Vous êtes sur la page 1sur 17

1.

0 Pengenalan

Menurut, Sapinas (2009), Nor Azizah (2011) mendapati Pendidikan di Malaysia telah
mengalami gelombang reformasi yang begitu pesat sesuai dengan tuntutan era teknologi
maklumat. Anjakan paradigma dan pengubahsuaian pada kurikulum adalah bertujuan untuk
membina dan mengembangkan kuasa berfikir guru dan murid. Proses kognitif kurikulum
dikembangkan melalui isi kandungannya yang dipelbagaikan dari segi pendekatan.
Pendekatan memainkan peranan yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran.
Menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat (2013), istilah pendekatan bermaksud cara
atau langkah yang diambil untuk memulakan sesuatu tugas dan usaha. Maka, pendekatan
pengajaran pendidikan moral merupakan cara atau langkah yang digunakan untuk
menyampaikan isi pelajaran serta nilai-nilai murni kepada murid. Terdapatnya beberapa
pendekatan pendidikan moral yang telah diperkenalkan melalui pelbagai program
pendidikan moral atau nillai sejak tahun 1960. Pendekatan-pendekatan ini telah
diperkenalkan dan digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan moral di
negara barat atau timur, termasuk negara kita. Namun begitu, jelas dilihat bahawa kesemua
pendekatan ini sesuai untuk digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, ia
telah menjadi satu kebiasaan di mana seseorang guru menggabungkan beberapa
pendekatan dan menggunakan pendekatan pendidikan moral secara efektif. Antara
pendekatan yang telah diperkenalkan melalui program pendidikan moral yang boleh
digunakan di negara kita ialah, pemupukan nilai, perkembangan moral kognitif, analisis nilai,
penjelasan nilai, pendekatan penyayang, pendekatan tindakan sosial, pembinaan rasioanl
dan pendekatan penyelesaian konflik. Pendekatan-pendekatan ini memberi beberapa
alternatif dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan moral yang juga merangkumi
ketiga-tiga dimensi penaakulan moral, perasaan moral dan perlakuan moral.

1
2.0 Keberkesanan Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Moral Yang Telah
Dijalankan.

Matlamat utama pendidikan di Malaysia untuk melahirkan generasi yang cemerlang serta
bersatu padu melalui perkembangan individu yang bersepadu dan menyeluruh dari segi
jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS) selaran dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Bagi menyempurnakan hasrat FPK ini, para guru telah diamanahkan untuk
mendidik anak bangsa negara kita. Sehubungan dengan itu, kecemerlangan akademik
pelajar sering kali dikaitkan dengan kaedah pengajaran oleh guru dan juga gaya
pembelajaran seseorang pelajar. Secara umumnya pengajaran adalah proses penyampaian
kemahiran, ilmu pengetahuan, sikap dan nilai. Manakala pembelajaran adalah perubahan
tingkah laku yang berlaku pada pelajar akibat daripada berinteraksi dengan persekitaran
(Baharuddin, 2001). Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan pelbagai
dapat menarik minat pelajar terhadap sesuatu matapelajaran. Selaras dengan itu, saya telah
menjalankan perhatian terhadap proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan moral
ketika saya melaksanakan pengalaman berasaskan sekolah di SJKT Sri Telemong. Maka,
esei ini akan mengupas keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran yang saya
perhatikan di sekolah yang ditetapkan.

Saya telah memerhati proses pengajarn dan pembelajaran yang dilaksanakan oleh
guru pendidikan Moral di SJKT Sri Telemong bernama Puan. Parameswary. Beliau
mengajar pendidikan moral bagi murid tahun empat. Beliau telah mengajar nilai baik hati
terhadap jiran. Berdasarkan pemerhatian yang dibuat dikenal pasti bahawa proses
pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan oleh guru adalh berkesan. Guru telah
menggnakan pelbagai kaedah untuk menyapaikan isi pelajaran kepada murid. Antara
kelebihan yang dikenalpasti dalam kaedah pengajaran guru ialah guru menyiarkan satu
video tentang nilai baik hati sebagaii langkah set induksi. Hal iniamat sesuai untuk dilakuka
pada permulaan suatu aktiviti PdP. Hal deimikian kerana, akan merangsang muri untuk
berfikir.

Seterusnya, guru juga telah mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran


Pendidikan Moral kepda murid. Misalnya guru mengadakan aktiviti lakonan dan main
peranan. Oleh hal demikian murid melibatkan diri secara aktif di dalam kelas. Guru juga
telah menggunakan pendekatan pembelajaran koperatif dalam kalangan murid Tahun 4.
Kebanyakkan aktiviti yang diberikan adalah berfokuskan kepada kerja kumpulan. Hal ini
dapat mewujudkan komunikasi antara murid dan menukar pendapat mereka ketika
melakukan kerja kumpulan. Lebih –lebih lagi, proses pengajaran dan pembelajaran guru
dieknal pasti berkesan apabila melihat pada lembaran kerja yang diberikan oleh guru. Guru

2
telah menyediakan soalan yang sesuai mengikut tahap murid di kelas supaya dapat menilai
murid mengikut tahap kefahaman mereka. Maka, perkara-perkana ini telah menjadikan
proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan.

