Vous êtes sur la page 1sur 4

2.

Cari teks bahasa melayu sekurang-kurang 500 patah perkataan dan 2 diagram

Tajuk : Cara-cara Mempopularkan Permainan Tradisional

Dasawarsa ini, negara kita sedang menempuh arus globalisasi dan


modenisasi sehingga negara kita mengalami pembangunan yang pesat
sekali. Sehubungan dengan itu, permainan tradisional turut dipandang
enteng dan disisihkan oleh masyarakat kita daripada arus perdana. Hal
ini berkait rapat dengan perkembangan permainan komputer dan
permainan siber yang popular dalam kalangan remaja dan belia kita.
Adakah kita sanggup membiarkan khazanah kebudayaan kita
ditelan dalam peredaran zaman dan lenyap di bumi kita ini? Tepuk dada
tanya selera dan sebelum nasi menjadi bubur, kita perlu
mencari pendekatan yang efisien untuk meninggikan martabat
permainan tradisional di negara kita semula, seperti peribahasa, di
mana batang terguling, di situ cendawan tumbuh. Oleh
itu, prakarsa untuk mempopularkan permainan tradisional ini patut
dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh untuk mengangkat martabat
permainan tradisional ini.

Sesungguhnya, Kempen Cintai Permainan Tradisional merupakan


salah satu alternatif yang ampuh untuk mempopularkan permainan
tradisional ini di negara kita. Kempen ini perlu dijalankan oleh Jabatan
Kebudayaan dan Kesenian Negara secara besar-besaran
dengan kerjasama pihak media massa, terutamanya media cetak
dan media elektronik, iaitu surat khabar dan pihak televisyen. Pihak
berkenaan perlu menyiarkan dokumentari dan rencana untuk
memperkenalkan permainan tradisional di negara kita, seperti wau,
gasing, congkak dan lain-lain. Selain memperkenalkan sejarah dan cara
bermain, pihak media perlu menyedarkan orang ramai tentang
kepentingan permainan tradisional kepada masyarakat dan negara.
Pelbagai aktiviti harus dianjurkan sempena kempen tersebut, seperti
peraduan karang-mengarang, pameran, dan peraduan poster dan
sebagainya. Bak kata peribahasa, tak kenal maka tak cinta lantaran
itu, golongan muda pasti menghargai dan berminat terhadap permainan
tradisional kita.

Selain itu, pihak kerajaan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia


perlu menjadikan permainan tradisional sebagai kegiatan
kokurikulum di sekolah. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah harus
digalakkan menubuhkan kelab atau persatuan permainan tradisional.
Berpaksikan kelab permainan tradisional seperti Kelab Wau Bulan,
pelajar boleh diajar tentang cara membuat alat permainan, cara
bermain dan syarat-syarat permainan. Setelah disuntik ilmu itu, pelajar
akan berminat untuk melibatkan diri dalam permainan tradisional
tersebut. Hakikatnya, generasi muda merupakan tunjang yang bakal
mewarisi pucuk kepimpinan dan mewarnai masyarakat kita kelak.
Justeru, penglibatan pelajar secara langsung dalam permainan
tradisional pasti dapat memajukan permainan tersebut di tanah air kita
daripada membiarkan seni budaya kita terus lenyap dan pupus begitu
sahaja. Bak kata peribahasa, di mana ada kemahuan, di situ ada
jalan maka atas komitmen pihak sekolah, putera-puteri yang sedang
berjuang dalam medan ilmu pengetahuan dapat bergiat aktif dalam
permainan tradisional untuk melegakan tekanan sebagai kegiatan
riadah yang sangat bermanfaat.

