Vous êtes sur la page 1sur 8

NOR HASMIZA BINTI ZAINUM

770607-11-5244
KDPM-KDC SABK MT ( M ) AMBILAN NOVEMBER 2008

TAJUK TUGASAN :

Huraikan dengan terperinci mengapa pengedaran dadah terus berleluasa


walaupun pelbagai usaha dilakukan oleh kerajaan untuk membanteras
ancaman tersebut.

"Dadah musuh nombor satu negara" inilah ungkapan yang pernah dilaungkan oleh
Perdana Menteri Malaysia dalam satu majlis Hari Antidadah Peringkat Kebangsaan
2006. Apa yang lebih menyedihkan dan membimbangkan, golongan remaja
terutama yang bersekolah merupakan bilangan penagih yang tertinggi. Keadaan ini
memang amat membimbangkan kerana golongan ini merupakan generasi yang
akan menjadi pemimpin pada masa akan datang. Pelbagai laporan terkini berkaitan
dengan penyalahgunaan dan pengedaran dadah disiarkan oleh media massa
memberikan isyarat-isyarat yang semakin membimbangkan. Dua isyarat yang paling
jelas adalah tentang kemungkinan meningkatnya aktiviti pengedaran dan penagihan
di seluruh negara. Dalam hal ini apakah peranan kita sebagai rakyat Malaysia
melihat gejala penyalahgunaan dan pengedaran dadah ini. Di sini dapat diberikan
senario dan maklumat yang lebih terperinci dan terkini tentang isu-isu yang berkaitan
dengan dadah dan permasalahan yang bersangkutan dengannya; gejala-gejala
terkini dalam kategori dadah seperti syabu dan hidu gam dan sebagainya yang
dikeluarkan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan, Kementerian Keselamatan Dalam
Negeri, peranan dan sumbangan masyarakat, sistem perundangan dalam
menghadapi kemelut masalah ini, dadah menurut kaca mata Islam dan undang-
undang Islam sebagai pilihan yang lebih baik kepada penyelesaian yang hakiki.
Justeru, buku ini yang dilengkapi maklumat dan satistik terkini amat sesuai dibaca
oleh pembaca yang ingin mengetahui hal-hal yang berkaitan dengan "dadah", pihak-
pihak yang di pertanggungjawab untuk menangani permasalahan ini dan begitu juga
ia sesuai dijadikan sebagai bahan rujukan bagi para pelajar undang-undang di pusat
pengajian tinggi.
Pada hari ini pengedaran dadah terus berleluasa walaupun pelbagai usaha
dilakukan oleh kerajaan untuk membanteras ancaman tersebut. Fenomena
pengedaran dadah mengancam masa depan negara dengan bertambahnya
bilangan penagih dadah. Banyak faktor yang mengakibatkan pengedaran dadah
berleluasa seperti kepincangan institusi kekeluargaan, pengaruh negatif rakan,
rasuah, kerapuhan undang-undang, meningkatnya penagih untuk menagih dadah
semula dan penerimaan masyarakat. Permintaan dan penawaran terhadap najis
dadah masih aktif di dalam kesibukan program pencegahan dadah, penangkapan
pengedar dadah yang dilakukan dan pemulihan terhadap penagih dadah yang
dilaksanakan di pusat-pusat pemulihan seluruh negara.

