Vous êtes sur la page 1sur 13

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

TAJUK :
MENINGKATKAN PENGUASAAN HAFALAN 13 RUKUN SOLAT MURID TAHUN 2
AL-FARABI SEKOLAH KAFAI BAITUL HIKMAH DENGAN MENGGUNAKAN
KAEDAH NASYID “HAPPY SOLAT”

OLEH :
MUHAMAD LOKMAN BIN SULAIMAN
WAN MUHAMMAD FIKRI BIN WAN MAHMUD KHAIRI

ABSTRAK
Menyanyi adalah salah satu fitrah kanak-kanak yang sukakan hiburan. Oleh kerana
aktiviti menyanyi telah menjadi sebahagian daripada hidup kanak-kanak, proses
pembelajaran dan pengajaran menjadi lebih berkesan jika kurikulum pendidikan kanak-
kanak diserapkan dengan aktiviti seumpama ini. Penyelidikan ini dijalankan dengan
menggunakan kaedah nyanyian “HAPPY SOLAT” dalam menyelesaikan masalah
penguasaan murid dalam kemahiran menghafal 13 rukun solat. Subjek dalam kajian ini
terdiri daripada 6 orang kanak-kanak KAFA Integrasi Baitul Hikmah kelas Tahun 2 Al-
Farabi. Data-data dikumpulkan melalui ujian pra, post, pemerhatian dan survey lisan.
Hasil analisis data mendapati bahawa kesemua 6 orang murid-murid dapat mengingati
pelajaran dengan lebih baik berbanding sebelum ini. Berpandukan kaedah nyanyian
dengan menggunakan lirik lagu yang diolah sendiri, keputusan mendapati kaedah
nyanyian dapat membantu murid-murid dalam meningkatkan penguasaan kemahiran
hafalan.

Kata kunci : Kanak-kanak prasekolah, kaedah nyanyian, mengecam huruf

1
KAFAI BAITUL HIKMAH, TAMAN SEROJA BBST MUHAMAD LOKMAN BIN SULAIMAN
WAN MUHAMMAD FIKRI BIN WAN MAHMUD KHAIRI
DAERAH SEPANG
LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

APA ITU “HAPPY SOLAT”

“Happy Solat” ialah satu bentuk kaedah nyanyian yang digunakan untuk membantu
murid-murid mengingati 13 rukun solat sebagai asas dalam amali solat. “Happy Solat”
ini juga dapat membantu mengurangkan bebanan murid untuk menghafal dengan
caranya yang santai dan menyeronokkan. “Happy Solat” ini diformulasi daripada lagu
seloka tradisional berjudul “Tanya Sama Pokok”.

Penggunaan “Happy Solat” ini bukan sahaja dapat memudahkan murid dapat
menghafal bahkan ia juga membantu murid menjawab soalan dengan betul. Sekiranya
murid sentiasa menyanyikan lagu ini secara berulang ia akan meningkatkan
penguasaan hafalan dan akhirnya murid dapat menjawab soalan dengan baik.

1.0 LATAR BELAKANG KAJIAN


(REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU)

Pada tahun ini salah seorang dari kami telah diamanahkan untuk mengajar kelas
Tahun 2 Al-Farabi yang terdiri daripada murid-murid yang mempunyai tahap
penguasaan berbeza. Untuk tujuan itu, kaedah pembelajaran yang mudah berkaitan 13
rukun solat perlu dilaksanakan supaya ia dapat dikuasai dengan baik oleh kesemua
murid yang mempunyai tahap cemerlang dan sederhana.

Kami telah memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran dengan menjalankan


latihan secara bertulis. Selepas mengadakan latihan bertulis. kami menyemak latihan
tersebut. Kami dapati tiada seorang pun yang dapat mengingati 13 rukun solat dengan
sempurna. Kesemua murid tidak melengkapkan 13 rukun tersebut. Malah ada jawapan
yang tidak berkaitan dan tidak mengikut tertib. Murid juga didapati keliru dengan
susunan rukun-rukuan solat tersebut.

