Vous êtes sur la page 1sur 33

Pengenalan:

Kurikulum pendidikan teknikal dan vokasional mengikut konteks pendidikan di Malaysia

merangkumi mata pelajaran bercorak teknologi/teknikal ataupun bukan teknologi yang

menekankan kemahiran kearah sesuatu pekerjaan. Kurikulum PTV terdapat dua komponen

iaitu teknikal dan vokasional. Kurikulum pendidikan teknikal adalah bercorak

teknologi/kejuruteraan yang spesifik manakala pendidikan vokasional merangkumi mata

pelajaran bercorak teknologi atau bukan teknologi yang bertujuan untuk memenuhi

kemahiran/pekerjaan yang spesifik.

Sesuatu mata pelajaran dikategorikan sebagai vokasional atau tidak bergantung kepada

tujuan kurikulum itu ditawarkan. Jika kurikulum itu bertujuan untuk menyediakan pelajar dengan

kemahiran bagi sesuatu pekerjaan, kurikulum itu boleh dianggap sebagai vokasional walaupun

bentuk kurikulum itu bukan kejuruteraan. Mata pelajaran vokasional mungkin bercorak

kejuruteraan/teknologi kejuruteraan atau tidak.

Di negara-negara Barat, terdapat pandangan yang menyifatkan bahawa pendidikan umum/

liberal itu sebagai lebih akedemik berbanding pendidikan teknik dan vokasional. Malahan pada

abad ke-19, terdapat suatu teori pembelajaran yang dikenali sebagai ‘Teori Disiplin Mental’

(Kolesnik, 1962).

Teori ini menegaskan bahawa mata pelajaran akademik seperti Sejarah dan Matematik boleh

memperkembangkan keupayaan mental seseorang, dan berpotensi untuk menghasilkan

pemimpin negaraNegara memegang jawatan-jawatan professional.

Walaupun pandangan yang sempit terhadap pendidikan teknik dan vokasional itu kini telah

berubah, namun perdebatan mengenainya berlarutan hingga ke hari ini. Akibatnya perancang-

perancang pendidikan sering menghadapi dilemma sama ada hendak mengutamakan

pendidikan umum atau pendidikan teknik dan vokasional.


Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) kepada Kurikulum Standard Sekolah Rendah

(KSSR):

Pada tahun 1982, Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) diperkenalkan setelah dibuat

penambahbaikkan ke atas kurikulum lama, kesan daripada Laporan Jawatankuasa Kabinet

1979. Seterusnya apabila Falsafah Pendidikan Negara (1988) disuratkan, sekali lagi kurikulum

diberi penambahbaikkan, lalu Kurikulum Baru Sekolah Rendah ditukarkan namanya kepada

Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang bermula pada tahun 1993. Kurikulum

Bersepadu Sekolah Rendah berorientasi berasaskan kepada Falsafah Pendidikan Negara.

Memandangkan zaman semakin berubah, sekali lagi kurikulum baru diperkenalkan iaitu

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Kurikulum ini dilaksanakan pada tahun 2011

hingga sekarang.

KBSR pada asasnya berpegang pada konsep bahawa murid-murid perlu memperolehi ilmu

pengetahuan, menguasai pelbagai kemahiran dan menghayati nilai secara terus melalui

pengalaman. KBSR dibahagikan kepada tiga bidang asas iaitu bidang komunikasi, bidang

kemanusiaan dan alam sekitar dan bidang perkembangan diri individu. Bidang komunikasi

menjadi bidang utama dengan menekankan kemahiran asas iaitu kemahiran 3M (membaca,

menulis, mengira) yang diterapkan melalui 2 mata pelajaran: Bahasa (Melayu, Cina, Tamil dan

Inggeris) dan Matematik.

Dalam bidang kemanusiaan dan alam sekitar pula, memfokuskan tentang nilai-nilai

kemanusiaan dan persekitan serta komponen kerohanian, nilai dan sikap yang diajar melalui

mata pelajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral. Manakala, dalam bidang

perkembangan diri individu pula meliputi semua aspek iaitu intelek, rohani, jasmani, bakat,
akhlak, nilai-nilai estetika dan sosial. Aspek ini diterapkan kepada murid melalui pembelajaran

Pendidikan Jasmani, Pendidikan Seni dan Muzik.

Konsep bersepadu yang dikandung dalam KBSR adalah meliputi unsur-unsur pengetahuan,

kemahiran dan nilai dalam kandungan KBSR diintergrasikan supaya terdapat kesepaduan.

Maka dalam proses pengajaran dan pembelajaran, konsep bersepadu tadi diserapkan melalui:

i. Penggabung jalinan untuk menyepadukan kemahiran-kemahiran selain daripada

penyerapan ilmu pengetahuan.


ii. Nilai-nilai pula dititikberatkan dan mesti diserapkan sewaktu proses pengajaran dan

pembelajaran.
iii. Perkembangan potensi intelek, rohani, emosi dan jasmani yang perlu berlaku secara

harmonism menyeluruh dan sepadu. Perkembangan ini tidak boleh dilakukan secara

berasingan.
iv. Kesepaduan antara teori dan praktik.

Suasana persekolahan dalam konteks KBSR adalah bagi memberi peluang murid-murid

memperoleh dan merasai pengalaman hidup seperti menyelesaikan masalah, berkomunikasi

dan bertukar-tukar pendapat, membina persefahaman dalam pergaulan dan memupuk

semangat kerja antara satu sama lain.

KSSR masih mengekalkan prinsip KBSR iaitu perkembangan individu secara menyeluruh,

pendidikan yang sama untuk semua murid, pendekatan bersepadu dan pendidikan seumur

hidup. Dalam KSSR, penggunaan standard diguna pakai. Oleh itu, pengajaran KSSR adalah

berpandukan Dokumen Standard Kandungan dan Dokumen Standard Pembelajaran.

Dari segi reka bentuk, KSSR berasaskan kepada enam tunjang iaitu Tunjang Komunikasi,

Kerohanian, Sikap dan Nilai, Kemanusiaan, Perkembangan Fizikal dan Estetika, Sains dan

Teknologi dan Keterampilan Diri. Dalam KSSR juga telah ditambah dengan elemen merentas

kurikulum (EMK) yang baru iaitu Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan serta Teknologi

Maklumat dan Komunikasi.


Sepertimana yang telah kita ketahui, kewujudan KSSR ini adalah merupakan satu proses

transformasi daripada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Ini menjadikan KSSR

mempunyai sedikit persamaan dengan KBSR.

Kedua-dua kurikulum ini diolah berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan di mana

prinsip KSSR masih lagi berpegang teguh kepada 4 prinsip yang didukung oleh KBSR iaitu

pendekatan bersepadu di mana unsur-unsur pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam

kandungan si pelajaran diintergrasikan supaya terdapat kesepaduan dan keharmonian antara

unsur-unsur intelek, rohani, emosi dan jasmani dalam proses pembelajaran murid. Prinsip lain

yang sama-sama dipegang KBSR dan KSSR ialah perkembangan individu secara menyeluruh,

peluang pendidikan yang sama serta pendidikan seumur hidup.

Dalam segi perbezaan, KBSR direka dengan hanya mempunyai tiga bidang utama iaitu

bidang Komunikasi, Manusia dan Alam Sekelilingnya serta bidang Perkembangan Diri Individu.

