Vous êtes sur la page 1sur 35

CLUSTER OF EDUCATION AND SOCIAL SCIENCES (CESS)

AMSU5203
SEJARAH KEILMUAN DAN INTELEKTUAL ISLAM
JANUARI 2019

TAJUK TUGASAN :

HUMANISME MENGGUGAT AKIDAH ISLAM

MUHAMAD FARHAN BIN TAMIN

871212-23-5885

CGS01857825

018-7896912

NAMA PENSYARAH :

PUSAT PEMBELAJARAN: JOHOR BAHRU


1.0 PENGENALAN

Pengasingan kuasa merupakan satu doktrin4 perlembagaan yang mengesyorkan pengasingan


fungsi dan kuasa kerajaan supaya ianya dikuatkuasakan oleh beberapa orang atau institusi
yang berlainan. Ini bertujuan untuk mengelakkan berlakunya ketidakadilan yang dijangka
akan wujud jika kuasa itu dipegang oleh seorang individu. Pengasingan kuasa pada amnya
berkisar pada fungsi berlainan yang dijalankan oleh badan atau institusi pemerintahan yang
berlainan. Fungsi-fungsi ini dijalankan oleh badan-badan tertentu mengikut bidang kuasa
masing-masing. Terdapat tiga badan atau institusi yang terlibat, iaitu badan perundangan
(legislative power), badan pentabiran (executive power) dan badan kehakiman (judiciary
power).5
Artikel ini akan menghuraikan tentang doktrin pengasingan kuasa menurut perspektif Islam
dan barat. Ia juga bertujuan untuk mengkaji sejauhmanakah amalan pengasingan kuasa
berlaku dalam sistem pemerintahan di Malaysia. Oleh kerana konsep pengasingan kuasa telah
diperbincangkan secara meluas dalam sistem politik barat, maka penulis memulakan kajian
ini dengan menjelaskan konsep tersebut menurut perspektif barat. Mengikut pandangan para
sarjana politik barat, doktrin pengasingan kuasa yang diamalkan dalam sesebuah negara
adalah bermatlamat untuk menegakkan keadilan dan mengelakkan berlakunya kezaliman.
Jika tujuan utamanya sedemikian ia tidak bercanggah, bahkan selari dengan matlamat sistem
politik Islam.

______________________

4 Istilah doktrin berasal dari perkataan bahasa Inggeris iaitu doctrine yang bermaksud
pegangan dan ajaran. Ia bukan suatu agama, fahaman atau ilmu pengetahuan. Walaupun
begitu, wujud percanggahan yang ketara tentang definisi tersebut kerana Kamus Ensiklopedia
menyatakan doktrin adalah suatu agama, fahaman atau ilmu pengetahuan. Seterusnya
menurut Kamus Besar Bahasa Melayu Utusan, doktrin bererti teori, aliran, dogma dan asas.
Manakala Kamus Dewan pula menjelaskan doktrin bermaksud prinsip atau kepercayaan yang
di anggap benar dan satu-satunya yang dapat diterima. Lihat, Ainon Mohd. dan Abdullah
Hassan (1996), Kamus Terjemahan Inggeris Melayu, Utusan Publication & Distributors Sdn.
Bhd. h. 235; Lihat juga Khairiah Salwa Mokhtar dan Mahmud Sabri Haron (2002), Istilah
Pentadbiran Awam dan Politik, Selangor: Prentice Hall. h. 36; Lihat juga Dewan Bahasa dan
Pustaka, Kamus Dwibahasa (1999), c. 13. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, h.
393; Lihat juga, Hassan Hamzah (1997), Kamus Ensiklopedia, Jil. I., Selangor: Anzagain
Sdn. Bhd. h. 219; Lihat juga, Zainal Abidin Safarwan (1995) Kamus Besar Bahasa Melayu
Utusan, Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd, h. 443.
5 K. Ramanathan (1992), Konsep Asas Politik, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,
cet. Ke 2, h. 237; Lihat juga Carlton Clymer Rodee (1967), Introduction to Political Science,
London: Mc Graw Hill, h. 58.
Oleh itu doktrin pengasingan kuasa boleh diterima pakai selagi mana ianya bersesuaian dan
tidak terdapat padanya amalan-amalan yang bercanggah dengan prinsip-prinsip Islam. Artikel
ini seterusnya akan menghuraikan sejauhmanakah amalan pemisahan kuasa ini berlaku dalam
sistem politik di Malaysia. Di Malaysia peranan badan perundangan, badan pemerintahan dan
badan kehakiman telah ditentukan melalui peruntukan undang-undang yang terdapat dalam
Perlembagaan Persekutuan.

OBJEKTIF TUGASAN
Tujuan tugasan ini adalah untuk merungkai kekeliruan pandangan di kalangan sebahagian
umat Islam mengenai kedudukan ilmu-ilmu asing atau yang bukan bersumberkan al-Quran
dan al-Sunnah. Kekeiiruan ini membawa kepada perselisihan yang menyebabkan
perpecahan dan renggangnya hubungan silaturrahim.
Sebahagian masyarakat Islam menolak mentah-mentah apa jua ilmu dan
pengalaman yang berasal dari pemikiran orang-orang bukan Islam dan pengambilannya
dikatakan satu kesalahan disisi agama kerana ajaran Islam telah sedia lengkap dan
sempurna. Manakala sebahagian pula gemar mengambil apa jua idea yang dianggap moden
untuk dipakai oleh umat Islam supaya kononnya dapat bertanding dengan orang-orang
bukan Islam. Namun kebanyakannya berakhir dengan kekecewaan.
Mengenai sistem pemerintahan barat khususnya demokrasi, penulis bersetuju
dengan pandangan ulama terkenal Dr. Yusuf al-Qardawi (1998 : 225) yang mengharuskan
kita mengambil pengajaran dari barat dengan dua syarat iaitu ;
a. Apabila kita dapati perkara itu mengandungi maslahat yang hakiki,
sekalipun terdapat sedikit sebanyak unsur-unsur negatif. Apa yang
penting ialah faedahnya lebih besar dari mudaratnya kerana syariat Islam
ditegakkan di atas asas perkiraan maslahat dan menghapuskan kerosakan.
b. Kita hendaklah mengubah dan mengembangkan apa yang kita ambil
sehingga ia bertepatan dengan nilai agama, akhlak, hukum syariat dan
adat resam kita.
Tegasnya apa juga yang hendak kita ambil atau tolak mestilah dinilai terlebih
dahulu. Kita tidak boleh menerima sesuatu perkara asing dengan membabi-buta. Proses
islamisasi perlu dilakukan sebelum sesuatu perkara dijadikan amalan.
Menyedari akan kebaikan yang ada pada doktrin pengasingan kuasa ini maka
penulis berusaha mencungkil manfaat tersebut agar boleh digunakan oleh umat Islam.
Doktrin iTni perlu diberikan perspektif yang betul menurut syariat Islam. Proses islamisasi
terhadap doktrin ini perlu dilakukan demi memudahkan umat Islam untuk
menggunakannya.
Setelah mengkaji kedudukan doktrin pengasingan kuasa di zaman Nabi (saw) dan
beberapa sahabat terdekat, penulis memfokuskan kajian terhadap dua buah negara Islam
masa kini iaitu Iran dan Arab Saudi. Kedua-dua negara ini dipilih sebagai contoh negara
Islam kini kerana telah mengisytiharkan dengan jelas dalam perlembagaan mereka
kedudukan syariat Islam sebagai dasar utama negara. Penulis hanya memfokuskan kajian
terhadap perlembagaan kedua-dua negara tersebut.
Gabungan dari maklumat di zaman awal Islam dan kedua-dua negara Islam
tersebut maka dibuat analisa kedudukan sebenar doktrin pengasingan kuasa dalam Islam.
Hasil dari analisa ini bolehlah dimanfaat oleh mana-mana negara khususnya yang
diperintah oleh umat Islam.
Setelah itu penulis mencadangkan penggunaan doktrin perasingan kuasa ini
supaya dilaksanakan di Malaysia berdasarkan perspektif Islam, bukan diambil terus dari
barat. Dengan itu keamanan dan keadilan sebenar yang dicita-citakan akan tercapai, Insya
Allah.
Konsep Pengasingan Kuasa Menurut Perspektif Islam
Walaupun konsep pengasingan kuasa diperkenalkan oleh para pemikir politik barat, tidak
semua idea dan pemikiran tersebut bertentangan dengan konsep Islam. Pengamalan konsep
pengasingan kuasa dalam sesebuah negara tidak menjadi kesalahan di sisi Islam kerana ia
merupakan persoalan politik yang boleh difikirkan sendiri oleh umatnya. Sekiranya diteliti
dalam perkembangan sejarah pemerintahan Islam, pembahagian ini telahpun ada, cuma ianya
tidak diklasifikasikan secara terperinci pada masa itu.1
Dalam sistem politik Islam perbahasan tentang tiga kuasa dalam pemerintahan lebih dikenali
dengan istilah al-Sultah al-Tasyri‘iyyah (kuasa perundangan), al-Sultah al-Tanfidhiyyah
(kuasa pemerintahan) dan al-Sultah al-Qada’iyyah (kuasa kehakiman).2 Diantara sarjana
Islam yang membincangkan konsep pengasingan kuasa ialah seperti Sulayman al-Tamawi,3
Mahmud al-Hilmi,4 Zafir al-Qasimi,5 ‘Abd al-Hamid al-Mutawalli,6 dan lain-lain .
Walaupun pelbagai takrifan diberi namun kebanyakan sarjana tersebut sependapat dalam
menghuraikan pengasingan kekuasaan ini kepada tiga aspek sahaja iaitu al-Sultah al-
Tasyri‘iyyah, al-Sultah al-Tanfidhiyyah dan al-Sultah al-Qada’iyyah.