2
KAFAI BAITUL HIKMAH, TAMAN SEROJA BBST MUHAMAD LOKMAN BIN SULAIMAN
WAN MUHAMMAD FIKRI BIN WAN MAHMUD KHAIRI
DAERAH SEPANG
LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

Pada pendapat kami perkara ini perlu segera ditangani kerana mereka telah
mula diajar solat sejak dari Tahun 1 iaitu ketika berumur 7 tahun. Hal ini berdasarkan
sebuah hadith riwayat Abu Daud untuk menyuruh anak-anak bersolat ketika usia 7
tahun. Berdasarkan semakan terhadap buku Penilaian Amali Fardhu Ain (PAFA) pula,
murid-murid akan dinilai cara solat bermula darjah 3, namun murid-murid telah pun
terlibat dengan kelas amali solat sejak berada di darjah 1. Ini bermakna mereka telah
didedahkan dengan tatacara solat namun apabila disoal oleh kami ternyata mereka
tidak mampu menyenaraikan 13 rukun solat dengan baik. Kami juga melakukan survey
secara lisan kepada murid-murid dan mendapati kesemua mereka tidak tahu berkenaan
rukun solat sedangkan di sekolah ini murid-murid diajar melakukan amali solat saban
minggu.

Selain itu juga, bilangan rukun solat yang banyak perlu diingat oleh murid-murid
juga menjafi faktor masalah ini. 13 item rukun solat adalah bilangan yang banyak untuk
dihafal oleh murid-murid berusia 8 tahun. Justeru itu, kami mengambil inisiatif ini untuk
mengetengahkan kajian kami bagi membantu murid-murid menguasai hafalan dengan
baik. Kami sebagai tenaga pengajar telah membuat kajian bagi menangani masalah ini
dari terus berlanjutan. Kami berbincang bersama dan membuat soal selidik secara
formal dan tidak formal terhadap murid-murid kelas Tahun 2 Al-Farabi Dengan maklum
balas yang diterima ini kami terpanggil untuk menyelesaikan masalah yang wujud agar
dapat meningkatkan kefahaman agama murid-murid di KAFA Integrasi Baitul Hikmah.
Solat merupakan asas dalam kehidupan seseorang muslim tanpa mengira usia. Kami
berharap sekiranya kajian ini berjaya kami akan mengajar kaedah ini kepada guru-
guru dan murid – murid yang lain bagi membantu pihak sekolah dalam meningkatkan
kualiti solat sebagai asas kejayaan dunia dan akhirat.

Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Nor Ella Fadzilah Binti Kamilan bertajuk
“Sing It!” menyebut bahawa aktiviti menyanyi telah menjadi sebahagian daripada hidup
kanak-kanak, proses pembelajaran dan pengajaran menjadi lebih berkesan jika
kurikulum pendidikan kanak-kanak diserapkan dengan aktiviti seumpama ini. Menurut

3
KAFAI BAITUL HIKMAH, TAMAN SEROJA BBST MUHAMAD LOKMAN BIN SULAIMAN
WAN MUHAMMAD FIKRI BIN WAN MAHMUD KHAIRI
DAERAH SEPANG
LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

seorang guru di Amerika Syarikat, Alex Zukas di dalam Jurnal tulisan beliau “Using
Music to Teach History” murid lebih gembira dan menyertai aktiviti pengajaran
sepenuhnya dengan menggunakan kaedah nynyian. Oleh yang demikian, dapatlah
disimpulkan bahawa teknik pembelajaran kreatif seperti nyanyian wajar diwujudkan
dalam dunia pendidikan oleh para guru bagi menerapkan suasana pembelajaran yang
seronok dan menarik. Seterusnya secara tidak langsung ia dapat membantu
memudahkan serta meningkatkan ingatan murid-murid terhadap pelajaran yang
dijalankan.

