Vous êtes sur la page 1sur 7

AYAT MAJMUK/AYAT TUNGGAL

Latihan 1
Pisahkan setiap ayat di bawah menjadi dua ayat tunggal.

I. Pembinaan lebuh raya memendekkan jarak perjalanan dan menjimatkan masa.


II. Golongan remaja mahupun golongan tua hendaklah berusaha sedaya upaya untuk memajukan lagi
negara ini.
III. Barangan buatan Malaysia bukan sahaja bermutu, malah dapat bersaing dengan barang luar
negara.
IV. Peperangan menyebabkan kehidupan huru-hara dan banyak harta benda akan musnah.
V. Membaca buku dapat menambahkan ilmu pengetahuan dan memudahkan seseorang
menyelesaikan masalah.
VI. Pendatang asing di negara ini banyak memberikan kebaikan dan keburukan.

Latihan 2
Baca ayat-ayat tunggal di bawah dengan teliti.Kemudian gabungkan ayat-ayat tersebut
menjadi tiga ayat sahaja.

Pasar malam itu diadakan di Jalan Tunku Abdul Rahman. Pasar malam itu diadakan pada
hari Jumaat. Pasar malam itu menjual pelbagai barang. Barang yang dijual berharga murah.
Ramai pengunjung datang ke situ. Mereka datang dari seluruh Kuala Lumpur.Mereka ingin
menikmati suasana pasar malam di situ. Pasar malam itu sungguh meriah. Golongan muda
tidak melepaskan peluang. Mereka berkunjung ke pasar malam itu. Mereka pergi bersama
ibu bapa. Mereka pergi bersama rakan-rakan.

Latihan 3
Baca ayat-ayat tunggal di bawah dengan teliti.Kemudian gabungkan ayat-ayat tersebut
menjadi tiga ayat sahaja.
Kerajaan telah memberi amaran tegas. Amaran itu diberi kepada pemilik kenderaan
persendirian. Mereka dikehendaki memasang tali pinggang keselamatan ketiga. Ramai
pemilik kenderaan masih engkar. Kerajaan terpaksa mengambil tindakan tegas. Kerajaan
menguatkuasakan undang-undang. Pesalah akan ditangkap. Mereka akan didenda RM300.
Pemilik kenderaan tersebut akan disaman. Penumpang ketiga itu akan disaman juga. Saman
ini dapat dijadikan pengajaran.

LATIHAN spm 4
Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tiga ayat saja tanpa
mengubah susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut.

Beberapa jenis binatang liar menghuni hutan belantara negara kita. Binatang-binatang liar
tersebut menjadi penghuni hutan sejak beberapa lama dulu. Kini binatang liar tersebut
menghadapi kepupusan. Kepupusan ini berpunca daripada kegiatan manusia. Manusia
berburu sesuka hati mereka. Kepupusan berpunca daripada kegiatan pembangunan. Antara
langkah untuk membendung kepupusan hidupan liar adalah dengan mengadakan kempen
kesedaran. Penyelidikan terhadap hidupan liar juga boleh dilakukan.

LATIHAN SPM 5
Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tiga ayat saja tanpa
mengubah susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut.

Televisyen merupakan salah satu media sebaran am. Televisyen direka untuk memberikan
manfaat kepada manusia. Manfaat tersebut adalah dalam pelbagai aspek. Malangnya, akhir-
akhir ini kemunculan televisyen dikatakan membawa pelbagai masalah pula. Pelbagai
penyelidikan terhadap kesan televisyen kepada masyarakat telah dilakukan. Hasil
penyelidikan tersebut menunjukkan bahawa adegan-adegan ganas dalam siaran televisyen
dapat mempengaruhi masyarakat. Malangnya, para penerbit filem masih membisu
terhadap hasil penyelidikan tersebut. Mereka menegaskan bahawa para penonton terhibur
oleh adegan-adegan yang dipaparkan.

LATIHAN SPM 6
Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tiga ayat saja tanpa
mengubah susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut.

