Vous êtes sur la page 1sur 13

(a) Hasilkan EMPAT teknik resis mudah yang anda ketahui melalui

pengalaman anda membuat penerokaan tentang resis.

01. PENDAHULUAN

Sesuatu projek yang diperkenalkan perlu selaras dengan kesediaan, kemampuan,


kebolehan, penumpuan, pengalaman dan pemerhatian murid. Kegiatan yang menarik
minat seperti kegiatan yang mencetus idea melalui aktiviti penerokaan amatlah
digalakkan sama ada secara manual atau berbantukan komputer. Oleh itu,sistem
Pembelajaran Bersepadu dalam pendidikan seni visual merupakan pendekatan
pembelajaran yang melibatkan beberapa aspek kemahiran tertentu yang digabungkan
ketika melaksanakan aktiviti. Pemilihan dan penentuan aktiviti seni visual hendaklah
yang terdekat dengan murid dari segi pengalaman, imaginasi, alat dan bahan.

Pembelajaran boleh dirangsang dengan kegiatan yang menyeronokkan seperti


lisan, simulasi, lakonan, muzik, nyanyian, karangan, puisi, law atan dan kegiatan ini juga
boleh dilakukan secara bersepadu. Justeru, organisasi kurikulum dalam pendidikan seni
telah dirancang khusus bagi tujuan tersebut.

1
02. RESIS.

Dalam buku Glosari Seni Lukis, resis didefinisikan sebagai suatu kaedah melukis cat air
dengan menyapu cat ke permukaan yang telah disapukan lilin di bahagian-bahagian yang
tidak hendak dicat atau diwarnakan. Ini bermakan aktiviti menggambar yang dihasilkan
dengan cara menolak warna basah atau cat basah yang disapu ke atas permukaan kertas
yang disapu lilin.

Manakala resis atau dalam perkataan inggeris resist boleh didefinisikan sebagai
satu aktiviti menggambar yang dihasilkan dari warna basah dan contengan lilin. Lilin
digunakan untuk menutup kawasan permukaan kertas atau kain.

Lilin digunakan oleh pelukis sebagai penghadang untuk melindungi warna asal
atau warna asli sesuatu permukaan daripada terkena warna baru. Satu teknik
menggunakan lilin, krayon lilin bertindak sebagai alat untuk membuat garisan atau
lakaran di atas kertas dan diwarnakan permukaannya. Teknik resis menyebabkan
permukaan kertas yang diliputi lilin tidak akan menyerap warna dan dalam keadaan
warna asal. Resis boleh juga dijalankan dengan cara menggunakan tindihan-tindihan lilin
dan menyapu warna dari peringkat warna terang ke peringkat warna gelap.

2.1 Teknik Menghasilkan Resis.

Pelbagai kaedah yang boleh digunakan untuk menghasilkan resis. Kaedah ini
membolehkan murid meneroka dan mempelajar pelbagai bentuk dan corak yang
dikehendaki mengikut keperluan dan media yang mudah diperolehi. Berikut merupakan
aplikasi teknik menghasilkan resis.

2
2.2 Alat dan Media

Dalam proses menghasilkan resis penggunaan alatan utama yang digunakan ialah lilin.
Ini membuatkan hasil kerja resis dianggap sebagai satu hasil kerja yang lain dari
kebiasaannya. Dengan cara ini aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan
tidak akan membosankan murid-murid kerana mereka amat sukakan kelainan dan
pembaharuan dalam hasil kerja mereka. Mari kita lihat beberapa alatan dan bahan yang
boleh digunakan dalam aktiviti membuat resis ini:

i. Berbagai jeni bahan yang berasaskan lilin seperti lilin biasa, lilin paraffin, krayon
lilin;
ii. Berbagai jenis kertas seperti kertas lukisan, kertas tebal, kertas kadbod, kertas
manila kad;
iii. Berbagai jenis kain putih seperti kain cotton poplin, cotton cambrich, rayon/fuji,
cotton lawn kima;
iv. Berbagai jenis pensel untuk membuat lakaran, kapur tulis, bekas air, pemadam;
v. Berbagai jenis warna seperti warna air, warna poster, warna tempera, cat rumah;
dan
vi. Berbagai jenis dakwat basah yang berbagai warna.

3
Teknik : Krayon resis dengan warna air
Media : Kertas Lukisan, warna air, krayon, berus warna.
Tema : Organik dan Unsur Kosmos
Cara Menghasilkan Resisi;Menggunakan kertas lukisan biasa kemudian membuat lakaran
di atas kertas. Warna Krayon digunakan untuk membentuk lakaran awal.Kemudian
menggunakan berus untuk di sapu pada permukaan kertas.

