Vous êtes sur la page 1sur 3

Murid Bising Semasa Aktiviti Berkumpulan Dijalankan

Oleh:
NORAINI OMAR
PISMP PI1516

1. Masalah / Peristiwa

Kini sudah minggu ke-3 saya di Sekolah Kebangsaan Tun Abdul Razak, Kota Samarahan.
Penulisan masalah saya kali ini ialah tentang kerja murid dalam kumpulan. Saya telah membuat
aktiviti berkumpulan dalam PdP untuk mata pelajaran Bahasa Melayu. Sebelum aktiviti ini
dijalankan, dapat dilihat keadaan kelas senyap dan tenang. Akan tetapi apabila aktiviti
berkumpulan dijalankan, keadaan kelas menjadi sangat bising. Kawalan kelas saya tidak begitu
baik hari ini. Saya telah meletakkan setiap kumpulan berselerak di dalam kelas. Dua kumpulan di
hadapan kelas, 3 di belakang dan 1 kumpulan di tengah kelas. Apabila arahan pertama diberi
sebelum murid-murid duduk dalam kumpulan, mereka menerima arahan dengan baik dan
melakukannya dengan teratur. Tetapi setelah duduk dalam kumpulan, arahan yang diberi oleh
saya ada segelintir murid sahaja yang dengar. Segelintir murid lagi bersembang dengan rakan
mereka. Ini amat memenatkan saya kerana terpaksa pergi ke setiap kumpulan untuk memberi
arahan dan tugasan kepada setiap kumpulan.

Menurut D.W.Johnson dan R.T.Johnson (1989) dan Kagan (1992), Pembelajaran


Koperatif bukan setakat mengumpulkan murid dalam kumpulan kecil untuk duduk bersama-sama,
berkongsi bahan pembelajaran dan berinteraksi sambil menyiapkan tugasan yang diberikan oleh
guru.

Ia perlu mematuhi lima prinsip utama yang berikut:

a. Hubungan saling gantung yang positif.


b. Akauntabiliti individu
c. Interaksi bersemuka
d. Kemahiran sosial
e. Pemprosesan kumpulan

Walaupun begitu, pembentangan untuk aktiviti kumpulan dapat dilakukan dengan baik. Ini
dapat dilihat dengan jawapan yang betul diberikan. Perkara yang merunsingkan saya ialah
kebisingan murid-murid, keadaan kelas haru-biru, arahan guru tidak diendahkan, masa yang
diambil terlalu lama dan ada murid yang menjadi “sleeping partner”.

Perubahan perlu difikirkan bagi melancarkan PdP saya di sekolah. Selain itu saya merasakan
jika murid-murid ini dibiarkan seperti ini, apabila besar nanti mereka tidak akan dapat bekerjasama
di dalam satu kumpulan atau organisasi.

2. Analisis Masalah

Menurut T.H.Gan (1999), semua inovasi dalam pembelajaran memerlukan masa untuk guru
mencari jalan pelaksanaan yang paling sesuai dengan konteks kelasnya dan murid-murid pula
perlukan masa untuk memahami peranan mereka.

Untuk mengenal pasti punca-punca murid ini berbuat sedemikian, saya akan menyenaraikan
dengan soalan-soalan berikut:

a. Adakah murid faham konsep kerja berkumpulan?

b. Adakah murid ini mendengar arahan guru?

c. Adakah murid ini suka aktiviti berkumpulan di jalankan di dalam kelas?

1
d. Adakah saya perlu tegas?

e. Apakah cara saya menangani masalah ini?

f. Adakah masalah ini hanya terjadi pada kelas saya sahaja?

Setelah pemerhatian dan perbincangan dengan guru-guru, beberapa hasil telah saya dapat:

a. Aktiviti berkumpulan memang akan menyebabkan keadaan kelas bising.

b. Murid suka aktiviti berkumpulan kerana dapat bermain di belakang kelas.

c. Segelintir murid tidak perlu membuat kerja dalam kumpulan kerana ada murid lain yang
buat.

d. Murid masing-masing ingin menunjukkan kepandaian, itu yang menyebabkan kebisingan.

e. Setiap guru yang membuat aktiviti berkumpulan pasti akan menghadapi masalah yang
sama.