Tiga bidang ini direka bagi memastikan perkembangan murid secara menyeluruh untuk

membangunkan negara dan menyemai perpaduan kaum yang kukuh serta intergrasi nasional

melalui sistem pendidikan yang tersusun dan bersistematik. Manakala, KSSR pula telah direka

dengan penambahbaikkan daripada KBSR. Enam tunjang iaitu Komunikasi; Kerohanian, Sikap

dan Nilai; Kemanusiaan; Perkembangan Fizikal dan Estetika; Sains dan Teknologi dan tunjang

Keterampilan Diri menjadi bidang utama dalam KSSR.

Penambahanbaikan reka bentuk dalam KSSR, bermatlamat untuk memperluaskan skop

pembelajaran murid di peringkat sekolah rendah dan memberi banyak peluang kepada mereka

untuk menjalani ‘independent learning’. Reka bentuk KBSR adalah bersifat linear yang

bermaksud kurikulum yang disampaikan adalah mengikut turutan misalnya bermula daripada

kandungan, hasil pembelajaran dan seterusnya cadangan dan aktiviti pembelajaran. Berlainan

dengan KSSR di mana dibentuk secara modular yang merupakan satu kurikulum yang
kandungannya diorganisasikan dan seterusnya disampaikan dalam bentuk bahagian atau unit

yang dinamakan sebagai modul.

Justeru dengan perubahan yang berlaku dalam reka bentuk kurikulum, ia juga membawa

perubahan kepada bahan yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran

guru semasa KBSR adalah berdasarkan Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran

sebagai panduan. Pembelajaran murid berlangsung mengikut perancangan yang dibuat oleh

guru berdasarkan kedua-dua dokumen itu. Bagi KSSR yang digubal secara pernyataan

standard maka dengan itu, bahan yang dirujuk oleh guru-guru ialah Dokumen Standard

Kurikulum yang mengandungi Dokumen Standard Kandungan dan Dokumen Standard

Pembelajaran. Segala perubahan ini telah menyebabkan para guru perlu untuk membuat

perubahan dalam pengajaran masing-masing sama ada daripada segi kaedah, strategi serta

teknik mengajar.

KBSR dan KSSR masih lagi mengekalkan organisasi kurikulum yang sama iaitu

membezakan murid mengikut tahap iaitu tahap 1 untuk murid tahun 1 hingga tahun 3 dan tahap

2 untuk murid tahun 4 hingga tahun 6 namun terdapat perbezaan dalam penstrukturan mata

pelajaran. Murid tahap 1 dan 2 perlu diajar dengan mata pelajaran teras, wajib dan tambahan

dalam KBSR .Semasa KBSR diguna pakai, selain bahan-bahan daripada buku teks, bahan-

bahan lain yang relevan difikirkan dan disediakan oleh guru sevagai bahan pembelajaran di

dalam kelas. Namun dalam KSSR, tahap 1 diajar melalui Modul Teras Asas, Modul Teras Tema

dan Modul Elektif, berbeza dengan pengajaran kepada murid tahap 2 di mana murid-murid ini

diajar dalam matapelajaran teras dan elektif. Perlaksanaan KSSR yang berasaskan modular

telah menggunakan bahan-bahan pembelajaran yang menggiatkan pelajar belajar secara

interaktif dan hands-on.

Perbezaan antara dua kurikulum ini juga dapat dilihat melalui fokus setiap kurikulum . Ini

dapat dilihat dalam kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh murid. KBSR memberi penegasan
kepada penguasaan murid dalam kemahiran asas iaitu kemahiran 3M yang membawa maksud

kemahiran membaca, menulis dan mengira, manakala dalam KSSR pula, telah ditambah satu

lagi kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid menjadikannya empat kemahiran asas.

Kemahiran asas yang telah ditambah ke dalam KSSR ialah kemahiran menaakul. Kemahiran

Menaakul adalah keupayaan membuat pertimbangan dan penilaian dengan menggunakan akal

atau logik. Di tahap 1, tumpuan adalah kepada penguasaan asas 4M manakala di tahap 2,

fokus adalah terhadap pengukuhan dan aplikasi 4M.

Elemen Merentas Kurikulum ialah unsur nilai tambah yang diterapkan dalam proses

pengajaran dan pembelajaran selain yang diterapkan dalam proses pengajaran dan

pembelajaran. EMK diperkenalkan semasa dalam perlaksanaan KBSR yang mana hanya

menerapkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. Berbeza pula dalam perlaksanaan

KSSR yang mempunyai penyepaduan tiga elemen iaitu Elemen Kreatif dan Inovasi,

Keusahawanan dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Elemen ini diperkenalkan dalam

KSSR sebagai pelengkap kepada usaha memantapkan kualiti perlaksanaan kurikulum terkini.

Penambahan tiga elemen ini diharapkan dapat memenuhi keperkuan murid dalam

membangunkan modal insane yang holistik, berpengetahuan, berfikiran kreatif, kritis dan

berinovasi serta berkeperibadian mulia.

Perubahan dalam reka bentuk kurikulum juga telah membawa kepada perubahan kaedah

penilaian. Semasa KBSR, penilaian dikendalikan guru di sekolah adalah secara formatif dan

sumatif. Penilaian berpusat oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia pula adalah secara sumatif

iaitu melalui UPSR. Penilaian sumatif adalah amat ditekankan semasa KBSR berbanding

pernilaian formatif. Penilaian KSSR pula berbeza dengan penilaian dalam KBSR. KSSR

menekankan penilaian formatif yang bertujuan menilai perkembangan proses pembelajaran

murid. Penilaian dilakukan secara berterusan sepanjang tempoh pembelajaran murid. Dalam

KSSR, guru-guru menilai murid melalui komponen Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) di
mana melibatkan proses mengumpul maklumat yang autentik dan boleh diharap secara formatif

dan sumatif. Pentaksiran ini adalah penilaian yang dilakukan di peringkat sekolah seperti kerja

praktikal, tugasan bertulis, ujian, kajian dan lain-lain tugasan.

Perbezaan antara KBSR dengan KSSR:

KBSR Aspek KSSR


Reka bentuk kurikulum Reka bentuk kurikulum Reka bentuk kurikulum

berasaskan tiga bidang : berasaskan enam tunjang :

 Komunikasi Manusia  Komunikasi


 Kerohanian
dan alam sekeliling  sikap dan nilai
 Perkembang diri
Kemanusiaan
Individu  Perkembangan fizikal

dan estetika
 Sains dan teknologi

Ketrampilan diri
Sukataan pelajaran Bahan kurikulum Dokumen Standard

Kurikulum
Linear Reka bentuk kurikulum Modular
Tahap I (Tahun 1, 2 dan 3) Organisasi kurikulum Tahap I (Tahun 1,2 dan 3)

Mata pelajaran Teras, Wajib Modul Teras Asas, Modul

dan Tambahan Teras tema dan modul

Elektif.

