Vous êtes sur la page 1sur 19

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER SEPTEMBER 2015

HMEF 5093

QUANTITATIVE RESEARCH METHODOLOGY

(ASSIGNMENT 2)

NAMA : GOSSTIN ANAK BLIN


NO. MATRIK : CGS01209706
NO. KAD PENGNEALAN : 840331-135447
NO. TELEFON : 0138453330
ALAMAT E-MEL : gosstinblin@fastmail.net
NAMA PENSYARAH : DR. LAU HIENG SOON
PUSAT PEMBELAJARAN : SIBU LEARNING CENTRE

1
ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

1.0 ABSTRAK 2
2.0 PENGENALAN 3
3.0 SOALAN KAJIAN 4
4.0 RASIONAL KAJIAN 4-5
5.0 REKA BENTUK KAJIAN 6-7
6.0 POPULASI DAN SAMPEL 7
7.0 INSTRUMEN KAJIAN 8
8.0 PROSEDUR PENGUMPULAN DATA 9
9.0 RANGKA KERJA UNTUK MENDAPATKAN ANALISIS DATA 10 -12
10.0 KESIMPULAN 13
11.0 RUJUKAN 14
12.0 LAMPIRAN

2
KAJIAN MASALAH KEMAHIRAN MEMBACA DAN MENULIS BAHASA MELAYU
MURID-MURID SEKOLAH RENDAH PEDALAMAN DI SEBUAH SEKOLAH
DAERAH SELANGAU

1.0 ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti masalah tentang kemahiran membaca dan menulis
Bahasa Melayu murid-murid sekolah rendah di pedalaman. Reka bentuk kajian yang digunakan
ialah tinjauan deskriptif dengan menggunakan borang soal selidik. Borang soal selidik yang
digunakan merangkumi maklumat latar belakang dan masalah yang dialami oleh murid dalam
penguasaan kemahiran membaca dan menulis. Pengkaji memberi fokus kepada dua aspek iaitu
apakah masalah yang dialami oleh murid sekolah rendah di pedalamanan dalam kemahiran
membaca dan menulis Bahasa Melayu dan perbezaan persepsi murid terhadap pengajaran guru
dalam kemahiran membaca dan menulis. Sekolah yang terlibat dalam kajian ini merupakan
sebuah sekolah jenis kebangsaan kategori pedalaman tiga di daerah Selangau. Responden kajian
ini merupakan murid yang berada di Tahun 4, 5 dan 6 sahaja. Perisian SPSS for Windows
digunakan untuk menganalisa data yang telah diperolehi melalui borang soal selidik. Hasil
dapatan kajian juga diterangkan dalam bentuk jadual dan penerangan deskriptif oleh pengkaji.
Seterusnya, setelah masalah kemahiran membaca dan menulis telah dapat dikenal pasti
puncanya, satu langkah atau strategi yang difikirkan bersesuaian dan relevan bagi mengatasi
masalah dan puncanya. Usaha tersebut adalah melibatkan ibu bapa, pihak sekolah, Jabatan
Pendidikan Negeri (JPN) dan seterusnya pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

