Vous êtes sur la page 1sur 1

TRANSFORMASI DIRI (HIJRAH)

Hijrah mengingatkan kita kepada peristiwa hijrah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dan para
sahabat dari kota Mekah ke kota Madinah dengan penuh pengorbanan demi untuk
mengembangkan, mempertahankan kedaulatan dan kesucian syiar Islam. Sesungguhnya hijrah
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dan para sahabat bukanlah kerana takut diseksa atau dibunuh
oleh pihak musuh, akan tetapi kerana mentaati perintah Allah Subhanahu Wata'ala dan sebagai
meneruskan perjuangan dakwah, kerja keras dan berkorban demi kebaikan ummah. Inilah buktinya
bertapa kuat dan kukuhnya keimanan mereka kepada Allah Subhanahu Wata'ala dan Rasul-
Nya.Hijrah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam telah membawa perubahan yang besar kepada
kebangkitan dan perkembangan agama Islam.Dengan hijrahnya Baginda, maka umat Islam di
Madinah semakin ramai, dan akhirnya menjadi umat yang teguh dan bersatu padu dari segi
keimanan dan persaudaraan. Dan yang lebih ketara lagi agama Islam semakin pesat dan
berkembang maju.

PENGAJARAN:

1. Penghijrahan Rasulullah inilah contoh yang patut kita teladani jika kita benar-benar ingin
membuktikan ketaatan, kesetiaan dan keikhlasan kita kepada Allah Subhanahu Wata'ala,
iaitu memiliki kecekalan, keberanian serta tidak gentar menghadapi apa jua dugaan dan
halangan dalam usaha untuk menegakkan syiar Islam.

2. Peristiwa hijrah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam merupakan sejarah agung yang
telah membawa perubahan kepada kehidupan umat Islam pada ketika itu kepada
kehidupan yang lebih bertamadun dan sempurna.

3. Peristiwa hijrah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dan para sahabat ini suatu peristiwa
yang banyak memberi iktibar dan pengajaran kepada sekalian umat Islam supaya sentiasa
melakukan hijrah atau perubahan.

PENEGASAN:

‫ت ِّم ْن ب َ يْ ِّن ي َ د َيْ ِّه َو ِّم ْن َخ لْ فِّ ِّه ي َ ْح ف َظُ و ن َه ُ ِّم ْن أ َ ْم ِّر ه‬
‫َّللا ِّ ۗ إ ِّ هن‬ ٌ ‫ل َه ُ ُم ع َق ِّ ب َا‬
‫َّللا َ ََل ي ُغ َي ِّ ُر َم ا ب ِّ ق َ ْو ٍم َح ت ه ٰى ي ُغ َي ِّ ُر وا َم ا ب ِّ أ َنْ ف ُ ِّس ِّه ْم ۗ َو إ ِّ ذ َا أ َ َر ا د َ ه‬
ُ ‫َّللا‬ ‫ه‬
‫ب ِّ ق َ ْو ٍم سُ و ًء ا ف َ ََل َم َر د ه ل َ ه ُ ۚ َو َم ا ل َ ُه ْم ِّم ْن د ُو ن ِّ ِّه ِّم ْن َو ا ٍل‬
Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran, di muka dan di
belakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak merubah
keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.
Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat
menolaknya; dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia. (SURAH AR RA’D : 11)

CADANGAN TAARUF BERTEMA:


1. APAKAH AZAM BARU?

Vous aimerez peut-être aussi