Tahap II (tahun 4, 5 dan 6)

Mata pelajaran Teras, Wajib Tahap II (tahun 4, 5 dan 6)

dan Tambahan Mata pelajaraan Teras dan

Elektif
Memahiran berfikir secara Elemen Kreativiti dan inovasi,

Kritis dan Kreatif keusahawanan serta

teknologi Maklumat dan


komunikasi (ICT) secara

explisit.
3M (Membaca, menulis dan Fokus 4M (Membaca, menulis,

mengira) mengira dan menaakul)

Kemahiran Hidup Sekolah Rendah (KHSR) kepada RBT:

Kemahiran Hidup merupakan satu mata pelajaran bercorak amali yang diajar dalam Tahap II

Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Mata pelajaran ini digubal untuk mengembangkan

keupayaan dalam bidang reka bentuk dan teknologi serta perniagaan dan keusahawanan.

Bidang ini dapat dikuasai melalui penguasaan kemahiran praktis, pengetahuan serta

pemupukan sikap yang positif berasaskan teknologi dan keusahawanan.

Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) diajar sebagai mata pelajaran dalam KSSR. Mata

pelajaran ini memberi tumpuan untuk menyediakan murid dengan pengetahuan dan

kemahiran asas yang memberikan murid menyambung pelajaran dalam bidang teknikal dan

vokasional di peringkat sekolah menengah.

Matlamat KHSR adalah untuk membolehkan murid memperoleh kemahiran praktis asas dan

pengetahuan berasaskan teknologi keusahawanan dan aspek pengurusan diri supaya mereka

dapat menjalankan kerja buat-sendiri serta cenderung berusaha niaga. RBT pula bermatlamat

untuk membolehkan murid memperoleh pengetahuan, menguasai asas kemahiran praktis,

berkemahiran mereka bentuk dan mengamalkan asas keusahawanan serta berkebolehan

mengaplikasikan asas teknologi ke arah melahirkan murid yang kritis, kreatif dan inovatif.
Objektif KHSR ialah melahirkan murid yang boleh menggunakan bentuk asas untuk menjana

idea kreatif dalam penghasilan projek dan menerangkan hubung kait bentuk dengan fungsi

produk. Mereka mampu membuka dan memasang produk untuk mengenal pasti fungsi

komponen. Mereka dapat menghasilkan sesuatu projek gabungan kayu dengan bahan kitar

semula bukan logam dengan mengamalkan peraturan dan budaya kerja yang baik dan selamat

dan memilih alatan, perkakas, dan bahan serta menggunakannya dengan teknik yang betul.

Murid yang dilahirkan juga mengenal pasti dan membezakan di antara litar siri dan selari dan

menghasilkan projek elektrik. Mereka dapat menjalankan penyenggaraan alatan tangan dan

perkakas selepas menggunakannya. Para murid dapat menghasilkan tanaman hiasan serta

mengenal pasti ciri dan jenis barang yang boleh dijual dan merancang jualan dan menyediakan

barang untuk jualan. Meraka boleh menyenaraikan ciri bungkusan yang menarik dan mengira

harga jualan dan untung.

Objektif RBT pula untuk melahirkan murid yang mengamalkan peraturan keselamatan

bengkel dan amalan kerja yang selamat. Mereka dapat menguasai proses mereka bentuk untuk

menghasilkan produk serta mengetahui teknologi dalam bidang Teknikal, Teknologi Pertanian

dan Sains Rumah Tangga. Mereka akan berkemahiran memilih bahan, alatan, mesin, dan

perisian serta menggunakannya dengan teknik yang betul dan beretika. Mereka dapat

melakukan kerja buat sendiri (DIY) dan penyelenggaraan mudah bagi peralatan dan

perkakasan serta menjana pemikiran kritis, kreatif, inovatif dan berdaya usaha dalam mereka

bentuk dan menghasilkan produk berkualiti. Murid akan menggunakan TMK dan mengaplikasi

asas keusahawanan dan mereka mampu berkemahiran menjana idea untuk menyelesaikan

masalah.

KHSR menuju ke arah memperkembangkan kebolehan murid dalam kemahiran teknologi,

kecenderungan mereka cipta dan semangat keusahawanan. Kemahiran asas yang sedemikian

dapat digunakan sepenuhnya untuk membolehkan murid berdikari dan yakin diri serta mampu
menjalani kehidupan secara produktif dalam dunia teknologi dan ekonomi yang kompleks dan

sentiasa berubah. Murid juga digalakkan mengambil inisiatif dan merebut peluang yang ada

secara bijak, kreatif dan inventif. Nilai murni, sikap yang positif dan budaya kerja yang baik

diterapkan semasa menjalankan aktiviti amali agar kesepaduan dalam mata pelajaran ini dapat

diwujudkan.

RBT berfokus untuk berteraskan kepada kemahiran mereka bentuk menggunakan teknologi

dengan menggabung jalin pelbagai bidang pengetahuan dan kemahiran iaitu Teknikal,

Teknologi Pertanian dan Sains Rumah Tangga. Kurikulum ini memberi penekanan kepada

aspek pengetahuan asas dan kemahiran mereka bentuk, asas pertukangan dan teknologi bagi

membolehkan murid menghasilakan produk berkualiti.

Analisis Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran (DSKP) RBT KSSR:


Objektif RBT:

Murid yang mengikuti pengajaran dan pembelajaran Kurikulum Standard RBT berkebolehan

untuk mengamalkan peraturan keselamatan bengkel dan amalan kerja yang selamat serta

menguasai proses mereka bentuk untuk menghasilkan produk. Mereka juga mempunyai

pengetahuan teknologi dalam bidang teknikal, teknologi pertanian dan sains rumahtangga.

Murid berkemahiran memilih bahan, alatan, mesin dan perisian serta menggunakannya dengan

teknik yang betul dan beretika untuk melakukan kerja-buat-sendiri dan penyelenggaraan mudah

bagi peralatan dan perkakasan. Melahirkan murid yang pemikirannya kritis, kreatif, inovatif dan

berdaya usaha dalam mereka bentuk dan menghasilkan produk berkualiti dan menggunakan

TMK dan mengaplikasi asas keusahawanan serta berkemahiran menjana idea untuk

menyelesaikan masalah.

Organisasi Kandungan:
RBT diorganisasikan kepada enam tajuk iaitu Organisasi dan Keselamatan Bengkel, Asas

Teknologi, Reka Bentuk, Penghasilan Projek, Teknologi Pertanian dan Sains Rumah Tangga.

Keenam-enam tajuk ini merangkumi 3 domain pembelajaran iaitu kognitif, psikomotor dan

afektif. Tajuk tersebut disusun mengikut aras kognitif murid iaitu dari mudah ke sukar. Bagi

domain psikomotor, murid melaksanakan aktiviti amali seperti kerja-buat-sendiri,

penyelenggaraan, penghasilan projek dengan mengikut prosedur kerja yang betul dan beretika.

Manakala bagi 3 afektif, murid didedahkan kepada aspek nilai- nilai murni semasa

melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Proses kerja dalam RBT adalah lebih

menekankan pengetahuan, kemahiran, langkah kerja bagi penghasilan sesuatu projek. Ini

bermakna murid yang mengikuti kurikulum standard RBT akan lebih terdedah kepada aspek

mereka bentuk, menggunakan bahan dan teknologi semasa menghasilan projek.

Dalam tajuk Organisasi dan Keselamatan Bengkel memberi pendedahan kepada murid

terhadap suasana bengkel RBT di sekolah rendah. Murid dapat mengenal pasti struktur

organisasi bengkel, peraturan dan keselamatan bengkel semasa mereka berada di dalam

bengkel. Dalam tajuk Asas Teknologi, murid diberi kemahiran memasang dan membuka kit

model berfungsi secara elektromekanikal serta mereka dan membina model berfungsi.

