Vous êtes sur la page 1sur 8

a. Lukiskan pelan bilik darjah semasa membantu mentor melaksanakan PdP.

Carta kelas Papan putih Carta kelas


Pintu depan

Meja guru
Meja murid
Pintu belakang

Sudut
bacaan

Papan kenyataan
b. Huraikan cara-cara bahan dan sumber PdP dipamerkan di bilik darjah tersebut
ssdigunakan secara berkesan.

Saya telah menjalani program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) selama


seminggu di Sekolah Kebangsaan Demang Taha. Saya mendapati bahawa penggunaan
bahan dan sumber pengajaran dan pembelajaran (PdP) memainkan peranan penting dalam
memastikan perlaksanaan pembelajaran yang berkesan. Sepanjang menjalani PBS, saya
dapat melakukan pemerhatian terhadap proses PdP yang berlangsung di beberapa buah
kelas bagi murid Tahap 1. Guru yang mengajar menggunakan pelbagai bahan dan sumber
PdP untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih menarik dan menyeronokkan di
bilik darjah.

Antara kelas yang telah saya masuk untuk melihat penggunaan bahan pengajaran
adalah kelas 3 Gamma dan 1 Sigma. Dalam kelas tersebut, terdapat pelbagai sudut yang
menarik perhatian saya. Sudut-sudut tersebut disediakan untuk membantu perkembangan
kognitif murid-murid. Antara sudut yang disediakan dalam bilik darjah ialah sudut bacaan,
sudut mata pelajaran dan sudut pembelajaran abad ke-21. Terdapat juga bahan-bahan
pengajaran yang dipamerkan dalam bilik darjah yang digunakan oleh guru untuk mengajar.
Bahan yang dipamerkan adalah seperti nombor-nombor yang ditampal pada dinding kelas.

Di dalam bilik darjah juga, guru menggunakan kad-kad imbasan (flash card) yang
mengandungi nombor. Menurut guru yang mengajar murid-murid Tahap 1, bahan seperti kad-
kad imbasan sering digunakan oleh guru untuk mengajar murid-murid Tahun 1, Tahun 2 dan
Tahun 3. Hal ini demikian kerana, proses pengajaran dan pembelajaran akan menarik dan
mendorong minat pelajar untuk mempelajari ilmu yang baru. Kad-kad imbasan juga
membantu murid-murid untuk menyebut, mengenal dan menghafal nombor atau huruf yang
diajar oleh guru.

Dalam pada itu, terdapat objek-objek konkrit yang disediakan di bilik darjah Tahun 1
Sigma. Objek-objek yang dimaksudkan adalah blok bentuk-bentuk seperti segi empat, bulat
dan sebagainya. Blok-blok tersebut diletakkan di bahagian sudut pembelajaran abad ke-21.
Apabila bahan tersebut dipamerkan, murid-murid dapat mengenali bentuk sesuatu objek
dengan mudah. Di samping itu, terdapat rak buku yang diletakkan di bahagian sudut bacaan.
Buku-buku yang disediakan mempunyai tajuk cerita yang menarik dan berwarna-warni. Hal
ini dapat membantu dalam meningkatkan minat murid untuk membaca buku.

Saya juga berkesempatan untuk memerhatikan proses PdP yang dijalankan di kelas
prasekolah SK Demang Taha. Di dalam bilik darjah prasekolah, pihak sekolah telah
menyediakan bahan multimedia seperti radio dan televisyen. Bahan teknologi tersebut
kebiasaannya digunakan oleh guru prasekolah dalam untuk proses pengajaran dan
pembelajaran. Misalnya, radio digunakan untuk memperdengarkan lagu semasa mengajar
murid-murid untuk menyanyi. Televisyen pula digunakan untuk aktiviti menonton video atau
cerita kanak-kanak.

Kesimpulannya, bahan dan sumber pengajaran dan pembelajaran yang dipamerkan


di bilik darjah amat penting dan berguna untuk mewujudkan proses pembelajaran yang
berkesan. Bahan dan sumber PdP yang dipamerkan merupakan salah satu inisiatif untuk
membantu murid-murid belajar secara kendiri tanpa perlu menunggu guru untuk mengajar.
Guru pula tidak seharusnya menggunakan kaedah ‘spoon feeding’ tetapi guru seharusnya
menjadi seorang fasilitator dalam membantu proses pembelajaran murid. Hal ini bertujuan
untuk membantu dalam proses perkembangan kognitif murid-murid agar mereka dapat
mempraktikkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis semasa belajar.
c. Catatkan bahan dan sumber PdP yang mudah digunakan oleh murid.

