Vous êtes sur la page 1sur 6

Tajuk kajian kes:

Laporan kajian kes tentang Persatuan Bola Sepak Sarawak (Football association of Sarawak/
Sarawak FA)

1.0 Pengenalan

Persatuan Bola Sepak Sarawak, ataupun lebih dikenali sebagai Sarawak FA merupakan
sebuah persatuan bola sepak berperingkat negeri yang mewakili negeri Sarawak dalam
perlawanan liga-liga tempatan seperti Liga Malaysia.

2.0 Sejarah Penubuhan

Persatuan Bola Sepak Sarawak ini telah ditubuhkan pada Januari 16, 1926, iaitu apabila
pasukan bola sepak ini yang secara asalnya menggelarkan diri mereka sebagai “The
Wanderers” bertukar nama menjadi “Kuching Football Club”. Bermula dengan tarikh
tersebut hinggalah pada tahun 1933, mereka berjaya untuk meningkatkan jumlah pasukan
kepada dua pasukan, dan bermain bola sepak pada setiap dua minggu sekali. Selepas
itu, mereka bertanding dalam pelbagai pertandingan bola sepak, antaranya Piala
Buchanan pada 1933, Piala Sarawak pada tahun 1970, Piala Malaysia pada tahun
1970,1988,1990,1999 dan 2008.

2.0 Kaedah dan proses penubuhan

Kelab ini pada asasnya mempunyai satu pasukan sahaja, kemudian kelab tersebut
berkembang menjadi dua pasukan pada tahun 1933. Daripada kelab bertukar kepada
sebuah persatuan yang berjaya dengan gelaran “The Football Association Sarawak” oleh
Datuk Haji Taha Ariffin dengan bantuan kerajaan Sarawak pada tahun 1974. Datuk Haji
Taha dan ahli-ahli jawatankuasa tertinggi yang lain mengiktirafkan persatuan tersebut
secara rasminya, mengkarang semula perlembagaan dan menaikarafkan pentadbiran
yang ada. Dengan pelaksanaan Piala Sarawak dan peningkatan progress yang amat baik
yang ditunjukkan oleh ahli-ahli persatuan ini, menyebabkan meningkatkan lagi jumlah
pasukan dalam persatuan ini.
3.0 Aktiviti atau perkhidmatan yang disediakan

Antara aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh para pemain dalam persatuan ini adalah dari
segi latihan fizikal dan mental. Bukan setakat itu sahaja, perbincangan strategi permainan
juga dilaksanakan juga agar peluang untuk memenangi perlawanan yang seterusnya
dapat dipertingkatkan.

4.0 Penjanaan sumber kewangan

Penjanaan sumber kewangan persatuan ini adalah berdasarkan pengsponsoran oleh


syarikat-syarikat besar di Malaysia. Sarawak FA, begitu juga dengan pasukan-pasukan
lain dalam Liga Malaysia pada asalnya disponsorkan oleh syarikat Dunhill dengan jumlah
RM 300,000 setiap tahun namun, kontrak tersebut terbatal apabila pengsponsoran oleh
syarikat rokok telah diharamkan menurut World Health Organization (WHO) pada tahun
2005. Dari tahun 2005 hingga 2010, pasukan-pasukan ini termasuklah dengan pasukan
Sarawak FA disponsorkan oleh syarikat telekomunikasi kebangsaan , yakni Telekom
Malaysia (TM). Tetapi, kini, Sarawak FA berada di bawah payung pengsponsoran syarikat
Astro. Bahkan, bukan setakat itu sahaja m Sarawak FA juga di sponsor oleh Lea Group,
iaitu syarikat t-shirt yang telah memainkan peranan sebagai pembekal baju jersi rasmi
pasukan bola sepak tersebut. Selain dari syarikat Lea dan juga Astro, Sarawak FA juga
disponsorkan oleh Inai Kiara Sdn Bhd, Air Asia, Naim Chandera Holdings dan Shin Yang
Group.

5.0 Isu-isu berbangkit

Antara isu yang berbangkit adalah tahap kemajuan persatuan ini jika dibandingkan
dengan persatuan bola sepak yang lain di dalam negara kita. Sebagai perbandingan,
persatuan ini jika dibandingkan dengan persatuan bola sepak Kedah dan Johor, yang
telah banyak kali memenangi piala liga Malaysia, Sarawak FA dikategorikan sebagai
antara persatuan yang mempunyai pasukan yang lemah. Malah, pasukan dalam
persatuan ini juga acap kali untuk bertanding dalam pusingan final dan selalunya terkeluar
pada awal pertandingan.
6.0 Cadangan penambahbaikan

Antara penambahbaikan yang dapat dilakukan adalah dengan meningkatkan lagi intensiti
latihan yang sedia ada tetapi dengan meningkatkankannya dengan secara berkala dan
bukannya mengejut, ini adalah untuk mengelakkan kecederaan. Bukan setakat itu sahaja,
malah dengan perubahan dari segi strategi permainan juga dapat dianalisis semula agar
penambahbaikan dan setiap kelebihan pemain dapat dipergunakan pada tahap
maksimum dan optimum pada setiap perlawanan. Malah, sikap para pemain jua perlu
dititikberatkan. Hal ini kerana, jika para pemain tidak mempunyai tahap disiplin dan
ketekunan yang tinggi, mereka hanyalah akan bersikap hangat-hangat tahi ayam sahaja,
lalu menyebabkan prestasi mereka akan menurun dengan menggunakan alasan-alasan
yang tidak munsabah dikeluarkan oleh para atlit negara seperti ‘malas’, ‘tidak larat’ dan
sebagainya.

7.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, persatuan ini meskipun telah lama ditubuhkan, perlulah untuk meningkatkan
lagi taraf mereka dalam liga-liga perlawanan bola sepak di negara kita. Hal ini kerana,
sebenarnya, persatuan ini mempunyai banyak potensi untuk terus berkembang, dengan
begitu banyak wang disalurkan dalam persatuan ini yakni menyebabkan mereka boleh
menggunakan wang tersebut untuk menjalani latihan yang berkualiti tinggi. Malah, dengan
mengambil tindakan terhadap beberapa isu yang terdapat dalam pentadbiran persatuan ini,
tidak mustahil bagi persatuan ini untuk melonjak secara drastik mengalahkan persatuan-
persatuan bola sepak dari negeri lain, malah juga dapat bertanding dengan kelab-kelab dari
luar negara.
RUJUKAN:

FOOTBALL ASSOCIATION OF SARAWAK. (n.d.). Retrieved from


http://www.sarawakfootball.com/

FA Sarawak - Detailed squad 18/19. (n.d.). Retrieved from


https://www.transfermarkt.com/sarawak-fa/kader/verein/22052
LAMPIRAN
Laman web rasmi Sarawak FA

Logo Sarawak FA

Vous aimerez peut-être aussi