Standard kandungan ini membolehkan murid membaca dan memahami manual, mengenal

pasti fungsi komponen, kemahiran memasang menggunakan alatan tangan dengan cara yang

betul, mereka dan membina model berfungsi. Aspek penyimpanan komponen dan keselamatan

juga ditekankan dalam tajuk ini. Tajuk Reka bentuk eksperimental merangkumi aspek

pengetahuan dan kemahiran yang akan menguji murid dari pelbagai aspek seperti: menyatakan

masalah berdasarkan situasi, pengumpulan maklumat, menjana idea kreatif, membuat lakaran

projek, mengenal pasti jenis alatan, proses pembinaan, pengujian dan penambahbaikan dan

membuat persembahan dan pendokumentasian.


Bagi tajuk penghasilan projek, murid dapat menghasilkan projek menggunakan bahan bukan

logam dengan litar elektrik, bahan logam dan bukan logam dengan litar elektronik atau bahan

logam dan bukan logam dengan sistem elektromekanikal. Murid dapat mempelajari kemahiran

seperti mengukur, menanda dan memotong menggunakan alatan dan membuat kemasan

projek. Di samping itu juga, murid diberi pendedahan untuk membuat anggaran dan pengiraan

kos bahan setiap projek.

Tajuk Teknologi Pertanian menyentuh kaedah menanam biji benih halus atau kasar yang

meliputi aktiviti penyediaan biji benih, bahan, alatan dan penjagaannya. Murid juga didedahkan

kepada teknik mengubah anak benih ke dalam bekas serta penanaman dengan menggunakan

kaedah Hidroponik Takung yang meliputi persediaan alatan, kerja mencampurkan nutrien,

penanaman dan penjagaan tanaman yang sistematik. Dua tajuk utama yang ditekankan dalam

Standard Kandungan Sains Rumah Tangga ialah penghasilan artikel dan penyediaan sajian.

Topik penghasilan artikel merangkumi proses mengenalpasti alatan dan bahan jahitan,

menyusun atur pola, menggunting, menjahit dan menghias artikel. Manakala melalui

penyediaan sajian, murid didedahkan kepada pengetahuan serta kemahiran dalam mengenal

pasti alatan dan bahan sajian, langkah-langkah menyedia, memasak, menghidang dan

membungkus sajian.
Penekanan Kaedah PdP:

Pembelajaran RBT merupakan pembelajaran yang berasaskan aplikasi pengetahuan dan

kemahiran yang akan mewujudkan pengalaman baharu kepada murid. Berasaskan kepada

kaedah pembelajaran ini, murid melakukan sendiri secara aktif pelbagai aktiviti untuk

menguasai kemahiran praktis yang boleh digunakan dalam kehidupan seharian. Penguasaan

kemahiran praktis ini meliputi kemahiran membuat lakaran projek, mereka bentuk dan

menghasilkan projek, membuat penyambungan litar elektrik dan elektronik, mengaplikasi

kaedah penanaman, menghasilkan artikel, menyediakan sajian, menyelenggara peralatan dan

mempraktikkan budaya keusahawanan. Untuk mencapai kemahiran praktis tersebut murid perlu

didedahkan kepada pengetahuan dan kemahiran terkini yang hendak dikuasai. Dengan itu,

guru seharusnya dapat menyampaikan pengetahuan secara bersepadu dengan aktiviti yang

hendak dijalankan kepada murid. Pelbagai kaedah seperti tunjuk cara, bercerita, kajian,

simulasi, sumbang saran, main peranan, permainan, temu bual, tinjuan dan lawatan boleh

digunakan mengikut kesesuaian aktiviti pembelajaran. Pemilihan kaedah ini bergantung kepada

beberapa faktor iaitu objektif pembelajaran, kemudahan prasarana, saiz kelas, dan taraf

kebolehan murid. Guru hendaklah mewujudkan suasana pembelajaran yang terbuka supaya

kaedah ini dapat digunakan dengan berkesan untuk menggalakkan pembelajaran yang lebih

interaktif.

Mata pelajaran ini juga mementingkan pemupukan nilai dan sikap seperti berdikari, kreatif,

inovatif, berjimat cermat dan bertanggungjawab. Semasa menjalankan aktiviti pembelajaran,

guru boleh menggunakan bahan kitar semula dan bahan terbuang seperti rotan, buluh, kotak,

botol plastik, cengkerang, kayu dan paip plastik. Selain itu, bahagian atau komponen mesin

yang tidak diperlukan lagi seperti skru, bol dan nat, alas bebola dan roda boleh juga digunakan.

Penggunaan bahan ini dapat menjimatkan kos di samping dapat menanamkan sifat berjimat
cermat dan berinovasi semasa murid menghasilkan projek. Dengan ini, murid akan lebih sedar

akan sumber yang ada di sekeililing mereka dan berupaya memanfaatkan penggunaannya.

Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK) harus menjadi satu landasan dalam

pengajaran dan pembelajaran supaya daya imaginasi dan kreativiti murid dapat dijana dan

diperkembangkan ke arah pembentukan jati diri yang seimbang. Contoh kemahiran berfikir

yang diberi tumpuan dalam Standard Pembelajaran Reka Bentuk dan Teknologi termasuk:

membanding beza bentuk-bentuk asas dalam persekitaran, menghubungkait bentuk-bentuk

asas dalam aktiviti membina bentuk produk, menjana idea kreatif dan inovatif, mentafsir lukisan

kerja, menjana idea-idea baru untuk menyelesaikan masalah dan menghasilkan projek,

membuat keputusan, memilih projek, alatan tangan dan bahan yang diperlukan dan

mengaplikasikan teknologi dalam pertanian.

Di samping itu, Kajian Masa Depan harus diserapkan dalam pengajaran dan pembelajaran

RBT sebagai salah satu unsur penting untuk merangsang daya intelek murid bagi menghasilkan

produk yang bermanfaat terhadap perkembangan individu. Sebagai contoh semasa proses

mereka bentuk, murid mengkaji keadaan sedia ada, mencari alternatif, membuat pilihan dan

akhirnya dapat menghasilkan produk. Selain itu, murid juga boleh menjangka dan meramalkan

kesan atau impak produk baharu mereka pada masa hadapan. Nilai murni dan sikap positif

serta budaya kerja yang relevan harus merentasi aktiviti yang dikendalikan. Dengan cara ini,

nilai murni dan sikap positif seperti berusaha mencapai kecemerlangan, berfikiran terbuka,

bersedia menimbangkan pelbagai faktor, kesedaran tentang kos sesuatu projek dan berhati-hati

menggunakan sumber dapat dipupuk supaya menjadi kebiasaan dalam pengendalian

pengurusan kehidupan murid. Kemahiran interpersonal seperti menghargai pendapat dan

usaha orang lain, berkomunikasi dengan baik, bersedia menerima kritikan membina, memberi

dorongan kepada orang lain, menjalin persahabatan, belajar secara koperatif, bekerja secara

kumpulan dan memupuk semangat kerjasama dengan rakan sebaya perlu juga diterapkan
semasa pengajaran dan pembelajaran. Sebagai usaha ke arah merealisasikan kemahiran

Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK), murid perlu digalakkan menggunakan kemahiran

TMK dalam pembelajaran mereka seperti pengumpulan, pemilihan dan pemprosesan

maklumat. Dengan ini, kemahiran TMK murid boleh diperkembang melalui kemahiran

menggunakan perisian dan CD-ROM, melayari laman web, mengakses pangkalan data dan

berkomunikasi secara elektronik.


