Vous êtes sur la page 1sur 21

ANALISIS MODEL ASSURE MENGGUNAKAN TEKNOLOGI DALAM

PENGAJARAN

Analyse Learners Kelas : 2 Bijak


(Analisis Pelajar) Bilangan : 28 Orang ( 14 orang perempuan, 14 orang lelaki )
Umur : 8 tahun

Pengetahuan sedia ada : 1.Murid-muird telah mempelajari nama


bentuk dua dimensi semasa belajar
matematik tahun 1.
2.Murid mengetahui bentuk-bentuk bagi
sesuatu bagi sesuatu objek dalam
kehidupan harian mereka.

State Objective Kognitif


(Nyatakan objektif / Mengenal pasti bentuk dua dimensi berdasarkan huraian ciri-cirinya.
Hasil
pembelajaran) Afektif
Murid kelihatan seronok dengan mengangkat tangan dan berdiri
untuk memberi jawapan semasa sesi soal jawab.

Psikomotor
Melukis bentuk asas bagi bentuk dua dimensi.

Select methods,
media and Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran yang digunakan
materials  Kaedah perbincangan
( Pilih kaedah,  Kaedah penyoalan
media dan bahan  Kaedah berpusatkan guru
sumber)  Kaedah berpusatkan bahan.

Media yang digunakan


 Komputer riba
 Tayangan video
 Tayangan slide

Bahan sumber pengajaran dan pembelajaran yang digunakan


 Komputer riba
 Tayangan video
 Tayangan slaid
 Bahan 2D (gambar bentuk dan lembaran kerja )
Utilize media and Tayangan video bentuk 2D digunakan dalam set induksi bagi
materials menarik minat murid
(Gunakan media
dan bahan sumber) Tayangan video semasa langkah 1 membantu murid memahami
dan menggambarkan bentuk yang mereka pernah lihat dalam
kehidupan seharian mereka

Tayangan slaid pula digunakan bagi menambah pemahaman murid.

Lembaran kerja pula digunakan bagi tujuan pengukuhan

Require learner Murid terlibat secara aktif


participation Set induksi : Pemusatan bahan dan murid
(Libatkan pelajar Langkah 1 : Pemusatan bahan dan guru
dalam Langkah 2 : Pemusatan murid dan guru
pembelajaran) Langkah 3 : Pemusatan murid dan guru
Penutup : Pemusatan bahan

Evaluate and Membuat penilaian pefahaman murid terhadap keseluruhan


Revise pembelajaran pada hari ini.
( Nilai dan semak
semula) Murid membuat lembaran kerja dengan betul dan tepat.
ANALISIS MODEL ASSURE
Pengaplikasian kaedah dan model pengajaran adalah penting supaya
sesuatu objektif pembelajaran dapat dicapai. Model pengajaran yang sesuai
digunakan untuk membantu guru mengajar dan menyampaikan maklumat kepada
pelajar dengan lebih jelas dan berkesan supaya objektif pembelajaran dan
pengajaran guru dapat dicapai. Bahan yang digunakan dapat membantu guru untuk
menjelaskan konsep dan memberi penerangan kepada pelajar agar mesej yang
ingin disampaikan jelas dan tepat.
Proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih sempurna dan
dapat mencapai objektif pembelajaran dengan adanya perancangan yang lengkap
dan sistematik. Seseorang guru perlu mengetahui perkara yang hendak
dilaksanakan sebelum, semasa dan selepas proses pengajaran dan pembelajaran.
Mereka memerlukan satu perancangan yang rapi untuk memastikan pelaksanaan
pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan lebih efisien dan berkesan. Model
reka bentuk pengajaran yang digunakan adalah model ASSURE.
Model ASSURE (Heinich, Molenda, Russell dan Smaldino, 1993) adalah
model reka bentuk pengajaran yang boleh digunakan untuk merancang penggunaan
media secara sistematik. Model ini digubal oleh Heinich dan rakan-rakan (1982).
Model ini bertujuan untuk menyediakan panduan merancang dan mengendalikan
pengajaran yang menggunaan media. Model ini berfokus kepada perancangan
pengajaran dalam situasi bilik darjah.
Model ASSURE bermaksud mempastikan pembelajaran berlaku. Dalam
model ini terdapat enam langkah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1:
• A - Analyse learners (Analisis pelajar).
• S - State learning objectives (Nyatakan objektif pembelajaran).
• S - Select methods, media and materials (Pilih kaedah, media dan bahan ).
• U - Utilise media and materials (Gunakan media dan bahan).
• R - Require learner participation ( Penglibatan pelajar dalam pembelajaran ).
• E – Evaluate / Review (Penilaian / semak semula bahan).
Langkah 1 : Analisis pelajar
Model ASSURE bermula dengan analisis pelajar. Ciri-ciri umum pelajar
termasuklah deskripsi tentang umur pelajar, tingkatan, latarbelakang dan
sebagainya. Maklumat yang dinyatakan di atas boleh dijadikan asas dalam
pemilihan media. Maklumat tersebut boleh diperolehi dengan meneliti rekod pelajar
dan berinteraksi secara langsung dan pengajar akan dapat mengetahui harapan,
sikap dan latar belakang pelajar.
Peringkat pertama berkaitan dengan pengetahuan dan kemahiran sedia ada
pelajar tentang tajuk dan kandungan pelajaran. Maklumat diperolehi daripada ujian
kemasukan dan juga interaksi bersama mereka. Pelajar pernah mendapat
maklumat daripada buku rujukan dan mendapat pendedahan melalui majalah dan
TV.
Media yang digunakan perlu disesuaikan dengan ciri-ciri pelajar, kandungan
pelajaran, kaedah, media dan bahan pembelajaran. Untuk menganalisis ciri pelajar,
terdapat 3 perkara penting yang perlu dilihat iaitu: penggunaan sesuatu media
dalam proses pengajaran dan pembelajaran perlu disesuaikan dengan ciri-ciri
pelajar supaya penggunaannya berkesan dan bermakna kepada pelajar itu sendiri.
Perkara-perkara berikut harus dijadikan pertimbangan guru iaitu perkembangan
tahap kognitif dan fizikal pelajar yang akan diajar. Dengan itu bahan media yang
digunakan dapat disesuaikan dengan tahap kognitif pelajar, di mana hasil
pengajaran dan pembelajaran adalah lebih berkesan. Selain itu, perbezaan budaya
dan bahasa setiap pelajar harus diberi pertimbangan. Pelajar tingkatan 5b terdiri
daripada kaum Melayu, Cina, dan India.

