Vous êtes sur la page 1sur 12

KURSUS KENAIKAN PANGKAT SARJAN/STAF SARJAN

KADET REMAJA SEKOLAH (KRS) PERINGKAT DAERAH KINTA UTARA

TAHUN 2016

TARIKH TEMPAT PENGUJIAN

15.10.16 SMK RAJA PEREMPUAN KAWAD KAKI

22.10.16 SMK RAJA PERMAISURI KEUSAHAWANAN &


BAINUN BANTU MULA

5.11.16 SMK RAJA PERMAISURI IKATAN &


BAINUN ORIENTEERING

MASA : 8.00 PAGI – 12.00 TENGAHARI


MAKLUMAT KURSUS KENAIKAN PANGKAT SARJAN / STAF SARJAN KADET REMAJA
SEKOLAH (KRS) PERINGKAT DAERAH KINTA UTARA TAHUN 2016

1.0 PENGENALAN

Kursus Kenaikan Pangkat merupakan suatu pengiktirafan kepada kebolehan serta


pencapaian bagi setiap kadet yang bergiat aktif di dalam pasukan KRS. Pelbagai bidang serta
kemahiran yang akan diuji bagi memastikan hanya kadet yang benar-benar layak sahaja yang
bakal dianugerahkan dengan pangkat Staf Sarjan KRS yang merupakan suatu pencapaian
yang agak tinggi bagi para kadet. Kadet yang mampu menunjukkan pencapaian yang terbaik
seterusnya akan dicalonkan bagi penganugerahan dengan pangkat yang lebih tinggi yang
bakal dilaksanakan di peringkat Negeri.

2.0 MATLAMAT

Kursus ini bertujuan mendedahkan kebolehan dan memberi peluang kepada peserta untuk
menilai kebolehan diri untuk menjadi pemimpin di peringkat sekolah khususnya, dan di
peringkat daerah amnya. Selain itu aktiviti ini diharap akan dapat membentuk sahsiah dan
kepimpinan di kalangan pelajar melalui aktiviti-aktiviti di luar bilik darjah. Dalam masa yang
sama dapat menghayati alam sekitar serta dapat menguji kemampuan dan keberkesanan
latihan-latihan yang telah dilalui selama ini.

3.0 OBJEKTIF

i. Membina keyakinan ahli kadet bahawa mereka berpotensi menjadi individu,


pelajar dan pemimpin yang cemerlang.

ii. Memberi kesedaran dan peluang untuk memahami diri sendiri serta orang lain ke

arah membentuk perkembangan diri yang positif.

iii. Memberi pengiktirafan kepada kadet berdasarkan kebolehan serta


pencapaiannya

iv. Mewujudkan kesedaran ahli kadet kepada kebolehan, keupayaan serta


tanggungjawab dirinya sebagai individu kepada keluarga, agama, masyarakat dan
negara.

4.0 KUMPULAN SASARAN

4.1 Anggota Pasukan KRS yang berpangkat Koperal atau Sarjan sahaja dari sekolah
menengah di Daerah Kinta Utara.
5.0 MAKLUMAT PERLAKSANAAN

TARIKH TEMPAT PENGUJIAN

15.10.16 SMK RAJA PEREMPUAN KAWAD KAKI

22.10.16 SMK RAJA PERMAISURI KEUSAHAWANAN & BANTU


BAINUN MULA

5.11.16 SMK RAJA PERMAISURI IKATAN &ORIENTEERING


BAINUN

6.0 PENGANGKUTAN

Sekolah akan menguruskan sendiri pengangkutan murid pergi dan balik.

7.0 MAKAN / MINUM

Tidak akan disediakan oleh penganjur kecuali minum kudapan pagi.

8.0 SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

a) Penyertaan adalah terbuka kepada semua sekolah menengah di daerah Kinta


Utara yang mempunyai KRS.

b) Bilangan penyertaan bagi setiap sekolah adalah seramai 5 orang kadet yang
memegang pangkat Koperal atau Sarjan sahaja.

c) Semua murid yang menyertai kursus ini hendaklah sihat tubuh badan dan TIDAK
dijangkiti penyakit kronik. (borang Pengesahan Kesihatan hendaklah dilengkapkan
dan dibawa semasa pendaftaran). Peserta yang mengidap penyakit kronik akan
diminta dihantar balik oleh guru pengiring masing-masing.

d) Semua murid yang menyertai kursus ini hendaklah mendapat kebenaran bertulis
daripada ibubapa/penjaga masing-masing. (borang Kebenaran hendaklah
dilengkapkan dan dibawa semasa pendaftaran).