___________________
1 Sulayman Muhammad al-Tamawi (1986), al-Sultah al-Thalathah Fi al-Dasatir al-
‘Arabiyyah al-Mu‘asirah Wa Fi al-Fikr al-Siyasi al-Islami, Dirasah Muqaranah, Kaherah:
Matba‘at al-Jami‘ah ‘Ayn Syams, cet. 5, h. 375.
2 Z.A Ahmad (1956), Membentuk Negara Islam, Djakarta: Widjaya, h. 264.
3 Dr Sulayman Muhammad Al-Tamawi membincangkan konsep pengasingan kuasa secara
terperinci dalam buku penulisan beliau. Lihat Sulayman Muhammad Al-Tamawi (1986),
op.cit., h. 375.
4 Beliau mengulas konsep pengasingan kuasa dalam bukunya. Lihat, Mahmud Hilmi (1973),
Nizam al-Hukm al-Islami, Muqaranan Bi al-Nuzum al-Mu‘asirah, Kaherah: Dar al-Fikr al-
Arabi, cet. ke 2.
5 Beliau juga mengulas tentang pengasingan kuasa melalui bukunya. Lihat Zafir Al-Qasimi
(1974), Nizam al-Hukm Fi al-Syari‘ah Wa al-Tarikh, Beirut: Dar al-Nafa’is.
6 Al-Mutawalli juga mengulas beberapa perkara berkaitan pengasingan kuasa dalam buku
beliau. Lihat ‘Abd al-Hamid Mutawalli (1975), Mabadi’ Nizam al-Hukm Fi al-Islam,
Iskandariyyah: Mansya’ah al-Ma‘arif, cet. ke 3.
Secara umumnya para sarjana politik Islam juga telah menjelaskan ketiga-tiga bidangkuasa di
atas menurut perspektif Islam. Peranan kuasa-kuasa tersebut mengikut pandangan Islam
tentunya amat berbeza dengan konsep barat. Islam berpendapat kuasa-kuasa tersebut
hendaklah bertindak berlandaskan hukum syarak dan ijtihad para ulama, sedangkan mengikut
konsep barat kuasa-kuasa tersebut hendakla
h bertindak mengikut ketetapan yang dibuat oleh kerajaan yang memerintah, berdasarkan
ideologi mereka.19 Walaupun istilah pengasingan kuasa tidak disebut dengan tepat dalam
nas-nas al-Quran dan al-Sunnah, ianya tidaklah sampai menafikan realiti wujudnya suatu
prinsip dan nilai tertentu berkenaan soal ini dalam politik Islam.
Para sarjana Islam telah meninggalkan teori-teori politik Islam yang dapat dijadikan asas dan
kerangka pada masa kini untuk membina peradaban sistem pemerintahan termasuk dalam
struktur pentadbiran negara Islam. Mereka berpendapat dalam sesebuah negara Islam, tiga
cabang pentadbiran iaitu badan perundangan, badan eksekutif dan badan kehakiman turut
ditubuhkan untuk menjalankan pentadbiran negara. Dalam menjalankan kekuasaan tersebut,
badan-badan ini tidak terkecuali untuk mewujudkan hubungan dan saling bekerjasama dalam
menguruskan pemerintahan. Namun kewujudan hubungan di antara ketiga-tiga badan ini
pastinya mempunyai batasan-batasan tertentu dan sejauhmanakah batasan tersebut boleh
dilakukan, perlu dinilai dan dihalusi secara bijaksana menurut pandangan teori politik Islam.
Konsep Pengasingan Kuasa Menurut Perspektif Barat

Konsep pengasingan kuasa juga sudah menjadi suatu pegangan dan prinsip yang telah sebati
dalam masyarakat akibat pengalaman sejarah silam dan diaplikasikan dalam sesebuah
pemerintahan. Sebab itu Legal Dictionary7 merumuskan, tiga badan utama dalam
pemerintahan iaitu kuasa perundangan, kuasa pentadbiran dan kuasa kehakiman hendaklah
diasingkan dari aspek bidangkuasa serta tidak dianggotai oleh individu yang sama. Menurut
A.V Dicey8 kewujudan konsep ini dianggap dapat mengelakkan kuasa pentadbiran,
perundangan dan mahkamah dari mencerobohi bidang kuasa antara satu sama lain.
Pengasingan kuasa di anggap penting dalam pentadbiran negara kerana ia merupakan
instrumen check and balance dalam sistem pemerintahan.
Menurut tokoh-tokoh perlembagaan barat, konsep dan teori pengasingan kuasa dalam
konteks tamadun masyarakat moden hari ini mula dipelopori oleh Charles Louis Secondat de
Montesquieu, iaitu seorang ahli falsafah politik Perancis yang terkenal. Beliau
mengemukakan teori tersebut dalam bukunya The Spirit of Laws yang diterbitkan pada tahun
1784. Beliau menegasaskan konsep tersebut adalah berpandukan kepada pemerhatian
perkembangan dasar perlembagaan Britain dan Perancis ketika berlakunya perubahan
daripada sistem pemerintahan monarki mutlak ke tahap pemerintahan kerajaan berparlimen. 9
Mengikut teori yang dikemukakan oleh Montesquieu, beliau menyatakan dalam sesebuah
pemerintahan terdapat tiga sumber kuasa yang perlu diasingkan untuk mencapai kebebasan
politik.
_____________
7 Pengasingan secara umumnya diertikan sebagai pembahagian, pengelasan, pemisahan,
penceraian dan penyingkiran. Dalam skop yang lebih kecil, ia hanya bermaksud pemisahan.
Manakala kuasa pula adalah berupa hak, daulat, amanah, upaya, pengaruh dan kewibawaan.
8 Sinha and Dheeraj (1996), Legal Dictionary, Kuala Lumpur: International Law Book
Services. h. 189.
9 A.V Dicey (1959), An Introduction to the Study of the Law of the Constitution, c. 10,
London: Macmillan, h.337.
10 J.A Corry (1957), Democratic Government and Politics, ed. 2, Toronto: University of
Toronto Press, h. 59.
Montesquieu berpendapat rahsia kebebasan orang-orang Inggeris terletak pada pengasingan
kuasa dengan mengasingkan fungsi ketiga-tiga kuasa yang sememangnya menjadi cita-cita
dan hasrat rakyat 11 sepertimana yang dapat dipetik dalam bukunya, The Spirit of Laws
sebagaimana berikut:
“Kebebasan politik boleh diperolehi apabila tiadanya penyalahgunaan kuasa. Tetapi
pengalaman lalu menunjukkan kepada kita bahawa setiap orang yang mempunyai kuasa
berkemungkinan untuk menyalahgunakannya dan meneruskan tindakan tersebut selama yang
boleh. Untuk menghalang daripada berlakunya salahguna kuasa, adalah bagi pihak yang
berkuasa itu memeriksa di antara satu sama lain. Apabila kuasa legislatif dan eksekutif
berada ditangan orang yang sama, tidak akan adanya kebebasan. Demikian juga tidak ada
kebebasan sekiranya kuasa kehakiman tidak dipisahkan daripada legislatif dan eksekutif.
Segalanya akan berakhir jika orang atau badan yang serupa samada bangsawan atau
rakyat, melaksanakan ketiga-tiga kuasa tersebut”.12
Montesquieu menegaskan perlu ada pengasingan untuk mengelakkan kezaliman. Dalam hak
kebebasan berpolitik, ia hanya didapati apabila tidak ada penyalahgunaan kuasa, tetapi
pengalaman menunjukkan setiap orang yang mempunyai kuasa berkemungkinan besar
menyalahgunakannya dan akan menggunakan kuasanya sejauhmana yang boleh.
Penyalahgunaan kuasa akan membawa kezaliman. Konsep pengasingan kuasa cuba menyekat
kezaliman tersebut dari berlaku dengan memberi kebebasan kepada badan-badan yang ada
supaya tidak dipengaruhi oleh badan lain, serentak dengan itu sesuatu badan boleh bertindak
menghalang kezaliman yang dilakukan oleh badan yang lain.13 Sebarang pemusatan kuasa
dianggap sebagai pemerintahan diktator. Konsep pengasingan kuasa yang diperkenalkan cuba
menghapuskan pemusatan kuasa berdasarkan lembaran sejarah seperti yang berlaku pada
zaman pemerintahan Raja Louis XIV di Perancis.
____________________

11 Kevin Tan Yew Lee, Yeo Tiong Min, Lee Kiat Seng (1991), Constitutional Law in
Malaysia and Singapore, Singapore: MLJ Pte. Ltd., hh. 15-16.
12 Baron De Montesquieu, Charles de Secondat (1949), The Spirit of Laws, Thomas Nugent
(terj.), c.2, Book XI, Ch. I, Vol. 1, New York: Colonial Press, h. 220.
13 Ibid.
Badan Perundangan, Badan Eksekutif Dan Badan Kehakiman Dalam Negara Islam
Setelah mengetahui tentang latarbelakang sejarah konsep pengasingan kuasa menurut
pandangan barat, seterusnya bahagian ini akan membincangkan tentang konsep badan
perundangan, badan eksekutif dan badan kehakiman menurut perspektif Islam. Perbincangan
adalah seperti berikut:

a. Badan Perundangan Islam


Muhammad Salam Madkur berpendapat badan perundangan Islam ialah kumpulan tertentu
yang dipilih dari kalangan ummah yang kemudian diserahkan kepada mereka tugas
menggubal undang-undang.14 Dr. ‘Abd Qadir Mustafa pula menta‘rifkan badan perundangan
Islam itu sebagai badan yang bertugas menyampaikan hukum-hakam dan mentafsirkan nas
syara‘. Beliau juga menjelaskan badan tersebut mestilah melaksanakan tugas yang sepatutnya
dilaksanakannya, iaitu berusaha menggubal undang-undang.15
Mengikut pandangan Syeikh ‘Abd al-Wahhab Khallaf, badan perundangan Islam diberikan
kuasa untuk berusaha memahami nas-nas asas yang datang dari Allah, seterusnya
melaksanakannya. Mereka juga diberi kuasa untuk menggubal undang-undang16 terhadap
perkara-perkara semasa yang baru berlaku. Dalam usaha menggubal undang-undang itu
badan perundangan hendaklah mengambil kira soal kemaslahatan dan keperluan yang akan
dihasilkan dari pelaksanaan undang-undang tersebut.17