Pengendalian aktiviti dan pentaksiran:

Selaras dengan penekanan mata pelajaran ini kepada penguasaan kemahiran, ukuran

pencapaiannya boleh dilakukan melalui pengendalian aktiviti dan penilaian secara berperingkat.

Aktiviti ini juga boleh dijalankan secara tersendiri. Gabungan beberapa aktiviti yang dijalankan

boleh menghasilkan projek yang bersesuaian. Pengendalian aktiviti dan pentaksiran

dicadangkan mengikut peringkat-peringkat berikut iaitu perancangan, penyampaian dan

pentaksiran. Pada peringkat perancangan, guru akan merancang aktiviti atau projek,

merancang bahan dan alatan dan juga merancang kaedah pengajaran dan pembelajaran.

Dalam peringkat penyampaian, guru akan memotivasi murid dalam melaksanakan aktiviti,

menunjuk cara kemahiran. Guru juga akan memberi arahan sebelum, semasa dan selepas

melaksana aktiviti dan menyelia dan juga membimbing murid.

Seterusnya, dalam peringkat pentaksiran, guru akan menilai pengetahuan, kemahiran, nilai

aktiviti dan hasil kerja murid. Kemahiran dalam sesuatu aktiviti boleh dilakukan secara individu

atau secara berkumpulan. Dalam pemilihan aktiviti, beberapa perkara harus diambil kira oleh

guru seperti jumlah alatan dan bahan, peruntukan masa, bilangan dan kebolehan murid.

Justeru, guru perlu menyedari bahawa kumpulan murid mempunyai pelbagai kebolehan supaya

mereka saling membantu untuk menguasai pelbagai kemahiran dan aktiviti yang dipilih seboleh-

bolehnya dapat diselesaikan dalam dua waktu. Aktiviti murid termasuk waktu mengemaskan

alatan dan tempat kerja dan aktiviti yang dirancangkan sebaik-baiknya terdiri daripada

gabungan standard kandungan.

Bagi memastikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan

sempurna, guru bertanggungjawab memastikan murid mengadakan perbincangan tentang


langkah-langkah menjalankan kerja dan sentiasa mengamalkan langkah-langkah keselamatan

serta menjalankan kerja mengikut turutan yang betul. Murid dapat memilih alatan dan bahan

yang sesuai dan menggunakannya dengan cara yang betul dan bekerja secara koperatif

semasa menjalankan aktiviti dalam kumpulan masing-masing. Murid sedar akan kos alatan dan

bahan dengan menggunakannya secara cermat dan tidak membazir. Mereka mengemaskan

alatan dan bahan yang telah digunakan, membersihkan alatan dan menentukan bilangannya

cukup sebelum disimpan dan membersihkan tempat kerja dan diri.

Penilaian merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran

dan pembelajaran akan lebih berkesan sekiranya penilaian dijalankan secara berterusan.

Maklumat daripada penilaian yang berterusan ini dapat membantu guru mengenal pasti

kekuatan dan kelemahan murid. Justeru, guru boleh merancang dan mengambil tindakan

susulan ke arah mempertingkatkan perkembangan individu dan pembentukan sahsiah murid.

Penilaian bagi mata pelajaran ini boleh dijalankan melalui pemerhatian, amali, lisan dan

penulisan. Keempat-empat cara penilaian ini boleh digunakan untuk menilai projek atau aktiviti

yang dijalankan oleh murid sama ada melalui proses kerja atau hasil kerja murid. Penilaian

yang dijalankan hendaklah mencakupi semua standard pembelajaran yang telah ditetapkan.

Penilaian yang dijalankan tidak seharusnya menekankan konsep lulus atau gagal. Sebaliknya,

penilaian hendaklah menekankan sama ada seseorang murid telah menguasai aspek yang

dinilai atau belum. Penilaian juga seharusnya tidak menekankan perbandingan pencapaian

antara seorang murid dengan seorang murid yang lain.

Guru boleh menilai tahap penguasaan dan pencapaian murid dari segi kemahiran, perlakuan,

amalan, pengetahuan, serta nilai dan sikap murid melalui pemerhatian aktiviti dan projek yang

dijalankan oleh mereka. Penilaian yang dijalankan oleh guru perlu dicatatkan. Guru boleh

mencatat dengan cara mencatatkan kenyataan, menanda pada kenyataan dan memberi gred.
Senarai semak ialah satu contoh merekod maklumat penilaian. Penilaian yang dijalankan

hendaklah direkodkan dalam buku rekod mengajar dan rekod profil.

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) adalah komponen utama dalam proses pengajaran

dan pembelajaran (PdP) kerana ia berperanan mengukuhkan pembelajaran murid,

meningkatkan pengajaran guru serta mampu memberi maklumat yang sah tentang apa yang

telah dilaksanakan atau dicapai dalam satu-satu proses PdP. PBS dilaksanakan oleh guru dan

pihak sekolah sepenuhnya bermula daripada aspek perancangan, pembinaan item dan

instrumen pentaksiran, pentadbiran, pemeriksaan atau penskoran, perekodan dan

pelaporannya. PBS amat penting untuk menentukan keberkesanan guru dan pihak sekolah

dalam usaha menghasilkan insan yang harmoni dan seimbang. PBS merupakan aktiviti yang

berterusan yang menagih komitmen yang tinggi serta hala tuju yang jelas daripada guru dan

pihak sekolah untuk memperkembangkan potensi setiap murid ke tahap maksimum.

PBS mempunyai ciri-ciri berikut: Holistik iaitu mampu memberi maklumat keseluruhan tentang

pencapaian pengetahuan dan kemahiran serta pengamalan nilai murni, berterusan iaitu aktiviti

pentaksiran berjalan seiring dengan PdP, fleksibel iaitu kaedah pentaksiran yang pelbagai

mengikut kesesuaian dan kesediaan murid, merujuk standard prestasi yang dibina berdasarkan

standard kurikulum. PBS boleh dilaksanakan secara pentaksiran formatif yang dijalankan

seiring dengan proses PdP dan juga pentaksiran sumatif yang dijalankan pada akhir unit

pembelajaran, semester atau tahun.

Standard yang diperkenalkan menggunakan Standard Prestasi iaitu untuk melihat kemajuan

dan pertumbuhan (growth) pembelajaran serta pencapaian prestasi seseorang murid. Ia

merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu, faham dan boleh

buat atau telah menguasai apa yang dipelajari berdasarkan pernyataan standard prestasi yang

ditetapkan mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan dalam dokumen

kurikulum. Pentaksiran Rujukan Standard tidak membandingkan pencapaian seseorang murid


dengan murid lain tetapi melapor prestasi murid dalam pembelajaran dengan menerangkan

tentang kemajuan dan pertumbuhan murid dalam pembelajaran merujuk kepada pernyataan

standard.

