Vous êtes sur la page 1sur 10

JURNAL MINGGUAN

Bilangan Jurnal : 1

Minggu Praktikum : Pertama

Tarikh Peristiwa / Kejadian : 28 Januari 2019 – 01 Februari 2019

Tajuk Jurnal : Masalah Pembahagian Masa dan Penumpuan antara Murid

1. Masalah/Peristiwa

Pada minggu pertama praktkum ini, saya menghadapi masalah untuk


membahagikan masa dan memberi penumpuan antara murid yang dapat
menguasai objektif pembelajaran dan murid yang lemah dalam pelajaran.
Murid yang lemah mereka lebih banyak bermain daripada belajar. Hal ini,
menyebabkan menganggu dalam proses pengajaran dan pembelajaran murid-
murid lain.

Menurut Tifla (1989) dalam kertas kerjanya tentang pengurusan masa


mengatakan bahawa untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran atau
sebarang kerja yang dihadapi, seseorang itu selain dari mempunyai azam dan
motivasi yang tinggi perlu juga tahu mengurus masa dengan berkesan.
Pengurusan masa yang baik bermaksud kemampuan mendisiplinkan diri
dalam menentukan keutamaan serta melaksanakan keputusan yang dibuat.

Perubahan perlu difikirkan bagi melancarkan Pdpc saya ketika berada


di kelas. Jika dibiarkan masalah ini berlaku akan menyebabkan masa tidak
akan mencukupi semasa pembelajaran dilakukan.
2. Analisis

Masalah ini timbul disebabkan saya tidak dapat untuk membahagikan


masa antara murid yang lemah dan murid cepat menguasai pembelajaran.
Didapati sesetengah murid tidak memberi perhatian. Apabila saya meminta
murid merumus hasil pembelajaran, sesetengah murid tidak dapat
menjawabnya dengan baik dan tersekat-sekat. Masalah ini juga kerana
peruntukan masa tidak mencukupi, ditambah pula wujud pelbagai aktiviti-
aktiviti sekolah sehingga mengurangkan masa yang telah dirancang.

Menurut Korweit (1989) pengurusan masa guru adalah pengurusan


dalam kawalan guru iaitu penggunaan masa yang berkesan dalam bilik darjah.
Beliau juga menyatakan jika terlalu sedikit masa yang digunakan dalam
pengajaran subjek tersebut sukar dipelajari. Oleh yang demikian, lebih banyak
masa digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran, lebih banyak kesan
positif dalam pencapaian pelajar.

Menurut Gordon (1982) pula, pengurusan masa yang cekap sahaja


akan dapat membantunya menyesuaikan diri dengan pelbagai tuntutan dan
kebuntuan kerja yang dihadapi sewaktu melaksanakan tugas sebagai
pemimpin pengajaran dan pembelajaran.

3. Cadangan Tindakan Susulan

Semasa berjumpa dan berada dalam kelas, saya akan memikirkan cara
dan teknik dalam memahami para murid. Biasanya saya kekurangan masa
dalam mendekati para murid kerana dibebani dengan tugas menyiapkan
tugasan harian. Saya akan memperuntukan masa lebih untuk memberi
bimbingan selepas waktu pembelajaran kepada murid-murid yang bermasalah.
Saya juga perlu peka terhadap aras murid- murid dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Bagi memastikan situasi ini dapat disesuaikan dengan lebih
baik, saya akan terus belajar dan bertanya keperluan dan kehendak para
murid. Saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada guru
pembimbing dan guru-guru yang telah lama menabur bakti di sekolah ini serta
pensyarah pembimbing.

4. Tempoh Masa Tindakan Susulan

Saya akan cuba mengatasi masalah ini secepat mungkin supaya tidak
menimbulkan masalah kepada para murid dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Saya juga akan berusaha supaya murid yang lemah ini dapat
menguasai proses pengajaran dan pembelajaran secepat mungkin.

Disemak oleh Guru Pembimbing Disahkan oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan : Tandatangan :
Nama : Nama :
Tarikh : Tarikh :
JURNAL MINGGUAN

Bilangan Jurnal : 2

Minggu Praktikum : Kedua

Tarikh Peristiwa / Kejadian : 11 Februari 2019 – 15 Februari 2019

Tajuk Jurnal : Masalah Kawalan Kelas

1. Masalah/Peristiwa

Pada minggu kedua praktikum saya telah mengalami masalah kawalan


kelas di mana anak murid saya, suka bercakap, kurang memberi perhatian
semasa saya mengajar, suka mengadu, suka mengganggu kawan dan suka
membuat bising. Masalah kawalan kelas agak kurang memuaskan. Masalah
yang saya hadapi sekarang adalah saya sukar untuk mengawal kelas ketika
membuat aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, terutamanya
sewaktu membuat kerjadalam kumpulan.