__________________

14 Muhammad Salam Madkur, Dr. (1983), Ma‘alim al-Dawlah al-Islamiyyah, Kuwait:


Maktabah al-Falah, h. 307.
15 ‘Abd al-Ghani Basyuni ‘Abd Allah, Dr. (1986), Nazariyyah al-Dawlah Fi al-Islam,
Beirut: al-Dar al-Jami‘ah, h. 199.
16 Maksud undang-undang di sini termasuklah hukum hakam yang ada hubungannya dengan
orang-orang mukallaf serta segala perbuatan yang mereka lakukan.
17 ‘Abd al-Wahhab Khallaf, Dr. (1984), Al-Siyasah al-Syar‘iyyah Aw Nizam al-Dawlah al-
Islamiyyah Fi al-Syu’un al-Dusturiyyah Wa al-Kharijiyyah Wa al-Maliyyah, Beirut:
Muassasah al-Risalah, h. 42.
Sulayman al-Tamawi pula berpendapat, badan perundangan Islam sentiasa terikat dengan
ketetapan nas al-Qur’an dan al-Sunnah. Peranannya yang lain ialah memperluaskan hukum
berlandaskan hukum-hakam yang terdapat di dalam nas tersebut.18 Mustafa Abu Zayd Fahmi
pula berpendapat badan perundangan ialah badan yang mempunyai kuasa untuk menggubal
undang-undang. Maksud menggubal undang-undang ialah menyusun kaedah undang-undang
yang sesuai dan tersusun dalam pelbagai aspek hidup bermasyarakat, iaitu mencakupi bidang
politik, ekonomi dan kemasyarakatan.19
Profesor Dr. T.M. Hasbi Shiddieqy menamakan badan perundangan sebagai "al-Hay’ah al-
Tasyri‘iyyah". Beliau menegaskan bahawa orang Islam dituntut supaya menubuhkan "al-
Hay’ah al-Tasyri‘iyyah" dalam sesebuah negara.20 Sebabnya adalah dalam kehidupan kita
sekarang terlalu banyak perkara baru yang perlu diselesaikan berpandukan undang-undang
yang digubal berasaskan hukum Islam. Berdasarkan beberapa difinisi yang dikemukakan oleh
para sarjana Islam di atas, dapatlah difahami bahawa badan perundangan mengikut perspektif
Islam adalah merupakan sebuah badan yang dipertanggungjawabkan untuk menggubal
undang-undang berpandukan nas al-Qur’an dan al-Sunnah bukannya berdasarkan akal fikiran
semata-mata.21 Ini bermaksud jika sesuatu peraturan itu merupakan hukum qat‘i yang datang
dari al-Qur’an atau al-Sunnah maka hukum tersebut wajib diisytiharkan oleh badan
perundangan Islam sebagai undang-undang.

____________________

18 Sulayman Muhammad al-Tamawi, op.cit., h. 243.


19 Mustafa Abu Zayd Fahmi, Dr. (1985), al-Nazariyyah al-‘Ammah Li al-Dawlah, Fi al-
Dimuqratiyyah al-Gharbiyyah, Wa al-Dimuqratiyyah al-Markisiyyah, Wa al-Islam, Kaherah:
Mansya’at al-Ma‘arif, hh. 210-211

20 T.M Hasbi Shiddieqy, Prof. Dr. (1975), Pengantar Hukum Islam, j. II, Jakarta: Bulan
Bintang, cet. Ke 5, h. 284.
21 A. Monir Yaacob (1988), Sejarah Perundangan Islam, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
Dan Pustaka, cet. pertama, h. 99.
Pada masa ini status hukum tersebut yang sah menjadi undang-undang tidak boleh
dipertikaikan lagi oleh sesiapa. Sebagai contoh al-Qur’an secara qat‘i menegaskan hukuman
sebat seratus kali wajib dikenakan ke atas penzina (yang bukan muhsan) dalam firmanNya:

‫الزانية والزانى فاجلدوا كل واحد منهما مائة جلد‬

Maksudnya:
“Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang
dari keduanya seratus kali sebat”.22

Ayat di atas menjelaskan dengan tepat ketentuan hukum had ke atas penzina, iaitu seratus
kali sebat, tidak boleh lebih atau kurang. Dengan itu wajib ke atas badan perundangan
kerajaan Islam mengisytiharkan ketetapan tersebut sebagai undang-undang yang sah. Inilah
apa yang dimaksudkan oleh para sarjana Islam di atas bahawa badan perundangan Islam
hendaklah berusaha memahami nas-nas asas yang datang dari Allah, seterusnya
melaksanakannya. Begitulah apa yang sepatutnya dilakukan oleh badan perundangan untuk
mendaulatkan hukum Allah. Kesimpulannya tidak harus dan tidak sah bagi badan
perundangan untuk menggubal undang-undang yang jelas bertentangan dengan nas yang
qat‘i.Persoalan yang seterusnya ialah bagaimana pula kaedah yang sepatutnya digunakan
badan Perundangan Islam untuk menggubal undang-undang yang tidak dijelaskan secara
terperinci oleh al-Qur’an dan al-Sunnah. Secara dasarnya bagi menyelesaikan persoalan yang
tidak terdapat secara jelas di dalam nas al-Qur’an dan al-Sunnah, badan perundangan
bolehlah merujuk kepada keputusan ijma‘ dan al-Qiyas semasa penggubalan undang-undang.

_______________________

22 Surah al-Nur (24): 2.


Selain dari al-Qur’an, al-Sunnah, Ijma‘ dan al-Qiyas sebagai sumber utama. Terdapat lagi
beberapa kaedah ijtihad yang boleh membantu badan perundangan menggubal undang-
undang seperti kaedah Masalih al-Mursalah, al-Istihsan, al-Istishab, Sad al-Dhara’i‘, al-
‘Urf, dan sebagainya. Itulah apa yang dimaksudkan oleh syeikh Abd al-Wahhab Khallaf:

“Dalam usaha menggubal undang-undang itu badan perundangan hendaklah mengambil


kira soal kemaslahatan dan keperluan yang akan dihasilkan dari pelaksanaan undang-
undang tersebut”.23
Penggunaan kaedah-kaedah yang dibenarkan oleh siasah syar‘iyyah sebagai metod Ijtihad
dalam penggubalan undang-undang patut digunakan, terutamanya sewaktu pihak kerajaan
Islam berhadapan dengan isu-isu kontemporari yang memerlukan penyelesaian segera.
Contohnya kaedah Masalih al-Mursalah dan Sadd al-Dhara’i‘ patut sekali digunakan semasa
penggubalan undang-undang agar undang-undang yang digubal terjamin boleh mendatangkan
maslahah kepada umat Islam sejagat serta selaras dengan semangat perundangan Islam yang
sejati. Amalan tersebut sesuai dengan matlamat utama pelaksanaan konsep siasah syar‘iyyah
dalam penggubalan undang-undang.
Dalam konteks sejarah, badan perundangan tidak wujud secara jelas ketika hayat Nabi kerana
masalah perundangan ketika itu dirujuk terus kepada al-Quran dan Sunnah. Para Sahabat
kurang memainkan peranan dalam menggubal atau mentafsir undang-undang. Dengan kata
lain, Nabi yang menentukan hukum24 yang seterusnya di anggap sebagai undang-undang.
Setelah kewafatan Nabi, di samping merujuk kepada al-Quran dan al-Sunnah, para Sahabat
berpegang kepada Ijtihad Jama’i (Ijma‘) dan Ijtihad Fardi (Ijtihad Perseorangan) untuk
memutuskan hukum-hukum baru ekoran dari perluasan daerah Negara Islam dan
berkembangnya sistem politik, ekonomi dan masyarakat Islam.

___________________

23 ‘Abd al-Wahhab Khallaf (1984), Dr., Al-Siyasah al-Syar‘iyyah Aw Nizam al-Dawlah al-Islamiyyah
Fi al-Syu’un al-Dusturiyyah Wa al-Kharijiyyah Wa al-Maliyyah, Beirut: Muassasah al-Risalah, h. 42.
24 Muhammad Faruq al-Nabhan (1988), Nizam al-Hukm Fi al-Islam, Beirut: Mu’assasah al-Risalah,

cet. ke 2. h. 377.
Jika diteliti badan perundangan sepertimana yang diamalkan pada hari ini sebenarnya sudah
wujud di zaman silam. Badan Perundangan Islam khususnya yang ada pada masa itu berbeza
dengan badan perundangan yang diperkenalkan oleh barat kerana badan perundangan barat
berkuasa sepenuhnya untuk menentukan undang-undang tanpa terikat dengan sebarang
sumber. Manakala badan perundangan Islam lebih cenderung kepada pengamalan konsep
ijtihad yang terikat dengan hukum syariat sepenuhnya. Dalam istilah fiqh, badan
perundangan dikenali sebagai ahl al-Hal Wa al-‘Aqd. Badan ini bertanggungjawab merangka
undang-undang berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah. Badan Perundangan juga bertindak
sebagai penasihat kepada Ketua Negara dalam hal-hal yang berkaitan sesuatu dasar atau
merumuskan satu fatwa dalam masalah undang-undang atau pentadbiran.25
Pembentukan badan perundangan Islam juga dapat menolak teori penubuhan badan
perundangan yang berasaskan fahaman sekular Barat yang bercanggah dengan dasar-dasar
Islam.26 Tidak harus bagi umat Islam dalam sesebuah Negara memilih sistem politik yang
jelas bercanggah dengan dasar-dasar Islam sepertimana firman Allah:

“Dan tidaklah harus bagi orang-orang Yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allah
dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara - (tidaklah harus mereka)
mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. dan sesiapa Yang tidak
taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka Sesungguhnya ia telah sesat Dengan kesesatan
Yang jelas nyata.”

Surah al-Ahzab (33): 36


Ayat di atas menegaskan bahawa orang yang beriman tidak boleh memilih sesuatu kaedah
yang menjadi landasan hidup mereka jika kaedah yang dipilih itu jelas terdapat percanggahan
dengan apa-apa yang telah ditetapkan oleh Allah dan Rasul-Nya.