4
\

Teknik : Krayon resis dengan Warna Poster


Media : Kertas Lukisan, warna poster, krayon, berus warna.
Tema : Geometrik

Cara Menghasilkan Resisi;


Menggunakan kertas lukisan biasa kemudian membuat lakaran di atas kertas. Warna
Krayon digunakan untuk membentuk lakaran awal.Kemudian menggunakan berus untuk
di sapu pada permukaan kertas. Biarkan warna poster kering agar warna lilin kelihatan
timbul.

5
Teknik : Resis Batik
Media : Kertas Lukisan, warna poster , lilin canting, berus warna.
Tema : Organik

Cara Menghasilkan Resisi;


Menggunakan kertas lukisan biasa kemudian membuat lakaran di atas kertas
menggunakan canting. Lilin di masak kemudian dilakar di permukaan kertas .Warna
Krayon digunakan untuk membentuk lakaran awal.Kemudian menggunakan berus untuk
di sapu pada permukaan kertas. Biarkan warna poster kering agar warna lilin kelihatan
timbul pada permukaan kertas.

6
Teknik : Krayon resis dengan Dakwat
Media : Kertas Lukisan, dakwat, krayon, berus warna.
Tema : Organik

Cara Menghasilkan Resisi;


Menggunakan kertas lukisan biasa kemudian membuat lakaran di atas kertas. Warna
Krayon digunakan untuk membentuk lakaran awal.Kemudian menggunakan berus untuk
di sapu pada permukaan kertas. Dakwat di sapu secara berhati-hati agar tidak
menyebabkan kertas terkoyak atau berbulu. Kemudian kertas yang telah disapu
dikeringkan.

7
03 Resis menggunakan kain di sebut juga sebagai batik. Beberapa proses
perlu dijalankan untuk menghasilkan batik.

Proses penghasilan batik menggunakan teknik mencanting.

Jenis resis: Resis dengan kain. Alat dan bahan: kain putih, lilin, warna batik, serbuk soda,
sodium silikat, canting ikut saiz kesukaan, berus lembut pelbagai saiz, pemidang kayu
untuk menegangkan kain

1. Kain putih direngangkan pada pemidang


dengan menggunakan stapler untuk
menegangkan dan meluruskan kain.

2. Buat lakaran corak dengan pensel pada


permukaan kain tersebut

3. Panaskan lilin dalam periuk dengan api


yang perlahan.

4. Guna pen canting untuk menceduk lilin


cair dan alirkan pada corak.

8
5. Gunakan berus lembut untuk mewarna
corak yang dilukis tadi.

6. Setelah kering kelurakan dari pemidang


dan rendam dalam dodium silikat untuk
mematikan warna.

7. Rebus dalam air panas yang diletak soda


ash untuk menanggal kesan lilin

8. Jemur kain di bawah sinar matahari.

9
4. Huraikan kepentingan mempelajari teknik resis di sekolah rendah.
Penjelasan tentang fakta perlu berserta dengan contoh serta bahan rujukan.

Pengajaran Pendidikan Seni Visual merujuk kepada proses penyampaian isi pelajaran
tentang bahan dan alatan oleh guru kepada pelajar-pelajarnya. Pembelajaran Seni Visual
pula merupakan perubahan tingkahlaku pelajar tentang proses interaksi antara alat dan
bahan hasil daripada penglibatan mereka dalam proses pengajaran yang berlansung di
bilik darjah.

Sehubungan itu. semasa berinteraksi dengan bahan dan alat ketika menghasilkan
teknik resis ini, murid membuat interpretasi dan menyelaras konsepsi visualnya dengan
benda-benda yang dilihat. Proses pembelajaran ini amat penting kerana ia memberi
peluang kepada murid belajar secara tidak langsung. Proses interaksi murid dengan bahan
yang disediakan menjadikan murid lebih kreatif dan kritis apabila koseptual terhadap
peranan alatan dan bahan itu mula diasimilasikan dalam diri murid. Murid mengetahui
aspek-aspek penting yang harus dan sebaliknya terhadap alatan dan bahan yang
disediakan kerana interaksi yang kritis dengan bahan memerlukan penerangan khusus
yang disampaikan oleh guru. Secara tidak langsung konsep bersepadu dalam pengajaran
dan pembelajaran dapat diaplikasikan dalam bilik darjah.

10
Bahan pengajaran adalah segala peralatan yang digunakan oleh guru untuk
membantunya menyampaikan pelajaran di bilik darjah. Pengetahuan tentang resis boleh
dibahagikan kepada dua kategori berdasarkan fungsinya dalam konteks pengajaran guru
iaitu bahan asas dan bahan bantu. Dalam konteks kajian ini bahan asas merujuk kepada
media utama yang dijadikan sumber isi pengajaran guru. I

Guru memperkenalkan alatan dan bahan dengan cara menggalakkan murid


meninjau dan meneliti alat tersebut. Murid perlu memperolehi kebebasan sepenuhnya
ketika proses melaksanaka akitviti ini agar murid dapat berjinak-jinak dan dapat
membiasakan diri dengan bahan dan alat yang digunakan. Semasa berinteraksi dengan
alat dan bahan, murid membuat interpretasi dan menyelaras konsepsi visualnya dengan
objek yang dilihat. Ini secara langsung dapat membina keyakinan diri murid. Apabila
murid telah dapat meninjau tentang alatan dan bahan tersebut pada tahap kecekapan maka
barulah asas seni dapat diaplikasikan dengan mudah. Proses pembelajaran ini amat
penting kerana ia memberi peluang kepada muridbelajar secara tidak langsung. Murid
juga dapat mengenali perubahan yang mereka boleh lakukan dalam penghasilan seni di
masa akan datang.