Unsur-unsur keganasan terdapat dalam rancangan-rancangan di televisyen. Rancangan-


rancangan tersebut disiarkan oleh RTM. Rancangan-rancangan tersebut terdapat di TV3
juga. Sejak akhir-akhir ini penyiaran rancangan yang bercorak keganasan itu meningkat.
Hal ini membimbangkan ibu bapa. Mereka bimbang kalau-kalau unsur-unsur tersebut
mempengaruhi pemikiran kanak-kanak dan golongan remaja. Golongan-golongan ini
belum bijak menilai sesuatu yang baik. Mereka tidak bijak menilai sesuatu yang buruk juga

LATIHAN SPM 7
Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tiga ayat saja tanpa
mengubah susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut.

Kementerian Pelajaran telah memperkenalkan pendidikan asas komputer. Pendidikan ini


adalah untuk para pelajar di negara ini. Langkah Kementerian Pendidikan ini dialu-alukan
oleh ibu bapa. Hal ini kerana langkah ini dapat membantu mengisi kekosongan dalam bidang
berkenaan. Kekosongan tersebut ketara sekali di sekolah luar bandar. Banyak pihak yang
berharap agar langkah kerajaan ini memberikan peluang kepada pelajar luar bandar
mempelajari komputer. Langkah ini diharapkan dapat menarik minat pelajar mendalami
bidang komputer juga.

LATIHAN SPM 8
Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tiga ayat saja tanpa
mengubah susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut.

Pencemaran alam berlaku pada tahap yang serius. Keadaan ini mencemaskan manusia di
seluruh dunia. Pencemaran tersebut berpunca daripada sifat haloba manusia. Manusia
memperlakukan bumi sewenang-wenangnya. Tujuan mereka berbuat demikian adalah
untuk mengaut keuntungan. Pencemaran alam ini mengakibatkan berlakunya pelbagai
fenomena ganjil. Fenomena-fenomena tersebut termasuklah peningkatan suhu dan
penipisan lapisan ozon.
Jawapan L2 :
1. Pasar malam di Jalan Tunku Abdul Rahman yang diadakan pada hari Jumaat itu menjual
pelbagai barang dengan harga yang murah.
2. Ramai pengunjung dari seluruh Kuala Lumpur datang ke pasar malam itu untuk
menikmati suasana pasar malam yang meriah tersebut.
3. Golongan muda tidak melepaskan peluang untuk berkunjung ke pasar malam itu
bersama ibu bapa dan rakan-rakan.

Jawapan L3 :
1. Walaupun kerajaan telah memberi amaran tegas kepada pemilik kenderaan persendirian
supaya memasang tali pinggang keselamatan ketiga tetapi ramai pemilik tersebut masih
engkar.
2. Kerajaan terpaksa mengambil tindakan tegas untuk menguatkuasakan undang-undang
dengan menangkap pesalah dan didenda RM300.
3. Baik pemilik kenderaan tersebut mahupun penumpang ketiga itu akan disaman supaya
dapat dijadikan pengajaran.

LATIHAN spm 4
1) Beberapa jenis binatang liar menghuni hutan belantara negara kita binatang-binatang liar
tersebut menjadi penghuni hutan sejak beberapa lama dulu
2) Kini binatang liar tersebut menghadapi kepupusan yang Kepupusan ini berpunca
daripada kegiatan manusia seperti manusia berburu sesuka hati mereka dan Kepupusan
berpunca daripada kegiatan pembangunan.
3) Antara langkah untuk membendung hidupan liar adalah dengan mengadakan kempen
kesedaran dan penyelidikan terhadap hidupan liar juga boleh dilakukan.

LATIHAN SPM 5
1) Televisyen merupakan salah satu media sebaran am yang televisyendireka untuk
memberikan manfaat kepada manusia manfaat tersebut adalah dalam pelbagai aspek
2) Malangnya, Akhir-akhir ini kemunculan televisyen dikatakan membawa pelbagai
masalah pula. Pelbagai penyelidikan terhadap kesan televisyenkepada masyarakat telah
dilakukan dan hasil penyelidikan tersebutmenunjukkan bahawa adegan-adegan ganas
dalam siaran televisyen dapat mempengaruhi masyarakat
3) Malangnya, Para penerbit filem masih membisu terhadap hasil penyelidikan
tersebut dan mereka menegaskan bahawa para penonton terhibur oleh adegan-adegan yang
dipaparkan