____________________
25 Mohamed Azam Mohamed Adil (2006), Perundangan dan Kenegaraan Islam, Kuala
Lumpur: iBook Publication Sdn. Bhd, h. 110.
26 Bharudin Che Pa (2005), Badan Perundangan Kerajaan Islam di Malaysia, Kuala
Lumpur: Unversiti Malaya, h. 17.
b. Badan Eksekutif Islam
Secara amnya, badan eksekutif ialah badan yang bertanggungjawab dalam melaksanakan
undang-undang dan memberi perkhidmatan kepada rakyat. Menurut al-Mawdudi,33 peranan
badan ini adalah untuk menguatkuasakan arahan-arahan Allah S.W.T yang diturunkan
melalui al-Quran dan al-Sunnah dan segala polisi kerajaan yang diluluskan oleh Majlis Syura
atau badan perundangan dan dijelmakan ke dalam sebuah masyarakat yang sudah bersedia
untuk menerimanya dan mengamalkan arahan-arahan ini dalam penggunaan praktikal dalam
kehidupan seharian. Ini termasuklah menerusi kementerian, jabatan, organisasi kerajaan yang
lain di dalam usaha mewujudkan satu suasana untuk tujuan menegakkan hukum Islam. Hal
inilah yang membezakan kedudukan eksekutif Islam daripada eksekutif dalam negara bukan
Islam.
Tujuan utama badan eksekutif dalam sesebuah negara Islam ialah untuk menguatkuasakan
perintah Allah yang disampaikan melalui al-Quran dan al-Sunnah. Ia juga bertujuan
membawa masyarakat untuk menerima semula perintah-perintah ini bagi dilaksanakan secara
praktikal dalam kehidupan harian mereka. Istilah-istilah Ulu al-Amr dan Umara’ saling
digunakan bagi menunjukkan konsep eksekutif ini wujud dalam sistem pentadbiran Islam.
Istilah-istilah ini disebut beberapa kali dalam al-Quran dan al-Sunnah yang membawa kepada
pengertian sistem eksekutif dalam pentadbiran. Al-Quran menjelaskannya:

“Wahai orang-orang Yang beriman, Taatlah kamu kepada Allah dan Taatlah kamu kepada
Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang Yang berkuasa) dari kalangan kamu.
kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) Dalam sesuatu perkara, maka hendaklah
kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika
kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi
kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.”
Surah al-Nisa’(4): 59.
Berdasarkan prinsip di atas, adalah jelas bentuk sistem eksekutif dan batasan fungsinya serta
kuasa-kuasa pentadbiran dalam sesebuah negara Islam yang sepatutnya diikuti oleh setiap
negara Islam pada masa kini. Kuasa badan eksekutif diketuai oleh Ketua Negara dan beliau
dibantu oleh Jemaah Menteri serta para gabenor yang dilantik oleh ketua negara. Mereka
dibantu pula oleh ketua-ketua tentera, pegawai-pegawai keamanan, pegawai-pegawai
percukaian dan kakitangan pemerintahan yang lain. Ketua Negara atau khalifah selaku ketua
eksekutif memainkan peranan penting kerana beliau yang akan menerajui pentadbiran dalam
sesebuah Negara. Istilah khalifah ada dimuatkan dalam al-Quran seperti firman Allah:

“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak
menjadikan seorang khalifah di bumi". mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu
Dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang
Yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal Kami
sentiasa bertasbih Dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman:
"Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa Yang kamu tidak mengetahuinya".
Surah al-Baqarah (2): 30.

Para sarjana politik Islam turut menghuraikan istilah khalifah. Al-Mawardi27 menyatakan
khalifah itu adalah pengganti Nabi yang bertanggungjawab memelihara agama dan mentadbir
urusan dunia. Abdul Qadir Audah berpendapat khalifah itu pemimpin umum mengenai
urusan agama dan dunia, sebagai pengganti kedudukan Nabi Muhammad S.A.W Muhammad
Rasyid Ridha menerangkan perkataan khalifah, imamah dan imarah dari kaum Muslimin itu
adalah tiga istilah yang memberi pengertian yang sama iaitu pemerintah negara Islam yang
menjaga kepentingan keagamaan dan keduniaan.

______________________

27 Abu Hassan Ali Muhammad Al-Mawardi (1966), Al-Ahkam al-Sultaniyyah wa al-Wilayah


al-Diniyyah, Kaherah: Matba‘ah al-Babi al-Halabi, h. 67.
Sistem pemerintahan Islam memerlukan badan kabinet (kementerian) yang membantu ketua
negara dalam menjalankan tugas. Hal ini telah dibayangkan dalam al-Quran dengan
menerangkan permintaan Musa kepada Allah SWT yang meminta supaya dilantik Nabi
Harun a.s menjadi wazirnya: Firman Allah s.w.t:

"Dan jadikanlah bagiku, seorang penyokong dari keluargaku. Iaitu Harun saudaraku;
Kuatkanlah dengan sokongannya, pendirianku, dan jadikanlah Dia turut campur
bertanggungjawab dalam urusanku”
Surah Taha (20): 29-32.
Meskipun di dalam al-Quran perkataan wazir telah digunakan namun sebagai jawatan rasmi
dalam pentadbiran samada di zaman Nabi atau Khulafa’al-Rasyidin mahupun zaman Bani
Umaiyah, istilah wazir itu belum dipakai secara meluas. Cuma yang dikenali sewaktu itu
khususnya pada masa Saidina Umar al-Khattab sehingga Dinasti Umaiyah ialah katib yang
bererti setiausaha. Manakala pada zaman Abbasiyah, istilah wazir tersebut diguna pakai
dengan dikenali sebagai Wazir Tafwid dan Wazir Tanfiz. Al-Mawardi 28 menukilkan “Apa
yang diserahkan kepada Imam (pemerintah) dalam mentadbirkan ummah (rakyat) tidak dapat
dilakukan semuanya kecuali dengan pembantunya”. Yang dimaksudkan pembantunya di sini
ialah wazir.
Demikian juga Ibn Khaldun29 mengungkapkan: “Sultan sendiri adalah seorang yang lemah
yang memikul tugas berat. Oleh itu, perlu dibantu oleh tentera-tentera bangsanya. Jika dia
perlukan bantuan dalam setiap hari, maka tentulah ia sentiasa memerlukan bantuan dalam
mengendalikan rakyatnya”.

___________________

28 Ibid, h. 62..

29 Ibn Khaldun (t.t.), Muqaddimah, Kaherah: al-Maktabah al-Tijariyyah al-Kubra, h. 182.


Daripada pembantu-pembantu tersebut maka terbentuklah badan eksekutif. Al-Mawardi telah
membahagikan wizarah atau kementerian kepada dua jenis iaitu:
i. Wizarah al-Tafwid yang bermaksud kementerian atau menteri yang berkuasa
penuh. Dalam keadaan yang diperlukan beliau layak menggantikan Ketua Negara
dan bertanggungjawab terhadap semua urusan pentadbiran.
ii. ii. Wizarah al-Tanfiz atau Kementerian Eksekutif yang mana tugasnya ialah
melaksanakan segala arahan ketua negara.
Dalam hal ini, Ibn Khaldun merumuskan: “Di antara hal-hal yang telah dicapai oleh ilmu
Fiqh Islam ialah membahagikan wizarah kepada dua iaitu wizarah tafwid dan wizarah tanfiz
yang mempunyai keistimewaan tersendiri”.30 Memandangkan kedua-dua kementerian ini
berperanan membantu ketua negara menjalankan pemerintahan, maka ia boleh dianggap
sebagai badan eksekutif bagi negara Islam. Al-Quran juga tidak memberikan satu bentuk
yang khusus bagi susunan pentadbiran ini, maka Islam tidak menghalang apa sahaja bentuk
yang difikirkan sesuai, asalkan badan tersebut dapat berfungsi dengan baik serta dapat
menjamin kesejahteraan ummah dan kebebasan asasi mereka serta dapat pula menikmati hak-
hak kemanusiaan berasaskan prinsip keadilan dan persamaan yang dikehendaki oleh Islam.31
Oleh kerana kedua-dua kementerian ini bertugas membantu Ketua Negara menjalankan tugas
pemerintahan, maka ia bolehlah dianggap sebagai badan eksekutif bagi sesebuah negara
Islam.

__________________

30 Ibid, h.198.

31 Lukman Thaib (1998), Politik Menurut Perspektif Islam, Kajang: Synergymate Sendirian
Berhad, h. 43.
c. Badan Kehakiman Islam
Dari segi pengertian, istilah kehakiman yang dipakai adalah sinonim dengan istilah bahasa
Arab al-Qada’. Buku-buku mengenai al-Qada’ dalam Islam menghuraikan perkataan qada,
daripada qada-yaqdi-qada’n memberi pelbagai erti sepertimana yang dijelaskan dalam
beberapa ayat di antaranya membawa erti telah mengerjakan32, telah selesai33, telah
perintahkan34 dan menghukum.35
Ulama’ fiqh pula memberi beberapa huraian di antaranya mengikut Ibn al-Human, qada’
ialah hukum yang mengikat.36 Mengikut Sharbini al-Khatib ialah menyelesaikan pertikaian
antara dua pihak atau lebih mengikut hukum syara’.37 Pada umumnya ulama’ bersetuju
bahawa al-Qada’ atau kehakiman adalah penyelesaian pertikaian di antara pihak-pihak
dengan hukuman yang mengikat. Perkataan lain yang ada kaitan dengan kehakiman iaitu
hakama, yahkumu, hukman di mana dalam bahasa Melayu dipanggil hukum.
Mengikut al-Zuhri perkataan hukm dan qada adalah sinonim. Dalam hubungan ini hakim dan
qadi adalah orang yang sama.38 Oleh itu badan kehakiman Islam ialah sebuah badan yang
bertugas menyelesaikan pertikaian mengikut hukum syarak. Ia merupakan badan yang amat
penting bagi memastikan keadilan wujud dalam masyarakat. Hak-hak manusia akan terabai
dan dicabuli jika tiada tempat untuk menyelesaikan pertikaian.
Di dalam Al-Quran ada diperkatakan dengan jelas berhubung dengan kehakiman. Dimulakan
penceritaannya dengan sejarah Bani Israel, diikuti dengan orang-orang Kristian dan di akhiri
dengan orang-orang Islam. Allah telah menurunkan Taurat kepada Musa a.s dan sesudah itu
semua para Rasul Bani Israel dan pendita Yahudi mengikutnya sebagai undang-undang (the
code of laws) di dalam menyelesaikan semua urusan mereka.39 Kemudian diutuskan pula Isa
a.s dengan wahyu yang baru. Pengikutnya juga diperintahkan supaya memutuskan setiap
urusan mereka mengikut wahyu itu. Sesudah itu diutus Nabi Muhammad S.A.W diikuti
dengan firman Allah:

___________________

32 Surah al-Baqarah (2): 200


33 Surah al-Ahzab (33): 31.
34 Surah al-Isra (17): 23.
35 Surah Yunus (10): 93.
36 Ibn Human (t.t), Syarh Fath al-Qadir, Bulaq: Matba’at al-Kubra al-Amiriyah. h. 453.
37 Ibid.
38 Abdul Monir Yaacob (2001), Sistem Kehakiman Islam, Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam
Malaysia. h. 2.
39Ibid.
“Dan Kami turunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (al-Quran) dengan membawa
kebenaran, untuk mengesahkan benarnya kitab-kitab suci yang telah diturunkan sebelumnya
dan untuk memelihara serta mengawasinya. Maka jalankanlah hukum di antara mereka (Ahli
Kitab) itu dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kepadamu), dan janganlah engkau
mengikut kehendak hawa nafsu mereka (dengan menyeleweng) dari apa yang telah datang
kepadamu dari kebenaran. Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami jadikan
(tetapkan) suatu syariat dan jalan ugama (yang wajib diikuti oleh masing-masing). Dan
kalau Allah menghendaki nescaya ia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu dalam
agama yang satu), tetapi ia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apa yang telah
disampaikan kepada kamu. Oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan (beriman
dan beramal soleh). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, maka ia akan
memberitahu kamu apa yang kamu berselisihan padanya.”
Surah al-Maidah (5): 48.
Dalam ayat ini, Allah memerintahkan kepada Nabi Muhammad dan umat Islam
keseluruhannya supaya melaksanakan sesuatu hukuman itu berdasarkan hukum yang
diturunkan oleh Allah s.w.t. melalui Kitab Suci al-Quran. Allah melarang Rasulullah S.A.W
daripada mengikut kehendak hawa nafsu orang-orang kafir semasa menentukan sesuatu
hukuman. Oleh itu menjadi kewajipan kepada seluruh umat Islam setiap masa untuk
melaksanakan syariah Islam yang diwahyukan oleh Allah dalam pengamalan Badan
Kehakiman mereka.
ANALISIS AMALAN PEMISAHAN KUASA DALAM SISTEM POLITIK DI MALAYSIA

Doktrin pengasingan kuasa yang diamalkan di Malaysia adalah satu doktrin


tentang kerajaan berperlembagaan yang mengesyorkan pengasingan kuasa
dan fungsi kerajaan supaya kuasa tersebut tidak tertumpu kepada seseorang
individu atau lembaga.64 Pengasingan kuasa di antara badan perundangan,
badan eksekutif dan badan kehakiman bertujuan untuk membataskan kuasa
setiap cabang sistem pemerintahan bagi menjamin keadilan politik.65 Salleh
Buang66 melihat doktrin pengasingan kuasa di Malaysia sebagai salah satu
imbangan kuasa yang diwujudkan oleh Perlembagaan Merdeka di samping
memelihara satu sistem ‘check and balance’ di antara tiga badan utama kerajaan
iaitu badan perundangan (Parlimen), badan eksekutif (Jemaah Menteri dan
Perkhidmatan Awam) dan badan kehakiman (Mahkamah). Ketiga-tiga kuasa
ini termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan67 di bawah beberapa artikel
tertentu iaitu Perkara 3968 bagi kuasa eksekutif, Perkara 4469 untuk kuasa
perundangan dan Perkara 121 (1)70 untuk kuasa kehakiman.
______________________
64 K. Ramanathan, Asas Sains Politik (Petaling Jaya: Penerbitan Fajar Bakti, 1992),
228.
65 Syed Ahmad Hussein, Pengantar Sains Politik (cet. 3, Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka, 1996), 56.
66 Salleh Buang, Dimensi Baharu Masyarakat Malaysia: Makalah Undang-Undang
(Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1997), 99.
67 Mohamed Suffian Hashim, An Introduction to the Constitution of Malaysia (cet. 2,
Kuala Lumpur: Government Printer, 1976), 97.
68 Kuasa eksekutif bagi Persekutuan adalah terletak pada Yang DiPertuan Agong
dan tertakluk kepada peruntukan mana-mana undang-undang persekutuan dan
peruntukan Jadual Kedua, kuasa itu boleh dijalankan olehnya atau oleh manamana
Menteri yang diberi kuasa oleh Jemaah Menteri tetapi Parlimen boleh
dengan undang-undang memberi tugas-tugas pemerintahan kepada orang lain.
69 Kuasa perundangan Persekutuan adalah terletak pada Parlimen yang mengandungi
Yang DiPertuan Agong dan dua Majlis yang dinamakan Dewan Negara dan Dewan
Rakyat.
Merujuk kenyataan ini, Abdul Aziz Bari71 turut menekankan mekanisme
check and balance kerana Perlembagaan tidak menyebut dengan jelas
kedudukan dan kuasa kabinet atau kerajaan yang memerintah. Perlembagaan
menyatakan kuasa eksekutif diletakkan di bawah Yang DiPertuan Agong
sedangkan pada hakikatnya di tangan kerajaanlah banyak keputusan
diletakkan. Apatah lagi pentafsiran tentang kuasa eksekutif oleh para sarjana
dan mahkamah sebagai kuasa yang tinggal setelah kuasa perundangan dan
kuasa kehakiman diambil menyebabkan secara tidak langsung menjadikan
kuasa ini terlalu luas pada praktiknya.72
Doktrin pengasingan kuasa ini menghendaki badan eksekutif mentadbir
negara berlandaskan undang-undang yang telah diluluskan oleh Parlimen.
Jika tindak tanduk badan eksekutif itu bercanggah dengan undang-undang,
mahkamah berkuasa mengisytiharkannya sebagai tidak sah. Jika undangundang
yang diluluskan oleh Parlimen itu pula dianggap ultra vires atau
melampaui had kuasa yang dibenarkan oleh Perlembagaan negara, mahkamah
juga berhak mengisytiharkannya undang-undang tersebut sebagai tidak sah
dan terbatal kerana bertentangan dengan perlembagaan.73

______________

71 Abdul Aziz Bari, Perlembagaan Malaysia: Asas-Asas dan Masalah (Kuala


Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2001), 267.
72 Abdul Aziz Bari, Perlembagaan Malaysia: Asas-Asas dan Masalah, 36.
73 Wu Min Aun, The Malaysian Legal System (cet. 2, Selangor: Pearson Malaysia
Sdn. Bhd., 1999), 56; Simon Barraclough, A Dictionary of Malaysian Politics
(Singapore: Heinemann Publishers Asia Pte. Ltd., 1988), 36.
Di Malaysia badan kehakiman dan badan perundangan masingmasing
mempunyai kebebasan untuk bertindak berlandaskan peruntukan
Perlembagaan Persekutuan. Parlimen dan Dewan Negeri tidak dibenarkan
untuk mempertikaikan tindakan yang dibuat oleh para hakim di mahkamah.
Kelakuan hakim juga tidak boleh dibincangkan dalam mana-mana Majlis
Parlimen kecuali dengan suatu usul tetap dan notis mengenainya telah diberi
oleh sekurang-kurangnya satu perempat daripada jumlah bilangan ahli majlis
itu. Ia juga tidak boleh dibincangkan dalam Dewan Undangan Negeri.74
Begitu juga sebaliknya mahkamah tidak mempunyai kuasa menentukan
dasar-dasar kerajaan kerana hakim-hakim mahkamah tidak boleh campur
tangan dalam hal-hal politik. Hakim-hakim juga tidak boleh dilantik dari
kalangan ahli-ahli politik. Tugas hakim hanya mentafsir undang-undang
bukan menggubal undang-undang. Badan kehakiman amat penting diasingkan
daripada badan politik untuk menghindarkan dari penyalahgunaan kuasa.
Kebebasan kehakiman ini juga menjadi garis pemisah yang membezakan
di antara kerajaan yang bercorak demokrasi dengan kerajaan bercorak
totalitarian.75 Peranan utama mahkamah ialah menjamin dan memelihara hak
rakyat sesebuah negara. Oleh itu mahkamah hendaklah terdiri daripada para
hakim yang cekap, bebas fikirannya serta tegas dalam menjatuhkan hukuman.
Hal ini secara langsung dapat merumuskan bahawa, ciri terpenting dalam
doktrin pengasingan kuasa ialah kebebasan kehakiman76 yang juga merupakan
salah satu sifat utama dalam Perlembagaan Persekutuan.77

_____________________

74 Perkara 127, Perlembagaan Persekutuan.

75 Mohd. Aris Osman, Perkembangan Perlembagaan Malaysia (Petaling Jaya:

Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1983), 73.


76 Abdul Aziz Bari, Malaysian Constitution: A Critical Introduction (Kuala Lumpur:
The Other Press, 2003), 102.
77 Mohamed Suffian Hashim, An Introduction to the Legal System of Malaysia
(Petaling Jaya: Fajar Bakti, 1988), 10.
Di samping itu, peruntukan-peruntukan asal dalam Perlembagaan
sememangnya menjamin kebebasan kehakiman ini78 dengan turut
memperuntukkan seorang hakim tidak boleh dilucutkan jawatan oleh Yang
DiPertuan Agong sebelum mencapai umur bersara iaitu 65 tahun79 kecuali
jika kelakuannya tidak baik atau tidak berupaya disebabkan kelemahan tubuh
badan atau akal fikiran atau apa-apa sebab lain80 dengan syor suatu tribunal
yang terdiri daripada lima orang hakim,81 saraan hakim diperuntukkan oleh
Akta Parlimen dan saraan tersebut hendaklah dibayar daripada Kumpulan
Wang Disatukan.82 Seorang hakim berhak menerima pencen.83
Kebebasan kehakiman menurut Rais Yatim ialah seseorang hakim itu
tidak boleh dipengaruhi bagaimana hendak menghasilkan penghakimannya.
Beliau hendaklah bebas daripada kawalan ketika memutuskan kes84 dan tidak
terpengaruh dengan mana-mana fahaman politik dalam menjalankan fungsi
kehakiman dengan seadil-adilnya.85 Menurut Dr. Rais Yatim, seseorang
hakim yang baik dari sudut perundangan moden ialah impartial iaitu tidak
menyebelahi, tidak kedengaran menyebelahi dan tidak nampak menyebelahi
mana-mana pihak. Menyentuh tentang sekatan kehakiman oleh undang-undang
hanyalah dalam konteks tidak membenarkan mereka berbuat sesuatu secara
berleluasa tanpa had. Ini termasuk menyalahgunakan kuasa, tidak
menyiapkan alasan penghakiman mengikut masa ataupun tidak patuh kepada
arahan kehakiman.