Namun demikian terdapat beberapa kekurangan dalam proses pengajaran dan


pembelajaran yang disamaikan oleh guru tersebut. Didapati bahawa, guru tidak memberikn
definisi bagi tajuk yang hendak diajar. Apabila guru tidak mengajar dahulu serta memberikan
input tentang sesuatu topik maka murid tidak dapat melaksanakn aktiviti yang seterusnya.
Hal ini telah menjejaskan kaedah yang digunakan dalam proses pengarajan dan
pembelajaran yang digunakan oleh guru. Lebih-lebih lagi guru Pendidikan Moral tersebut
tidak menggunakan bahan bantu yang menarik minat murid supaya melibatkan diri dalam
proses pdp secara aktiviti. Murid telah berasa bosan dengan cara guru mengajar dan murid
tidak menumpukan perhatian.

Oleh itu, guru harus mengajar dahulu tentang sesuatu topik sebelum melakukan
aktiviti berdasarkan topik yang diajar. Selain itu, guru juga harus mencipta pelbagai bahan
bantu mengajar untuk digunakan semasa porses pengajaran pembelajaran. Hal ini akan
menarik minat terhdap sesuatu topik yang diajar. Murid juga akan menupukan perhatian
ketika guru mengajar.

Secara keseluruhanya, proses pengajaran dan pembelajaran guru yang bernama


Pn. Paremeswary amat berguna serta berkesan. Guru dapat mencapai salah satu objektif
pada akhir sesi pengajran dan pembelaran. Oleh itu, guru harus mengambil inissitaif untuk
menambahbaikan kelemahan mereka dalam melaksanakan proses pengajaran dan
pembelajaran secara berkesan serta melakukaknnya. Guru perlu mempelbagaikan kaedah
mengajar serta memastikan penggunaan bahan bantu mengajar agar dapat mencapai
kedua-dua objektif pembelajaran sesuatu topik.

3
Kepentingan Pendekatan
Pemupukan Nilai Dalam
Pendidikan Moral

Memupuk nilai yang


dikehendaki
mengikut norma
masyarakat

Mendorong pelajar
untuk memahami,
menganalisis sesuatu
nilai

Dapat memberikan contoh


teladan yang mudah kepada
murid
Memanipulasikan
keadaan berdasarkan
pengalaman murid

Murid-murid mendalami
nilai dalam diri mereka

4
3.0 Kepentingan Pendekatan Pemupukan Nilai Dalam Pendidikan Moral

Menurut Chang Lee Hoon (2002), fokus utama dalam pemupukan nilai ialah menanamkan
set nilai budaya sesuatu masyarakat ke dalam diri individu supaya dapat menjamin
kesinambungan budaya masyarakat tersebut. Set nilai ini dianggap sebagai standard
tingkah laku moral yang patut diamalkan dalam kehidupan harian. Set nilai ini boleh
diamalkan sama ada secara peribadi atau dalam hubungannya dengan orang lain. Menurut
Nik Aziz Nik Pa (1996), “Pemupukan nilai dalam pengajaran mata pelajaran sekolah boleh
diteliti dari perspektif pelajar dan 84 bagaimana konsep, proses, kemahiran dan sikap telah
diasimilasi dan diakomodasikan dalam struktur kognitif setiap pelajar” (hlm. 17).

3.1 Mendorong pelajar untuk memahami, menganalisis sesuatu nilai

Antara kebaikan pendekatan pemupukan nilai ini adalah mendorong pelajar untuk
memahami, menganalisis sesuatu nilai sebelum menerima dan menghayati nilai tersebut
yang berlandaskan kepada prinsip moral. Hal ini demikian kerana murid-murid akan
diberikan pendedahan tentang maksud dan fungsi sesuatu nilai terlebih dahulu. Setiap
tingkah laku moral mestilah melalui satu proses yang komprehensif melibatkan dimensi-
dimensi pemikiran, emosi dan amalan. Pada peringkat pemikiran moral seseorang itu akan
bermula dengan wujudnya isu atau situasi dan mungkin menimbulkan dilema moral. Oleh
itu, penaakulan amat penting pada peringkat ini sebelum justifikasi moral dibuat. Di sini
peringkat kematangan dan perkembangan moral menjadi faktor penting mempengaruhi
keputusan yang akan dibuat. Melalui ini murid akan mendapat pengetahuan tentang
sesuatu nilai serta mereka dapat menganalisisnya sebelum menerima sesuatu keputusan.
Bagi menghayati sesuatu nilai murid perlu mendapat pengetahuan tentang kepentingan nilai
dan cara menggamalkannya dalam kehidupan mereka. Misalnya guru mengajar tingkah laku
yang bermoral kepada murid-muridnya dengan memberikan contoh perlakuan baik serta
membanding bezakan antara tingkah laku yang bermoral dengan tingkah laku yang tidak
bermoral. Hasilnya murid dapat mengenal pasti perbuatan yang bermoral dan mengambil
tindakan yang betul. Murid juga dapat membanding bezakan antara perbuatan yang baik
dengan perbuatan yang tidak baik ketika melakukan sesuatu perkara. Oleh itu, melalui
pendekatan pemupukan nilai guru dapat meyedarkan murid-murid tentang perbuatan yang
bermoral dan perbuatan yang tidak bermoral.