Murid-murid dinilai secara adil dan saksama sebagai individu dalam masyarakat berdasarkan

keupayaan, kebolehan, bakat, kemahiran dan potensi diri tanpa dibandingkan dengan orang

lain. Pihak sekolah mampu mendapatkan maklum balas yang lengkap dalam bentuk data

kualitatif dan kuantitatif yang merangkumi segala aspek tentang diri seseorang murid itu bagi

membolehkan pihak yang bertanggungjawab mengenali, memahami, menghargai, mengiktiraf

dan memuliakan anak didik sebagai insan yang berguna, penting dan mempunyai potensi untuk

menyumbang kepada pembangunan negara dan bangsa mengikut keupayaan dan kebolehan

masing-masing.

Standard Prestasi Standard Prestasi ialah pernyataan tentang tahap perkembangan

pembelajaran murid yang diukur berdasarkan standard dan menunjukkan di mana kedudukan

murid dalam perkembangan atau kemajuan pembelajarannya. Perkembangan dalam standard

itu terbahagi kepada dua iaitu perkembangan secara mendatar (konstruk) dan perkembangan

menegak (TP). Pertumbuhan murid dijelaskan dengan satu atau lebih qualifier menggunakan

perkataan atau rangkai kata yang betul menggambarkan standard dalam bentuk hasil

pembelajaran. Standard Prestasi dibina sebagai panduan untuk guru menambahbaik

Pentaksiran Sekolah sejajar dengan pelaksanaan Pentaksiran Rujukan Standard.


Kerangka Standard Prestasi:

TP Huraian TP
1 Tahu
2 Tahu dan Faham
3 Tahu, Faham dan Boleh Buat
4 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab
5 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji
6 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali

Tahap Penguasaan (TP) ialah kriteria pencapaian yang berasaskan setiap kelompok standard

kandungan dan standard pembelajaran yang ditetapkan. Standard ialah satu pernyataan

tentang sesuatu domain merujuk kepada tanda aras tertentu dan bersifat generik bagi memberi

gambaran holistik tentang individu.

Tafsiran TP secara umum:

TP Tafsiran
1 Murid tahu perkara asas atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi respons

terhadap perkara yang asas.


2 Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah

serta menjelaskan apa yang telah dipelajari.


3 Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu

situasi.
4 Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab iaitu mengikut prosedur atau

secara sistematik.
5 Murid melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baru dengan mengikut prosedur

atau secara sistematik serta tekal dan bersikap positif.


6 Murid mampu menzahirkan idea yang kreatif dan inovatif, mempunyai keupayaan

membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan serta cabaran dalam kehidupan

seharian serta boleh berbicara untuk mendapatkan dan menyampaikan maklumat

menggunakan ayat yang sesuai secara bertatasusila dan menjadi contoh secara tekal.

Tafsiran TP mata pelajaran RBT:

TP Tafsiran
1 Mengetahui tentang kemahiran asas dalam bidang teknikal, teknologi pertanian dan

sains rumah tangga.


2 Mengetahui dan memahami tentang kemahiran asas dalam bidang teknikal, teknologi

pertanian dan sains rumah tangga.


3 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang kemahiran asas dalam bidang

teknikal, teknologi pertanian dan sains rumah tangga.


4 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang kemahiran asas dalam bidang

teknikal, teknologi pertanian dan sains rumah tangga secara sistematik.


5 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang kemahiran asas dalam bidang

teknikal, teknologi pertanian dan sains rumah tangga secara berinisiatif.


6 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang kemahiran asas dalam bidang

teknikal, teknologi pertanian dan sains rumah tangga secara kreatif dan inovatif.

Setiap guru RBT perlu melaksanakan proses PdP dalam bilik darjah dengan merujuk kepada

Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran. Kebijaksanaan guru perlu ada bagi

menentukan proses PdP dilaksanakan secara berkesan dan bersesuaian. Dalam keadaan yang

sama, guru perlu mentaksir keupayaan murid dan menentukan tahap keupayaannya

berdasarkan senarai standard prestasi yang telah disusun mengikut tajuk-tajuk pembelajaran.

Guru seharusnya memberi peluang kepada setiap muridnya untuk berupaya mencapai tahap

keupayaan yang lebih baik dengan melaksanakan proses bimbingan dan pengukuhan.
Kurikulum kebangsaan bermatlamat untuk melahirkan murid yang seimbang, berdaya tahan,

bersifat ingin tahu, berprinsip, bermaklumat, dan patriotik serta mempunyai kemahiran berfikir,

berkomunikasi dan bekerja secara berpasukan. Kemahiran abad ke-21 ini selari dengan 6

aspirasi yang diperlukan oleh setiap murid untuk berupaya bersaing pada peringkat global yang

digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia iaitu setiap murid akan mempunyai

kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian, identiti sosial, pengetahuan

dan kemahiran berfikir. Kemahiran berfikir telah ditekankan di dalam kurikulum sejak tahun

1994 dengan memperkenalkan Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif (KBKK). Kemahiran

berfikir ini menekan kepada pemikiran dari aras rendah sehingga aras tinggi. Bermula pada

tahun 2011, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah memberi penekanan kepada

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ialah keupayaan untuk

mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi

bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu.

KBAT adalah merujuk kepada kemahiran mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta.

KBAT Penerangan
Mengaplikasi Menggunakan pengetahuan, kemahiran, dan

nilai dalam situasi berlainan untuk

melaksanakan sesuatu perkara


Menganalisis Mencerakinkan maklumat kepada bahagian

kecil untuk memahami dengan lebih

mendalam serta hubung kait antara bahagian


berkenaan
Menilai Membuat pertimbangan dan keputusan

menggunakan pengetahuan, pengalaman,

kemahiran, dan nilai serta memberi justifikasi


Mencipta Menghasilkan idea atau produk atau kaedah

yang kreatif dan inovatif

KBAT boleh diaplikasikan di dalam bililik darjah melalui aktiviti berbentuk menaakul,

pembelajaran inkuiri, penyelesaian masalah dan projek. Guru dan murid perlu menggunakan

alat berfikir seperti peta pemikiran, peta minda, dan Thinking Hats serta penyoalan aras tinggi di

dalam dan di luar bilik darjah untuk menggalakkan murid berfikir. Murid diberi tanggungjawab di

atas pembelajaran mereka.

Keselamatan:

Faktor keselamatan merupakan perkara yang sangat perlu diberi keutamaan dalam

melaksanakan aktiviti amali bagi mata pelajaran RBT. Justeru itu, peraturan dan langkah

keselamatan hendaklah sentiasa diamal dan dipatuhi. Organisasi bengkel dan pengurusan

kerja yang melibatkan faktor keselamatan boleh dilakukan secara bergilir-gilir di kalangan murid

bagi memberi mereka pengalaman serta menanamkan semangat bekerjasama,

bertanggungjawab dan berdisilpin. Semasa menjalankan aktiviti amali, guru hendaklah


sepanjang masa memastikan tempat kerja bebas daripada perkara yang boleh mendatangkan

bahaya dengan mengambil langkah-langkah keselamatan.