Langkah 2: Nyatakan objektif


Objektif pembelajaran perlu dinyatakan dengan jelas supaya guru dapat lebih
fokus kepada perkara yang sepatutnya dipelajari dan dikuasai oleh pelajar. Setiap
aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dirancang adalah untuk menyampaikan
maklumat berdasarkan objektif pembelajaran. Penggunaan kaedah dan media yang
bersesuaian dapat dipilih kerana guru telah fokus terhadap pengetahuan, kemahiran
dan sikap baru yang perlu dikuasai oleh pelajar. Objektif pembelajaran berfokuskan
kepada apakah pengetahuan, kemahiran dan sikap yang baru untuk dipelajari.
Objektif topik ini ialah pelajar dapat:
1. Memahami pengelasan mikroorganisma.
2. Mengetahui pelbagai jenis mikroorganisma daripada segi rupa bentuk dan
saiz.

Langkah 3: Pilih kaedah, media dan bahan


Dalam proses pemilihan, membaiki atau mengubah suai media, guru perlu
berdasarkan kepada tingkat kebolehan pelajar dan objektif pembelajaran yang ingin
dicapai. Terdapat 3 perkara yang perlu dilakukan dalam langkah ini:
i. memilih kaedah
Dalam satu pengajaran, pelbagai kaedah berbeza akan diaplikasi untuk
disesuaikan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dipilih seperti set
induksi, pengenalan untuk konsep, aktiviti berkumpulan dan latihan. Guru menarik
perhatian pelajar dengan memulakan set induksi dan diikuti dengan kaedah
perbincangan, latihan dan latih tubi untuk mempelajari sesuatu pengetahuan yang
baru.
ii. memilih media
Pemilihan media yang sesuai untuk proses pengajaran dan pembelajaran
merupakan antara faktor yang membolehkan mesej atau maklumat disampaikan
secara bermakna. Media yang dipilih ialah slaid, video, tayangan komputer
multimedia. Format media yang dipilih perlu sesuai dengan keupayaan pelajar.
iii. Memilih bahan
Bahan sumber pengajaran pembelajaran merujuk kepada isi pelajaran yang
menjadi fokus pembelajaran. Bahan yang dipilih ialah buku teks Sains tingkatan 5,
nota, dan buku latihan.