9.0 KEWANGAN

a) Setiap peserta dikehendaki membayar RM20.00 melalui sekolah masing-masing


dalam bentuk wang tunai atau cek kepada JAWATANKUASA KADET REMAJA
SEKOLAH DAERAH KINTA pada hari pertama kursus (pendaftaran)
11.0 PAKAIAN PESERTA

a) Semua peserta hendaklah berpakaian separuh uniform (No. 4B) sepanjang kursus
ini kecuali semasa ujian kawad kaki.

b) Peserta tidak dibenarkan memakai seluar pendek dan/atau singlet sepanjang


tempoh kursus dijalankan.

c) Pemakaian selipar semasa aktiviti tidak dibenarkan.

12.0 PENYEDIAAN MAKANAN DAN MINUMAN

a) Makanan dan minuman peserta tidak akan disediakan dan kecuali pegawai
akan diuruskan oleh Jawatankuasa daerah.

b) Air masak akan disediakan ditempat yang ditetapkan sepanjang tempoh kursus.

13.0 KESELAMATAN / KECEMASAN

a) Semua jenis senjata adalah ditegah dibawa.

b) Rokok, dadah, minuman keras, pertaruhan dan salah laku adalah ditegah dan
peserta akan dihantar pulang serta-merta sekiranya didapati bersalah melanggar
peraturan ini.

c) Semua peserta / pegawai hendaklah MENGUTAMAKAN KESELAMATAN sepanjang


kursus ini berlangsung.

d) SILA LAPOR DENGAN SEGERA KEPADA PIHAK URUS SETIA JIKA BERLAKU
SEBARANG KEMALANGAN.

14.0 PETI BANTU MULA (FIRST AID)

a) Peti Kecemasan akan dibekalkan oleh Urus Setia.

b) Setiap ubatan peribadi haruslah mendapat kebenaran & pengesahan doktor serta
dimaklumkan kepada Urus Setia.

15.0 AKTIVITI YANG AKAN DIJALANKAN

15.1 PENGUJIAN

15.1.1 KAWAD KAKI


15.1.2 KEUSAHAWANAN

15.1.3 BANTU MULA

15.1.4 IKATAN DAN SIMPULAN

15.1.5 KOMPAS DAN PETA / ORIENTEERING

16. AHLI JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi : Pegawai Pelajaran Daerah Kinta Utara

Timbalan Pengerusi :Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Kinta Utara

Naib Pengerusi 1 : Penolong PPD HEM, PPD Kinta Utara

Naib Pengerusi 2 : Penyelia Kokurikulum, PPD Kinta Utara

Setiausaha : Pegawai Teknikal PPB, PPD Kinta Utara

Penolong Setiausaha : Pegawai Tadbir KRS Kinta Utara

Bendahari : Bendahari Jawatankuasa KRS Daerah Kinta Utara

Anggota Jawatankuasa : 1. Jawatankuasa KRS Daerah Kinta Utara

17. JAWATANKUASA PENGELOLA

1. Penyelaras : Pegawai Tadbir KRS KU

2. Komandan Kem : Ketua Jurulatih KRS KU

3. Urusetia : Pegawai Data KRS KU

Setiausaha KRS KU

Bendahari KRS KU

4. Logistik dan Peralatan : Pegawai Pelaksana KRS KU

Quartermaster KRS KU

5. Sajian : Pegawai HEWA KRS

6. Keselamatan dan Kebajikan : Pegawai Istiadat KRS KU

7. Aktiviti / Ujian : Jurulatih KRS KU


Briged KRS KU

8. Statistik : Pegawai Data KRS KU

9. Laporan : Setiausaha KRS KU

18. PENUTUP

Adalah diharapkan melalui kursus ini akan dapat meningkatkan lagi profesionalisme kadet di
sekolah-sekolah. Selain itu, pengalaman serta pengetahuan mengenai kursus kenaikan
pangkat diharap dapat dilaksanakan oleh kadet-kadet di peringkat sekolah pula.