Perkara-perkara berkaitan dengan keselamatan yang perlu diberi perhatian ialah guru perlu

menunjukkan teladan kerja yang selamat kepada murid dan memastikan peraturan

keselamatan dipatuhi oleh semua pihak. Guru berusaha untuk menanamkan rasa

tanggungjawab terhadap keselamatan diri dan orang lain dan membimbing murid mengenal

pasti perkara yang boleh mendatangkan bahaya. Guru memastikan keadaan tempat kerja

mempunyai pencahayaan yang cukup dan pengudaraan yang baik dan ruang tempat kerja yang

selesa termasuk permukaan lantai yang selamat. Poster dan ilustrasi mengenai peringatan

keselamatan yang mudah difahami oleh semua murid dipaparkan. Guru juga bertanggungjawab

memastikan alatan, bahan, perkakas dan mesin sentiasa diurus dengan baik dan selamat

digunakan dan memastikan tempat yang sesuai dan selamat untuk menyimpan alatan dan

bahan yang mudah terbakar, pecah dan berbahaya. semua alatan dan bahan dilabelkan dan

penggunaan bekas bahan beracun, bahan kimia, dan bahan yang mudah terbakar dielakkan.

Peti pertolongan cemas dan alat pemadam api disediakan di tempat yang mudah dilihat dan

dicapai. Guru akan mengambil tindakan keselamatan mengikut prosedur yang betul apabila

berlaku kemalangan dan menyediakan buku log untuk merekod kemalangan yang berlaku.

Peruntukan Masa RBT:

Masa bagi pengajaran dan pembelajaran RBT ialah dua waktu seminggu (2 x 30 minit) yang

dijalankan secara giliran dengan mata pelajaran TMK. selama enam bulan. Peruntukan masa

yang dinyatakan merupakan cadangan untuk membantu guru dalam penyediaan perancangan

pengajaran dan pembelajaran.


Pendekatan Modular:

Standard Kurikulum RBT distrukturkan menggunakan pendekatan modular untuk memastikan

penguasaan pengetahuan dan kemahiran dapat dilaksanakan dengan baik dan berkesan.

Dengan menggunakan modul yang disediakan, pengajaran dan pembelajaran dapat difokuskan

kepada penguasaan pengetahuan dan kemahiran tertentu melalui aktiviti yang bermakna.

Pendekatan modular tetap menekankan penggabungjalinan disiplin ilmu yang terdapat dalam

RBT. Strategi penggabungjalinan kemahiran ini adalah untuk mengukuhkan kemahiran tertentu

sebagaimana yang ditetapkan dalam standard kandungan dan standard pembelajaran. Mata

pelajaran ini memberi tumpuan terhadap pembelajaran secara amali. Penggabungjalinan antara

teori dan amali, aktiviti dalam dan luar bilik darjah, kesepaduan pelbagai disiplin ilmu

dititikberatkan. Kandungan kurikulum RBT merangkumi bidang teknikal, sains pertanian dan

sains rumah tangga yang digabungjalinkan dengan Elemen Merentas Kurikulum (EMK). Elemen

Kreativiti dan Inovasi menjadi satu perkara yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran

bagi memperkembangkan daya imaginasi dan kreativiti murid.

Contoh kreativiti dan inovasi yang diberi tumpuan dalam mata pelajaran RBT termasuklah:

mereka bentuk dan membina projek dengan menggunakan pendekatan penyelesaian masalah,

menjana idea untuk mereka bentuk dan membina projek, menghasilkan lukisan projek dan

lakaran, membuat keputusan memilih idea reka bentuk, kaedah pembinaan projek, peralatan,

perkakasan dan bahan yang sesuai, menilai kualiti projek yang telah siap bersesuaian dengan

hasil yang dihasratkan dan mempersembahkan reka bentuk atau projek bagi tujuan

mendapatkan maklum balas daripada orang lain untuk penambahbaikan.

Elemen keusahawanan bertujuan untuk menerapkan ciri keusahawanan, pemikiran

keusahawanan, pengurusan perniagaan, aplikasi teknologi dan vokasional dalam

keusahawanan serta nilai moral dan etika keusahawanan sehingga menjadi budaya dalam
kehidupan. Kemahiran interpersonal seperti berkomunikasi dengan baik, menghargai pendapat

dan usaha orang lain, bersedia menerima kritikan membina, memberi dorongan, menjalin

persahabatan, belajar secara koperatif, bekerja secara kumpulan dan memupuk semangat

kerjasama dengan rakan sebaya diterapkan semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Kemahiran ini boleh dipupuk semasa murid membuat pembentangan projek masing-masing.

Nilai murni dan sikap positif serta budaya kerja yang relevan harus merentasi aktiviti yang

dijalankan. Dengan cara ini, nilai murni dan sikap positif seperti berusaha mencapai

kecemerlangan, berfikiran terbuka, bersedia menimbangkan pelbagai faktor dan berhati-hati

menggunakan sumber dapat dipupuk supaya menjadi kebiasaan dalam pengendalian dan

pengurusan kehidupan murid.

Implikasi Transformasi kurikulum PTV dalam PPPM:

Menurut Amberjeet (1993), pendidikan teknik dan vokasional didefinisikan sebagai : “Formal

education designed to prepare for skil ed occupation in industry, agriculture and commerce,

generally at secondary level” dan “Formal education designed to provide knowledge and skil s

underlying production process with a wider connotation then vocational education at secondary
or higher level”. Menurut Kamus Dewan (2002), pendidikan teknik bermaksud pengetahuan

yang berkaitan dengan pembuatan barang-barang hasil industri seperti jentera, kenderaan dan

bangunan, sementara pendidikan vokasional ialah pendidikan amali di mana menitikberatkan

kemahiran yang diperlukan untuk sesuatu pekerjaan. Menurut Cambridge International

Dictionary of English (1995), mendefinisikan vokasional sebagai pendidikan yang memberikan

kemahiran dan mempersiapkan seseorang untuk alam pekerjaan, sementara teknik pula

bermaksud mempunyai atau memerlukan cara khusus yang biasanya dipelajari, kemahiran dan

pengetahuan. Kesimpulannya, pendidikan teknik dan vokasional ialah pendidikan yang

berbentuk ilmu kemahiran yang boleh digunakan oleh pelajar setelah menamatkan pengajian

mereka untuk menempuh alam pekerjaan. Umumnya pendidikan ini boleh didapati di sekolah-

sekolah teknik yang mempunyai aliran vokasional. Ini berbeza dengan pendidikan akademik di

mana pelajar didedahkan dengan ilmu pengetahuan secara umum walaupun terdapat mata

pelajaran vokasional ditawar secara elektif.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan merupakan sebuah dokumentasi yang murni dan luhur, dan

memerlukan penghayatan, pemahaman dan keprihatinan para pendidik untuk merealisasikan

tujuan dan cita yang tersurat dan tersirat dalam kandungannya. Falsafah Pendidikan

Kebangsaan yang menjadi pengetahuan umum pada tahun 1988, telah menjadi teras dan

tunjang kepada sistem pendidikan negara kita sejak sekian lama. Justeru itu, semua

perancangan dan aktiviti pendidikan hendaklah merupakan hasil daripada nilai-nilai dan

prinsip-prinsip yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sememangnya

kemunculan Falsafah Pendidikan Kebangsaan akan membawa implikasi-implikasi kepada

sistem pendidikan teknik dan vokasional di negara kita.

