan
pengeluaran bijh timah 1931 bagi mengatasi masalah kemerosotan perusahaan biji
timah

MOTIF LAIN

NAMUN,MODAL EROPAH-BURUH CINA BUKANLAH HANYA SEMATA-MATA


UNTUK MEMBANGUNKAN EKONOMI TANAH MELAYU PADA PEJAJAHAN
BRITISH TETAPI TERDAPAT JUGA MOTIF LAIN DISEBALIK USAHA MEREKA ITU.

MEMENUHI KEPERLUAN REVOLUSI INDUSTRI


 Revolusi perindustrian telah berlaku dalam perusahaan mengetin
makanan. British ketika itu memerlukan bijih timah untuk mengusahakan pengetinan
makanan.
 Sebelum penggunaan tin, proses yang dipelopori oleh Nicolas Appert (1749-1841)
boleh mengawet makanan untuk jangka masa yang lama menggunakan botol kaca,
tetapi kaca itu mudah pecah dan tidak boleh digunakan sekiranya dibawa semasa
perjalanan yang lasak seperti ekspedisi tentera
 John Hall bersama Peter Durand berjaya mendapatkan kontrak besar membekalkan
makanan ditinkan kepada Tentera British dan Tentera Laut DiRaja British
menggunakan timah. Kejayaan ini meledakkan permintaan untuk timah.
 Proses mengetin makanan membolehkan makanan disimpan dengan lebih lama tanpa
kemudaratan makanan yang ditinkan. Proses mengetin makanan membolehkan
pasukan tentera dibekalkan makanan untuk ekspedisi yang lebih lama dan jauh.
 Hal ini jelaslah mengakibatkan British mula ingin menguasai tanah melayu untuk
mendapatkan bekalan bijih timah.

FAKTOR PENOLAK/PENARIK ORANG CINA KE TANAH MELAYU


 Pertengahan abad ke-19 penghijrahan kaum cina secara beramai-ramai ke Tanah
Melayu
 Di dorong oleh faktor penolak dan faktor penarik

Faktor penolak yang menggalakkan orang cina berhijrah ke Tanah Melayu


 keadaan negara China yang berlaku kekacauan

 kekurangan makanan di China menyebabkan berlaku kebuluran

 kejadian bencana alam sehingga memusnahkan harta benda dan nyawa

Faktor penarik yang menggalakkan orang cina berhijrah ke Tanah Melayu


 Ekonomi Tanah Melayu yang berkembang pesat dan pertapakan modal asing

 Pelaburan pemodal asing menyebabkan banyak tapak perlombongan dibuka

 Pertapakan saudagar-saudagar cina yang sekian lama di Tanah Melayu

CARA KEMASUKAN ORANG CINA


Sistem Kangchu
 Orang cina digalakkan berpindah dari Singapura ke Johor

 membuka ladang gambir dan lada hitam di bawah pengawasan seorang


Kangchu (Keua puak orang cina)
 Kangchu ditugaskan untuk mengawal, membayar sewa dan menyelesaikan masalah
yang dihadapi buruh cina
 Pada tahun 1860-an, seramai 15000 orang cina telah dibawa nasuk ke Johor

Sistem tiket kredit


 Dibiayai secara hutang oleh seorang ejen

 Bekerja sehingga hutang selesai dalam tempoh-tempoh tertentu

 Dikenali sebagai ‘Singkheh”

Cara Persendirian
 Orang Cina berhijrah ke tanah melayu akibat kesempitan hidup melalui bantuan
keluarga, rakan dengan perbelanjaan sendiri.

KEBIMBANGAN BRITISH TERHADAP KUASA ASING LAIN


 Pertengahan abad ke 19 merupakan zaman imperialisme di mana kuasa-kuasa Barat
berlumba-lumba untuk mendapatkan tanah jajahan bagi kepentingan bahan mentah
dan pasaran.
 Pembukaan terusan suez pada 1869 telah memendekkan perjalanan laut dari eropah ke
Asia.
 Pada tahun 1870-an, kebanyakan negeri di AT telah dijajah oleh kuasa-kuasa barat.