Antara faktor yang dapat di lihat sebagai penghalang kepada usaha kerajaan
adalah, penerimaan masyarakat setempat terhadap bekas penagih-penagih dadah.
Jika diperhatikan bukan seratus peratus rakyat Malaysia yang berhati murni atau
bersedia menerima golongan ini . Sedikit sebanyak mereka tetap terpinggir.
Keluarga sendiri pun belum tentu dapat menerima mereka kembali, apatah lagi
orang lain. Justeru itu , mereka akan berjinak semula dengan dadah, teman lama
yang merosakkan jiwa dan raga. Persepsi negatif ahli keluarga atau saudara-mara
atau para sahabat terhadap bekas penagih membuatkan mereka merasa kecewa,
rendah diri dan bosan. Justeru itu itu mereka bertindak mengasingkan diri dan
merapatkan diri mereka kepada dadah. Antara risiko penagih dadah adalah HIV
positif dan ini dimaklumi oleh seluruh dunia. Jadi, masih ramai yang khuatir atau
merasa jijik dengan bekas penagih selain dari bimbang dijangkiti oleh HIV itu.
Walaupun perubatan mengatakan HIV tidak berjangkit melalui sentuhan tetapi masih
ramai yang tidak berani untuk menangung risiko berkawan dengan mereka.
Lantaran itu mereka kesunyian dan mencari rakan –rakan lama untuk lepak bersama
mengulangi kenangan lama yang menghancukan hidup. Pendek kata, kalau ada
bekas penagih membuka gerai makanan, berapa ramai yang akan menjadi
pelanggan jika tahu akan keadaan itu. Pengalaman penulis mendapati tidak ramai
yang sanggup berurusan dengan seorang ibu tunggal yang mana bekas suaminya
merupakan seorang penagih dadah dan meninggal dunia kerana HIV positif. Kalau
yang sanggup berurusan pun adalah mereka yang tidak mengetahui latar
belakangnya. Namun, masih ada insan-insan yang berhati mulia tetap berurusan
dengan wanita itu walaupun arif tentang situasinya. Kalaulah semua individu
memberi sokongan sedemikian, lama kelamaan pengedaran dadah dapat disekat.
Apa pun itulah hakikatnya antara kesan terhadap sesiapa yang mempunyai pertalian
dengan penagih dadah. Oleh kerana itu, ramai yang menjauhkan diri dari mereka.

Keadaan perselisihan faham antara individu samada di dalam sebuah perkahwinan,


sengketa antara ahli keluarga, hinaan dan cercaan juga sindiran rakan sekerja dan
masyarakat sekeliling timbul kerana rasa curiga mereka tehadap bekas penagih.
Konflik ini yang dikatakan sebagai konflik interpersonal yang turut membawa bekas
penagih kembali menagih dadah.

Seterusnya adalah tekanan sosial yang terbahagi kepada dua iaitu tekanan
langsung dan tekanan tidak langsung. Tekanan secara langsung adalah tekanan
secara lisan dari individu lain atau kumpulan di sekitar bekas penagih itu. Tekanan
itu datang dari desakan rakan lama atau kumpulan tertentu untuk bekas penagih itu
mengambil dadah. Desakan dan pujukan rakan atau kumpulan dadah ini
menggoyahkan keimanan bekas penagih. Ini kerana kumpulan dan individu yang
mendesak ini sangat memahami akan kelemahan bekas-bekas penagih. Taktik
mereka sangat berkesan untuk mempengaruhi bekas-bekas penagih kembali
kepada penyalahgunaan dadah. Manakala, tekanan tidak langsung adalah
persekitaran yang merupakan sarang penagihan yang memudahkannya kembali
terjebak ke kancah penagihan dadah. Maksudnya terlalu mudah bagi bekas
penagih mendapat bekalan dadah yang diperlukan .

Hari ini terdapat banyak cerita dan berita semasa yang menyajikan maklumat
mengenai penangkapan di sana-sini, hukuman yang dijalankan terhadap pengedar
selain dari pusat pemulihan dadah. Tidak kurang juga berita mengenai usaha-usaha
yang dirancang oleh kerajaaan dalam menangani pengedaran dadah, melancarkan
program pencegahan dan anti dadah serta pelaksanaan aktiviti yang dirancang
samada jangka pendek atau panjang. Namun, pengedaran dadah itu tetap
berleluasa sama rancak dengan program membanterasnya.

Dalam usaha kerajaan merawat dan memulihkan penagih dadah dalam negara, kita
dikejutkan pula dengan kelicikan pengedar dadah antarabangsa. Sindiket
antarabangsa kian galak menjadikan Malaysia sebagai pusat pengedaran atau
transit dadah dunia. Biarpun banyak yang ditumpaskan tetapi bilangan yang datang
sedikit pun belum menampakkan berkurangan. Ini menunjukkan seolah-olah
pasaran dadah di negara kita cukup hebat. Faktor yang mendorong kegiatan ini aktif
di negara kita mungkin habuannya melibatkan nilai yang mencecah jutaan ringgit.
Sebab itu mereka bertindak nekad walaupun mencabar undang-undang Malaysia.

