Vous êtes sur la page 1sur 6

Ciri-ciri Kumbahan

Kumbahan dibezakan berdasarkan kepada komposisi fizikal, kimia dan biologi. Bahan-bahan utama dalam
komposisi fizikal, kimia dan biologi boleh dirumuskan seperti berikut: -

Sifat-sifat fizikal: warna, bau, pepejal, suhu.

Bahan-bahan kimia :
Organik – Karbohidrat, Lemak, Minyak, gris, protein, surfactants.
Bukan organik – pH, klorida, citrogen, phosphorus, sulfur
Gas – hidrogen sulfida, metana, oksigen

Objektif-objektif Rawatan Kumbahan


Dengan bertambahnya bilangan penduduk, ini akan memberikan tekanan kepada alam sekitar, mengancam
sumber air bersih dan ini menunjukkan bahawa masalah sisa pembuangan manusia memerlukan pengurusan
yang lebih teratur.

Sejak awal tahun 1900, evolusi rawatan kumbahan kepada loji olahan kumbahan moden menghasilkan efluen
yang berkualiti tinggi yang boleh dilepaskan ke perairan dengan selamat.

Lebih banyak pembangunan rawatan kumbahan telah dijalankan demi meningkatkan tahap kebolehpercayaan
dan kecekapan sesuatu sistem rawatan kumbahan. Ini adalah untuk memenuhi piawaian-piawaian dan
mengurangkan kawasan yang digunakan untuk kerja-kerja rawatan dengan mempercepatkan kadara rawatan
biasa di bawah syarat-syarat terkawal.

Walau bagaimanapun, rawatan-rawatan kumbahan masih tertumpu kepada penyingkiran bahan-bahan terapung,
rawatan organik terbiodegradasikan dan penyingkiran organisma-organisma patogenik.

Kaedah-kaedah rawatan kumbahan boleh diklasifikasikan kepada operasi-operasi unit fizikal, proses-proses unit
kimia dan proses-proses unit biologi.

Operasi-operasi Unit Fizikal


Operasi unit fizikal adalah kaedah-kaedah rawatan, yang menggunakan aplikasi kekuatan fizikal untuk merawat
kumbahan. Ini meliputi pemeriksaan, pencampuran, pemberbukuan, pemendapan, penurasan dan
pengapungan.
Proses-proses Unit Kimia

Kaedah-kaedah rawatan penyingkiran atau penukaran bahan cemar dengan penambahan bahan kimia atau
reaksi kimia adalah dikenali sebagai proses-proses unit kimia. Ini meliputi pemendakan, penjerapan dan
penyahjangkitan.

Proses-proses Unit Biologi


Proses-proses unit biologi menerangkan kaedah-kaedah yang menghilangkan bahan cemar melalui aktiviti
biologi. Bahan organik terbiodegradasikan ditukar kepada gas-gas yang dilepaskan ke udara dan tisu sel
disingkirkan secara pemendapan.

Kolam

Pengoksidaan
Tindak balas Biologi Asas di dalam Kolam Pengoksidaan

Kaedah-kaedah Rawatan Kumbahan


Dari segi sejarah, operasi-operasi unit telah dikumpulkan untuk menyediakan pelbagai tahap rawatan. Rawatan
permulaan dan/atau rawatan utama merujuk kepada operasi-operasi unit fizikal dan merupakan peringkat
pertama rawatan yang digunakan ke atas sebarang kumbahan. Rawatan peringkat sekunder pula merujuk
kepada proses-proses unit biologi dan kimia manakala rawatan peringkat tinggi merujuk kepada kombinasi
ketiga-tiga proses.

Rawatan Permulaan Kumbahan


Rawatan permulaan kumbahan didefinisikan sebagai penyingkiran unsur-unsur kumbahan yang mungkin
menyebabkan masalah-masalah penyelenggaraan atau operasi dengan operasi-operasi rawatan. Ini termasuk
pemeriksaan dan pengisaran untuk penyingkiran serpihan dan kain buruk, penyingkiran batu-batu halus
menerusi pemendapan dan juga penyingkiran minyak dan gris menerusi proses pengapungan.

Rawatan Utama Kumbahan


Di dalam rawatan utama, proses pemeriksaan dan pemendapan akan menyingkirkan sedikit pepejal terapung
dan bahan organik. Efluen daripada rawatan utama akan mengandungi kandungan pepejal terapung atau bahan
organik yang tinggi.
Rawatan Sekunder Tambahan
Rawatan sekunder kumbahan tertumpu kepada penyingkiran bahan organik terbiodegradasikan dan pepejal
terapung dan kebanyakannya menggunakan proses-proses unit biologi. Penyahjangkitan mungkin dimasukkan di
dalam rawatan sekunder kumbahan.

Rawatan Peringkat Tinggi Kumbahan


Rawatan peringkat tinggi kumbahan melibatkan penyingkiran nutrien-nutrien, bahan-bahan toksik termasuk
logam-logam berat dan penyingkiran seterunya bagi bahan organik dan pepejal terapung. Efluen daripada
rawatan peringkat tinggi adalah berpiawaian tinggi dan sesuai untuk diguna semula.

Di Malaysia, masih belum ada rancangan untuk membina sistem-sistem rawatan peringkat tinggi. Tumpuan
diberikan untuk menyediakan piawaian asas untuk rawatan permulaan, utama dan sekunder.

