Vous êtes sur la page 1sur 2

Seni dalam pendidikan adalah untuk membantu perkembangan menyeluruh dan

seimbang setiap insan dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani selari dengan
Falsafah Pendidikan Negara. Seni dalam pendidikan bermatlamat untuk
menyediakan guru permulaan sekolah rendah dengan pengetahuan dan kemahiran
untuk mengintergrasikan aktiviti Seni Visual dalam proses pengajaran dan
pembelajaran pelbagai bidang matapelajaran lain, khususnya sejarah. Melalui aktiviti
ini, ianya akan dapat mendorong murid menggunakan imaginasi, ekspresi, inkuiri
dan kecerdasan pelbagai. Integrasi seni dalam pendidikan akan mambantu dan
memudahkan lagi guru dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran
dengan mengaplikasikan teori-teori pembelajaran dalam proses tersebut terutama di
sekolah menengah.

Antara cara untuk menggalakkan pengintegrasian seni visual dalam pengajaran


dan pembelajaran Sejarah dalam kalangan guru ialah menghubungkait pengetahuan
dalam pelbagai mata pelajaran. Proses penghubungkait pengetahuan dalam
pelbagai mata pelajaran adalah berfokuskan kepada matlamat untuk menjadikan
pembelajaran tersebut lebih menarik dan menyeronokkan. Melalui hubungkait
dengan mata pelajaran sejarah, dapat diselitkan dengan pengetahuan moral agar
dapat membentuk nilai murni seperti menghormati dan bermotivasi dalam
melaksanakan aktiviti di dalam kelas. Contohnya, semasa proses pembelajaran dan
pengajaran, guru boleh mengarahkan pelajar untuk mebuat lakonan atau bersyair
serta bersajak dengan berlatarkan konsep moral dan sejarah yang boleh melahirkan
semangat pelajar untu berucap di hadapan kelas. Secara tidak langsung, pelajar
dapat memperoleh kebaikan dengan meletakkan keseluruhan kurikulum dalam
konteks kehidupan yang sebenar.

Selain itu, cara untuk menggalakkan pengintegrasian seni visual dalam


pengajaran dan pembelajaran sejarah dalam kalangan guru iaitu mewujudkan nilai
kerjasama antara guru dan pelajar. Guru boleh mewujudkan kumpulan antara pelajar
untuk bergerak dan berinteraksi secara bekerjasama untuk mencapai matlamat
bersama. Misalnya dalam menghasilkan satu bentuk seni visual yang menarik iaitu
membawa pelajar untuk belajar di luar kelas agar mereka mampu untuk
mengadaptasi diri dengan alam sekitar. Secara tidak langsung, pelajar dapat
memahami elemen-elemen alam sekitar sebagai seni visual yang boleh membantu
untuk menarik minat pelajar untuk belajar.
Secara kesimpulan, pengintegrasian seni visual dalam pembelajaran
sejarah dapat membantu para guru untuk mendidik pelajar dengan suasana yang
lebih kreatif agar suatu bentuk pembelajaran dan pengajaran mempunyai suasana
yang lebih menyeronokkan di samping pelajar lebih berminat untuk belajar dalam
sejarah.

Vous aimerez peut-être aussi