3
2.0 PENGENALAN

Mata pelajaran Bahasa Melayu adalah merupakan salah satu mata pelajaran teras yang wajib
diambil dan lulus di semua peringkat peperiksaan UPSR, PT3, SPM, STPM dan di peringkat
yang lebih tinggi. Oleh yang demikian, apa yang amat ditekankan dalam penguasaan Bahasa
Melayu ialah asas dalam kemahiran membaca dan menulis bermula dari prasekolah hingga ke
peringkat yang lebih tinggi. Matlamat ini tidak begitu mudah untuk dicapai kerana proses
pembelajaran membaca dan menulis itu sendiri amat kompleks dan telah wujud masalah dalam
pembelajaran membaca dan menulis (Cecil D Mercer, 1989).
Disamping itu, Bahasa Melayu adalah merupakan bahasa yang agak asing bagi
masyarakat dan murid-murid di sekolah pedalaman amnya. Penguasaan Bahasa Melayu oleh
murid-murid yang bersekolah di pedalaman misalnya sekolah rendah perlu melalui proses
pembelajaran membaca dan menulis dengan cara yang betul. Ini adalah disebabkan oleh salah
satu faktor dimana murid-murid di sekolah rendah pedalaman hanya terdedah kepada situasi
untuk berkomunikasi dalam satu bahasa dengan satu kaum sahaja dan seterusnya di sekolah
rendah pedalaman pun kebanyakannya terdiri daripada guru tempatan yang sama kaum.
Kemahiran membaca merupakan sumber pengetahuan dan asas pembentukan diri ke arah
untk memperolehi ilmu pengetahuan. Keupayaan membaca adalah suatu kemahiran yang amat
bernilai dan merupakan proses yang dinamik, iaitu memerlukan komunikasi yang aktif dan
bermakna antara pembaca dengan penulis.
Manakala kemahiran menulis pula merupakan kemahiran berbahasa tertinggi yang
berkembang selari mengikut perkembangan otak dan pengalaman berbahasa seseorang individu.
Kemahiran ini juga merupakan suatu budaya intelek yang saling melengkapi antara kemahiran
membaca dengan menulis. Keupayaan menulis merupakan satu proses penyaluran maklumat
yang bersifat mekanikal dan disalurkan secara bersistem iaitu mengambil kira maklumat,
penggunaan bahasa, audiens dan gaya penulisan.
Disamping itu juga, keupayaan membaca dan menulis merupakan suatu kemahiran yang
dapat menjadi asas kepada keberkesanan proses pembelajaran dan pengajaran dalam bilik darjah.
Selain itu, ianya dapat meningkatkan penguasaan pembelajaran murid dalam Bahasa Melayu
khususnya.

4
3.0 SOALAN KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk menjawab soalan berikut:

1. Apakah masalah kemahiran membaca Bahasa Melayu dalam kalangan murid di


sekolah pedalaman?
2. Apakah masalah kemahiran menulis Bahasa Melayu dalam kalangan murid di sekolah
pedalaman?
3. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan tentang persepsi murid terhadap
pengajaran guru dalam kemahiran membaca dan menulis mengikut kelas Tahun 4, 5
dan 6?

4.0 RASIONAL KAJIAN

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) dan Laporan Modul Offline Pentaksiran
Berasaskan Sekolah (PBS) adalah sistem dimana tahap pencapaian murid telah dapat
dikenalpasti oleh guru mata pelajaran masing-masing. Kedua-dua sistem ini merupakan satu
maklum balas murid terhadap pengajaran guru selama ini sama ada sebelum dan selepas
menjalani ujian dan pentaksiran formatif dan sumatif. Setelah keputusan murid dan pencapaian
semua mata pelajaran teras diproses dan dianalisis, di dapati mata pelajaran Bahasa Melayu agak
kurang memuaskan dalam kalangan murid tahap 2 khasnya Tahun 4, 5 dan 6 di salah sebuah
sekolah rendah pedalaman yang dipilih di Daerah Selangau.
Kelemahan murid-murid walaupun sudah berada ditahap dua iaitu Tahun 4, 5 dan 6
dalam kemahiran membaca dan menulis sering dibincangkan dalam kalangan guru-guru bahasa
di setiap sekolah khasnya di pedalaman. Masalah pembacaan dan penulisan dalam kalangan
murid-murid sekolah rendah pedalaman telah disedari ramai kerana kenyataannya bukan sahaja
dilihat oleh para guru dan jabatan pendidikan yang terlibat dalam tugas pengajaran malah juga
oleh ibu bapa, penulis-penulis dan badan-badan bukan kerajaan yang sentiasa mengambil berat
tentang kemajuan sekolah-sekolah rendah pedalaman di Malaysia.
Kebolehan untuk menguasai kemahiran membaca dan menulis merupakan suatu ilmu
yang perlu dikuasi oleh semua murid agar dapat mendalami perkataan dan huruf dengan sebutan
bunyi dan perbezaan bentuk huruf yang betul. Membaca adalah tugas intelek yang kompleks dan