Langkah 4: Gunakan media dan bahan


Penggunaan media dan bahan dalam pengajaran adalah penting kerana hal
ini menjadi penentuan kepada keberkesanan proses pengajaran dan
pembelajaran. Guru boleh menggunakan internet dalam proses pengajaran dan
menyediakan bahan pengajaran dalam bentuk nota dan latihan. Buku teks Sains
tingkatan 5 juga digunakan. Media dan bahan yang telah dipilih akan menyediakan
persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran pelajar. Selain itu pemilihan bahan
dan media tersebut adalah bersesuaian dengan pengalaman pelajar, jadi akhirnya
dapat mendatangkan manfaat kepada para pelajar.
Langkah 5: Penglibatan pelajar dalam pembelajaran
Untuk mempastikan proses pembelajaran berlaku, pelajar perlu terlibat dalam
aktiviti pembelajaran seperti perbincangan, gerak kerja kumpulan, latihan, latih tubi
dan sebagainya. Pengukuhan serta merta perlu diberikan atas tindak balas pelajar
yang betul. Dalam topik pengajaran ini, pelajar dibahagikan kepada kumpulan untuk
mencari rupa bentuk mikroorganisma melalui internet. Selepas itu latihan struktur
juga diberikan kepada pelajar.

Langkah 6 : Penilaian / semak semula bahan


Penilaian ialah proses untuk melihat keberkesanan keseluruhan proses P&P
mahupun program pendidikan yang dilaksanakan. Penilaian boleh dibuat terhadap
sesebuah program atau kursus, kesusuaian penggunaan media, pembinaan bahan
pengajaran, dan pencapaian murid mengikut keperluan.
Setelah tamat pengajaran, penilaian perlu dilakukan untuk melihat kekuatan
dan keberkesanan media secara menyeluruh agar penambahbaikan dapat dilakukan
untuk mendapatkan kesan penggunaan media yang maksimum dalam
pengajaran. Penilaian ialah proses membuat pertimbangan nilai tentang sesuatu
perkara. Keputusan penilaian akan mempengaruhi keputusan yang diambil terhadap
perkara yang dinilai. Secara umum, pencapaian pelajar dibahagikan kepada tiga,
iaitu
i. Prestasi pelajar berdasarkan rujukan criteria (penilaian pelajar berdasarkan suatu
set objektif yang telah ditentukan)
ii. Prestasi pelajar dalam aspek kemahiran.
iii.Sikap.
Pelajar akan dinilai dengan soalan betul/salah untuk melihat pemahaman mereka.
Selain itu pelajar juga menjawab soalan struktur.

Kesimpulan:
Berdasarkan model ASSURE, pemilihan dan penggunaan media yang dibuat
secara teliti dapat memastikan guru membuat pilihan media yang tepat dan
menggunakan media secara optimum dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Inkuiri

Murid akan mengambil bahagian yang aktif dalam pembelajaran, menganalisis data,

menyemak hipotesis dan membuat refleksi terhadap pembentukan ilmu yang timbul.

Ekspositori

Murid tidak digalakkan memikirkan atau menyoal tentang apa yang dipelajari.

Mereka hanya mempelajari apa yang patut dipelajari sahaja.

Pengajaran Langsung

Kaedah ini agak sesuai untuk mengajar bacaan dan metematik tetapi kurang sesuai

bagi matapelajaran yang mirip kepada penerokaan dan penemuan.

Pembelajaran Masteri

Dalam kaedah ini isi pelajaran disusun daripada mudah kepada kompleks sebelum

disampaikan kepada murid-murid agar murid dapat mengikuti pengajaran guru

mengikut kadar kecekapan masing-masing.

Pembelajaran Koperatif

Kaedah ini akan meningkatkan kemahiran sosial dan perpaduan antara ahli

kumpulan dan pembelajaran ini juga mempunyai impak ke atas pencapaian

akademik dan harga diri murid-murid.

Main Peranan & Simulasi


Main peranan amat berguna dalam P&P sains sosial di mana murid-murid kita dapat

memahami keprihatinan,nilai dan perspektif orang lain. Simulasi membantu murid-

murid untuk melihat perwakilan objek yang sebenar.

Synectics

Murid-murid akan mengikuti satu siri bengkel sehingga mereka berupaya untuk

mengaplikasi prosedur-prosedur tertentu secara individu dan kumpulan koperatif.


3.0 PENDEKATAN PENGAJARAN
Untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan
dengan berkesan dengan mengambil kira kebolehan pelajar yang pelbagai,
beberapa pendekatan yang sesuai telah dipilih.