Sementelahan pula, pertandingan merupakan inisiatif yang dominan


untuk mempopularkan permainan tradisional dalam masyarakat kita.
Hal ini demikian kerana, sebagai fitrah manusia memang suka
bertanding dan berlaga. Seterusnya agensi-agensi kerajaan dan Badan
Bukan Kerajaan (NGO) seperti pihak Kementerian Kebudayaan dan
Kesenian Negara, Kementerian Pelancongan Malaysia boleh bergabung
dengan badan korporat seperti Proton, TM Net dan Maxis menganjurkan
pertandingan permainan tradisional dari peringkat sekolah, daerah,
kebangsaan hinggalah ke peringkat antarabangsa. Salah satu contoh
yang terbaik ialah Festival Layang-layang Antarabangsa di Pasir Gudang
, Johor. Pertandingan layang-layang itu berjaya menarik peminat-
peminat permainan tersebut dari seluruh dunia untuk turut mengambil
bahagian. Hal ini berjaya mempromosikan pelancongan dan permainan
tradisional kepada pelancong asing, selaras dengan peribahasa, sambil
menyelam minum air.

Secara intihanya/Sebagai intiha bicara, permainan tradisional harus


dilestarikan supaya tidak lapuk dek hujan dan tidak lekang dek
panas. Jika semua pihak bersikap acuh tak acuh dan hanya
melepaskan batuk di tangga, khazanah budaya kita pasti akan
lenyap di bumi kita. Ingatlah peribahasa, sesal dahulu pendapatan,
sesal kemudian tidak berguna. Oleh itu, semua pihak perlulah
bersinergi untuk mempopularkan permainan tradisional ini agar dapat
dilestarikan sampai bila-bila dan menjadi satu alat permainan yang
mesti dimainkan oleh generasi pada masa akan datang.
3.Nyatakan tugas-tugas yang boleh dilakukan oleh perisian duxburry.

Perkembangan teknologi golongan kurang upaya


Perisian untuk golongan cacat penglihatan
Perisian Duxbury (Duxbury Braille tranlator)

Braille diibaratkan sebagai 'mata' dan 'nyawa' kepada orang-orang buta. Menerusi
Braille, mereka boleh mendapat pelbagaiinformasi, menambah ilmu dan membaca
kisah-kisah menarik. Sebelummunculnya peralatan canggih yang serba moden ini,
Braille dihasilkansecara manual iaitu ditaip dengan menggunakan mesin taip di atas
sekepingkertas khas yang akan menimbulkan huruf brailleKemunculan sistem Braille
moden seperti perisian Terjemahan Braille Duxbury(DBT), perisian JAWS (boleh
mengeluarkan suara) dan mesin pencetak tulisan Brailleatau dikenali sebagai
embosser menjadikan kerja-kerja penghasilan buku Braille berjalandengan
pantas.buku akan diimbas terlebih dahulu di atas mesin imbasan yang
dimulaidaripada muka surat pertama.
Kemudian, segala butiran yang diimbas sebentar tadi akan tertera di komputer
menerusi perisian ‘text document’ dalam huruf rumi. Ketika proses ini berjalan,
perisian JAWS yang boleh mengeluarkan suara akanmembaca satu persatu ayat yang
diimbas dari buku tersebut. Dengan ini, tugas-tugaspenyuntingan dan mengenal pasti
kesalahan ejaan dapat dilakukan oleh golongan butasendiri, tanpa bantuan
sukarelawan.Menariknya sistem JAWS ini, selain membaca ayat yang tertera, JAWS
juga akanbersuara apabila kursor tetikus terkena mana-mana item di skrin komputer.
Contohnya,JAWS akan menyebut perkataan fail jika kursor terkena pada item file.
Setelahmembetulkan kesalahan ejaan, ayat-ayat rumi akan dihantar dan disimpan di
dalamperisian DBT dengan tujuan menterjemahkan huruf rumi ke dalam huruf
Braille.
Akhir sekali, barulah ia dicetak melalui mesin embosser yang disambung
padakomputer. Hasil cetakan akan keluar dalam bentuk Braille dan seterusnya kami
akanmelakukan proses yang sama sehingga ke halaman terakhir buku

Vous aimerez peut-être aussi