1.1 TUJUAN KAJIAN

Kajian ini dijalankan adalah untuk meningkatkan penguasaan hafalan 13


rukun solat murid Tahun 2 Al-Farabi Sekolah Kafai Baitul Hikmah dengan
menggunakan kaedah nyayian.

1.2 PERSOALAN KAJIAN

i. Adakah murid-murid Tahun 2 Al-Farabi dapat menghafal 13 rukun solat?


ii. Apakah punca sebenar masalah hafalan ini berlaku?
iii. Adakah kaedah nyanyian dapat membantu murid mengingati rukun solat
dengan baik?

2.0 ISU KEPERIHATINAN / FOKUS KAJIAN

Kami memfokuskan kajian ini terhadap usaha untuk menarik minat murid
menghafal rukun solat. Seterusnya membantu murid untuk membuat hafalan.
Justeru itu diharapkan dengan nasyid ini dapat meningkatkan kemahiran hafalan
murid-murid. Sekiranya masalah ini tidak diatasi dari peringkat awal, hal ini pasti
akan memberi kesan terhadap penguasaan amali solat serta pembelajar ndi
Tahun 3 nanti.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

4
KAFAI BAITUL HIKMAH, TAMAN SEROJA BBST MUHAMAD LOKMAN BIN SULAIMAN
WAN MUHAMMAD FIKRI BIN WAN MAHMUD KHAIRI
DAERAH SEPANG
LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

Selepas kajian ini selesai dijalankan sepenuhnya kami berharap agar objektif
yang dinyatakan di bawah ini ndapat dicapai dengan baik.

3.1 OBJEKTIF UMUM


Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan hafalan 13 rukun
solat murid Tahun 2 Al-Farabi Sekolah Kafa Integrasi Baitul Hikmah
dengan menggunakan kaedah nyayian.

3.2 OBJEKTIF KHUSUS


3.2.1 Menarik minat murid menghafal rukun solat.
3.2.2 Meningkatkan tahap hafalan dengan sempurna
3.2.3 Mengubah kaedah pengajaran dengan lebih menyeronokkan
3.2.4 Membantu murid untuk menghafal rukun solat dengan susunan
yang betul.

4.0 KUMPULAN SASARAN


Kumpulan sasaran kami ialah murid-murid kelas Tahun 2 Al-Farabi Sekolah Kafa
Integrasi Baitul Hikmah yang terdiri daripada:-
Murid lelaki : 3 orang
Murid perempuan : 3 orang
Jumlah murid : 6 orang

5.0 KOS BAHAN INOVASI

Jumlah perbelanjaan / kos bagi kajian kami adalah seperti berikut :-

BIL JENIS BAHAN HARGA X UNIT JUMLAH

1 Audio recorder 1 x RM 350.00 RM 350.00

2 Speaker 1 x RM 200.00 RM 200.00

3 Printer catridge 1 x RM 60.00 RM 60.00

4 Printing & fotostat laporan 3 x RM 7.00 RM 21.00

5
KAFAI BAITUL HIKMAH, TAMAN SEROJA BBST MUHAMAD LOKMAN BIN SULAIMAN
WAN MUHAMMAD FIKRI BIN WAN MAHMUD KHAIRI
DAERAH SEPANG
LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

5 Buku catatan guru 1 x RM 1.00 RM 1.00

6 Kertas A4 1 rim x RM 12.00 RM 12.00

7 Printing & fotostat kertas


11 x RM 0.10 RM 1.10
soalan

JUMLAH KOS RM 645.10

6.0 PELAKSANAAN KAJIAN

6.1 TINJAUAN MASALAH


Sebelum langkah-langkah yang seterusnya diambil dalam menjalankan kajian
ini, tinjauan dan terhadap masalah yang dikenal pasti perlu dibuat terlebih dahulu
bertujuan untuk memahami dengan lebih mendalam masalah tersebut dan
memastikan ianya berjalan dengan lancar. Tinjauan dilakukan dengan mengutip
data seperti berikut : -

