Vous êtes sur la page 1sur 3

EMBARGO : Hanya boleh diterbit atau disebarkan pada jam 1200, 22 Julai 2016

JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA

SIARAN AKHBAR
ANGGARAN PENDUDUK SEMASA, MALAYSIA, 2014-2016

SAIZ DAN PERTUMBUHAN PENDUDUK

Pada 2016, jumlah penduduk Malaysia dianggarkan 31.7 juta orang iaitu peningkatan sebanyak 0.5 juta berbanding 31.2 juta
orang pada 2015 dengan kadar pertumbuhan penduduk tahunan 1.5 peratus bagi tempoh yang sama.

PENDUDUK DI MALAYSIA, 2014-2016

KOMPOSISI KUMPULAN ETNIK

Etnik Bumiputera mencatatkan peratusan tertinggi bagi kategori Penduduk warganegara di Malaysia iaitu sebanyak 68.6 peratus.
Ini diikuti oleh etnik Cina (23.4%), India (7.0%) dan Lain-lain (1.0%). Peratusan Penduduk Bukan Warganegara pada 2016
adalah 10.3 peratus daripada keseluruhan jumlah Penduduk Malaysia.

PERATUSAN PENDUDUK MENGIKUT KUMPULAN ETNIK, MALAYSIA, 2016e


STRUKTUR UMUR

Taburan penduduk mengikut kumpulan umur pada 2016 tidak menunjukkan perbezaan ketara berbanding 2015. Penduduk dalam
kumpulan umur 0–14 tahun berkurang 0.4 mata peratus pada 2016 (24.5%) berbanding 2015 (24.9%).

Penduduk dalam kumpulan umur bekerja, 15–64 tahun, meningkat 0.2 mata peratus pada 2016 berbanding 2015. Penduduk
berumur 65 tahun dan lebih juga meningkat sebanyak 0.2 mata peratus bagi tempoh yang sama.

PERATUSAN PENDUDUK MENGIKUT KUMPULAN UMUR DAN UMUR PENENGAH, MALAYSIA, 2014-2016

e
PERATUSAN PENDUDUK MENGIKUT NEGERI, MALAYSIA, 2016

Negeri yang mencatatkan peratusan penduduk tertinggi pada 2016 ialah Selangor (19.9%) diikuti oleh Sabah (12.0%) dan Johor
(11.5%). Manakala negeri yang mencatatkan peratusan penduduk terkecil ialah W.P Labuan dan W.P. Putrajaya iaitu masing-
masing sebanyak 0.3 peratus.
* Nota:
e
Anggaran

Dikeluarkan Oleh:

PEJABAT KETUA PERANGKAWAN MALAYSIA


JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA
22 Julai 2016

Pegawai dihubungi:
Ho Mei Kei
Pegawai Perhubungan Awam
Bahagian Korporat & Khidmat Pengguna
Jabatan Perangkaan Malaysia
Tel : +603-8885 7942
Faks : +603-8888 9248
Emel : mkho[at]stats.gov.my

Vous aimerez peut-être aussi