5
3.2 Mendorong pelajar untuk memahami, menganalisis sesuatu nilai

Murid dapat memupuk nilai yang dikehendaki mengikut norma masyarakat di kawasan
tersebut melalui pendekatan pemupukan nilai yang digunakan oleh guru dalam pendidikan
moral. Setiap tindakan dan kehidupan seorang individu saling berkait dengan masyarakat.
Setiap tindakan atau keputusan yang diambil oleh seseorang individu akan dipantau oleh
masyarakat disekelilingya. Oleh itu melalui pendekatan ini guru dapat menerakap nilai-nilai
murni yang diamalkan oleh masyarakat dalam diri seseorang murid. Melaui ini murid akan
bertindak mengikut kepentingan diri sendiri dan orang lain supaya dapat mewujudkan
keharmonian dalam kalangan masyarakat serta menjamin kesejahteraan negara.
Sehubungan dengan itu guru boleh menerapkan nilai murni dalam diri murid melalui
mengemukakan situasi yang berkaitan dengan norma masyarakat. Oleh hal demikian murid
akan lebih memahami tentang norma masyarakat dan mereka akan mengaplikasikan nilai
yang dipelajari ketika berhadapan dengan masyarakat di luar. Sebagai contonhya,
menolong orang yang mengalami masalah penglihatan untuk melintas jalan. Nilai yang
diterap oleh guru dalam kelas melalui pendekatan ini berhasil apabila murid
menggamalkannya ketika berada di luar sekolah.

3.3 Murid Mendalami Nilai Dalam Diri Mereka

Seseorang murid perlu mendalami nilai-nilai murni sebelum mengamalkannya. Oleh itu,
pendekatan ini amat berguna bagi memastikan agar murid-murid mendalami nilai dalam diri
mereka. Hal ini demikian kerana, sesutu nilai yang dihayati akan berhasil sebagai tindakan
atau tingkah laku. Murid-murid akan mengambil inisiatif untuk mempelajari dan mendalami
segala aspek yang terdapat dalam Pendidikan Moral tahap sekolah rendah. Kesemua empat
belas nilai yang terdapat dalam Pendidikan Moral menjadi sebagai pembentuk sahsiah diri
seseorang individu. Lebih-lebih lagi Penghayatan nilai dalam kalangan murid sekolah
merupakan satu aspek yang diberi penekanan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM). Penghayatan nilai ini merangkumi nilai-nilai kerohanian, kemanusiaan,
kewarganegaraan dan sebagainya. Perkara ini ditekankan dalam Anjakan Ketiga dalam
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 iaitu melahirkan rakyat
Malaysia yang mampu menghayati nilai. Sehubungan dengan itu, jikalau guru menekankan
kepentingan dan fungsi nilai ini melalui pendekatan pemupukan nilai, maka secara tidak
langsung murid-murid akan mendalami dan menghayati segala nilai dalam diri mereka.
Misalnya, murid-murid dapat memberikan contoh tingkah laku yang berkaitan dengan nilai
yang diajar oleh guru. Jelaslah bahawa nilai-nilai murni yang diajar oleh guru akan terpahat
dalam hati murid-murid dan mendorong mereka untuk mengenalpasti tindakan yang
bermoral.

