Vous êtes sur la page 1sur 4

NURUL AFINI BINTI MARZUKI

PISMP 4.07

ALAT-ALAT CORT 1

Terdapat tujuh alat berfikir dalam bahagian pelajaran berfikir CoRT 1 yang boleh kita
gunakan dalam proses berfikir untuk meluaskan persepsi sebelum membuat keputusan atau
untuk menyelesaikan masalah. Alat CoRT 1 yang pertama ialah baik, buruk dan menarik
iaitu Plus Minus Intereting (PMI). Plus (p) iaitu baik merujuk pada perkara yang difikirkan
baik bagi sesuatu idea. Minus (m) iaitu buruk membawa maksud perkara yang difikirkan
tidak baik bagi sesuatu idea manakala interesting ialah menarik yang merujuk pada perkara
yang tidak termasuk dalam plus dan minus tetapi menarik tentang sesuatu idea. Alat-alat ini
boleh digunakan dalam sesi sumbangsaran, perbincangan atau apabila kita berfikir tentang
sesuatu idea. Sebelum membuat keputusan, kita harus menggunakan alat ini bagi
mendapatkan keputusan yang terbaik.

Alat CoRT 1 yang kedua ialah Ambil kira dalam semua faktor iaitu Consider All
Factors (CAF). Dalam kehidupan, kita sering menemui keadaan yang memerlukan kita
membuat pilihan, keputusan atau rancangan untuk menjayakan cita-cita kita. Alat berfikir
CAF boleh digunakan bagi membantu kita membuat keputusan yang sesuai untuk masa kini
dan masa akan datang. Apabila menggunakan CAF, kita akan menyenaraikan semua faktor
yang terbabit untuk memilih sesuatu perkara yang sangat berkaitan dan penting sahaja.

Alat CoRT 1 yang ketiga pula ialah Kesan Mengikut Jangka Masa iaitu Consequence
and Sequel (C&S). Kita sering membuat inovasi dalam kehidupan seharian sama ada
dengan mencipta, mengubahsuai atau melaksanakan sesuatu pendapat dan cara hidup.
Begitu juga dalam mencipta peraturan atau alatan, dimana semuanya dilakukan untuk
memajukan diri kita dari semasa ke semasa. Apa sahaja yang kita lakukan perlu difikirkan
sebaik mungkin agar sesuai dengan kehendak semasa. Untuk itualat berfikir C&S sesuai
digunakan. Kita juga perlu memikirkan tentang kesan-kesan lain akibat rancangan kita
tersebut, iaitu kesan kepada orang lain, masyarakat dan alam sekitar.

Selain itu, alat CoRT 1 yang keempat ialah Tujuan, Matlamat dan Objektif iaitu Aims,
Goals and Objectives (AGO). Setiap perkara yang kita lakukan pasti ada alasan dan
sebabnya. Mungkin kerana ia merupakan hobi kita atau kita melakukannya kerana
terpengaruh dengan orang lain atau untuk mendapat pujian dari orang ramai. Ada kalanya
kita melakukan sesuatu dengan tujuan tertentu ataupun untuk mencapai sesuatu objektif
atau matlamat. Sekiranya kita tahu apa sebenarnya matlamat kita dalam melakukan
sesuatu, ia akan memudahkan kita untuk mencapainya.
NURUL AFINI BINTI MARZUKI
PISMP 4.07

Seterusnya, alat CoRT 1 yang kelima ialah Kepentingan Utama Didahulukan First
Important Priority (FIP). Setelah kita menggunakan alat-alat berfikir PMI, CAF, C&S, dan
juga AGO, timbul masalah untuk membuat pemilihan antara banyak faktor, objektif dan
kesan-kesan yang telah kita senaraikan bagi sesuatu perkara atau rancangan yang kita
lakukan. Untuk tujuan pemilihan ini kita terpaksa memilih sebahagian sahaja dan
meninggalkan yang lain kerana kita tidak dapat melakukan semua itu serentak.