LATIHAN SPM 6
1) Unsur-unsur keganasan terdapat dalam rancangan-rancangan di
televisyen yang rancangan-rancangan tersebut disiarkan oleh RTM danrancangan-rancangan
tersebut terdapat di TV3 juga.
2) Sejak akhir-akhir ini penyiaran rancangan yang bercorak keganasan itu meningkat dan hal
ini membimbangkan ibu bapa. Mereka bimbang kalau-kalau unsur-unsur tersebut
mempengaruhi pemikiran kanak-kanak dan golongan remaja.
3) Golongan-golongan ini belum bijak menilai sesuatu yang baik danmereka tidak bijak
menilai sesuatu yang buruk juga
LATIHAN SPM 7
1) Kementerian Pelajaran telah memperkenalkan pendidikan asas komputer. pendidikan ini
adalah untuk para pelajar di negara ini.
2) Langkah Kementerian Pelajaran dialu-alukan oleh ibu bapa demi hal ini kerana langkah ini
dapat membantu mengisi kekosongan dalam bidang berkenaan yang kekosongan tersebut
ketara sekali di sekolah luar bandar.
3) Banyak pihak yang berharap agar langkah kerajaan ini memberikan peluang kepada
pelajar luar bandar mempelajari komputer serta langkah ini diharapkan dapat menarik minat
pelajar mendalami bidang ini komputer juga.

LATIHAN SPM 8
1) Pencemaran alam berlaku pada tahap yang serius dan keadaan ini mencemaskan manusia
di seluruh dunia.
2) Pencemaran tersebut berpunca daripada sifat haloba
manusia yangmanusia memperlakukan bumi sewenang-wenangnya tujuan mereka berbuat
demikian adalah untuk mengaut keuntungan.
3) Pencemaran alam ini mengakibatkan berlakunya pelbagai fenomena ganjil. Fenomena-
fenomena tersebut termasuklah seperti peningkatan suhu dan penipisan lapisan ozon.
LATIHAN SPM 8
Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tiga ayat saja tanpa
mengubah susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut.

Penangkapan ikan laut dalam di Malaysia akan dipertingkatkan. Usaha ini adalah selaras
dengan Dasar Pertanian Negara. Usaha ini dilakukan dengan kerjasama pakar-pakar
perikanan tempatan. Pakar perikanan luar negeri turut memberikan kerjasama.
Penangkapan ikan laut dalam ini bertujuan memberikan faedah kepada nelayan tempatan.
Usaha ini dapat meningkatkan pendapatan negara. Usaha ini bertujuan memulihkan
sumber ikan di perairan pantai juga.

1) Penangkapan ikan laut dalam di Malaysia akan dipertingkatkan. usaha ini adalah selaras
dengan Dasar Pertanian Negara.
2) Usaha ini dilakukan dengan kerjasama pakar-pakar perikanan
tempatan dan pakar perikanan luar negeri turut memberikan kerjasama.
3) Penangkapan ikan laut dalam ini bertujuan memberikan faedah kepada nelayan
tempatan untuk usaha ini dapat meningkatkan pendapatan negara serta usaha ini
bertujuan memulihkan sumber ikan di perairan pantai juga.

LATIHAN SPM 9
Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tiga ayat saja tanpa
mengubah susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut

Kehadiran pengemis di ibu kota makin meningkat. Mereka terdiri daripada pelbagai
keturunan. Peringkat umur mereka pun pelbagai. Kehadiran mereka menimbulkan suatu
keadaan yang tidak menyenangkan kita. Kehadiran mereka menimbulkan pelbagai kesan
negatif kepada negara. Hal ini boleh menjejaskan usaha kerajaan. Usaha tersebut adalah
untuk menarik pelancong datang ke Malaysia. Usaha tersebut dapat menggalakkan
perkembangan perusahaan pelancongan. negara.

1) Kehadiran pengemis di ibu kota makin meningkat dan mereka terdiri daripada pelbagai
keturunan serta peringkat umur mereka pun pelbagai.
2) Kehadiran mereka menimbulkan suatu keadaan yang tidak menyenangkan
kita serta Kehadiran mereka menimbulkan pelbagai kesan negatif kepada negara.
3) Hal ini boleh menjejaskan usaha kerajaan usaha tersebut adalah untuk menarik pelancong
datang ke Malaysia dan usaha tersebut dapatmenggalakkan perkembangan perusahaan
pelancongan negara.