______________________

78 Abdul Aziz Bari, Malaysian Constitution: A Critical Introduction, 102.


79 Perkara 125 (1), Perlembagaan Persekutuan.
80 Perkara 125 (3), Perlembagaan Persekutuan.
81 Perkara 125 (4), Perlembagaan Persekutuan.
82 Perkara 125 (6), Perlembagaan Persekutuan.
83 Perkara 125 (7), Perlembagaan Persekutuan.
84 Abdul Aziz Bari, Malaysian Constitution: A Critical Introduction, 102.
85 Carlton Clymer Rodee, Introduction to Political Science, 225.
Sultan Perak, Sultan Azlan Shah yang juga bekas Ketua Hakim Negara
bertitah para hakim harus mengutamakan ketelusan, bertindak secara bebas dan
bertanggungjawab di dalam menjalankan tugas demi memelihara keyakinan
rakyat terhadap institusi kehakiman. Ini adalah penting kerana kewibawaan
institusi kehakiman bergantung kepada kepercayaan dan keyakinan rakyat
terhadap proses perundangan. Menurutnya lagi para hakim tidak harus
dipengaruhi oleh mana-mana pegawai kerajaan, ahli Parlimen ataupun pegawai
daripada mana-mana jabatan kerajaan di dalam membuat keputusan.86
Dari segi teorinya, kuasa yang dimiliki oleh badan perundangan, badan
pemerintahan dan badan kehakiman tidak harus berlaku pertembungan
sekaligus ianya memainkan peranan masing-masing secara tersendiri. Hal ini
bertujuan untuk memastikan keneutralan atau objektiviti setiap badan tersebut87
agar tidak saling mempengaruhi keputusan dan tindakan yang dilaksanakan
oleh badan yang lain.
Berdasarkan penjelasan sebelum ini, peranan badan kehakiman Islam
ialah melaksanakan sesuatu hukuman itu berdasarkan hukum yang diturunkan
oleh Allah SWT. Allah melarang seluruh umat Islam, termasuk juga badan
kehakiman sesebuah negara daripada mengikut kehendak hawa nafsu dengan
melaksanakan hukum-hukum yang bercanggah dengan syariah Islam.
Oleh itu menjadi kewajipan kepada seluruh umat Islam setiap masa untuk
melaksanakan syariah Islam yang diwahyukan oleh Allah dalam pengamalan
Badan Kehakiman mereka.

_______________

86 Titah baginda ketika merasmikan Persidangan Undang-Undang Malaysia ke-12 di


Hotel Nikko pada 10 Disember 2003.
87 Nazaruddin Mohd. Jali, Ma’rof Redzuan dan Asnarulkhadi Abu Samah, Pengajian
Malaysia, Kenegaraan dan Kewarganegaraan, ed. ke-2 (Selangor: Prentice Hall
Pearson Education Malaysia Sdn. Bhd., 2001), 90.
Analisis Penggabungan Kuasa Badan Perundangan Dan Badan Eksekutif
Di Malaysia
Menurut konsep doktrin pengasingan kuasa yang asal, Parlimen dan
Dewan Undangan Negeri sahaja yang berkuasa membuat undang-undang88
manakala badan pemerintahan dan badan kehakiman adalah terkecuali.
Walaubagaimanapun dalam amalan hanya sebilangan kecil sahaja undangundang
yang dibuat secara terus oleh ahli badan perundangan. Kebanyakan
undang-undang terlebih dahulu disediakan oleh pihak eksekutif untuk
keberkesanan dan kecekapan pentadbiran,89 kemudian ia diserahkan kepada
badan perundangan untuk disahkan menjadi undang-undang. Selain itu
mengikut teori doktrin pengasingan kuasa yang asal, keanggotaan setiap
daripada badan-badan utama di dalam pemerintahan negara hendaklah
terpisah di antara satu sama lain. Ini bermaksud individu yang menganggotai
badan eksekutif tidak boleh menganggotai badan perundangan dan begitulah
sebaliknya.90
Negara Malaysia tidak mengamalkan konsep pemisahan kuasa secara
mutlak. Apa yang diamalkan di Malaysia ialah penggabungan kuasa di antara badan
pemerintahan dan badan perundangan. Sebab itu sebahagian
besar ahli eksekutif atau anggota kabinet di Malaysia, pada masa yang sama
merupakan ahli legislatif. Seorang menteri kabinet biasanya adalah juga
sebagai ahli parlimen sama ada sebagai ahli Dewan Rakyat atau ahli Dewan
Negara. Jelas tiada pengasingan kuasa di sini. Pihak yang membuat undangundang
dan pihak yang melaksanakan adalah golongan yang sama. Amalan
ini memudahkan pihak pemerintah untuk menguasai badan perundangan dan
mengubal undang-undang.
__________________________
88 Lukman Thaib, The Poltics and Government of South East Asia (Kuala Lumpur:
Golden Books Centre Sdn. Bhd., 1997), 286.
89 John H.Garvey, T.Alexander Aleinikoff, Modern Constitutional Theory: A Reader
(t.tp., West Publishing Co., 1989), 178.
90 Ahmad Redzuwan Mohd. Yunus, Demokrasi dan Kepimpinan Islam (Kuala
Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd, 2001), 12.
Pengasingan Kuasa Menurut Perspektif Barat dan Islam: Amalannya di Malaysia
47
Walau bagaimanapun hubungan di antara badan eksekutif dengan
badan perundangan tersebut dipandu oleh Konvensyen Perlembagaan
iaitu berhubung dengan konsep tanggungjawab menteri-menteri kepada
Parlimen (The Doctrine of Ministerial Responsibility) secara individu dan
kolektif. Tanggungjawab individu (individual responsibility) menuntut
menteri bertanggungjawab terhadap Parlimen di atas perjalanan jabatannya.91
Manakala tanggungjawab secara kolektif (collective responsibility) bermaksud
semua Jemaah Menteri bersepakat dan bertanggungjawab bersama sebagai
satu pasukan terhadap Parlimen.92 Jemaah Menteri bertanggungjawab kepada
Parlimen.93 Oleh itu, para menteri perlu menjadi ahli salah satu daripada dewan
Parlimen supaya mereka dapat menjawab segala pertanyaan tentang kuasakuasa
yang dijalankan oleh kementerian masing-masing.94 Selain itu, setiap
ahli Jemaah Menteri bukan sahaja bertanggungjawab bagi keputusan yang
dibuat oleh kementeriannya bahkan juga bertanggungjawab bagi keputusan
yang melibatkan kementerian lain.
Oleh itu, doktrin pengasingan kuasa didapati tidak diamalkan secara mutlak
dan ketat di antara badan perundangan dan badan eksekutif di Malaysia.95
Perdana Menteri yang mengetuai badan eksekutif turut menguasai badan
perundangan. Secara langsung menjadikan sistem kawal dan imbang ini sangat
lemah96 walaupun di antara kedua-dua badan ini dan badan kehakiman terdapat pemisahan
yang sebenarnya.
___________________
91 Abdul Aziz Bari, Cabinet Principles in Malaysia: The Law and Practice (cet. 2,
Kuala Lumpur: The Other Press, 2002), 87.
92 Verinder Grover, Malaysia Government and Politics (New Delhi: Deep & Deep
Publications PVT. LTD, 2000), 91.
93 Perkara 43(3), Perlembagaan Persekutuan.
94 Wu Min Aun, The Malaysian Legal System, ed. ke-2 (Selangor: Pearson Malaysia
Sdn. Bhd., 1999), 59.
95 M. Puthucheeary, ‘Tanggungjawab Menteri di Malaysia’, dalam Mohamed
Suffian et al. (ed.), Perlembagaan Malaysia, Perkembangannya: 1957-1977
(Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1984), 43.
96 H.P Lee, Constitutional Conflicts in Contemporary Malaysia (Kuala Lumpur:
Oxford University Press, 1995), 2.
Oleh kerana Jemaah Menteri adalah terdiri dari ahli-ahli parlimen,
maka mereka sentiasa bertindak mempertahankan segala keputusan yang
telah dibuat di Parlimen. Biasanya Jemaah Menteri itu dilantik dari kalangan
anggota parti yang sama atau anggota dalam gabungan parti yang sama. Oleh
itu Jemaah Menteri di Malaysia dan sebahagian dari ahli-ahli Parlimen yang
ada merupakan orang yang sama atau anggota parti yang sama. Mereka telah
bertindak untuk sokong menyokong di antara satu sama lain dalam aspek
pemerintahan. Ahli-ahli parti pembangkang biasanya tidak diberi peluang
menganggotai Jemaah Menteri. Dengan ini dapatlah disimpulkan bahawa
konsep pemisahan kuasa di antara badan perundangan dan badan pemerintahan
sebenarnya tidak berlaku di Malaysia. Seseorang PM dan juga menteri-menteri
lain yang menganggotai Jemaah Menteri masih lagi terlibat secara langsung
sebagai anggota badan perundangan sama ada sebagai ahli Dewan Rakyat atau
ahli Dewan Negara dan bergiat cergas di Parlimen.
Namun demikian perlembagaan Persekutuan secara tegas tidak
membenarkan mana-mana ahli eksekutif atau penjawat awam terlibat sebagai
seorang ahli politik. Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan
ketetapan seseorang ahli eksekutif yang terdiri dari pegawai-pegawai kerajaan
tidak dibenar melibatkan diri sebagai seorang ahli legislatif atau anggota
badan perundangan. Perlembagaan menegaskan; “Seseorang yang memegang
jawatan berpendapatan atau bergaji sepenuh masa dalam mana-mana
perkhidmatan awam tidak layak menjadi anggota parlimen”.98 Ini termasuk
juga jawatan seorang hakim di Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan
dan Mahkamah Tinggi. Begitu juga jika beliau memegang jawatan-jawatan
lain seperti Juru Audit Negara, ahli suruhanjaya pilihanraya, ahli suruhanjaya
Perkhidmatan Persekutuan atau negeri dan mana-mana jawatan yang
ditetapkan oleh undang-undang Persekutuan sebagai jawatan yang bergaji
atau berfaedah. Tujuan utama peraturan ini ditetapkan ialah bagi memisahkan
golongan penjawat awam dengan golongan ahli politik. Kedua-dua golongan
itu dianggap mempunyai kelainan dari segi tugasnya, golongan yang
memegang jawatan memberikan taat setia kepada pihak pemerintah sebaliknya
ahli politik (anggota parlimen) menjaga kepentingan rakyat yang menjadi
tanggungjawabnya.
Prinsip ini kekal dalam Perlembagaan Persekutuan yang
memperuntukkan bahawa orang yang memegang jawatan yang bergaji iaitu
penjawat awam sepenuh masa dalam kerajaan, seperti hakim, pegawai tentera
dan sebagainya tidak layak menjadi anggota parlimen. Dia perlu meletakkan
jawatan dahulu jika dia ingin menjadi anggota parlimen.
Jika ditinjau dari aspek sejarah, didapati pada zaman awal Islam konsep
pengasingan kuasa memang tidak berlaku sebagaimana yang diamalkan di
kebanyakan negara pada hari ini. Kuasa perundangan, pemerintahan dan kuasa
kehakiman dipelopori oleh baginda Rasulullah SAW selaku nabi dan utusan
Allah SWT. Baginda sebagai seorang rasul dan ketua negara, memimpin negara
Islam bersumberkan wahyu yang diturunkan. Secara keseluruhannya segala
kekuasaan adalah berpusat kepada Rasulullah SAW sebagai seorang nabi dan
ketua negara. Namun demikian selepas persempadanan negara Islam semakin
meluas tanggungjawab politik dan pemerintahan semakin bertambah. Atas
dasar kemaslahatan pentadbiran serta meringankan tugas dan tanggungjawab
maka para pemimpin telah membahagi-bahagikan kuasa mengikut kesesuaian
semasa.
Oleh itu penggabungan antara kuasa perundangan dan kuasa eksekutif
sememangnya berlaku pada zaman Nabi Muhammad SAW dan Abu Bakar
a-Siddiq. Muhammad Asad berpendapat hubungan badan perundangan
dengan badan eksekutif amat rapat pada ketika itu kerana kedua-dua kuasa
itu diterajui oleh khalifah. Pertembungan di antara kuasa eksekutif dan
legislatif tidak timbul kerana sistem pemerintahan Islam berjalan berasaskan
98 Perkara 48, (1) (c) Perlembagaan Persekutuan.