Alat CoRT 1 yang keenam ialah Alternatif, Kemungkinan dan Pilihan iaitu
Alternatives, Possibilities and choices (APD). Apabila kita perlu mengambil sesuatu tindakan
terhadap sesuatu perkara ataupun melakukan sesuatu, kita rasa seperti tiada banyak
pilihan. Alat berfikir (APC) ini mencadangkan kepada kita supaya berusaha mencari pelbagai
pilihan dan kemungkinan agar kita dapat melihat idea atau perkara. Ini bertujuan agar kita
dapat melihat idea atau isu tersebut dengan pandangan yang luas dan dari beberapa sudut
pandangan. Daripada banyak pilihan dan kemungkinan yang disenaraikan barulah kita pilih
untuk menggunakan alat FIP yang telah dibincangkan sebelum ini.

Akhir sekali, alat CoRT 1 yang ke tujuh ialah Pandangan Orang Lain iaitu Other
People’s View (OPV). Salah satu aspek dalam kemahiran berfikir ialah kebolehan kita
mengetahui apa pandangan orang lain terhadap sesuatu perkara yang kita lakukan,
terutama yang berkaitan dengan orang lain. Alat OPV ini perlu digunakan oleh semua orang
terutama pemimpin di semua peringkat sama ada Guru Besar ataupun guru-guru yang
mempunyai pelajar sebagai orang yang dipimpinnya. Kita perlu mendengar pandangan
orang lain dalam sesuatu perkara yang kita putuskan supaya keputusan itu mendapat
sokongan dan kerjasama semua pihak. Sebenarnya, apa yang kita fikirkan juga akan
difikirkan oleh orang lain, cuma pendapatnya berbeza.
NURUL AFINI BINTI MARZUKI
PISMP 4.07

6 THINKING HATS

"Six Thinking Hats" merupakan suatu cara berfikir yang dipersembahkan melalui enam buah
'topi' dengan warna berbeza iaitu putih, merah, hitam, kuning, hijau, dan biru. Setiap warna
pada topi mempunyai peranan yang berbeza antara satu sama lain. Penggunaan topi dan
warna tersebut membuatkan kaedah ini lebih mudah untuk difahami dan diterapkan.
Keenam-enam topi berwarna ini bukan merupakan klasifikasi cara berfikir. Misalnya
beberapa orang hanya berperanan sebagai topi hitam, sedangkan yang lain berfikir sebagai
topi merah. Meskipun tidak menguasai seluruh topi, setiap orang setidaknya harus dapat
berperanan dengan cukup baik untuk keenam-enam topi tersebut.

Kaedah ini bukan merupakan pengklasifikasian cara manusia berfikir. Tetapi ia


merupakan salah satu pendekatan kerangka organisasi berfikir untuk menghasilkan
gagasan atau menciptakan solusi yang dapat di implementasikan dengan baik. Kaedah ini
dapat memberikan faedah sama ada dalam perbincangan sesebuah organisasi mahupun
secara individu. Bagi sesetengah orang, berfikir merupakan proses yang rumit dan
melibatkan banyak hal untuk dikupas. Hal ini tidak mustahil memandangkan keupayaan otak
manusia adalah tinggi disertai dengan keupayaannya menyerap pelbagai maklumat.
Banyaknya maklumat yang perlu diolah pasti menjadikan proses berfikir menjadi lebih sukar.
Six Thinking Hats akan membuatkan kita berfikir dengan lebih mudah, berfokus dan lebih
sistematik untuk menghasilkan kesimpulan yang lebih baik dan tepat. Kaedah ini
sememangnya dapat membantu kita untuk mencapai hal tersebut.

Berikut adalah keenam topi berwarna tersebut yang mewakili cara-cara manusia
berfikir. Topi yang pertama ialah White Hat. Topi pertama adalah topi putih. Bayangkan
kertas putih yang berisi data, fakta, dan seluruh maklumat yang berkait dengan topik
pemikiran atau pembicaraan. Topi putih berperanan untuk memaparkan seluruh fakta yang
ada yang akan berguna dalam langkah penyelesaian masalah dan membuat keputusan.
Hanya fakta, tidak perlu ditambahi dengan pendapat, kritik, perasaan, gagasan atau lainnya.
Putih adalah warna yang bersih dan suci yang mana tidak memerlukan sebarang
penambahan. Dengan kata lain, topi putih di sini berperanan sebagai penyebar fakta yang
bebas.