6
3.4 Dapat memberikan contoh teladan yang mudah kepada murid

Pendidikan Moral merupakan satu platform bagi murid untuk menjadi insan yang bermoral
dengan mengamalkan segala amalan dan norma masyarakat. Guru dapat melahirkan insan
yang bermoral melalui pendekatan pemupukan nilai dengan memberikan contoh tauladan
yang mudah kepada murid seperti ibu bapa, guru dan tokoh yang terkenal. Hal ini
merupakan salah satu kepentingan pendekatan pemupukan nilai. Oleh hal demikian, guru
dapat menerapkan nilai kepada murid melalui mengaitkan dengan contoh situasi dan isu
terkini. Menjurus kaedah tersebut murid dapat mengaitkan nilai dengan situasi sebenar yang
berlaku di sekelilingnya. Melalui itu, murid dapat mempelajari cara untuk membanding beza
antara perkara buruk dan baik serta mengamalkan nilai-nilai murni dalam diir mereka. Selain
itu, pendekatan ini juga amat berguna untuk menerapkan nilai dalam diri murid dengan
memberikan contoh atau teladan kepada mereka. Misalnya, bagi melahirkan semangat cinta
akan tanah air guru boleh memperkenal tokoh-tokoh pejuangan serta perjuangan mereka
terhadap kegemilangan negara kita. Guru juga boleh menjadi contoh yang baik kepada
murid dengan menunjukkan amalan yang baik kepada murid ketika mengajar mereka. Maka
secara tidak langsung murid-murid akan meniru dan menjadikan tindakan mereka sebagai
pedoman dalam diri mereka. Tidak hairan bahawa murid-murid akan mengamalkan nilai-nilai
yang terdapat dalam tindakan seseorang yang menjadi contoh tauladan dalam kehidupan
mereka. Jelaslah bahawa pendekatan pemupukan nilai amat berguna dalam Pendidikan
Moral untuk merepakan segala nilai dalam diri murid melalui memberi contoh tauladan yang
baik.

3.5 Guru Dapat Memanipulasikan Keadaan Berdasarkan Pengalaman Murid

Kebaikan lain, melalui pendekatan ini guru dapat memanipulasikan keadaan berdasarkan
pengalaman murid untuk menerima nilai yang hendak diterapkan. Hal ini ditegaskan oleh
Slavin (2005), bahawa pembelajaran merupakan perubahan dalam seseorang individu
akibat daripada pengalaman. Manusia mula belajar sejak ia dilahirkan dan semua
pembelajaran ini berkait dengan pengalaman. Setiap indivu mempunyai pengalaman yang
memberikan pengajaran dalam hidup mereka. Tetapi mereka tidak sedar akan pengajaran
yang terdapat dalam sesuatu pengalaman tersebut kerana mereka tidak mempunyai
pendedahan tentang fungsi nilai murni dalam kehidupan mereka. Oleh itu guru boleh
mengaitkan pengalaman murid dengan pembelajaran melalui pendekatan pemupuka nilai.
Sabagai contohnya, guru memberikan contoh yang berkait rapat dengan tugasan atau
kegiatan harian yang dibuat oleh murid dengan nilai yang diajar. Melalui ini murid dapat
meyedari bahawa setiap tindakan yang dilalakukan oleh mereka mengandungi nilai yang
tersirat dalamnya. Setelah mereka mendapat pendedahn ini maka murid akan memupuk

7
nilai yang inging diterapkan oleh guru dengan lebih cepat dan mudah. Guru harus sentiasa
memanipulasi pengalaman sedia ada pada murid dengan mengarahkan mereka untuk
memberikan contoh berkaitan dengan nilai yang hendak diajar. Hal ini akan mecungkil
pengalaman mereka serta mewujudkan perubahan-perubahan tingkah laku yang
disebabkan oleh pembelajaran melalui pengalaman. Oleh kerana pengalaman-pengalaman
baharu tentang nilai, tingkah laku yang telah dipelajari akan dipamerkan oleh murid. Jelaslah
bahawa pendekatan pemupukan nilai dapat membantu guru untuk memanipulasikan
keadaan berdasarkan pengalaman sedia ada murid untuk menerapkan nilai dalam diri
mereka.

Secara keseluruhannya, pendekatan ini amat berguna dalam Pendidikan Moral.


Melalui pendekatan ini guru dapat memastikan agar murid memahami dan menganalisis
tentang sesuatu nilai sebelum menerima dan menerapkannya. Guru dapat mencapai objektif
pengajaran dengan menerapkan nilai murni lebih mudah. Murid akan mempelajari sesuatu
topik atau nilai dengan cepat dan mudah.

8
Melalui kaedah
bercerita

Kaedah simulasi
atau lakonan

Memberikan
peneguhan dan
dendaan terhadap
tingkah laku murid

Cara-cara mengaplikasikan
pendukatan pemupukan nilai
dalam rancangan pengajaran
harian Pendidikan Moral
Melalui tayangan
video

Memberikan contoh
dan teladan yang baik
kepada murid-murid

9
4.0 Cara-Cara Mengaplikasikan Pendekatan Pemupukan Nilai Dalam Rancangan
Pengajaran Harian

Pemupukan bermaksud menyemai kesedaran tetang sesuatu perkara. Nilai pula


didefinisikan sebagai perlakuan yang baik, peradaban dan tatasusila individu dalam
hubungannya sesama manusia, alam dan tuhan. Wan Mohd. Zahid mentakrifkan nilai
sebagai:

“Nilai-nilai murni merupakan tanggapan berkenaan perkara-perkara yang dihajati dan


pada masa yang sama juga menjadi kriteria atau ukuran. Nilai-nilai murni sesuatu
masyarakat biasanya diasaskan kepada agama. Memang menjadi tujuan semua
agama, untuk membentuk kehidupan penganutnya untuk menjadi baik dan berakhlak
mulia" (Wan Mohd. Zahid, 1988)

Maka pemupukan nilai bererti menyemai perlakuan yang baik, peradaban dan tatasusila
dalam diri seseorang individu. Pendekatan pemupukan nilai amat sesuai digunakan dalam
pengajaran dan pembelajaran pendidikan moral. Hal ini demikian kerana, dari segi psikologi,
terdapat pelajar yang belum bersedia untum membuat pertimbangan moral yang rasional
iaitu pelajar yang masih belum memupuk nilai. Menurut Barrow pemupukan nilai dengan
memberi justifikasi adalah wajar dalam pengajaran moral. Ini bermaksud bahawa
pendekatan pemupukan nilai, guru pendidikan moral akan mengajar sesuatu nilai moral
secara langsung tetapi hendaklah memberikan justifikasi sebab nilai itu patut dihayati.
Terdapat beberapa cara yang boleh digunakan untuk menggaplikasikan pendekatan
pemupukan nilai dalam rancangan pengajaran harian Pendidikan Moral.

Pendekatan pemupukan nilai boleh diaplikasikan dalam rancangan penjaran harian


dengan menggunakan pelbagai kaedah dan teknik. Antarannya ialah mengaplikasikan
pendekatan pemupukan nilai melalui tayangan video. Menurut kamus dewan edisi keempat
video adalah alat untu merakamkan dan menayangan filem dengan menggunakan pita
video. Median video amat berguna dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik
darjah. Hal ini demikian kerana video merupakan salah satu elemen dalam multimedia yang
mampu membangun modal insan melalui paparan berbentuk gambar yang bergerak. Melalui
kaedah ini guru boleh memperembahkan sesuatu mesej yang berkaitan dengan nilai yang
ingin disampaikan dalam keadaan yang lebih realistik atau meyerupai keadaan yang
sebenar. Ini mampu memberikan perasaan kepada murid yang mana mereka solah-olah
terlibat dalam situasi atau keadaan sebenar. Sabagai contohnya, guru hendak menerangka
tingkah laku yang menunjukkan nilai bertanggungjawab. Maka penggunaan video adalah
sesuai kerana ianya meyerupai keadaan sebenar yang telah disunting agar mudah difahami
dan mendalami perkara tersebut. Video juga mampu meningkatkan lagi keberkesanan

10
proses penyampaian sesuatu mesej kerana video bersifat dinamik dan mampu merangsang
pelbagai deria seperti pendengaran dan penglihatan. Guru boleh mengaplikasikan
pendekatan pemupukan nilai melalui tayangan video kerana peranan video yang bersifat
realistik mampu meraih emosi seseorang dengan lebih mudah. Sebagai contonhya, video
menolong individu yang tidak mempunyai peglihatan untuk melintas jalan yang realistik lebih
cepat menyentuh perasaan murid sekaligus mengubah sikap mereka. jelaslah bahawa
penggunaan tayang video merupakan salah satu cara untuk mengaplikasikan pendekatan
pemupukan nilai dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Menurut Green (2004), cerita mempunyai pelbagai fungsi di dalam kelas, termasuk
mencetuskan minat pelajar. Sehubungan dengan itu, pendekatan pemupukan nilai boleh
diaplikasikan melalui kaedah bercerita di dalam kelas. Penceritaan merupakan satu cabang
seni yang berbentuk konkrit dan abstrak di mana pembaca boleh mendapat maklumat
tersurat dan tersirat di sebalik sesebuah kisah. Teknik penceritaan mempunyai banyak
hubungan di antara sosioemosi dan kognitif. Terdapat pelbagai jenis cerita yang boleh
digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Jenis cerita yang sering digunakan
dalam pengajaran pendidikan moral ialah cerita yang mengandungi pengajaran dalamnya.
Kaedah cerita juga akan menarik perhatian murid ke arah pengajaran yang ingin
disampaikan oleh guru. Guru boleh memperkenalkan sesebuah nilai kepada murid melalui
kaedah cerita ini. Setiap cerita yang ingin disampaikan perlulah menarik perhatian murid dan
pada masa yang sama memberikan mesej yang penting iaitu nilai murni yang ingin
diterapkan dalam diri seseorang murid. Misalnya, guru mengarahkan murid untuk
menyatakan pengajaran yang terdapat dalam cerita yang disampaikan oleh guru di dalam
bilik darjah. Hal ini akan merangsang fikiran murid ke arah mengenalpasti perkara baik yang
terdapat dalam sesebuah cerita yang disampaikan. Para murid juga akan meniru dan
mengikuti watak dalam cerita tersebut yang menunjukkan perwatakan yang baik. Secara
tidak langsug guru dapat memupuk nilai dalam diri seseorang murid melalui
memperkenalkan perwatakan baik dalam sesebuah cerita. Hal ini demikian kerana kanak-
kanak lebih berminat untuk mendengar cerita dan mereka mudah mengingati sesebuah
cerita yang disampaikan oleh guru ataupun orang lain. Mereka juga akan mencuba untuk
bertindak seperti perwatakan yang terdapat dalam cerita tersebut. Oleh itu apabila sesuatu
nilai atau pengajaran disampaikan melalui kaedah cerita maka, murid akan mendalaminya
serta mengamalkannya dalam kehidupan mereka. lebih-lebih lagi kaedah ini juga amat
sesuai untuk semua tahap murid. Oleh tidak hairan bahawa semua murid di dalam sebuah
bilik darjah boleh memahami pengajaran yang ingin disampaikan oleh guru.