3.1 Kaedah Penyoalan


Antaranya ialah kaedah penyoalan. Kaedah penyoalan adalah sesuai untuk
menggalakkan pemikiran dan pembelajaran murid. Penyoalan boleh dibahagikan
kepada enam tahap berdasarkan Taksonomi Bloom. Bagi peringkat awal, murid-
murid akan diajukan dengan soalan dari kategori pengetahuan. Soalan sebegini
berperanan untuk memastikan murid-murid boleh mengenal pasti dan mengingati
kembali sesuatu maklumat. Contohnya, dalam rancangan pengajaran harian yang
telah dibuat, pengajaran dimulakan dengan guru menyoal fungsi anggota badan
seekor haiwan. Dengan ini murid-murid akan mengingati kembali fungsi anggota
badan haiwan yang diketahui. Selain itu soalan ini juga dapat memberi gambaran
awal tentang tahap kebolehan seseorang pelajar. Selain dari soalan mengenai
pengetahuan, soalan aplikasi juga sesuai diberi kepada murid-murid. Soalan ini
sesuai diajukan setelah berlaku proses pengajaran dimana pada peringkat ini murid
akan diminta mengaplikasikan maklumat yang telah diperolehi. Murid-murid juga
akan menggunakan peraturan atau proses untuk menyelesaikan masalah. Ia juga
sesuai untuk meningkatkan tahap pemikiran murid. Berdasarkan rancangan
pengajaran harian, guru meminta murid memadankan kad gambar dengan kad
perkataan yang sesuai. Ini dapat membantu murid untuk menggunakan isi pelajaran
yang telah dipelajari untuk memadankan kad imbasan tersebut.
3.2 Pengajaran Secara Kelas
Kaedah seterusnya ialah pengajaran secara kelas. Pengajaran secara kelas
bermaksud penyampaian pengajaran guru kepada seluruh kelas, Mok Soon Sang
(1991). Seperti kaedah penyoalan, kaedah ini juga sesuai kerana isi pelajaran,
latihan dan kerja dapat diberikan sama kepada semua pelajar. Guru pula dapat
mengenal pasti murid yang lemah bagi memudahkan langkah pemulihan dibuat.
Terdapat beberapa kelebihan menggunakan kaedah pengajaran secara kelas.
Antaranya guru dapat menjimatkan masa dan tenaga. Guru dapat menjelaskan
konsep dan kemahiran kepada semua murid dalam satu masa sahaja. Selain itu
kebanyakkan murid suka belajar beramai-ramai. Oleh yang demikian, ia adalah amat
sesuai terutamanya bagi murid-murid tahap satu. Menerusi kaedah ini juga minat
murid dapat diransang kerana mereka lebih cenderung dan gemar belajar bersama-
sama. Pada masa yang sama semua murid dapat berkerjasama dalam aktiviti-aktiviti
pembelajaran dan yang akhir sekali murid-murid dapat bertanding antara satu sama
lain disamping dapat melatih murid-murid yang sederhana dan lemah mencontohi
rakan-rakan mereka yang cerdas. Seperti dalam rancangan pengajaran harian yang
disediakan, pengajaran secara kelas dibuat apabila guru memaparkan persembahan
power point yang mengandungi gambar haiwan yang telah dilabelkan bahagian-
bahagian anggota badannya serta guru mengajar murid-murid menyebut nama
anggota badan haiwan secara beramai-ramai di dalam kelas.

3.3 Kaedah Kumpulan


Oleh kerana kelas terdiri daripada murid-murid yang pelbagai kebolehan, kaedah
kumpulan adalah salah satu kaedah yang sesuai kerana murid-murid tersebut boleh
dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang terdiri daripada murid-murid yang
pelbagai kebolehan dalam setiap kumpulan. Contohnya dalam satu-satu kumpulan
terdiri daripada murid cerdas, sederhana dan lambat. Pengajaran secara
berkumpulan baik kerana ia membolehkan murid-murid belajar mengikut kebolehan
masing-masing. Melalui kaedah berkumpulan juga murid-murid cerdas akan terus
maju melalui aktiviti pengayaan manakala murid-murid lambat dapat menguasai
kemahiran asas melalui aktiviti pemulihan. Pengajaran berkumpulan juga
membolehkan guru merancang aktiviti pembelajaran mengikut kebolehan kebolehan
dan memudahkan guru dalam memberi bimbingan kepada murid-murid. Bukan itu
sahaja, murid-murid juga mendapat peluang untuk mengembangkan potensi
masing-masing selain dari dapat membina semangat kerjasama, bertanggungjawab
dan bertoleransi. Aktiviti berkumpulan yang dibuat dalam rancangan pengajaran
harian ialah guru membahagikan murid-murid kepada tujuh kumpulan dimana setiap
kumpulan mengandungi lima orang murid yang terdiri pelbagai kebolehan dan
seterusnya guru mengedarkan lukisan seekor haiwan yang tidak lengkap dan
meminta mereka melengkapkan gambar tersebut dengan melukis bahagian anggota
badan yang tiada.
3.4 Perbincangan
Kaedah terakhir yang digunakan ialah perbincangan. Perbincangan merupakan satu
kaedah dan teknik mengajar yang melibatkan aktiviti perbualan di antara guru dan
murid-murid dalam kelas, atau suatu jenis aktiviti pembelajaran secara bertukar-
tukar fikiran atau idea atau berkongsi maklumat tentang sesuatu perkara melalui
perbualan di bawah penyeliaan seorang guru, Mok Soon Sang (1991). Antara tujuan
perbincangan dilaksanakan ialah untuk menggalakkan perkembangan mental murid
supaya dapat menyumbangkan idea. Pada masa yang sama murid juga dilatih
berfikir dengan teliti dan berkomunikasi dengan berkesan. Seterusnya ia juga
mampu memupuk semangat kerjasama antara murid. Antara rancangan yang
meliputi aktiviti perbincangan di dalam kelad ialah guru membuat penyoalan secara
terbuka dan dijawab oleh murid. Di samping itu, guru akan memberi penerangan
sekiranya terdapat murid tidak faham.