Kadangkala mereka akan bergaduh demi perkara yang kecil seperti


mengambil pen kawan-kawan untuk kegunaan sekejap. Bagi situasi-situasi
tersebut, saya terpaksa mengambil masa untuk menyelesaikan masalah
tersebut sebelum pengajaran yang seterusnya dan akan mengganggu
rancangan pengajaran saya. Jadi, isu-isu disiplin tersebut telah menyebabkan
saya terpaksa berhenti mengajar kerana kebisingan sesetengah murid ini di
dalam kelas telah menganggu pengajaran sehingga murid-murid yang ingin
belajar pun tidak dapat memberi perhatian kepada pengajaran saya. Saya
percaya bahawa murid-murid ini masih bersifat kebudak-budakan maka unsur
kenakalan masih wujud di kalangan mereka.
2. Analisis

Perancangan yang teliti adalah penting untuk mengajar. Mengikut Clark and
Lampert (1986), perancangan guru menentukan apa yang diajar di sekolah-
sekolah. Perancang yang baik melibatkan peruntukan penggunaan masa
dan pemilihan kaedah mengajar yang sesuai agar boleh menarik minat pelajar
dan mewujudkan persekitaran pembelajaran yang produktif. Malah aktiviti yang
menarik dapat menarik minat pelajar untuk belajar. Maka di sini murid-murid
tidak akan menganggu pengurusan guru dengan karenah-karenah yang
dihadapi semasa mengikuti pembelajaran. Marilah kita melihat
bagaimana guru merancang pengajarannya.

Sebelum guru merancang, guru patut mengikuti prinsip merancang


pengajaran:

 Menentukan apa yang hendak diajar


 Merancang bagaimana hendak mengajar
 Mencari cara memudah cara pembelajaranPengurusan pembelajaran.

3. Cadangan Tindakan Susulan

Langkah-langkah yang perlu saya ambil adalah seperti berikut:

1) Memberi peneguhan yang positif kepada murid sekiranya ia berkelakuan


baik dan tidak mengganggu rakan-rakan yang lain.

2) Mengadakan teknik pembelajaran yang menarik dan menggunakan


pelbagai bahan yang sesuai serta menggunakan teknik variasi
rangsanganbagi menarik minat mereka.

3) Menetapkan satu kaedah untuk menarik perhatian mereka seperti


Guru mengangkat tangan kanan dan meminta murid mengikut apa yang
guru lakukan. Ini secara tidak langsung akan mengarahkan pandangan
murid ke arah guru. Selepas itu, guru boleh menyambung pembelajaran
semula.

4) Menjadi seorang guru yang mesra tetapi tegas terhadap tingkah


laku murid.

4. Tempoh Masa Tindakan Susulan


Saya akan mengambil langkah dengan membuat pemerhatian terhadap
kanak-kanak yang bermasalah dan akan menyelesaikan masalah ini secepat
yang mungkin. Masalah yang dihadapi dikaitkan dengan masalah pengurusan
diri. Murid-murid yang bermasalah perlu diberi nasihat dan diambil perhatian
kerana mereka perlu mengubah tingkah laku mereka dan perlu bersifat
mendengar kata guru. Di sini saya akan mengambil langkah dengan memerhati
kanak-kanak yang berkenaan secara jarak jauh dan berjumpa ibu bapa mereka
untuk bertanyakan kepada ibu bapa mereka tentang tingkah laku anak mereka
di rumah adakah sama semasa disekolah. Menurut pemerhatian yang saya
lakukan saya dapati masalah ini boleh diatasi dengan cara memberi nasihat
kepada mereka secara individu. Kanak-kanak ini bersifat manja dan
memerlukan perhatian serta disayangi. Sebagai seorang guru saya perlu
memainkan peranan yang penting dalam mengatasi masalah ini dan perlu bijak
mencari jalan penyelesaiannya.