 Hanya siam dan negeri melayu yang masih belum dijajah oleh kuasa Barat.

 British tidak dapat menjajah siam kerana tindakan tersebut akan mendapat tentangan
kuasa-kuasa lain yang mempunyai kepentingan di siam.
 British sedar bahawa jika mereka tidak menjajah negeri-negeri melayu, kuasa asing
yang lain akan menjajahnya.
 Pada tahun 1870-an, Jerman berusaha untuk mendapatkan tanah jajahan di Asia dan
Afrika supaya setanding dengan kuasa-kuasa lain.
 Kebimbangan British terhadap kuasa asing lain bertambah selepas Lord Kimberley
menerima sepucuk surat dari saymore clark, iaitu pengarah Syarikat Bijih Timah
Selangor pada 18 Julai 1873.
 Dalam surat tersebut, saymore Clark menegaskan Tengku Kudin sebagai Wizurai
Selangor telah memohon bantuan British bagi menamatkan Perang Kelang.
 Kebimbangan British terhadap kuasa lain terbukti dari laporan Lord Kimberley pada
22 Julai 1873 yang menegaskan bahawa British tidak sanggup melihat kuasa-kuasa
lain bertapak di mana-mana negeri melayu kerana ia akan menjejaskan kepentingan
British.
 Kebimbangan ini mempercepatkan campur tangan British di negeri-negeri melayu.

 Sekiranya kuasa-kuasa asing bertapak di negeri Melayu, bukan sahaja jalan


perdagangan ke China terancam tetapi kedudukan British di negeri-negeri selat dan
kepentingan ekonomi dan politik British di negeri-negeri Melayu akan terancam

Kombinasi Pemodal Eropah-Buruh India


Akan tetapi kombinasi modal eropah-buruh india juga berlaku di Tanah Melayu:
 Peluang ekonomi di Tanah Melayu terutamanya dalam perusahaan getah telah
menggalakkan kedatangan buruh India ke Tanah Melayu.

 Perkembangan pertanian ladang telah mewujudkan banyak peluang pekerjaan sekali


gus mendorong kedatangan imigran asing ini ke Tanah Melayu secara besar-besaran.

 Permintaan yang tinggi terhadap getah untuk menghasilkan pelbagai jenis barang
seperti tayar,kasut,penebat barangan elektrik di Eropah dan Amerika Syarikat telah
menggalakan kerajaan Inggeris mengusahakan penanaman getah secara besar-besaran.

 Keperluan ini semakin mendesak apabila orang-orang Melayu tidak gemar untuk
berladang getah. Oleh sebab itu, orang India dibawa masuk untuk bekerja di ladang-
ladang getah.

 Galakan daripada Kerajaan British juga merupakan faktor penarik bagi buruh India ke
Tanah Melayu. Buruh dari India sanggup bekerja walaupun dibayar gaji yang rendah.
Mereka juga diambil bekerja untuk membina jalan raya dan jalan kereta api.

 Orang Tamil dari India Selatan yang berpendidikan Inggeris pula diambil menjadi
kerani dalam perkhidmatan kerajaan atau bertugas di ladang-ladang.

 imigran India ada juga dilantik dalam bidang profesional sebagai profesional sebagai
guru, doktor, kerani dan sebagainya. Kebanyakan golongan terpelajar ini datangnya
terdiri daripada kaum Tamil Ceylon (Sri Lanka).
 Pada tahun 1920-an kestabilan politik di Tanah Melayu telah mendorong kedatangan
orang-orang India.
 Koordinasi di antara Kerajaan British di Tanah Melayu dan Kerajaan British di India
telah memudahkan lagi kemasukan orang India di Tanah Melayu. Kejayaan orang-
orang India yang lebih awal datang ke Tanah Melayu juga telah mendorong kepada
kemasukan lebih ramai orang India.

Rumusan
Kami tidak bersetuju bahawa hanya kombinasi Pemodal Eropah-Buruh Cina sahaja yang
berlaku di Tanah Melayu. Malah kombinasi Pemodal Eropah-Buruh India juga turut berlaku
di Tanah Melayu.

Vous aimerez peut-être aussi