4.0 MEDIA PENGAJARAN


Media ialah sebarang cara fizikal yang membolehkan mesej pengajaran
disampaikan, Reiser dan Gagne (1983). Selain itu media juga diberi takrifan sebagai
alat atau perkakasan yang biasa digunakan untuk menyampaikan maklumat
dikalangan manusia, Muhamad Hassan Abdul Rahman (2000). Manakala media
pengajaran pula ialah media yang membawa mesej tentang pengajaran, Heinich
(2002). Media pengajaran juga dikatakan sebagai audio visual dan bahan-bahan
yang berkaitan dengannya yang berfungsi dalam perlaksanaan sesuatu pengajaran.
Namun begitu, media pengajaran adalah segala sesuatu yang dapat digunakan
untuk menyalurkan pesanan daripada pengirim kepada penerima sehingga dapat
meransang fikiran, perasaan, perhatian, minat serta perhatian pelajar sehingga dan
seterusnya terjadinya proses pembelajaran, Dr. Wan Abdul Kader Wan Ahmad, Dr.
Ramlah Hamzah dan Dr. Rosini Abu (2005). Oleh kerana murid-murid tediri dari
pelbagai kebolehan, maka pemilihan media yang sesuai adalah penting supaya
proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan berkesan. Media
pengajaran yang baik dapat memperjelaskan mesej terutamanya mesej yang
disampaikan secara simbol verbal. Selain itu, media juga sepatutnya dapat
mengatasi batasan ruang, waktu dan pancaindera, dapat menimbulkan minat,
kefahaman dengan penggunaan media pengajaran secara betul dan bervariasi serta
dapat menyediakan pengalaman dan persepsi yang sama kepada semua murid.
Kepelbagaian kebolehan murid menyebabkan saya memilih media yang
mengandungi unsur-unsur seperti audio dan visual.

4.1 Boneka
Untuk melaksanakan set induksi, saya telah memilih model tiga dimensi iaitu boneka
sebagai media pengajaran. Boneka dipilih kerana ia mempunyai bentuk sebenar
sesuatu objek. Oleh itu rujukan yang lebih konkrit dapat disediakan berbanding
dengan simbol verbal kerana ia boleh dipegang dan dirasa. Berdasarkan isi
pengajaran yang hendak diajar, boneka seekor binatang seperti ikan digunakan
untuk menunjukkan bahagian-bahagian anggota badannya.

4.2 Persembahan Power Point


Selain boneka, saya juga menggunakan media tayang kaku iaitu persembahan
power point. Power point digunakan untuk menunjukkan objek sebenar. Ini adalah
sesuai kerana ia dapat mengukuhkan lagi kefahaman murid dimana ia merupakan
gambaran objek sebenar dan ia juga merupakan satu pendedahan kepada keadaan
sebenar. Menerusi media jenis ini, saya akan menghasilkan satu persembahan
power point yang mengandungi gambar beberapa ekor binatang yang sudah dilabel.
Untuk menambahkan keberkesanan persembahan ini, label-label yang digunakan
boleh dimasukkan kesan khas seperti gerakan dan warna supaya lebih menarik dan
seterusnya dapat meransang minat murid-murid.
4.3 Kad Imbasan
Media pengajaran terakhir yang digunakan ialah media pengajaran dari jenis gambar
kaku iaitu kad imbasan. Kad imbasan adalah sesuai untuk penilaian. Ini kerana
murid-murid akan diminta untuk memadankan kad gambar dengan kad perkataan.
Kad imbasan amat sesuai untuk penilaian kerana kad imbasan merupakan media
pengajaran yang menyediakan rujukan simbolik. Maka, murid-murid akan belajar
untuk menyesuaikan pembelajarannya dengan pelbagai keadaan.