5
melibatkan lebih kemahiran daripada sekadar mengenal dan menyebut perkataan penguasaan
dalam pembacaan bergantung kepada amalan membaca pelbagai bahan dalam bidang yang luas
(Halimah Badioze Zaman dan Jamaliah Mohd. Ali, 1994).
Walau bagaimanapun, amalan membaca dalam kalangan anak-anak murid masih di
peringkat rendah lebih-lebih lagi di sekolah pedalaman. Justeru itu, kemahiran menulis akan
turut mengalami akibat yang sama disebabkan oleh lemahnya kemahiran membaca dalam
kalangan anak-anak murid. Murid-murid sekolah rendah di pedalaman sering menghadapi
keadaan di mana mereka sentiasa melakukan kesalahan bahasa dalam pertuturan dan penulisan
Bahasa Melayu, malah pertuturan ini pula berkembang menjadi satu variasi bahasa dalam
komunikasi harian. Manakala dalam penulisan Bahasa Melayu dipengaruhi oleh tatabahasa
bahasa ibunda masing-masing.
Melalui penulisan projek penyelidikan ini boleh dijadikan sebagai percubaan oleh penulis
untuk mengenal pasti permasalahan dalam kemahiran membaca dan menulis Bahasa Melayu
murid-murid sekolah rendah pedalaman berdasarkan dapatan kajian daripada sebuah sekolah
yang telah dipilih di Daerah Selangau.

6
5.0 REKA BENTUK KAJIAN

Reka bentuk kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah bersifat tinjauan deskriptif dengan
menggunakan borang soal selidik. Reka bentuk kajian yang dijalankan oleh penyelidik ini adalah
lebih menjurus kepada cara serta bagaimana untuk mendapatkan jawapan bagi persoalan-
persoalan kajian yang telah ditimbulkan. Ia juga merupakan kaedah untuk mendapatkan
objektif-objektif kajian yang cuba dicapai oleh penyelidik.
Lokasi kajian sekolah yang terlibat dalam kajian ini merupakan sebuah sekolah
pedalaman kategori pedalaman tiga di Daerah Selangau. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah
bantuan penuh kerajaan. Responden kajian ialah murid Tahun 4, 5 dan 6 yang telah menduduki
ujian akhir tahun 2015. Murid yang terlibat dalam kajian ini seramai 50 orang dipilih secara
rawak daripada perbagai jantina. Pemilihan responden ini berdasarkan kemudahan yang
diperolehi oleh pengkaji dengan bantuan rakan guru yang mengajar di sekolah rendah di
pedalaman tersebut. Ini adalah bertepataan dengan saranan Mohd Majid Konting (2005), iaitu
kebaikan untuk memilih sampel adalah yang boleh mengurangkan kos, tenaga dan masa kajian
tetapi tidak mendapat tentangan daripada pihak sekolah, ppd dan kominiti setempat.
Pengumpulan data juga adalah berdasarkan edaran soal selidik yang merangkumi
bahagian latar belakang murid-murid iaitu maklumat demografi, permasalahan kemahiran
membaca, permasalahan menulis dan persepsi murid terhadap kaedah pengajaran guru Bahasa
Melayu dalam kemahiran membaca dan menulis. Soal selidik ialah alat pengumpulan data secara
tidak langsung, penyelidik tidak langsung bersoal jawab dengan responden (Nana, 2005). Proses
pengumpulan data adalah dengan bantuan para guru yang memasuki kelas murid untuk
menjawab tanpa menjejaskan proses pembelajaran dan pengajaran (PdP).
Perisian SPSS for Windows digunakan untuk menganalisa data yang diperolehi melalui
responden borang soal selidik. Hasil dapatan kajian akan diterangkan dalam bentuk jadual dan
penerangan deskriptif seperti dalam arahan jadual ‘Crosstab’.

7
Rajah 1: Reka Bentuk Kajian

Ujian Pencapaian Murid

Borang Soal Selidik diedarkan

Data Responden
(Dimasukkan ke dalam Arahan Jadual Crosstab)

Analisis data menggunakan


Data SSPS for Windows

6.0 POPULASI DAN SAMPEL


Populasi bagi kajian ini adalah murid sekolah rendah pedalaman. Manakala pemilihan sampel
adalah terdiri daripada murid Tahun 4, 5 dan 6. Tujuan murid tahap dua ini dipilih secara rawak
adalah berdasarkan pencapaian Bahasa Melayu dalam keputusan ujian akhir tahun 2015. Jumlah
murid Tahun 4, 5 dan 6 adalah seramai 60 orang. Akan tetapi, sampel kajian dipilih seramai 52
orang sahaja berdasarkan penentuan saiz sampel mengikut formula Krejcie & Morgan (1970).
Sampel yang telah dipilih adalah sekaligus untuk mewakili keseluruhan populasi bagi sebuah
sekolah rendah pedalaman yang dikaji.