Selain itu, guru juga boleh mengaplikasikan pendekatan pemupukan nilai dalam
pengajaran Pendidikan Moral melalui kaedah simulasi atau lakonan. Simulasi bermaksud

11
mengajuk atau meniru keadaanya atau suasananya seolah-olah atau hampir sama dengan
keadaan sebenar. Menurut Noraini Ishak (2009) dalam tulisan beliau bertajuk “Teori-teori
Yang Boleh Diguna Atau Diadaptasi Bagi Setiap Masalah”, pengajaran dan pembelajaran
dengan menggunakan kaedah simulasi ini adalah satu gambaran abstrak tentang situasi
sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan
masing-masing untuk menyelesaikan masalah atau isu-isu yang berkaitan. Terdapat
beberapa jenis simulasi yang dapat digunakan sebagai satu langkah atau aktiviti yang boleh
menarik minat pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral iaitu lakonan
atau drama. Misalnya, Guru meminta pelajar memegang sesuatu peranan dan
mengambarkan bagaimana peristiwa itu berlaku. Secara tidak langsung murid akan
memupuk nilai yang terdapat dalam situasi tersebut ketika berlakon seperti yang terdapat
dalam situasi tersebut. Selain itu guru juga boleh memberikan peranan dan watak yang akan
melakonkan watak dalam tajuk yang telah dipilih untuk menyelesaikan
sesuatupermasalahan yang ditimbulkan..Hal ini akan merangsang pemikiran murid. Murid
akan mencari jalan penyelesaian bagi mengatasi sesuatu masalah yang diberi pada masa
yang sama mereka akan mengamalkan serta mengaplikasikan nilai murni yang sepatutnya
untuk menyelesaikan tugasan yang diberi. Jelaslah bahawa guru dapat mengaplikasikan
pendekatan pemupukan nilai melalui kaedah simulasi di mana murid dapat mengamalkan
nilai murni yang mereka mendalami ketika berlakon.

Berdasarkan prinsip kesepaduan unsur-unsur nilai membolehkan potensi individu


berkembang secara menyeluruh dan seimbang. Justru itu, untuk mencapai Pendidikan yang
efektif, pelajar-pelajar sekolah akan diberi peluang menghayati nilai-nilai murni serta
mengamalkannya dalam kehidupan mereka melalui kegiatan belajar-mengajar melalui mata
pelajaran - mata pelajaran secara tidak langsung. Sehubungan dengan itu, guru boleh
mengaplikasikan pendekatan pemupukan nilai dengan cara memberikan contoh dan teladan
yang baik kepada murid-murid. Memberi contoh dan teladan kepada anak dinilai sebagai
strategi paling efektif dalam pembentukan moral anak. Strategi doktrin yang sering dilakukan
pihak orang tua, guru dan orang dewasa lainnya. Sebaliknya, mengajarkan sesuatu nilai
moral dan etika disertai contoh dan bukti nyata justru lebih menunjukkan hasil yang
signifikan. Seorang guru mengajar pola hidup sederhana dan dicontohkan secara nyata
dengan sikap dan perbuatan kesederhanaan, rendah hati dan jujur. Sejurus dengan itu
sebelum guru memberikan contoh dan teladan kepada murid bagi memupuk sesuatu nilai
mereka harus menjadi contoh dan teladan yang baik kepada murid. Lebih-lebih lagi guru
perlu memberikan contoh yang nyata bagaimana etika berbicara dengan yang lebih muda,
dengan teman sebaya, dan dengan orang tua serta guru. Begitu pula sikap dan tingkah laku