LATIHAN SPM 10

Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tiga ayat saja tanpa
mengubah susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut

Isu alam sekitar makin diberi perhatian kini. Hal ini berikutan rumusan yang dicapai
daripada sidang Puncak Bumi. Sidang tersebut diadakan di Rio de Jenerio pada bulan Jun
1992. Di Malaysia, masalah pencemaran masih dalam keadaan yang terkawal. Langkah
berhati-hati perlu diambil. Tujuannya adalah untuk mengelakkan timbulnya pelbagai
masalah alam sekitar. Antara masalah alam sekitar itu termasuklah pencemaran air, dan
pencemaran udara. Selain itu pencemaran berlaku daripada aktiviti pembangunan yang
tidak terancang.

1) Isu alam sekitar makin diberi perhatian kini. hal ini berikutan rumusanyang dicapai
daripada sidang Puncak Bumi yang sidang tersebut diadakan di Rio de Jenerio pada bulan
Jun 1992.
2) Di Malaysia, masalah pencemaran masih dalam keadaan yang terkawal dan langkah
berhati-hati perlu diambil. tujuannya adalah untuk mengelakkan timbulnya pelbagai
masalah alam sekitar.
3) Antara masalah alam sekitar itu termasuklah pencemaran air, danpencemaran
udara dan selain itu pencemaran yang berlaku daripada aktiviti pembangunan yang tidak
terancang.

LATIHAN SPM 11
Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tiga ayat saja tanpa
mengubah susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut

Perubahan dalam sistem pendidikan negara kita sedang dilakukan. Perubahan itu bertujuan
mengatasi masalah pengangguran di kalangan siswazah. Menteri pelajaran mengenal pasti
kelemahan-kelemahan dalam sistem pendidikan sebagai punca bertambahnya penganggur
dalam kalangan siswazah. Sistem pendidikan ini sudah ketinggalan zaman. Sistem tersebut
hanya mengeluarkan tenaga siswazah bagi “keperluan semalam”. Yang diperlukan ialah
siswazah yang terlatih untuk “keperluan esok”.

1) Perubahan dalam sistem pendidikan negara kita sedang dilakukan. perubahan itu
bertujuan untuk mengatasi masalah pengangguran di kalangan siswazah.
2) Menteri pelajaran mengenal pasti kelemahan-kelemahan dalam sistem pelajaran sebagai
punca bertambahnya penganggur dalam kalangan siswazah.
3) Sistem pendidikan ini sudah ketinggalan zaman kerana sistem tersebut hanya
mengeluarkan tenaga siswazah bagi “keperluan semalam” sedangkan yang diperlukan
ialah siswazah yang terlatih untuk “keperluan esok”.
LATIHAN SPM 12

Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tiga ayat saja tanpa
mengubah susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut

Remaja yang nakal sering menimbulkan masalah. Masalah tersebut terpaksa dipikul oleh
anggota keluarga. Masalah tersebut terpaksa juga dipikul oleh anggota masyarakat juga.
Kenakalan remaja dianggap suatu masalah sosial. Masalah tersebut begitu rumit. Masalah
tersebut kian bertambah. Pertambahan masalah kenakalan remaja ini berlaku mengikut
peredaran masa. Yang dimaksudkan dengan perlakuan yang nakal itu ialah sebarang
perlakuan yang melanggar norma-norma masyarakat. Perlakuan tersebut mengaibkan
kepentingan masyarakat. Perlakuan tersebut mewujudkan konflik.

1) Remaja yang nakal sering menimbulkan masalah yang masalah tersebutterpaksa dipikul
oleh anggota keluarga dan masalah tersebut terpaksa juga dipikul oleh anggota masyarakat
juga.
2) Kenakalan remaja dianggap suatu masalah sosial yang masalah tersebutbegitu
rumit dan masalah tersebut kian bertambah pertambahan masalah kenakalan remaja ini
berlaku mengikut peredaran masa.
3) Yang dimaksudkan dengan perlakuan yang nakal itu ialah sebarang perlakuan yang
melanggar norma-norma masyarakat dan perlakuan tersebut mengaibkan kepentingan
masyarakat serta perlakuan tersebutmewujudkan konflik.