KEPERLUAN PESERTA

a) Pakaian Lengkap No 4.

b) Pakaian Separuh No. 4B (T-Shirt KRS)

c) Kasut spike / drill

d) Tali (ujian tali-temali)

e) Buku log

f) Alatan menulis

g) Kain anduh

h) kayu splint

i) ‘hanger’ besi

j) alatan lain sekiranya perlu

JADUAL TENTATIF

KURSUS NAIK PANGKAT SARJAN/ STAF SARJAN KRS KINTA UTARA 2016
TARIKH 15.10.16 22.10.16 5.11.16
TEMPAT SMK RAJA SMK RAJA SMK RAJA
PEREMPUAN PERMAISURI PERMAISURI BAINUN
BAINUN
MASA PENGUJIAN
7.30-8.00 PENDAFTARAN PENDAFTARAN PENDAFTARAN
&PENYERAHAN
BUKU LOG
8.00-10.00 KAWAD KAKI BANTU MULA ORIENTEERING
10.00-12.00 KAWAD KAKI KEUSAHAWANAN IKATAN

1. MODUL PENGUJIAN KAWAD KAKI

Konsep Pengujian : Peserta dikehendaki menunjukkan kemahiran melatih anggota berkawad.

Skop Ujian : Berdasarkan kurikulum kawad kaki KRS.

Peserta dikehendaki menunjukkan kemahiran berkawad dan memberi hukuman kawad.

Peserta dikehendaki mengajar anggota berkawad sekurang-kurangnya satu pelajaran kawad


yang ditetapkan oleh penguji berdasarkan senarai pergerakan yang dicadangkan oleh panel
penggubal soalan/ modul ujian.

Kriteria Penilaian : Peserta akan dinilai berdasarkan aspek-aspek berikut:

Kawad individu :

i. Bahasa hukuman – nada suara, intonasi, ketepatan

ii. Kawad – ketepatan pergerakan, kesegakan, kemantapan

Mengajar anggota berkawad:

i. Memberi arahan masuk baris

ii. Menerangkan bahasa hukuman

iii. Menunjukkan pergerakan penuh

iv. Menunjukkan pergerakan dengan nombor

v. Membetulkan kesalahan anggota

Pergerakan yang akan diuji.

1. Mengajar anggota berkawad.

Peserta perlu mengajar pergerakan berikut:

i. Perlahan Jalan
Catatan : Peserta dikehendaki memakai uniform penuh dan berkasut spike / kawad semasa
ujian kawad kaki.

Panduan Mengajar Kawad.

1. Arahan masuk baris.

"Dengar sini semua sekali, apabila mendapat hukuman tiga barisan di hadapan saya gerak,
skuad hendaklah sedia, berlari, berbaris dalam tiga barisan, di hadapan, di tengah-tengah, di
mana saya mengadap. Faham itu skuad".

"Tiga Barisan Di hadapan Saya ......... Gerak

2. Mukadimah

Assalamualaikum/ Selamat pagi skuad, hari ini saya akan mengajar anda berkawad. Dengar
dan lihat baik-baik. Hukuman yang salah jangan diikut. Hukuman saya yang betul hendaklah
dibuat dengan baik dan cergas. Faham itu skuad.

3. Pelajaran Kawad - Bahasa hukuman dan pertunjukkan penuh

Perlahan jalan

Hendaklah diajar dengan bernombor (ansur maju) untuk mengimbangkan kedudukan badan.

Hukuman :

"Dari kanan/kiri , perlahan...........Jalan"

Perbuatan :

Langkah pertama :

Tolak kaki kanan ke hadapan 15 inci dalam keadaan tergantung, lutut lurus dan tapak kaki
selari dengan bumi. Badan tegak dan tangan rapat ke rusuk, ibu jari rapat pada penjahit
seluar. Berat badan di atas kaki kiri.

Kemudian, tolak kaki kanan ke hadapan lagi 15 inci supaya cukup 30 inci ( satu langkah )
dengan tapak kaki jejak ke tanah. Pada masa yang sama tolak kaki kiri ke hadapan 15 inci
seperti kedudukan kaki kanan tadi.

Langkah ke dua :

Tolak kaki kiri ke hadapan 15 inci dalam keadaan tergantung, lutut lurus dan tapak kaki selari
dengan bumi. Badan tegak dan tangan rapat ke rusuk.

Kemudian tolak kaki kiri ke hadapan lagi 15 inci supaya cukup 30 inci (satu langkah) dengan
tapak kaki jejak ke tanah dan proses seperti itu dibuat berterusan.

Kesalahan Biasa :
1. Tumit mencecah ke bumi dahulu / tapak kaki tidak selari dengan bumi.

2. Siku renggang dari rusuk.

3. Tangan mengikut pergerakan peha, dan bergerak pada setiap kali melangkah.

4. Memandang ke bawah.

5. Tidak menjaga jarak antara anggota

Ingatan :

1. Semasa perlahan jalan tidak perlu lenggang.

2. Tangan rapat ke rusuk dan lurus dan tiada pergerakan tangan.

Berhenti Semasa Perlahan Jalan

Hukuman “ Henti “ diberi apabila kaki kanan mencecah ke bumi, hentak kaki kiri dan kaki
kanan.