6.1.1 Pemerhatian
Pemerhatian ke atas sikap dan tingkah laku murid semasa proses
pengajaran dan pembelajaran berlangsung amat penting bagi mengenal
pasti masalah yang dihadapi oleh murid. Sebelum kajian dijalankan kami
dapati murid melaksanakan tatacara solat mengikut arahan guru-guru
semasa sesi amali solat. Namun masih tidak dapat dipastikan sama ada
murid-murid benar-benar tahu serta ingat rukun solat yang dilakukan.

6.1.2 Ujian Pra


Sebelum mencuba teknik pengajaran menggunakan “HAPPY SOLAT” ini
kami membuat Ujian Pra khusus untuk murid-murid 2 Al-Farabi untuk
mengesan sejauh mana ingatan dan penguasaan mereka terhadap 13
rukun solat. Kami telah memberikan ujian Pra berbentuk soalan
penyenaraian. Apabila mereka selesai menjawab kami tidak memberikan

6
KAFAI BAITUL HIKMAH, TAMAN SEROJA BBST MUHAMAD LOKMAN BIN SULAIMAN
WAN MUHAMMAD FIKRI BIN WAN MAHMUD KHAIRI
DAERAH SEPANG
LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

jawapan sebenar kepada mereka setelah kami semak kertas soalan


tersebut.

6.1.3 Ujian Post


Ujian Post dijalankan bertujuan untuk menguji keberkesanan pengajaran
menggunakan kaedah “HAPPY SOLAT”. Soalan bagi ujian Ujian Post
adalah soalan yang sama seperti Ujian Pra.

6.1.4 Survey
Sebelum sesi nyanyian menggunakan kaedah “HAPPY SOLAT”
dijalankan kami telah melakukan survey secara lisan kepada murid-murid
untuk mendapatkan maklum balas secara umum berkenaan hafalan
murid-murid tentang rukun-rukun solat.

6.2 ANALISA TINJAUAN MASALAH

Setelah proses pengajaran dan pembelajaran, data yang dapat kami rekodkan
adalah seperti berikut :-

6.2.1 Analisa pemerhatian


Berdasarkan pemerhatian yang telah kami jalankan ke atas murid-murid
tahun 2 Al-Farabi kami dapati murid melaksanakan tatacara solat
mengikut arahan guru-guru semasa sesi amali solat. Namun masih tidak
dapat dipastikan sama ada murid-murid benar-benar tahu serta ingat
rukun solat yang dilakukan.

6.2.2 Analisa Ujian Pra dan Ujian Post


BIL NAMA MARKAH MARKAH
PRA POST
1 ADAM HARIZ BIN AZLIN 1/8 8/8
2 MUHAMMAD AMMAR BIN ROSTAM 4/8 8/8
3 MUHAMMAD ZULHAFIY BIN MUHAMMAD IZHAM 1/8 8/8
4 BALQIS BATRISYA BINTI MUHAMMAD SUHAIMI 3/8 8/8
5 NUR RANIA ZARA BINTI MD KHUSAINI 2/8 8/8
6 SARAH DANIA BINTI ABD RAHMAN 1/8 8/8
7
KAFAI BAITUL HIKMAH, TAMAN SEROJA BBST MUHAMAD LOKMAN BIN SULAIMAN
WAN MUHAMMAD FIKRI BIN WAN MAHMUD KHAIRI
DAERAH SEPANG
LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

Graf : menunjukkan keputusan murid dalam ujian pra dan post.

6.3 TINDAKAN YANG DIJALANKAN

Dalam menjalankan kajian langkah pertama yang kami lalukan ialah


mengumpulkan data dan mencari maklumat. Dalam pada masa yang sama kami
juga cuba mengenal pasti tahap penguasaan hafalan murid-murid melalui survey
awal yang dijalankan.

