Vous êtes sur la page 1sur 24

PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

SEMESTER JANUARI/ TAHUN 2018

HDPS3603

AWAL SAINS KANAK-KANAK

NAMA PELAJAR : FITRIAH EMIERA BT MOHD BADLI


NO. MATRIKULASI : 970208115366001
NO. KAD PENGENALAN : 970206-11-5366
NO. TELEFON : 01117951733
E-MEL : mummymochhii@oum.edu.my
NAMA TUTOR : PUAN BADRUL MUIN

PUSAT PEMBELAJARAN : OUM KUALA TERENGGANU


ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA


SURAT
1. PENGENALAN 3-5
2. OBJEKTIF TUGASAN 6
3. TEORI ASAS YANG DIGUNAKAN SALAM PENGAJARAN
SAINS KANAK-KANAK
4. PENGUASAAN PRANOMBOR DAN CARA MEMBANTU 15-16
KANAK-KANAK MEMAHAMI KONSEP NOMBOR

5. KESIMPULAN 17

6. RANCANGAN PENGAJARAN 1 18-20

7. RANCANGAN PENGAJARAN 2 21-23


8. REFLEKSI 1 24-25
10. REFLEKSI 2 26
11. RUJUKAN 27
12. LAMPIRAN
PENGENALAN

Sains didefinisikan sebagai ilmu yang boleh diterangkan dan memahami sifat alam.
Bidang sains mengandungi tiga aspek iaitu kognitif, psikomotor dan afektif.Menurut
Abruscato (2000), sains adalah proses yang melibatkan kemahiran intelek dan manipulatif
bagi mendapatkan maklumat berhubung alam semula jadi. Dengan kata lain, sains adalah
pengetahuan yang diperolehi melalui aplikasi proses saintifik. Penerapan pendidikan awal
sains seharusnya dimulakan pada peringkat lebih awal lagi (Vygotsky, 1984).
Ini kerana matlamat pendidikan awal sains kepada kanak-kanak dapat membentuk dan
memupuk perkembangan dalam aspek pengetahuan dan kemahiran (Harlan & Jelly,1989).
Bidang ilmu sains membekalkan rangka konsep bagi membolehkan kanak-kanak memahami
alam sekeliling. Pendedahan awal kepada kanak-kanak terhadap bidang sains adalah penting
bagi perkembangan konsep-konsep saintifik serta perkembangan intelek yang lain.

Proses Pendidikan Awal Sains awal kanak-kanak pada peringkat awal menekankan konsep
pembelajaran aktif. Justeru, aktiviti-aktiviti yang dirancang perlulah bercorak “Hands-on”
yang mana ia dapat melibatkan kanak-kanak secara aktif melalui interaksi.
Ini kerana kanak-kanak belajar memahami sesuatu konsep dengan baik melalui pemerhatian,
sentuhan, rasa dan manipulasi bahan bagi membina kefahaman saintifik.
TEORI PEMBELAJARAN AWAL SAINS KANAK-KANAK

TEORI JEAN PIAGET

Jean Piaget dilahirkan pada 9 Ogos 1986 di Nauchatel, Switzerland. Arthur Piaget
iaitu bapa kepada Jean Piaget merupakan seorang Profesor Sastera dalam bidang Sejarah dan
ibunya pula bernama Rebbeca Jackson. Jean merupakan anak pertama yang suka berdikari
dan bermnat kepada ilmu alam. Beliau telah meninggal dunia pada usia 84 tahun.

Jean Piaget adalah seorang ahli psikologi yang pertama untuk membuat kajian yang
sistematik tentang perkembangan kognitif. Beliau telah mengemukan teori yang
menfokuskan kepada perkembangan kognitif kanak-kanak. Di bawah ialah tiga komponen
asas dalam Teori Kognitif Piaget.

Komponen Huraian
Asas

Skema Ia merujuk kepada potensi am yang ada dalam diri manusia untuk melakukan
sesuatu dengan cara tertentu

 Contohnya, sewaktu dilahirkan bayi telah dilengkapkan dengan beberapa


gerakkan pantulan yang di kenali sebagai skema seperti gerakkan
menghisap, memandang, mencapai, merasa, memegang, serta
menggerakkan tangan dan kaki.
 Bagi gerakkan memegang kandungan skema adalah memegang benda yang
tidak menyakitkan. Oleh itu, bayi juga akan cenderung memegang benda-
benda yang tidak menyakitkan seperti jari ibu.
 Skema yang ada pada bayi akan menentukan bagaimana bayi
bertindakbalas dengan persekitarannya

Asimilasi Asimilasi merupakan satu proses penyesuaian antara objek yang


baru diperolehi dengan skema yang sedia ada.

 Proses asimilasi yang berlaku membolehkan manusia mengikut sesuatu


modifikasi skema hasil daripada pengalaman yang baru diperolehi.
 Contohnya, seorang kanak-kanak yang baru pertama kali melihat sebiji
epal. Oleh itu, kanak-kanak tersebut akan menggunakan skema memegang
(skema yang sedia ada) dan sekaligus merasanya. Melaluinya, kanak-kanak
tersebut akan mendapat pengetahuan yang baru baginya berkenaan "sebiji
epal".

Akomodasi Merupakan suatu proses di mana struktur kognitif mengalami perubahan.