5.0 PENGURUSAN TINGKAH LAKU DALAM BILIK DARJAH


Pengurusan tingkah laku murid dalam bilik darjah adalah amat penting untuk
menyediakan murid yang berminat untuk mengikuti proses pengjaran dan
pembelajaran yang dijalankan.
5.1 Faktor Masalah Tingkah Laku Dalam Bilik Darjah
Terdapat beberapa faktor yang mencetuskan masalah tingkah laku dalam bilik
darjah. Antaranya ialah suasana persekitaran rumah yang kurang selesa. Selain itu
suasana persekitaran sekolah yang tidak kondusif, aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang membosankan. Keadaan fizikal sekolah yang kurang kondusif
serta pengurusan sekolah yang bercorak autokratik juga boleh menimbulkan
masalah tingkah laku dalam bilik darjah. Masalah tingkah laku dalam bilik darjah
juga disebabkan oleh pendapat dan pandangan murid tidak mendapat perhatian dari
pihak sekolah serta penilaian negatif yang mewujudkan permusuhan nyata dengan
membalas dendam. Oleh yang demikian pengurusan tingkah laku dalam bilik darjah
sangat penting dan salah satu cara untuk menguruskannya ialah dengan memantau
perlakuan murid.

5.2 Pemantauan Tingkah Laku Dalam Bilik Darjah


Dua kategori perlakuan yang penting dalam bilik darjah ialah penglibatan murid
dalam aktiviti pembelajaran seperti perhatian semasa pengajaran, perbincangan dan
lain-lain tugasan dan yang kedua ialah pematuhan murid kepada peraturan bilik
darjah, Emmer dan rakan-rakan (1989). Pemantauan tingkah laku boleh dibuat
sekiranya guru boleh melihat semua murid dalam bilik darjah. Antara cara-caranya
ialah guru bergerak antara barisan murid dan memberi fokus kepada beberapa
murid sahaja. Selain itu pemantauan juga boleh dibuat dengan bergerak dari satu
murid kepada murid yang lain untuk mengatahui kemajuan dan memberi maklum
balas. Pada masa yang sama guru juga perlu bangun dan berjalan untuk menyelia
dan memastikan murid mengikuti arahan. Namun begitu tedapat beberapa perkara
yang perlu dielakkan oleh guru. Antaranya ialah bercakap dengan papan tulis,
menyelia murid yang memerlukan bantuan atau yang mengangkat tangan sahaja,
mengambil masa yang lama pada satu tempat atau murid. Untuk memantau murid
pada peringkat awal membuat tugasan individu, pastikan semua mulakan aktiviti
serta meletakkan semua bahan yang diperlukan di atas meja. Murid juga hanya
akan memulakan latihan atau menjawab soalan setelah guru memberikan arahan
dan lakukan perbincangan untuk menyemak jawapan supaya guru dapat
mengetahui sama ada murid memahami apa yang dipelajari.
5.3 Ketekalan
Untuk menguruskan tingkah laku dalam bilik darjah guru juga perlu tekal. Ketekalan
bermakna mengekalkan harapan perlakuan yang sesuai dan tidak sesuai dalam
aktiviti tertentu, ianya juga bermakna bahawa harapan ini adalah untuk semua murid
dalam semua keadaan, Emmer dan rakan-rakan (1989). Tedapat faktor-faktor yang
mempengaruhi ketidaktekalan, iaitu peraturan yang tidak sesuai, guru gagal
memantau murid dan tidak dapat mengesan tingkah laku yang tidak sesuai. Guru
yang merasakan bahawa penguatkuasaan peraturan adalah penting juga
menyebabkan berlakunya ketidaktekalan. Sekiranya murid didapati tidak tekal guru
bolehlah mengambil beberapa langkah, salah satunya ialah menjelaskan semula
peraturan. Bukan itu sahaja guru juga boleh mengubahsuai peraturan dan
memperkenalkan semula kepada murid. Namun begitu sekiranya peraturan sedia
ada adalah tidak sesuai, ia boleh dibatalkan dan diganti dengan peraturan yang
baru.