Seterusya dalam langkah kedua kami telah merancang tindakan bagi mengatasi
masalah ini dengan merancang untuk mengajar hafalan 13 rukun solat
menggunakan kaedah “HAPPY SOLAT”. Sebelum memulakan pengajaran
menggunakan kaedah tersebut kami telah membuat ujian Pra untuk merekod
prestasi murid.

Setelah itu kami laksanakan ujian Post menggunakan kaedah “HAPPY SOLAT”
sebagai cara untuk mengetahui keberkesanan pengajaran menggunakan kaedah
tersebut.

Langkah keempat ialah proses memerhati dan merekod. Markah direkodkan


untuk dibandingkan dengan ujian Pra.
8
KAFAI BAITUL HIKMAH, TAMAN SEROJA BBST MUHAMAD LOKMAN BIN SULAIMAN
WAN MUHAMMAD FIKRI BIN WAN MAHMUD KHAIRI
DAERAH SEPANG
LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

6.4 PELAKSANAAN TINDAKAN DAN PEMERHATIAN / PENILAIAN

MEMERHATI TINJAUAN

 Mengumpul dan menganalis data  Mengumpul data


 Menilai  Mengenal pasti prestasi
murid

BERTINDAK MERANCANG

 Melaksanakan tindakan  Merancang tindakan


 Ujian Pra dan Pos  Membina “HAPPY
Rajah : menunjukkan aliran Kajian Tindakan dilaksanakan.
SOLAT”

REFLEKSI KAJIAN

6.5 PELAKSANAAN TINDAKAN DAN PEMERHATIAN / PENILAIAN

Keseluruhan pendekatan ini, merupakan satu kaedah pembelajaran secara aktif di


antara responden. Aktiviti Kajian Tindakan ini telah dapat memenuhi aspek seperti
berikut :-

- Murid-murid Tahun 2 Al-Farabi menjawab soalan rukun solat dengan lengkap


dan tersusun
- Memotivasikan responden untuk belajar dan minat terhadap rukun solat
khususnya dan mata pelajaran agama amnya.
9
KAFAI BAITUL HIKMAH, TAMAN SEROJA BBST MUHAMAD LOKMAN BIN SULAIMAN
WAN MUHAMMAD FIKRI BIN WAN MAHMUD KHAIRI
DAERAH SEPANG
LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

- Meningkatkan daya ingatan murid-murid Tahun 2 Al-Farabi melalui penggunaan


“HAPPY SOLAT”

Manakala pencapaian responden dalam Ujian Pra, dan Ujian Pos menunjukkan
peningkatan yang begitu ketara. Pendekatan ini merupakan aktiviti yang dapat
memenuhi keseluruhan keperluan responden. Rentak nyanyian dalam kaedah
“HAPPY SOLAT” membolehkan suasana hafalan menjadi seronok dan mudah bagi
murid-murid.

Seramai 6 orang murid yang terlibat dalam kajian ini didapati kesemua responden
dapat menguasai kemahiran hafalan dengan baik melalui kaedah ini. Pendapat ini
jelas dapat dilihat melalui data yang telah dikumpulkan. Rujuk kepada data yang
telah dikumpulkan kami juga telah menjalankan refleksi bagi setiap langkah
pelaksanaan yang dijalankan untuk menilai keberkesanan pendekatan tersebut.
Data yang diperolehi disemak dan dinilai untuk membuat penambahbaikan.

Melalui kajian ini juga, kami dapati pendekatan ini sebenarnya lebih menarik minat
responden. Ini dapat dibuktikan melalui perlaksanaan aktiviti nyanyian di mana
mereka kelihatan gembira semasa menjalankan aktiviti tersebut. Setiap responden
dapat menghafal kesemua 13 item rukun solat dengan cepat.