Mereka sedikit pun tidak takut dengan hukuman mengikut Seksyen 39B Akta Dadah
Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori jika disabit kesalahan.
Benar kata pepatah Melayu, 'sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke
tanah juga.' Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, kita membaca laporan
mengenai pihak polis dan jabatan kastam telah berjaya menumpaskan kegiatan
penyeludupan dan menahan beberapa anggota sindiket dadah antarabangsa.
Kegiatan dadah antarabangsa sama ada yang diseludup masuk atau dibawa ke luar
negara nampaknya akan terus aktif. Jadi kita tidak boleh leka dengan kejayaan yang
dicapai setakat ini.

Kita perlu ingat, akibat percubaan mereka menyeludup masuk dadah ke negara kita
melalui bagasi seringkali gagal, maka ada yang beralih taktik menggunakan sabun
mandi, merendam tuala dalam cairan dadah, guna ketuhar gelombang mikro, sorok
dalam bengkung, bingkai gambar dan sebagainya. Mungkin pada masa akan
datang, taktiknya mungkin lebih sukar untuk dikesan. Walaupun begitu, kita tabik
terhadap keupayaan penguat kuasa dalam membanteras dan mengekang
penyeludupan dadah terutama melibatkan warganegara asing. Ia terbukti berkesan.
Jika ada andaian Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mudah
bolos untuk kegiatan transit dadah, pihak terbabit perlu diberi mesej jelas dan
berberfikir beribu kali. KLIA mesti dibersihkan daripada imej pintu masuk
penyeludupan dadah.

Apa pun kita mesti sentiasa berwaspada dengan kemasukan warga asing di pintu
masuk negara ini. Banyak kes salah laku warga asing. Dalam senyuman kita
menyambut kedatangan warga asing, kita juga perlu bertegas terhadap mereka
yang berusaha membawa musibah. Oleh itu kita wajar memohon kerjasama semua
pihak agar membersihkan imej Malaysia daripada label pusat pengedaran dadah
antarabangsa. Hal ini bagaikan benar apabila kita membaca laporan media, hampir
setiap minggu ada sahaja tangkapan ke atas penyeludupan dadah.
Merenung dengan mendalam perkembangan ini, kita juga bimbang - adakah
pengguna dadah di negara kita semakin meningkat? Hari ini, pelbagai pelakuan
dahsyat timbul akibat daripada penyalahgunaan dadah. Seseorang penagih
sanggup mati, mencuri, merompak, meragut, mencedera bahkan membunuh orang
lain. Jadi ada baiknya kerajaan segera membuat kempen membersihkan imej
Malaysia daripada aktiviti pengedaran dadah.

Kes rakyat Malaysia ditipu, diperdaya dan dijadikan sebagai keldai dadah terus
meningkat dan mula mencetuskan kebimbangan. Masyarakat mula risau, jika suami,
isteri ataupun anak menjadi mangsa seterusnya walaupun pendedahan demi
pendedahan dibuat baik dalam media massa mahupun melalui media cetak
berkaitan kes keldai dadah yang melibatkan rakyat Malaysia yang ditipu, diperdaya,
ditangkap dan meringkuk dalam penjara di luar negara. Walau bagaimanapun,
situasi ini masih belum mencukupi untuk menyedarkan dan menginsafkan rakyat
kita.

Keldai dadah merujuk seseorang yang secara rela ataupun diperdaya untuk menjadi
pembawa dadah ataupun pelbagai barang seludup yang lain secara haram dan
tersembunyi ke negara lain. Kebiasaannya, kegiatan ini melibatkan sindiket
antarabangsa yang mempunyai rangkaian perhubungan yang luas dalam merekrut
mangsa untuk dijadikan keldai dadah. Sindiket yang bijak merancang dan
mengambil peluang terhadap mangsa yang naif, menggunakan taktik ini kerana
mampu mengurangkan risiko pengedar atau penyeludup dadah terbabit tertangkap.
Antara kaedah penyeludupan yang biasa dilakukan termasuklah menyembunyikan
barang di dalam kenderaan, bagasi atau pakaian, mengikat pada badan ataupun
lebih dahsyat lagi apabila ada yang sanggup menelannya.