8
7.0 INSTRUMEN KAJIAN

Bagi proses menjalankan kajian ini, pengkaji menyediakan satu instrumen yang sesuai bagi
mengumpulkan data untuk dianalisis. Instrumen terdiri daripada soal selidik untuk mengkaji
masalah murid dalam kemahiran membaca dan menulis di sekolah rendah pedalaman selepas
ujian pencapaian murid akhir tahun.

7.1 Ujian Pencapaian


Tujuan ujian dilakukan adalah untuk menentukan sejauh mana pencapaian murid
dalam sesuatu proses pembelajaran diukur tahap penguasaannya. Proses ujian dapat diuji
melalui pemerhatian atau tinjauan, ujian bertulis ataupun tidak bertulis (lisan). Ujian
pencapaian ialah wajib dilaksanakan diperingkat sekolah untuk mengukur aspek
pencapaian akademik dari segi pengetahuan, kebolehan dan kemahiran murid selepas
menjalani proses pembelajaran dan pengajaran oleh guru sama ada dalam bilik darjah
ataupun luar bilik darjah. Dalam kajian ini, hasil analisis ujian pencapaian ujian akhir
tahun digunakan untuk membuat tinjauan awal sebelum mengedarkan borang soal selidik
terhadap sampel kajian.

7.2 Pentadbiran Soal Selidik


Guru Bahasa Melayu membantu untuk mentadbir Soal Selidik. Soal Selidik
mengandungi latar belakang responden berkaitan faktor-faktor yang mungkin turut
mempengaruhi kemahiran membaca dan menulis murid-murid dalam Bahasa Melayu.
Item-item dalam Soal Selidik ini dikategorikan kepada:

Bahagian A: Maklumat Demografi

i. Jantina
ii. Umur
iii. Kelas
iv. Lokasi Sekolah
v. Pekerjaan Ibu bapa

9
Bahagian B: Berkaitan dengan permasalahan kemahiran membaca dan menulis yang
memerlukan murid untuk menjawab Ya atau Tidak sahaja.
Bahagian C: Berkaitan dengan persepsi murid terhadap pengajaran guru Bahasa Melayu
dalam kemahiran membaca dan menulis. Bahagian ini menggunakan Skala
Likert 5 Mata seperti berikut:

Peringkat Singkatan Skor


Sangat Setuju SS 5
Setuju S 4
Tidak Pasti TP 3
Tidak Setuju TS 2
Sangat Tidak Setuju STS 1

8.0 PROSEDUR PENGUMPULAN DATA

Penyelidik mentadbir borang soal selidik kepada 60 sampel Tahun 4, 5 dan 6 yang telah dipilih
secara rawak sebagai sampel kajian. Pada mulanya penyelidik memberi arahan kepada guru yang
mentadbir soal selidik untuk memberi satu penerangan umum kepada sampel tentang cara
menjawab soal selidik. Responden menjawab soal selidik dibawah penyeliaan guru.
Setelah maklumat dikumpul, pengkaji memulakan proses untuk menganalisis data
menggunakan kaedah statistik deskriptif. Skor mentah bagi semua pernyataan masalah dan
persepsi murid dalam soal selidik yang diperolehi akan diubahsuai dan dibahagikan kepada tiga
aras iaitu tinggi, sederhana dan rendah. Pengkaji menganalisis data menggunakan kaedah ini
untuk melihat dengan jelas kekerapan dan peratusan yang diperolehi melalui data responden
yang telah dikumpulkan dan dapat menjawab soalan-soalan kajian ini dengan tepat.

10
9.0 RANGKA KERJA UNTUK MENGANALISIS DATA

Hasil dapatan kajian ini akan diterangkan dalam bentuk jadual dan penerangan deskriptif.
Seterusnya bahagian ini menjawab soalan kajian iaitu:

1. Apakah masalah kemahiran membaca Bahasa Melayu dalam kalangan murid di


sekolah pedalaman?