Pengaliran
Rawatan Rawatan Rawatan Rawatan Pelepasan
masuk
Permulaan Utama Sekunder Peringkat Tinggi efluen
kumbahan

pemeriksaan pemendapan enapcemar penurasan


teraktif

penyingkiran pengapungan penurasan bio penyahjangkitan


batu-batu halus

tangki gris pemendapan kolam-kolam


peringkat tinggi

pra-pengudaraan

pengukuran
aliran

keseimbangan
aliran

penyingkiran kain penyingkiran rawatan biologi rawatan biologi


buruk, sampah bahan-bahan untuk dan kimia untuk
sarap, batu-batu terapung dan menyingkirkan menyingkirkan
halus, minyak, termendap bahan organik nutrien dan
gris dan pepejal patogen
terapung

Sistem-sistem Rawatan Kumbahan


Sejak lima puluh tahun dahulu, pelbagai kaedah sistem-sistem rawatan kumbahan telah dibangunkan untuk
memelihara kesihatan awam dan persekitaran. Bagi kawasan bandar, di mana populasi adalah padat dan
persekitaran tidak dapat menampung bahan buangan, sistem-sistem rawatan yang canggih telah berkembang
dan ini menghasilkan efluen berkualiti tinggi. Sistem-sistem yang lebih mudah telah digunakan untuk
memberikan perkhidmatan kepada komuniti-komuniti kecil walaupun piawaian-piawaian persekitaran yang selalu
meningkat menunjukkan komuniti-komuniti ini juga memerlukan sistem-sistem rawatan yang lebih baik.

Sistem-sistem Rawatan Kumbahan untuk Kawasan-Kawasan Bandar


Proses-proses rawatan dibahagikan kepada rawatan yang menggunakan oksigen untuk memecahkan bahan
organik (aerobik) dan rawatan yang tidak menggunakan oksigen (anaerobik). Pemecahan bahan organik boleh
berlaku semasa di dalam keadaan terampai (pertumbuhan terampai) atau di atas permukaan sesuatu bahan
perantara (pertumbuhan terikat). Kadang-kadang proses yang menggunakan kolam-kolam juga digunakan jika
terdapat kawasan yang luas. Proses-proses rawatan dikategorikan seperti Jadual 1 di bawah.
Jadual 1: Proses-proses Rawatan Kumbahan Biologi Utama

Proses-proses
Pertumbuhan Terampai Enapcemar Teraktif
Aerobik

- aliran palam
- campuran lengkap
- reaktor kelompok penjujukan
- pengudaraan lanjutan *
- parit pengoksidaan *
- aci dasar *
- Lagun-lagun Pengudaraan*

Pertumbuhan Terikat Penapis Cucuran

- kadar rendah
- kadar tinggi *
- Penyentuh Biologi Berputar *
- Penyentuh Biologi Tenggelam *

Gabungan Penapis Bio dengan Enapcemar Teraktif

* Penapis Cucuran dengan Enapcemar


Teraktif

Proses Anaerobik Pertumbuhan Terampai Pertumbuhan Penyentuh Anaerobik


Terikat Penurasan Anaerobik
Lapisan Terkembang

Proses-proses kolam

Penstabilan Aerobik (pengoksidaan)


"Facultative"
Anaerobik
* Sistem-sistem yang digunakan di Malaysia

Enapcemar teraktif, lagun-lagun pengudaraan, penyentuh biologi berputar dan penapis cucuran merupakan
sistem-sistem rawatan yang selalu digunakan.

Sistem-sistem kumbahan untuk komuniti-komuniti kecil


Disebabkan oleh saiz, komuniti-komuniti kecil menghadapi masalah-masalah kos per kapital yang tinggi,
kewangan, operasi dan belanjawan yang terhad untuk rawatan kumbahan.

Di kawasan yang mempunyai populasi padat, persekitaran boleh menampung dengan peringkat-peringkat
rawatan yang kurang dan selalunya hanya rawatan utama yang akan disediakan. Walau bagaimanapun, dengan
bertambahnya bilangan penduduk, sistem-sistem rawatan utama ini perlu digantikan dengan sistem-sistem
rawatan sekunder.

Kini, loji-loji rawatan kumbahan untuk komuniti-komuniti kecil telah dipasang siap sebelum dihantar ke tapak dan
ini dipanggil "loji-loji pakej". Ia hanya sesuai untuk komuniti-komuniti kecil. Proses-proses rawatan dikategorikan
seperti di Jadual 2.
Jadual 2: Sistem-sistem Rawatan yang selalu digunakan untuk Komuniti-komuniti kecil

Rawatan Utama Tangki Septik Individu


Tangki Septik Komunal
Tangki Imhoff

Rawatan Sekunder Loji-loji Pakej (pasang siap) - sistem-sistem enapcemar teraktif


- reaktor kelompok penjujukan
- penstabilan sesentuh
- penyentuh biologi berputar

Loji-loji yang direkabentuk secara individu


- sistem-sistem enapcemar teraktif
- kolam-kolam pengoksidaan
- reaktor kelompok penjujukan
- penyentuh biologi berputar
- penurasan cucuran
- "facultation lagoons"
- lagun-lagun pengudaraan

Penggunaan loji-loji pakej dikawal ketat untuk memastikan kebolehpercayaan loji tersebut untuk jangka masa
panjang. Di kawasan bandar, penggunaan tangki septik individu (IST), Tangki septik komunal (CST) dan tangki
Imhoff (IT) akan dihentikan secara berperingkat.

Vous aimerez peut-être aussi