Kami juga merasa terharu dengan sokongan daripada rakan-rakan sejawat yang
banyak membantu di dalam aktiviti yang dilakukan oleh responden terutamanya
dalam membina kaedah nyanyian “HAPPY SOLAT” ini. Proses merekodkan lagu
menjadi lebih mudah dengan bantuan rakan-rakan yang tidak lokek berkongsi. Kami
juga mendapati responden lebih memahami tatacara solat dengan menggunakan
kaedah ini.

7.0 CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA

10
KAFAI BAITUL HIKMAH, TAMAN SEROJA BBST MUHAMAD LOKMAN BIN SULAIMAN
WAN MUHAMMAD FIKRI BIN WAN MAHMUD KHAIRI
DAERAH SEPANG
LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

Kaedah ini perlu diteruskan dalam topic-topik pengajaran lain kerana ia dapat
membantu murid menguasai hafalan itu sendiri. Ianya dapat mengatasi kelemahan
hafalan mereka, sekaligus menambah minat mereka untuk mempelajari ilmu khususnya
yang berkaitan agama
.
Beberapa cadangan untuk kajian seterusnya adalah seperti berikut :
1. Guru KAFA digalakkan mengadaptasi lirik “HAPPY SOLAT” dengan muzik
secara lebih kemas untuk menghasilkan rentak lagu yang lebih komprhensif.
2. Menjadikan kaedah “HAPPY SOLAT” lebih menarik dengan menambahkan
pergerakan semasa nyanyian.
3. Melebarluaskan penggunaan “HAPPY SOLAT” dengan berkongsi audio dan
video di atas talian agar lebih ramai warga pendidik yang mendapat manfaat.
4. Mengadaptasi kaedah “HAPPY SOLAT” dalam topik-topik yang lain sama ada
berkaitan solat khususnya atau mana-mana pembelajaran.

Hasil daripada kajian tindakan yang dijalankan, kami dapati terdapat perkembangan
yang amat positif dari segi minat responden dalam proses hafalan rukun solat. Hal ini
jelas dapat dilihat melalui ekspresi wajah, ketepatan menjawab soalan ujian dan
kecepatan menghafal. Semoga minat responden dalam aktiviti ini boleh menjadikan titik
tolak kepada pendekatan proses hafalan yang menyeronokkan dan berkesan,
seterusnya dapat menunjukkan peningkatan prestasi amalan dan mata pelajaran di
sekolah kami. Diharap pada masa akan datang, kaedah ini dapat diubah suai dan
digabung jalinkan bersama-sama dengan kecanggihan teknologi maklumat yang
semakin hari pesat membangun. Sebagai seorang guru, kejayaan anak muridnya
merupakan hadiah yang tidak ternilai dan memberikan satu kepuasan yang tidak dapat
diluahkan dengan ungkapan kata-kata yang indah.

8.0 BIBLIOGRAFI

1. Hadith suruhan kanak-kanak solat, riwayat Abu Daud

11
KAFAI BAITUL HIKMAH, TAMAN SEROJA BBST MUHAMAD LOKMAN BIN SULAIMAN
WAN MUHAMMAD FIKRI BIN WAN MAHMUD KHAIRI
DAERAH SEPANG
LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

2. Buku Manual Kajian Tindakan, Edisi Ketiga, Bahagian Perancangan dan


Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia.Disember
2008.

3. Buku PAFA JAIS

4. ALEX ZUKAS, Using Music to Teach History.

5. NOR ELLA FADZILAH BINTI KAMILAN, Sing It!

9.0 LAMPIRAN

12
KAFAI BAITUL HIKMAH, TAMAN SEROJA BBST MUHAMAD LOKMAN BIN SULAIMAN
WAN MUHAMMAD FIKRI BIN WAN MAHMUD KHAIRI
DAERAH SEPANG
LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

13
KAFAI BAITUL HIKMAH, TAMAN SEROJA BBST MUHAMAD LOKMAN BIN SULAIMAN
WAN MUHAMMAD FIKRI BIN WAN MAHMUD KHAIRI
DAERAH SEPANG

Vous aimerez peut-être aussi