4. Pelajaran Kawad - Bahasa hukuman dan pertunjukkan dengan nombor.

Sekarang saya akan tunjukkan pergerakan dengan nombor. Dengar dan lihat baik-baik.

"Dari kanan/kiri , perlahan...........Jalan"

5. Pelajaran Kawad – Pergerakan kawad daripada anggota.

Pergerakan dengan nombor.

Sekarang saya akan memberi hukuman dan anda melakukan pergerakan.

Pergerakan penuh.

Pengajar atau jurulatih memberi bahasa hukuman yang penuh, masa dan perbuatan

daripada anggota

Jurulatih : "Dari kanan/kiri , perlahan...........Jalan"

Anggota : Melaksanakan pergerakan dengan penuh mengikut bahasa hukuman

daripada peserta.

6. Membetulkan kesalahan anggota.

Peserta perlu membetulkan kesalahan yang dilakukan oleh anggota.

Cara membetulkan kesalahan ;


i. Teguran secara lisan.

ii. Membetulkan kedudukan anggota (tangan, kaki, dll) dengan sentuhan.

iii. Menunjukkan pergerakan atau kedudukan anggota yang betul.

Pemarkahan : Markah Penuh 100 %

2. MODUL PENGUJIAN KOMPAS DAN PETA

Konsep Pengujian : Peserta akan mengajar skuad mengenai peta dan kompas.

Skop Pengujian : Berdasarkan Kurikulum KRS

a. Peserta dikehendaki mengajar skuad bahagian-bahagian dalam kompas orienteering serta


cara membaca kompas.

i. Diagram kompas

ii. Mencari bearing

b. Mengajar cara melaraskan kompas serta mencari arah bearing yang ditetapkan.

Kriteria Penilaian : Peserta perlu menunjukan kemahiran dalam aspek berikut :

a. Kemahiran peta dan kompas orienteering

Kaedah Pengujian : Peserta akan diuji secara individu.

Pemarkahan : Markah Penuh 100 %

3. MODUL PENGUJIAN BANTU MULA

Konsep Pengujian : Peserta dikehendaki mengajar skuad kaedah bantu mula dengan

menggunakan bahan yang ada di persekitaran.

Skop Ujian : Aspek yang akan dinilai adalah:

i. Patah tangan

ii. Patah kaki

iii. Luka di kepala


Kriteria Penilaian : Peserta akan dinilai berdasarkan aspek aspek berikut :

i. Kemahiran mengaplikasikan kaedah splint bagi kaki /tangan.

ii. Kaedah membebat / membalut luka di kepala.

Kaedah Pengujian : i. Peserta akan diuji secara individu

ii. Peserta akan diuji secara lisan oleh Jurulatih

iii. Peserta akan diuji secara praktikal

Pemarkahan : Markah Penuh 100 %

4. KEUSAHAWANAN

Konsep Pengujian : Peserta dikehendaki menunjukkan kemahiran merekacipta satu alatan


dari penyangkut baju besi..

Kaedah Pengujian : Peserta akan diuji secara individu.

Kriteria pengujian:

1. Nama alatan yang di buat.

2. Kebolehgunaan alatan

3. Kekemasan pembuatan

4. Cara penerangan

Pemarkahan : Markah Penuh 100 %

5. MODUL PENGUJIAN IKATAN


Konsep Pengujian : Peserta akan mengajar 3 jenis ikatan yang akan dipilih oleh penguji.

Skop Pengujian : Peserta dikehendaki mengajar cara membuat ikatan yang ditentukan oleh
penguji.

Kriteria Penilaian : Peserta perlu menunjukan kemahiran dalam aspek berikut :

1. Ketepatan ikatan yang dilakukan

2. Kegunaan ikatan

3. Kekemasan ikatan

4. Cara penerangan

5. Masa – kemahiran dan kepantasan

Jenis-jenis ikatan yang peserta perlu mahir:

a) simpul manuk [clove hitch]

b) buku sila [reef knot]

c) tindih kasih [bowline]

d) ikatan balak [timber hitch]

e) simpulan angka nombor lapan [figure of eight]

f) simpulan rama-rama [alpine butterfly]

g) simpul belit/ belit dua simpul [round turn &two half hitches]

h) simpul kerusi [fireman’s chair knot]

i) simpul pulih [sheepshank]

j) simpul belit lucut [Highwayman’s hitch]

Kaedah Pengujian : Peserta akan diuji secara individu.

Pemarkahan : Markah Penuh 100 %

Vous aimerez peut-être aussi