Académique Documents
Professionnel Documents
Culture Documents
Temasya Sukan Olahraga Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh Kali ke-32, 2018
merupakan kejohanan olahraga tahunan yang dijalankan saban tahun. Pada tahun ini, Sukan
Olahraga 2018 ini telah diadakan pada hari Rabu, 14 Mac 2018 bertempat di Padang Utama,
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh. Tujuan Sukan Olahraga ini dianjurkan adalah untuk
menggilap kecemerlangan guru pelatih ipg ini khususnya dalam sukan olahraga. Selain itu,
melalui Sukan Olahraga ini dapat memberi peluang kepada seluruh warga ipg ini, dalam
mengurus, melaksanakan, dan menilai kemampuan untuk menganjurkan kejohanan yang
besa. Melalui Sukan Olahraga ini juga dapat menunjukkan kerjasama sepasukan yang amat
tinggi untuk menjayakan kejohanan sukan pada tahun ini. Berkat kerjasama yang diberikan
oleh para pensyarah, guru pelatih, pentadbiran dan staf sokongan maka temasya olahraga ini
dapat dilaksanakan dengan jayanya.
1
IPGK IPOH 2018, saya dan Nurnaziera sebagai Setiausaha telah menyediakan laporan
keseluruhan Sukan Olahraga IPGK IPOH.
Selain tugas sebagai Setiausaha, saya juga telah membantu rakan sekelas saya
dalam penyediaan cenderamata dan hadiah. Wakil kelas saya untuk AJK cenderamata dan
hadiah iaitu saudari Prisintaa bersama dengan bantuan Puan Shahaliza iaitu pensyarah
penasihat Ajk cenderamata dan hadiah telah menempah medal, hamper dan piala yang
diperlukan. Selepas kami menerima hadiah-hadiah tersebut, saya telah membantu rakan
sekelas saya untuk menyusun semula medal dan piala mengikut kategori masing-masing.
Akhir sekali dengan menjalankan Sukan Olahraga ini dapat satu gambaran yang jelas
mengenai cara pengendalian sesuatu program dan juga cabaran-cabaran yang akan
menghadapi dalam persiapannya. Oleh itu menjadi seorang naib setiausaha dalam program
ini telah banyak memberi pengetahuan yang tidak terhingga nilainya seperti penyediaan
kertas kerja yang sempurna dan sebagainya.
Disediakan oleh,
2
LAMPIRAN
3
Gambar di atas menunjukkan siswa/wi guru mendaftar kehadiran mereka sewaktu
latihan rumah sukan.
4
MEMO-MEM0
YANG DISEDIAKAN
SEPANJANG
SUKAN
OLAHRAGA
KALI KE-32, 2018