 Akomodasi berfungsi apabila skema tidak dapat mengasimilasi


(menyesuaikan) persekitaran baru yang belum lagi berada dalam perolehan
kognitif kanak-kanak.
 Jean Piaget menganggap perubahan ini sebagai suatu proses pembelajaran.
 Contohnya, kanak-kanak yang berumur dua tahun yang tidak ditunjukkan
magnet akan menyatukan objek baru ke dalam skemanya dan mewujudkan
penyesuaian konsep terhadap magnet itu.

Adaptasi Ia merupakan satu keadaan di mana wujud keseimbangan di antara akomodasi dan
asimilasi untuk disesuaikan dengan persekitaran

 Keadaan keseimbangan akan wujud apabila kanak-kanak mempunyai


kecenderungan sejadi untuk mencipta hubungan apa yang dipelajari dengan
kehendak persekitaran
PROSES PERALIHAN PIAGET

Asimilasi

Keseimbangan

Situasi

Ketidakseimbangan

Akomodasi
Peringkat Perkembangan Kanak-kanak

Jean Piaget mendapati kemampuan mental manusia muncul di tahap tertentu dalam
proses perkembangan yang dilalui. Menurut beliau lagi, perubahan daripada satu peringkat ke
satu peringkat seterusnya hanya akan berlaku apabila kanak-kanak mencapai tahap
kematangan yang sesuai dan terdedah kepada pengalaman yang relevan. Tanpa pengalaman-
pengalaman tersebut, kanak-kanak dianggap tidak mampu mencapai tahap perkembangan
kognitif yang tinggi.

Oleh yang demikian, beliau telah membahagikan perkembangan kognitif kepada empat tahap
yang mengikut turutan umur. Setiap peringkat dicirikan oleh kebolehan baru dan cara
memproses maklumat. Piaget percaya semua kanak-kanak melalui semua peringkat ini dalam
susunan yang sama, dan tiada kanak-kanak yang melompat mana-mana peringkat.
Walau bagaimana pun kanak-kanak yang berbeza akan melaluinya pada kadar yang berbeza.
Juga seseorang individu boleh melakukan tugasan yang berkaitan dengan peringkat yang
berbeza pada masa yang sama terutama pada titik perubahan ke peringkat yang baru.
(Slavin, pg. 33).

Proses perkembangan kognitif Piaget mempunyai empat tahap perkembangan iaitu :

a) Tahap sensorimotor (0 hingga 2 tahun).

 Peringkat ini dikenali sebagai tempoh intelek deria motor. Ini adalah tempoh masa
perkembangan daripada egosentrik kepada perbezaan benda-benda di sekitarnya. Pada
peringkat ini kanak-kanak mengenali dunia melalui deria-deria dan penerokaan.
Kanak-kanak mula faham akan konsep bahawa perbuatan mereka menyebabkan
perubahan.
 Pada tahap ini, kanak-kanak membina pemahaman terhadap dunia dengan
mengkoordinasikan pengalaman deria mereka dengan menggunakan pergerakan
fizikal. Contoh sensorimotor ialah menepuk kedua-dua belah tangan akan
menghasilkan bunyi

b) Praoperasi(2 hingga 7 tahun)


 Pada peringkat ini, kanak-kanak mahir menggunakan symbol-simbol bahasa dan
nombor. Kanak-kanak yang berada di tahap ini mula menggunakan simbol dalam
permainan. Namun begitu, dari segi kualiti, pemikiran kanak-kanak masih lagi di
tahap yang rendah berbanding orang dewasa. Kanak-kanak pada peringkat ini masih
belum mahir dalam operasi yang melibatkan proses mental. Contohnya ,
mengandaikan kotak sebagai kereta apabila ditolak di atas lantai.

c) Operasi konkrit(7 hingga 11 tahun)

 Pada peringkat ini sesorang kanak-kanak mula belajar berfikir secara rasional. Cara
pembelajaran yang paling efektif pada peringkat umur ini ialah melalui aktiviti-
aktiviti yang melibatkan pergerakkan fizikal dan memberikan satu bentuk latihan
berkesan kepada otot tangan (phychomotor) dan koordinasi mata-tangan. . Contohnya,
dalam membuat pinggan dan cawan dari paper mache.

d) Operasi formal(11 hingga 15 tahun)


 Pada masa ini perkembangan pola-pola penaakulan, sudah lengkap. Kanak-kanak
dapat menghadapi penguasaan pelbagai jenis masalah yang kian bertambah.
Kematangan berfikir kanak-kanak mula berkembang sepenuhnya. Mereka
berkeupayaan membuat deduksi, induksi dan berfikir secara abstrak. Contohnya ,
mengasingkan debu-debu besi dengan butiran pasir menggunakan magnet.
Sub Peringkat Tahap Sensorimotor

Sub-peringkat Umur Penerangan Contoh

Refleks asas 0-1bulan  Koordinasi deria dan aksi melalui  Percakaran, menghisap
tindak `balas refleksif dan menggenggam.

Tabiat petama 1-4bulan  Koordinasi sensasi dengan dua  Mengulangi


dan reaksi skema iaitu tabiat(refleks) dan rangsangan badan yang
sekeliling reaksi sekeliling berlaku secara tidak
utama(penghasilan semula sesuatu sengaja (seperti
kejadian yang berlaku dengan menghisap ibu jari).
tidak sengaja). Fokus masih  Mungkin juga akan
tertumpu pada badan bayi. mula mengakomodasi
aksi ini dengan
menghisap ibu jari
dengan cara berbeza
daripada menghisap
putting.