Andaian yang saya buat terhadap permasalahan ini ialah murid-murid yang membuat aktiviti
kumpulan ini berasa selesa kerja dalam kumpulan. Ini kerana hasil dapatan ditentukan dengan
kata sepakat satu kumpulan. Hanya satu jawapan yang diperlukan bagi setiap kumpulan oleh guru
untuk dibentangkan di hadapan kelas. Jadi ada segelintir yang mengharapkan murid yang rajin
memikirkan jawapan bagi tugasan yang diberi oleh guru.

Jika murid-murid ini faham konsep aktiviti berkumpulan, kemungkinan masalah ini tidak akan
timbul. Murid-murid perlu diberi pengetahuan tentang bagaimana setiap ahli kumpulan perlu
bertindak untuk menghasilkan satu dapatan daripada kumpulan ini.

Saya perlu menerangkan peraturan kepada murid-murid ketika aktiviti berkumpulan dijalankan.
Perlakuan setiap kumpulan perlu dipantau guru dari semasa ke semasa. Ini perlu untuk
memastikan setiap ahli kumpulan memberi buah fikiran dan melakukan tugasan bersama-sama.

Bising dan perbincangan adalah suatu perkara berbeza, jadi jika murid bersuara kuat untuk
memberi pendapat adalah perkara biasa bagi murid di tahap ini. Tetapi jika murid bising bercerita
perkara yang tidak termasuk dalam tajuk perbincangan kumpulan itu, guru perlu menegur dengan
tegas. Perkara ini memang menampakkan kawalan kelas yang teruk.

3. Cadangan Tindakan Susulan

Langkah-langkah yang perlu saya usahakan adalah seperti berikut:

a. Menerangkan cara atau pengetahuan tentang maksud berkumpulan.

b. Menerapkan nilai-nilai murni di dalam kumpulan murid-murid ini.

c. Memantau setiap kumpulan yang dibentuk.

d. Memastikan setiap ahli kumpulan mengambil bahagian bersama-sama.

e. Menetapkan peraturan ketika aktiviti dijalankan.

f. Mendenda ahli kumpulan yang tidak berbincang bersama-sama.

g. Memberi pujian jika kumpulan itu dapat membentangkan hasil yang menarik.

2
h. Menetapkan masa yang setiap kumpulan perlu patuhi.

i. Meminta pandangan pensyarah pembimbing, guru pembimbing dan rakan.

j. Mencipta pelbagai aktiviti yang dapat melibatkan setiap orang dalam kumpulan itu.

Menurut T.H.Gan (1999), semua inovasi dalam pembelajaran memerlukan masa untuk guru
mencari jalan yang paling sesuai dengan konteks kelasnya dan murid-murid pula perlukan masa
untuk memahami peranan mereka.

Perkara utama yang perlu saya titik beratkan ialah:

a. Menerangkan peranan murid sebagai ahli kumpulan.

b. Menyemai semangat bekerjasama di dalam satu kumpulan.

4. Tempoh Masa dan Tindakan Susulan

Tempoh : 24 Februari 2014 hingga 7 Mac 2014

Setiap aktiviti kumpulan yang akan saya jalankan, saya akan menerangkan maksud dan
tugasan setiap kumpulan kepada murid-murid. Tindakan ini menghasilkan setiap kumpulan itu
bekerjasama bagi setiap ahli-ahlinya. Perubahan dalam setiap ahli kumpulan dapat dilihat
berbanding dengan hari pertama saya membuat aktiviti kumpulan bagi murid ini. Mereka lebih
faham tentang konsep kumpulan.

Walau bagaimanapun, ada juga segelintir murid yang tidak memberi kerjasama di dalam ahli
kumpulan masing-masing. Murid ini dilihat bermain-main seperti bermain pemadam getah. Murid
ini saya beri teguran dan mendenda supaya tidak mengulangi perkara yang sama. Saya turut
memantau ke setiap kumpulan yang saya bentuk bagi memastikan kelancaran kumpulan itu. Jadi
murid-murid yang tidak memberi kerjasama akan mengambil bahagian sama.

Peraturan yang saya tetapkan ketika aktiviti kumpulan dijalankan akan ditegaskan berkali-kali
supaya murid-murid faham dan bekerjasama dalam kumpulan masing-masing. Jika masalah kerja
dalam kumpulan dapat diatasi, masalah kawalan kelas dapat diatasi dengan jayanya sekali.