12
bergaul di tengah masyarakat, ini perlu dicontohkan dengan nyata kepada anak murid oleh
orang guru. Selain itu guru perlu menjadikan tokoh-tokoh yang terkenal sebagai teladan
ketika mengajar sesuatu nilai. Misalnya, memperkenalkan tokoh-tokoh negara kita serta
perjuangan mereka terhadap kegemilangan negara kita. Pengajaran yang dapat diperolehi
melalui perjuangan tokonh seperti cinta akan negara dapat diterapkan dalam diri setiap
murid di dalam bilik darjah. Kaedah ini amat berguna untuk murid supaya dapat menjadikan
salah satu tokoh idaman mereka sebagai idola dalam kehidupan serta bertindak secara
bermoral seperti mereka untuk berjaya dalam kehidupan. Intihanya, memberikan contoh dan
teladan merupakan salah satu cara yang efektif untuk mengaplikasikan pendekatan
pemupukan nilai dalam Pendidikan Moral.

Menurut Skinner (1938) dalam buku “pengenalan kepada psikologi kanak-kanak dan
remaja” tingkah laku yang diberi peneguhan akan menyebabkan tingkah laku itu diulang,
manakala tingkah laku yang tidak diberi peneguhan atau diberi dendaan akan menyebabkan
tingkah laku itu tidak atau kurang diulang. Sehubungan dengan pendapat Skinner, guru
boleh mengaplikasikan pendekatan pemupukan nilai dengan cara memberikan peneguhan
dan dendaan terhadap tingkah laku murid di dalam bilik darjah. Peneguhan ialah perkara
yang dilakukan untuk mengalakkan sesuatu perlakuan itu diulangi. Menurut Rachlin (1991),
pengukuhan diberikan, pertamanya untuk memuaskan kehendak individu; keduanya, untuk
mengurangkan tekanan dan merangsang otak. Skinner membahagikan pengukuhan kepada
dua jenis, iaitu peneguhan positif dan peneguhan negatif. Peneguhan positif ialah
memberikan sesuatu ganjaran setelah perlakuan itu ditunjukkan, yang menyebabkan
perlakuan itu diulangi atau diperkuatkan lagi. Dalam bilik darjah, peneguhan positif ini
diberikan sebagai salah satu bentuk motivasi dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Misalnya guru memberikan kata-kata pujian selepas pelajar melakukan sesuatu kerja atau
menjawab soalan supaya hal ini akan menjadi motivasi pada murid itu dan murid-murid yang
lain. Peneguhan positif akan menggalakkan murid lain untuk mengamalkan sesuatu
tindakan bermoral yang dilakukan oleh rakannya. Seterusnya Peneguhan negatif ialah
rangsangan serta merta yang tidak selesa atau menyakitkan yang diberikan selepas sesuatu
tingkah laku ditunjukkan. Sebagai contohnya, guru memarahi murid yang tidak membawa
buku ke sekolah. Oleh kerana jemu pada leteran guru, maka murid tersebut akan membawa
buku ke sekolah. Tindakan murid dapat menggelak daripada rangsangan yang tidak diingini.
Guru juga boleh memberikan dendaan kepada murid yang melakukan kesalahan di dalam
bilik darjah supaya hal ini akan menjadi pengajaran kepada murid yang bersalah itu tidak
mengulanginya serta kepada murid yang lain supaya tidak melakukan perkara tersebut.
Oleh itu, guru dapatlah memupuk nilai dalam diri murid melalul peneguhan positif dan

13
dendaan. Hal ini demikian kerana murid dapat mengenal pasti tingkah laku yang bermoral
dan tindakan betul yang boleh diambil.

Selain cara dan kaedah yang umum diberikan bagi mengaplikasikan pendekatan
pemupukan nilai dalam proses pengajaran dan pembelajaran terdapat jug cara saya
mengaplikasikan pendekatan ini dalam rangcangan pengajaran harian yang dirangka oleh
saya. Nilai saya pilih untuk merangka rancangan pengajaran harian ialah nilai bekerjasama
dengan jiran. Saya telah menggunakan pendekatan pemupukan nilai bagi menerapkan nilai
kerjasama terhadap jiran dala kalangan murid. Cara yang diambil oleh saya untuk
menggaplikasikan pendekatan ini dalam proses pengajaran pengajaran ialah melalui
pemberian penjelasan oleh guru tentang definisi nilai serta cara bekerjasama dengan jiran.
Melalui aktiviti ini dapat memberikan kesedara kepada murid tentang cara bekersama
dengan jiran.

Seterusnya, saya juga telah menggunakan pendekatan ini pada langkah tiga iaitu
melalui aktiviti lakonan. Murid telah diberkan kad situasi tentang nilai bekerjasama dengan
jiran serta mereka dikehendaki berlakon bersarkan situasi tersebut dan menyelsaikan
masalah yang diberikan. Melalui aktiviti ini secara tidak langsung kita dapat memupuk nilai
bekerjasama dalam diri murid. Hal ini demikian kerana apabila melakukan sesuatu aktivit
kumpulan murid akan bekerjasama antara satu sama lain bagi menyiapkan serta
menjayakan sesuatu tugasa yang debierkan oleh guru. Seterusnya murid juga akan
memahami dan menerima nilai tersebut sebelum berlakon. Maka hal ini dapat membantu
untuk memupuk nilai bekerjasama dalam diri setiap murid.