LATIHAN SPM 13

Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tiga ayat saja tanpa
mengubah susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut

Kejohanan Sukan Korporat Dunia dirasmikan oleh Perdana Menteri. Perasmian sukan itu
dilakukan di Stadium Negara. Suasana ketika perasmian sukan itu sungguh meriah.
Perasmian sukan itu mendapat pujian para peserta. Rekod penyertaan yang terbanyak
dicatat dalam kejohanan ini. Sambutan hebat diberikan oleh syarikat korporat dari luar
negara. Hal ini merupakan suatu penghormatan kepada negara kita. Hal ini membayangkan
kemampuan Malaysia menganjurkan sukan tersebut.

1) Kejohanan Sukan Korporat Dunia dirasmikan oleh Perdana Menteri perasmian sukan itu
dilakukan di Stadium Negara dan Suasana ketika perasmian sukan itu sungguh meriah.
2) Perasmian sukan itu mendapat pujian para peserta kerana rekod penyertaan yang
terbanyak dicatat dalam kejohanan ini serta sambutan hebat diberikan oleh syarikat
korporat dari luar negara.
3) Hal ini merupakan suatu penghormatan kepada negara kita dan hal inimembayangkan
kemampuan Malaysia menganjurkan sukan tersebut

LATIHAN SPM 14

Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tiga ayat saja tanpa
mengubah susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut

Dasar Kebudayaan Kebangsaan telah digubal. Penggubalan itu berlangsung pada Ogos
1971. Penggubalan itu ialah hasil daripada persidangan di kalangan para cendekiawan
Melayu. Satu resolusi telah dicapai daripada persidangan itu. Resolusi itu berasaskan tiga
prinsip utama. Prinsip yang pertama ialah Kebudayaan kebangsaan hendaklah berteraskan
kebudayaan rakyat asal rantau ini. Prinsip yang kedua ialah unsur-unsur kebudayaan
kebangsaan. Prinsip yang ketiga ialah Islam menjadi unsur yang penting dalam
pembentukan kebudayaan kebangsaan itu.. Dasar Kebudayaan Kebangsaan digubal ekoran
peristiwa rusuhan kaum. Rusuhan itu berlaku pada 13 Mei 1969. Rusuhan itu mencatat
sejarah hitam negara.

1) Dasar Kebudayaan Kebangsaan telah digubal dan penggubalan itu berlangsung pada
Ogos 1971. penggubalan itu ialah hasil daripada persidangan di kalangan para cendekiawan
Melayu.
2) Satu resolusi telah dicapai daripada persidangan itu yang resolusi ituberasaskan tiga
prinsip utama prinsip yang pertama ialah Kebudayaan kebangsaan hendaklah berteraskan
kebudayaan rakyat asal rantau ini , prinsip yang kedua ialah unsur-unsur kebudayaan
kebangsaan dan prinsip yang ketiga ialah Islam menjadi unsur yang penting dalam
pembentukan kebudayaan kebangsaan itu.
3) Dasar Kebudayaan Kebangsaan digubal ekoran peristiwa rusuhan kaum. rusuhan itu
berlaku pada 13 Mei 1969 dan rusuhan itu mencatat sejarah hitam negara.

JAWAPAN

Pembinaan lebuh raya memendekkan jarak perjalanan.Pembinaan lebuh raya menjimatkan


masa.
Golongan remaja hendaklah berusaha sedaya upaya untuk memajukan lagi negara ini.
Glongan tua hendaklah berusaha sedaya upaya untuk memajukan lagi negara ini.
Barangan buatan Malaysia bermutu. Barangan buatan Malaysia dapat bersaing dengan
barang luar negara.
Peperangan menyebabkan kehidupan huru-hara.Peperangan menyebabkan banyak harta
benda akan musnah.
Membaca buku dapat menambahkan ilmu pengetahuan.Membaca buku dapat
memudahkan seseorang menyelesaikan masalah.
Pendatang asing di negara ini banyak memberikan kebaikan.Pendatang asing di negara ini
banyak memberikan keburukan

Vous aimerez peut-être aussi