Reaksi sekeliling 4-8bulan  Bayi mula berorientasikan objek.  Bayi akan mendekut
kedua Mula mengulangi aksi yang apabila ada orang yang
mendatangkan perasaan seronok. berdekatan dengan
mereka, dan apabila
orang tersebut mula
pergi, dia akan
berdekut sekali lagi.

Koordinasi reaksi 8-12  Koordinasi penglihatan dan  Bayi mula


sekeliling kedua sentuhan koordinasi tangan-mata menggunakan kayu
bulan
panjang untuk menarik
objek yang menarik
yang berada di dalam
jarak capaiannya.
Reaksi sekeliling 12-18  Bayi mula menggunakan kayu  Sebuah blok boleh
ketiga, sesuatu bulan panjang untuk menarik objek yang diputakan, jatuh dan
yang baru dan menarik objek yang berada dalam melanggar objek-objek
perasaan ingin jarak capaiannya. Sikap ingin lain serta
tahu mencuba mula timbul. digelongsorkan di atas
permukaan lantai.

Skema 18-24  Kanak-kanak akan mula  Seorang kanak-kanak


internalisasi bulan memperkembangkan kebolehan yang tidak pernah
untuk menggunakan simbol “throwtabtantrum”
primitive dan membentuk (keadaan di mana
gambaran minda. kanak-kanak
mengamuk) dan
melihat kanak-kanak
lain melakukannya
akan berbuat demikian
pada keesokan harinya
atau dalam masa
terdekat.
TEORI JEROME BRUNER

Jerome Bruner dilahirkan pada 1 Oktober 1915 di New York. Bruner adalah salah
seorang saintis pergerakan psikologi kognitif dalam United States Beginning (1967).
Bruner mengkaji cara kanak-kanak belajar dan mencipta “rangka” yang panjang untuk
menggambarkan cara kanak-kanak membina maklumat yang mereka telah kuasai. Bruner
berpendapat kanak-kanak aktif dalam proses pembelajaran dan akan menstruktur dan
menyusun semula pemahaman mengenai persekitaran secara
berterusan. Bruner juga menekankan penguasaan konsep untuk kanak-kanak melihat
sesuatu gambaran secara keseluruhan. Oleh itu kanak-kanak sepatutnya diajar untuk
memahami konsep dan bukan mengaplikasikan sesuatu konsep tanpa pemahaman yang
signifikan. Pemahaman konsep melibatkan perkembangan mental kanak-kanak.

Dalam proses pemahaman konsep, Bruner telah menyatakan bahawa perkembangan


mental kanak-kanak terbahagi kepada 3 tahap iaitu:-

a) Peringkat enaktif (0-2 tahun)

b) Peringkat ikonik (2-4 tahun)

c) Peringkat simbolik (5-7 tahun)

(a) Peringkat Enaktif

 Pada peringkat ini (0-2 tahun), kanak-kanak akan bergerak ke arah sesuatu yang
menarik perhatiannya. Oleh itu, kanak-kanak banyak menggunakan anggotanya
untuk menyelesaikan masalah, kerana kanak-kanak pada masa ini masih belum
pandai berkomunikasi dengan baik menggunakan bahasa. Sesuatu objek itu akan
dipegang untuk memperoleh makna atau tafsiran bagi dirinya.
 Contohnya, kanak-kanak cuba meletakkan sebatang kayu pada suatu sanggauntuk
melihat keseimbangannya.
(b) Peringkat Ikonik

 Pada peringkat ini (2-4 tahun), kanak-kanak telah berupaya menggambarkan sesuatu
dalam fikirannya. Dia mampu menyimpan imej-imej tertentu. Kanak-kanak juga
berupaya menyebut objek yang tiada di hadapan matanya, iaitu telah terbentuk “imej
mental”.
 Contohnya, kanak-kanak tersebut boleh melukiskan kayu yang seimbang di atas
sangganya, walaupun objek tersebut tiada di hadapan matanya.

c) Peringkat Simbolik

 Pada peringkat ini (4-7 tahun) kanak-kanak telah boleh menggunakan simbol, seperti
perkataan dan bahasa untuk menghuraikan pengalamannya, iaitu bermulanya
penaakulan simbolik.
 Contohnya, kanak-kanak boleh menerangkan bagaimana kayu yang diletakkan di atas
sangga menjadi seimbang.
TEORI LEV VYGOTSKY

Vygotsky membesar dan tinggal di Rusia. Oleh itu, hasil karyanya menunjukkan
pengaruh marxsis yang banyka menekankan peranan interaksi sosial dan budaya.
Vygotsky meninggal dunia akibat batuk kering pada usia 37tahun. Sehubungan itu
teorinya tidak pernah melalui perkembangan seperti perkembangan Teori Piaget dan lain-
lain. Namun demikian, vygotsky pada awal dianggap sebagai genius. Beliau telah
menyumbang pandangan tentang perkembangan kognitif yang mengiktiraf kuasa
pembangunan dan alam sekitar.

