Vous êtes sur la page 1sur 7

LAPORAN PROGRAM MAJLIS MESRA WARIS

TAHUN 6 2019

1.0 TAJUK

Majlis Mesra Waris Tahun 6 2019 Sekolah Kebangsaan Tun Abdul Aziz Majid

2.0 PENDAHULUAN

Program ini dianjurkan dengan rasionalnya bahawa ibu bapa dan


penjaga berupaya merencanakan matlamat murid dan sekolah dengan
kerjasama yang diberikan di samping bertanggungjwab dalam membei
sokongan sepenuhnya kepad anak-anak khususnya dan pihak sekolah
amnya dalam setiap program dan aktiviti yang dirancangkan secara
bersama

3.0 RASIONAL

i. Permuafakatan antara guru dan ibu bapa akan dapat memberi peluang
kepada penyelesaian masalah pembelajaran murid-murid
ii. Menunjukkan kepekaan ibu bapa terhadap bidang akademik dan sahsiah
anak-anak
iii. Ibu bapa sedar akan tanggungjawab mereka serta memberi sokongan
penuh kepada program sekolah
iv. Kerjasama antara ibi bapa dan guru diperlukan untuk meningkatkan
kecemerlangan akademik

4.0 OBJEKTIF

i. Mengeratkan hubungan baik antara guru dan ibu bapa/penjaga


ii. Meningkatkan kefahaman ibu bapa/penjaga tentang peranan dan
tanggungjawab mereka dalam menentukan pencapaian akademik
anak-anak
iii. Mendapatkan sokongan dan penglibatan menyeluruh daripada ibu
bapa/penjaga untuk menjayakan sebarang program peningkatan
kecemerlangan UPSR 2019.

5.0 TARIKH, MASA DAN TEMPAT

Tarikh: 26 Januari 2019 (Sabtu)


Tempat: Dewan Blok C SK Tun Abdul Aziz Majid
Masa: 8.30 pagi.

6.0 KUMPULAN SASARAN


Semua ibu bapa/penjaga dan murid Tahun 6 sesi 2019
7.0 TENTATIF PROGRAM

8.30 pagi: Pendaftaran


9.00 pagi: Kata alu-aluan
Bacaan doa
Ikrar Murid dan Ikrar Ibu bapa
9.30pagi: Ucapan YDP PIBG
9.50pagi: Ucapan Guru Besar
10.00pagi: Taklimat Penyelaras Tahun 6
11.00pagi: Bersurai

8.0 PELAKSANAAN AKTIVITI :


Majlis Mesra Waris 3 jam daripada jam 8.30 pagi sehingga 11.00 pagi. Antara
yang telibat dalam program ini ialah murid tahun 6. Seramai 197 orang peserta,
guru-guru dan ibu bapa terlibat dalam program ini.

Peserta diedarkan dengan beberapa bahan edaran yang berkaitan


dengan program ini. Pada akhir program peserta akan diberikan sijil
penyertaan menyertai program.

9. 0 KEKUATAN PROGRAM

Program ini berjalan dengan lancar apabila adanya kerjasama dari guru-guru,
murid-murid serta ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan kepada
anak-anak mereka demi membantu pihak sekolah dan anak mereka mencapai
keputusan yang cemerlangn dalam UPSR.

10.0 KEKANGAN PROGRAM

Untuk menjalankan program ini, Jawatankuasa Tahun 6 memerlukan dana


berbentuk kewangan untuk menjalankan program. Namun akibat bajet yang
sepatutnya diberikan kepada Jawatankuasa Tahun 6 masih tidak cukup.
Kekangan masa telah dihadapi oleh pihak ibu bapa.Ini kerana beberapa
orang ibu bapa bekerja pada hari sabtu.Mereka tidak dapat hadir ke majlis ini.

11.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Akibat daripada beberapa kelemahan dan kekangan program ini, oleh itu
terdapat beberapa cadangan penambahbaikan yang boleh dibuat bagi
memastikan program ini dapat dijalankan lagi pada masa hadapan dengan
lebih teratur dan lacar. Antara cadangan penambahbaikan yang boleh dibuat
ialah program ini boleh dijalankan lebih awal iaitu pada awal tahun kerana
pada awal tahun biasanya guru belum terlibat lagi dengan bebanan tugas
yang banyak.
Dana kewangan haruslah dikumpulkan lebih awal iaitu pada akhir tahun
ketika murid-murid tersebut berada pada tahun 5. Oleh itu dana kewangan
tersebut boleh digunakan pada awal tahun ketika murid tersebut berada dalam
tahun 6.
GAMBAR-GAMBAR MAJLIS MESRA WARIS TAHUN 6 2019

PENDAFTARAN IBU BAPA DAN


MURID-MURID TAHUN 6
BACAAN DOA

BACAAN IKRAR OLEH MURID-MURID TAHUN


6
UCAPAN YDP PIBG

UCAPAN GURU BESAR

BARISAN GURU TAHUN 6

Vous aimerez peut-être aussi