Pengasingan Kuasa Menurut Perspektif Barat dan Islam: Amalannya di Malaysia


sistem syura. Buktinya nabi sendiri pernah meminta pandangan para Sahabat
dalam beberapa tindakan politik, dan baginda bersetuju dengan pandangan
berkenaan. Amalan syura yang dilakukan oleh Rasulullah dan para sahabat
melambangkan terdapat keluasan dalam ijtihad sehingga perkara-perkara yang
difahami sebagai bukan arahan wahyu boleh diputuskan secara kolektif sesama
umat Islam. Amalan permesyuaratan ini juga boleh dilihat dari sudut kerjasama
yang berlaku antara badan legislatif dan badan eksekutif dalam melaksanakan
tugas pemerintahan negara. Ini menggambarkan ketertinggian syariah dan
sekaligus mencerminkan penggabungan kuasa dalam sistem politik Islam
adalah diharuskan. Bahkan tiada teori yang rigid tentang pengasingan kuasa
atau penggabungan kuasa dalam Islam. Yang ada ialah bentuk kawalan dan
keseimbangan kuasa yang bermatlamatkan untuk mencapai kebebasan dan
keadilan dalam sistem pemerintahan. Oleh itu amalan penggabungan kuasa
di antara kuasa perundangan dan kuasa eksekutif yang berlaku di Malaysia
adalah diharuskan. Ia boleh diamalkan selagi mana tidak bercanggah dengan
hukum dan syariah Islam. Perkara penting yang perlu diutamakan dalam
gabungan tersebut ialah pemerintah dan pegawai-pegawainya mestilah
bertanggungjawab terhadap kaedah-kaedah hukum Islam dan prinsip-prinsip
amnya yang telah ditetapkan oleh al-Quran dan sunnah.
Selain itu fungsi Majlis Syura dalam negara Islam perlu diperkasakan sebagai
sumber rujukan utama melalui metodologi istinbat dan istiqra’ kepada nas-nas
al-Quran dan sunnah serta hasil ijtihad para ulama terdahulu. Justeru tidak
timbul soal penyelewengan kuasa mana-mana golongan akibat penggabungan
kuasa. Sebaliknya kesepakatan dan persetujuan bersama boleh dicapai hasil
rundingan dalam majlis syura. Berdasarkan hal ini, dapat difahami bahawa
konsep dan mekanisme syura boleh dikembangkan dan disesuaikan dengan
perubahan masa. Prinsip dalam siyasah shar‘iyyah hendaklah sentiasa diguna
pakai supaya sistem Islam tidak kelihatan beku dan ketinggalan. Tindakan
berkenaan mestilah berpandukan kepada kesuburan prinsip dan kejituan
matlamat syariah (maqasid shar‘iyyah) yang menitikberatkan kepentingan
umum (maslahah ‘ammah) dan memastikan penegakan keadilan. Semua
hukum yang dapat menjamin kepentingan umum dan terdapat di dalamnya
unsur-unsur keadilan yang sah adalah syariah Allah yang perlu dipatuhi.
Hukum yang bertentangan dengan kedua-dua sumber tersebut sama sekali
tidak boleh diterima oleh syariah.
Kesimpulannya, penggabungan kuasa di antara badan perundangan dan
badan eksekutif di Malaysia adalah tidak menyalahi hukum syarak selama mana
prinsip-prinsip politik Islam dipelihara dan keadaan tersebut terus menepati
prinsip-prinsip siyasah shar‘iyyah. Sebaliknya jika ianya menyebabkan
berlaku kezaliman, pencabulan ke atas hak orang lain atau penyalahgunaan
kuasa dalam kerajaan maka amalan tersebut tidak diharuskan.
PENUTUP
Doktrin pengasingan kuasa yang diperkenalkan oleh para pemikir politik
barat tidak bercanggah dengan konsep Islam. Jika diteliti amalan pengasingan
kuasa telah pun berlaku dalam sistem pemerintahan di zaman awal Islam.
Namun demikian peranan kuasa perundangan, kuasa pemerintahan dan
kuasa kehakiman Islam adalah berbeza dengan konsep barat. Menurut
perspektif Islam badan-badan tersebut hendaklah berperanan berlandaskan
hukum syarak dan ijtihad para ulama, sedangkan mengikut konsep barat
kuasa-kuasa tersebut bebas bertindak mengikut ketetapan yang dibuat oleh
pihak kerajaan yang memerintah, berasaskan ideologi yang mereka amalkan.
Kajian menunjukkan sistem politik di Malaysia tidak mengamalkan konsep
pemisahan kuasa secara mutlak. Apa yang diamalkan di Malaysia ialah
penggabungan kuasa di antara badan pemerintahan dan badan perundangan.
Manakala badan kehakiman wujud secara terpisah dari kedua-dua badan
tersebut serta mempunyai kebebasan untuk bertindak berlandaskan peruntukan
Perlembagaan Persekutuan. Penggabungan kuasa di antara badan perundangan
dan badan eksekutif di Malaysia tidak menyalahi syarak jika ianya bermatlamat
untuk menegakkan keadilan dan mencegah berlakunya kezaliman. Begitu juga
badan kehakiman di Malaysia harus bertindak secara terpisah dari kuasa-kuasa
yang lain. Kaedah tersebut boleh diamalkan selama mana prinsip-prinsip
asas politik Islam dipelihara dan tidak terdapat padanya amalan-amalan yang
bercanggah dengan prinsip-prinsip Islam. Prinsip-prinsip siyasah shar‘iyyah
hendaklah terus terpelihara tanpa mengetepikan hak dan tanggungjawab
kerajaan serta rakyat. Sebaliknya jika terdapat penyelewengan oleh pihakpihak
tertentu sehingga tiada lagi keadilan dalam masyarakat, sistem tersebut
tidak boleh diamalkan lagi. Menurut perspektif Islam hanya dasar yang
mengandungi nilai-nilai Islam di samping budaya kepimpinan yang berakhlak
dan bermaruah sahaja patut diamalkan.

Dalam sistem pemerintahan Islam, kebebasan kehakiman amat


dititikberatkan dan dipandang serius. Badan-badan lain tidak dibenarkan untuk
campur tangan dalam urusan kehakiman dengan tujuan tertentu yang boleh
menimbulkan kezaliman ketika hukuman dijatuhkan, atau tersasar dari hukum
syarak. Seseorang hakim Islam bebas bertindak dalam penghakimannya
berdasarkan hukum Islam, berbekalkan sifat adil yang ada pada diri mereka.
Al-Quran telah mengingatkan para hakim agar membuat keputusan dengan
adil tanpa dipengaruhi mana-mana pihak yang boleh menyebabkan berlaku
zalim ke atas orang lain.

Berdasarkan keterangan berikut, pengasingan kuasa yang berlaku bagi


badan kehakiman di Malaysia tidak bercanggah dengan hukum syarak.
Bahkan ia selari dengan semangat untuk menegakkan keadilan secara bebas. Ia
diharuskan berdasarkan amalan yang telah dilakukan oleh Khalifah ‘Umar Ibn
al-Khattab yang telah dihuraikan sebelum ini. ‘Umar berpendapat kebebasan
kehakiman ialah dengan cara tugas kehakiman hanya diserahkan kepada
para hakim sahaja. Hakim-hakim sepatutnya bebas dalam menjalankan tugas
mereka tanpa campur tangan pihak-pihak lain. Tujuan amalan sedemikian
amat murni iaitu untuk menjamin kemaslahatan sistem kehakiman itu sendiri
agar pentadbiran kehakiman tetap utuh serta terjaga kewibawaannya. Ia juga
untuk mengelakkan timbulnya sebarang fitnah serta melicinkan pentadbiran
negara. Kesimpulannya, konsep pengasingan kuasa dalam badan kehakiman
harus diamalkan di Malaysia. Bahkan ianya wajib diamalkan jika ia perlu
untuk menjamin kemaslahatan ummah, menghasilkan kebaikan dan keadilan
berasaskan syariat Islam.