5.4 Pengurusan Segera Kepada Tingkah Laku Negatif


Cara terakhir dalam menguruskan tingkah laku dalam bilik darjah ialah pengurusan
segera kepada tingkah laku negatif. Ini adalah penting supaya tingkah laku negatif
tidak terus merebak. Contoh-contoh tingkah laku negatif ialah kurang penglibatan
dalam aktiviti pembelajaran, mengambil masa yang lama untuk membuat tugasan,
tidak memberi perhatian penuh dan sentiasa mengelak dari tugasan yang diarahkan.
Oleh sebab itu guru perlu mengambil langkah segera untuk membanteras tingkah
laku tersebut dengan mengarah semula perhatian murid kepada tugasan sekiranya
mereka tidak menyiapkan tugasan. Selepas itu guru perlu menyemak kemajuan
mereka selepas beberapa minit. Guru juga perlu bergerak ke arah murid berkenaan,
guna isyarat badan untuk membetulkan tingkah lakunya sehinggalah dia akur.
Seandainya murid masih bertingkah laku negatif, ingatkan dia tentang peraturan
kemudian tanya atau beritahu murid supaya berhenti bertingkah laku sedemikian.

6.0 JENIS-JENIS SOALAN


Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, tahap pemahaman murid boleh diuji
dengan soalan-soalan yang sesuai. Berdasarkan Domain Kognitif Bloom, terdapat
beberapa jenis soalan yang boleh digunakan untuk menguji kefahaman murid.
6.1 Pengetahuan
Pengetahuan merupakan peringkat yang paling rendah dalam hierarki Bloom.
Pengetahuan di tahap ini ialah pengetahuan yang telah dipelajari. Oleh sebab itu,
aras ini menguji kebolehan murid mengingati kembali fakta, erti, istilah, prinsip,
hukum dan definisi. Contoh-contoh soalan yang digunakan ialah manakah, apakah,
siapakah dan bilakah. Antara soalan yang diajukan berdasarkan aras pengetahuan
ialah ‘burung makan dengan apa?, ayam berjalan dengan apa?’. Soalan-soalan
yang diberikan ini ditujukan untuk semua murid supaya mereka dapat mengingat
kembali pengetahuan sedia ada mereka untuk menghubungkaitkan dengan isi
pengajaran yang akan diajar.

6.2 Kefahaman
Aras yang seterusnya ialah kefahaman. Oleh kerana ia merupakan peringkat yang
menunjukkan kebolehan memberi interpretasi, menterjemah dan menerangkan
dengan perkataan sendiri, maka soalan-soalan yang digunakan pada peringkat ini
biasanya berkaitan dengan mengulas, mentafsir, merumus dan merancang.

6.3 Aplikasi
Selain itu murid juga boleh diuji mengenai kebolehan menggunakan maklumat
seperti prinsip, teori dan konsep kepada situasi baru dan dalam situasi yang
berlainan melalui aras aplikasi. Antara keadaan-keadaan yang sesuai untuk
mengemukakan soalan-soalan berkaitan aplikasi ialah dalam pengiraan,
menterjemah, mengilustrasi, menyusun, mempraktik dan menjangka. Oleh yang
demikian, soalan-soalan yang biasa digunakan ialah tunjukkan, kirakan, selesaikan,
demonstrasikan, susunkan, uruskan, gunakan. Selepas murid-murid mengikuti
pengajaran, mereka diberi penilaian yang berbentuk penyoalan berdasarkan aras
aplikasi di mana mereka diminta memadankan kad gambar dengan kad perkataan
berkaitan tajuk yang dipelajari. Jenis penyoalan ini adalah ditujukan kepada semua
murid dengan harapan agar murid pandai, lemah dan sederhana dapat
mengapilikasikannya dan juga meningkatkan lagi kefahaman murid lemah.

6.4 Analisis
Untuk peringkat yang lebih tinggi, soalan berkaitan analisis amat sesuai digunakan.
Analisis ialah kebolehan memecahkan perkara yang telah dipelajari kepada
bahagian-bahagian tertentu sehingga kefahaman hubungan struktur organisasi
diperolehi, Dr. Wan Abdul Kader Wan Ahmad, Dr. Ramlah Hamzah dan Dr. Rosini
Abu, (2005). Pada aras ini murid diuji membanding dan menghuraikan faktor-faktor
kesamaan, perbezaan dan perhubungan di antara satu sama lain dan soalan-
soalannya seperti bezakan, bandingkan, asingkan, tafsirkan dan bahagikan. Untuk
soalan dari aras analisis murid-murid diberi tugasan untuk membezakan anggota
badan yang dimiliki oleh haiwan yang berlainan. Soalan ini diberikan kepada semua
murid dengan harapan agar murid yang lemah dapat menggunakan isi pengajaran
yang dipelajari pada tahap yang lebih khusus.