Disemak oleh Guru Pembimbing Disahkan oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan : Tandatangan :
Nama : Nama :
Tarikh : Tarikh :

JURNAL MINGGUAN
Bilangan Jurnal : 3

Minggu Praktikum : Ketiga

Tarikh Peristiwa / Kejadian : 18 Februari 2019 – 22 Februari 2019

Tajuk Jurnal : Masalah Murid Suka Membuat Bising

1. Masalah/Peristiwa

Pada minggu ketiga praktikum ini, saya menghadapi masalah murid


suka membuat bising di dalam kelas. Ini termasuklah semasa sesi perbualan
pagi, semasa melakukan aktiviti dan semasa sesi penerangan. Saya
mempunyai 33 orang murid dimana semuanya aktif. Namun begitu, terdapat
beberapa orang murid yang suka bercakap semasa saya membuat
penerangan dan semasa membuat kerja. Sebagai contoh, semasa sesi
penerangan, murid suka bercakap bersama rakan yang lain sehinggakan saya
berasa kurang sabar dan menegur mereka. Kebanyakkan murid yang suka
bercakap itu adalah murid yang duduk dibarisan belakang. Oleh hal yang
demikian, saya mengambil tindakan dengan mengalihkan mereka duduk
dibarisan hadapan. Malah terdapat juga murid yang tidak reti bersabar untuk
bercakap semasa sesi penerangan. Sebagai contohnya semasa saya memberi
penerangan mereka tidak sabar untuk bercakap dan menyebabkan saya
kehilangan idea untuk bercakap. Kadang-kala saya tidak faham kenapa
mereka sering bercakap dari sesi awal pagi sehingga ke waktu hendak pulang
mereka masih lagi bercakap tidak habis-habis. Kadang-kadang ia menguji
tahap kesabaran saya. Jika mereka sering dan banyak bercakap tidak henti-
henti mereka akan kehilangan tumpuan semasa sesi pembelajaran. Oleh itu,
,mereka akan ketinggalan dalam pelajaran. Itu yang menyebabkan kerisauan
timbul dalam diri saya.

2. Analisis
Menurut Cottle dan Downie (1970) kaunseling dibawah bimbingan
secara individu merujuk kepada proses perbincangan diantara kaunselor
dengan kliennya dimana kaunselor ini berusaha menolong kliennya memahami
diri sendiri dan menerima masalah yang dihadapi dengan tenang dan tabah.
Sikap yang ditunjukkan oleh murid ini menyebabkan saya terpaksa menyiasat
tentang masalah yang dihadapi oleh dirinya. Saya telah menjalankan siasatan
ke atas dirinya dan didapati bahawa beliau ingin memberontak kerana ibu dan
bapanya amat sibuk bekerja dan beliau dijaga oleh pembantu rumahnya. Hal
ini yang menyebabkan beliau malas untuk belajar dan suka membuat bising
semasa di dalam kelas. Ini adalah kerana beliau memerlukan perhatia dan
kasih saying yang lebih dari keluarganya.

3. Cadangan Tindakan Susulan

Langkah-langkah yang perlu saya ambil adalah seperti berikut :


I. Menukar tempat duduk murid yang suka membuat bising kehadapan
atau dari tempat murid yang suka berbual.
II. Menyediakan mereka sebagai model dihadapan kelas supaya mereka
rasa dihargai ataupun berasa malu kerana sikap mereka yang suka
bercakap.
III. Memberi mereka peneguhan yang positif kepada dirinya sekiranya ia
berkelakuan baik dan tidak mengganggu rakan-rakan yang lain.
IV. Memberikan mereka denda sebagai peringatan supaya mereka tidak
mengulangi lagi kesalahan tersebut.
V. Mengadakan teknik pembelajaran yang menarik dan menggunakan
pelbagai bahan yang sesuai serta mengadakan teknik variasi
rangsangan bagi menarik minat mereka.

4. Tempoh Masa Tindakan Susulan


Saya akan mengambil langkah dengan membuat pemerhatian terhadap
murid yang bermasalah dan akan menyelesaikan masalah ini secepat yang
mungkin.

Masalah yang dihadapi dikaitkan dengan masalah pengurusan diri.


Murid yang bermasalah perlu diberi nasihat dan diambil perhatian kerana
mereka perlu mengubah tingkah laku mereka dan perlu bersifat mendengar
kata guru. Di sini saya akan mengambil langkah dengan memerhati murid yang
berkenaan secara jarak jauh dan berjumpa dengan ibu bapa mereka untuk
bertanyakan kepada ibu bapa mereka tentang tingkah laku anak mereka di
rumah adakah sama semasa di sekolah. Menurut pemerhatian yang saya
lakukan saya dapati masalah ini boleh diatasi dengan cara memberi nasihat
kepada mereka secara individu dan memberi mereka denda jika tindakan
nasihat tidak berhasil. Murid ini bersifat manja dan memerlukan perhatian serta
disayangi. Sebagai seorang guru saya perlu memainkan peranan yang penting
dalam menangani masalah ini dan perlu bijak mencari jalan penyelesaian.

Disemak oleh Guru Pembimbing Disahkan oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan : Tandatangan :
Nama : Nama :
Tarikh : Tarikh :