Contoh Jadual 1: Kekerapan dan Peratus Permasalahan Kemahiran Membaca

Pernyataan Masalah Kekerapan Peratus (%)


Isi kandungan teks sukar untuk difahami

Tidak faham maksud ayat yang dibaca

Tidak lancar untuk membaca

Cepat jemu dan letih

Jadual 1 menunjukkan data kekerapan dan peratusan permasalahan kemahiran membaca


berdasarkan empat pernyataan masalah yang telah dikenalpasti dalam kalangan murid.
Kekerapan data responden akan dikumpulkan dan dianalisis terlebih dahulu dalam jadual ini bagi
menentukan pernyataan masalah dalam kemahiran membaca manakah yang lebih tinggi nilai
kekerapannya dan diikuti oleh nilai peratusannya. Seterunya data mentah ini akan diuji ke dalam
data SPSS untuk menentukan kesahan dan kebolehpercayaan data dalam bentuk skor min dan
sisihan piawai. Berdasarkan data SPSS ini nanti jenis masalah kemahiran membaca yang lebih
cenderung dihadapi oleh murid dapat ditentukan dengan lebih tepat.

11
2. Apakah masalah kemahiran menulis Bahasa Melayu dalam kalangan murid di
sekolah pedalaman?

Contoh Jadual 2: Kekerapan dan Peratus Permasalahan Kemahiran Menulis

Pernyataan Masalah Kekerapan Peratus (%)


Tidak dapat membezakan huruf besar dengan
huruf kecil
Tidak dapat mengecam abjad

Tidak faham maklumat yang ditulis

Tidak tahu menggunakan tanda baca

Tidak dapat menulis dengan baik

Tidak tahu menulis karangan yang bermakna

Mudah berasa penat dan letih semasa menulis

Mengeja untuk menulis

Jadual 2 menunjukkan data kekerapan dan peratusan permasalahan kemahiran menulis


berdasarkan lapan pernyataan masalah yang telah dikenalpasti dalam kalangan murid. Kekerapan
data responden akan dikumpulkan dan dianalisis terlebih dahulu dalam jadual ini bagi
menentukan pernyataan masalah dalam kemahiran membaca manakah yang lebih tinggi nilai
kekerapannya dan diikuti oleh nilai peratusannya. Seterunya data mentah ini juga akan dianalisis
ke dalam data SPSS bagi menentukan kesahan dan kebolehpercayaan data dalam bentuk skor
min dan sisihan piawai. Melalui analisis data SPSS ini masalah kemahiran menulis yang lebih
cenderung dalam kalangan murid akan dapat dikenalpasti dengan lebih tepat dan jitu.

12
3. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan tentang persepsi murid terhadap
pengajaran guru Bahasa Melayu dalam kemahiran membaca dan menulis mengikut
kelas Tahun 4, 5 dan 6?

Contoh Jadual 3: Crosstab perbezaan persepsi murid terhadap pengajaran guru Bahasa
Melayu dalam kemahiran membaca dan menulis mengikut kelas Tahun 4, 5 dan 6.

Tahun 4 Tahun 5 Tahun 6


Kemahiran Persepsi Peratus Peratus Peratus
Murid Kekerapaan (%) Kekerapaan (%) Kekerapaan (%)

SS
S
Kemahiran
Membaca TP
TS
STS
SS
S
Kemahiran
Menulis TP
TS
STS

SS = Sangat Setuju, S = Setuju, TP = Tidak Pasti, TS = Tidak Setuju,


STS = Sangat Tidak Setuju

Jadual‘Crosstab’ digunakan bagi melihat taburan kekerapan dan peratusan antara pemboleh
ubah. Taburan ini dibaca dalam bentuk kekerapan dan peratus supaya mudah difahami.
Keputusan ini juga dapat memenuhi soalan seterusnya iaitu menentukan perbezaan ketara
tentang persepsi murid terhadap pengajaran guru Bahasa Melayu dalam kemahiran membaca dan
menulis mengikut kelas Tahun 4, 5 dan 6.