6.5 Sintesis
Untuk menguji kebolehan murid dalam mengintegrasikan bahagian-bahagian kecil
kepada satu bahagian besar yang baru soalan dari aras sintesis sesuai digunakan.
Bentuk-bentuk soalan dari aras ini biasanya gabungkan, bentukkan, kumpulkan,
gubahkan dan susunkan. Soalan dari aras sintesis telah diberikan pada semua
pelajar dengan harapan dapat menguji kefahaman murid lemah dan seterusnya
dapat meningkatkan tahap kefahaman murid pintar. Contoh soalan yang
dikemukakan ialah murid-murid disuruh melengkapkan gambar seekor haiwan
dengan melukis bahagian anggota badan yang tiada. Dengan adanya soalan ini
diharap agar murid lemah dapat mengenal pasti setiap anggota badan haiwan
dengan tepat.

6.6 Penilaian
Penilaian merupakan aras yang paling tinggi dalam hierarki Bloom. Aras ini menguji
kebolehan murid membuktikan, menilaikan, mengesahkan, mengkritik, merumuskan
atau memberi pendapat sesuatu penyataan, karya, prinsip, teori dan sebagainya.
Oleh yang demikian soalan-soalan yang digunakan ialah nilaikan, rumuskan,
tafsirkan dan buktikan.

7.0 KESIMPULAN
Sebagai kesimpulan, dapat dirumuskan bahawa penyediaan persediaan mengajar
merupakan satu langkah penting dalam pengajaran. Persediaan mengajar yang
meliputi pemilihan reka bentuk pengajaran, pendekatan yang sesuai, perancangan
media yang baik dan bentuk soalan yang sesuai, dapat menyediakan guru yang
lebih berkeyakinan dan seterusnya dapat meningkatkan keberkesanan dalam
pengajaran.

REFLEKSI

Bidang teknologi berkait rapat dengan bidang pendidikan. Perkaitan ini telah
menimbulkan model-model yang boleh diaplikasikan dalam bidang pendidikan.
Diantaranya ialah model ANSSURE . Dalam tugasan kali saya telah ditugaskan
membuat satu rancangan harian berasas model ANSSURE . Berdasarkan tugasan
ini saya dapat mendalami pengetahuan mengenai teknologi pendidikan dan
pengajaran.

Melalui tugasan ini saya juga dapati teknologi pendidikan adalah kaedah
sistematik dengan menggabungkan pelbagai media komunikasi yang inovatif.
Tujuan utama teknologi pengajaran digunakan adalah untuk mempengaruhi
pembelajaran supaya pembelajaran tidak lagi tertumpu kepada pengajaran guru
tetapi kepada media dan bahan.

Dengan menggunakan teknologi kita dapat memotivasikan pelajar untuk


belajar.Teknologi juga dapat membantu dalam proses kognitif, motivasi dan
membantu keperluan sosial pelajar.

Selain itu, keunuikan pengajaran boleh memudahkan suasana pembelajaran


menjadi lebih hebat dan berkesan. Ia juga dapat menghubungkan pelajar dengan
sumber maklumat dan alat pembelajaran.

Tidak dinafikan dengan penggunaan teknologi dapat mengurangkan kerja


guru dan mejimatkan masa dalam penyimpanan rekod dan data. Sudah semestinya
guru akan lebih produktif sekiranya mereka dilatih dan didedahkan dalam kaedah
berasaskan teknologi dan mampu mengakses dengan pantas maklumat bagi
keperluan mereka.

Seperti yang telah diketahui keperluan ict pada zaman globalisasi ini amatlah
penting dan ia perlu dikuasai oleh pelajar bagi menyediakan mereka untuk menjadi
pelajar bermaklumat.

Sebagai kesimpulan, dapat dirumuskan bahawa penyediaan persediaan


mengajar merupakan satu langkah penting dalam pengajaran. Persediaan mengajar
yang meliputi pemilihan reka bentuk pengajaran, pendekatan yang sesuai,
perancangan media yang baik dan bentuk soalan yang sesuai, dapat menyediakan
guru yang lebih berkeyakinan dan seterusnya dapat meningkatkan keberkesanan
dalam pengajaran.

DISEDIAKAN OLEH
NORZAIBASIMA BADARUDIN
KUMPULAN SAINS 2
SEMESTER 4.

Vous aimerez peut-être aussi