Intihanya, terdapat pelbagai cara untuk mengaplikasikan pendekatan pemupukan


nilai dalam pengajaran Pendidikan Moral. Kaedah-kaedah ini dapat melahirkan insan yang
seimbang dari segi emosi, fizikal dan sosial. Melalui pendekatan ini guru dapat memastikan
agar murid dapat menaakul ketiga-tiga dimensi moral dalam diri mereka. Insan yang
bermoral amat penting bagi pembangunan negara supaya dapat melahirkan generasi yang
sempurna dari segi tingkah laku dan pendidikan.

14
5.0 Kesimpulan

Pendekatan dalam pendidikan moral yang dibentukkan adalah berasaskan kepada pelbagai
teori yang berkaitan dengan perkembangan moral dan pembentukan sahsiah individu.
Dengan menguasai pendekatan-pendekatan ini, guru dapat memilih teknik pengajaran dan
pembelajaran yang sesuai untuk mengembang ketiga-tiga aspek dalam pendidikan moral
iaitu pemikiran moral, perasaan moral dan amalan moral. Selain daripada itu, seorang guru
harus mewujudkan satu suasana atau iklim moral dalam pembelajaran dan pembelajaran
pendidian moral. Iklim atau suasana moral akan wujud jika adanya amalan nilai-nilai murni di
kalangan pelajar dan guru sendiri. Guru juga hars peka akan setiap sesi pengajaran dan
pembelajaran di bawah pegelolaan mereka agar dapat memanfaatkan semua murid pada
tahap yang maksimum. Pembelajaran bermakna amat ditekankan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia bagi memastikan anak didik memperolehi ilmu yang bermanfaat dan
dapat diamalkan di dalam kehidupan mereka. Oleh itu walaupun Pendidikan Moral adalah
subjek minor tetapi guru haruslah menguasai segala kaedah, teknik dan strategi untuk
mengajar Pendidikan Moral kepada murid-muird secara efektif.

15
6.0 Rujukan

Chang Lee Hoon (2001). “Penggunaan vignette dalam kajian penaakulan moral di kalangan
pelajar tingkatan empat”. Dalam Marohaini Yusoff (ed.). Penyelidikan 8 kualitatif:
pengalaman kerja lapangan kajian (m.s. 155 – 187). Kuala Lumpur: Penerbit
Universiti Malaya.

Green, M.C. (2004). Storytelling in Teaching. Dipetik pada April 23,2012 dari
http://www.psychologicalscience.org/observer/getArticle.cfm?id=1562

Jas Laile Suzana Jaafa(2008). Pengenalan kepada psikologi kanak-kanak dan remaja.
Arah Pendidikan Sdn Bhd.

Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat. (2013). Kuala Lumpur. Penerbitan Dewan Bahasa
Dan Pustaka.

Nik Azis Nik Pa et.al (1996) Isu-Isu Kritikal Dalam Pendidikan Islam & Pendidikan Bahasa
Arab Berteraskan Pendekatan Islam Hadhari: Yayasan Islam Hadhari: Putrajaya/39.
Dilayari pada Julai 27, 2017, from http://afnan-adnan.blogspot.com/2011/01/nik-azis-
nik-pa-etal-2007-isu-isu.html.

Noordin, W. M. (1988). Ke arah pelaksanaan nilai-nilai murni dalam KBSM: falsafah


pendidikan negara.

NOR AZIZAH SALLEH. (2001). Penerapan Nilai Murni Melalui


Pembelajaran-Kooperatif dalam Sains. Jurnal Pendidikan, 27, 47–57.

Rachlin, H., Raineri, A., & Cross, D. (1991). Subjective probability and delay. Journal of the
Experimental Analysis of Behavior, 55(2), 233-244. doi:10.1901/jeab.1991.55-233

Sapinas, I., & Bahuri, B. (2008). Tinjauan Amalan Pembelajaran Koperatif Di


Kalangan Pelajar Tingkatan Dua Maktab Rendah Sains Mara, Gerik,
Perak., 1–18.

Slavin, R. E. (2005). Educational psychology: theory and practice. Boston: Pearson/A and B

Skinner, B.F. (1938). The Behaviourism Of Organism. New York : Appleton Century Crofts.

16
7.0 Lampiran

Pn Paremeswary Guru Pendidikan Moral Tahun 4 Menjalankan Proses Pengajaran


Dan Pembelajaran Pendidikan Moral

17

Vous aimerez peut-être aussi