Vygotsky (1978) menulis, “setiap fungsi dalam budaya perkembangan kanak-kanak


muncul dua kali, iaitu pada peringkat sosial (interpyschological), dan kemudian, pada
peringkat individu atau di dalam diri kanak-kanak (intrapyschological).” Ini juga
merangkumi pemerhatian secara sukaraela, memori logik dan seterusnya kepada
pembentukkan konsep. Semua fungsi yang lebih tinggi berasal sebagai hubungan sebenar
antara individu.

Konsep Teori Pembinaan Sosial Vygotsky

Berikut adalah konsep Teori Pembinaan Sosial Vygotsky

a) Perkembangan mental kanak-kanak banyak dipengaruhi oleh orang dewasa di


sekelilingnya mereka.
b) Faktor-faktor sosial, budaya dan bahasa turut menyumbang kepada perkembangan
kognitif kanak-kanak. Bahasa memainkan peranan utamadi mana orang dewasa
menghantar maklumat kepada kanak-kanak dan bahasa itu sendiri menjadi alat kepada
adaptasi intelektual.
c) Proses pembelajaran kanak-kanak berlaku melalui interkasi sosial dengan seorang
tutor/tenaga pengajar yang mahir (MKO-More Knowledgeable Other).
d) Konsep MKO adalah berkaitan dengan prinsip kedua paling utama dalam hasil kerja
Vygotsky iaitu Zone Of Proximal Development(ZPD). Ini adalah konsep penting
berkaitan dengan perbezaan antara apa yang kanak-kanak boleh capai secara bebas
dan apa yang kanak-kanak boleh capai dengan panduan dan dorongan daripada rakan
kongsi mahir.
PENDEKATAN YANG DISARANKAN UNTUK MENGAJAR KANAK-KANAK
SAINS

Proses pengajaran dan pembelajaran menjadi satu elemen penting dalam


perkembangan pendidikan. Perkembangan kemajuan dalam zaman ICT telah membawa jauh
alam pendidikan dengan perisian-perisian yang sangat tercanggih. Kaedah – kaedah lama
semakin jauh ketinggalan di telan zaman. Walaubagaimanapun kita masih terikat dengan
model-model pengajaran dan teori-teori yang ada hubungkaitnya dalam psikologi
pendidikan. Menurut Griffith W. Williams psikologi adalah satu cabang penyiasatan tingkah
laku manusia dalam suasana pembelajaran . Kajian saintifik terhadap tingkahlaku individu
adalah berkait rapat terhadap prinsip dan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang
digunapakai untuk menyelesaikan masalah (Smith 1978). Dapatan-dapatan ini akhirnya
menghasilkan satu teori atau kaedah dalam perolehan ilmu pengetahuan.

Pengajaran adalah satu proses penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran supaya
dapat dipelajari dengan berkesan. Daripada tidak tahu kepada lebih tahu pelajar akan berubah
dan menukar tingkah laku kepada sesuatu yang baru. Drisoll (1994) menghuraikan bahawa
pembelajaran pula adalah satu proses pembaharuan prestasi secara berterusan dalam diri
manusia hasil interaksi pembelajaran dengan alam sekitar. Pembelajaran adalah satu proses
perolehan ilmu pengetahuan melalui pengalaman, membuat penerokaan, mendapat latihan
sehingga berlaku perubahan tingkah laku dalam diri pelajar. Oleh itu pembelajaran itu adalah
satu proses yang mengubah keadaan, sikap, pengetahuan manusia melalui pengalaman

Pada asasnya konsep pengajaran dan pembelajaran adalah berlandaskan kepada teori-
teori pembelajaran masa kini. Teori-teori pembelajaran terdiri daripada kognitif,
konstruktivitisme, behaviorisme dan humanistic. Pengalaman ilmu pengetahuan yang
diperolhi dalam proses pembelajaran berlaku secara berperingkat-peringkat yang
menghasilkan satu perubahan tingkahlaku manusia.
TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF.

Teori adalah berkaitan dengan proses mental yang melibatkan pengamatan, pengetahuan
dan pemahaman. Ahli-ahli psikologis yang terkenal seperti Kohler, Koffa,Piaget,Brunner,
Ausuble,dan Gagne. Mereka semua berpendapat proses pembelajaran adalah satu proses
dalaman yang berlaku dalam akal fikiran yang tidak dapat diperhatikan secara langsung
daripada tingkah laku manusia. Proses celik akal, pemprosesan maklumat menggunakan
struktur dalaman kognitif dari pelbagai peringkat umur dan kebolehan murid. Semua
maklumat yang di terima di padankan dengan makluamat yang sedia ada, diubahsuai
dan disusun semula seterusnya menghasilkan sesuatu maklumat yang baru.

PRINSIP-PRINSIP KOGNITIF:

1. Bahan –bahan pembelajaran di susun daripada mudah ke susah.

2. Memahami pembelajaran lebih baik daripada hafazan.

3. Pengetahuan sedia ada murid digunapakai dan disesuaikan dengan pembelajaran


yang baru.

4. Isi pelajaran perlu disusun mengikut pola-pola yang tertentu supaya murid lebih
mengingati.

5. Setiap murid mempunyai perkembangan individu yang berbeza.

PENDEKATAN TEORI KOGNITIF.