Antara lokasi rakyat Malaysia pernah ditahan termasuklah di Itali, Sepanyol, Peru
dan Jepun. Pihak Kementerian Luar baru-baru ini mendedahkan bahawa seramai 72
rakyat Malaysia ditahan pihak berkuasa China kerana cuba membawa masuk
dadah, dengan kes paling banyak berlaku di Ghuangzou, iaitu sebanyak 33 kes.
Yang lebih malang dan mendukacitakan kita ialah apabila sebahagian besar
daripada mangsa yang ditahan itu mendakwa mereka tidak mengetahui dadah yang
dirampas berada dalam simpanan mereka ketika ditahan di lapangan terbang.
Yang menjadi persoalan di sini ialah apakah punca utama yang menyumbang
kepada kejadian yang semakin meningkat dan membimbangkan ini? Kenapa rakyat
kita, baik wanita mahupun lelaki begitu mudah terpedaya dan tertipu dengan sindiket
seperti ini? Jika kita mengkaji dan meneliti latar belakang setiap individu rakyat kita
yang terlibat dalam gejala ini ternyata majoritinya ialah golongan belia dan kaum
wanita. Hal ini menunjukkan bahawa antara punca utama kepada kejadian ini ialah
tahap pemikiran dan kematangan mereka yang masih lemah dan mudah tertipu atau
diperdaya. Golongan ini begitu mudah terpengaruh dengan sogokan kata-kata manis
dan kekayaan yang dijanjikan melalui keuntungan jangka pendek yang mudah tanpa
memikirkan soal kesan dan implikasi kepada diri sendiri dan juga keluarga jika
tertangkap kelak. Mereka mudah percaya kepada orang luar atau asing yang baru
dikenali yang menjanjikan kekayaan dan pendapatan luar biasa.

Wanita Malaysia terlalu mudah termakan pujuk rayu lelaki hidung belang yang bijak
memancing dan menggoda dengan kata-kata sayang dan cinta di samping
menjanjikan pulangan kekayaan yang lumayan. Bagi rakyat kita yang membuat kerja
ini dalam keadaan sedar, sikap tamak untuk menjadi kaya dengan cepat, segala
nasihat dan pendedahan mengenai kes ini tidak dipedulikan dan diambil kisah. Yang
lebih merisaukan ialah golongan yang diperdaya ataupun ditipu untuk membuat
kerja ini kerana masih banyak mangsa yang terjerat, mengadu mereka langsung
tidak sedar dipergunakan ataupun diperdaya menjadi keldai dadah. Mereka hanya
sedar apabila mereka ditahan dan ditangkap di lapangan terbang ataupun di negara
luar oleh pihak berkuasa tempatan.

Kejadian sebegini bukan sahaja mengundang malapetaka kepada masa depan


rakyat yang tertangkap kerana berhadapan dengan hukuman yang berat
termasuklah hukuman gantung, malah hal ini memalukan dan mengaibkan keluarga
serta menjejaskan nama baik negara secara menyeluruh. Oleh itu, sudah menjadi
tanggungjawab semua pihak terutamanya anggota keluarga dan ahli masyarakat
memainkan peranan yang lebih aktif untuk membendung gejala ini daripada terus
berleluasa. Hal ini penting kerana pihak berkuasa, baik polis mahupun kementerian
yang berkaitan, seperti Kementerian Luar dan juga Kementerian Pembangunan
Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah dan sedang memainkan peranan mereka
dengan aktif dalam usaha mendidik dan menyedarkan rakyat kita daripada
terjerumus ke kancah seperti ini. Malah, mereka jugalah yang bersusah payah untuk
membebaskan rakyat kita yang ditangkap di luar negara selama ini. Maka, apa-apa
yang diperlukan sekarang ialah komitmen anggota keluarga dan ahli masyarakat
dalam aspek mendidik, menjaga dan menyedarkan baik suami, isteri mahupun anak
mereka supaya tidak mudah terpedaya. Hal ini dikatakan demikian kerana kelompok
inilah yang paling rapat dengan mangsa dan paling berpeluang untuk mempengaruhi
segala tindak tanduk mereka terutamanya dalam menjejak segala aktiviti yang
mereka lakukan sepanjang masa. Semoga komitmen dan kerjasama daripada
semua pihak yang terlibat ini dapat mengurangkan dan seterusnya mengatasi
secara keseluruhan gejala yang kurang sihat seperti ini.