Dalam konteks ini, murid membuat pelbagai usaha eksplorasi dan eksperimen
melalui aktiviti seni resis. Oleh itu, penemuan baru secara langsung mewujudkan proses
kreativiti murid. Murid memerlukan bimbingan guru untuk menjelaskan elemen tersebut.
Semakin banyak perkara yang diketahui semakin meransang proses kreativiti murid
kerana murid berpeluang melihat sendiri ukiran-ukiran kayu tersebut.

Sehubungan itu, aktiviti Pendidikan seni visual mampu menyediakan suasana


pembelajaran yang ceria dan menyeronokkan murid. Apabila suasana sebegini berjaya di
cipta, murid akan mendapati proses pengajaran dan pembelajaran adalah suatu
pengalaman yang penuh pesona dan melahirrkan idea secara tidak langsung.

11
05. PENUTUP

Murid menghasilkan sesuatu rekaan, objek sekeliling merupakan peniruan yang biasanya
berlaku dalam aktiviti seni. Pengamatan terhadap objek ini memberi satu pengalaman
baru kepada murid dalam menghargai nilai-nilai keindahan, kasih sayangnya terhadap
sumber alam secara langsung membentuk perasaan hormat dan menyedari kepentingnya
dalam kehidupan. Warisan kraf yang terkandung dalam organisasi kurikulum pendidikan
seni secara tidak langsung membentuk sikap murid tentang pentingnya menjaga warisan
budaya sebagai bahan sejarah yang dapat dimanafaatkan oleh generasi akan dating.
Ketika menghasikan karya murid terlebih dahulu membuat apresiasi terhadap karya yang
dicipta , murid akan mengetahui kepentingan-kepentingan yang terkandung dalam
penerokaan karyanya. ini secara langsung membentuk peribadi murid dalam menghargai
nilai-nilai patriotic dalam masyarakat . Seni merupakan alat penting yang dapat
menonjolkan norma-norma dalam kehidupan dan membolehkan pelajar mempunyai daya
kritikan yang lebih rasional tentang seni budaya kebangsaan.

Pendidikan Seni juga selari dengan konsep pembelajaran seumur hidup (learning
throughout life) yang dikatakan sebagai salah satu syarat untuk menghadapi dunia abad
ke-21. Pendidikan Seni merupakan satu disiplin yang mengaplikasikan ilmu dengan
kemahiran. Pelajar belajar melalui tindakan membuat (learning by doing), yang
kemudiannya kelak dapat dilanjutkan kepada learning to be dan learning to live together,
apabila tiba masanya untuk berada dalam masyarakat dan pasaran kerja. Asas ini dibina
dalam pengajaran Pendidikan Seni terutamanya dalam membentuk pemikiran tinggi.

. Pendekatan yang terancang dan terarah ini berteraskan objektif pencapaian iaitu,
ekspresi kreatif, penggubahan, penghasilan dan persembahan, persepsi estetik,
pertimbangan estetik, warisan budaya kraf, dan seni tampak. Justeru, Falsafah Pendidikan
Kebangsaan yang terkandung hasrat murni di dalamnya dapat direalisasikan melalui
subjek Pendidikan Seni.

12
BIBLIOGRAFI

Abu Bakar Nordin,(1991). Kurikulum: Perspektif dan Pelaksanaan,: Falsafah


Pendidikan. Kuala Lumpur . Pustaka Antara

Efland, Arther.(1997). Planning Art Education, Middle / Secondary School of Ohio,


State of Ohio Dept. of Education

Lansing, Kenneth M. (1971). Art, Artists and Art Education. New York, McGraw- Hill
Books Company

Md. Nasir Ibrahim, Prof. Madya Iberahim Hassan (2003). Pendidikan Seni Untuk
Maktab & Universiti. Pahang: Pts Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia. (2004). Sukatan


Pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan
Malaysia.

Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia. (2000). Sukatan


Pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSM. Kuala Lumpur: Kementerian
Pendidikan Malaysia.

Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia. (2006). Sukatan


Pelajaran Pendidikan Seni Visual STPM. Kuala Lumpur: Kementerian
Pendidikan Malaysia.

13

Vous aimerez peut-être aussi