1. Menekankan kepada proses mental dalam yang bermaksud maklumat yang di


terima diproses melalui perbandingan, peniruan dan penyatuan dengan maklumat lain
yang sedia ada, diubahsuai pula dan disusun semula.

2. Menekankan kepada proses pengamatan, ingatan, pemikiran, dan penyelesaian


masalah.

TEORI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVITISME.


Teori ini adalah berkaitan dengan pengajaran yang berdasarkan kepada
penyelidikan dan pengalaman. Pembelajaran terbina daripada hasil pencatuman
maklumat dengan pengetahuan sedia ada. Proses pembelajaran di bawah teori ini juga
menggalakan pelajar berkomunikasi dengan bahan untuk mendapatkan jawapan.
Murid di beri peluang meneroka sepuas-puasnya dan mendapatkan jawapan serta
kesimpulan sendiri. Tokoh-tokoh yang terkenal terdiri daripada Jean Piaget, Bruner,
Lev Vygotsky dan John Dewey. Kesemua tokoh-tokoh ini melihat proses pembelajaran
sebagai aktivfiti pembinaan mental yang dicantumkan dengan maklumat baru. Teori
ini menekankan kepada penglibatan pelajar dalam menyelesaikan masalah. Pelajar
akan membina pengetahuan sendiri untuk menjana idea dengan berdasarkan
pengetahuan sedia ada. Semua maklumat baru yang ada akan diolah dan disesuaikan
dengan satu kerangka maklumat baru yang dinamakan Konstruktivistime.

PRINSIP-PRINSIP PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME

1. Proses pembelajaran yang berlaku adalah proses sesuatu aktiviti yang aktif.

2. Semasa proses pembelajaran berlaku , ianya melibatkan aktiviti sosial dan


perkembangan bahasa sesama murid. Contohnya aktiviti yang dijalankan secara
kumpulan ketika bermain lego.

3. Murid akan belajar dan mendapat sesuatu input yang baru semasa proses
belajar dilangsungkan.

4. Aktiviti yang dijalankan melibatkan perkembangan minda, pergerakan fizikal


dan pengetahuan sedia ada murid.

5. Guru sebagai fasilitator dalam proses aktiviti pengajaran dan pembelajaran


dijalankan.

6. Pengetahuan dan idea setiap murid akan digunapakai dalam proses


pembelajaran.

7.
IMPLIKASI TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF DAN KONSTRUKTIF DALAM
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.

1. Guru perlu menggunakan bahasa yang sesuai dengan tahap kebolehan murid
supaya mudah difahami dan murid memahami objektif yang hendak dicapai
oleh guru.

2. Guru perlu bersedia dengan bahan-bahan yang dapat meransang minda murid
dan senantiasa diubahsuai mengikut aktiviti yang akan dijalankan.

3. Guru semestinya peka kepada kesesuaian persekitaran pembelajaran terutama


dalam bilik darjah supaya dapat mendorong atau memotivasikan murid untuk
terlibat dalam aktiviti pembelajaran.

4. Proses pembelajaran yang berlaku perlu mengambilkira pengetahuan sedia ada


murid dan menggunakan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran yang baru.
Contohnya aktiviti makan dan minum yang telah dipelajari dirumah, disekolah
guru boleh mengukuhkan lagi dengan menerapkan adap-adap semasa makan.

5. Guru bertindak sebagai pemudah cara dan sentiasa menbantu murid dalam
aktiviti pembelajaran.

6. Keadah pembelajaran secara koperatif dan kolaboratif sangat efektif digunakan


dalam proses pembelajaran.

7. Penilaian secara tradisi sangat tidak sesuai digunakan lagi, dan teknik
pembelajaran seperti hafazan dan syarahan tidak menjadi begitu efektif
berbanding aktiviti berkumpulan.
TEORI PEMBELAJARAN JEAN PIAGET

Teori pembelajaran Piaget lebih menekankan kepada konsep perkembangan,


pertumbuhan kecerdasan yang dipengaruhi oleh lingkugan sosial dan kematangan.
Ahli psikologis yang berasal dari Switzerland menyatakan bahawa semua kanak-kanak
mempunyai kecenderungan yang berbeza mengikut keupayaan dan kebolehan masing-
masing. Menurut Piaget ada 4 tahap perkembangan yang akan dilalui oleh semua
kanak-kanak.

1) Tahap sensorimotor iaitu dari lahir sehingga berumur 2 tahun dimana kanak-
kanak akan memerhati dan melalui pengalaman akan mempelajari sesuatu yang
dilihat, dirasa dan disentuh.Pada peringkat ini kanak-kanak akan menggunakan deria
motor untuk memahami dan berinteraksi dengan persekitaran. Pada tahap ini juga
tiada konsep pengekalan kerana kebolehan mental sangat terhad kepada objek yang
dapat dilihat sahaja.

2) Tahap pra-operasi iaitu dari 2 tahun hingga 7 tahun dimana kanak-kanak mula
menggunakan kecekapan kemahiran motor kasar dan halus untuk meneroka sesuatu
yang baru. Pada peringkat ini kanak-kanak mula memahami symbol dan keupayaan
berbahasa yang sangat terhad untuk mengambarkan sesuatu konsep. Perkembangan
kognitif akan menjadi lebih pesat apabila kanak-kanak mula fasih bertutur.