Pada abad ke-21, pihak kementerian menggalakkan guru-guru untuk menggunakan


alat bantu mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Alat bantu mengajar
terdiri daripada pelbagai bahan dan sumber pengajaran dan pembelajaran yang mudah untuk
digunakan dan dapat menarik minat murid-murid untuk menimba ilmu pengetahuan. Pada
masa yang sama, bahan dan sumber PdP yang digunakan bertujuan untuk membantu murid
memahami isi pelajaran dengan mudah.

Antara bahan dan sumber PdP yang mudah digunakan oleh murid ialah papan
kenyataan. Papan kenyataan telah disediakan di bahagian belakang setiap bilik darjah. Papan
kenyataan juga adalah bahan yang kekal dan tidak berpindah randah dari satu tempat ke
tempat yang lain. Ia dilengkapi dengan pelbagai nota dan info tambahan berkaitan dengan
pelajaran untuk dijadikan rujukan. Penggunaan papan kenyataan juga bertujuan untuk
memastikan murid-murid dapat belajar dengan mudah semasa berada di dalam bilik darjah.

Sebagai contoh, penggunaan papan kenyataan telah menyediakan ruangan bagi mata
pelajaran bahasa Melayu, bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan sebagainya. Bagi ruangan
Matematik, guru telah menyediakan formula-formula matematik, sifir dan bentuk-bentuk objek
untuk membantu murid-murid dalam memahami konsep matematik. Begitu juga dengan
ruangan mata pelajaran Sains yang dilengkapi dengan kad bergambar seperti anggota badan
manusia, klasifikasi haiwan, bahagian badan haiwan dan sebagainya. Dengan adanya papan
kenyataan, murid-murid dapat belajar secara kendiri.

Selain itu, penggunaan kad-kad imbasan atau dikenali sebagai flashcard


mengandungi pelbagai gambar, huruf, nombor dan perkataan yang menarik, jelas dan terang.
Kad-kad imbasan boleh digunakan dalam proses pengajaran bagi semua mata pelajaran.
Perkataan atau nombor yang dipamerkan pada kad-kad imbasan menggunakan kombinasi
warna-warna terang sekaligus dapat menarik minat murid-murid untuk belajar. Jika perkataan
atau nombor yang digunakan tidak menarik, maka murid-murid akan berasa cepat bosan dan
sukar untuk menumpukan perhatian semasa proses pengajaran.

Bahan dan sumber PdP seperti bahan audio visual juga mudah untuk digunakan oleh
murid-murid. Antara bahan audio visual yang boleh digunakan adalah radio, televisyen,
komputer dan LCD. Sebagai contoh, radio boleh digunakan dalam proses pengajaran
Pendidikan Muzik. Murid-murid dapat mendengar lagu yang dipasang di radio sambil
menghayati lirik lagu yang disampaikan. Begitu juga dengan penggunaan televisyen bagi
proses pengajaran mata pelajaran bahasa Melayu. Pada kebiasaannya, murid-murid akan
menonton cerita rakyat di televisyen. Kemudian, mereka dikehendaki untuk menceritakan dan
melakonkan semula jalan cerita yang telah ditonton.
d. Adakah murid diberi peluang menggunakan sumber pembelajaran yang berasaskan
vvTMK?

Ya. Berdasarkan pemerhatian saya, setiap murid diberi peluang untuk menggunakan
sumber pembelajaran yang berasaskan TMK di sekolah. Sebagai contoh, dalam mata
pelajaran Matematik, murid-murid Tahun 3 telah dibawa masuk ke dalam makmal komputer
untuk mempelajari matematik. Antara aktiviti yang dilakukan ialah guru matematik tersebut
telah mengarahkan murid-murid supaya membuka komputer dan kemudian mengakses
Internet. Mereka disuruh untuk membuka laman web Frog VLE. Di laman web tersebut, murid-
murid telah dibekalkan dengan info-info tambahan dan beberapa bentuk soalan yang perlu
diselesaikan. Melalui aktiviti ini, murid-murid telah diberi peluang untuk menerokai dunia
teknologi maklumat dan komunikasi.

Pada masa yang sama, saya sempat menyertai program ‘Jom! Terokai Bestari ICT’
yang dianjurkan oleh Bahagian Teknologi Negeri Melaka (BTPN). Saya berasa bersyukur
kerana diberi kesempatan dan peluang untuk menyertai program sebegini. Program ini telah
dijalankan di SK Demang Taha dan melibatkan seluruh sekolah rendah dan sekolah
menengah di Melaka. Murid-murid yang menyertai program ini didedahkan kepada
penggunaan TMK yang bersesuaian dengan pembelajaran abad ke-21. Pertandingan yang
dijalankan sepanjang program ini berlangsung melibatkan penggunaan komputer dan
komputer riba. Program yang dijalankan ini sekali lagi membuktikan bahawa murid-murid
pada masa kini telah diberi ruang dan peluang untuk menggunakan TMK sebagai sumber
pembelajaran.
e. Sejauh manakah murid digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam setiap aktiviti
xjjpembelajaran?