13
10.0 KESIMPULAN

Kemahiran membaca dan menulis merupakan kemahiran yang sangat penting untuk dikuasi oleh
murid-murid terutamanya di sekolah pedalaman. Penguasaan kemahiran ini tidak menjadi
kenyataan seandainya murid-murid tidak dilatih dan didedahkan dengan pelbagai teknik dan
kaedah pembelajaran bacaan dan tulisan.
Guru adalah individu yang memainkan peranan yang penting untuk meningkatkan tahap
penguasaan kemahiran membaca dan menulis dalam kalangan murid sekolah rendah. Seseorang
guru yang berkualiti haruslah membuat perubahan paradigma yang lebih terbaru dan moden iaitu
daripada kaedah konvensional kepada kaedah yang moden dan canggih.
Akhirnya, sudah pasti prestasi murid dalam penguasaan kemahiran membaca dan menulis
dapat dipertingkatkan ke tahap yang diimpikan warga KPM dan sekolah.

14
RUJUKAN

Benz, C., & Newman, I. (1998). Qualitative-quantitative research methodology: Exploring the
interactive continuum. Carbondale: Southern Illinois University Press.

Johnson B. & Christensen L. (2000). Educational research quantitative and qualititative


approaches. Needham Heights M.A. A Pearson Education Company.

Kamus Dewan (1989). Edisi Baru. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Kurikulum bersepadu sekolah rendah. Kuala


Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka

Mohd. Majid Konting. (2005). Kaedah penyelidikan pendidikan. Edisi Ke-7. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohamad Najib Abdul Ghafar (1999). Penyelidikan Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia.
Skudai.

Mok Soon Sang (2004). Ilmu Pendidikan untuk KPLI Sekolah Rendah. Subang Jaya. Kumpulan
Budiman Sdn. Bhd.

Prof Dr John Arul Phillips (2013). Quantitative Research Methodology. Open University
Malaysia (OUM).

Zulkifley Hamid. (2006). Aplikasi psikolinguistik dalam pengajaran dan


pembelajaran bahasa. Bentong: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

15
16
SOAL SELIDIK

BAHAGIAN A: Maklumat Demografi

Sila tandakan ( / ) pada ruangan yang disediakan.

1. Jantina Lelaki Perempuan

2. Umur 10 Tahun 11 Tahun 12 Tahun

3. Kelas Tahun 4 Tahun 5 Tahun 6

4. Lokasi Sekolah Bandar


Luar Bandar
Pedalaman

5. Daerah Sibu
Kanowit
Selangau

6. Negeri SARAWAK

7. Pekerjaan Ibu bapa / Penjaga Bekerja Sendiri


Tidak Bekerja

Petani
Buruh

Pekerja Swasta

Kakitangan Kerajaan

17
BAHAGIAN B:
(i) Permasalahan Kemahiran Membaca
Arahan: Sila tandakan (/) pada ruangan yang dipilih.

Bil Pernyataan YA TIDAK


1. Isi kandungan teks sukar untuk difahami.
2. Tidak faham maksud ayat yang dibaca.
3. Tidak lancar untuk membaca
4. Cepat jemu dan letih

(ii) Permasalahan Kemahiran Menulis


Arahan: Sila tandakan (/) pada ruangan yang dipilih.

Bil Pernyataan YA TIDAK

1. Tidak dapat membezakan huruf besar dengan huruf kecil


2. Tidak dapat mengecam abjad
3. Tidak faham maklumat yang ditulis
4. Tidak tahu menggunakan tanda baca
5. Tidak dapat menulis dengan baik
6. Tidak tahu menulis karangan yang bermakna
7. Mudah berasa penat dan letih semasa menulis
8. Mengeja untuk menulis

18
BAHAGIAN C: Persepsi Murid Terhadap Pengajaran Guru Bahasa Melayu
dalam Kaedah Membaca dan Menulis.

Arahan: Sila tandakan (/) pada ruangan yang dipilih.


Panduan : SS = Sangat Setuju , S = Setuju, TP = Tidak Pasti, TS = Tidak Setuju, STS
= Sangat Tidak Setuju

KAEDAH MEMBACA
Bil Pernyataan SS S TP TS STS
1 Latihan Bacaan Tambahan
2 Kaedah latih tubi
3 Aktiviti Pengajaran Menarik
4 Dorongan guru dan situasi yang menarik
5 Guru menggunakan bahan bantu mengajar

KAEDAH MENULIS
Bil Pernyataan SS S TP TS STS
1 Pelbagai aktiviti menulis diadakan
2 Guru menyediakan latih tubi
3 Guru menyebut perkataan
4 Guru menggunakan bahan bantu mengajar

Vous aimerez peut-être aussi