3) Tahap operasi konkrit iaitu dari 7 tahun hingga 11 tahun dimana kanak-kanak
mula menggunakan pengetahuan dan akal fikiran untuk mempelajari sesuatu yang
konkrit. Kebanyakannya pada tahap ini kanak-kanak memerlukan objek dan
peristiwa-peristiwa sebelum dapat menyelesaikan beberapa masalah. Pada peringkat
ini juga kanak-kanak sudah boleh mempelajari lebih daripada satu perkara dalam satu
masa. Namun demikian keupayaan berfikir secara logik masih terbatas kepada konkrit
sahaja.

4) Tahap operasi formal iaitu berumur 11 tahun ke atas yang akan lebih mempelajari
sesuatu yang lebih abstrak.( dari konkrit ke abstrak).Ini adalah peringkat
perkembangan kognitif yang paling penting di mana kanak-kanak akan berusaha
menyelesaikan masalah yang konkrit dan abstrak. Penglibatan kanak-kanak yang lebih
aktif akan menggalakan perkembangan pemikiran dan membuat penaakulan.
Merujuk kepada tahap-tahap perkembangan di atas, Piaget telah menunjukkan
semua kanak-kanak cuba mengadaptasikannya mengikut kepada pengalaman dan
kesesuaian keadaan. Adaptasi dan keseimbangan adalah saling berkait dan saling
mempengaruhi antara satu sama lain. Urutan setiap tahap tersebut tidak dapat diubah
dan saling berkaitan secara tidak langsung.Menurut Piaget proses perubahan
tingkahlaku individu untuk mengadaptasikan diri dalam alam sekitar adalah
sebenarnya proses pembelajaran. Proses asilimasi di mana semua pengalaman lalu
akan akan dikaitkan dengan pengalaman yang baru untuk menghasilkan sesuatu yang
lebih baru. Pengalaman yang baru tersebut pula dinamakan akomodasi iaitu satu
proses yang merubah struktur kognitif.

IMPLIKASI TEORI PEMBELAJARAN PIAGET DALAM PROSES PENGAJARAN


DAN PEMBELAJARAN.

1. Pengetahuan sedia ada digunakan dalam proses pembelajaran untuk menghasilkan


satu sistem maklumat yang baru.

2. Isi pelajaran akan dikembangkan dan dikaitkan dengan mengikut peringkat


kognitif kanak-kanak dan tahap keupayaan masing-masing.Contohnya dalam mata
pelajaran Bahasa Melayu dengan tema buah-buahan. Murid akan diberi penerangan
mengenai jenis –jenis buah-buahan tempatan, serta dikaitkan dengan rasanya. Pada
tahap ini murid-murid akan memberikan berbagai cerita atau pendapat berdasarkan
pengalaman.

3. Isi pelajaran akan disusun daripada konkrit ke abstrak iaitu dari senang ke susah.
Contoh dalam matapelajaran matematik. Konsep pra nombor akan diajar dulu
sebelum mempelajari nombor.

4. Penglibatan kanak-kanak adalah secara aktif dalam aktiviti kumpulan digalakkan


dan mereka saling berinteraksi antara satu sama lain. Komunikasi dua hala dan
bertukar pendapat semasa menjalankan aktiviti menggalakkan perkembangan bahasa.

5. Motivasi secara instrinsik dipupuk supaya kanak-kanak dapat digerakkan secara


aktif dalam aktiviti. Contohnya dengan memberi pujian , kata-kata galakan, dan
sokongan dapat merangsang mereka.
TEORI PEMBELAJARAN LEV VYGOTSKY.

Lev Vygotsky adalah seorang ahli psikologis, dan karyanya sangat terkenal di dunia
barat pada tahun 1960an. Teori Vygotsky lebih menekankan kepada interaksi antara
aspek internal dan eksternal dalam pembelajaran . Menurut Vygotsky sistem sosial
sangat penting dalam perkembangan kognitif kanak-kanak. Mereka akan berinteraksi
dan berkolaborasi untuk mengembangkan sesuatu yang baru. Vygotsky menekan
bahawa perkembangan kognitif seseorang kanak-kanak sangat dipengaruhi oleh sosial
dan budaya . Teori beliau juga ada menyebut mengenai “scaffolding” iaitu
memberikan sejumlah besar bantuan pada tahap awal pembelajaran dan kemudian
mengurangi bantuan tersebut dan memberikan kesempatan kepada kanak-kanak
mengerjakan sendiri. Bantuan yang diberi adalah seperti peringatan, petunjuk dan
dorongan sehingga kanak-kanak tersebut boleh melakukannya. Dalam teori ini
menyatakan potensi murid dapat dikembangkan melalui usaha dan pengalaman sendiri
dalam proses pembelajaran, sehingga ke satu peringkat kanak-kanak akan boleh
melakukannya sendiri tanpa bantuan orang lain.