Satu lagi faktor yang perlu diberi perhatian iaitu rasuah. Ahad 2 Oktober 2011, Ketua
Bahagian Jenayah Narkotik dituduh menerima sogokan RM4,000. Dilaporkan
seorang pegawai tinggi polis yang mengawasi berkaitan dadah (narkotik) telah
dihadapkan ke muka pengadilan di Mahkamah Seksyen Shah Alam atas tuduhan
menerima sogokan RM4,000 bagi meringankan kesalahan seorang lelaki yang
ditahan kerana memiliki dadah pada 26 November tahun lalu. Jadi, apa dah jadi
dengan negara kita? Di mana kesedaran akauntabiliti mereka yang malang ini.
Yang tidak tahu membezakan antara tindakan yang baik atau sebaliknya. Atas dasar
apa tindakan salah itu dilakukan? Tuntutan hidup yang tinggi atau nafsu materialistik
yang menjadi musabab? Seorang pegawai yang telah diberi tanggung jawab cukup
besar dan kepercayaan oleh kerajaan dan rakyat Malaysia, membuat keputusan
untuk membela seorang pengedar dadah yang sudah tentunya telah banyak
menambah bilangan penagih najis dadah di negara kita. Orang yang diamanahkan
untuk menjaga keamanan negara yang telah memberi sokongan kepada musuh
negara. Berbalik kepada soal undang-undang yang tidak mampu membenteng atau
membuatkan mereka serik dengan tindakan mereka. Jadi, dalam soal rasuah ini,
undang –undang sangat besar peranannya bagi membantu membanteras najis
dadah ini.

Peperangan melawan penyalahgunaaan dadah perlulah ditumpukan kepada


pencegahan yang luar biasa. Segala badan sukarela dan jabatan kerajaan yang
terlibat wajarlah mengatur strategi berfokus kepada menyekat penularan
pengedaran dadah yang berleluasa. Setiap warga perlu memainkan peranan untuk
menyekat pengedaran dadah dari terus berakar umbi di tanahair kita dengan apa
cara sekalipun setiap waktu. Didikan agama yang jitu perlu ditanam sejak kecil
kepada anak-anak agar mereka dapat memagari diri mereka dengan aqidah dan
iman yang kuat. Mengasuh mereka membuat keputusan yang betul dalam
menyelesai apa juga masalah yang dihadapi dengan merujuk kepada orang yang
boleh dipercayai dan jangan sesekali mengikut nafsu dan rakan yang tidak disenangi
oleh keluarga. Sentiasa berkongsi segala suka dan duka dengan insan yang
sepatutnya. Di sekolah, ada kaunselor yang dapat membantu dalam banyak hal
samada masalah pelajaran, sosial atau keluarga. Didikan agama penting untuk
menjadi panduan hidup dan dapat membentengi setiap individu dari terpengaruh
dengan anasir jahat dan budaya asing yang banyak bersulamkan kegilaan khayal
dadah.

Memandangkan penyalahgunaan dan penagihan dadah ialah masalah bersama


masyarakat, maka sewajarnyalah semua anggota masyarakat memainkan peranan
masing-masing untuk membasminya. Ia boleh dimulakan di rumah dan di bangku
sekolah bersama dengan pengawalan anggota keluarga dan pihak sekolah yang
mencangkupi penggunaan masa, pergaulan dan lain-lain lagi. Seterusnya, selain
penguatkuasaan undang-undang yang ketat oleh kerajaan, pemulihan juga adalah
satu alternatif untuk mengurangkan kadar penagihan dan pengambilan semula
dadah. Anggota masyarakat perlu juga sedia menerima mereka yang sudah insaf
akan kesalahan mereka. Pendek kata, pengawalan adalah lebih baik daripada
pengubatan. Lebih tumpuan haruslah diberikan kepada aspek pendidikan dan
kesedaran masyarakat terhadap penyalahgunaan dadah melalui pendidikan secara
formal di sekolah, kempen-kempen dari semasa ke semasa dan media massa.
Dengan demikian, kita dapat menghalang penagihan dadah dari terus berakar -
umbi.

Vous aimerez peut-être aussi