RUJUKAN
‘Abd al-Wahhab Khallaf, al-Siyasah al-Shar‘iyyah Aw Nizam al-Dawlah
al-Islamiyyah Fi al-Syu‘un al-Dusturiyyah Wa al-Kharijiyyah Wa al-
Maliyyah (Beirut: Mu‘assasah al-Risalah, 1984).
‘Abd al-Ghani Basyuni ‘Abd Allah, Nazariyyah al-Dawlah Fi al-Islam,
(Beirut: al-Dar al- Jami‘ah, 1986).
‘Abd al-Hamid Mutawalli, Mabadi’ Nizam al-Hukm Fi al-Islam (cet. 3,
Pengasingan Kuasa Menurut Perspektif Barat dan Islam: Amalannya di Malaysia
53
Iskandariyyah: Mansya‘ah al-Ma‘arif, 1975).
Abdul Monir Yaacob, Sejarah Perundangan Islam (Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa Dan Pustaka, 1988).
A.V Dicey, An Introduction to the Study of the Law of the Constitution (cet. 10,
London: Macmillan, 1959).
Abdul Aziz Bari, Perlembagaan Malaysia: Asas-Asas dan Masalah (Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2001).
Abdul Aziz Bari, Cabinet Principles in Malaysia: The Law and Practice (cet.
2, Kuala Lumpur: The Other Press, 2002).
Abdul Aziz Bari, Malaysian Constitution: A Critical Introduction (Kuala
Lumpur: The Other Press, 2003).
Abdul Karim Zaydan, Hakim, Sistem Kehakiman Islam, terj. Mohd. Saleh Haji
Ahmad (Kuala Lumpur: Pustaka Haji Abdul Majid, 1993).
Abdul Monir Yaacob, Sistem Kehakiman Islam (Kuala Lumpur: Institut
Kefahaman Islam Malaysia, 2001).
Abdul Qadir Djaelani, Sekitar Pemikiran Politik Islam (Jakarta: Media
Da’wah, 1984).
Abu Hassan ‘Ali Muhammad al-Mawardi, al-Ahkam al-Sultaniyyah wa al-
Wilayah al-Diniyyah (Kaherah: Matba‘ah al-Babi al-Halabi, 1966).
Ahmad Redzuwan Mohd Yunus, Demokrasi dan Kepimpinan Islam (Kuala
Lumpur Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd, 2001).
Ainon Mohd. dan Abdullah Hassan, Kamus Terjemahan Inggeris Melayu
(Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd, 1996).
Baron De Montesquieu, Charles de Secondat, The Spirit of Laws, Book XI
(cet. 2, terj. Thomas Nugent; New York: Colonial Press, 1949).
Bharudin Che Pa, Badan Perundangan Kerajaan Islam di Malaysia (Kuala
Lumpur: Unversiti Malaya, 2005).
Carlton Clymer Rodee, Introduction to Political Science (London: Mc Graw
Hill, 1967).
Dewan Bahasa dan Pustaka, Kamus Dwibahasa (cet. 13, Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka, 1999).
H.P Lee, Constitutional Conflicts in Contemporary Malaysia (Kuala Lumpur:
Oxford University Press, 1995).
Hassan Hamzah, Kamus Ensiklopedia (Selangor: Anzagain Sdn. Bhd., 1997).
Ibn Humam, Syarh Fath al-Qadir (Bulaq: Matba’at al-Kubra al-Amiriyah, t.t.).
Ibn Khaldun, Muqaddimah (Kaherah: al-Maktabah al-Tijariyyah al-Kubra,
Jurnal Syariah, Jil. 22, Bil. 1 (2014) 21-56
54
t.t.).
J.A Corry, Democratic Government and Politics (cet. 2, Toronto: University of
Toronto Press, 1957).
J.J.R, Darihal Perjanjian Sosial (terj. Puteri Rashidah Megat Ramli; Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991).
John H.Garvey, T.Alexander Aleinikoff, Modern Constitutional Theory: A
Reader (t.tp., West Publishing Co., 1989).
K. Ramanathan, Asas Sains Politik (Petaling Jaya: Penerbitan Fajar Bakti,
1992).
Kevin Tan Yew Lee, Yeo Tiong Min, Lee Kiat Seng, Constitutional Law in
Malaysia and Singapore (Singapore: MLJ Pte. Ltd., 1991).
Khairiah Salwa Mokhtar dan Mahmud Sabri Haron, Istilah Pentadbiran Awam
dan Politik (Selangor: Prentice Hall, 2002).
Kuper, Adam and Jessica, Ensiklopedi Ilmu-Ilmu Sosial (cet. 2, Jakarta: PT
Raja Grafindo Persada, 2000).
Lukman Thaib, The Poltics and Government of South East Asia (Kuala
Lumpur: Golden Books Centre Sdn. Bhd., 1997).
Lukman Thaib, Politik Menurut Perspektif Islam (Kajang: Synergymate
Sendirian Berhad, 1998).
M. Puthucheeary, ‘Tanggungjawab Menteri di Malaysia’, dalam Mohamed
Suffian et al. (eds.), Perlembagaan Malaysia, Perkembangannya: 1957-
1977 (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1984).
Mahmud Hilmi, Nizam al-Hukm al-Islami, Muqaranan Bi al-Nuzum al-
Mu‘asirah, (Kaherah: Dar al-Fikr al-‘Arabi, 1973).
Miriam Budiardjo, Dasar-Dasar Ilmu Politik (Jakarta: P.T Gramedia, 1985).
Mohamed Azam Mohamed Adil, Perundangan dan Kenegaraan Islam (Kuala
Lumpur: iBook Publication Sdn. Bhd., 2006).
Mohamed Suffian Hashim, An Introduction to the Constitution of Malaysia,
ed. ke-2 (Kuala Lumpur: Government Printer, 1976).
Mohamed Suffian Hashim, An Introduction to the Legal System of Malaysia
(Petaling Jaya: Fajar Bakti, 1988).
Mohd Kamil Laylah, al-Nuzum al-Siyasiyyah (Beirut : Dar al-Nahdhah, 1969).
Mohd Aris Osman, Perkembangan Perlembagaan Malaysia (Petaling Jaya:
Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1983).
Muhamad Kamlin, Pengantar Pemikiran Politik Barat (Selangor: Penerbitan
Universiti Kebangsaan Malaysia, 1986).
Muhammad Faruq al-Nabhan, Nizam al-Hukm Fi al-Islam (cet. 2, Beirut:
Pengasingan Kuasa Menurut Perspektif Barat dan Islam: Amalannya di Malaysia
55
Mu’assasah al-Risalah, 1988).
Muhammad ‘Asad, Minhaj al-Islam fi al-Hukm (cet. 3, Beirut: Dar al-Ilm Li
al-Malayin, 1967).
Muhammad Salam Madkur, Ma‘alim al-Dawlah al-Islamiyyah (Kuwait:
Maktabah al-Falah, 1983).
Mustafa Abu Zayd Fahmi, al-Nazariyyah al-‘Ammah Li al-Dawlah, Fi al-
Dimuqratiyyah al-Gharbiyyah, Wa al-Dimuqratiyyah al-Markisiyyah,
Wa al-Islam (Kaherah: Mansya‘at al-Ma‘arif, 1985).
Nazaruddin Mohd. Jali, Ma’rof Redzuan dan Asnarulkhadi Abu Samah,
Pengajian Malaysia, Kenegaraan dan Kewarganegaraan (cet. 2,
Selangor: Prentice Hall Pearson Education Malaysia Sdn. Bhd, 2001).
Salleh Buang, Dimensi Baharu Masyarakat Malaysia: Makalah Undang-
Undang (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1997).
Sibley, Mulford Quickert, Political Ideas and Ideologies: A History of Political
Thought (New York: Harper and Row, 1997).
Simon Barraclough, A Dictionary of Malaysian Politics (Singapore:
Heinemann Publishers Asia Pte. Ltd., 1988).
Sinha and Dheeraj, Legal Dictionary (Kuala Lumpur: International Law Book
Services, 1996).
Sulayman Muhammad al-Tamawi, al-Sultah al-Thalathah Fi al-Dasatir al-
‘Arabiyyah al-Mu‘asirah Wa Fi al-Fikr al-Siyasi al-Islami, Dirasah
Muqaranah (Kaherah: Matba‘at al-Jami‘ah ‘Ayn Syams, 1986).
Syed Ahmad Hussein, Pengantar Sains Politik (cet. 3, Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka, 1996).
T.M Hasbi Shiddieqy, Pengantar Hukum Islam (cet. 5, Jakarta: Bulan Bintang,
1975).
Uthman Khalil Uthman, Al-Qanun al-Dusturi (Kaherah: Dar al-Fikr al-Arabi,
1951).
Verinder Grover, Malaysia Government and Politics (New Delhi: Deep &
Deep Publications PVT. LTD., 2000).
Wirjono Prodjodikoro S. H, Asas-Asas Ilmu Negara dan Politik (Jakarta: P.T
Eresco, 1971).
Wu Min Aun, The Malaysian Legal System (cet. 2, Selangor: Pearson Malaysia
Sdn. Bhd., 1999).
Z.A Ahmad, Membentuk Negara Islam (Djakarta: Widjaya, 1956).
Zafir Al-Qasimi, Nizam al-Hukm Fi al-Syari‘ah Wa al-Tarikh (Beirut: Dar alJurnal
Syariah, Jil. 22, Bil. 1 (2014) 21-56
56
Nafa’is, 1974).
Zainal Abidin Safarwan, Kamus Besar Bahasa Melayu Utusan (Kuala Lumpur:
Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd., 1995).

Vous aimerez peut-être aussi