KONSEP KONSTRUKTIVISME VYGOTSKY

Merujuk kepada gambarajah di atas , Vygotsky telah menerangkan mengenai konsep


“scaffolding” . Kanak –kanak mempunyai had perkembangan individu yang berbeza.
Setiap kanak-kanak akan melalui proses pembelajaran dengan bantuan rakan dan
guru sehingga berjaya menguasai dengan sendiri. Proses ini akan berulang-ulang
berkali-kali sehingga kanak-kanak mempunyai keyakinan untuk melakukannya sendiri
walaupun masih mengharapkan bimbingan daripada orang lain. Pada peringkat ini
kanak-kanak akan menunjukkan kebolehan menyelesaikan masalah melebihi daripada
kebolehan diri sendiri. Pada satu peringkat dimana kanak-kanak berjaya melakukan
aktiviti-aktiviti yang sukar tanpa bantuan orang lain berdasarkan pengalaman masing-
masing.

IMPLIKASI TEORI PEMBELAJARAN VYGOTSKY TERHADAP PENGAJARAN


DAN PEMBELAJARAN.
1. Pembelajaran dijalankan secara koperatif supaya murid-murid dapat berinteraksi
antara satu sama lain. Contoh dalam mata pelajaran sains, murid akan diminta
membuat satu uji kaji mengenai tumbuhan dalam kumpulan. Mereka akan berbincang
dan mengeluarkan pendapat masing-masing dengan menggunakan pengetahuan sedia
ada untuk mencapai satu keputusan.

2. Konsep bantu sepenuhnya dan cuba sendiri dalam pembelajaran merupakan satu
interaksi pengalaman yang berkesan. Contohnya ada sekumpulan murid dalam ujikaji
sains seperti diatas memerlukan bantuan guru untuk memberi idea dan menggerakkan
mereka dalam aktiviti tersebut sehingga mencapai satu keputusan.

3. Perkembangan kognitif murid akan lebih teransang sekiranya pengetahuan sedia


ada digunakan dalam proses pembelajaran. Contohnya dalam aktiviti seperti di atas
juga, murid akan cuba menggunakan pengalaman masing-masing untuk di adaptasikan
dalam ujikaji sains tersebut. Semasa proses ini berlansung pelbagai percubaan yang
berulangkali dilakukan sehingga objektif dapat dicapai.

IMPLIKASI TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF DAN KONSTRUKTIVITSME


DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KANAK-KANAK
BERKEPERLUAN KHAS.

1. Pengalaman –pengalaman belajar perlu disesuaikan dan dikembangkan dengan


keperluan kognitif kanak-kanak Ini bermaksud sebelum memulakan proses pengajaran
dan pembelajaran guru perlu mengetahui pengetahuan sedia ada murid agar sesuai
dengan isi pelajaran yang akan disampaikan. Contohnya dalam aktiviti kemahiran
hidup iaitu komponen berkebun. Bersoal jawab hendaklah berkaitan dengan tanaman
atau sayuran yang biasa dilihat oleh kanak-kanak dirumah. Sekiranya kanak-kanak
tersebut suka memakan sayuran kacang panjang sudah tertentu ianya akan begitu
teruja hendak belajar cara-cara menanam pokok kacang panjang. Isi pelajaran akan
lebih bermakna dan kanak-kanak akan mendapat mengembangkan satu maklumat
baru yang berkait dengan pengetahuan dan pengalaman yang sedia ada.

2. Pemusatan perhatian seharusnya lebih ditumpukan kepada proses kognitif kanak-


kanak dan tahap keupayaan yang berbeza. Walaupun aktiviti dijalankan dalam
kumpulan namun tahap mereka sangat berbeza. Kepakaran guru sangat diperlukan
supaya kanak-kanak tidak berasa dipinggirkan. Contohnya dalam kumpulan murid
tersebut diberi tajuk yang sama tetapi aktiviti setiap satunya berbeza. Misalan dalam
matapelajaran matematik, dengan tajuk nombor 0-5. Jadi dalam satu kumpulan
tersebut ada murid yang akan membilang nilai nombor dengan menggunakan alat
pembilang atau yang lain akan menggunakan plastesin untuk membentuk nombor.
Sementara yang lain pula akan mewarna atau menyambung garisan putus-putus yang
berkaitan dengan nombor tersebut. Dalam proses ini guru dapat memberi tumpuan
sepenuhnya kepada setiap orang murid secara individu untuk mencapai objektif
pembelajaran.

3. Keutamaan harus diberikan kepada penglibatan murid yang aktif dan berusaha
sendiri dalam aktiviti pembelajaran. Ini bertujuan memberi ruang kepada murid untuk
berinteraksi dengan rakan dan bahan-bahan pembelajaran secara meluas. Contoh
dapat dilihat dalam aktiviti kemahiran manipultif. Kanak-kanak akan diberi peluang
bermain dengan lego, berbincang dan bekerjasama dengan rakan untuk mencipta
sesuatu binaan. Guru perlu menghidupkan suasana pembelajaran tersebut dengan
pelbagai kaedah supaya kanak-kanak merasa ada keinginan untuk melakukannya.

4. Perbezaaan individu perlu diambil kira supaya setiap aktiviti dapat disusun
mengikut tahap keupayaan masing-masing. Pengalaman sebagai guru Pendidikan
Khas, kita perlu mengetahui sedikit sebanyak latar belakang kanak-kanak tersebut.
Ianya banyak membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Contohnya
seorang kanak-kanak autisme yang terlalu sukar untuk difahami. Kadang kala beliau
akan menjadi pasif dan terlalu aktif dalam setiap masa. Berbanding dengan seorang
kanak-kanak perkembangan lambat (slow learner) yang boleh dikategorikan dalam
kumpulan yang boleh belajar. Oleh yang demikian bahan –bahan dan aktiviti
pembelajaran yang berkaitan adalah sangat berbeza antara keduanya. Guru perlu tahu
kehendak dan mood kanak-kanak ini sebelum memulakan pengajaran. Mood dan
kehendak itu pula perlu diubahsuai dengan objektif dan aktiviti pembelajaran supaya
kanak-kanak tersebut tidak rasa rendah diri dan terasing.