Berdasarkan pemerhatian saya sepanjang menjalani PBS, murid-murid sangat


digalakkan untuk melibat diri secara aktif dalam setiap aktiviti pembelajaran di dalam bilik
darjah. Hal ini bertujuan untuk memastikan murid-murid sentiasa mendapat ilmu pengetahuan
yang diajar oleh guru. Dalam pada itu, murid-murid hendaklah menerima input yang sama
daripada guru dalam memastikan pencapaian yang seimbang dalam kalangan murid.

Antara strategi dan teknik pembelajaran yang digunakan untuk melibatkan murid
secara aktif adalah melalui teknik soal jawap. Guru akan bertanyakan kepada murid tentang
topik yang telah dipelajari sebelum memulakan sesi pengajaran. Jawapan yang diberikan oleh
murid adalah pengetahuan yang lepas dan merupakan pengalaman sedia ada dalam ingatan
mereka. Dalam konteks ini, pengalaman sedia ada penting sebelum murid didedahkan
dengan ilmu pengetahuan yang baru. Melalui teknik ini, murid-murid akan berasa seronok dan
tertarik dengan aktiviti yang dijalankan kerana mereka boleh berinteraksi bersama guru.

Selain itu, murid-murid digalakkan untuk bertanya terus kepada guru jika ada perkara
yang tidak difahami tentang sesuatu pelajaran yang diajar. Melalui kaedah ini, guru
berpeluang untuk mengenali personaliti dan tahap kefahaman murid-murid secara lebih
mendalam. Pada masa yang sama, kaedah ini melatih murid-murid untuk berani
menyuarakan pendapat secara terbuka dan mengikis perasaan malu yang membelenggu
sesetengah mereka. Dengan bertanya juga, mereka dapat memahami sesuatu pelajaran
dengan lebih mendalam apabila diterangkan oleh guru.
f. Bagaimanakah murid-murid dibahagikan kepada kumpulan tertentu?

Melalui pemerhatian saya, terdapat dua cara pembahagian kumpulan yang digunakan
oleh guru. Cara yang pertama ialah guru akan melakukan pembahagian kumpulan mengikut
tahap pencapaian dan tahap kepintaran murid. Murid-murid akan dibahagikan kepada dua
kumpulan iaitu kumpulan murid yang bijak dan kumpulan murid yang lemah. Tujuan murid
dibahagikan kepada kumpulan yang berlainan kepintaran adalah bertujuan untuk membantu
guru dalam memberikan tumpuan yang lebih kepada kumpulan murid yang lemah. Bagi
kumpulan murid yang bijak, mereka akan diberikan tunjuk ajar yang sedikit berbanding
kumpulan yang lemah kerana mereka memerlukan tunjuk ajar yang lebih dari guru.

Dengan pembahagian murid mengikut tahap pencapaian dan tahap kepintaran, guru
dapat memberikan tumpuan yang lebih kepada kumpulan murid yang lemah. Dalam konteks
ini, apabila guru memberikan tumpuan yang lebih kepada kumpulan tersebut, maka prestasi
murid dalam kumpulan yang lemah dapat ditingkatkan. Dalam pada itu, pembahagian
kumpulan secara ini dapat mengelakkan sifat malu dalam kalangan murid yang lemah.
Kumpulan murid yang lemah juga akan berusaha sebaik mungkin untuk memastikan mereka
tergolong dalam kumpulan murid yang bijak.

Pembahagian kumpulan cara kedua pula ialah guru membahagikan murid dalam
kumpulan yang terdiri daripada murid yang bijak dan murid yang lemah. Guru melakukan
pembahagian kumpulan seperti itu kerana ingin memberi peluang kepada semua murid
terlibat dalam aktiviti yang dijalankan tanpa ada yang tersisih. Di samping itu, cara
perbahagian kumpulan seperti ini merupakan tindakan yang bagus kerana dapat memberi
peluang kepada murid yang bijak dalam membantu murid yang lemah.

Tambahan pula, pembahagian kumpulan dengan mencampurkan murid yang bijak


dengan murid yang lemah dapat memberi peluang kepada mereka untuk bergaul antara satu
sama lain tanpa ada rasa rendah diri mahupun bangga diri. Murid-murid yang bijak juga diberi
peluang untuk menjadi ‘guru kecil’ semasa membantu rakan-rakan mereka yang lemah ketika
melakukan aktiviti berkumpulan. Dalam pada itu, murid-murid yang takut bertanya kepada
guru juga boleh bertanya kepada rakan mereka yang bijak tentang perkara yang tidak
difahami. Oleh itu, pembahagian kumpulan secara ini dapat membantu murid yang lemah
dalam meningkatkan prestasi dan menambahkan minat untuk belajar.

Vous aimerez peut-être aussi