Dalam implikasi terhadap kurikulum PTV, perubahan PTV sekolah adalah selaras dengan

cita-cita dan tujuan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ini meliputi perubahan sukatan pelajaran

PTV yang berorientasikan kepada program bersepadu. Perubahan bahan-bahan pelajaran PTV
yang mengutamakan nilai-nilai murni diserapkan dalam semua mata pelajaran PTV. Perubahan

program PTV yang berorientasikan melahirkan insan yang seimbang dan harmonis. Perubahan

sistem PTV yang berorientasikan ke arah pendidikan umum dan alam pekerjaan. Perubahan

sukatan pelajaran yang sesuai untuk melatih kemahiran pelajar dalam bidang vokasional dan

teknologi.

Seterusnya, implikasi terhadap guru PTV ialah perubahan sikap pendidik dan profesionalnya

untuk menjalankan tugas sejajar dengan tujuan dan dasar Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Pendidik yang benar-benar memahami FPK akan dapat mengubah sikap peribadi dengan

pandangan dan visi yang positif terhadap tugasnya bagi merealisasikan matlamat FPK. Melalui

FPK juga, pendidik akan dapat mengubah strategi dan teknik pengajaran yang bersesuaian

bagi melahirkan insan yang berilmu pengetahuan, berketerampilan dan berakhlak mulia.Oleh

yang demikian sangatlah penting bagi pendidik untuk benar-benar memahami matlamat dan

tujuan yang ingin dicapai oleh Negara melalui FPK. Dengan memahami sepenuhnya kehendak

FPK, guru PTV akan dapat memertabatkan PTV setanding dengan aliran sains.

Implikasi terhadap institusi PTV ialah perubahan organisasi sekolah ke arah mewujudkan

situasi yang sesuai untuk melahirkan pelajar-pelajar mengikut tujuan dan cita Falsafah

Pendidikan Kebangsaan. Ini meliputi: Perubahan kemudahan-kemudahan supaya pelajar-

pelajar mendapat peluang mengembangkan potensi mereka dari segi intelek, rohani, emosi,

sosial dan jasmani, secara menyeluruh dan seimbang. Perubahan aktiviti budaya sekolah yang

kondusif untuk memupuk nilai-nilai murni dalam jiwa pelajar. Perubahan iklim sekolah yang

kondusif untuk melahirkan pelajar-pelajar yang cintakan ilmu dan seterusnya membentuk

budaya membaca dalam kalangan mereka.

Transformasi PTV memberi penekanan kepada amalan industri atau amali teknikal dan akan

mengurangkan komposisi akademik. Mereka juga dibenarkan mengambil peperiksaan Sijil

Kemahiran Malaysia (SKM) pada tahap satu iaitu semasa berada di tingkatan dua dan SKM
tahap dua semasa berada di tingkatan tiga. Sementara itu pelajar yang mengikuti aliran

vokasional ini selepas tingkatan tiga akan diberi peluang mengikuti pendidikan selama empat

tahun sehingga peringkat diploma iaitu SKM tahap empat. Kurikulumnya merujuk kepada

Piawaian Kemahiran Guna Tenaga Kebangsaan (NOSS), SKM dan lain-lain bentuk pensijilan

yang diiktiraf oleh pihak industri.

Program Transformasi Kerajaan yang menyasarkan pendapatan tinggi di kalangan pekerja

dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai negara maju pada tahun 2020. Memartabatkan

aliran pendidikan ini juga ada kaitan dengan usaha membantu kerajaan bagi menyediakan

peluang pekerjaan dan menyediakan tenaga kerja yang berkebolehan, berkemahiran dan

berpendapatan tinggi.

Perbandingan kurikulum PTV dalam dan luar Malaysia:

Sukatan PTV di Malaysia adalah sama rata iaitu 50% amali dan 50% teori. Di Luar Negara,

Sukatan PTV adalah 70% amali dan 30% teori. Kebanyakan kursus PTV dikendalikan oleh

kerajaan di Malaysia manakala di luar Negara, kebanyakkan dikendalikan oleh firma atau
majikan. Di Malaysia, pendedahan keseluruhan tentang PTV adalah selepas SPM tetapi di luar

Negara, penduduk diberi pendedahan memasuki latihan vokasional sejak peringkat remaja lagi.

Kesimpulan:

Peranan PTV amatlah mustahak dalam membekalkan tenaga kerja yang berkualiti.

Pendidikan hari ini diharap dapat melahirkan ciri-ciri warganegara yang sesuai dengan
keperluan sumber manusia pada masa hadapan sebagaimana yang terkandung dalam

Falsafah Pendidikan Negara dan Wawasan 2020.

Dengan mengikuti bidang kemahiran dan teknikal serta didedahkan dengan latihan amali

sejak dibangku sekolah akan membolehkan mereka menyesuaikan diri dengan mudah dalam

alam pekerjaan. Pekerja yang mempunyai kemahiran teknikal dan pernah mengikuti latihan

amali sangat diperlukan oleh pihak industri pada masa kini.

Transformasi pendidikan vokasional ini sudah tentu akan menarik minat lebih ramai pelajar

cemerlang memasuki aliran ini. Sekiranya pendidikan ini dapat menjanjikan peluang pekerjaan

yang baik dan pendapatan yang tinggi kepada pelajar maka ibu bapa turut menggalakkan anak-

anak mereka mengambil peluang untuk mengikuti aliran ini.

Diharapkan dengan memartabatkan pendidikan vokasional ini akan mempercepatkan lagi

usaha untuk menyediakan tenaga kerja yang berkebolehan, berkemahiran dan berpendapatan

tinggi bagi menjadikan Malaysia negara maju dalam tahun 2020.

Bibliografi:

Buku Ilmiah:
Abdul Shukor Abdullah (1997), Isu dan cabaran pendidikan vokasional dan teknikal di Abad 21,

Ucap Utama Seminar Kebangsaan PTV, Penerbit Universiti Putra Malaysia. Print

Bahagian PTV (1993), Technical and vocational education in Malaysia, Kuala Lumpur,

Kementerian Pendidikan Malaysia.

Emat Yahya (1993), Pendidikan Teknik Dan Vokasional Di Malaysia. Petaling Jaya, IBS

Buku.Print.

Rashid, Abdullah Mat, Mohd Ibrahim Nazri dan Ramlah Hamazah (2008), Pendidikan Teknikal

Dan Vokasinal: Suatu Perspektif Umum. Penerbit Universiti Putra Malaysia. Print.

Internet:

Dr Ahmad Bin Esa, Dr Razali Hassan, Tn. Hj Jamaludin Hashim dan Tn. Hj Mohd Yusop Hadi

(2012), Cabaran Pendidikan Teknik & Vokasional (PTV) Di Malaysia : Peranan UTHM Dalam

Melahirkan Pendidik Berketrampilan, Dicapai pada Ogos 29, 2016 dari

http://eprints.uthm.edu.my/2431/1/9._Kertas_Kerja_UTHM_JPPG_2009__4.pdf

Nor Effyza Bte Roslan (2013), Pelaksanaan Transformasi Program Pendidikan Asas Vokasional

Di Sekolah Menengah Kementerian Pelajaran Malaysia, Dicapai pada Ogos 29, 2016 dari

http://eprints.uthm.edu.my/5370/1/NOR_EFFYZA_BTE_ROSLAN.pdf

Vous aimerez peut-être aussi