Topi kedua ialah Red Hat iaitu topi merah. Merah adalah warna yang agresif, berani
dan menunjukkan seseorang bersifat emosional. Peranan topi merah dalam organisasi
berfikir adalah untuk memberikan pandangan melalui emosi. Topi merah harus berani
mengemukakan perasaannya terhadap sebarang permasalahan atau fakta yang ada. Topi
merah ini berguna untuk memperjelas situasi emosional yang ada kerana sebaik apapun
NURUL AFINI BINTI MARZUKI
PISMP 4.07
hasil pemikiran atau perbincangan, langkah kerjanya tetap bergantung pada keadaan emosi
para pemikirnya.

Seterusnya, ialah Black Hat iaitu topi hitam. Cuba anda bayangkan profesion-
profesion yang menggunakan pakaian hitam yang khas seperti hakim, pendakwa atau
pengadil. Profesion-profesion tersebut mempunyai peranan yang hampir serupa, iaitu
menemukan hal-hal yang negatif atau kurang baik dari sesuatu. Topi hitam juga memiliki
peranan yang serupa. Ia dapat menjelaskan hal-hal negatif yang terjadi apabila suatu
gagasan dijalankan serta memberikan argumentasi. Topi hitam sangat berperanan dalam
ketelitian dan berhati-hati dalam mengambil tindakan berdasarkan logik dan fakta yang ada.

Di samping itu, topi yang keempat ialah Yellow Hat iaitu topi kuning. Topi ini
diibaratkan seperti cahaya matahari yang kuning cerah dan dapat menyemai semangat
positif dalam diri seseorang. Dapat dikatakan bahawa peranan topi kuning merupakan
songsangan bagi topi hitam. Topi kuning menunjukkan peluang, kesempatan dan berbagai
hal positif lain yang dapat timbul daripada implementasi suatu gagasan.

Topi kelima ialah Green Hat iaitu topi hijau. Topi ini diibaratkan seperti hijaunya pucuk
tanaman yang baru tumbuh, rimbunnya pepohonan dan suburnya sawah. Idea baru akan
muncul dan kreativiti terbentuk. Hijau memang telah sering dikaitkan dengan kreativiti dan
dalam organisasi berfikir ini, topi hijau juga berperanan memupuk kreativiti seseorang.
Peranan topi hijau di sini bukanlah untuk amembuat seseorang menjadi lebih kreatif dalam
menghasilkan idea, tetapi lebih kepada untuk memberikan waktu yang lebih banyak kepada
seseorang untuk berfikir secara kreatif.

Akhir sekali ialah Blue Hat iaitu topi biru. Biru melambangkan langit yang berada di
atas segalanya. Topi biru mengambil peranan sebagai organisator. Memikirkan keseluruhan
proses kerangka berfikir. Menentukan bila waktu yang tepat untuk menggunakan suatu topi.
Memutuskan siapa yang memberikan pandangan topi merah, siapa yang topi hijau, dan
seterusnya. Membawa perbincangan ke arah yang memang ingin dituju. Si topi biru harus
mampu melihat perbincangan atau kerangka berfikir sebagai suatu gambaran yang besar.
Biasanya peranan topi biru dapat dilihat melalui mesyuarat kepimpinan rapat atau di dalam
sesebuah perbincangan.

Keenam-enam topi pada cara berfikir "Six Thinking Hats" adalah karya Edward de
Bono. Kaedah ini memang sangat ringkas dan praktikal namun ia sangat bermanfaat dan
dapat menjadi salah satu cara untuk memfokuskan pemikiran kita menjadi lebih efektif
dalam menghasilkan sesebuah keputusan yang tepat.

Vous aimerez peut-être aussi