5. Guru perlu mendorong dan memotivasikan kanak-kanak berkeperluan khas ini


dalam proses pembelajaran. Mendekati mereka dengan penuh kepercayaan dan kasih
sayang akan membuat mereka rasa dihargai dan rasa diterima. Lenggok dan bahasa
badan guru bukan sahaja dapat memberikan keyakinan kepada mereka bahkan
melenyapkan sedikit sebanyak rasa rendah diri yang ada dalam diri mereka. Secara
tidak langsung mereka akan mempercayai guru adalah rakan yang baik dan boleh
menerima mereka. Penggunaan bahasa yang sesuai dengan aras mereka serta mudah
difahami banyak membantu menyampaikan maksud atau hasrat yang hendak
disampaikan oleh guru. Selain daripada itu ganjaran dari segi materialistik seperti
gula-gula, biskut, kata-kata pujian dan senyuman guru akan turut memotivasikan
kanak-kanak tersebut. Objektif pembelajaran akan lebih cepat tercapai jika guru
dapat menggunakan barang-barang permainan sebagai bahan bantu mengajar. Kanak-
kanak akan cepat teransang dan dapat digerakkan untuk melakukan akitviti-aktiviti
pembelajaran.

6. Bagi kanak-kanak berkeperluan khas, bantuan akan diberikan sepenuhnya pada


peringkat awal, yang akan dikurangkan secara beransur-ansur sehingga kanak-kanak
tersebut boleh berdikari dengan sendirinya. Contohnya dapat dilihat dengan jelas
dalam aktiviti pengurusan diri iaitu memakai pakaian. Pada peringkat pertama guru
akan membantu kanak-kanak tersebut memakai pakaian mengikut langkah-langkah
betul. Aktiviti ini akan dilakukan secara latihtubi sehingga kanak-kanak tersebut
berkeyakinan untuk melakukan sendiri. Akhirnya kanak-kanak tersebut akan diberi
ruang dan masa memakai pakaian dengan sendiri sehingga berjaya. Guru pada ketika
itu hanya memberikan arahan sahaja supaya kanak-kanak tersebut dapat mengingati
semula langkah-langkah yang telah dipelajari.

7. Bagi kebanyakan kanak-kanak berkeperluan khas penilaian di buat lebih kepada


pemerhatian. Berdasarkan pengalaman saya, penilaian secara pemerhatian banyak
membantu guru mengkaji dan memahami perlakuan kanak-kanak tersebut.
Pemerhatian boleh dibuat samada secara individu atau ketika kanak-kanak tersebut
dalam kumpulan. Perubahan tingkah laku yang ditunjukkan akan memberikan
jawapan kepada guru semasa membuat pemerhatian. Perubahan tingkah laku tersebut
boleh berlaku juga apabila kanak-kanak berinteraksi dengan bahan-bahan pengajaran
atau bahan media.

8. Peranan guru pendidikan khas adalah sama dengan tugas guru di arus perdana.
Sebelum menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran, perancangan perlu
dilakukan dengan teliti supaya objektif dapat dicapai sepenuhnya. Guru mesti
memainkan peranannya sebagai pemudah cara atau penolong dalam setiap aktiviti
pembelajaran. Guru perlu mahir memilih bahan-bahan yang sesuai dengan aktiviti
yang dirancang. Guru juga berperanan sebagai pembimbing yang sentiasa membantu
murid-murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

RUMUSAN.

Keseluruhannya teori – teori yang telah dibincangkan di atas telah menyentuhkan


banyak perkara dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kedua-dua teori tersebut
saling berkait antara perkembangan kognitif dan proses penyelidikan, proses meneroka
dan cuba jaya. Perubahan tingkah laku yang positif akan dicapai setelah berlakunya
proses pengajaran dan pembelajaran yang memberi impak kepada pengukuhan
pengetahuan dalam memori. Struktur pengetahuan akan berkembang dengan
bertambahnya pengetahuan ke dalam ingatan jangka panjang. Teori – teori ini sangat
sesuai untuk diaplikasikan dengan kanak-kanak berkeperluan khas. Perkembangan
kognitif mereka sangat berkait dengan pengetahuan sedia ada untuk membentuk satu
pengalaman yang baru. Proses pengajaran dan pembelajaran perlu memberikan ruang
kepada kanak-kanak meneroka sendiri bagi meningkatkan lagi keyakinan diri dan
proses interaksi dengan rakan dan bahan. Berdasarkan teori yang telah dibincangkan
di atas, saya berpendapat adalah sangat perlu bagi guru-guru mengaplikasikan kaedah
dan teknik dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Murid-murid diberi peluang
bergerak bebas menjalankan aktiviti dan berinteraksi dengan bahan dan guru. Akhir
sekali keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran saling bergantung bersama
antara murid, guru

Vous aimerez peut-être aussi